Monday, December 13, 2010

CERITA BUANG ANAK TIMBUL LAGI...KISAH BAYI...ANUGERAH ALLAH YANG PERLU DIJAGA...ORANG YANG MENJAGANYA PERLU ADA TAHAP SABAR YANG TINGGI....INGATLAH... KITA JUGA DULU BABY ...IBU LAH YANG BAIK MENJAGA YANG TELAH TERHINDAR DARI PELBAGAI MASALAH...TAPI LAH NI BANYAK YANG MEMPUNYAI KERJAYA...DITAMBAH KITA MENJAUHI DARI TAAT KEPADA ALLAH SWT...

Kaki, tangan OKU dikerat

Oleh Suraya Roslan

DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui.
DI SINI...tempat mayat dikerat ditemui. 
KUALA LUMPUR: Kejam apabila mayat seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) ditemui dengan kedua-dua kaki dan tangannya dikerat sebelum dibuang berasingan oleh pembunuhnya berhampiran sebuah tokong di Kilometer 2.3, Genting Highlands, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, pembunuh remaja itu dipercayai cuba menghapuskan bukti dengan menyumbat anggota badan dan kepala mangsa dalam dua beg pakaian sebelum dibuang di lokasi berasingan ke dalam gaung.

Bagaimanapun, rahsia itu terbongkar apabila dua pemburu haiwan eksotik yang mencari cicak menemui sebuah beg kecil dan terkejut apabila ternampak kaki terjuntai keluar dari beg berkenaan.

Pemburu berkenaan menghubungi polis selepas terkejut dengan penemuan anggota badan manusia itu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abd Rahman, berkata polis ke tempat kejadian dan menemui sebuah beg kecil berisi tangan kanan dan kaki kiri mangsa.


Selepas beberapa jam pencarian berhampiran kawasan gaung itu, polis menemui sebuah beg pakaian besar berisi mayat manusia.

Sebaik beg dibuka, polis menemui kepala dan badan mangsa yang dipercayai dibunuh tidak lebih dari 24 jam itu.

“Kami percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam gaung itu, malah badan mangsa dalam beg itu masih lengkap berpakaian,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Rosli berkata, pihaknya percaya remaja berkenaan OKU berdasarkan saiz kepalanya yang besar daripada badan serta tangan kanan agak kecil.

“Mangsa mempunyai tubuh badan yang agak gempal selain rambut kerinting. Usaha kini dijalankan untuk mencari tangan kiri dan kaki kanan mangsa,” katanya.

Menurutnya, tiada dokumen pengenalan diri ditemui dan berdasarkan siasatan awal, polis percaya mangsa remaja perempuan.

“Kami masih menunggu laporan bedah siasat sama ada mangsa dirogol atau didera dengan kejam sebelum dibunuh.

“Anggota bahagian yang ditemui itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) Kuantan untuk bedah siasat,” katanya.

Rosli meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga menghubungi Asisten Superintendan Yusof Unis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong di talian 09-2222222.

Tinjauan Harian Metro ke lokasi kejadian mendapati gaung itu curam dan kawasan itu dijadikan tempat berehat sebelum sampai ke puncak Genting Highlands



Tergamak toreh kemaluan anak

Oleh Mohd Nur Asnawi Daud

SELAMAT...ditinggalkan  di surau
SELAMAT...ditinggalkan di surau 
SEREMBAN: Seorang lelaki layak digelar ‘bapa durjana’ kerana tergamak menoreh kemaluan anak lelakinya yang baru berusia empat tahun dalam kejadian di Taman Desa Dahlia, Senawang, dekat sini.
Lelaki yang juga seorang tukang kebun berusia 30-an itu dipercayai menggunakan senjata tajam untuk melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan terhadap anak sulungnya itu.

Ketika kejadian, kanak-kanak malang itu dikatakan tinggal bersama suspek di rumah mereka manakala ibunya dikatakan masih berpantang selepas melahirkan anak ketiga sembilan hari lalu di rumah keluarga di Jempol.

