'Dah lama tak jamah nasi'
Oleh Siti Zarinah Sahib dan Asmah Rusman
DAIF...(dari kiri), Chan dan Mohd Hafiz turut tinggal bersama Siti Faizah dan Hazmain di bawah jambatan.
SEBAK...Khairun menenangkan Hazmain yang sedih ketika dilawati Pemuda Umno di bawah jambatan, semalam.
Tiga beranak berkenaan tinggal di bawah binaan konkrit itu bersama dua rakan Hazmain, Mohd Hafiz Abdul Aziz, 30 dan Chan Che Wah, 44 sejak lima bulan lalu.
Menurut Hazmain, mereka tiada pilihan lain, selain daripada tinggal di bawah jambatan selepas dihalau pemilik rumah yang disewanya dengan harga RM200 di Sungai Besi, di sini lima bulan lalu
“Sebelum ini, isteri saya (Siti Faizah Abu Bakar, 27) bekerja di restoran makanan segera, namun dia berhenti selepas melahirkan anak. Jadi perbelanjaan hanya di atas tanggungan saya. Masalahnya saya tiada pekerjaan tetap,” katanya
Katanya, bagi mencari rezeki halal, dia pernah melakukan pelbagai kerja termasuk kerja kontrak dan pekerja kilang kopi dan yang terakhir sebagai pencuci bangunan di pusat beli-belah terkenal di Kuala Lumpur.
“Saya hanya pekerja kontrak, apabila tiada kerja maka saya tidak mempunyai sumber kewangan. Kami juga mencatu makanan iaitu sekali sehari manakala anak pula makan apa saja seperti yang kami makan atau minum susu,” katanya yang berasal dari Sandakan manakala isterinya dari Segamat, Johor.
Nasib malang keluarga Hazmain dan dua rakannya itu mendapat perhatian Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh bersama Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Seputeh dan Exco Pemuda Umno Sabah, Mohd Gasing Saling ‘turun padang’ menghulurkan bantuan.
Muhd Khairun kesal kerana tiada pihak tampil memberi sumbangan dan mengambil tindakan terhadap masalah tiga beranak itu termasuk dua rakan mereka.
“Hari ini (semalam), kami pindahkan ke asrama belia di Wisma Belia Jalan Syed Putra untuk sementara waktu sebelum mendapat rumah yang lebih selesa. Yang penting, kami tidak mahu mereka kembali ke bawah jambatan lagi,” katanya.
Katanya, Hazmain, isterinya dan anak mereka, Siti Norafidah bersama Mohd Hafiz dan Chan akan dibantu supaya diberi tempat tinggal di mana projek perumahan rakyat termiskin (PPRT), selain bantuan mendapatkan pekerjaan tetap.
“Saya meminta bantuan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Umno bagi mencarikan pekerjaan yang sesuai kepada Hazmain, Mohd Hafiz dan Chan mengikut kelayakan mereka manakala urusan rumah dan bantuan lain di bawah pengawasan Pemuda Umno Seputeh,” katanya.
Sementara itu, Mohd Hafiz, berkata, dia simpati melihat nasib pasangan suami isteri itu dan mengajak mereka tinggal bersama walau pun hanya di bawah jambatan.
“Saya yang ajak mereka tinggal bersama kerana bimbangkan keselamatan dan kesihatan Siti Norafidah yang masih kecil. Walau pun, saya berteduh di bawah jambatan ini tapi sekurang-kurangnya kami dapat berlindung daripada hujan dan panas,” katanya.
Katanya, dia tidak pernah terfikir menjalani kehidupan sebegini dan tinggal di bawah jambatan sedangkan dia mempunyai latar belakang keluarga dan pendidikan yang baik.
Lisa, Bront pelakon terbaik
SHAMSUL...pengarah terbaik. (Gambar Kanan) REZEKI...Edry (kiri), Norman dan Yusry bersama trofi Filem Terbaik FFM23.
CERIA...Lisa,Bront bersama trofi masing-masing.
Manakala, filem Magika sentuhan pengarah yang baru saja diumumkan Pengarah Harapan, Edry Abdul Halim diumumkan filem terbaik.
