Wanita serang ibu suami, tikam kekasih abang ipar
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Ahad lalu itu, wanita terbabit meradang selepas ibu mentua berusia 50-an itu menegur perbuatannya mendengar radio dengan kuat dan meminta memperlahankan suara radio kerana bapa mentuanya sedang terlantar sakit.
Menurut sumber polis, wanita berusia 20-an itu, bagaimanapun tidak dapat menerima nasihat itu sebelum berlaku pertengkaran dan dia tiba-tiba menarik rambut mentuanya serta menolak muka warga emas terbabit.
“Wanita itu sekali lagi cuba menendang ibu mentuanya, tetapi cuba dileraikan teman wanita abang iparnya yang kebetulan berada di rumah itu melawat bakal bapa mentuanya,” katanya.
Teman wanita abang iparnya itu menarik wanita terbabit masuk ke dalam bilik untuk berbincang dan menasihatinya, namun kali ini wanita itu bertindak lebih ganas apabila menikam dada dan anggota badan teman wanita abangnya.
“Mangsa yang berlumuran darah menjerit memanggil teman lelakinya kerana khuatir wanita berkenaan bertindak lebih ganas.
“Teman lelakinya yang terkejut melihat keadaan mangsa membawanya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebelum dihantar ke Hospital Ampang.
“Teman lelaki mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit.
“Siasatan mendapati wanita terbabit sudah melarikan diri dan polis kini sedang mengesannya bagi membantu siasatan,” katanya.
Menurutnya, mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan,” katanya.
Mayat wanita terbakar sebelah tong sampah
“Saya segera melaporkan perkara itu kepada pegawai bertugas sebelum menghubungi polis untuk tindakan lanjut,” kata Mahani Mohd Yusuf, 42, pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang menemui mayat seorang wanita dipercayai mangsa bunuh di kawasan pembuangan sampah di belakang sebuah restoran di Jalan Pasir Puteh, dekat sini, pagi semalam.
Mahani berkata, sepanjang lebih sembilan tahun berkhidmat dengan MBI, itulah kali pertama dia menemui mayat ketika bertugas dan masih ketakutan apabila memikirkannya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 8.20 pagi.
“Sepasukan unit forensik dikejarkan ke tempat kejadian dan menemui mayat itu terbaring di sebelah tong sampah bersama kesan terbakar.
“Ketika ditemui, mayat itu masih berpakaian lengkap seluar pendek dan baju-T, namun tiada pengenalan diri ditemui pada mangsa,” katanya.
Mohd Dzuraidi berkata, siasatan polis mendapati mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dicampak di kawasan pembuangan sampah berkenaan.
Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis meminta kerjasama orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500 untuk membantu siasatan.
Sementara itu dalam kes berasingan, seramai 18 wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan yang berperwatakan wanita ditahan dalam satu serbuan di sebuah hotel di Jalan CM Yusuf, di sini, petang kelmarin.
Mohd Dzuraidi berkata, serbuan dilakukan kira-kira jam 5.30 petang oleh sepasukan anggota daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang berjaya menahan wanita warga asing itu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran.
“Berdasarkan siasatan, 16 wanita terbabit warga Indonesia manakala selebihnya dari Vietnam dan Thailand.
“Kami turut memberkas seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertanggungjawab menjaga hotel berkenaan dan turut terbabit dalam kegiatan pelacuran di hotel itu,” katanya.
Mohd Dzuraidi berkata, dalam serbuan sama, polis turut menahan tiga lelaki termasuk seorang warga Myanmar yang dipercayai pelanggan di hotel itu untuk membantu siasatan. Katanya, polis turut merampas dua botol cecair bahan pelincir, 56 kondom, wang tunai RM414 dan satu buku daftar hotel.
Dua remaja disyaki terbabit perbuatan khianat
Sumber berkata, kenderaan Toyota SE hangus di bahagian enjin sebelum disedari pemilik rumah yang membuat laporan polis kira-kira jam 6 pagi kelmarin.
