Wednesday, December 15, 2010

BUANG ANAK TETAP MENJADI CERITA YANG TAK PUTUS2.....SALAH TETAP SALAH...JIKA BANYAK...ITU BUKAN ANIAYA....SEJAUH MANA KITA BOLEH MENUTUP KESALAHAN KITA....

Bayi lelaki ditinggal dekat tandas HTAR



KLANG: Seorang bayi lelaki ditemui seorang pengawal keselamatan di bangunan utama berhampiran tandas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, di sini, kira-kira jam 4 pagi semalam.
Bayi yang ditemui dalam keadaan berbalut dengan tuala dan kain batik lusuh itu dianggarkan berusia antara satu hingga dua bulan. Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata: “Kita belum pasti keturunan bayi berkenaan berikutan tiada sebarang nota atau dokumen pengenalan ditemui padanya, tetapi kita syak ia mungkin milik pasangan warga asing. “Bayi berkenaan berkulit cerah. Kita sudah menyerahkannya kepada pengurusan hospital untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya semalam.

Mohamad berkata, ketika ditemui, bayi seberat 3.85 kilogram itu dalam keadaan stabil dan tidak mempunyai sebarang kecederaan, malah tali pusatnya juga sudah sembuh sepenuhnya. Menurutnya, laporan polis dibuat pengawal keselamatan berkenaan di pondok polis di HTAR.


Resit emas di sisi mayat



HULU SELANGOR: Penemuan resit penjualan barang kemas pada sepasang tapak kasut seorang mangsa bunuh menjadi bukti seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati di sebuah kolam ternakan ikan keli di Kuala Kerling, Bukit Beruntung, petang semalam disamun sebelum dibunuh.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Idham, 41, ditemui kira-kira jam 7.30 malam oleh pekerja kolam ikan berkenaan dalam keadaan terperosok di bawah tebing kolam dengan kesan tikaman di perut dan leher. Turut ditemui resit pembayaran dari sebuah kedai pajak gadai dengan nilai RM500 pada tapak kasut kanan mangsa yang berada kira-kira 12 meter daripada tempat mayatnya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi (gambar) berkata, siasatan mendapati mangsa mungkin dikejar beberapa suspek hingga ke kolam ikan berkenaan.
Norel Azmi berkata, polis percaya mangsa disamun sebelum dibunuh berdasarkan tiada barang berharga ditemui pada badan mangsa. “Penyelia kolam itu berkata lelaki itu sudah setahun bekerja di kolam terbabit dan dia selalu membawa beg berisi wang hasil jualan kad tambah nilai,” katanya. Norel berkata mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Kubu Baharu untuk bedah siasat.

Menurutnya, terdapat 25 pekerja terdiri dari rakyat tempatan, Indonesia dan Bangladesh yang menjaga 64 kolam terbabit


'Bukan saya'



GEORGETOWN: “Saya menafikan individu yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Pulau Pinang di sini semalam (kelmarin) adalah saya,” kata Ketua Hakim Syarie Pulau Pinang, Datuk Yusof Musa.
Penafian itu dibuat berikutan salah faham mengenai kes tangkapan khalwat membabitkan seorang hakim bersama pasangannya masing-masing berusia 30-an dan 40-an di sebuah kuarters kerajaan di sini, 5 Disember lalu.
Beliau berkata, penjelasan itu perlu diberikan kerana ramai pihak membuat spekulasi bahawa individu yang terbabit adalah dirinya.


Perosak akidah


KUALA LUMPUR: Fahaman liberalisme yang memberi kebebasan kepada individu tanpa sekatan dan fahaman pluralisme agama yang menekankan semua agama adalah sama perlu ditangani segera sebelum ia merosakkan akidah masyarakat Islam di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Abdul Halid Sintol (gambar) berkata, fahaman yang menekankan kebebasan dan kesamaan dalam kepelbagaian agama mampu merosakkan sistem sosial dan pentadbiran negara sekiranya tidak dibendung.

Menurutnya, kebimbangan mengenai fahaman itu tidak seharusnya dipandang remeh kerana ia boleh menghakis pegangan akidah dan syariat di kalangan umat Islam.
Menyedari betapa seriusnya ancaman fahaman itu, beliau berkata penganjuran wacana dilihat tepat pada masanya bagi memberi penjelasan mengenai ancaman pluralisme dan liberalisme terhadap akidah umat Islam.

