Tuesday, December 14, 2010

BANYAK LAGI YANG MAKAN WANG HARAM..MEMBERI DAN MENERIMA RASUAH YANG BELUM TERIMA HUKUMAN...BERHENTILAH....LEPAS DIDUNIA...AKHIRAT SANGKUT....TUBUH JADI BAHAN API NERAKA...

NEGARA


Planet Nibiru tak langgar Bumi



INILAH planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar planet Bumi pada tahun 2012


KUALA LUMPUR - Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.
"Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.
"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen di sini semalam.


NEGARA


Indonesia tahan pesawat kita



KERATAN akhbar Kompas.com semalam.


JAKARTA - Tentera Nasional Indonesia (TNI) semalam menahan sebuah pesawat sewa khas jenis BAE 146-200 yang membawa sejumlah rakyat Malaysia di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya, lapor akhbar dalam talian Kompas.com semalam.
Penahanan itu diumumkan oleh seorang pegawai tentera TNI, Laksanama Iskandar Sitompul kepada akhbar berkenaan.
Menurutnya, enam daripada semua penumpang itu dibenarkan pulang ke Malaysia dengan menggunakan pesawat lain.
Panglima TNI, Laksamana Agus Suhartono dikatakan berusaha untuk mempercepatkan proses penghantaran pulang baki penumpang pesawat berkenaan.
Menurut Iskandar, pesawat itu dari Dili, Timor Leste menuju ke Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pesawat itu terpaksa ditahan di lapangan terbang tersebut kerana ia mendarat tanpa mendapat keizinan.


NEGARA


Balasan makan duit haram



Hassan Basri


IPOH – Senario di Mahkamah Sesyen di sini semalam berbeza apabila seorang bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak yang sebelum ini bertanggungjawab menghukum pesalah, dijatuhi hukuman penjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas didapati bersalah atas tujuh tuduhan rasuah.
Hassan Basri Shapie, 56, dikenakan hukuman tersebut selepas Hakim Tan Hooi Leng mendapati pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap bukti pihak pendakwaan atas semua pertuduhan yang dilakukan tertuduh sekitar 7 Ogos 2006 hingga 6 September 2007.
Bagaimanapun tertuduh hanya dipenjara 10 tahun setelah Hooi Leng memerintah hukuman empat daripada tujuh pertuduhan tersebut dijalankan serentak. Namun Hassan Basri bakal berhadapan hukuman penjara tambahan sebanyak 42 bulan lagi jika gagal membayar denda.
Dia adalah hakim Mahkamah Syariah pertama yang didapati bersalah dalam pertuduhan rasuah



NEGARA


Ibu gadai nyawa selamatkan anak


HARMA menunjukkan lokasi Muhd. Fikri yang lemas di tali air Kampung Bechah Landak, Pasir Mas semalam.



PASIR MAS - Seorang ibu sanggup menggadai nyawa dengan terjun ke dalam tali air untuk menyelamat anak lelakinya berusia 11 tahun yang lemas selepas terjatuh ketika memancing di Kampung Bechah Landak, Bunut Susu di sini kelmarin.
Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa Muhd. Fikri Abdullah dikatakan terjatuh selepas keluar memancing bersama dua adik-beradiknya di kawasan tali air kira-kira 300 meter dari rumah mereka.
Ibu mangsa, Zainab Ariffin, 50, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas anak perempuannya, Harma Abdullah, 35, memberitahu Muhd. Fikri telah hilang dipercayai terjatuh.
"Selepas mendengar perkara itu, saya terus berlari ke tali air dan memberanikan diri terjun ke dalamnya kerana yakin Muhd. Fikri masih hidup," katanya di sini semalam.


NEGARA


Tembak lembu guna senapang patah



HARUN menunjukkan bangkai lembu yang ditembak pencuri di Ladang Kelapa Sawit Jarau, Kampung Semangat, Kuantan semalam.


KUANTAN – Sekumpulan pencuri menembak dua ekor lembu milik seorang penduduk sehingga mati sebelum melapah daging haiwan itu di Ladang Kelapa Sawit Jarau, Kampung Semangat di sini.
Kejadian itu disedari oleh pemilik haiwan tersebut, Harun Ibrahim, 51, apabila datang untuk melihat 65 ekor lembu peliharaannya di ladang berkenaan pada Sabtu lalu.
Ujarnya, sebaik tiba di ladang itu kira-kira pukul 9 pagi, dia terkejut apabila menemui dua kepala lembu yang sudah dipotong bersama kaki dan tali perut ditinggalkan di situ.
“Selain itu, saya dapati empat ekor lembu lain cedera pada bahagian leher dan kaki dipercayai terkena tembakan yang dilepaskan pencuri.
“Saya percaya berdasarkan kesan pada badan lembu yang cedera, pencuri telah menembak binatang itu dengan menggunakan senapang patah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.








NEGARA


Hilang selepas bertengkar



SHAMSUL menunjukkan gambar Salwani yang hilang sejak seminggu lalu di Mersing semalam.


MERSING - "Pulanglah Salwani, emak sakit."
Demikian permintaan keluarga Salwani Samat, 22, yang menghilangkan diri sejak awal Disember lalu.
Abang Salwani, Shamsul, 28, berkata, kehilangan adiknya yang bekerja di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru hanya disedari keluarga selepas dia tidak menghubungi mereka dan majikannya.
Sebelum itu katanya, Salwani yang merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik bertindak keluar dari rumah yang disewa bersama seorang adiknya, Nurul Ain, 20, di Ulu Tiram gara-gara perselisihan faham antara mereka pada 5 Disember lalu.
"Pada mulanya, Nurul Ain menganggap Salwani merajuk dan keluar membawa beg untuk tinggal buat sementara waktu di rumah kawannya," katanya ketika ditemui di sini semalam.

No comments:

Post a Comment