Ibu Cut Tari fobia dengar nama Ariel
“Ibu sudah sembuh, tetapi jika terdengar atau melihat gambar Ariel, dia akan menggigil.
“Saya simpati dengannya sehingga terpaksa melarang ibu menonton televisyen,” kata Cut Tari ketika ditemui di pejabat peguamnya, Hotman Paris Hutapea di Jakarta, semalam.
Menurut selebriti itu yang terkait dengan video lucah bersama penyanyi berkenaan, walaupun dia sudah melakukan kesalahan besar hingga memburukkan nama keluarga, ibunya tetap memaafkannya.
“Saya bernasib baik kerana ketika dilanda masalah sebesar ini, saya masih mempunyai ibu.
“Dia tidak pernah berhenti berdoa, kadang kala hingga jam 3 pagi. Saya kesal dengan perbuatan saya tetapi dia tetap memaafkan saya,” kata Cut Tari.
Dalam pada itu, dia juga berkata sudah bersiap sedia untuk bersemuka dengan Ariel Peterpan apabila menghadiri perbicaraan penyanyi berkenaan di Bandung, hari ini.
“Ia, saya suda bersedia. Tetapi ini bukan kali pertama saya menemuinya selepas kes video lucah kami terbongkar,” katanya.
Hotman pula berkata, anak guamnya itu perlu bersedia dari segi mental bagi menjadi saksi dalam perbicaraan itu, lebih-lebih lagi video dia melakukan seks dengan Ariel mungkin ditayangkan dalam perbicaraan itu.
Ariel menghadapi tuduhan menyebarkan video seksnya dengan Cut Tari dan teman wanitanya, Luna Maya. - Agensi
Wanita dihukum rejam sampai mati lakon semula pembunuhan
Ia kali keempat Sakineh Mohammedi Ashtiani (gambar) muncul di televisyen untuk membuat pengakuan itu ketika Teheran berdepan dengan kecaman masyarakat antarabangsa selepas mengumumkan wanita itu akan direjam sampai mati, sumber terbaru pergeseran antara Iran dengan Barat.
Dalam rakaman terbaru yang disiarkan menerusi Press TV, ibu dua anak itu dibawa dari penjara ke rumahnya di pinggir Bandar Tabriz di barat daya Iran dan melakonkan semula pembunuhan yang berlaku pada Disemberi 2005, lengkap dengan seorang lelaki yang melakonkan watak suaminya.
Sakineh, berpakaian hitam dan bertudung cokelat menceritakan bagaimana dia memulakan hubungan sulit dengan seorang lelaki lain, Isa Taheri.
Dia kemudian menyuntik suaminya menyebabkannya pengsan sebelum Isa datang dan membunuhnya.
Amnesty International mengecam siaran itu dengan mendakwa ia melanggar standard antarabangsa untuk mendapatkan perbicaraan yang adil selepas Iran memaksa Sakineh mengaku bersalah di televisyen. - Agensi
Salma Hayek pernah tinggal di AS secara haram
Selebriti kelahiran Mexico itu mendedahkan demikian dalam satu wawancara dengan sebuah majalah Sepanyol.
“Saya pernah menjadi pendatang haram. Tetapi ia tidak lama,” kata pelakon itu yang baru-baru ini memegang watak Frida Kahlo dalam filem berjudul serupa, mengisahkan kehidupan pelukis ternama Mexico.
Menurut Salma, dia memasuki Amerika Syarikat secara sah untuk belajar berlakon di Los Angeles pada 1991. Bagaimanapun, dia terus menetap di negara itu apabila visanya tamat
Bercerita mengenai pengalamannya di Hollywood, Salma mengaku dia terpaksa bekerja keras untuk menjadi popular.
“Memang wujud diskriminasi di Hollywood. Mereka tidak dapat menerima gadis Mexico. Sukar bagi saya mendapat peranan utama,” katanya. - Agensi
Tergoda tubuh jurujual
Oleh Hadzlihady Hassan
Bagaimanapun, akibat perbuatan kejinya itu lelaki berusia lingkungan 40-an terbabit menerima padah apabila dia ditahan pengawal keselamatan pasar raya itu sebelum diserahkan kepada polis. Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 5 petang ketika mangsa yang berusia 26 tahun sedang bertugas sebelum didatangi lelaki terbabit yang berpura-pura mahu melihat produk kecantikan yang dijualnya.