“Ia bertujuan memberi input penting kepada masyarakat tentang bahaya pemikiran yang dikatakan sebagai pemikiran Islam, tetapi sebenarnya jauh menyimpang daripada landasan Islam sebenar.

“Apa yang diharapkan, wacana ini mampu membuka minda dan memperbetulkan salah faham masyarakat mengenai isu pluralisme dan liberalisme agama seterusnya membantu membanteras gerakan ini dalam usaha merealisasikan pembentukan ummah yang gemilang berteraskan ajaran Islam sebenar,” katanya ketika merasmikan Wacana Pemikiran dan Pembinaan Ummah 2 Peringkat Kebangsaan di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Dianggarkan hampir 500 orang hadir terdiri agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik dari seluruh Malaysia anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat) bersama Jakim dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).



'Haram tetap haram'



KUALA LUMPUR: “Pekerjaan sebagai pelayan pelanggan (GRO) adalah salah, haram tetap haram,” kata pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Fadzilah Kamsah, (gambar) ketika mengulas kenyataannya dalam Harian Metro terbitan Sabtu lalu.
Menurutnya, masyarakat diminta tidak salah faham dengan kenyataan beliau yang disiarkan akhbar ini terdahulu, seolah-olah beliau mengatakan pekerjaan Suzie sebagai GRO adalah tidak salah.

“Pekerjaan GRO itu memang haram dan tidak boleh dilakukan oleh kita sebagai umat Islam. Maksud saya di sini ialah, jangan hanya tahu memaksa Suzie berhenti, tetapi apa peranan kita (pembaca) untuk mencarikan pekerjaan lain kepadanya. “Jangan terus menghina dan mencaci wanita yang bekerja sebagai GRO sebaiknya kita mencari alternatif untuk membantu wanita seperti itu mendapatkan pekerjaan lain,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, masyarakat perlu membantu golongan seperti itu keluar daripada kepompong dosa dengan membantu mereka mencarikan kerja yang berkat.

Masyarakat tidak seharusnya tahu menghukum tetapi dalam masa yang sama perlu mencari alternatif terbaik untuk membantu.

“Jangan menghina GRO. Mereka yang sudah menyesal dan sempat bertaubat kita cuba bantu mereka. Tidak baik menghina dan mencaci mereka. Jangan terus menghukum tetapi hulurkan tangan memberi bantuan dan kasih sayang,” katanya.

Terdahulu, beliau menasihati pembaca sama ada yang bersimpati atau yang membenci Suzie supaya bersama-sama menadah tangan mendoakan dia berubah dan kembali ke jalan diredai.




Rugi RM23,000 dek batu landak



RAUB: Akibat terlalu taksub untuk memiliki batu landak yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit, seorang lelaki menerima padah apabila ditipu satu sindiket penjual ubat tradisional yang menye babkan dia kerugian RM23,000.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang 9 Disember lalu, mangsa berusia 50 tahun didatangi seorang lelaki berusia 40-an yang mendakwa penjual ubat tradisional sebelum menawarkan kepada mangsa batu landak berkenaan.

Mangsa yang tertarik selepas diterangkan mengenai khasiat batu berkenaan kemudian bersetuju membelinya dan mendapat potongan harga sebelum membayar dengan harga RM23,000 kepada kaki temberang itu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsuddin Wan Osman, berkata mangsa kemudian menyedari batu landak berkenaan palsu selepas membuat pemeriksaan di sebuah kedai ubat tradisional di Kuala Lumpur.

“Polis meminta mereka yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan supaya tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub untuk membantu siasatan,” katanya.


Banglo dadah Datuk



KUALA TERENGGANU: Berselindung di sebalik gelaran Datuk, seorang usahawan lelaki yang hidup mewah dengan hasil perniagaan chalet di Cherating, Pahang disyaki turut licik menjalankan kegiatan pengedaran pelbagai jenis dadah di kawasan Kemaman dan Cherating sejak 10 tahun lalu.
Kegiatan Datuk berusia 46 tahun dari Pahang itu terbongkar selepas polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM75,000 yang disembunyikan di dalam banglo mewahnya di Jalan Kubang Kurus, Taman Muhibbah, Kemaman.