Adik lelaki mangsa berusia setahun pula dijaga seorang saudara suspek tidak jauh dari rumahnya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, kejadian kira-kira jam 12 tengah hari Jumaat lalu itu terbongkar selepas suspek menghantar kanak-kanak itu ke rumah saudaranya tidak jauh dari situ.

“Lelaki terbabit menghantar anak sulungnya menggunakan motosikal ke rumah saudaranya dan memintanya menjaga kanak-kanak terbabit.

“Suspek turut mengambil anak lelakinya berusia setahun yang dijaga saudaranya dan pada masa sama menyerahkan kunci rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, selepas menyerahkan anak sulung dan kunci rumah, tukang kebun itu beredar bersama anaknya berusia setahun menaiki motosikal dipercayai menghala ke kampung halamannya di Kuala Pilah.

Menurutnya, saudara suspek yang juga seorang wanita berusia 20-an mengesyaki sesuatu tidak kena terhadap kanak-kanak itu lalu melakukan pemeriksaan dan terkejut apabila mendapati kanak-kanak itu cedera di bahagian kemaluan.

“Wanita itu membawa mangsa ke hospital dan difahamkan, doktor terpaksa menjahit kemaluan mangsa yang cedera,” katanya.

“Kanak-kanak itu dapat diselamatkan pihak hospital hasil tindakan pantas wanita berkenaan yang terus membawa mangsa mendapatkan rawatan sebaik mengetahui kejadian itu,” katanya.

Katanya, suspek dikatakan meninggalkan anaknya berusia setahun itu di sebuah surau di Kuala Pilah, namun mangsa bernasib baik apabila ditemui orang ramai.

Menurutnya, orang ramai yang menemui kanak-kanak itu segera menghubungi polis sejurus selepas kanak-kanak itu dirujuk ke hospital dan pemeriksaan bagaimanapun mendapati dia tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Selepas meninggalkan anaknya di surau, suspek dipercayai pulang ke rumah keluarganya di Kuala Pilah sebelum diberkas polis tidak lama selepas itu,” katanya




Mayat berulat ada tatu harimau



BENTONG: Seorang pemandu bas ekspres tidak menyangka malang yang menimpanya selepas bas dipenuhi penumpang itu rosak membawa kepada penemuan mayat lelaki yang sudah berulat dan busuk di Kilometer 46.8, Lebuhraya Karak, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu bas berusia 40-an itu mendapatkan bantuan kecemasan sebelum ternampak mayat seorang lelaki terdampar dipenuhi lalat di tepi lebuh raya berkenaan. Pemandu berkenaan menghubungi polis mengenai penemuan mayat lelaki dipercayai warga tempatan itu. Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman, berkata polis dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu oleh seorang pemandu bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.

“Hasil siasatan mendapati lelaki warga tempatan itu ditembak berdasarkan dua kesan tembakan di kepala kiri dan belakang badannya,” katanya.
Rosli berkata, pemandu bas itu pada mulanya berhenti di tepi jalan sebelum dia turun untuk melihat lokasi kenderaannya itu rosak bagi memudahkan dia memberi maklumat untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

“Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati satu mayat lelaki lengkap berpakaian yang dipenuhi lalat dan ulat.

“Mayat terbabit berada berhampiran bas sebelum dia menghubungi polis memaklumkan penemuan itu,” katanya.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati mayat terbabit mempunyai kesan tatu berkepala harimau di depan dan belakang badannya.

“Polis percaya mangsa dibunuh di lokasi lain dan dia dicampakkan di kawasan itu, selain itu kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh kurang daripada tiga hari lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa berusia 30-an dan tiada dokumen peribadi ditemui pada mayat terbabit.

“Setakat ini, siasatan lanjut dijalankan bagi mencari motif pembunuhan terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.