“Mangsa seperti biasa melayan lelaki berkenaan seperti pelanggan lain dan menerangkan mengenai produk yang dijual selain harganya.
“Namun, pelanggan miang terbabit sebenarnya mempunyai niat lain apabila sering mencuri pandang melihat susuk tubuh wanita itu,” katanya.
Menurutnya, lelaki berkenaan kemudian secara tiba-tiba bertindak biadab dengan memegang dan meramas buah dada mangsa.
“Mangsa yang terkejut dengan perbuatan lelaki terbabit terus beredar dan menjauhkan diri.
“Melihat mangsa cuba menjauhkan diri, lelaki itu terus memegang punggungnya membuatkannya terpaksa merayu supaya dilepaskan,” katanya.
Sumber berkata, lelaki berkenaan akhirnya melepaskan wanita itu dan terus melarikan diri sebelum mangsa memberitahu kejadian itu kepada seorang rakan yang bekerja di pasar raya sama.
“Pengawal keselamatan berkenaan kemudian berjaya menahan lelaki terbabit yang ketika itu masih berada dalam kawasan pasar raya,” katanya.
Penjara 6 tahun perkosa adik angkat
Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu terhadap lelaki berusia 27 itu, dan memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu dalam Proton Satria, di ladang itu, kira-kira jam 3 petang, 18 Disember 2008.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
Terdahulu, ketika rayuan terhadap hukuman, Hamiruddin yang tidak diwakili peguam bela, memohon mahkamah mengambil kira latar belakangnya daripada keluarga miskin. Katanya, ayahnya juga kini memerlukan rawatan akibat masalah kesihatan. “Saya berasal daripada keluarga susah. Ayah tidak bekerja. Saya menyara mereka dengan pendapatan RM900 sebulan.
“Oleh itu, saya mohon budi bicara mahkamah memberikan hukuman seringan-ringannya. saya sudah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan itu,” katanya. Berdasarkan fakta kes, Hamiruddin menahan motosikal yang dinaiki mangsa dan rakannya, sebelum mengarahkan remaja itu mengikutnya. Tertuduh mengugut untuk mencabut tayar motosikal sekiranya permintaannya tidak ditunaikan. Lelaki itu membawa mangsa beredar dari situ dengan menaiki kereta sebelum bertindak merogol mangsa dalam kenderaan itu di satu kawasan ladang. Pada prosiding semalam, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Noorbaya Jamil.
Hakim tegur pencabul senyum terima hukuman
Beliau berkata demikian kepada penganggur, Mohd Saifullah Abdul Karim, 24, selepas menjatuhkan hukuman 20 bulan penjara dan tiga sebatan kerana mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, minggu lalu.
Saifullah didakwa mencabul kehormatan anak jirannya dengan mencium pipi, badan dan kemaluan kanak-kanak itu di depan rumah mangsa di Sentul, pada jam 10.30 malam, 17 Oktober 2010.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman 10 tahun penjara atau denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Saifullah yang hanya tunduk ketika mendengar hukuman terhadapnya tidak mengemukakan sebarang rayuan.
Bagaimanapun, Muhammad Sapri memohon hukuman seberat-beratnya dengan alasan perbuatan terkutuk tertuduh sangat serius.
“Mangsa berusia dua tahun dan masih belum mengerti apa-apa, namun kesan jangka masa panjangnya dia akan trauma apabila dewasa.
“Hukuman berat perlu sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam supaya tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.
Keluarga tertuduh turut hadir pada prosiding semalam.
Lelaki berlagak alim cabul budak 7 tahun
Malah, lelaki berusia 40-an itu, mengambil kesempatan ketiadaan jemaah di masjid untuk melakukan perbuatan terkutuk ke atas mangsa yang memang dikenalinya kerana rumahnya terletak berhampiran masjid berkenaan.
Bagaimanapun, suspek tidak menyedari ketika melakukan perbuatan sama pada Sabtu lalu apabila seorang daripada ahli keluarga mangsa ternampak mangsa bersama suspek berjalan keluar dari masjid itu lalu memaklumkannya kepada ibu mangsa.
Jurucakap polis berkata, ibu mangsa yang dimaklumkan mengenai perkara itu kemudian bertanya kepada mangsa selepas melihat anaknya itu kelihatan murung serta tidak ceria seperti selalu.