Rampasan dadah jenis heroin, syabu Eramin 5, Ecstasy dan ganja serta lima pokok ganja hidup itu dibuat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kemaman diketuai ketua bahagian berkenaan, Asisten Superintendan Mohd Hamzah Awang Dollah kira-kira jam 11 pagi, Ahad lalu sebaik menerima maklumat awam.
Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM37,530 dan menyita sebuah kereta Proton Gen2 bernilai RM25,000 dan dua kenderaan mewah jenis Mercedes Benz (RM60,000) dan Honda Civic (RM116,000) dipercayai milik Datuk berkenaan selain merampas barang kemas bernilai RM7,690 yang keseluruhannya bernilai RM246,220. Datuk berkelulusan diploma dan beristerikan seorang wanita warga British itu juga dikatakan cuba mengaburi mata pihak berkuasa apabila menjadikan kawasan perumahan didiami hampir keseluruhan bangsa Cina sebagai tempat tinggal bagi mengelak kegiatannya dikesan.

Kedudukan banglonya yang strategik dan tersembunyi dari kediaman lain di kawasan perumahan itu membolehkan kegiatan pengedaran dadah dilakukan dengan selesa sejak 10 tahun lalu apabila ia sukar dikesan pihak berkuasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata ketika serbuan, pihaknya mendapati seorang wanita berusia 40 tahun melarikan diri ke tingkat atas banglo sebelum menahannya dalam sebuah bilik di tingkat berkenaan

Beliau berkata, pemeriksaan yang dijalankan anggota polis wanita yang terbabit dalam serbuan itu terhadap wanita berkenaan menemui sejumlah ganja yang diletakkan berhampiran katil.

“Hasil pemeriksaan seterusnya dalam bilik berkenaan, polis turut menemui lima pokok ganja hidup yang ditanam di bahagian hadapan balkoni banglo berkenaan. Kesalahan memiliki ganja hidup itu sudah cukup untuk membolehkan pasangan berkenaan dikenakan hukuman penjara seumur hidup,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis
Roslan berkata, ketika serbuan hanya wanita terbabit dan seorang remaja wanita berusia 18 tahun berada dalam rumah berkenaan dan pihaknya menahan lelaki terbabit sebaik dia tiba di rumah itu selang beberapa minit kemudian.



Bekas pemain bola, pelakon pisah



KUALA LUMPUR: Kemelut rumah tangga bekas pemain bola sepak kebangsaan, Che Zambil Ahmad dan isterinya, Asdayanti Daut yang juga seorang pelakon drama bersiri Cinta Antara Benua, berakhir selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah di sini, semalam.
Mahkamah mengesahkan perceraian itu selepas Che Zambil, 36, melafazkan cerai talak satu pada jam kira-kira 12.15 tengah hari terhadap isterinya selepas kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik melalui perbincangan di luar mahkamah. Asdayanti, 36, yang hadir ke mahkamah dengan berbaju kurung biru kelihatan tenang ketika cerai itu dilafazkan. Asdayanti tiba di mahkamah pada jam 9 pagi ditemani bapanya dan kemudian diikuti Che Zambil lima minit kemudian bersama peguam syarie, Muhammad Nur Hafiz Roslan. Sepatutnya semalam ditetapkan untuk sebutan kali pertama permohonan nusyuz yang difailkan Che Zambil pada 25 November lalu, yang tidak dapat dijalankan selepas Muhammad Nur Hafiz memaklumkan pasangan itu bersetuju bercerai secara baik.



Ida dicerai talak satu



KUALA LUMPUR: Aktres popular, Ida Nerina dan suami, bekas anggota kumpulan Blackrose, Sha’arin sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, Isnin lalu.
Hakim Syarie Mohd Suhaily Rosdi mengesahkan perceraian itu selepas Sha’arin atau nama penuhnya Sha’arin Mohammed Razali melafazkan cerai talak satu pada jam 10 pagi terhadap Ida Nerina Husin yang terkenal melalui filem Susuk dan Layar Lara itu. Menurut sumber, perceraian berlaku selepas pasangan itu mencapai persetujuan untuk mengakhiri ikatan perkahwinan yang terjalin empat tahun secara baik yang dibuat mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

