89% kediaman Saudi ada pembantu
Angka itu dinyatakan dalam satu simposium mengenai keganasan terhadap pembantu rumah yang diadakan di Madinah, semalam. Simposium itu mengupas pelbagai bentuk dan kesan penderaan fizikal, seksual serta mental yang dilakukan terhadap pembantu rumah, selain kehadiran mereka yang turut memberi kesan kepada majikan.
Pakar psikologi, Dr Naif Al-Marwani berkata, punca pembantu rumah cuba melarikan daripada majikan disebabkan layanan buruk, tidak mendapat bayaran gaji, mangsa keganasan seksual, dihantar untuk bekerja dengan orang lain, perbezaan budaya dan tradisi serta rindukan kampung halaman. - Agensi
Amah kebas barang kemas RM42,000 kena cekup
“Suspek wanita warga Somalia itu sudah bekerja di kediaman mangsa agak lama dan mendapat kepercayaan mereka. Dia mencuri barang kemas di dalam beg pakaian milik majikannya ketika mereka tiada di rumah,” kata jurucakap polis Jeddah, Kolonel Misfer Al-Juaid. Apabila majikannya tiba di rumah mereka mendapati barang kemas itu sudah hilang lalu melaporkan kejadian kepada pihak polis. Polis kemudian melakukan siasatan dan menahan pembantu rumah terbabit. “Pada mulanya, wanita itu menafikan terbabit dengan kecurian itu tetapi apabila barang kemas berkenaan ditemui semula, dia mengaku melakukan perbuatan itu,” tambah Misfer. - Agensi
Cut, Ariel tonton video seks
Seorang anggota pasukan peguam Cut Tari yang dikenali sebagai Ina yakin video lucah itu akan dipertontonkan dalam sidang bicara. Menurutnya, barang bukti paling kukuh dalam kes Ariel adalah video itu. “Video itu adalah barang bukti paling kukuh dan Cut pula ialah mangsa dan pelaku dalam video berkenaan jadi kemungkinan besar ia akan dipertontonkan,” ujar Ina.
Ina memberitahu Cut Tari sudah bersedia untuk memberikan keterangan yang sejujurnya di hadapan majlis hakim. Dalam sidang berkenaan, bekas pengacara program ‘Insert’ itu akan menjelaskan pasangan yang muncul dalam video itu adalah dirinya dan Ariel.
“Cut akan memberi keterangan bahawa pasangan yang muncul dalam video itu memang benar dirinya sendiri dan Ariel,” tutur Ina. Sebelum ini, Cut memberitahu dia tidak tahu jika kekasih Luna Maya itu masih menyimpan rakaman aksi mereka di ranjang. Dia juga amat kecewa kerana Ariel begitu cuai hingga video itu boleh tersebar luas menjadi tatapan umum. - Agensi
DUNIA
Blackie kucing paling tua di Britain
LONDON - Pada usia mencecah 24 tahun, seekor kucing yang diberi nama Blackie dilihat masih kuat dan menjadi calon utama untuk gelaran kucing paling tua di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin.
"Saya memeliharanya sejak ia berusia hanya beberapa minggu. Ketika itu saya berumur 25 tahun. Ia mempunyai satu bintik hitam di bahagian kepalanya," kata pemilik Blackie, Quentin Shaw, 49.
Blackie kini tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap.
Bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Januari depan, usianya bersamaan dengan 118 tahun umur manusia.
Blackie tinggal bersama keluarga Shaw, di Thurnby, Leicestershire.
"Saya fikir apabila haiwan menerima kasih sayang, mereka akan hidup lebih lama," kata Kim Lanham yang merupakan tunang Shaw.
Seorang pegawai dari Guinness Book of Records, Damian Field berkata: "Buat masa sekarang, tidak ada pemegang gelaran kucing paling tua di Britain. Jadi, kami amat berminat untuk mendengar sesuatu daripada pemilik Blackie."
Kucing paling tua terakhir ialah Hestia yang mati pada September lalu di Cheshire pada usia 21 tahun dan 11 bulan. - Agensi
DUNIA
Lelaki Gremlin dipenjara kerana rogol
WELLINGTON, New Zealand - Seorang lelaki berusia 47 tahun yang diberi nama jolokan sebagai lelaki Gremlin, Tama Te Kira (gambar) dihukum penjara lapan tahun dan lapan bulan kerana kesalahan merogol dan melakukan penderaan seksual terhadap lima budak perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.
Keputusan itu dijatuhkan oleh Hakim Ron Young di Mahkamah Tinggi Wellington selepas dia mengaku bersalah terhadap semua dakwaan ke atasnya yang berlaku pada awal 1990 hingga 2005.