Pelakon dan pengarah muda, Shamsul Yusof pula diumumkan sebagai Pengarah Filem Terbaik menerusi filem ketiga arahannya Evolusi KL Drift 2
Kemenangan Lisa Surihani (Lagenda Budak Setan) sekali gus membenam harapan pesaing lain yang tidak kurang hebatnya, Jasmine Michael (Estet), Maya Karin (Pisau Cukur), Mislina Mustaffa (Karaoke) dan Putri Mardiana (Santau) untuk membawa pulang trofi yang mengiktiraf bakat dan lakonan mereka dalam dunia perfileman tanah air
Calon lain berentap untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Esme Daniel (Santau), Farid Kamil (Lagenda Budak Setan), Shamsul Datuk Yusof (Evolusi KL Drift 2) dan Zul Huzaimy (Haq).
Anugerah Filem Pendek Terbaik berpihak kepada Projek Genex (Ainotek Sdn Bhd) yang mengalahkan filem pendek Hargai Sejarah Keluarga (Yellow Pictures Sdn Bhd), Srok (Syaabani Production), Sub Rosa (Nadiah Hamzah) dan The Five Rules (Universiti Teknologi Mara, Shah Alam).
Filem Animasi Terbaik diberikan kepada Buas (Charukphong Anuvong).
Sementara filem Magika arahan Edry menang Anugerah Skor Muzik Terbaik.
Anugerah Penyunting Terbaik jatuh kepada Hisham Jupri menerusi Evolusi KL Drift 2.
Untuk Anugerah Sinematografi Terbaik dan Cerita Asal Terbaik masing-masing dimenangi Raja Mukhriz - Niyang Rapik dan Ahadiat Akashah - Lagenda Budak Setan.
Kategori Lakon Layar Terbaik mengiktiraf hasil karya Jumaatun Azmi - Haq.
Malam kemuncak FFM23 itu dihoskan Sharifah Shahira, Zizan Raja Lawak dan Hezrie Hashim.
Sebelum itu diadakan cara karpet merah yang dikendalikan Raja Farah, Faezah Elai dan Iqram Dinzly.
Konsep malam anugerah itu bertemakan Filem Malaysia Ke Persada Dunia dengan harapan dan matlamat penggiat filem tanah air dapat menghasilkan bertaraf antarabangsa untuk tontonan penonton tempatan sekali gus dapat diperkenalkan di pentas filem luar negara.
FFM23 disiarkan secara langsung di saluran Astro Prima dan TV1, dari jam 8.30 malam hingga 10.39 malam. Tetamu kehormat malam itu, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
Hadirin dihiburkan dengan persembahan selingan lagu dari filem Evolusi KL Drift, lagu medley dari filem Magika nyanyian Mawi dan Diana Danielle dan lagu Tanda Kasih gandingan Lah Ahmad dan Dayang Nurfaezah. Diikuti persembahan Farah Asyikin dengan lagu, ERT dan lagu dari filem Appalam oleh Dr Burn dan Gitaris.
Persembahan penutup oleh Lan The Typewritter menerusi lagu API yang turut diiringi penari Istana Budaya.
Menyemarakkan lagi malam perhimpunan pengiat seni tanah air itu, butik Rafflesia The Pearl Center tampil menaja hadiah untuk pemenang pakaian lelaki dan wanita terbaik serta pereka terbaik FFM23.
NEGARA
Pengawal tidur, 12 bas hangus
KOTA BHARU – Gara-gara pengawal keselamatan didakwa tertidur, 12 buah bas Ekspres Budaya milik Syarikat Transline Express Sdn. Bhd. bernilai RM2.6 juta musnah dijilat api di depot menempatkan bengkel dan tempat menyimpan bas di Panji, Pengkalan Chepa dekat sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 12 tengah malam kelmarin, kesemua bas tersebut yang disusun berdekatan di salah satu sudut di depot tersebut hangus sama sekali.
Ketua Balai Bomba Pengkalan Chepa, Saipu Bhari Mohd. Noor (gambar kecil) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada pukul 12.32 tengah malam kerana pengawal yang bertugas menjaga depot itu semasa kejadian didakwa tertidur.
