Tuesday, January 18, 2011

BUKAN SEMUA BOLEH DIBINCANG SECARA UMUM...JANGAN PERTAHAN BENDA NYATA SALAH....KAMERA FOKAS KEDADA2 WANITA TU PUN SALAH DARI SEGI SYARAK....DIAKHIRAT JAWAB DIDEPAN ALLAH...MENGAKU....... MOHON MAAF KAN SENANG....SUSAH KALAU JAHIL AGAMA...DAN BUAT SESUATU TAK BERPANDU QURAN DAN HADIS....MUNGKIN NERAKA DAN BALASAN MUNGKAR DIAKHIRAT TIDAK MENGERUNKAN MEREKA....

TERKINI


Jurufoto Finas ditemui mati dalam bilik air

19/01/2011 3:18am

PETALING JAYA — Seorang jurufoto Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ditemui mati terlentang dalam bilik air di kediamannya di sebuah kondominium di Seksyen 10, Kota Damansara, hari ini.
Norhaslinda Jaffar, 34, ditemui mati dalam keadaan berulat dan berbau busuk oleh rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar negeri kira-kira pukul 5.30 pagi.
Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.
"Rakan mangsa yang berusia 40an terhidu bau busuk ketika masuk ke dalam rumah, terkejut apabila menemui mayat mangsa yang sudah berulat di dalam bilik air,” katanya.
Arjunaidi berkata, mangsa dipercayai telah mati lebih tiga hari lepas.
Hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah dalam kematian mangsa.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — Bernama


Mayat wanita dengan kesan terbakar ditemui

18/01/2011 3:32pm

IPOH – Mayat seorang wanita dengan kesan terbakar di beberapa anggota badan, ditemui dalam keadaan terbaring di kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah restoran di Jalan Pasir di sini hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, mayat itu ditemui 8.20 pagi tadi oleh seorang pekerja Majlis Bandaraya Ipoh yang ketika itu melakukan kerja-kerja pembersihan.
Beliau berkata, mangsa yang memakai seluar pendek dan baju-T, dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di kawasan sampah berkenaan.
Katanya, tidak ada sebarang pengenalan diri ditemui dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes bunuh. – Bernama


NEGARA


Bilangan pesakit mental meningkat


BILANGAN pesakit mental seperti dua beradik ini, Mohd. Mozamri Dasan (kiri) dan Tarmizi semakin meningkat ekoran tekanan hidup zaman moden.- Gambar hiasan



PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan bimbang tentang peningkatan masalah kesihatan mental di kalangan rakyat negara ini dengan bilangan pesakit yang menerima rawatan di hospital kerajaan sepanjang tahun lalu meningkat 15.6 peratus atau sebanyak 400,227 orang.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, angka itu mencatat peningkatan 15.6 peratus berbanding tahun 2009.
"Menjelang tahun 2020, salah satu daripada gangguan mental iaitu kemurungan dijangka menduduki tempat kedua dari segi beban penyakit selepas penyakit jantung," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental di sini semalam.
Beliau berkata, untuk membendung gejala ini di peringkat usia muda, pihaknya akan memfokuskan kepada aktiviti mempromosi minda sihat dan pencegahan penyakit mental termasuk pelaksanaan Program Menangani Stres di sekolah sepanjang tahun ini.


NEGARA


Vanidah cuma temankan anak saudara






VANIDAH (kanan) dan Rashidi di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR - Kehadiran pelakon Vanidah Imran, 38, dan suaminya, Rashidi Ishak, 38, di Mahkamah Syariah di sini kelmarin sebenarnya tiada kaitan dengan rumah tangga mereka.
Pasangan pelakon itu sebaliknya hanya menemani anak saudara Rashidi yang ingin menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak.
Ketika dihubungi Kosmo! semalam, Vanidah yang lebih mesra dengan panggilan Vee sama sekali tidak menyangka perkara tersebut akan menjadi besar dan disalahertikan oleh banyak pihak.
"Kami ke mahkamah hanya untuk menemani anak saudara menyelesaikan kes tuntutan nafkah anak dan saya tidak pernah terfikir akan jadi begini.
"Saya tahu bila kami berdua dilihat di sana, ramai yang akan risau termasuk peminat tetapi tidak ada apa yang berlaku antara kami berdua," katanya.
Menurut Vee, dia dan suami sudah banyak kali ke mahkamah itu untuk menemani saudara-mara atau rakan-rakan yang ingin menyelesaikan kes mereka.
Kelmarin, juara sulung program Sehati Berdansa itu mengejutkan pihak media apabila mereka dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur tengah hari kelmarin.
Vee menjelaskan, dia dan suami tidak boleh memberikan kenyataan pada hari yang sama kerana sebaik sahaja selesai urusan di mahkamah, dia terpaksa bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat sebelum disusuli dengan sesi fotografi pada sebelah petang.