“Ida turut bersetuju menerima nafkah edah RM1,000 sebulan selama tiga bulan dan nafkah mutaah RM10,000 daripada Sha’arin,” katanya. Ida diwakili oleh peguam syarie Akbardin Abdul Kader manakala Sha’arin diwakili peguam syarie Hamzah Abdul Latif. Pasangan itu berkahwin pada 26 Jun 2006, namun belum dikurniakan cahaya mata, tetapi menerusi perkahwinan pertama, Sha’arin mempunyai dua anak, iaitu Narissa, 14, dan Arman, 8. Pada 1 Julai lalu, mahkamah sama memutuskan bahawa pasangan itu masih sah bergelar suami isteri apabila menolak permohonan pengesahan lafaz cerai yang didakwa berlaku di luar mahkamah selepas Sha’arin gagal untuk membuktikan lafaz cerai itu dan memerintahkan mereka untuk menjelaskan kos mahkamah. Permohonan pengesahan lafaz cerai itu difailkan Sha’arin kerana mendakwa dia sudah melafazkan cerai terhadap pelakon itu pada hari raya Aidilfitri kedua pada 22 September 2009.
Dalam keterangan bersumpah yang dibuat Shahrin di mahkamah pada 13 April lalu, dia mengakui ada melafazkan cerai selepas bertengkar dengan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ketujuh itu.



Hakim syarie dijel 19 tahun



IPOH: “Suami saya dianiaya disebabkan pangkatnya,” begitu reaksi Maznah Idris, 49, isteri kepada bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Hassan Basri Shapie, 56, yang dijatuhi hukuman penjara dan denda terhadap tuduhan rasuah, tiga tahun lalu.
Hassan yang berpengalaman lebih 20 tahun itu dipenjara 19 tahun dan denda RM210,000 selepas Mahkamah Sesyen di sini, semalam mendapati dia bersalah atas tujuh tuduhan rasuah pada 2007.

Keputusan itu menjadikan Hassan hakim syarie pertama di Malaysia yang didapati bersalah kerana rasuah.
Bagaimanapun, dia hanya menjalani tempoh hukuman 10 tahun kerana hukuman bagi beberapa tuduhan berjalan serentak.

Hakim Mahkamah Sesyen, Tan Hooi Leng juga membenarkan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan difailkan.

Sementara itu, Maznah berkata, dia kesal dengan kejadian itu dan pada masa sama, terpaksa memikirkan wang bagi membayar denda berkenaan.

“Saya mempunyai empat anak, dua lelaki dan dua perempuan masing-masing berusia antara 19 dan 30 tahun dengan kebanyakan mereka masih melanjutkan pelajaran,” katanya sebak sebaik ditemui di luar pekarangan mahkamah, semalam.

Dia ditemani anak perempuannya hadir di kamar mahkamah semalam bagi mendengar keputusan kes membabitkan suaminya itu.

Sementara itu, Tan dalam penghakimannya berkata, Pengarah Bahagian Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa membuktikan kes tanpa keraguan munasabah.

“Antara tujuh tuduhan rasuah dilakukan tertuduh ialah mendapatkan semula wang ikat jamin bagi melepaskan lima pelayan pelanggan (GRO) serta mempercepatkan tarikh perbicaraan dua kes poligami,” katanya.

Hassan didakwa melakukan tujuh kesalahan berkaitan suapan bagi melepaskan wang ikat jamin lima GRO dan perbicaraan kes poligami.

Semua kesalahan didakwa dilakukannya antara Ogos 2006 hingga September 2007.

Bagi dua tuduhan pertama, dia didapati bersalah meminta dan menerima RM3,000 daripada Mohamad Imran Abdullah bagi melepaskan wang ikat jamin lima GRO kepada Yoong Hor Kit, serta meminta RM20,000 daripada Yoong melalui Mohd Sharif Abdul Ghani di Bangunan Persatuan Menembak Perak, Ipoh.

Dia juga dituduh meminta RM20,000 daripada Yoong melalui Mohd Sharif Abdul Ghani serta menerima RM10,000 daripada Yoong, semuanya untuk mengurangkan hukuman dan memulangkan wang jaminan berkenaan.

Dia juga didakwa meminta RM1,100 daripada Mohamad Imran kira-kira jam 8.30 malam pada 15 Ogos 2007 bagi mempercepat perbicaraan poligami antara Mohammad Asri Abu Bakar dengan Nor Farihan Hassan. Bagi dua tuduhan terakhir, dia didakwa menerima RM1,100 dua kali daripada Mohamad Imran untuk kes perkahwinan itu, selain mengeluarkan surat izin berkahwin.



