Friday, December 17, 2010

JIKA AWAL2 LAGI DAH TUNJUK BELANG.... .DAH KAWIN MEMANG JADI BEGINI LAH...LAIN KALI CARILAH ORANG SOLAT DAN BERTAKWA....WALAUPU TAK HENSEM@CANTIK...


"Saya disepak, dikurung tanpa belas"


KUALA TERENGGANU - “Sejak bercinta lagi, suami sudah menunjukkan sikap barannya. Pantang ada yang tidak kena, saya pasti akan dipukul, disepak dan diterajang tanpa belas kasihan, malah saya pernah dikurung di bawah rumahnya selama seminggu tanpa diberi makan dan minum.

“Tetapi, disebabkan ketika itu saya mengandung, jadi, saya terpaksa mengambil keputusan untuk meneruskan perhubungan ini dan berkahwin dengannya walaupun ‘hati sudah tawar’,” demikian pengakuan mangsa keganasan rumah tangga yang hanya mahu dikenal sebagai Siti, 19.

Menurut ibu muda ini, dia tidak pernah sesekali merasai kebahagian menjadi seorang isteri sepanjang tiga tahun usia perkahwinannya bersama suaminya, 24, yang kini hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di salah sebuah syarikat swasta di bandar raya ini.

“Sepanjang perkahwinan ini, dia tidak pernah sesekali menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa dengan baik.


Waspada lelaki mengaku penjual


TEMERLOH –Polis meminta orang ramai berwaspada dengan sekumpulan lelaki yang berlagak sebagai penjual datang ke rumah, sebaliknya melakukan jenayah pecah rumah ketika penghuni keluar bekerja.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Nor Mansor berkata, kumpulan lelaki itu dipercayai dianggotai tiga lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun.

Menurutnya, polis mengenal pasti dua kejadian pecah rumah yang berlaku di Taman Rimba dan Taman Saga, Mentakab didalangi kumpulan terbabit.

“Polis kini giat memburu kumpulan ini dan pada masa sama meminta orang ramai berwaspada dengan taktik mereka serta segera melaporkan sebarang maklumat berkaitan kepada polis,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian semasa ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh di antara Asisten Superintendan Ros Zuraida Mohamad dengan Asisten Superinten dan Abd Razak Abd Majid, di sini.

Mohd Nor berkata, kumpulan penjenayah terbabit menggunakan modus operandi sama iaitu berlagak sebagai penjual pergi ke rumah mangsa dan memecah masuk apabila penghuni tiada di rumah.

Katanya, semua kejadian berlaku semasa penghuni keluar bekerja antara jam 9 hingga 10 pagi.

Menurutnya, kedua-dua kejadian itu berlaku pada waktu pagi, 11 dan 13 Disember lalu mengakibatkan dua keluarga kerugian barang kemas bernilai lebih RM18,000.

“Polis menyiasat kes ini di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut boleh berhubung terus dengan polis di talian 09-2964999,” katanya.

Sementara itu, pada majlis serah terima tugas itu, Ros Zuraida yang bertugas di IPD Temerloh pada 1 Mei lalu akan bertukar ke jawatan Pegawai Turus Tatatertib Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Manakala tempat beliau digantikan Abd Razak yang sebelum ini bertugas di Bukit Aman


Sapu bedak lepas diurut


SERDANG – Ibarat mendapat pakej lengkap apabila tukang urut warga Thailand yang menawarkan khidmat itu di sini turut menyapukan bedak ke anggota badan pelanggannya selepas selesai melakukan urutan.

Bagaimanapun, tidak diketahui sama ada bedak yang disapukan kepada pelanggan mereka itu mempunyai kesan sama ada untuk meningkatkan kekuatan tenaga selepas pelanggan dilumur minyak urut sebelum itu.

Kegiatan rumah urut haram yang dipercayai bergiat aktif sejak sebulan lalu di Jalan Sungai Besi Indah 16, Taman Sungai Besi Indah di sini bagaimanapun tumpas selepas lima gadis genit berusia lingkungan 21 hingga 25 tahun dicekup Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Serdang.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintenden Abd Razak Elias berkata, bertindak atas maklumat dan hasil risikan, serbuan Ops Noda diketuai Ketua Balai Polis Serdang, Cif Inspektor Zamzam Yunus dilaksanakan kira-kira jam 9.45 malam di salah sebuah unit rumah kedai itu.