9 tahun anak menghilang diri



KOTA KINABALU: Seorang bapa merayu anak perempuan yang menghilangkan diri sejak sembilan tahun lalu pulang ke pangkuan keluarga yang merindui selain bimbang tidak berpeluang menemui anaknya lagi berikutan mengalami masalah kesihatan.
Petani, Loiwon Gumpoh, 72, yang menetap di Kampung Mangkaladong, Penampang, mendakwa anak gadisnya, Yating Loiwon hanya menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran di ibu kota pada 2001 tetapi terus menghilangkan diri sehingga hari ini.

“Yating ketika itu berusia 28 tahun dan meminta izin saya menyambung pelajaran di Kuala Lumpur. Saya mengizinkan dia pergi dan akhirnya hilang tanpa berita hingga kami sekeluarga bimbang keselamatannya.
“Apa yang saya tahu, kami sekeluarga tidak pernah berselisih faham dengannya,” katanya ketika mengunjungi pejabat Harian Metro, di sini, semalam.

Menurut Loiwon, anak perempuannya itu pernah beberapa kali ke ibu kota sebelum itu tetapi masih pulang menjenguk keluarga di kampung sekiranya kelapangan.

“Sejak meninggalkan rumah pada 2001, dia terus menghilangkan diri menyebabkan saya membuat tiga laporan polis sepanjang kehilangannya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Balai Polis Penampang, Sarjan Mejar Patolongani Saibe, yang menemani Loiwon mengaku lelaki itu sudah membuat tiga laporan polis mengenai kehilangan itu.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Yating sudah menukar kad pengenalan dengan alamat terbarunya di Kampung Majidi, Johor Bahru

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru cuba mengesan mangsa mengikut alamat berkenaan tetapi dimaklumkan pemilik rumah terbabit tiada wanita bernama Yating menetap di situ,” katanya.

Patolongani meminta bantuan orang ramai mempunyai maklumat wanita berkenaan yang kini berusia 37 tahun menghubunginya talian 088-712222 atau 019-8503192



Kaku atas pangkuan



PASIR PUTEH: Jeritan seorang ibu berusia 31 tahun di rumahnya di Kampung Gaal Tengah, di sini, semalam, membawa penemuan mengejutkan apabila dia ditemui memangku anaknya yang baru berusia enam bulan dalam keadaan kaku.
Kejadian kira-kira jam 5 pagi semalam disedari datuk bayi perempuan terbabit, Che Muda Salleh, 60, yang sebelum itu bangun untuk menunaikan solat Subuh. Sebaik terdengar jeritan itu, dia ke bilik anaknya kerana curiga sebelum mendapati cucunya itu, Alia Miazara Mohd Azim dipangku anaknya yang dalam keadaan pilu sambil menangis.

Panik dengan kejadian itu, Che Muda membawa mangsa ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Anis (HTA), namun bayi berkenaan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, berkata, berdasarkan siasatan awal, polis mengesyaki kematian bayi terbabit mempunyai unsur jenayah kerana kejadian itu amat meragukan.

Katanya, ketika kejadian juga, bapa mangsa tidak berada di rumah, manakala ibu itu dipercayai mengalami tekanan perasaan sejak kebelakangan ini.

“Datuk mangsa menyedari kejadian itu apabila terdengar ibu mangsa menjerit dalam bilik tidurnya dan apabila dia membuka pintu, didapati dia memangku anaknya tidak bergerak

“Bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam perjalanan ke HTA,” katanya.

Selain itu, Mohd Kamal berkata, berikutan kejadian berkenaan, ibu mangsa ditahan di rumahnya kerana disyaki terbabit menyebabkan kematian bayinya itu.

Katanya, pihak polis menerima aduan daripada Che Muda yang membuat laporan polis jam 6 pagi.

“Bayi berkenaan masih berada di HTA untuk dibedah siasat bagi mengesan punca kematiannya.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Sementara itu, seorang jiran mangsa yang ditemui Harian Metro terkejut dan tidak menyangka kejadian menimpa jirannya itu.

Beliau hanya mengetahui kejadian itu apabila melihat polis dan kumpulan wartawan bertandang ke kawasan rumahnya.