Pilot terbakar



KAMPAR: “Sebaik tiba di lokasi nahas, saya melihat mangsa kaku tidak bergerak di ruang kokpit selain api marak menjilat keseluruhan badannya bermula dari kepala hingga pinggang.
“Saya terkilan kerana tidak mampu berbuat-buat apa untuk menyelamatkan mangsa kerana api marak cepat menyebabkannya rentung,” kata M Muniandy, 33, saksi kejadian sebuah helikopter terhempas berhampiran lombong tinggal di Ladang Liang Kee, Malim Nawar, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang berhampiran Kampung Sri Malim, kira-kira dua kilometer dari jalan utama Ipoh-Kampar itu, sebuah helikopter jenis Robinson 44 (R-44) milik Integrated Training and Services (ITNS) berpangkalan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh terhempas menyebabkan juruterbangnya terbunuh.
Mangsa dikenali sebagai Inspektor Mohd Shukri Othman, 31, berasal dari Permatang Gelam, Seberang Perai, Pulau Pinang yang juga juruterbang pelatih Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Arwah yang meninggalkan balu berusia 28 tahun dan anak lelaki berusia lebih setahun menjalani kursus penerbangan di ITNS sejak September tahun lalu dan bakal menamatkan kursus Mac depan.

Muniandy yang juga anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) cawangan Kampar berkata, ketika bekerja di kebun sayur berdekatan lokasi nahas, dia sempat melihat helikopter itu terbang rendah sebelum terhempas.



Katanya, tidak lama kemudian, kedengaran satu letupan kuat menyebabkan helikopter itu terbakar.

“Saya sempat melihat helikopter itu terjunam dan berpusing-pusing beberapa kali sebelum meletup dan terbakar selain beberapa serpihan pesawat berkecai,” katanya.

Rakan sepelatih mangsa, Md Nurkhail Md Zain, 29, yang turut ditemui di lokasi nahas berkata, dia bersama rakan lain tidak mengesan sebarang perilaku pelik ditunjukkan arwah sebelum kejadian itu.

Katanya, arwah seorang yang baik dan peramah serta disenangi tujuh pelatih lain yang turut sama menyertai kursus penerbangan itu sejak tahun lalu.


Bunuh diri depan rumah kekasih



SENTUL: Tertekan apabila cintanya tidak dibalas, seorang lelaki berusia 59 tahun sanggup menggantung diri pada pagar besi rumah kekasihnya di Taman Setapak Permai, Setapak Jaya, di sini, malam kelmarin.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 malam apabila warga emas terbabit kecewa selepas cintanya tidak berbalas walaupun sudah berkenalan lama dengan seorang pekerja syarikat insurans yang juga tuan rumah yang disewanya. Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, mayat mangsa ditemui oleh tuan rumah berkenaan selepas tergantung beberapa minit pada pagar besi dengan menggunakan tali pinggangnya sendiri.

“Wanita berusia 51 tahun itu yang kebetulan berada di rumah itu bagaimanapun tidak menyedari perbuatan mangsa yang mahu membunuh diri, namun selepas beberapa ketika tidak melihat kelibat mangsa, dia menjenguk bahagian hadapan rumah itu dan terkejut apabila melihat mangsa tergantung di pintu pagar. “Kami percaya akibat gagal menjalin hubungan cinta dengan wanita itu walaupun sudah lama berkenalan, mendorong mangsa membunuh diri,” katanya. Menurutnya, mayat mangsa terus dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Zakaria berkata, hasil bedah siasat mengesahkan sebab kematian adalah gantung diri dan kes diklasifikasikan mati

“Arwah bersama lapan pelatih lain termasuk saya dijangka menamatkan kursus penerbangan Mac tahun depan, malah arwah juga antara pelatih senior dalam skuad kursus ini,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, kejadian berlaku apabila helikopter dipandu juruterbang malang itu hilang kawalan ketika berada di ruang udara sebelum terhempas dan terbakar.

Beliau berkata, mangsa sedang melakukan penerbangan solo selain mengikuti latihan pendaratan kecemasan menggunakan sebuah helikopter milik ITNS.

“Mangsa memulakan latihan jam 2.15 petang dan kira-kira 15 minit kemudian pesawat dikendalikannya dikatakan mengalami kerosakan teknikal sebelum terhempas di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk dibedah siasat. Kami akan menyerahkan kes berkenaan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk menyiasat punca nahas itu,” katanya.