Dia melakukan serangan seks terhadap budak perempuan berusia lapan tahun, 11, 12 dan 15 tahun.
Lelaki itu turut merogol seorang gadis berusia 22 tahun selepas dia cuba melakukan serangan seks ke atasnya semasa berusia 11 tahun.
Dalam semua kes, dia memasuki bilik tidur si mangsa dan mula menyentuh tubuh mereka semasa sedang tidur.
Seorang budak perempuan berumur 13 tahun membunuh diri akibat perbuatannya.
Te Kira diberi jolokan lelaki Gremlin berdasarkan bentuk makhluk asing dalam filem Gremlins.
Dia memiliki wajah itu kerana menghidap penyakit genetik yang menyebabkan tubuhnya menjadi kecil, berdepan masalah jantung dan memiliki wajah yang berbeza dengan manusia. - Agensi
DUNIA
Katrina Kaif dipilih wanita paling seksi di dunia
LONDON - Aktres popular Bollywood, Katrina Kaif dinamakan sebagai wanita paling seksi di dunia untuk tiga tahun berturut-turut menewaskan pesaingnya seperti pelakon Freida Pinto dan Priyanka Chopra, lapor sebuah akhbar semalam.
Pengiktirafan Katrina yang membintangi filem Raajneeti dan Tees Maar Khan yang ditayangkan semasa sambutan Krismas itu diumumkan akhbar Eastern Eye's di London.
"Saya sangat gembira kerana menjuarai senarai Eastern Eye's sekali lagi. England sememangnya lokasi istimewa buat saya dan saya rasa bertuah diundi sebagai wanita paling seksi oleh mereka.
"Saya mahu berterima kasih kepada semua orang kerana sokongan ini," kata Kaif yang berusia 26 tahun.
Pemilihan itu dibuat berdasarkan gambar wanita yang paling banyak dirakamkan dan paling dikehendaki oleh penerbit filem serta peminat.
"Walaupun heroin Bollywood mendominasi 10 kedudukan teratas, senarai untuk tahun 2010 turut meliputi pemenang ratu cantik, pelakon terkenal dari seluruh dunia, bintang pop dan personaliti televisyen.
Justeru, Katrina harus berbangga apabila dia dinobatkan sebagai pemenang," kata editor hiburan Eastern Eye's, Asjad Nazir. Pelakon itu dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Salman Khan yang turut dipilih sebagai lelaki paling seksi oleh majalah People.
Akhbar Eastern Eye's itu diterbitkan dalam bahawa Inggeris untuk komuniti Asia di London. - Agensi
DUNIA
Selena nafi hubungan romantik dengan Bieber
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Selena Gomez menafikan bahawa terdapat insiden romantik antara dia dengan penyanyi kelahiran Kanada, Justin Bieber, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Sebelum ini terdapat gosip bahawa Selena dan Bieber menunjukkan aksi romantik apabila mereka memakan penkek semasa berada di Philadelphia.
"Ia hanya penkek. Siapa yang tidak suka penkek," kata Selena kepada rangkaian MTV News di New York pada Jumaat lepas.
Secara faktanya, kata Selena, Bieber yang berusia 16 tahun itu dianggapnya sebagai seorang adiknya.
Menurutnya, dia tidak pernah menganggap Bieber sebagai kekasihnya.
Selena yang berusia 18 tahun berkata: "Saya menyayangi Bieber. Semasa dia (Bieber) mahu datang dari Kanada (ke Amerika Syarikat) buat pertama kali, pengurusnya (Bieber) menghubungi saya dan dia menyatakan mahu berjumpa dengan saya dan dia merupakan seorang budak yang baik."
Kini, kata Selena, Bieber merupakan seorang penyanyi yang amat berbakat dan amat manja.
"Justeru, kami mula bekerjasama. Saya berasa seperti seorang kakak untuknya kerana saya mahu melindunginya," kata Selena. - Agensi
DUNIA
Google musnahkan komputer riba
LOS ANGELES - Enjin carian Internet terkemuka, Google menyiarkan satu rakaman video di laman perkongsian video YouTube yang menunjukkan sebanyak 25 buah komputer riba Chrome OS keluarannya dirosakkan dengan pelbagai cara, lapor sebuah akhbar semalam.
Komputer riba itu dirosakkan bagi membuktikan bahawa data di dalamnya tidak akan hilang.
Antara kerosakan yang dilakukan ialah dengan melemparkan cawan kopi, terkena aiskrim dan dihempas ke dinding.