Suri rumah dikenali Nor, 44, dari Pasir Hor, berkata, kejadian itu memang mengejutkan kerana dia juga mengenali ibu bayi terbabit yang berusia 31 tahun dan pernah berkunjung ke rumahnya di sini sebelum ini. “Saya mengenali ibu bayi itu setahun lalu sejak dia berkahwin dengan penduduk di sini.

“Malah, anaknya itu juga saya kenal kerana ibunya pernah datang ke rumah sambil berbual-bual,” katanya.

Katanya, kali terakhir dia berjumpa dengan bayi itu pada Aidiladha ketika mangsa datang beraya.




'Kebahagiaan kami dirampas'



SEREMBAN: “Peristiwa pahit itu sukar diterima kerana sudah merampas kebahagiaan kami sekeluarga yang tidak mungkin dapat dikembalikan semula,” begitu rintih Khairul Anwar Abdul Halim, 40.
Ahli perniagaan itu mendakwa gara-gara kecuaian doktor dan jururawat hospital swasta di bandar ini menyebabkan isteri, Norliza Shariff, 40, dan bayi dalam kandungan meninggal dunia ketika proses kelahiran, Isnin lalu.
Menceritakan semula peristiwa malang itu, dia membawa isterinya yang mahu bersalin ke hospital berkenaan, kira-kira jam 8.30 pagi.
“Sejurus tiba, saya menemui doktor berusia 40-an dan memintanya melakukan pembedahan ‘caesarean’, namun dia (doktor) memberitahu mahu menunggu isteri bersalin secara normal.
“Kira-kira jam 3 petang, isteri yang sebelum itu selesai makan mula terasa sakit mahu bersalin dan jururawat bertugas memakaikan topeng gas nitrus oksida dan oksigen untuk mengurangkan kesakitan.

“Walaupun saya menegur kerana dikhuatiri isteri memuntahkan semula makanan, tetapi tidak diendahkan. Doktor itu yang tiba mendapati bukaan serviks berukuran empat sentimeter, namun tidak memecahkan air ketuban,” katanya.
Bapa kepada empat anak itu mendakwa, pada jam 4.15 petang, doktor berkenaan datang semula memecahkan air ketuban isterinya sebelum beredar.

“Selepas kira-kira 15 minit, bukaan serviks menjadi lapan sentimeter dan isteri mengalami kontraksi setiap setengah minit dan berlanjutan selama 20 minit. Bagaimanapun, jururawat tidak memaklumkan kepada doktor dan meminta isteri meneran.

“Tidak lama kemudian, isteri saya muntah dalam topeng gas itu dan berada dalam keadaan separuh sedar dengan mata terbeliak. Pada waktu itu, doktor berkenaan tiba dan panik melihat perkara terbabit,” katanya

Menurutnya, dia meminta doktor membuat pembedahan segera bagi menyelamatkan isteri dan kandungan itu, namun pihak hospital mengambil masa setengah jam menyediakan dewan pembedahan.

“Saya diminta menunggu di luar dewan berkenaan mendapati keadaan ketika itu kelam-kabut. Betapa hancurnya hati apabila dimaklumkan isteri dan anak dalam kandungan disahkan meninggal jam 6.35 petang,” katanya yang mendakwa mengetahui perkara itu sejam kemudian

Menurutnya, walaupun pihak hospital memberitahu isteri mengalami alahan air ketuban, namun dia tetap kesal dan hairan dengan tindakan doktor berkenaan yang mengelak untuk membuat pembedahan.

“Saya meminta pembedahan dilakukan berikutan faktor usia isteri dan kandungannya yang agak besar. Kejadian seumpama ini menjejaskan kredibiliti doktor termasuk hospital berkenaan dan saya berharap ia tidak menimpa orang lain,” katanya yang sedang berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit.

