Thursday, December 16, 2010

CARI LELAKI YANG SOLEH...KUAT BERPEGANG KEPADA AGAMA@ISLAM...JELAS TAKWANYA...JANGAN AWAL2 BELUM JADI SUAMI.....SUDAH BERSIKAP GANAS...JIKA KAHWIN...GAMBARKAN@BAYANGKANLAH......

Tatu kalimah Allah

Oleh Nor Azura Abdul Jalil, Shahrul Redzuan Zulkifli dan Muhaamad Hafis Nawawi

SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah  yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
SERBU...pegawai Jais menyerbu pengikut Syiah ketika mengikuti ceramah yang disampaikan seorang lelaki warga Iran, kelmarin.
KUALA LUMPUR: Akibat terlalu taksub dengan fahaman diikutinya, seorang pengikut ajaran Syiah mengukir kalimah Allah di lengan tangannya sedangkan tindakannya menyimpang daripada ajaran Islam yang melarang sebarang bentuk ukiran berupa tatu.
Lelaki itu antara 128 yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dalam serbuan ke sebuah rumah kedai dua tingkat di Taman Sri Gombak, dekat sini, yang dipercayai menjadi kubu kuat pengikut ajaran Syiah di Selangor, malam kelmarin.
Serbuan pada jam 10.15 malam itu disertai sepasukan polis bersama penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dan berlaku sedikit ketegangan apabila pengikut terbabit enggan bekerjasama.

Ketika penguat kuasa Jais hendak menahan pengikut lelaki yang bertatu itu, dia langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, sebaliknya tegar mempertahankan fahaman dianutinya dengan menceritakan kegiatan dijalankan mereka


Suasana bertambah tegang apabila seorang pengikut lain bangun dan melaungkan selawat sambil disambut pengikut lain selama beberapa minit.

Apabila diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri, seorang pengikut terbabit memarahi penguat kuasa Jais menyebabkan berlaku pertikaman lidah.

Pengarah Jais, Datuk Mohammed Khusrin Munawi yang menyertai operasi itu berkata, pihaknya percaya ketika serbuan ratusan pengikut Syiah terbabit mengikuti ceramah khas yang disampaikan seorang lelaki warga Iran.

Menurutnya, ceramah itu diadakan bersempena tarikh 10 Muharam dalam kalendar Islam yang dianggap mulia oleh pengikut Syiah sebagai memperingati kematian Saidina Husain.

“Keseluruhannya, kami menahan kira-kira 200 orang, namun 72 daripada mereka bayi dan kanak-kanak. Jadi hanya 128 individu dewasa yang ditahan untuk diambil keterangan dan sebahagian besar daripada mereka lelaki.

“Jais sudah melakukan intipan selama dua tahun bagi mengumpul bukti mencukupi sebelum melakukan serbuan ini dan penahanan lebih 100 orang terbabit menjadikan ia tangkapan ajaran sesat terbesar di Selangor pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata, Jais percaya daerah Gombak menjadi pusat utama penyebaran Syiah di Selangor sedangkan fahaman itu sudah diwartakan sebagai ajaran sesat di Selangor mengikut Seksyen 12 (C) 1995.

Menurutnya, fahaman Syiah lebih berbahaya daripada al-Arqam dan jika dibiarkan ia boleh mengancam keselamatan negara dan perlu dibendung.

“Bagi lelaki, tarikan seks dipercayai menjadi antara sebab utama mereka mudah mengikuti fahaman Syiah kerana fahaman ini menghalalkan nikah mutaah.

“Pengikut Syiah juga beranggapan membunuh Ahli Sunnah Wal Jamaah halal dan dibenarkan, malah menjadi satu jihad kepada mereka.

“Selain itu, mereka turut mendewa-dewakan Saidina Ali berbanding Nabi Muhammad s.a.w. Malah, ganjaran syurga menanti juga pengikut Syiah yang melawat makam Saidina Husain,” katanya.

