Thursday, January 20, 2011

IKUT HUKUM ALLAH....PATUT DIREJAM SAMPAI MATI....SEBAB DAH KAHWIN...DAN TERBUKTI TELAH MEROGOL@MENZINA ANAK TIRINYA.....LAKSANALAH HUKUM ALLAH....JANGAN SAMPAI ALLAH MURKA DENGAN PEMUKA2 DAN ILMUAN2 ISLAM YANG SIBUK MENCARI DUNIA...KEMEWAHAN SERTA JAWATAN YANG TINGGI.....

Bapa sial rogol anak

DUNGUN – Dia sepatutnya menjadi pelindung ahli keluarga, namun disebabkan nafsu syaitan menguasai diri, seorang lelaki durjana sanggup menjadikan anak tirinya sebagai hamba seks.

Perbuatan yang disifatkan sebagai tidak berperikemanusiaan itu dipercayai berlaku lebih 20 kali sejak awal hingga hujung tahun 2010 ketika mangsa bersendirian dengan suspek.

Suspek yang menjadi bapa tiri mangsa sejak beberapa tahun lalu itu mula bertindak berani melakukan perbuatan terkutuk dengan anak tirinya yang berusia 15 tahun itu setelah mangsa dikatakan takut untuk membongkarkan perbuatan durjana bapa tirinya kerana bimbang dengan sikap panas baran suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu.

Lelaki durjana itu dipercayai memperkosa pelajar Tingkatan Tiga di salah sebuah sekolah menengah di Dungun itu di beberapa lokasi termasuk dalam bilik, bahagian dapur rumah mangsa, tandas sekolah, dalam kereta dan kawasan semak.

Suspek juga dikatakan bijak menyembunyikan perbuatan itu dengan berpura-pura bertingkah laku baik di hadapan isterinya yang juga ibu kepada mangsa.

Dalam satu kejadian, suspek dikatakan mengambil kesempatan memperkosa mangsa dalam tandas sekolah rendah di tempat kerjanya.

Selain itu, suspek yang sering membawa mangsa bersiar-siar juga difahamkan turut mengambil kesempatan merogol anak tirinya dalam kereta di tepi pantai perangi-nan Teluk Lipat.

Selain merogol, suspek juga dikatakan pernah me-ngadakan hubungan seks songsang dengan meliwat mangsa yang bakal menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu.

Setelah puas berdepan dengan tekanan emosi dan tidak tahan dengan suspek yang ‘bernafsu syaitan’, akhirnya mangsa bertindak berani untuk membongkarkan rahsia tersebut dengan bercerita perbuatan bapa tiri kepada ibunya sebelum satu laporan polis di buat di Balai Polis Dungun, petang kelmarin.

Berikutan itu, suspek ditahan di tempat kerjanya di pos pengawal Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 48 kira-kira jam 10.15 malam semalam.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di Kampung Padang Jambu Dungun itu dipercayai turut gemar menonton video lucah melalui telefon bimbit selain jarang mengadakan hubungan kelamin dengan isterinya dengan alasan isterinya berpenyakit kencing manis, namun sebenar dia telahpun mendapat habuan anak dara sunti yang juga anak perempuan kepada isterinya itu.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dah-lan Mohd Noor mengesahkan kes terbabit dan suspek yang berusia 36 kini ditahan reman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman minimum enam hingga 20 tahun maksimum dan sebatan.

Suami orang, janda kena cekup


KULIM - Seorang suami dan bapa kepada empat anak ditangkap khalwat bersama janda anak tiga ketika sedang berdua-duaan di dalam kereta Proton Iswara di satu lorong gelap di Taman Senangin kira-kira jam 1.30 pagi, kelmarin.

Ketua Penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, ketika tangkapan dibuat kedua-dua pasangan berada dalam kereta. Semua tingkap ditutup dan enjin kereta dimatikan.

“PADK mendapat maklumat dari orang ramai yang tinggal di sekitar kawasan itu kira-kira jam 1 pagi dan sampai di tempat kejadian jam 1.20 pagi.

“Menurut pengadu, pasangan itu sering berada di situ dan berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan. Ketika tangkapan dibuat, pasangan kekasih itu mengaku tidak mempunyai hubungan muhrim.

“Pasangan lelaki berusia 40 tahun dan bekerja sendiri. Dia telah berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia dan mempunyai empat anak. Kekasihnya berusia 32 tahun merupakan seorang janda anak tiga yang juga merupakan warga Indonesia dan bekerja sebagai pencuci pejabat. Dari siasatan dijalankan, pasangan perempuan tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

Menurutnya, pasangan lelaki sering ke tempat kejadian untuk menghantar kekasihnya yang tinggal tidak jauh dari tempat mereka ditangkap. Oleh kerana khuatir perlakuan mereka diketahui penduduk, dia mengambil keputusan untuk menghantar kekasihnya setengah jalan dan berhenti di lokasi gelap untuk bersama.