Katanya, kehidupan mereka sekeluarga kini ibarat ‘kosong’ dan menganggap kejadian yang meragut dua nyawa itu memusnahkan kebahagiaan rumah tangga dibina mereka sejak 19 tahun lalu.
Sementara itu, jurucakap hospital berkenaan berkata, siasatan dalaman dilakukan dan pihaknya mendapati tiada sebarang unsur kecuaian berikutan semua proses berkenaan dilakukan mengikut prosedur ditetapkan.


Mayat bayi dalam tong



KUALA LUMPUR: Tiada perkataan boleh diungkap selain kejam apabila ada insan sanggup membuang bayi ke dalam tong sampah yang ditempatkan di sebuah stesen minyak di Batu 2, Jalan Klang Lama, di sini, semalam.
Perbuatan tidak berhati perut itu terbongkar apabila seorang tukang sapu yang kebetulan melakukan kerja hariannya terjumpa beg plastik hitam dalam tong sampah.

Menurut sumber polis, pekerja terbabit pada mulanya dikatakan sudah membawa plastik berkenaan ke tapak pelupusan sampah, tetapi memeriksanya sebelum terkejut mendapati ada mayat bayi yang sudah cukup sifat. “Dia yang mencurigai kandungan dalam beg plastik itu memeriksanya dan mendapati ada mayat bayi dalam keadaan bogel dan sudah tidak bernyawa.
“Pekerja itu kemudian menghubungi polis sebelum dia berpatah balik ke stesen minyak terbabit dan polis sudah mengambil keterangan daripadanya,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mayat bayi perempuan dilahirkan cukup sifat.

“Polis percaya bayi itu baru dilahirkan berdasarkan keadaannya masih bertali pusat sebelum dibuang dalam tong sampah,” katanya. Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di 03-22742222 bagi membantu siasatan.


Polis ambil keterangan ibu bapa, pengasuh



KUALA LUMPUR: Polis sudah mengambil keterangan pengasuh dan ibu bapa seorang bayi perempuan yang mati dipercayai didera, Jumaat lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah (gambar) berkata, polis sudah mengambil keterangan ibu bapa kepada bayi berusia 11 bulan itu bagi membantu siasatan berhubung kejadian berkenaan.

Terdahulu, mangsa, Ng Tse Theng dikatakan mengalami demam panas dan muntah-muntah ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya di rumah wanita itu, Taman Tasek Damai, Cheras, di sini, sebelum mangsa disedari tidak bergerak.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, pengasuh terbabit menyedari bayi malang itu tidak bergerak menyebabkan dia cuba bertindak mengejutkan bayi itu.

Namun mangsa dikatakan sudah tidak bernafas menyebabkan pengasuh segera menghantar mangsa ke klinik berhampiran.

Bagaimanapun, bayi itu disahkan meninggal dunia sebelum dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya.


“Hasil bedah siasat mendapati bayi itu meninggal dunia akibat pendarahan dalaman dan ada kesan retakan di kepala.

“Berdasarkan siasatan awal, mangsa dikatakan meninggal dunia di rumah pengasuhnya, tetapi siasatan lanjut masih dijalankan. Hari ini (semalam) kami akan ambil keterangan ibu bapa mangsa untuk siasatan terperinci berhubung kes itu,” katanya ketika ditemui di Majlis Dialog Ketua Polis Kuala Lumpur dan Penduduk, di Flat Sri Perak, di sini, semalam

Menurutnya, pihaknya percaya berlaku kekerasan terhadap bayi itu berdasarkan kecederaan dialami mangsa dan tidak menolak kemungkinan mangsa di dera.

“Hasil siasatan awal, ibu bapa bayi itu memang menghantar bayinya ke rumah pengasuh itu untuk dijaga setiap hari kerana mereka bekerja.

