Tuesday, October 26, 2010

ADAKAH MEREKA TAK RASA BERSALAH MASALAH AURAT DAN PERGAULAN BEBAS SEMASA PENGAMBARAN DAN HASIL DRAMA ATAU HASIL SENI .....YANG DIHASILKAN....

Adeline Terima Jika Fahrin Jodohnya

PETALING JAYA: Pelakon Hotel Mania, Adeline Tsen,24, mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon kacak Fahrin Ahmad, malah memberitahu dia tidak takut untuk mendekati jejaka yang pernah dihimpit pelbagai kontroversi cinta itu.
Menurut Adeline, semenjak perkenalan mereka awal tahun lalu, dia mendapati dakwaan negatif yang dilemparkan kepada pelakon lelaki itu adalah tidak benar.
"Kami memang sedang berkawan dan setakat ini tiada apa pun membuatkan saya berasa takut untuk terus mendekatinya. Bagi saya Fahrin seorang yang matang dan penuh dengan nasihat. Dia banyak memberi pandangan tentang lakonan dan dunia artis," ujar wanita berketurunan Cina-Kadazan ini.
Sambil menyifatkan Fahrin seorang lelaki yang mengambil berat, Adeline tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan jejaka tersebut.
"Sebagai lelaki dia seorang yang sempurna, ambil berat dan suka bertanya khabar. Tidak mungkin saya menghindari dia kerana kontroversi-kontrovesi yang pernah dilalui sebelum ini.
"Kita tidak tahu perkara sebenar jadi tak elok jika menilai dia tanpa mengenalinya terlebih dahulu," ujarnya ketika dihubungi mStar Online.
Dalam pada itu, Adeline yang sedang menjalani praktikal di sebuah syarikat perakaunan terpaksa mengurangkan kegiatan seninya.
"Selepas Hotel Mania, saya dapat beberapa tawaran berlakon drama dan filem tetapi terpaksa ditolak kerana menjalani latihan praktikal.
"Selama enam bulan ini saya memang tidak ambil sebarang tawaran berlakon. Perasaan memang sedih tapi terpaksa juga bersabar demi menghabiskan pegajian yang tinggal setahun sahaja lagi," ujar penuntut tahun akhir Jurusan Perakaunan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor ini.
Menurutnya, dia pernah terfikir untuk berhenti belajar dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam bidang seni, namun hasrat tersebut dibantah oleh keluarga.
"Tahun lepas saya tangguh pengajian satu semester kerana ingin fokus pada lakonan. Tapi keluarga membantah dan ingin saya habiskan juga pengajian demi masa depan," ujarnya


Saida Fail Cerai Cara Baik

KUALA LUMPUR: Setelah 14 tahun melayari hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak, penyanyi Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.
Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memfailkan permohonan itu pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Perekutuan 1984 dan kes disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa.
Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan sebagai wakil kepada bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam itu manakala Mohd Ghazali tidak diwakili peguam.
Mohd Suhaily menetapkan 20 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang bagi mengetahui sekiranya ikatan perkahwinan masih boleh diselamatkan ataupun mereka masih mengekalkan keputusan mahu berpisah.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.
Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.
Dia yang bernaung di bawah syarikat milik Siti Nurhaliza juga yakin bahawa matlamat perkahwinan tidak akan tercapai.
Turut dinyatakan, mereka yang beralamat di Alam Damai, Cheras, di sini juga tidak pernah bercerai sebelum ini


Tuntutan Fasakh Isteri Adnan Abu Hassan 22 November

KUALA LUMPUR: Permohonan isteri komposer terkenal tanah air, Adnan Abu Hassan untuk bercerai secara fasakh ditetapkan untuk sebutan semula di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada 22 November ini.
Tarikh itu ditetapkan selepas Adnan, 51, dan Siti Aminah Datu Bachtiyal, 39, menghadiri prosiding yang diadakan secara tertutup selama 20 minit di hadapan Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa.
Pada prosiding itu, Adnan yang dinamakan sebagai defendan diwakili peguam syarie Muhyieddin Murad manakala peguam syarie Ishak Syaaban mewakili Siti Aminah selaku plaintif.
Adnan yang berasal dari Kedah dan merupakan guru vokal bagi rancangan realiti Akademi Fantasia dilihat berada di mahkamah seawal pukul 8.30 pagi disusuli isterinya pada pukul 10 pagi.
Mereka kemudiannya masuk ke kamar hakim pada pukul 12 tengah hari dan bergegas meninggalkan mahkamah tanpa mahu ditemubual oleh media.
Peguam-peguam yang mewakili pasangan itu juga enggan memberikan sebarang komen kerana dimaklumkan telah menerima arahan daripada anak guam untuk tidak memberikan sebarang kenyataan.
Bagaimanapun, sumber menyatakan pasangan itu hadir untuk prosiding fasakh yang difailkan Siti Aminah mengikut Seksyen 52, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.
Pasangan itu difahamkan berkahwin pada 1994 dan dikurniakan tiga orang anak.
Adnan merupakan salah seorang komposer terkenal dan antara artis yang pernah berkerjasama dengannya termasuklah penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Misha Omar, Fauziah Latiff dan Nora



Pegang Tangan: Tiz Kata Tidak, Remy Kata Ya

Remy mengaku pegang tangan Tiz.
PETALING JAYA: Pelakon Tiz Zaqyah mencipta satu lagi kontroversi baru apabila dia tidak mengaku memegang tangan aktor Remy Ishak sedangkan pelakon lelaki itu mengesahkan mereka ada berbuat demikian.
Mereka dilihat berpegangan tangan pada acara Motor GP di Sepang, Selangopr pada 10 Oktober lalu.
Beritahu Remy, walaupun dia dan Tiz berpegangan tangan, ia tidak bermaksud kedua-dua mereka sedang bercinta sebaliknya mereka hanyalah kawan biasa sahaja.
"Saya akui yang kami berpegangan tangan pada waktu itu. Tetapi bukan sebagai sepasang kekasih. Tiz sekadar seorang kawan.
"Lagipun kami ke acara itu beramai-ramai di mana pada waktu itu keadaannya agak sesak dan masing-masing memegang tangan sesama sendiri.
"Pada pandangan saya, ia adalah satu gosip yang cuba menjatuhkan karier saya dan ditokok tambah," tegasnya.
Sebuah akhbar baru-baru ini melaporkan penafian Tiz kononnya dia berpegangan tangan dengan Remy Ishak.
Tambah Remy, dia tidak sangka selepas gosip mengenai hubungannya dengan pelakon Maya Karin semakin senyap, muncul pula cerita baru mengenainya dengan wanita lain.
"Bagi saya, orang suka gosipkan dengan macam-macam wanita itu dan ini," ujarnya dengan nada sedih.
Tidak cukup dengan itu, Remy turut dikatakan semakin sombong termasuklah menuntut bayaran puluhan ribu ringgit bagi sesebuah tawaran drama.
Menurut pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih itu, dia tidak mungkin meletakkan harga tinggi kepada pihak produksi dan hanya terima berdasarkan harga yang ditawarkan.
"Saya tidak pernah menuntut harga yang tidak relevan kepada pihak produksi yang menawarkan saya berlakon drama mereka.
"Sebaliknya saya terima apa yang ditawarkan dan sebelum itu mestilah ada sedikit rundingan harga. Itu perkara biasa untuk mana-mana pelakon.
"Alhamdulillah, setakat ini tiada pihak yang merungut. Cuma masalah saya ialah bila mereka terpaksa menyusun jadual saya yang padat.
"Saya pelik, kenapa ada pihak yang suka bercakap negatif tentang diri saya. Kadang kala perkara itu membuatkan saya tertekan.
"Walau apa pun, saya hanya berserah pada takdir dan cuba menguruskan karier saya sebaik mungkin," katanya yang sibuk dengan latihan teater Natrah 2.
Dalam pada itu, Remy melahirkan rasa kesal dan sedih dengan pelbagai kontroversi timbul kerana tempias turut terkena kepada keluarganya.
Kata pelakon berusia 28 tahun itu, kehadirannya dalam industri hiburan bukan kerana mahu mencipta kontroversi atau pun mencari populariti, sebaliknya dia mahu melakar nama sebagai seorang pelakon berkaliber.
"Sebenarnya perasaan saya bercampur baur. Saya sedih, kelakar pun ada kerana benda-benda yang tidak wujud diceritakan. Cuma setiap khabar angin yang timbul, melibatkan ramai hati di luar sana.
"Kalau saya tidak berkeluarga, saya memang tidak hairan dengan gosip-gosip yang timbul. Tapi bila orang bertanya saudara mara saya tentang gosip-gosip itu, sedikit sebanyak, ia mencalar nama mereka juga.
"Apa pun, kehadiran saya dalam bidang ini adalah untuk menjadi seorang lagenda. Saya mahu dikenali melalui pencapaian karier, memberikan komitmen kerja 100 peratus dan menunjukkan persembahan lakonan yang bagus," tegasnya yang akan memulakan penggambaran filem arahan Osman Ali, berjudul Bera Jiwa, selepas pementasan teater Natrah 2 yang bermula pada 25 November ini


Anugerah Pengarah Terbaik Buat Syamsul Insaf

Tangisan Syamsul Yusof sewaktu memenangi anugerah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-23 di Pusat Konvensyen Shah Alam, Ahad. - Foto The Star oleh Azman Ghani.
SHAH ALAM: Pengarah Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) Syamsul Yusof yang menitiskan air mata tika namanya diumumkan sebagai pemenang menyifatkan kejayaan itu sebagai rahmat terbesar daripada Tuhan kepadanya.
Menurut Syamsul, sebagai insan biasa yang terlalu banyak melakukan kesilapan dan lalai dalam kehidupannya selama ini, dia amat tersentuh apabila namanya ditakdirkan sebagai pemenang menerusi filem Evolusi Kl Drift 2 itu.
"Saya amat sebak kerana Tuhan terus memberikan peluang dan rezeki yang begitu luas kepada saya walaupun terlalu banyak melakukan kesilapan dan alpa selama ini. Anugerah ini satu peringatan dan menginsafkan diri agar saya sentiasa mensyukuri peluang dan rahmat yang dikurniakan.
"Semua kesulitan dan tekanan yang saya hadapi dalam menghasilkan filem selama ini dirasakan begitu berbaloi apabila diiktiraf sebegini. Namun, jujurnya saya tidak berharap pun cuma tidak dinafikan sesiapa yang bergelar pengarah memang mengidamkan anugerah ini," katanya.
Susulan kejayaan itu, Syamsul mengakui berdepan cabaran lebih besar dan berat kerana masyarakat pasti menantikan sentuhan yang lebih bermutu dan berbeza daripadanya selepas ini.
"Saya akui tanggungjawab selepas ini lebih besar tapi memang sejak pertama kali diberi peluang dan kepercayaan untuk mengarah drama atau filem pun saya akan berikan sepenuh komitmen terhadap kerja.
"Jadi selepas ini, saya akan lebih produktif dan cuba untuk menghasilkan filem-filem yang berskala lebih besar seperti biopik atau epik seperti Forrest Gump pula," jelasnya yang merancang untuk menghasilkan versi pembikinan semula filem Bukit Kepong (1980) yang pernah diarahkan oleh Senator Jins Samsudin.
Mengulas tentang majoriti barisan pemenang di FFM kali ini yang didominasi oleh karyawan generasi baru, Syamsul berkata, ia bagaikan satu evolusi untuk perkembangan industri filem tanah air.
"Bukan menidakkan kredibiliti dan kepakaran karyawan generasi terdahulu, namun seperti yang kita lihat industri seni pada hari ini baik filem atau muzik semakin didominasi oleh generasi muda.
"Saya rasa kemenangan yang banyak berpihak kepada anak-anak seni yang muda kali ini adalah satu petanda positif dan pemangkin semangat buat semua penggiat seni generasi muda agar berani menyahut cabaran dan tampil ke depan menerusi karya seni masing-masing," katanya.
Ketika Syamsul gembira dengan anugerah itu, dia turut diselubungi perasaan sedih apabila datuknya, Ismail Mustafa,80, yang juga Pengerusi Skop Productions meninggal dunia pagi Isnin lalu akibat masalah jantung.
Ismail sempat menonton detik indah ketika Syamsul diumumkan sebagai Pengarah Terbaik FFM23.

No comments:

Post a Comment