Pasangan itu telah dibawa ke balai Polis Kulim untuk membuat laporan tangkap terhadap diri mereka dan kemudiannya ditahan dilokap. Pasangan lelaki di Balai Polis Kulim manakala kekasihnya di Balai Polis Lunas.

Mereka akan disiasat di bawah seksyen 9 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara selama setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Semua ini dilakukan adalah untuk mengaburkan pandangan penduduk. Bagaimanapun pasangan itu dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan arahan menjamin diri.

“Setelah jamin diri dibayar, mahkamah Rendah Syariah Kulim akan menetapkan tarikh perbicaraan mereka,” katanya.



 Eksploitasi kanak-kanak serius


ALOR GAJAH - Sikap segelintir golongan yang berfikiran cetek untuk mendapatkan wang secara mudah dengan mengeksploitasi kanak-kanak perempuan terutamanya dilihat semakin menular.

Tanpa rasa malu, kanak-kanak ini perlu mendekati masyarakat yang lalu lalang tidak mengira bangsa dan agama untuk mendapatkan wang melalui penjualan kitab dan ada antara mereka yang menjual tisu untuk meraih simpati.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Masjid Tanah serta Kuala Sungai Baru, mendapati, kebanyakan kanak-kanak ini muncul di kawasan berkenaan lengkap berbaju kurung dan berkelakuan sopan.

Ahli Majlis Agama Islam Melaka, Ustaz Abu Khir Jamaluddin berkata, langkah yang diambil golongan yang memiliki kepentingan sendiri ini hanya mencalarkan imej Islam dengan menggunakan kanak-kanak seolah-olah meminta sedekah.

“Sebagai manusia, sememangnya kita mempunyai rasa simpati dan kasihan melihat kanak-kanak semuda itu dipergunakan untuk mendapatkan wang, namun kita harus menilai ke mana perginya wang yang diberikan kanak-kanak tadi.

“Kanak-kanak ini diletakkan di hadapan pintu masuk bank-bank utama ataupun stesen minyak seperti peminta sedekah. Itu bukan cara orang Islam, kerana dalam Islam kita tidak pernah diajar mengutip derma dengan cara itu,” katanya.

:Beliau yang juga Pengerusi Pegawai Syarak Melaka, berkata, kerajaan bersedia memberi peruntukan secukupnya untuk tujuan membina rumah kebajikan atau madrasah

Katanya, sepatutnya senario ini tidak wujud dalam kalangan orang Islam.

“Tindakan mereka yang mahukan wang dengan jalan singkat hanya memberikan persepsi negatif penganut agama lain kerana mereka pasti akan membuat penilaian terhadap apa yang dilakukan kanak-kanak itu. Apatah lagi mereka meminta tidak mengira bangsa mahupun agama.

“Kadangkala mereka sediakan beberapa dokumen pengesahan yang difotostat, malah ada yang kelihatan tulen. Kita tidak semestinya mempercayainya kerana mereka cari duit atas simpati orang lain dan yang jadi mangsa orang kita,” katanya.

Abu Khir berkata, tidak dinafikan terdapat individu yang tidak tahu cara kanak-kanak ini adalah tidak benar kerana mereka mempergunakan nama sesebuah institusi, malah menunjukkan bukti untuk meyakinkan orang yang menjadi sasaran.

Oleh yang demikian, katanya, kebarangkalian untuk pihak tidak bertanggungjawab mengeksploitasi sifat pemurah masyarakat negara ini dengan menggunakan agama dan isu kemanusiaan serta memperalat kanak-kanak perempuan memang tidak boleh dimaafkan lagi.

Beliau berkata, sekiranya benar terdapat pihak yang memerlukan dana untuk tujuan kebajikan, mereka boleh memohon peruntukan daripada kerajaan, bukan memperalatkan kanak-kanak yang sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran untuk mendapatkan wang.

“Senario ini perlu dibanteras segera agar masyarakat tidak tertipu dengan sikap golongan berkenaan untuk memperoleh wang, malah menggunakan kanak-kanak perempuan untuk dijadikan umpan meraih simpati,” katanya.


Ibu rayu bantuan cari anak hilang

JINJANG - Seorang pelajar Sekolah Menengah Raja Ali, Hayati Aznin, 16, tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli bedak di kedai berhampiran rumahnya sejak 28 November yang lalu.

