Menggigil jumpa mayat
Oleh Salman Hamat
salman@hmetro.com.my
salman@hmetro.com.my
PUCAT LESI...Masni dan Tina jumpa mayat bayi hanyut ketika mandi.
Dalam kejadian di tebing Sungai Danga di perkampungan Orang Asli, Kampung Bakar Batu, Taman Perling di sini, kira-kira jam 1 tengah hari semalam, Tina Paizal dan Masni John, kedua-duanya berusia sembilan tahun sedang mandi sebelum terlihat satu bungkusan beg plastik mencurigakan di tebing sungai.
Mereka menghampiri bungkusan plastik itu kerana menyangka ia mengandungi barangan berharga sebelum mendapati ia berisi benda seakan-akan daging.
Namun, mereka terkejut besar sebaik membuka beg plastik apabila nampak telinga bayi berkenaan, lalu terus berlari ke rumah dalam keadaan ketakutan.
“Saya ingat daging lembu, rupa-rupanya benda lain. Oleh kerana takut, kami terus berlari pulang ke rumah,” kata Masni yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, ibu Tina, Merah Lat, 28, pula berkata dia curiga dengan kelakuan anaknya yang pucat lesi dan menggeletar sebelum dimaklumkan penemuan mayat bayi berkenaan.
“Sejurus sampai di rumah, mukanya pusat lesi dan badannya menggeletar ketakutan seperti ternampak hantu. Saya menenangkannya dan beberapa minit kemudian dia menceritakan apa sebenarnya berlaku.
“Kami ke lokasi kejadian dan mendapati dakwaan anak saya itu benar sebelum saya menghubungi polis,” katanya, semalam.
“Polis tidak menemui sebarang kesan cedera pada mayat bayi itu yang sudah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematiannya,” katanya.
Pihak berkuasa perlu serius tangani kes buang bayi
17/01/2011 11:13am
KOTA KINABALU - Pergerakan Puteri UMNO Sabah, mendesak pihak berkuasa supaya mengambil tindakan lebih serius dalam menangani isu pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini.
Ketuanya, Musliati Moslimin berkata, lima kes pembuangan bayi yang dilaporkan sejak 1 Januari lepas di Sabah sahaja membayangkan masalah itu kini berada di tahap kronik sehingga memerlukan penggemblengan tenaga daripada semua pihak.
"Kita berasa amat sedih. Dalam keadaan kita semua bercakap mengenai perkara itu termasuk hebahan dan siaran di media massa, kes pembuangan bayi terus berlaku sehingga hampir setiap hari.
"Sebab itu, kita mendesak pihak bertanggungjawab agar melaksanakan program membasmi masalah ini dengan lebih berkesan dan bukan sekadar dilakukan secara melepaskan batuk di tangga sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Lima kes membabitkan penemuan mayat bayi di Gayang, Tuaran, dua janin di Pusat Comercial Salut, satu janin ditemui terapung di laut berhampiran Kampung Sing Kee di Tanah Merah, Sandakan dan satu janin kawasan Taman Perumahan Che Mei, Lido di Penampang. - Bernama
Lelaki ugut bunuh isteri
Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang, 10 Januari lalu di Taman Rimba, Mentakab, dekat sini, suami mangsa yang berusia 33 tahun dan tinggal di Kuala Lumpur datang bertemu mangsa yang berniaga di pasar besar Taman Rimba sebelum mereka bertengkar.
Suami mangsa mengugut membunuhya menyebabkan mangsa takut.
Mangsa yang mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan mereka membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Temerloh, Khamis lalu.