“Pengasuh yang berusia lingkungan 40-an itu merupakan warga tempatan dan menjaga bayi itu sejak lima bulan yang lalu,” katanya



'Bukan tiada risiko'



KUALA LUMPUR: “Kalau jodoh itu sudah ditentukan Tuhan, tidak ada masalah. Tapi, kalau mahu mencari pasangan, wanita tempatan lebih sesuai,” kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip berhubung laporan Metro Ahad, semalam, mengenai lelaki tempatan yang memilih wanita Maghribi sebagai isteri kerana dikatakan mempunyai banyak kelebihan.
Beliau berkata, tidak dinafikan, jika memilih wanita asing yang betul, mereka boleh menjadi isteri lebih baik daripada wanita tempatan.
“Umpamanya dulu ada cerita mengenai wanita Chiang Mai, Thailand, yang menjadi pilihan sebagai isteri kerana layanan serta sikap mereka yang baik, namun masih berlaku perceraian.

“Risiko berkahwin dengan wanita luar ini kebiasaannya membabitkan tuntutan anak jika bercerai. Kalau berkahwin bukan Islam pula kemungkinan bekas isteri itu kembali ke agama asal berlaku,” katanya yang dihubungi semalam.
Bagaimanapun, Mohamad Isa berkata, berkahwin dengan wanita asing terutama beragama Islam mempunyai kelebihan kerana ia mampu memperluaskan pemahaman mengenai budaya luar.
“Bagaimanapun, kadangkala ada juga orang tempatan yang hanya mahu memilih wanita asing sebagai pasangan hidup sedangkan wanita tempatan pun ada banyak kelebihannya,” katanya.
Menurutnya, berkahwin dengan wanita asing tidak menepati matlamat memperluaskan persaudaraan kerana keluarganya jauh di negara luar.
“Masalah kewangan juga boleh timbul jika kerap berulang-alik ke negara asal isteri,” katanya.
Sementara itu, lelaki tempatan yang berkahwin dengan wanita Maghribi, Mohd Fairudz Mohd Yusoff, 34, berkata, kalau mahu berkahwin dengan wanita dari negara itu, suami perlu tegas mendidik isterinya mengenali budaya Melayu.
“Selain itu, bukan sekadar menjadi suami tetapi menjadi kawan baik kerana mereka berseorangan di sini,” katanya


6 penakluk gunung sesat



IPOH: Tindakan berani sekumpulan 10 pendaki bebas dari Kuala Lumpur untuk ‘menakluk’ Gunung Chabang, Simpang Pulai berdekatan Pos Slim di sini, tanpa pemandu arah membawa padah apabila enam daripada mereka sesat di hutan dan terpaksa bermalam dalam keadaan kepenatan dan kelaparan lebih 15 jam sebaik memulakan pendakian, kelmarin.
Bagaimanapun, langkah sekumpulan pendaki sesat itu meninggalkan jejak dengan menyelitkan kertas pada setiap pokok yang dilepasi memberi harapan kepada anggota mencari dan menyelamat sebelum mereka ditemui dalam keadaan selamat, jam 1.27 tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, seorang daripada kumpulan pendaki itu menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai selepas mereka dikatakan sesat dan hilang dalam hutan itu sebaik terputus hubungan dengan sekumpulan empat pendaki lain selepas mendaki kira-kira jam 9 pagi kelmarin.
Difahamkan, sekumpulan pendaki itu pekerja profesional dan penuntut kolej tidak meminta kerjasama daripada masyarakat Orang Asli di Pos Slim untuk membawa mereka menaiki gunung berkenaan selain memberi alasan, seorang daripada mereka sudah mempunyai pengalaman mendaki gunung itu sebelum ini.

Kebiasaannya, kumpulan pendaki yang mahu mendaki gunung itu perlu mendapat kebenaran Tok Batin Pos Slim sebelum mendaki selain meminta bantuan masyarakat Orang Asli di kampung itu sebagai pemandu arah. Semua pendaki tersesat itu dikenali sebagai Yaul Ken Min, 26; Teo Guan Yew, 19; Jea Jie Kong, 36; Michelle Kong, 21; Lin Yen Yin, 33; dan Koh Ying Meng, 25, manakala empat yang lain dikenali sebagai Woon Boo Siong, 26; Keoh How Geok, 42; Ng Peak Hin, 34, dan Lee Kooi Zie, 52.

No comments:

Post a Comment