Ibunya Suraya Badi, 49, berkata, anaknya kali terakhir keluar dengan berpakaian t-shirt putih dan berseluar jean biru.

Menurutnya, Hayati mempunyai kulit sawo matang, rendah, berambut panjang lurus dan kurus.

“Dia cakap hanya mahu ke kedai sekejap tetapi pada hari tersebut sampai malam dia tidak pulang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Jinjang Baru dekat sini.

Susulan daripada kejadian itu satu laporan polis di buat di Balai Polis Jinjang pada 29 November lalu setelah mangsa didapati tidak pulang malah turut gagal dihubungi.

Menurut Suraya, anaknya bekerja sambilan di sebuah kedai kek berhampiran rumahnya dan baru sahaja memperoleh gaji pertamanya.

“Kami sekeluarga tidak pernah bertengkar dengannya malah pada hari kejadian dia sempat belanja anak buahnya makan

“Lazimnya dia akan keluar ke kedai membawa anak buahnya yang berusia tiga tahun namun pada hari itu keadaan cukup berbeza,” katanya.

Menurutnya, jika Hayati hendak pergi ke mana-mana dia akan cakap dan selalu pulang awal dan ini merupakan kali pertama dia keluar dan tidak pulang,” katanya.

Suraya merayu jika ada sesiapa yang ternampak atau mempunyai maklumat tentang Hayati boleh menghubunginya di talian 017-2658663 atau 016-3143472.


Bapa berkorban jaga empat anak cedera

KUANTAN - Tarikh 22 Oktober 2010 meninggalkan titik hitam buat keluarga Salleh Kasim, 61, daripada Kampung Alor Ladang, Beserah di sini, apabila empat daripada lapan anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Lebih memilukan, empat beradik berkenaan bersama seorang saudaranya mengalami kecederaan malah seorang daripadanya koma sehingga kini.

Salleh juga terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anak-anaknya yang sakit sepenuh masa memandangkan isterinya, Tuan Ainon Tuan Ibrahim, 59, diserang strok dua tahun lalu akibat penyakit darah tinggi yang dideritai sejak sekian lama.

“Anak saya yang bongsu, Nurul Izzati, 14, mengalami kecederaan parah di mana pinggangnya dan tangan kanannya patah manakala kaki kirinya turut patah sehingga terpaksa dimasukkan besi.

“Lebih malang, dia juga mengalami pendarahan dalam otak dan pembedahan dijalankan untuk membuang darah beku. Selepas itu, dia terus berkeadaan koma sehingga kini,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini.

Menurutnya, Nurul Izzati tidak dapat memberikan tindak balas kepada orang sekelilingnya dan hanya mampu merengek setiap masa kerana berada dalam kesakitan.

“Doktor membenarkan dia pulang dan anak ketiga saya bantu menjaganya seperti memberinya minum susu dan mengendalikan mesin menyedut kahak.

“Perbelanjaannya juga besar kerana dia minum susu berharga RM30 setin yang hanya mampu bertahan tiga hari sahaja. Itu tidak termasuk kos membeli lampin pakai buangnya lagi,” katanya.

Salleh berkata, anak keempatnya, Mohd Firdaus, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tempurung lututnya remuk sehingga terpaksa dimasukkan besi.

“Sebelum ini dia mengusahakan ternakan arnab di tepi rumah namun saya terpaksa mengambil alih buat sementara waktu sehingga dia pulih semula.

“Anak keenam, Mohd Farid, 18, hanya cedera ringan dan anak ketujuh, Nurul Hidayah, 16, pula patah kaki kanan sehingga terpaksa menangguhkan sesi persekolahan yang baru bermula,” katanya.

Menurutnya, kakitangan Klinik Komuniti Beserah membuat lawatan dua minggu sekali untuk rawatan susulan bagi anaknya yang mengalami kecederaan.

“Untuk Nurul Izzati, doktor sendiri tidak pasti bila dia akan pulih semula namun saya berharap agar dia cepat sembuh dan kembali seperti sedia kala.

“Saya juga terpaksa tabah menjaga anak-anak dan memberi semangat untuk mereka supaya sembuh dengan segera,” katanya.

Penderitaan Salleh sekeluarga menarik perhatian Badan Kebajikan Kemanusiaan Seluruh Dewan Undangan Negeri (Dun) Beserah (Bakkiss) untuk memberikan bantuan kerusi roda buat isteri dan dua anak Salleh yang mengalami patah kaki.

Majlis penyerahan berkenaan turut disertai oleh Yang Dipertuanya, Wan Azlan Wan Salleh dan Bendahari Barisan Nasional Bahagian Indera Mahkota, Ngah Ismail.

No comments:

Post a Comment