“Sebaik didesak, mangsa memaklumkan kejadian yang menimpanya sebelum mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira jam 8 malam hari sama untuk menjalankan pemeriksaan.
“Ibu mangsa kemudian membuat laporan polis selepas doktor mengesahkan terdapat kesan mangsa didera secara seksual,” katanya.
Hukuman itu diarahkan bermula semalam.
Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Muhammad Sapri Yaakub, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Berikutan itu, polis kini sedang mengesan suspek yang dipercayai sudah melarikan diri sebaik mengetahui tembelangnya pecah.
Tiga didakwa rompak, rogol
Tertuduh, penjaga gudang, K Karthik, 23; penyelenggara, S Ramesh, 27; dan kelindan lori, P Kumaren, 26, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Wan Norisham Wan Yaacob.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama merompak berkumpulan telefon bimbit, kunci rumah tumpangan dan wang tunai RM10 milik mangsa yang semuanya bernilai RM300 di dalam kereta jenis Perodua kancil, di sekitar Rawang dekat sini, jam 1.45 pagi pada 27 September 2010. Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Pertuduhan kedua, mereka didakwa melarikan mangsa dengan mengetahui mungkin mangsa akan dipaksa melakukan persetubuhan luar tabii pada tarikh dan masa yang sama di tangga rumah tumpangan Rawang, No 11B, Jalan Maxwell, dekat sini dan mereka didakwa mengikut Seksyen 366 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmary Ab Rahim bagaimanapun hanya Karthik diwakili peguam S Karthigesan manakala Ramesh dan Kumaren tidak diwakili peguam.
Bagi kes samun, mereka tidak dibenarkan diikat jamin sementara kes melarikan mangsa dan menyamar polis dikembalikan ke Mahkamah Majistret kerana di bawah bidang kuasa Mahkamah Rendah.
Wan Norisham kemudian menetapkan sebutan semula kes di hadapannya pada 31 Januari tahun depan
Anak tidak pulang sejak cari kerja Oktober lalu
Katanya, sejak anaknya keluar rumah mencari kerja di Kuantan, Pahang, mereka hanya sempat berhubung beberapa kali termasuk petang hari dia dilaporkan keluar dan keesokannya apabila Siti Fatimah memaklumkan dia sudah mendapat kerja. “Kali terakhir menghubunginya pada 6 November lalu tetapi ketika itu hanya sempat bercakap beberapa patah perkataan sebelum panggilan diputuskan dan sejak itu saya tidak dapat menghubunginya lagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Neram Dua, Bandar Ceneh Baru, di sini, semalam. Mezian berkata, dia turut menghubungi dua lagi anaknya, masing-masing di Kedah dan Sarawak untuk mengetahui sama ada anak gadisnya itu ke sana tetapi jawapan yang diterima sangat menghampakan. Bimbangkan keselamatan Siti Fatimah yang juga graduan Diploma Sains Kesetiausahaan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Mezian membuat laporan polis mengenai kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, 22 November lalu.
“Saya merayu sesiapa menemui atau melihat Siti Fatimah menghubungi kami di talian 017-9895876 atau 012-6122253 atau balai polis berhampiran,” katanya.
Pengajar sekolah memandu diarah bela diri kes cabul
Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun memerintahkan tertuduh, Mohd Yusoff Nasir, 54, dari Tanjung Bidara, dekat sini, membela dirinya atas pertuduhan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.
Beliau membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan semalam selepas meneliti keseluruhan keterangan empat saksi iaitu mangsa (pengadu), pegawai di tempat kerjanya dan jurufoto polis selain menimbangkan hujahan kedua-dua belah pihak pendakwaan dan pembelaan.
Mohd Hadi berkata, tiada sebab mahkamah tidak mempercayai keterangan mangsa mengenai kejadian cabul itu.
Mahkamah memerintahkan tertuduh yang diwakili peguam, Nahdan Rengganathan Abdullah, membela dirinya pada 21 Disember depan.
Penganggur disyaki rogol gadis ditahan
Difahamkan, dalam serbuan itu, suspek seorang penganggur ditahan ketika khayal dadah jenis ganja di sebuah rumah di sekitar Bakri di sini, pada Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ramli, berkata remaja perempuan terbabit mengenali seorang daripada suspek yang mengurung dan merogolnya.
“Mangsa menunjukkan rumah suspek berkenaan dan atas maklumat itu, sepasukan polis menyerbu kediaman berkenaan sebelum menahan seorang lelaki.