'Arwah rindu keluarga'



IPOH: “Saya menghubungi telefon bimbit arwah kira-kira jam 1 tengah hari tadi (semalam) untuk bertanya khabar dan sempat berbual dengannya selama beberapa minit. Dia seperti biasa bertanyakan mengenai anak dan memberitahu begitu rindu untuk pulang bertemu kami hujung minggu ini.
“Saya tak sangka ia perbualan terakhir kami sebelum dihubungi seorang rakannya memberitahu arwah meninggal dunia selepas helikopter dipandunya terhempas ketika menjalani latihan. Kata-kata rindu arwah kepada saya dan anak masih terngiang-ngiang,” kata Syamila Halim, isteri kepada Inspektor Mohd Shukri Othman, 31.
Pekarangan bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, tiba-tiba sayu apabila anak tunggal pasangan itu, Mohammad Akmal Faris, setahun enam bulan, tidak mahu melepaskan Syamila ketika dia diminta memasuki ke dalam bilik untuk membuat pengecaman sebaik tiba dari Sungai Buloh dengan dibawa menaiki van polis.

“Kali terakhir saya bertemu arwah petang Ahad lalu sebelum dia kembali ke Ipoh menyambung kursus latihan. Saya tidak sangka pengalaman kami bercuti di Port Dickson minggu lalu (7-10 Disember lalu) menjadi kenangan manis terakhir kami sekeluarga bersama arwah,” kata Syamila yang bertugas sebagai guru matematik di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepong dan mendirikan rumah tangga dengan arwah pada 2008.



Mayat dekat kereta terbakar



PELABUHAN KLANG: Seorang lelaki berusia 42 tahun maut dipercayai terjatuh ke dalam longkang sedalam dua meter di Kawasan Perindustrian Fasa Empat, Bandar Sultan Sulaiman, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu, orang awam pada mulanya menemui kereta mangsa yang terbakar sebelum memaklumkannya kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, polis yang menjalankan siasatan kemudian menemui mayat mangsa dalam longkang kira-kira 30 meter dari keretanya yang marak disambar api.
Katanya, ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan tertelangkup dan lengkap berpakaian.

“Kami percaya mangsa terkejut dengan letupan di keretanya yang terbakar sebelum tergelincir dan jatuh ke dalam parit dan menemui ajal.

“Hasil siasatan mendapati tiada kesan kecederaan pada badan mangsa, malah semua barang kemas seperti rantai dan cincin masih berada pada badannya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mangsa tinggal di kawasan Bandar Sultan Sulaiman dan bekerja sebagai mekanik di bengkel milik abangnya dan dipercayai memancing ketika keretanya terbakar.

Kes diklasifikasikan kematian mengejut (SDR) dan mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.

Hasil pemeriksaan, polis menemui jala yang dipercayai digunakan mangsa menangkap ikan dan sebilah parang yang bersarung dan beberapa ekor ikan dipercayai hasil tangkapan mangsa.

Satu kereta 2 geran



KUALA LUMPUR: Bagaimana lima kereta milik syarikatnya yang dikesan semula selepas dicuri boleh berada di tangan individu lain lengkap dengan geran baru, sedangkan geran asal semua kenderaan itu sebenarnya masih dalam simpanan pihak bank?
Itulah persoalan ditimbulkan seorang ahli perniagaan kereta sewa yang mendakwa kerugian lebih RM3.5 juta selepas 28 kereta mewah milik syarikatnya hilang dipercayai ‘dicuri’ sepasang suami isteri yang pada mulanya berurusan menyewa kenderaan terbabit. Mangsa, Azlia Yakob, 33, berkata, pasangan suami isteri berusia 30-an itu datang ke pejabatnya awal Oktober lalu di Sepang, Selangor untuk menyewa kereta mewah bagi kegunaan wakil syarikat mereka.

“Mereka lengkap memakai pakaian seragam syarikat berkenaan dan memberitahu mahu menyewa kereta mewah saja serta sanggup membayar berapa saja harga dikenakan.
“Selepas rundingan, mereka membayar RM80,000 sebagai bayaran sewa bulan itu dan saya menyerahkan sebuah kereta BMW untuk disewa. Beberapa hari kemudian mereka menghubungi saya untuk menyewa beberapa kereta lain seperti Porsche Cayenne, Honda City, Lexus, Fairlady dan Toyota Caldina,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Menurutnya, apabila pihaknya meminta pasangan itu menghantar kereta yang disewa untuk diselenggara, pelbagai alasan diberikan kononnya mereka sudah menyelenggara kereta itu.

