NAMA BAGUS....TAPI TAK SEGAN MELANGGAR HUKUM ALLAH DENGAN TAK BERTUDUNG....
Raudhah buka pintu hati
Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my
akmar@hmetro.com.my
PERMATA HATIKU...Yatt bersama anak tunggalnya, Nia.
Demi menghayati watak Raudhah, Haryati Hamzah atau Yatt, 30, terpaksa menukarkan percakapannya yang bagaikan kereta api ekpress kepada wanita yang berhemah tinggi.
Apabila pengarah drama itu, Murali Abdullah menghulurkan skrip kepada Yatt, walaupun dia mendapati tawaran itu sangat menarik, tetapi dia tidak yakin sama ada wanita seperti karakter Raudhah itu wujud lagi pada zaman sekarang
“Saya pernah melakonkan watak perempuan baik, tetapi Raudhah itu terlalu baik orangnya
“Macam tiada cacat cela langsung dan saya kata pada Abang Murali, mustahil ada lagi orang seperti itu dalam dunia ini. Apatah lagi karakter saya yang sebenar dengan Raudhah bagaikan langit dengan bumi.
“Dek kerana itu pada mulanya saya tidak yakin untuk membawakan watak Raudhah, tetapi Abang Murali percaya saya boleh melakukannya. Abang Murali nampak benda yang saya sendiri tidak nampak ada dalam diri saya.
“Pada permulaan penggambaran, saya belajar dengan Abang Murali cara untuk membawakan watak Raudhah. Sebenarnya saya bimbang membawakan watak Raudhah kerana penonton sering beranggapan watak ‘baik-baik’ selalunya nampak bodoh dan kelihatan lemah. Jadi saya takut sekali penonton juga berfikiran sama terhadap Raudhah.
“Tetapi Abang Murali seorang yang tegas dan minta saya terus menjadi Raudhah dan katanya lagi, dalam setiap diri wanita mesti ada yang bersikap dan berperasaan seperti Raudhah.
“Cuma mereka tidak mahu ‘menunjukkannya’ atau tidak sedar adanya kebaikan dalam diri masing-masiang. Justeru, dia paksa saya ‘keluarkan’ karakter Raudhah yang terperangkap dalam diri saya itu.
“Tegasnya lagi, kalau ada yang berkata Raudhah itu wanita bodoh maknanya dia yang bodoh kerana tidak mahu menjadi sebaik Raudhah. Abang Murali juga marah apabila saya protes, mustahil orang macam Raudhah masih ada. Malah katanya, saya sepatutnya bersyukur kerana dapat watak itu.
“Dia sangat yakin orang macam Raudhah masih ada dalam dunia ini cuma barang�kali kita belum berkesempatan dipertemukan dengannya. Maka katanya, sayalah sebenarnya Raudhah itu,” katanya.
Yatt menambah, dari mula dia berlakon sehingga tamat peng�gambaran selama dua bulan tujuh hari, dia berterima kasih kepada Murali kerana terlalu banyak memberinya tunjuk ajar.
“Selain bantuan Abang Murali, untuk memasukkan roh Raudhah dalam diri, saya banyak membaca bismillah dan bersalawat. Alhamdulillah, selepas itu segalanya jadi senang.
“Dia yakin apabila saya membawakan watak ini, kerjaya seni saya akan lebih berkembang. Luahan pendapatnya itu membuatkan saya terdiam dan tersenyum sendiri. Semakin lama saya mendalami watak Raudhah, saya juga semakin percaya memang sifat Raudhah ada dalam diri setiap wanita.
“Bagaimanapun, kebaikan dan keluhuran budi itu seakan tenggelam kerana kita membenarkan kejahatan menguasai diri kita. Lantaran itu, kena melawan kejahatan itu supaya ia tidak terus bermaharajalela.
“Watak Raudhah sangat mengesankan dan memberi impak kepada saya sekarang untuk menjadi wanita solehah, isteri, ibu dan anak yang baik kepada orang tua saya. Juga mula terikut-ikut cara Raudhah yang apabila hendak melakukan apa saja, mesti dimulakan dengan bismillah. Sangat besar keberkatannya,” katanya.
Sambung Yatt, sepanjang drama itu disiarkan menerusi slot Lagenda TV3, baru-baru ini, setiap hari penonton memberikan komen yang baik.