“Kami masih memburu dua lagi suspek berkaitan kes berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Harian Metro kelmarin, melaporkan tindakan seorang remaja perempuan yang cuba melarikan diri dari rumah di Bakri mengundang padah apabila dia diculik empat lelaki sebelum dirogol sekurang-kurangnya tiga daripada lelaki terbabit selama 10 hari berturut-turut.
Malah, mangsa hanya mahu dikenali sebagai Nor, 13, turut dipaksa mengambil dadah selain tidak diberi makan sepanjang tempoh tahanan itu.
Aksi zina mulut
Video yang mula dimuat turun pada 14 November lalu kini mendapat pelbagai kutukan kerana jelas melanggar tata susila masyarakat Malaysia. Kebanyakan penonton video berkenaan mengeluarkan kata-kata kesat dalam ruangan komen bagi mengutuk tindakan melampau remaja terbabit.
Kemunculan klip video itu dipercayai dilakukan di kawasan sekitar Kuala Lumpur menunjukkan akhlak masyarakat Melayu terutama remaja kian luntur.
Tanpa rasa malu, pasangan berkenaan bercumbu sambil aksi panas mereka dirakam rakan-rakan yang turut terbabit.
Puncanya bermula dengan perselisihan faham pasangan itu yang membawa kepada adegan bercium dimulakan si gadis kerana ingin memujuk teman lelakinya yang merajuk.
Malah, mereka tidak mempedulikan kenderaan yang lalu-lalang di belakang sebaliknya terus hanyut dalam gelora nafsu sebagai tanda menunjukkan kasih sayang.
Isunya hanya kerana teman lelaki terasa hati dengan teman wanitanya berkenaan pertikaian sama ada memilihnya atau pusat membeli-belah Suria KLCC. Pasangan remaja Melayu terbabit juga tidak segan berpeluk-pelukan manakala teman wanita pula merengek-rengek memujuk jejaka pujaan hatinya.
Drama ala Hollywood semakin panas apabila rakan teman lelaki menghasut supaya dia meninggalkan teman wanitanya.
Mengulas isu ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perbuatan dilakukan remaja terbabit menunjukkan akhlak masyarakat kini semakin runtuh.
Menurutnya, ibu bapa memainkan peranan mendidik anak supaya mempunyai rasa malu melakukan perkara tidak elok daripada kecil.
“Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk membentuk peribadi anak-anak kerana mereka penyambung generasi manusia.
“Perbuatan yang dilakukan pasangan terbabit jelas menjejaskan imej Islam. Dulu orang hormat Melayu kerana nilai kesopanan yang ada tetapi kini ia sudah hilang dalam masyarakat kita,” katanya.
Beliau berkata, perbuatan remaja terbabit sudah dianggap zina mulut dan jika ditangkap boleh dikenakan tindakan berperangai tidak senonoh.
Sementara itu, Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhamad Razak Idris berkata, gejala yang berlaku ini amat menyedihkan dan menggambarkan keadaan masyarakat kini sudah kehilangan adab.
“Generasi muda sudah tidak malu terbabit dengan kegiatan sedemikian. “Semua ini berlaku disebabkan budaya liberal terlalu berleluasa sehingga adab sopan sudah tidak penting lagi.
Menurutnya, amalan liberalisme ini akan meruntuh prinsip dan tradisi orang Melayu dan Islam.
“Saya menyarankan supaya remaja di luar sana dapat menjaga maruah mereka dan berfikiran panjang supaya tidak menimbulkan aib sehingga dipandang serong masyarakat.
“Budaya tegur-menegur perlu diwujudkan semula melalui kerjasama masyarakat yang prihatin menegur secara baik,” katanya.
Pengawal didakwa
Bagaimanapun, lelaki berusia 44 tahun itu, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaacob. Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan seks di luar tabii dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan anak tirinya berusia sembilan tahun.
Wan Mohd Norisham kemudian menetapkan 10 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu.
Ustaz tetap dijel
Mahkamah Rayuan memutuskan ia tiada bidang kuasa untuk mendengar permohonan semakan keputusan yang dibuat mahkamah sama sebelum ini.
Keputusan majoriti 2-1 itu dibuat tiga panel hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Wira Low Hop Bing, Datuk Zaharah Ibrahim dan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berhubung permohonan Ishak untuk menyemak keputusan mahkamah itu terhadap kesnya pada 2008.