“Malah, seorang anggota polis menghubungi saya memberitahu kereta milik syarikat saya dikesan terbabit langgar lari dan meminta saya membuat laporan. “Saya segera menghubungi pasangan suami isteri itu untuk mendapatkan pengesahan dan mereka mengakui kejadian itu selain berjanji mahu membaiki kerosakan kereta sendiri tapi tidak mahu menghantar kereta itu kepada kami,” katanya.

Azlia yang sudah tiga tahun menjalankan perniagaan menyewa kenderaan hanya menyedari ditipu selepas berjaya mengesan kereta Honda City menggunakan sistem kedudukan global (GPS) dan mendapati kereta itu sudah berubah wajah dan nombor plat juga berbeza.

“Selepas itu, pasangan itu gagal dihubungi dan mereka terus menghilangkan diri. Saya kemudian membuat empat laporan polis, namun setakat ini hanya lima kereta ditemui,” katanya.

Penceroboh tanggung risiko



MELAKA: Pengurusan Tiara Melaka Golf & Country Club kesal tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh kawasan kelab golf berkenaan sambil memberi amaran individu ditangkap melakukan kesalahan itu akan dikenakan tindakan.
Pengurus Kelab Tiara Melaka Golf & Country Club, Johari Md Derus, berkata pihaknya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa kejadian terhadap individu didapati menceroboh kawasan seluas 161.8 hektar itu.

“Kawasan kelab golf ini kawasan hutan ditutupi pagar dawai dan bukan pagar tembok simen. Namun, ketika ini ada kerja pembaikan jalan dan longkang menyebabkan ada pagar yang berlubang dan boleh dimasuki sesiapa saja.
“Namun, apa yang berlaku kepada si penceroboh risiko sendiri dan sekiranya kami dapat menahan mereka, kami akan kenakan tindakan.

“Saya difahamkan ketika kejadian kawasan tasik itu gelap. Meskipun kami mempunyai pengawal, namun mereka berkawal untuk kawasan rumah banglo,” katanya ketika ditemui, di sini.

Beliau mengulas kejadian seorang pekerja kontrak, Azrul Jaapar, 24, ditemui lemas dalam tasik di kelab itu ketika mencari bola golf terpakai, awal pagi semalam



Duda cari bola golf lemas dalam tasik



MELAKA: Niat murni seorang duda mendapatkan wang tambahan mencari bola golf terpakai bagi membantu bapanya yang menjual barangan itu mengundang padah apabila ditemui lemas dalam tasik di Tiara Melaka Golf & Country Club, Ayer Keroh, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi itu, mangsa Azrul Jaapar, 25, bersama dua rakannya Izuan Abdul Latif, 19, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Botak berenang menyeberangi tasik selebar kira-kira 100 meter untuk mengutip bola golf di tepi tebing.

Mayat mangsa ditemui anggota dari Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Bukit Katil kira-kira jam 5.50 pagi selepas menerima maklumat kejadian.
Difahamkan, mereka bertiga memasuki kawasan kelab golf berkenaan melalui lubang pada pagar di bahagian belakang kelab yang terlindung dengan kawasan hutan bagi mengelak dikesan sebelum memasuki tasik itu.

Bapa mangsa, Jaapar Leman, 55, berkata anak kedua daripada tiga beradik itu yang bekerja kontrak tidak pernah melakukan kerja mencari bola golf terpakai.

Katanya, kali terakhir dia melihat anaknya itu awal pagi semalam ketika arwah berbual bersama-sama rakannya.

“Saya mendengar mereka merancang pergi mencari bola golf, namun dia tidak berkata sepatah apa pun kepada saya. Tidak pernah dia pergi mencari bola golf, namun rakan dia yang beria-ia bercerita menyebabkan arwah bersemangat mengikut.

“Tetapi, saya pelik apabila sebelum keluar dari rumah kira-kira jam 1 pagi, dia memandang saya beberapa kali seperti hendak berkata sesuatu, namun tidak terucap. Saya amat sedih kerana ia petanda dia akan pergi meninggalkan kami sekeluarga,” katanya ketika ditemui menunggu jenazah anaknya di perkarangan Jabatan Perubatan Forensik dan Bilik Mayat Hospital Melaka, di sini.

