Thursday, January 20, 2011

BERSYUKUR JIKA KITA SIHAT...CUKUP ANGGOTA....MAKA TAATLAH PADA ALLAH....BERTAKWALAH....KERANA KITA HANYA HIDUP DIDUNIA SEKALI SAJA....JANGAN PERSIA-SIAKAN UMUR DENGAN BUAT MAKSIAT....

NEGARA


Anak hilang dilarikan kekasih


MOHD. Rashidi bersama ibunya, Bariah menunjukkan gambar Norhafiza di Pinang Tunggal semalam.


KEPALA BATAS – Seorang bapa meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan anak perempuannya yang didakwa hilang dipercayai dilarikan kekasihnya sejak sebulan lalu.
Mohd. Rashidi Mohd. Rashid, 46, berkata, anak perempuannya, Norhafiza, 21, dikatakan tidak balik ke rumah selepas pulang dari kerja di sebuah kilang di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah pada 25 Disember lalu.
Menurutnya, anak kedua dari lapan beradik itu dipercayai hilang ketika dia berada di Perlis atas urusan perniagaan. Dia hanya mengetahui mengenai kehilangan anaknya itu dua hari selepas kejadian apabila dimaklumkan oleh ibunya, Bariah Ahmad, 63, ketika pulang ke rumahnya di sini.
“Selepas mengetahui Norhafiza tidak pulang ke rumah, saya bersama ibu saya telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara.
“Tapi sehingga hari ini, polis masih belum dapat kesan di mana lokasi anak saya berada,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Paya Keladi di sini semalam.


Dibuang suami seperti sampah

Oleh Idris Musa
idris@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.
Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.

Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.
Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. “Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.

“Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.

“Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.

“Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga,” katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.

“Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.
“Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.

“Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik,” katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.

“Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan,” katanya.


NEGARA


Doktor alim tipu suami isteri


SARIP menunjukkan resit pembelian ubat daripada lelaki berusia 72 tahun yang mengaku dirinya doktor.


MELAKA – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang doktor perubatan alternatif yang berperwatakan alim, sepasang suami isteri kerugian RM14,000 apabila terpedaya membeli ubat-ubatan daripada doktor berkenaan bagi mengubat pelbagai penyakit yang dihidapi pasangan itu dan anak lelaki mereka.
Namun selepas mengeluarkan belanja yang besar, malangnya penyakit lutut, sakit urat, batu karang, kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi pembantu am pejabat, Salihah Biran (gambar), 54, dan suaminya yang bekerja sebagai atendan pam minyak, Sarip Sayed, 61, masih tidak pulih.
Begitu juga dengan masalah mental dialami seorang anak lelaki mereka yang berusia 33 tahun yang tidak berubah.
Malah penyakit tiga beranak itu didakwa semakin teruk kerana sepanjang sebulan memakan ubat yang dibeli daripada doktor yang berusia 72 tahun itu, tiga beranak itu berhenti memakan ubat yang dibekalkan oleh hospital atas nasihat doktor terbabit.
Salihah berkata, dia dan suami pertama kali berjumpa dengan doktor itu yang kelihatan seperti ‘orang baik’ pada 14 Oktober 2009 di sini selepas disaran oleh abang iparnya.



Dihempap batu besar

Oleh Suraya Roslan
surayaroslan@hmetro.com.my

PARAH...mangsa diberi rawatan kecemasan oleh pasukan penyelamat, semalam.
PARAH...mangsa diberi rawatan kecemasan oleh pasukan penyelamat, semalam. 
 
KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.
Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.

Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.
Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang.

“Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu.

“Rakan anak saya itu kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi,” katanya.

Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan. “Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang,” katanya. Menurutnya, anaknya kini dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan susulan.



NEGARA


Hilang ketika hantar kereta mewah


SITI HALIMAH bersama anaknya, Yunazri melihat gambar Yusaini yang hilang sejak beberapa hari lalu di rumahnya di Besut semalam.


BESUT – Kehilangan seorang pemandu lori ketika menghantar dua buah kereta mewah dari Kuantan, Pahang ke Kuala Lumpur pada Ahad lalu menimbulkan rasa bimbang di kalangan ahli keluarganya.
Yusaini Mohamad, 37, dikatakan gagal dikesan sejak kejadian itu walaupun lori yang dipandunya ditemui tersadai di tepi jalan Kampung Paya Pasir, Maran, Pahang.
Ibu Yusaini, Siti Halimah Kassim, 56, dari Kampung Pengkalan Kubor Tembila di sini berkata, sehingga kini keluarganya masih belum mendengar khabar berita mengenai nasib anak lelakinya itu.
“Kami sendiri tidak tahu di mana Yusaini berada. Tidak tahu sama ada dia masih hidup atau tidak.
“Kami juga telah menggunakan khidmat bomoh untuk mengesan kedudukan Yusaini namun masih gagal,” katanya ketika ditemui di sini semalam.



Remaja dikelar 18 kali

Oleh Mohd Fitrie Muhamad
am@hmetro.com.my

BEGINI...Ainal Mardiah menunjukkan cara dia diikat dan dicederakan penjenayah yang menceroboh rumahnya.
BEGINI...Ainal Mardiah menunjukkan cara dia diikat dan dicederakan penjenayah yang menceroboh rumahnya. 
 