Menurut Saipu, pihaknya menghantar sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebelum tiba di lokasi tiga minit kemudian kerana kedudukan balai bomba dan depot bas itu hanya dalam jarak dua kilometer
NEGARA
Keluarga bawah jambatan dibela
KUALA LUMPUR – Tidak sampai 24 jam kisah menyayat hati sebuah keluarga dan dua lelaki yang merempat di bawah jambatan di lebuh raya disiarkan Kosmo!, nasib mereka kini terbela apabila Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh tampil menghulurkan bantuan.Kini kesemua mereka ditempatkan di asrama Wisma Belia di Jalan Syed Putra di sini.
Muhd. Khairun yang juga Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO berkata, mereka dibenarkan tinggal di situ buat sementara waktu selepas mendapat kebenaran pihak pengurusan asrama tersebut.
Katanya, pihaknya akan cuba mendapatkan kediaman untuk mereka melalui skim bantuan perumahan rakyat termiskin.
“Pemuda UMNO amat tersentuh hati dengan kehidupan mereka yang begitu daif dan akan menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya selepas melawat keluarga dan dua lelaki itu di bawah jambatan Lebuh Raya Maju Expressway (Mex) di sini semalam
NEGARA
Budak 11 tahun tidak pernah makan nasi
BESUT – Seorang budak lelaki berusia 11 tahun mendakwa tidak pernah makan walau sesuap nasi dan hanya menjadikan kuih dan makanan berasaskan gandum sebagai makanan rujinya.
Muhamad Helmi Ghazali dari Kampung Seberang, Jerteh juga dikatakan begitu takut untuk menyentuh makanan asasi itu sejak dilahirkan 11 tahun lalu.
Ibu Muhamad Helmi, Rohana Jusoh, 47, berkata, keganjilan anak keempat daripada enam adik-beradik itu mula diketahui ketika dia menjangkau usia enam bulan.
Pada masa itu, katanya, dia cuba memberi makanan bubur daripada bijiran beras kepada Muhamad Helmi, tetapi anaknya itu enggan makan walau sesuap.
“Dia tidak menghadapi apa-apa masalah ketika dilahirkan dan tumbesarannya juga normal, malah dia tetap aktif dalam kehidupan seharian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam
NEGARA
Elia hilang hak lawat Sultan Ismail
|
|
KOTA BHARU - Isteri kedua Sultan Ismail Petra, Elia Suhana Ahmad hilang perintah hak lawatan terhadap suaminya selepas Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menerima permohonan bantahan awal Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Hamid.
Hakim Mohammed Yusoff Awang dalam penghakimannya bersetuju dengan permohonan isteri pertama bekas Sultan Kelantan itu berhubung dengan hak lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana pada 4 Februari lalu.
Dalam keputusan itu, mahkamah memutuskan Elia Suhana hilang hak lawatan tersebut kerana penyampaian atau perintah hak lawatannya ke Singapura tidak sah kerana mahkamah di sini tidak mempunyai bidang kuasa melangkau sempadan dua negara.
"Mahkamah Syariah hanya mempunyai bidang kuasa untuk penyampaian (melaksanakan perintah) di luar Kelantan tetapi masih dalam Malaysia.
"Mahkamah turut menerima permohonan Tengku Anis untuk mengetepikan perintah lawatan yang diperoleh secara exparte oleh Elia Suhana sebelum ini tanpa memberikan penjelasan lanjut," katanya
NEGARA
32 GRO asing dicekup polis
SEREMBAN – Seramai 32 gadis pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing dicekup polis dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di sini baru-baru ini.
Dalam operasi kira-kira pukul 9.30 malam Jumaat lalu, Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman, Kuala Lumpur berjaya menahan 25 gadis warga China dan tujuh dari Thailand.
Ketua Operasi D7 Bukit Aman, Asisten Supritendan Khairi Anuar Ruslan yang mengetuai operasi itu berkata, bertindak atas maklumat awam dan risikan pihaknya, seramai 11 anggota polis telah bertindak menyerbu premis berkenaan dan menahan kesemua gadis terbabit.
“Kesemua GRO yang ditahan berusia di antara 20 hingga 30 tahun ditahan ketika sedang melayan pelanggan masing-masing.
“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka menyalahgunakan pas lawatan kerja ke negara ini apabila menjadi pelayan di pusat hiburan terbabit,” katanya di sini semalam
No comments:
Post a Comment