Katanya, hasil serbuan berjaya mencekup kesemua tukang urut yang sedia menunggu pelanggan masing-masing di premis itu.

“Anggota juga berjaya memberkas seorang lelaki warga tempatan berusia 47 tahun yang mengaku menjadi penjaga kepada premis itu.

“Dua minyak urut dan dua botol bedak dirampas dipercayai digunakan untuk kegiatan rumah urut yang menawarkan khidmat kepada pelanggan dari waktu tengahari hingga jam 11 malam,” katanya.

Abd Razak berkata, kesemua gadis yang ditahan didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut di negara ini



Cabul anak sendiri

KUALA PILAH – Seorang lelaki Melayu ditahan polis Daerah Kuala Pilah, di sini, Isnin lalu, selepas dipercayai mencabul anak perempuannya sendiri dalam kejadian berasingan bulan ini di Melang.

Lelaki berumur 43 tahun dan hanya bekerja kampung itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa yang berumur 15 tahun.

Lelaki terbabit dikatakan mengambil kesempatan mencabul kehormatan anak gadisnya itu ketika mereka tinggal berdua di rumah berkenaan berikutan neneknya tiada di rumah.

Kejadian Isnin lalu bukanlah yang pertama kali kerana awal bulan ini, mangsa pernah berdepan kejadian sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek meraba tubuh anak gadisnya termasuk meramas buah dada mangsa ketika memasuki bilik tidur pada waktu malam.

“Akibat terkejut dengan tindakan bapanya sendiri, mangsa melarikan diri ke rumah jirannya untuk mendapat perlindungan.

“Mangsa yang tidak tahan dengan perbuatan terkutuk bapanya itu nekad membuat laporan polis selepas kejadian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah



Tukang cuci jumpa bayi



SUNGAI PETANI - Seorang tukang cuci terkejut ketika menjalankan tugasnya sebelum pulang ke rumah di sebuah hospital di sini apabila mendapati di sebalik bungkusan tuala tebal yang dijumpai hadapan lobi hospital terbabit adalah bayi.

Tukang cuci berkenaan, M Anbalahan, 21, berkata, dia yang menjalankan tugas menyapu bahagian lobi hospital terbabit jam 6.45 pagi semalam sebelum menamatkan tugas jam 7 pagi terkejut apabila mendapati ada bungkusan dengan tuala tebal di hadapan lobi.

Menurutnya, bungkusan tuala tebal itu membuatkannya berasa pelik kerana ditinggalkan di hadapan lobi setelah pengawal keselamatan membuka pintu lobi, pagi itu.

“Saya kemudiannya menghampiri bungkusan itu kerana berasa pelik dan terkejut apabila mendapati ia mengandungi seorang bayi malah bayi itu tidak bergerak dan tidak menangis.

“Saya kemudiannya memaklumkannya kepada kakitangan bahagian kecemasan hospital yang kemudiannya membawa bayi tersebut ke wad kanak-kanak untuk merawatnya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Anbalahan berkata, bayi lelaki itu masih bertali pusat dan mempunyai sedikit kesan darah mungkin baru sahaja dilahirkan sebelum ditinggalkan di hadapan lobi hospital berkenaan.

Menurutnya, setelah selesai waktu kerja, dia kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan selepas itu polis membawa bayi terbabit untuk mendapat rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan laporan dan kes masih disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

“Bayi lelaki itu dijumpai di luar lobi hospital terbabit oleh seorang pekerja hospital dan keadaan bayi itu masih berdarah berkemungkinan baru sahaja dilahirkan.

“Kita masih menyiasat apakah bangsa bayi lelaki berkenaan dan siapa yang meninggalkannya di situ. Malangnya bayi itu ditinggalkan di luar lobi yang tidak diliputi kemera litar tertutup (CCTV) hospital berkenaan,” katanya.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi IPD Kuala Muda menerusi talian 04-4212222 bagi membantu siasatan.