Mohammed Khusrin berkata, lebih membimbangkan apabila pensyarah turut dikesan menjadi pengikut Syiah dan menyebarkannya kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di negara ini.

Berikutan serbuan malam kelmarin, dua lelaki termasuk seorang warga Iran dihadapkan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat di Kuang, Selangor, bagi mendapatkan perintah jaminan.

Hakim Syarie Saiful Azli Jamaludin membenarkan kedua-duanya dijamin RM2,000 setiap seorang dan pasport antarabangsa warga Iran itu diarah diserahkan kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pada prosiding semalam, tiada pertuduhan dibacakan terhadap mereka dan Saiful Azli menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan kes berkenaan.

Di luar mahkamah, lebih 20 lelaki dipercayai pengikut Syiah hadir untuk memberi sokongan kepada kedua-dua individu terbabit yang dipercayai pemimpin mereka.


Ciri kesalahan fahaman Syiah

  • Menghalalkan nikah mutaah

  • Menambah nama Saidina Ali dalam syahadah

  • Menolak ijmak ulamak

  • Menziarahi kubur Saidina Husain mendapat ganjaran syurga

  • Menyeksa tubuh badan dengan rantai sempena 10 Muharam

  • Mengharuskan jamak dalam semua keadaan tanpa sebab

  • Mengkafirkan sahabat Nabi Muhammad s.a.w

  • Menyanjungi Saidina Ali secara keterlaluan

  • Menghina isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w

  • Menolak hadis yang diriwayatkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sekali pun hadis mutawir 




  • Terkulai ratapi anak mati

    Oleh Mohd Razlan Salleh, Junaidi Ladjana, Fardy Bungga dan Norasikin Daineh

    BANTU...anggota perubahan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung, semalam.
    BANTU...anggota perubahan memberi bantuan kepada mangsa kemalangan apabila bas yang dinaiki mereka terhumban ke dalam gaung, semalam.
    KELUARKAN MANGSA...anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terbunuh.
    KELUARKAN MANGSA...anggota penyelamat mengeluarkan mangsa yang tersepit dan terbunuh.
    KOTA KINABALU: Seorang ibu terkulai selepas meratapi kematian anak lelaki kesayangannya, Sabirin Murad, 29, yang terbunuh selepas bas dinaiki bersama 25 kakitangan Jabatan Penjara Tawau terjunam ke dalam gaung sedalam 50 meter, semalam.
    Kemalangan ngeri yang meragut empat nyawa itu berlaku di Kilometer 32 Jalan Penampang - Tambunan di sini, kira-kira jam 10.40 pagi.

    Sitimah Musah, 55, berkata, kali terakhir dia berbual dengan anaknya itu ketika menghubunginya dua kali iaitu kira-kira sejam sebelum kejadian berlaku.

    “Saya terkilan kerana tidak dapat menunaikan permintaan terakhirnya yang bersungguh-sungguh menyuruh menyediakan makan tengah hari di rumah.


    “Saya sedih kerana kami memang jarang makan bersama kerana dia bertugas di Tawau dan saya tidak sangka, panggilan dua kali itu adalah kali terakhir saya mendengar suaranya,” katanya ketika ditemui di luar bilik mayat Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, semalam

    Sitimah yang menetap di Kampung Rampaian Manggatal berkata, anaknya ada menghubungi memaklumkan dalam perjalanan ke Kota Kinabalu kira-kira jam 9 pagi.

    “Selepas itu, dia menghubungi semula sejam kemudian dan memberitahu sudah berada di Penampang, selain menyuruh seorang adiknya menunggu di Kota Kinabalu," katanya.

    Sementara itu, Nurul Syakinah Muslimin Mohammad, 15, berkata, sebelum kejadian, ayahnya, Muslim Mohamad, 36, pemandu kedua bas terbabit yang turut terbunuh ada menyatakan mahu membeli persiapan persekolahan termasuk baju dan kasut baru sebaik tiba di Kota Kinabalu.

    “Ayah berjanji untuk berjumpa di Kota Kinabalu tetapi saya terkilan kerana hajat kami berkubur," katanya.

