Haleeda kahwin di Siam
Oleh Amir Abd Hamid dan Muhammad Apendy Issahak
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Menurut sumber pengakuan pasangan terbabit yang mereka sudah bernikah di negara jiran diperoleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), selepas seorang pengadu membuat laporan kepada Jais, sering melihat pelakon lelaki terbabit ke rumah dramatis itu pada waktu malam dan hanya keluar pada awal pagi.
Difahamkan wanita itu dihubungi Jais Khamis lalu untuk tujuan siasatan namun dia menafikan perkara itu.
Sumber itu berkata, berikutan penafian itu pihak jabatan agama sudah bersiap sedia untuk menyerbu rumah pelakon wanita berusia 38 tahun itu berdasarkan aduan daripada pengadu, tetapi pada petang hari yang sama pelakon lelaki berusia 40-an itu datang ke pejabat agama bagi membuat pengakuan serta menunjukkan sijil nikah mereka.
“Berdasarkan pengakuan lelaki terbabit pihak berkuasa tidak jadi untuk menyerbu rumah dramatis yang terletak di Taman Keramat, dekat sini kerana pasangan berkenaan mengaku sudah bernikah.
“Cuma yang menjadi kesalahan mereka bernikah di luar kariah masjid tempat mereka bermastautin tanpa kebenaran Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk,” katanya di sini, semalam.
Menurut sumber itu lagi, pelakon lelaki berkenaan ketika datang untuk membuat pengakuan terbabit, turut menunjukkan sijil nikah dikeluarkan di Thailand dan selepas menelitinya pegawai di pejabat agama itu berpuas hati mereka sudah bernikah serta menyerahkan kes pernikahan luar kariah itu kepada pihak mahkamah.
Katanya, kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pendakwaan.
Penyanyi dan pelakon wanita itu boleh didakwa mengikut Seksyen 40(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 membawa hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Manakala suaminya pula boleh didakwa bersubahat terhadap pertuduhan yang dihadapi isterinya itu. Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 133 yang dibaca bersama Seksyen 40(2) Undang-Undang Islam Wilayah Persekutuan yang membawa hukuman sama. Difahamkan pasangan terbabit akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jumaat ini bagi sebutan kes pernikahan mereka di negara jiran itu.
Sementara itu, usaha mendapatkan komen daripada pelakon wanita berkenaan gagal kerana ketika dihubungi taliannya berada di luar kawasan.
Pelakon terbabit sebelum ini hangat diperkatakan apabila kes perceraian dan tuntutan nafkah dengan bekas penyerang kebangsaan itu menjadi tumpuan media.
Dramatis terbabit berkahwin dengan pemain bola sepak itu pada 27 Januari 1995 dan bercerai talak satu pada 9 Oktober 2003 serta dikurniakan seorang cahaya mata. Kes tuntutan nafkahnya pula diselesaikan di luar mahkamah Oktober tahun lalu, selepas kedua-duanya bersetuju mencari penyelesaian secara baik.
Pencuri getah sekerap dibelasah hingga koma
Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, dua penduduk kampung berkenaan dikatakan ternampak mangsa baru selesai memungut getah sekerap di kebun getah mereka dan mengejarnya hingga ke lokasi kejadian.
Seorang daripada pemilik kebun itu dikatakan mengejar mangsa dengan menunggang motosikal kira-kira 500 meter dari kebun getah itu, manakala seorang lagi berada di tempat kejadian.
Sebelum itu, mangsa yang berusia 45 tahun masih memegang guni berisi getah sekerap dan cuba melawan dua suspek berkenaan menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibelasah bertubi-tubi.
Bagaimanapun, seorang daripada pemilik kebun itu yang ternampak sebatang rotan memukul kepalanya menyebabkan dia rebah dan tidak sedarkan diri.
Difahamkan, mangsa dipercayai mempunyai masalah mental itu dikatakan pernah mencuri getah sekerap itu beberapa kali sebelum ini menyebabkan seorang daripada suspek berang dengan tindakannya itu.
Berikutan itu, mangsa yang parah di kepala dibawa ke Hospital Jitra sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana mengalami pendarahan otak.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin berkata, anggotanya dari Balai Polis Changlun yang menerima laporan berhubung kes curi getah sekerap bergegas ke tempat kejadian dan menemui seorang lelaki dalam keadaan terbaring di tepi jalan.
Beliau berkata, lelaki itu ditemui berlumuran darah dipercayai dipukul dan di sebelahnya terdapat setengah guni getah sekerap serta motosikal dipercayai milik mangsa yang ditemui tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Anggota kami membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan kini masih belum sedarkan diri akibat kecederaan serius di kepalanya.
“Ada saksi memberitahu ternampak dua lelaki memukul mangsa menyebabkan anggota kami mengesan mereka untuk membantu siasatan,” katanya.
Sawaludin berkata, pihaknya menahan dua lelaki berusia 24 dan 25 tahun di rumah masing-masing di Kampung Baru dan Kampung Changhai, malam kelmarin.
Kedua-dua lelaki itu masing-masing bekerja sebagai juruteknik dan pembantu di kedai alat ganti kenderaan di daerah ini.
Beliau berkata, mereka direman tujuh hari bermula semalam.
Dikubur duduk dalam lubang
Oleh Michelle Gun
am@metro.com.my
am@metro.com.my
Jenayah itu dikatakan dilakukan ahli sindiket terbabit bagi mengelakkan rahsia mereka terbongkar dan diketahui pihak berkuasa, sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan bahaya.
Mangsa dikenali sebagai Taufik Abdul Rahim, dari Kampung Iboi, dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemui dalam keadaan duduk dalam lubang cetek di belakang rumah suspek kira-kira jam 8 pagi semalam.
Pembunuhan itu terbongkar selepas polis menahan seorang lelaki berusia 19 tahun ketika menunggang motosikal milik remaja berkenaan di sekitar kawasan kampung berkenaan beberapa jam sebelum mayat mangsa ditemui.
Suspek yang juga penganggur membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditanam, di belakang rumahnya selepas disoal siasat polis.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, mangsa dilaporkan hilang pada Sabtu lalu ketika ke kedai membeli barang keperluan dapur dengan menunggang motosikal Modenas Kris milik abangnya.
Katanya, bapa mangsa membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari kelmarin dan polis yang menjalankan siasatan tidak menunggu lama untuk menyelesaikan kes itu apabila menahan seorang lelaki menunggang motosikal mangsa di sekitar Kampung Pendam.
Beliau berkata, suspek yang tinggal berseorangan dipercayai mengenali mangsa dan berdasarkan siasatan awal, remaja berkenaan dibunuh kerana mengetahui kegiatan suspek bersama beberapa lelaki lain yang terbabit dalam aktiviti mencuri motosikal dan pecah rumah di sekitar kawasan berkenaan.
“Siasatan awal mendapati mangsa dibelasah menggunakan kayu sebelum mayatnya ditanam dalam keadaan duduk di dalam lubang sedalam 0.5 meter di belakang rumah suspek,” katanya.
Katanya, siasatan dijalankan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di lokasi mayat ditemui mendapati mangsa berpakaian lengkap itu mempunyai kesan luka di kepala.
Abdul Rahman berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat manakala suspek ditahan untuk membantu siasatan.
Katanya, polis menjejaki lima lagi suspek berusia 30-an yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan itu.
No comments:
Post a Comment