“Mungkin perbuatan mereka (remaja) membakar kereta berkenaan disedari pihak tertentu yang bertindak membalas dendam hingga menyebabkan kedua-duanya cedera parah akibat melecur keseluruhan badan,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan dua remaja berusia 17 dan 20 tahun terbakar hampir keseluruhan badan dipercayai disimbah cecair mudah terbakar oleh penyerangnya sebelum ditemui dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di hadapan sebuah rumah di Jalan Raja Syed Alwi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, remaja berusia 17 tahun itu parah apabila hampir 70 peratus badannya melecur, manakala rakannya 30 peratus melecur di belakang badan dan kaki.
Polis turut menemui motosikal Modenas yang hangus terbakar dipercayai digunakan mangsa serta kereta Toyota SE dengan bahagian enjinnya terbakar.
Sumber berkata, kejadian membakar hidup-hidup itu menarik perhatian penduduk Perlis kerana ia tidak pernah berlaku apatah lagi ada di kalangan orang ramai bertindak menokok tambah kes berkenaan.
“Serah kepada polis untuk menyelesaikannya dan kejadian sebenar akan diketahui dalam tempoh terdekat,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Superintenden Nashir Ya, yang enggan mengulas lanjut kes berkenaan berkata, pihaknya belum mengambil keterangan daripada kedua-dua remaja berkenaan.
Katanya, remaja berusia 17 tahun yang melecur keseluruhan badan masih dalam keadaan kritikal.
Anak makin kritikal
ALOR SETAR: Remaja berusia 17 tahun yang terbakar hampir 70 peratus selepas dibakar dalam kejadian di Jalan Raja Syed Alwi, Kangar, awal pagi kelmarin, masih tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).
Chew yang ditemui di Unit Rawatan Kebakaran HSB semalam berkata, dia menerima panggilan daripada polis kira-kira jam 5.15 pagi kelmarin.
Serba salah tentu nasib adik
Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
SAKIT...sebahagian badan Muhammad Hairuman melecur teruk terkena renjatan letrik voltan tinggi.
Maryuni berkata, sukar untuknya membuat keputusan dan doktor tiada pilihan lain kecuali memotong kedua-dua tangan adiknya kerana selnya sudah mati, manakala kedua-dua kakinya kemungkinan akan dipotong kerana sudah mula mereput dan kehitaman.
Mengimbas kejadian dua bulan lalu di Masjid Baroh, Tanjung Karang, dekat sini, Maryuni berkata, adiknya yang juga anak kesembilan daripada 10 beradik terkena renjatan elektrik ketika mengambil upah membersihkan ladang kelapa sawit bersama seorang rakannya.
Ketika kejadian sekitar jam 9 pagi, 26 November lalu katanya, adiknya cuba mengait pelepah kelapa sawit.
Katanya, malam sebelum kejadian, hujan lebat mengakibatkan pelepah daun kelapa sawit basah.
“Saya difahamkan Muhamad Hairuman yang mengait pelepah kelapa sawit terkena kabel elektrik bervoltan tinggi menggunakan galah besi.
“Tiba-tiba satu dentuman kuat menyebabkan adik saya terpelanting kira-kira lima meter dan badannya mengeluarkan asap,” katanya.
Rakannya, Mohd Zikri Dri, 24, yang berada 100 meter tidak cedera cuba memberikan bantuan pernafasan tetapi gagal apabila Muhd Hairuman masih tidak sedarkan diri lalu memanggil ahli keluarga serta jiran sebelum melaporkan kepada polis.
Akibat kejadian itu, Muhamad Hairuman yang juga bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor dimasukkan ke Hospital Tanjung Karang (HTK) apabila hampir 35 peratus badannya terbakar dan melecur sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).
Bagaimanapun kelmarin dia dipindahkan ke HTAR, di sini, bagi urusan memotong tangan.
Maryuni berkata, hatinya sebak melihat penderitaan ditanggung adiknya itu dan kerap mengadu kulitnya seperti mahu tercabut kerana panas dan apabila berpeluh dia mengerang kesakitan.
“Sejak hari pertama adik terkena renjatan elektrik, tiada satu pihak pun tampil memberi sumbangan.
“Malah, saya terpaksa mengeluarkan simpanan kira-kira RM15,000 untuk perbelanjaannya,” katanya.
Maryuni berkata, Muhd Hairuman anak yatim piatu dan bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta.