Malah, ada yang beritahu, mereka sudah terikut-ikut dengan karakter Raudhah dan membaca bismillah dalam melakukan apa saja.
“Alhamdulillah, mesej yang ingin disampaikan Abang Murali sampai juga kepada penonton dan saya sendiri lega mendengarnya. Inilah saja yang saya dapat lakukan untuk mendidik jiwa penonton supaya beramal dengan perkara yang baik.
“Khabarnya ramai lelaki mula mengidam untuk mendapatkan isteri seperti Raudhah dan kepada mereka yang sudah beristeri pula mahukan isteri mereka menjadi wanita solehah dan patuh pada suami,” katanya.
Kesannya kepada kerjaya Yatt sekarang, dapat banyak tawaran berlakon, tetapi dia mahu berehat dulu untuk membesarkan anak sulungnya, Suci Hanania Malika yang baru berusia lapan bulan hasil perkahwinannya dengan Abdul Mutalib Abdul Shukor, 30.
“Saya sanggup ke lokasi Ular Emas kerana watak yang sangat menarik. Waktu itu saya baru empat bulan melahirkan Nia. Selama dua bulan di lokasi drama itu saya jarang dapat bersama Nia yang ditinggalkan bersama emak (Sufiah Junaini, 53) di Seremban.
“Membawakan watak Raudhah juga meletihkan.
“Selesai saja penggambaran, saya tengok Nia sudah belajar banyak benda dan saya sangat merinduinya ketika dia masih bayi.
“Saya suka pegang dan mendokong bayi yang masih lembik. Pengalaman itu membuatkan saya tidak mahu meninggalkan Nia lama-lama kerana saya akan kehilangan momen yang indah bersamanya.
“Saya mahu melihatnya �membesar, belajar merangkak dan berjalan. Menjadi ibu �mengundang keinsafan dan teringatkan tingkah saya terhadap emak. Baru kini saya tahu macam mana kasih sayang seorang ibu yang sanggup berkorban apa saja untuk buah hatinya itu. Nia juga masih menyusu badan, jadi buat masa ini saya mahu meluangkan lebih banyak masa bersamanya.
“Insya-Allah saya akan bekerja semula Disember ini. Ada beberapa tawaran yang sedang saya pertimbangkan. Saya juga sedang giat bersenam dengan bermain badminton untuk menurunkan berat badan,” katanya yang bercadang menambah ahli keluarga secepat mungkin.
Namun begitu, hasrat itu terpaksa dipendamkan dulu kerana dia melahirkan Nia menerusi pembedahan.
“Saya dan suami sudah berusia 30 tahun dan tidak boleh terlalu menjarakkan kelahiran, tetapi dengan keadaan saya sekarang, terpaksalah bersabar,” katanya.
PROFIL
NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor, 30
ANAK: Suci Hanania Malika, lapan bulan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian Media
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Ular Emas
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul
JANGAN BERTUDUNG TAPI TABARUJ@BERSOLEK2....
Bijak imbangi dua minat
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
nori@hmetro.com.my
BANGGA...Rossidayu bersama koleksi peragaan yang pernah mengabadikan wajahnya di kulit majalah dan model busana Muslimah.
Apatah lagi setelah menjawat tugas di bidang berkenaan sejak lapan tahun lalu di institusi pengajian tinggi tempatan, pengetahuannya harus mendahului orang lain.
Rossidayu Awang Teh, 31, yakin meletakkan komitmen pada tahap tertinggi membolehkan dirinya memikul setiap tanggungjawab dengan jayanya dalam meletakkan diri untuk menghadapi semua fasa baru dalam dunia IT yang ada dua kebarangkalian iaitu baik dan buruknya
“Pada saya, kerjaya adalah segala-galanya kerana apabila melakukan sesuatu kerana minat yang mendalam pasti disusuli dengan kesungguhan
“Lagi pula, tugas saya membabitkan keseluruhan IT yang dikendalikan secara berpusat dengan menyalur segala maklumat dengan tepat dan berhemah, perlu diurus secara profesional.
“Apa yang membuat saya selesa dalam bidang ini kerana usaha untuk menguasai ilmu berkenaan supaya tidak mahu dianggap ketinggalan atau terkebelakang sedangkan orang lain sudah menikmati kemajuannya,” katanya.