    Menurut Nurul Syakinah, beberapa jam sebelum kejadian, dia dihubungi ayahnya yang memberitahu bas dinaiki baru bergerak ke Kota Kinabalu.

    “Tidak sampai beberapa jam selepas itu, emak dari Tawau menghubungi saya memberitahu ayah terbabit dalam kemalangan dan saya bergegas ke hospital, tetapi diberitahu ayah sudah meninggal dunia," katanya.

    Penumpang bas berkenaan, Moha Hafiz Rahim, 14, berkata, kejadian berlaku secara tiba-tiba dan sempat berpaut pada kerusi untuk mengelak terhumban keluar daripada bas yang bergolek jatuh ke dalam gaung.

    “Ketika itu terlintas kemungkinan ajal saya sudah sampai apabila menyedari bas mula menjunam ke gaung dan bergolek beberapa kali sebelum berhenti.

    “Dalam keadaan kelam kabut itu, saya tidak berfikir apa-apa, selain menyelamatkan diri dan keluar daripada bas berkenaan,” katanya.

    Penumpang, Ulil Amri, 28, yang sedang tidur di kerusi penumpang bahagian tengah bas terkejut apabila mendengar jeritan yang mendakwa bas hilang kawalan.

    "Selepas itu, saya mendengar dentuman kuat dan bas bergolek beberapa kali. Saya bersyukur kerana tidak cedera serius, cuma sakit di peha dan dada akibat hentakan kuat,” katanya



    Tikam kekasih

    Oleh Mohd Fauzi Abdullah

    KUANTAN: Berang selepas gagal mendapatkan nombor telefon baru bekas kekasihnya, seorang lelaki bertindak kejam apabila menikam lengan dan paha kiri gadis berkenaan sebelum melarikan motosikal mangsa dalam satu kejadian di Bandar Jengka, Maran, kelmarin.
    Tindakan gila buruh berusia 28 tahun itu tidak berakhir di situ apabila dia meninggalkan mangsa yang berusia 23 tahun di tepi jalan mengerang kesakitan sebelum diselamatkan orang ramai yang menghantarnya ke hospital untuk menerima rawatan.

    Difahamkan, pasangan kekasih berkenaan baru memutuskan ikatan cinta mereka kira-kira seminggu lalu membuatkan suspek yang masih tergila-gilakan mangsa hilang pertimbangan seakan-akan ‘gila talak’.

    Pegawai Turus Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Superintendan Noor Asyikin Syamsuri berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa baru keluar dari sebuah kedai makan menuju ke motosikalnya sebelum terserempak dengan bekas teman lelakinya


    Katanya, suspek terus mengekori mangsa hingga ke tempat letak motosikal di depan kedai makan berkenaan sebelum meminta nombor telefon barunya


    Noor Asyikin berkata, suspek berkali-kali meminta gadis berkenaan memberitahu nombor telefon barunya, namun mangsa tetap berkeras enggan berbuat demikian menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka.

    “Berang selepas permintaannya ditolak, secara tiba-tiba suspek mengeluarkan pisau dan menikam lengan dan paha kiri bekas kekasihnya itu menyebabkan mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.

    Menurutnya, mangsa kemudian merayu meminta pertolongan lelaki berkenaan menghantarnya ke hospital mendapatkan rawatan dan suspek bersetuju menghantar bekas kekasihnya itu menaiki motosikal gadis itu.

    “Ketika dalam perjalanan mangsa menyedari suspek tidak membawanya ke hospital sebaliknya ke destinasi lain menyebabkan gadis berkenaan terjun dari motosikal diboncengnya

    “Menyedari keadaan berkenaan, suspek bertindak memecut motosikal milik bekas kekasihnya itu dan meninggalkan gadis terbabit mengerang kesakitan di tepi jalan,” katanya.

    Bagaimanapun, katanya, mangsa diselamatkan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

    Menurutnya, polis sedang giat memburu suspek dan identitinya sudah dikenal pasti.

    “Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya

    No comments:

    Post a Comment