Katanya, dia juga sudah membuat tinjauan di ladang kelapa sawit itu dan mendapati kawasan itu memang berbahaya berikutan tidak diselenggara manakala pagarnya sudah rosak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda, Majlis Belia Malaysia (MBM), Abdul Rizam Mohd Akhir yang melawat mangsa berkata, sehingga kini pihaknya masih mencari agensi yang sudi tampil memberikan sumbangan kepada Muhd Hairuman kerana dia memerlukan perbelanjaan besar untuk meneruskan hidup sebagai orang kurang upaya (OKU).
Orang ramai ingin menghulur bantuan boleh menghubungi Ketua Aduan Belia, Majlis Belia Malaysia HM Rizan di talian 012-2853630.
Suspek bunuh remaja bertindak sendirian
Difahamkan, ketika kejadian kira-kira jam 4 petang Sabtu lalu, tercetus pertelingkahan antara suspek berusia 19 tahun dan Taufik Abdul Rahim, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Semera berdekatan kawasan sekitar rumah suspek sebelum mangsa dipukul di kepala menggunakan kayu.
Suspek yang juga penganggur tinggal bersendirian selepas kematian ibunya tahun lalu menggali lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang dapur rumahnya untuk menanam mayat mangsa sekali gus cuba menyembunyikan jenayahnya.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad berkata, siasatan lanjut mengesahkan suspek menyerang mangsa seorang diri dan mendapati lima lagi lelaki sedang dicari polis bagi membantu siasatan sebenarnya tidak terbabit.
“Kami mempercayai suspek dan mangsa saling mengenali kerana mangsa ke rumah suspek pada hari kejadian untuk bertemu dengan suspek namun tercetus pertelingkahan antara mereka selepas mangsa enggan terbabit dengan kegiatan kumpulan itu,” katanya, semalam.
Katanya, keadaan rumah suspek yang agak jauh terletak di belakang sebuah sekolah rendah di kampung berkenaan menyebabkan penduduk situ tidak menyedari suspek menggali lubang bagi menyembunyikan mayat mangsa pembunuhan kejam itu.
Kelmarin, polis dilaporkan memburu lima lelaki yang dikatakan terbabit bersama suspek dalam pembunuhan remaja terbabit selain mereka dipercayai ahli satu sindiket mencuri motosikal dan pecah rumah sekitar Sadong Jaya.
Pada masa ini, pihak polis sedang mengambil keterangan dari beberapa penduduk kampung terbabit termasuk guru yang menetap di kuarters berhampiran rumah suspek.
Menurut Abdul Rahman, laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan banyak daripada kecederaan di bahagian kepala.
Dalam pada itu, jenazah Taufik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Busisiah, Iboi Ulu pada kira-kira jam 2.15 petang, semalam.
Sementara itu, Majistret Daerah Paul Joring mengeluarkan perintah reman tujuh hari ke atas suspek bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut sebelum pendakwaan.
Suspek yang memakai pakaian lokap berwarna jingga kelihatan tenang ketika diiringi anggota polis untuk mendapat perintah reman.
Terpaksa tadah hujan lepas bekalan air dipotong
Ibu empat anak, P Steela, 41, yang mempunyai jumlah bil tertunggak bernilai RM327.91 berkata pendapatan suaminya sebanyak RM500 tidak cukup bagi melunaskan hutang tertunggak selain perlu menanggung perbelanjaan harian lain.
“Bukan kami tak mahu bayar tapi disebabkan kekangan duit, kami terpaksa membiarkannya sehinggalah seorang pekerja datang untuk memotong meter air di rumah ini.
“Saya tak dapat nak hadkan penggunaan air kepada 20 meter padu saja kerana keluarga kami besar selain pendapatan bulanan suami perlu dibahagikan antara sewa rumah sebanyak RM350 dan perbelanjaan harian lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu Empat, Kampung Jawa, dekat sini, semalam.
Penerima lain, Rosnah Mohd Yusof, 41, dari Kampung Nelayan, Telok Gong, dekat sini pula berkata bantuan itu amat dialu-alukan apabila bekalan air ke rumahnya dipotong enam bulan lalu selepas gagal membayar tunggakan sebanyak RM466.11.