Perkahwinan Retak, Jimmy & Isteri Tidak Tinggal Sebumbung

Mudah-mudahan kemelut rumah tangga Jimmy dan Nursuhaila Eliani dapat diselamatkan.
PETALING JAYA: Rumah tangga pengacara Jimmy Shanley Norjahan Saleh,30, yang dibina dengan Nursuhaila Eliani Suhaimy,24, semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.
Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
“Buat masa ini Jimmy tinggal di rumahnya di Subang Jaya manakala Nurshuhaila Eliani tinggal dengan keluarganya di Sungai Buloh, Selangor. Mereka dalam usaha untuk menyelamatkan rumah tangga itu,” kata sumber berkenaan, Rabu.
Malah ujar sumber tersebut lagi, pasangan berkenaan sudah mendapatkan khidmat kaunseling bagi memulihkan keadaan tetapi setakat ini usaha tersebut tidak mencapai apa-apa perkembangan positif.
Difahamkan, kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila ada pihak yang cuba mempengaruhi Nursuhaila Eliani kononnya Jimmy hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaan keluarga wanita berkenaan yang merupakan sorang jutawan dan pengeluar produk kecantikan Natasya.
Katanya, disebabkan terpengaruh dengan tuduhan berkenaan, wanita itu mengambil pendekatan menjauhkan diri daripada Jimmy termasuklah meminta untuk tidak tinggal bersama sehingga menyebabkan perkahwinan mereka itu menjadi bertambah parah.
Kata sumber itu lagi, setakat ini hubungan Jimmy dengan keluarga mentuanya berada dalam keadaan baik malah mereka sama sekali tidak mahu melihat perkahwinan yang dibina dengan kos mencecah ratusan ribu ringgit itu hancur begitu sahaja.
“Jimmy dan keluarga isterinya sangat baik. Malah mereka tiada masalah dengan Jimmy tetapi mereka sendiri kecewa apabila anak perempuan sendiri termakan kata-kata dan hasutan orang lain.
“Adalah lebih baik Nursuhaila Eliani membuat pertimbangan yang wajar serta berfikiran lebih positif agar rumah tangga mereka itu kembali pulih dan dapat diselamatkan,” katanya.
Tambah sumber itu lagi, Jimmy menyerahkan kepada takdir bagi menentukan kedudukan rumah tangganya kerana dia telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan keadaan.
Jimmy yang dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut tidak menjawab panggilan telefon selain gagal mebalas mesej khidmat pesanan ringkas (SMS).
Pasangan tersebut berkahwin pada 1 Oktober lalu di rumah keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh, dengan hantaran sebanyak RM31,186, bersempena dengan tarikh lahir Nursuhaila yang jatuh pada 31 Januari 1986.
Majlis resepsi pula diadakan sehari selepas itu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).



Marion Counter & SM Nasarudin Selamat Bernikah
PETALING JAYA: Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku, dekat sini malam tadi.
Dengan sepersalinan serba putih, Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.
Majlis resepsi pula akan diadakan malam Jumaat (malam ini) pada pukul 7 petang di dewan utama Hotel Mandarin Oriental dan ia juga diadakan secara tertutup dan para tetamu perlu berpakaian kemas mengikut tema yang diberikan iaitu sut (lelaki) dan pakaian formal ala barat (wanita).
Pada malam resepsi nanti, pengacara E! News Asia itu akan memakai pakaian rekaan Vera Wang.
Majlis resepsi pernikahan mereka itu diadakan secara tertutu dengan kehadiran tetamu jemputan sahaja.
Pihak media tidak di undang membuat liputan sebaliknya hanya krew E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.
Pasangan itu juga akan mengadakan sebuah lagi majlis di kepulauan Maldives tidak lama lagi.




Loque Perkenal Isteri Dalam 'Serasi Bersama'

Loque dan isterinya, Dahlia
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Kekanda Adinda, Loque, 33, bersedia memperkenalkan isterinya, Dahlia Nadia Johari, 25, kepada umum apabila menyertai sebuah program terbitan Astro, Serasi Bersama.
Menurutnya, dengan menyertai program tersebut ia dapat merapatkan lagi hubungan mereka memandangkan selama ini peluang bersama di rumah agak terhad.
“Saya anggap program ini sebagai bulan madu kami, memandangkan saya agak sibuk dengan aktiviti seni sejak kebelakangan ini.
“Dia juga sebelum ini tidak mahu dikenali dan mendapat mendedahan di media. Tapi kami berfikiran positif dan menganggap program ini sebagai peluang untuk bersama,” katanya ketika ditemui pada majlis Ramah Mesra Program Serasi Bersama terbitan Astro Ria.
Tambah Loque, biarpun Dahlia berkerja bukan dari industri hiburan, namun dia yang memberi sokongan kepadanya.
“Dia memahami kerjaya saya, walaupun bekerja dalam bidang perbankan namun dia tidak pernah ketinggalan untuk memberi sokongan kepada saya pada setiap persembahan.
“Malah dia juga yang memperkenalkan saya kepada Atilia yang juga rakan baiknya. Jadi tidak timbul isu untuk dia berasa cemburu apabila banyak persembahan saya bersama Atilia,” katanya.
Ketika ditanya dengan trend program yang melibatkan pasangan selebriti yang sering dikaitkan berakhir dengan penceraian, Loque memberitahu dia turut bimbang dengan keadaan tersebut.
“Ketika kami ditawarkan kami mengkaji dulu bagaimana program ini. Kami lihat ia sebuah program yang menyeronokkan.
“Jika ia seperti Sehati Berdansa mungkin kami tidak terima sebab akan mengambil masa agak lama dan komitmen yang tinggi,” katanya.
Bercerita tentang perancangan keluarga dan cahaya mata, Loque memberitahu dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Kami hanya merancang tapi Tuhan menentukan segalanya. Kami tidak pernah menolak rezeki itu dan berharap tahun depan merupakan masa yang paling sesuai untuk menambah bilangan keluarga,” ujarnya.