Di sebalik kecanggihan era teknologi yang dicetuskan oleh kehebatan IT, Rossidayu menyarankan supaya semua pihak berhati-hati kerana setinggi mana teknologi pun, jika ia disalahgunakan akan memberi impak negatif kepada banyak pihak.
Menurut ibu kepada dua anak ini, seharusnya generasi muda hari ini meneroka hal baru yang memberangsangkan untuk peningkatan diri dengan memanfaatkan segala kecanggihan yang ada dalam teknologi maya itu.
Ini bertujuan meraih pelbagai maklumat terbaru, sekali gus membangunkan modal insan untuk pembangunan negara.
“Kecanggihan dalam laman sosial facebook (FB) misalnya boleh diterjemahkan kepada sesuatu yang bermanfaat seperti menjana perniagaan dengan kecanggihan yang ada.
“Selain itu, benda baru ini dapat meneroka banyak hal yang berguna dalam aspek ekonomi, sosial, pendidikan dan pelbagai jika bijak mengolah peluang,” katanya yang tidak hanya mendalami dunia IT, malah turut mendekatkan diri dalam dunia peragaan.
Sejak kecil dia banyak terdedah dengan aspek kecantikan terutama andaman apabila kakaknya, Roslinda memiliki butik pengantin.
Dia pula sering dijadikan bahan eksperimen kakaknya untuk dicalit dengan solekan sejak usianya enam tahun lagi, malah pernah menjadi model bidang terjun membuatkan dia turut meminati pentas peragaan.
Terbawa-bawa keinginan untuk sering berpakaian cantik, dia turut menyimpan angan-angan bagi merealisasi minatnya di bidang itu lalu menceburi dunia peragaan bagi menggayakan fesyen busana Muslimah sekadar pengisian hobi.
Bermula dengan program di Radio Era pada 2004, dia meraih gelaran Puteri Era, diikuti dengan pencarian wanita bertudung di majalah Nur setahun selepas itu dan tersenarai antara lima model utama ketika memasuki pertandingan pencarian tudung Fareeda anjuran bersama majalah tempatan.
Baginya, minat menjadi model peragaan busana berkenaan begitu dekat dengan jiwanya apatah lagi pemakaiannya yang santun dan penuh pesona.
“Tidak dinafikan banyak tawaran diterima untuk memperagakan pakaian busana Muslimah dan tudung untuk majalah lalu saya manfaatkan peluang itu untuk menguji kemampuan diri.
“Pada masa sama, harus bijak mencuri masa kerana kadangkala penggambarannya memakan masa seharian atau lebih.
“Daripada situ saya meraih pengalaman berguna kerana berpeluang bergaul dengan kenalan daripada pelbagai peringkat.
“Minat itu terus dikembangkan seiring peningkatan usia dan saya rasa seronok dengan apa yang saya lakukan ini. Ia memberi sesuatu yang berguna mengenai cara mentafsirkan fesyen busana Muslimah itu sendiri.
“Namun tidak bermakna saya terbuai dengan keseronokan itu kerana kerjaya tetap nombor satu. Tetapi rasa beruntung memiliki minat dalam dunia fesyen kerana variasi daripada aspek sebegini menjadi pemangkin untuk menceburi perniagaan suatu hari nanti.
“Jika ia tidak secara sepenuh masa, ia juga boleh dilakukan secara sambilan. Daripada situ produk boleh dipromosi menerusi Internet termasuk facebook. Lebih menarik
kerana saya sendiri di bidang IT dan segalanya menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan,” katanya.
Mengimbangi kesibukan dua bidang yang dekat di hatinya itu, tanggungjawab di rumah tetap jadi keutamaan. Tambahan pula, cabaran membesarkan anak-anak sekarang bukan mudah untuk memenuhi tuntutan semasa.
“Sebagai isteri dan ibu, saya harus bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga untuk mengharapkan yang terbaik dalam kehidupan,” katanya.
PROFIL
NAMA: Rossidayu Awang Teh
JAWATAN: Pegawai Teknologi Maklumat, Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Malaya (UM)
AKADEMIK: Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer, Universiti Putra Malaysia (UPM)
STATUS: Kahwin
SUAMI: Mohd Najmee Hishamuddin
ANAK: Mohd Danish, 3, dan Mohd Darwish, 2 tahun
No comments:
Post a Comment