Sementara itu, Izuan yang terselamat dalam kejadian berkenaan mendakwa serik untuk pergi mencari bola golf terpakai.

“Kami masuk melalui lubang pada pagar di bahagian belakang dan sebaik tiba di tasik kira-kira jam 2.40 pagi (semalam), kami menanggalkan baju dan memakai seluar pendek lalu berenang perlahan-lahan bagi mengelak dilihat orang.

“Ketika sampai di bahagian tengah tasik, tiba-tiba Azrul yang berada di sebelah kiri lemas dan menjerit meminta tolong. Rakan kami (Botak) yang berenang di tengah-tengah cuba membantu dia berenang ke seberang dan saya juga ikut berenang sebelum saya nyaris lemas.

“Dengan bantuan Botak, saya dibawa ke daratan sebelum kami melihat Azrul lemas kali kedua dan tenggelam perlahan-lahan,” katanya.

Katanya, Botak yang keletihan berenang tidak dapat membantu Azrul lalu meminta dia menunggu sementara mendapatkan bantuan.

“Selepas menunggu kira-kira setengah jam, Botak masih tidak muncul dan saya bergegas meminta bantuan penghuni banglo berdekatan untuk menelefon polis,” katanya.


Lelaki kalah judi ugut Datuk



KUALA LUMPUR: Hanya kerana mengalihkan motosikal, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dan dua anaknya diugut dengan parang oleh pemilik kenderaan itu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu di Medan Selera Dagang Avenue, di sini.
Malah, pemilik motosikal terbabit yang ketika itu kalah berjudi turut memaki hamun Datuk berkenaan sebelum pulang dan memanggil beberapa rakan untuk menyerang mangsa.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi Jumaat lalu ketika mangsa yang juga pemilik medan selera itu mendengar lelaki terbabit yang berusia 20-an membebel.
“Lelaki itu bertanya kepada mangsa siapa yang mengubah kenderaannya dan Datuk berkenaan mengaku dia berbuat demikan.

“Lelaki itu tidak berpuas hati dan memberitahu dia berang kerana kalah berjudi sebelum mangsa memberikan nasihat.

“Lelaki itu beredar untuk seketika sebelum datang semula bersama lima rakan dan ada antara mereka membawa parang,” katanya.




Menurutnya, seorang lelaki yang bertindak sebagai ketua kumpulan itu bertanyakan kepada mangsa kenapa dia memarahi rakan mereka dan mangsa menceritakan kejadian sebenar kepadanya.

“Namun, mangsa yang melihat keadaan mula kelam-kabut menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian terbabit,” katanya. Sumber itu berkata, kumpulan terbabit melarikan diri, namun memberi amaran kepada mangsa akan datang semula untuk mengambil wang perlindungan. “Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis kerana risau keselamatan dia dan ahli keluarganya,” katanya.


Pengawal halang lelaki curi kereta hilang empat gigi



AMPANG: Seorang pengawal keselamatan kehilangan empat gigi selepas ditumbuk seorang lelaki yang cuba mencuri kereta di Pangsapuri Sri Baiduri, Taman Ukay Perdana, di sini.
Dalam kejadian kira jam 4 pagi Khamis lalu itu, mangsa yang berusia 30-an menjalankan tugas rondaan dan terserempak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan di parkir. Menurut sumber polis, mangsa yang melihat lelaki terbabit memegang serangkai kunci dipercayai untuk mencuri kereta menghampirinya membuatkan suspek terkejut.

“Suspek tiba-tiba menyerang pengawal keselamatan berkenaan dan melepaskan tumbukan ke muka mangsa.
“Dalam keadaan menahan kesakitan dan berdarah, mangsa bergelut dengan suspek terbabit untuk menahannya,” katanya.

Menurutnya, tindakan mangsa itu menimbulkan kemarahan suspek sebelum dia menendang mangsa yang kemudian terpelanting ke dalam longkang.

“Mangsa ketika itu tidak berdaya bangun untuk melawan suspek dan penjenayah terbabit untuk melarikan diri,” katanya.


Sumber berkata, berikutan itu, mangsa cedera di muka dan anggota badan selain patah empat gigi.

No comments:

Post a Comment