NEGARA


TV3 pertahan bincang topik payu dara






KERATAN Kosmo! semalam.


KUALA LUMPUR - Stesen televisyen TV3 mempertahankan rasional program terbitannya, Wanita Hari Ini (WHI) menyiarkan perbincangan mengenai topik payu dara kelmarin. Alasan yang diberikan adalah perbincangan secara terbuka itu sesuai dengan peredaran masa.
Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, pihak TV3 tidak mempunyai niat lain selain menggalakkan diskusi terbuka dan berkongsi pengalaman berhubung topik tersebut.
"Isu itu ada unsur pengajaran ataupun input tambahan yang bersesuaian dengan peredaran masa seperti topik yang dibincangkan dalam WHI tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! semalam.
Kosmo! dalam laporan muka depan semalam melaporkan segmen bual bicara WHI itu mencetuskan rasa kurang senang penonton kerana ia secara terbuka membincangkan isu pembedahan membesarkan payu dara.
Siaran itu mengundang teguran pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh agama yang berpendirian topik itu tidak sesuai dibincangkan secara terbuka kerana ia adalah rahsia wanita.
Ada pula yang berpendapat ketiadaan pakar agama yang dijemput bagi mengulas isu tersebut menjadikan program itu seakan-akan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Islam.
Ahmad Izham menjelaskan, ahli-ahli panel jemputan turut membicarakan impak baik dan buruk isu tersebut serta menjemput seorang doktor pakar untuk mengemukakan pendapat beliau.
"Pada masa yang sama, kami peka terhadap pandangan masyarakat di luar sana dan menghargai maklum balas penonton dan orang ramai," katanya.


NEGARA


Panjangkan khidmat bas wanita


SEBAHAGIAN penumpang wanita menggunakan perkhidmatan Rapid Bas Wanita di sekitar bandar raya Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Rapid Bas Wanita yang diperkenalkan Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) disarankan disambung hingga ke malam bagi menjamin keselamatan wanita yang pulang pada waktu tersebut.
Sejak diperkenalkan pada bulan lepas sebagai tempoh percubaan, Rapid Bas Wanita akan bertukar menjadi bas RapidKL biasa dan boleh dinaiki oleh semua penumpang apabila tempoh perkhidmatannya tamat dari pukul 6.45 pagi hingga 7.30 pagi dan 6 petang hingga 6.45 petang.
Seorang promoter di sebuah pusat beli-belah, Siti Zulaikah Ismail, 21, berkata, dia yang bekerja sehingga pukul 10 malam berasa takut dan tidak selamat untuk menaiki bas pada waktu tersebut.
“Masa perkhidmatan bas wanita yang ada terlalu pendek iaitu hanya di sebelah pagi dan petang sedangkan saya pulang bekerja pada pukul 10 malam.



NEGARA


Pembeli kecewa rumah terbengkalai


SEBAHAGIAN pembeli rumah pangsa Casa Gemilang berpiket di hadapan pejabat pemaju di Gombak semalam.



GOMBAK – Hampir tiga tahun pembeli rumah pangsa Casa Gemilang di sini menunggu untuk memiliki rumah sendiri namun impian itu sehingga ke hari ini masih belum tercapai.
Ekoran tidak tahan lagi dengan sikap pemaju perumahan itu, seramai 50 pembeli rumah tersebut mengadakan piket di hadapan pejabat pemaju itu di Pusat Bandar Sri Gombak di sini semalam.
Piket itu diadakan sebagai menyuarakan rasa kecewa terhadap syarikat pemaju yang masih gagal menyiapkan projek tersebut.
Seorang wakil pembeli tersebut, Jaafar Ismail berkata, dia pada mulanya begitu teruja mendiami rumah sendiri selepas urusan pembelian rumah tersebut selesai namun projek yang sepatutnya siap pada 2007 masih lagi terbengkalai.
“Saya difahamkan projek perumahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pemaju gagal mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bagi membina perumahan di situ.


NEGARA


Dua peguam tarik diri wakili Sultan Ismail Petra






KERATAN Kosmo! 21 September 2010.