Terdahulu, mahkamah membenarkan bantahan awal Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud supaya menolak permohonan Ishak yang diwakili peguam Karpal Singh.
Pada 13 Oktober 2008, Mahkamah Rayuan memutuskan Ishak dipenjara 15 tahun dan lima sebatan kerana merogol seorang pelajar tingkatan dua. Ketika itu, panel tiga hakim sebulat suara mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang membebaskan Ishak daripada tuduhan merogol pelajar itu selepas mendapati pihak pendakwaan menimbulkan keraguan munasabah.
Semalam, Low dan Zaharah mengambil pendirian bahawa mahkamah tiada bidang kuasa untuk menyemak semula keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan seperti diperuntukkan di dalam Artikel 121 Perlembagan Persekutuan dan Seksyen 50 Akta Kehakiman Mahkamah 1964.
Hishamudin bagaimanapun memutuskan mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Ishak dan menyatakan permohonan itu mempunyai asasnya.
Dalam penghakimannya setebal 32 halaman, Low berkata, usul tertuduh tidak menyebut mengenai semakan semula bidang kuasa dan tertuduh tidak boleh dianggap meminta Mahkamah Rayuan menggunakan semakan semula bidang kuasa.
“Bertentangan dengan hukuman dan sabitan, dia memilih rayuannya, dengan cara permohonan diungkapkan dalam notis usul. “Dia memilih untuk memujuk Mahkamah Rayuan supaya mengenepikan sabitan dan hukuman mahkamah dengan tawaran sama,” katanya.
Low berkata, afidavit sokongan adalah petisyen rayuan yang menyatakan secara ringkas kandungan rayuan penghakiman dan mengandungi butiran pasti mengenai undang-undang atau fakta di mana Mahkamah Rayuan didakwa silap. - Bernama
Tuntut cerai suami miang
Sadiah Abdul Shukor, 46, yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, membuat permohonan itu terhadap Abdullah Abdul Rahman, 46, yang juga pegawai kanan kerajaan di kaunter pendaftaran Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.
Tuntutan itu dibuat mengikut Seksyen 53 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor).
Berdasarkan penyata tuntutan itu, Sadiah (plaintif) mendakwa dia sudah tidak tahan dengan sikap Abdullah (defendan) yang menjalinkan hubungan sulit dengan wanita Filipina dan Thailand.
Plaintif mendakwa mempunyai bukti terhadap kecurangan suaminya apabila menjumpai gambar lucah defendan bersama wanita lain selain bukti salinan pasport yang menunjukkan Abdullah berulang-alik ke Thailand setiap bulan.
Defendan juga didakwa mengabaikan nafkah melebihi tiga bulan sehingga menyebabkan plaintif terpaksa menampung perbelanjaannya dan anak.
Pasangan itu bernikah pada 31 Januari 1988 di Johor dan dikurniakan empat anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia 22 hingga empat tahun.
Mahkamah menetapkan 15 Disember ini untuk mendengar kes itu
GRO menangis minta simpati
Namun gelagat mereka taktik wanita warga asing apabila ditahan dalam operasi yang dijalankan pihak berkuasa kononnya menagih simpati.
Mereka antara 11 wanita warga asing yang dicekup Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur di Taman Danau Desa, di sini dan Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Putrajaya di Sunway Mentari, Petaling Jaya dalam dua operasi berasingan, malam kelmarin.
Selain tiga warga Vietnam terbabit, wanita selebihnya adalah warga Indonesia, China dan Thailand.
Semua mereka yang berusia dalam antara 19 hingga 30 tahun itu dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja di negara ini.
Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah berkata, pemeriksaan di premis berlesen berkenaan mendapati mereka menawarkan perkhidmatan seks kepada pengunjung dengan bayaran RM150 untuk sekali perkhidmatan.
Katanya, beberapa paket kondom baru dan yang sudah digunakan termasuk beberapa botol cecair pelincir ditemui di 10 bilik dalam premis berkenaan.
“Operasi bermula jam 10 malam itu dibuat bagi memastikan tiada lagi kegiatan maksiat dilakukan di premis itu yang sebelum ini pernah diserbu. Siasatan awal mendapati premis berkenaan sudah menukar nama perniagaan,” katanya
No comments:
Post a Comment