Data yang dihasilkan oleh pengguna tidak akan hilang kerana pendekatan yang diaplikasikan dalam komputer tersebut membolehkan data disimpan secara dalam talian.
Seorang pengguna YouTube menulis komen: "OK, saya faham. Saya tahu apa makna dalam talian, sila hentikan perbuatan membunuh komputer riba."
Sebahagian pengguna memuji tindakan Google menggunakan aplikasi itu walaupun keperluan sambungan Internet mungkin menjadi masalah utama. - Agensi
DUNIA
Cuaca buruk landa Asia Barat
KAHERAH - Ribut pasir, angin kencang dan hujan lebat yang melanda seluruh Mesir semalam menyebabkan beberapa buah pelabuhan ditutup, mengganggu trafik di Terusan Suez selain mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh apabila sebuah kilang runtuh di bandar Alexandria.
Lima orang juga dilaporkan cedera parah dalam insiden sama yang melibatkan sebuah kilang tekstil.
Pasukan penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk membantu ramai pekerja kilang.
Beberapa pegawai memberitahu, 30 orang pekerja mungkin melakukan kerja-kerja menyelamat di bangunan enam tingkat itu.
Sebanyak 26 buah kapal tidak dibenarkan masuk ke Terusan Suez manakala perjalanan 29 buah kapal lagi terpaksa ditangguhkan selama tiga jam.
Laluan yang menghubungi antara Laut Mediterranean dan Laut Merah itu terjejas ekoran tahap penglihatan yang terhad dan angin kencang mencecah 40 knot.
Pegawai-pegawai meteorologi meramalkan cuaca buruk itu akan berlanjutan sehingga hari ini dan menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar dari rumah.
Sementara itu, di Ashdod, Israel, sebuah kapal kargo dari Moldova, karam akibat cuaca buruk.
Namun, 11 orang anak kapal warga Ukraine berjaya diselamatkan, kata seorang pegawai maritim Israel. - Agensi
DUNIA
Reaksi Singapura terhadap WikiLeaks
SINGAPURA - Singapura semalam menyatakan laporan terbaru yang didedahkan WikiLeaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks."Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya, George Yeo yang dipetik media tempatan di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan para pemimpin di rantau ini.
Satu daripada laporan berkenaan yang didedahkan WikiLeaks semalam adalah mengenai kenyataan pemimpin Singapura yang percaya Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan pembantu lelakinya dalam satu perangkap yang diatur oleh musuhnya.
Laporan itu terkandung dalam kabel Jabatan Negara Amerika Syarikat bertarikh November 2008, dan diberi oleh pemberi maklumat kepada kumpulan media Fairfax yang berpangkalan di Australia.
Laporan itu memperincikan maklumat perisikan yang dikongsi oleh Australia dan Singapura mengenai kes Anwar.
Yeo turut dipetik berkata, sebaiknya kerahsiaan maklumat diplomatik itu dihormati dan tidak perlu dipanjangkan. - Bernama
DUNIA
Diplomat Singapura hina negara jiran
SINGAPURA - Diplomat-diplomat Singapura menganggap para pemimpin di beberapa buah negara Asia termasuk Malaysia sebagai korup, tidak cekap atau bodoh, menurut kabel diplomatik yang didedahkan WikiLeaks semalam.
Nota-nota diplomatik yang diberikan oleh laman WikiLeaks kepada kumpulan media Fairfax di Australia mengandungi penilaian terhadap tokoh penting di Malaysia, Thailand dan Jepun.
"Terdapat kekurangan kecekapan kepimpinan yang merupakan masalah utama untuk Malaysia," kata Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Singapura, Bilahari Kausikan.
Kausikan dilaporkan menyatakan demikian kepada Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS) Bagi Asia Timur, David Sedney.
Menurutnya, akibatnya (kekurangan kecekapan), situasi di negara jiran Malaysia adalah mengelirukan, berbahaya dan terdapat kemungkinan konflik perkauman.
Kabel diplomatik itu bertarikh September 2008. Dalam satu memo pada 2009, seorang duta Singapura, Tommy Koh menggambarkan Jepun sebagai seorang abang besar yang kalah dalam konteks untuk meningkatkan hubungan antara China dengan ASEAN.
"Beliau merujuk kepada kemerosotan penghormatan rantau ini terhadap Jepun kerana kepimpinan teruk, kebodohan dan kekurangan visi," kata kabel diplomatik tersebut.
Kabel itu menyatakan, Koh turut menganggap rakan-rakan Indianya yang bodoh sebagai 'separuh dalam, separuh luar ASEAN'. - AFP
No comments:
Post a Comment