PUTRAJAYA - Peguam Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail menarik diri daripada mewakili bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dalam petisyen ketiga yang difailkan baginda bagi mencabar keperlembagaan pemasyhuran anakanda sulungnya sebagai Sultan.
Penarikan diri mereka adalah ekoran keengganan Mahkamah Persekutuan menetapkan tarikh pendengaran petisyen itu pada pertengahan Mac ini seperti yang dipohon.
Alasan itu dinyatakan dalam afidavit Abdul Rashid yang difailkan bagi menyokong notis usul penarikan diri mereka daripada mewakili Tuanku Ismail Petra.
Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md. Raus Sharif, membenarkan permohonan mereka selepas peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra) tidak membantah.
Dalam affidavitnya, Abdul Rashid berkata, Tuanku Ismail Petra telah melantik Raja Aziz dan firma guamannya, Tetuan Rashid Zulkifli mewakili baginda dalam petisyen itu.


NEGARA


Halia hutan cegah sel kanser pangkal rahim






DR. Ahmad Bustamam menunjukkan pek
vaksin merawat penyakit kanser daripada
ekstrak halia hutan di Serdang semalam.


SERDANG - Bahan ekstrak halia hutan atau lempoyang boleh digunakan sebagai penawar kanser pangkal rahim iaitu penyakit kedua paling ditakuti wanita selepas barah payu dara.
Penemuan itu adalah hasil penyelidikan selama 10 tahun Makmal Penyelidikan Kanser Makna, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mendapati tumbuhan herba liar tersebut terbukti mampu melawan sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal.
Penyelidiknya, Dr. Ahmad Bustamam Abdul berkata, kajian makmal menunjukkan penggunaan spesies halia itu dalam dos yang betul boleh menyembuhkan penyakit dalam tempoh tidak sampai 72 jam.
Katanya, kajian praklinikal membuktikan sebatian semula jadi herba tempatan itu mampu menghalang perkembangan kanser sehingga fasa tiga.








NEGARA


Berebut duit syiling di lebuh raya


TANPA menghirau keselamatan dan anggota polis, orang ramai mengambil kesempatan mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya.



SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.
'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.
Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.
Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.
Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.
Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.



Pendapatan penoreh getah setanding penjawat awam

17/01/2011 4:53pm

MACHANG 17 Jan. - Berikutan kenaikan harga getah yang mencecah RM15 sekilogram sekarang, matlamat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) untuk menghapuskan kemiskinan di kalangan 350,000 keluarga pekebun kecil di seluruh negara mencapai matlamatnya, kata Pengerusi Risda, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.
Beliau berkata, ekoran kenaikan harga komoditi tersebut, kini purata pendapatan keluarga pekebun kecil getah melebihi RM2,000 sebulan melepasi pendapatan paras kemiskinan bawah RM750 sebulan.
Abdul Rahim menjangkakan pendapatan pekebun kecil akan meningkat sehingga RM3,000 sebulan dalam masa terdekat iaitu setanding dengan pendapatan sesetengah penjawat awam.
Bagaimanapun beliau mengingatkan pekebun kecil supaya tidak terlalu teruja dengan lonjakan harga getah yang penghasilan getah sentiasa berdepan dengan kemungkinan tidak menentu seperti keadaan cuaca yang berubah-ubah termasuk di musim tengkujuh.
Beliau juga berkata kenaikan harga getah menyebabkan Risda terpaksa menangguhkan dahulu projek tanaman semula kerana ia tidak ekonomik jika dilaksanakan sekarang.
“Ini disebabkan kita terpaksa mengambil masa sehingga empat tahun untuk kerja-kerja pemulihan tanaman semula yang ini sekali gus boleh menjejaskan pekebun sendiri,” kata Abdul Rahim. - Bernama



TERKINI


3 wanita ditahan sabung ayam

17/01/2011 4:49pm

KUALA LUMPUR - Tiga wanita — dua warga Indonesia dan seorang warga tempatan — adalah antara 29 individu yang ditahan polis semalam, kerana dipercayai terlibat dalam perjudian sabung ayam di sebuah bangsal kolam ternakan ikan air tawar di Taman Saujana Utama, Bandar Country Home, Rawang.
Suspek berumur 20 hingga 31 tahun berada di premis berkenaan ketika polis menyerbu bangsal itu kira-kira 5.30 petang dan mereka ketika itu dikatakan asyik melihat pertarungan ayam sabung.
Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini, kata Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata, hasil risikan polis, bangsal yang terletak di pedalaman itu telah hampir seminggu dijadikan pusat kegiatan judi sabung ayam. - Bernama

No comments:

Post a Comment