Ibu kepada tujuh anak itu terpaksa bergantung kepada bekalan air daripada rumah ibu dan adiknya selepas bekalan air di rumahnya dipotong berikutan tidak mampu untuk membayarnya.
Along ugut bakar rumah
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my
mhafis@hmetro.com.my
Abang mangsa yang bekerja membaiki komputer, Ridzuan Koh Abdullah, 47, berkata, adiknya, Koh Seng Chai, 45, banyak memberi masalah kepada mereka sekeluarga malah sehingga kini gagal dikesan selepas menghilangkan diri.
Menurutnya, pada September lalu, adiknya pernah tinggal bersamanya selama sebulan di Setapak Jaya. Sebagai abang, dia tidak berkira malah tidak mengesyaki apa-apa.
“Bagaimanapun tidak lama kemudian adik keluar dari rumah tanpa memaklumkannya. Selepas itulah rumah saya didatangi empat along yang mencari adik dan meminta saya menjelaskan pinjaman dibuatnya.
“Saya diberitahu adik saya sudah membuat pinjaman sebanyak RM30,000 dan menggunakan rumah saya sebagai alamat baginya meminjam,” katanya ketika hadir di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, di sini semalam.
Ridzuan berkata, seorang along terbabit turut menunjukkan lesen pemberi pinjaman dan memberitahu selepas mengambil wang sehingga kini adiknya tidak pernah membayarnya.
Beliau berkata, bapanya, Koh Kim Long, 70, turut mengalami nasib sama apabila rumahnya turut dijadikan alamat bagi membuat pinjaman dengan along terbabit.
“Ayah hanya mengetahuinya selepas samseng along itu datang mencari adik saya dan mahu ayah bertanggungjawab menjelaskan hutang itu.
“Akibat enggan membayar hutang itu, along terbabit mengugut akan mengapa-apakan kami sekeluarga jika masih gagal melunaskan hutang,” katanya.
Selain itu, keluarganya juga sepakat mengadakan sidang media pada hari ini (semalam) bagi memberitahu mereka sudah memutuskan sebarang perhubungan dengan adiknya dan tidak mahu bertanggungjawab dengan setiap tindakan dilakukannya.
Mangsa yang bimbang dengan keselamatan keluarganya turut membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju.
Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong berkata, kebanyakan mereka yang meminjam dengan along adalah kerana ketagih berjudi.
“Bagi tahun lalu, sebanyak 302 kes dicatatkan membuat pinjaman dengan along. Daripada jumlah itu, 229 adalah peminjam Cina, Melayu (53) dan India (20).
“Bagaimanapun, jumlah ini menunjukkan penurunan berbanding 2008 yang mencatatkan kes sebanyak 636 peminjam hasil usaha polis membuat operasi dengan mengambil tindakan tegas kepada along,” katanya.
Samun pelajar dalam surau
Lelaki terbabit sengaja mereka cerita adiknya dipukul kumpulan remaja berusia 15 tahun terbabit sebelum membuka baju menunjukkan tubuhnya yang berotot bagi menimbulkan rasa gerun kepada mangsa.
Akibat takut dicederakan, mangsa menyerahkan semua barang berharga termasuk telefon bimbit mengakibatkan mereka kerugian kira-kira RM3,000.
Seorang daripada mangsa dikenali dengan panggilan Shah berkata, dalam kejadian kira-kira 1 tengah hari itu, dia dalam perjalanan ke padang permainan untuk bermain bola keranjang.
Katanya, sebaik tiba di surau berhampiran, seorang lelaki yang berada di atas sebuah motosikal Yamaha LC135 memanggil mereka masuk ke dalam surau berkenaan.
Jurufoto Finas ditemui mati
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, wanita berusia 34 tahun itu ditemui terlentang dalam bilik air di rumahnya dipercayai akibat serangan jantung.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa ditemui rakan serumahnya yang kebetulan baru pulang dari bertugas di luar kawasan. “Rakan mangsa berusia 40-an itu yang kebetulan baru pulang terhidu bau busuk sebelum terkejut apabila mendapati mayat mangsa yang berada keadaan terlentang dan berulat dalam bilik air,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Bilik Mayat Pusat Perubatan Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment