Ibu cekik anak hingga mati
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Shamsul Munir Safini
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KOMAGAL...terjun flat lepas cekik anak.
Demikian kata Sathia Selan, 32, yang kehilangan dua orang tersayang serentak selepas isterinya, S Komagal, 30, mencekik anak perempuan mereka berusia empat tahun sehingga mati sebelum membunuh diri dengan terjun dari tingkat 11 flat yang mereka duduki di Batu Caves jam 10 pagi kelmarin.
Sathia yang bekerja sebagai penjaga tempat letak kenderaan berkata, dia tidak sangka tragedi itu boleh berlaku berikutan isterinya ditinggalkan dalam keadaan normal sebelum dia keluar bekerja pagi kejadian.
“Kehidupan kami sekeluarga sebelum ini cukup bahagia sebelum dia diganggu makhluk halus Khamis lalu dan mula meracau dengan mengeluarkan perkataan tidak difahami. Dia juga cuba mencekik anak kami, namun berjaya dihalang
“Jumaat lalu saya mengambil cuti dan membawanya berubat dengan sami. Selepas itu dia kembali normal. Sebab itulah semalam (kelmarin) saya keluar bekerja dan meninggalkan dia bersama tiga anak kami,” katanya.
Menurut Sathia, anaknya yang mati dicekik isterinya ialah Ukuneswaray berusia empat tahun manakala dua lagi anaknya ialah Teneswari, 6, dan Thaneswaren, setahun.
Sumber polis berkata, yang dipercayai mengalami ‘gangguan’ secara tiba-tiba bertindak mencekik anak keduanya di depan dua anak lain.
“Anak perempuannya yang berusia enam tahun yang menyaksikan kejadian itu menjerit meminta tolong hingga menarik perhatian jiran. Menyedari jiran datang, wanita itu yang tinggal di tingkat lima melarikan diri ke tingkat 11 sebelum memanjat tembok dan terjun membunuh diri,” katanya.
Menurutnya, anaknya yang dicekik itu dalam keadaan tidak sedarkan diri segera dibawa ke klinik berhampiran, namun disahkan meninggal dunia kemudian.
Sementara itu, Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah ketika dihubungi semalam mengesahkan menerima laporan kejadian dan memaklumkan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
niatlah sesuatu kerana Allah semata2
Aidil tuntut jaga anak
Oleh Iskandar Shah Mohamed dan Mohd Amin Jalil
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.
Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.
“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.
“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya
Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.
Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.
“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.
Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.
Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.
“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.
“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.
Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.
Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.
Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.
ni bila tiada amanah...amanah satu sifat agak sukar dimiliki.....
Sorok RM1.5 juta dalam beg boling
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
RAMPAS...Ayub (tengah) bersama anggota polis menunjukkan wang tunai yang disimpan di dalam beg boling.
Lelaki berusia 46 tahun itu dipercayai melarikan wang tunai berkenaan Selasa lalu selepas mengimbangi penyata kemasukan wang bank terbabit bagi mengelakkan syak wasangka majikan terhadapnya.
Bagaimanapun, suspek hanya sempat membelanjakan RM50,000 daripada RM1.5 juta yang cuba dilesapkan dan hasil tindakan pantas polis berjaya menemui wang tunai RM860,000 yang disorokkan di dalam beg bola boling di sebuah pusat boling di Sungai Petani, Kedah, manakala RM590,000 di tingkat satu bank di mana suspek bertugas.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihak bank menyedari kehilangan wang berkenaan selepas melakukan pemeriksaan dan kemudian bertindak membuat laporan polis kira-kira jam 9 malam pada 19 Oktober lalu
Beliau berkata, berdasarkan laporan bank, wang berkenaan sepatutnya disimpan dalam bilik kebal bank berkenaan tetapi semasa diperiksa, wang itu tiada dalam bilik kebal terbabit.
“Kami menjalankan siasatan lanjut untuk mengenalpasti sama ada kakitangan bank berkenaan terbabit dalam kes itu selain menyiasat prosedur standard kemasukan wang setiap hari
“Polis menemui dua karung beg masing-masing mengandungi wang tunai RM500,000 dan RM90,000 di tingkat satu bank berkenaan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini, semalam.
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng.
Katanya, siasatan lanjut kemudiannya membawa kepada petunjuk dengan dua kakitangan bank berkenaan termasuk ketua juruwang dan pembantu bank yang masing-masing berusia 46 tahun ditahan untuk membantu siasatan di bank terbabit pada Rabu lalu.
Ayub berkata, hasil siasatan berjaya membongkar kegiatan ketua juruwang bank berkenaan apabila suspek mengaku menyimpan wang terbabit di sebuah pusat boling di Sungai Petani
takdir....kita perlu reda...takdir salah satu rukun iman untuk menguji keimanan seseorang
Isteri pengsan lihat jasad suami terbujur
Wanita berusia 50-an terbabit yang datang menyaksikan kejadian kemalangan ngeri itu bersama rakannya diusung sebelum ditenangkan orang ramai.
Jurucakap polis trafik berkata, kejadian berlaku jam 8 malam kelmarin ketika mangsa berjalan kaki untuk melintas jalan di tempat kejadian.
Menurutnya, mangsa yang juga pekerja pusat jualan borong dan runcit di pasar borong itu dikatakan baru habis bekerja dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak tidak jauh dari kawasan kejadian
“Mangsa dikenali Kyaw Yin, 50, yang juga seorang warga Myanmar cuba melintas jalan yang ketika itu sibuk dirempuh kereta yang datang dari ibu kota ke Selayang.
“Rempuhan itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter sebelum jatuh terhempas ke atas jalan. Kemalangan itu menyebabkan kepala mangsa cedera parah dan mati serta merta di lokasi kejadian,” katanya
Hasil pemeriksaan polis pada tubuh mangsa menemui satu kad pelarian UNHCR yang baru dimiliki mangsa minggu lalu.
“Kejadian kemalangan itu menyebabkan berpuluh pekerja warga Myanmar mengerumuni lokasi kejadian. Malah, isteri mangsa yang turut bekerja di premis sama bergegas melihat kemalangan terbabit sebelum menyedari mangsa suaminya.
“Berikutan itu, wanita terbabit meraung dan menangis selepas tidak percaya suaminya mati. Mangsa yang meraung menangis di bahu jalan akhirnya pengsan beberapa minit sebelum dipapah orang ramai.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk siasatan lanjut,” katanya.
jika akal tiada bertunjang agama...kuatkuasa undang2 Allah tiada...ni lah kesannya
Budak diperkosa
Kejadian itu disedari ibu mangsa berusia lewat 20-an, ketika hendak memandikan anaknya selepas mengambilnya dari rumah pengasuh, kira-kira jam 8 malam.
Difahamkan, kanak-kanak perempuan itu dihantar ke rumah pengasuhnya itu sejak enam bulan lalu.
Menurut sumber, ketika memandikan anaknya, mangsa mengadu sakit pada kemaluan
nafsu ciptaan Allah...jangan nafikan sifat Allah Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui....hukumNYA wajib dilaksanakan....
Lelaki Bangladesh dicekup bersama janda
Pengadu terbabit yang enggan dikenali berkata, dia tidak tahan melihat lelaki dipercayai warga Bangladesh sering mengunjungi rumah janda itu setiap kali masuk waktu solat Jumaat, Maghrib atau Isyak.
“Ada ketikanya bukan seorang, malah beberapa orang lelaki Bangladesh masuk pada waktu yang sama membuatkan saya curiga,” katanya.
Menurutnya, dia bertambah curiga apabila mengetahui rumah itu dihuni seorang janda berusia 50 tahun, manakala anaknya tidak tinggal bersamanya
Sementara itu, pemeriksaan Penguat kuasa PADK ke atas rumah itu pada jam 11.15 malam kelmarin menemui seorang wanita berusia 50 tahun dan pasangannya warga Bangladesh berusia 30 tahun di dalam rumah itu.
Bagaimanapun, anggota PADK terpaksa menunggu lebih lima minit sebelum wanita itu membuka pintu rumahnya dan mendapati seorang lelaki warga asing turut berada di dalam rumah itu dipercayai tiada hubungan muhrim dengan wanita itu.
Ketua Unit Penguat Kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, mereka bertindak atas maklumat orang awam dan melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.
“Siasatan awal mendapati pasangan itu mengakui sebagai pasangan kekasih, manakala lelaki warga Bangladesh itu memberi alasan kepada penguat kuasa dia menghantar makanan kepada pasangannya.
“Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada mereka akan berkahwin, lelaki itu menolak untuk berkahwin sebaliknya wanita itu bersungguh-sungguh berkata mereka akan berkahwin,” katanya.
Pasangan itu dipercayai bekerja di kilang yang sama dan mulai menjalinkan hubungan sejak beberapa bulan lalu.
“Mereka dibawa ke balai polis Lunas untuk membuat laporan dan akan disiasat mengikut Seksyen 9 (1)(2) Enekmen Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988.
“Sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara setahun atau denda RM2,000 seorang,” katanya
apabila tiada agama...sanggup derhaka kepada ibu...sia2 ibu mengandung ...anak yang begini....
Tumbuk ibu sampai koma
Oleh Suhaidi Mohamed Amin
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 1.15 tengah hari di Kampung Mak Chili Paya, di sini, kelmarin, ibu malang itu yang juga seorang suri rumah mengalami pendarahan teruk di muka akibat kesan tumbukan kuat anaknya sebelum terjatuh dan mukanya tersembam pada meja kayu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, akibat kesan tumbukan itu, mangsa mengalami patah tulang kening manakala hidung dan mulutnya mengalami pendarahan teruk sehingga terpaksa dikejarkan ke Hospital Kemaman (HK) oleh seorang anak saudaranya yang melihat kejadian itu.
“Bagaimanapun wanita berusia 49 tahun itu dikatakan koma ketika dalam perjalanan ke HK dan dirawat di unit rawatan rapi sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk rawatan lanjut,” katanya.
Menurutnya, mangsa mula sedar pada awal petang semalam dan menunjukkan tanda pulih.
Abdullah berkata, pemeriksaan imbasan yang dilakukan terhadap wanita berkenaan di HTAA bagaimanapun menunjukkan tidak berlaku sebarang pendarahan dalam otak dan dia dirujuk semula ke HK untuk rawatan lanjut
“Susulan itu polis menahan reman seorang lelaki yang juga anak ketiga mangsa berumur 25 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian itu suspek yang bekerja di sebuah syarikat petroleum di sini dikatakan baru pulang dari tempat kerjanya sementara ibunya sedang mengemas rumah.
Abdullah berkata, suspek dikatakan akan melangsungkan perkahwinan pada 6 November depan dan inginkan kepastian daripada ibunya mengenai perkembangan persiapan perkahwinan seperti kelengkapan pelamin, barangan hantaran dan jamuan.
Ugut bunuh, bakar rumah emak
Akibat perbuatan anak derhaka terbabit, ibu malang berkenaan yang baru bersara daripada perkhidmatan kerajaan melarikan dan menumpang di rumah saudara kerana khuatir anak kandungnya itu akan bertindak di luar dugaan.
Malah, anaknya yang bekerja sebagai pegawai di sebuah bank itu sanggup menakut-nakutkan ibunya apabila membawa sebatang besi kerana tidak berpuas hati dengan tindakan ibunya yang enggan menjual rumah itu.
Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, ketika mangsa berada di rumahnya sebelum didatangi anak lelakinya itu yang berusia lingkungan 30-an.
“Dalam keadaan marah, anaknya mengamuk dengan menyepak perkakas rumah dan turut mengugut akan membunuh ibunya itu jika enggan menjual rumah dan memberikan wang yang diperolehi kepadanya. “Bagaimanapun, si ibu cuba mententeramkan keadaan dan menerangkan kepada anaknya itu yang dia kini dalam proses untuk menjual rumah berkenaan dan memintanya bersabar,” katanya.
Menurutnya, mangsa turut memberitahu akan mendapat hak sewajarnya selepas segala urusan jual beli rumah selesai kelak.
bila memilih jodoh tidak mengikut pendoman hadis serta panduan Islam.....
18 tahun dibelasah suami
Ibu kepada tiga anak perempuan berusia lima, 16 dan 18 tahun itu akhirnya nekad membuka mulut kelmarin selepas tidak sanggup lagi menanggung sengsara diperlakukan seperti ‘beg pasir’ oleh suaminya yang berusia 40 tahun.
“Saya dilayan seperti hamba oleh suami. Malah, nasib saya juga seperti digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu apabila terpaksa mengerah kudrat dan menebalkan muka bekerja di kilang dan kedai makan bagi menyara perbelanjaan harian dan anak-anak kerana suami tidak lagi memberi nafkah.
“Sikap buruknya tak berubah. Dia hanya pulang ke rumah seminggu sekali dan setiap kali pulang, meminta wang daripada saya. “Jika tidak diberi, dia pukul saya malah dia juga pernah beberapa kali menghalau saya keluar dari rumah tapi disebabkan tiada tempat dituju dan memikirkan nasib anak, saya pulang semula,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Pengkalan, dekat sini, kelmarin
Salina berkata, dalam kejadian terbaru minggu lalu, suaminya bertindak ganas memukul kepalanya dengan kerusi sehingga dia terpaksa melarikan diri ke rumah anak sulung tidak jauh dari rumahnya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pasir Puteh.
Salina yang cedera di kepala dan menerima rawatan pesakit luar di sebuah hospital berkata, sebelum ini dia tidak berani melaporkan kejadian dia didera kepada polis kerana takutkan suami yang juga bekas askar tetapi dibuang kerja atas kesalahan disiplin pada 2002.
khuatir gadis ni ada hubungan dengan Jin...mungkin keturunan dsbnya...tak mustahil bagi Allah...jika ada izinNYA....
Siti Balqis masih hilang
Kehilangan Siti Balqis dari rumah keluarganya di Kampung Gong Nangka, Apal, dekat sini, membimbangkan keluarganya kerana tiada petunjuk baru diperoleh mengenai kedudukan gadis itu yang dikatakan ghaib dibawa jin yang mengawal pergerakannya.
Ibunya, Norizan Said, 47, berkata, ini kehilangan paling lama Siti Balqis sejak gangguan jin berkenaan tiga bulan lalu.
Setiap kali hilang, dia biasanya akan ditemui dalam masa kurang 24 jam di atas siling, bumbung rumah, mesin pembancuh simen dan tanah perkuburan.
No comments:
Post a Comment