'Anak Ikan', Filem Gay Terbaru Raja Azmi

Selepas filem ... Dalam Botol, Raja Azmi bakal menerbitkan Anak Ikan pula.
PETALING JAYA: Selepas melalui pelbagai kontroversi menghasilkan filem ...Dalam Botol, penerbit filem Raja Azmi Raja Sulaiman,50, masih tidak serik-serik apabila mahu menerbitkan sebuah lagi filem gay berjudul Anak Ikan.
Kata Raja Azmi kepada mStar Online, filem itu mempunyai tema serupa seperti ...Dalam Botol tetapi kali ini ia lebih menonjolkan bagaimana senario kehidupan lelaki gay yang sudah berumur tetapi menjalin hubungan cinta dengan lelaki muda.
"Saya dalam perancangan untuk menerbitkan filem terbaru yang berjudul Anak Ikan. Filem ini saya jangkakan akan mencetuskan kontroversi lagi selepas ...Dalam Botol kerana ia tetap berkisah mengenai kehidupan gay.
"Bagi golongan gay, istilah 'anak ikan' membawa maksud lelaki muda yang menjalinkan hubungan cinta dan seks dengan lelaki yang lebih tua dari mereka.
"Saya sedang meneliti skrip tersebut dan ia memerlukan beberapa pindaan. Selepas ini, saya akan mula mencari lelaki muda yang kacak pula untuk memainkan watak 'anak ikan' itu," katanya berseloroh.
Ditanya mengenai keterujaan untuk menerbitkan sebuah lagi filem yang bakal mencetuskan kontroversi, Raja Azmi berkata, filem terbaru itu dihasilkan bukan untuk mencari publisiti murahan atau kontroversi.
Sebaliknya, ia adalah paparan realiti kehidupan yang membelenggu golongan homoseksual serta turut mempunyai mesej yang baik di sebalik apa yang ingin dipaparkan.
"Saya bukan suka-suka buat filem sebegini untuk cari publisiti atau kontroversi. Sebaliknya, ada mesej yang ingin saya kongsi bersama penonton tentang senario hidup golongan itu.
"Ini adalah realiti sebenar kehidupan selain saya ingin cuba menyuntik kesedaran kepada penonton," katanya yang ditemui pada pratonton filem Damping Malam di sini, Rabu.
Tunda ...Dalam Botol
Sementara itu, Raja Azmi turut memberitahu filem ...Dalam Botol yang dijadualkan menjengah pawagam pada 10 Februari depan telah ditunda ke tarikh baru pada Mac 2011 ekoran kelewatannya melunaskan baki bayaran proses akhir filem itu di Studio Digital Mixstage di Finas baru-baru ini.
"Saya terpaksa akur dengan anjakan tarikh untuk filem ...Dalam Botol kerana baru saja melunaskan baki bayaran kos proses akhir filem itu sebanyak RM96,000 di Finas baru-baru ini.
"Oleh kerana saya lambat bayar, Skim Wajib Tayang harus memberikan keutamaan pada filem lain yang sudah lengkap sepenuhnya berbanding filem saya.
"Bagaimanapun, saya berharap perubahan tarikh tayangan filem itu tidak akan memberi sebarang kesan untuk menarik penonton ke pawagam apabila ditayangkan nanti," katanya.
 

No comments:

Post a Comment