ADAKAH INI DAN CONTOH2 TELAH DIPAPAR DIBLOG INI....MASIH TAK CUKUP LAGI DAN KES2 ZINA YANG BEGITU BANYAK...BELUM GAWAT LAGI....MASIH DEGIL TIDAK MAHU LAKSANA HUKUM ALLAH....ATAU PIHAK BERKUASA....MENUNGGU TERKENA BATANG HIDUNG BARU NAK BERTINDAK....JANGAN BIMBANG...ALLAH BERTINDAK LEBIH DAHULU...DENGAN MENUTUP KERAHMATAN KEPADA PIHAK2 YANG DEGIL INI...YANG LEKA DENGAN PANGKAT...KEKAYAAN SERTA KEMEWAHAN SEMENTARA INI......MEREKA INI MEMANG TAK TAKUT API NERAKA DAN SEKSAAN YANG ALLAH TELAH JANJIKAN...ALLAH TIDAK KAN MUNGKIR JANJI....
‘Ibu suruh saya dirogol’
Oleh Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SERAH TAKDIR...Lili dan anak yang dijaganya.
Kenyataan itu amat mengejutkan, namun bagi Lili itu sejarah hitam hidupnya hingga menyebabkan dia kini terhumban ke dalam dunia pelacuran dan menjual tubuh untuk meneruskan kehidupan.
“Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,” katanya.
Lebih mengejutkan, Lili yang kini mengandung anak keempat hasil hubungan seks luar nikah, berhasrat menyerahkan bayi dalam kandungannya itu kepada orang lain supaya masa depan anaknya lebih terjamin dan mengharapkan sedikit imbuhan.
“Saya sudah lahirkan tiga anak, tapi dua daripadanya yang kini berusia dua dan tujuh tahun saya serahkan kepada orang lain sebaik mereka lahir.
“Anak ketiga berusia setahun dan saya menjaganya kerana tidak sampai hati untuk menyerahkannya kepada orang lain.
“Tetapi, saya sekarang mengandung tiga bulan dan bercadang menyerahkan bayi ini kepada orang lain. Ini saya lakukan demi kebaikan anak saya juga dan berharap mendapat sedikit imbuhan selepas menyerahkan anak itu,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut pengalaman pahit hidupnya, Lili berkata ketika usianya tiga tahun dia diserahkan ibunya kepada ibu saudara untuk dijaga kerana keluarganya miskin.
Menurutnya, kisah hitamnya bermula selepas dia pulang semula ke pangkuan keluarga ketika berusia 12 tahun.
Dakwanya, akibat perbuatan ibunya yang suka berhutang, dia menjadi mangsa apabila ibunya nekad menyuruh abang kandung merogolnya di depan ibunya yang menyaksikan perbuatan keji itu dari jauh.
“Selepas itu saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan duit kepada ibu. Sejak itu saya menjadi tempat lelaki yang tidak dikenali terbabit melepaskan nafsu serakahnya.
“Tidak tahan dengan perbuatannya, saya nekad melarikan diri. Saya ceritakan perbuatan keji ibu dan abang kepada ibu saudara dan dia membuat laporan polis,” katanya.
Lili berkata, sebelum dia dijual dia pernah menceritakan kejadian itu kepada bapanya, namun bapanya tidak mempercayainya dan memihak ibunya.
“Keluarga kami porak-peranda kerana selain saya, empat lagi adik-beradik perempuan saya mengalami nasib sama apabila ibu menjual mereka kepada pemberi hutang,” katanya yang mempunyai 10 adik-beradik.
Malah, sehingga kini dia tidak lagi berjumpa dan mengetahui nasib adik-beradiknya yang dijual ibunya kerana selepas laporan polis dibuat, dia mendapat perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Menurutnya, akibat perbuatan keji itu, ibu dan abangnya kini meringkuk di penjara manakala bapanya sudah meninggal dunia.
“Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,” katanya yang mengakui masa depan dia dan anaknya gelap dan hanya menyerahkan kepada takdir untuk menentukan segala-galanya.
BILA ULAMAK FASIK...KEJAR PANGKAT....GAJI...HARTA BENDA SERTA KEMEWAHAN....HINGGA TAKUT MENYAMPAIKAN YANG HAK....CAKAP BIJAK TENTANG AGAMA....TAPI TAKUT DENGAN MANUSIA....JELAS SYIRIK...JANGAN NAK BERDALIH....TAK KAN TEKTIK HIKMAH SELAMA2NYA....JANGAN AUTA LAH....
No comments:
Post a Comment