Tendang datuk sampai mati
Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.
Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.
“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.
“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.
“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.
“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.
“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.
Mati rentung
Oleh Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
HANGUS...Proton Iswara hangus terbakar selepas bertembung dengan Honda, malam semalam.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Syed Sarizat Syed Hussain, 36, rentung di tempat kejadian apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya disambar api selepas bertembung dengan Honda.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali berkata, ketika kejadian, Syed Sarizat, seorang kontraktor dalam perjalanan dari Felda Chemplak Barat menghala ke Labis, bersama empat lagi rakannya.
“Setiba di lokasi kemalangan, kereta dipandunya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Honda itu.
“Empat rakan mangsa yang cedera ringan sempat keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri tetapi mereka gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Menurutnya, apabila api makin marak, mereka terpaksa meninggalkan Syed Sarizat di dalam kereta yang sedang terbakar.
Polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.
“Selepas kebakaran dipadamkan, kami menemui mangsa dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu,” kata Abdul Majid.
Keempat-empat lelaki itu dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandu kereta Honda berkenaan berusia 32 tahun yang memandu seorang diri menghala ke Felda Chemplak Barat, patah kaki dan tangan kiri.
Menurut Majid, pihaknya mendapatkan keterangan daripada rakan mangsa serta pemandu kereta Honda berkenaan bagi membantu siasatan.
No comments:
Post a Comment