TRAUMA...Ainal Mardiah (kanan) bersama Maselamah menunjukkan tangannya yang dikelar penjenayah yang menceroboh rumahnya.
TRAUMA...Ainal Mardiah (kanan) bersama Maselamah menunjukkan tangannya yang dikelar penjenayah yang menceroboh rumahnya.
KOTA BHARU: Seorang remaja perempuan bukan saja diikat, malah turut menderita kesakitan apabila dikelar sebanyak 18 kali menggunakan pisau lipat dalam kejadian samun di rumahnya di Kampung Pauh Belukar, di sini, Isnin lalu.
“Mereka ikat kaki dan tangan saya sebelum mengelar lengan sebanyak 18 kali dengan pisau lipat,” kata mangsa, Ainal Mardiah Mahmud 18, ketika ditemui di rumahnya, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, mangsa yang baru pulang dari rumah neneknya di Kampung Che Deris untuk membasuh pakaian terkejut sebaik mendapati dua ‘tetamu tak diundang’ berada di ruang tamu.
“Ketika membuka pintu, saya tergamam melihat kelibat dua lelaki tidak dikenali dan pada masa sama, kepulangan saya mengejutkan mereka. Penjenayah itu kemudian menangkap saya sebelum kedua-dua tangan dan kaki diikat dengan tudung.

“Selain itu, mereka menutup mulut bagi mengelak saya menjerit,” katanya.

Menurutnya, dia yang ketakutan terus menjerit sekuat hati meminta pertolongan walaupun diugut kedua-dua penyamun itu untuk mencederakannya.

“Akibat marah dengan tindakan saya, mereka bertindak ganas dengan mengelar lengan kiri menggunakan pisau lipat. Tidak cukup dengan itu, mereka turut menampar kedua-dua pipi bagi menakutkan saya.

“Namun saya tidak peduli dan terus menjerit serta meronta menyebabkan mereka panik dan melarikan diri dengan sebuah basikal diletakkan di belakang rumah,” kata anak bongsu daripada 10 beradik ini.
Katanya, selepas ditinggalkan dalam keadaan berlumuran darah, dia terpaksa menggagahkan diri membuka ikatan pada kaki dan tangannya.

“Walaupun kesakitan, saya berjaya melepaskan ikatan sebelum keluar meminta bantuan jiran dan menghubungi sepupu, Mohd Anuar Ibrahim, 24.

“Tidak lama kemudian, sepupu datang dan membawa saya ke Klinik Kesihatan Badang sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan susulan,” katanya.

Ibu mangsa, Maselamah Abdullah, 57, berkata dia terkejut selepas dimaklumkan kejadian menimpa anak bongsunya itu.

“Walaupun sebelum ini rumah saya sering diceroboh, namun kali ini pencuri sanggup bertindak ganas,” katanya yang tiada di rumah ketika kejadian.

Katanya, dia membuat laporan kejadian menimpa anaknya itu di Balai Polis Badang, Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan berkata suasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan suspek terbabit.



NEGARA


Sorok bawah meja


GELAGAT wanita Indonesia yang menyorok bawah meja
di Taman Johor Jaya di Johor Bharu semalam.


JOHOR BAHRU - Cubaan seorang wanita Indonesia untuk melepaskan diri daripada ditahan dengan menyorok di bawah meja makan di dapur sebuah rumah di Taman Johor Jaya di sini tidak berhasil apabila dia berjaya dikesan dan dicekup bersama 40 yang lain.
Taktik wanita berusia 20-an itu terbongkar apabila anggota Jabatan Imigresen melalui Ops Sapu yang memeriksa sebuah rumah di Taman Johor Jaya ternampak kain sarung dipakai wanita itu terkeluar di celah-celah meja.
Timbalan Penolong Pengarah Imigresen II, Amzari Abdul Jalil berkata, hasil siasatan mendapati wanita berkenaan dan semua yang ditahan di sekitar Taman Johor Jaya dan Taman Daya di sini tidak mempunyai dokumen perjalanan.
Menurut beliau, serbuan yang membabitkan restoran dan rumah sewa warga asing itu bermula pada pukul 10 malam hingga 3 pagi dan berjaya menahan 40 warga asing iaitu membabitkan 24 warga Indonesia, Myanmar (8), Nepal (7) dan Bangladesh (1).



NEGARA


Nasib mangsa renjatan kabel elektrik


MUHAMAD HAIRUMAN yang diperhatikan kakaknya, Maryuni termenung mengenangkan nasibnya selepas kedua-dua tangannya dipotong di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang semalam.


SHAH ALAM - Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang malam kelmarin.
Kakaknya, Maryuni Miskon, 32, berkata, setelah selesai pembedahan dijalankan pada pukul 11 malam itu, adiknya dilihat menangis mengenang nasibnya.
"Apabila saya melihat dia menangis, saya cepat-cepat pujuk dan memberi sokongan moral kerana saya faham dugaan yang dihadapinya terlalu berat," kata Maryuni ketika ditemui di sini semalam.
Maryuni memberitahu, adiknya kini perlu banyak berehat kerana masih penat setelah menjalani pembedahan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 petang kelmarin. Beberapa jam sebelum dimasukkan ke dewan bedah HTAR, dia juga terpaksa berpuasa.
Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan.
Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu.
Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar sebelum dipindahkan ke HTAR pada Isnin lalu.

No comments:

Post a Comment