Sunday, August 29, 2010

HEBAT MACAM MANA KAWALAN...KALAU TAKDIRNYA HILANG...MAKA HILANGLAH...YG TERSURAT HILANG...YANG TERSIRAT ALLAH SAJA YANG TAHU

Ilya hilang kereta

Oleh FIRDAUS SAHAT
firdaussahat@hmetro.com.my
2010/08/29

KUALA LUMPUR: “Sebaik sampai di kawasan meletak kenderaan, saya melihat kereta saya tiada. Selepas puas mencari, saya mengesyaki ia dilarikan atau dicuri penjenayah,” kata pelakon drama Kekasihku Seru dan 3 Janda, Raja Ilya Raja Mohamad.
ILYA... peralatan penggambaran dan persalinan turut hilang.
ILYA... peralatan penggambaran dan persalinan turut hilang.

Dia turut kehilangan peralatan penggambaran dan pelbagai jenis persalinan berkualiti tinggi yang disimpan di dalam kereta.

Menurut Ilya, kejadian berlaku ketika dia tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi filem yang mengadakan penggambaran di Teluk Intan, Perak.

“Kereta saya dicuri pada 26 Ogos lalu ketika saya tidak berada di rumah kerana mengikuti produksi penggambaran ke Teluk Intan.

“Saya meletakkan kereta itu di petak yang dikhaskan kepada saya. Saya juga memastikan kereta itu dikunci rapi, malah turut menggunakan kunci ketiga untuk mengelak ia dicuri.

“Bagaimanapun, apabila ingin menggunakannya keesokan hari selepas pulang daripada penggambaran untuk ke bazar Ramadan, ia sudah tiada,” katanya sambil menunjukkan laporan polis yang dibuat berikutan kecurian itu.

Difahamkan, kawasan tempat kediamannya ‘terkenal’ dengan pelbagai jenis jenayah, terutama yang membabitkan kecurian harta benda.

Pelakon dan pengacara itu berkata, dia terkilan apabila mendapati pengawal keselamatan yang bertugas tidak memantau kawasan kediaman itu dan dengan sewenang-wenangnya membenarkan orang tidak dikenali memasukinya.

“Setiap penghuni diberi pas kediaman dan jika saya mahu keluar atau memasuki bangunan itu, saya perlu menggunakan pas berkenaan. Yang peliknya, bagaimana orang luar boleh memasuki kediaman itu sesuka hati tanpa mendapat kebenaran pengawal?

“Malah, sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup yang melengkapi bangunan itu langsung tidak berfungsi. Rasanya, ia hanya sebagai syarat,” katanya kesal

No comments:

Post a Comment