Sunday, April 17, 2011

NAFSU...JAHAT..KAKI MAKSIAT BUKAN KIRA SAPE....SYAITAN SAPU SEMUA....KAN ELOK KAWIN WALAUPUN POLIGAMI@BERMADU...SANGGUP LANGGAR HUKUM ALLAH KERANA TAKUT ISTERI...BOLEH MEMBAWA SYIRIK...LEBIH TAKUT MANUSIA DARI HUKUM ALLAH...BERAT TU..

Siang kedi, malam pelacur



ANGGOTA Jabatan Imigresen memeriksa dokumen perjalanan sebahagian wanita warga Indonesia yang ditahan dalam operasi di Kulaijaya, Johor semalam.



JOHOR BAHRU – Siang jadi kedi, malam jual diri. Itu pengakuan sebahagian daripada 26 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Imigresen Johor di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya semalam.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Johor, Mohd. Nakhafi Hasan berkata, semua wanita warga Indonesia berusia 21 hingga 46 tahun itu ditahan ketika baru melaporkan diri untuk memulakan tugas sebagai kedi kira-kira pukul 8 pagi.
Menurut beliau, siasatan mendapati, sebahagian PATI yang ditahan itu mencari pelanggan dalam kalangan pemain golf ketika bertugas sebagai kedi.
“Hasil pemeriksaan turut mendapati semua warga Indonesia yang ditahan itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah.
“Malah mereka menjalankan kerja tambahan sebagai pelacur selepas selesai bertugas sebagai kedi,” katanya ketika dihubungi semalam.


Suami kena cekup di Bali

Oleh MOHD JAMILUL ANBIA MD DENIN
anbia@hmetro.com.my

IPOH: Rancangan manis berbulan madu ke Bali, Indonesia, bersama suami berakhir tragedi apabila si suami ditahan polis negara berkenaan kerana cuba menyeludup dadah.
Lebih mengharukan apabila si isteri tidak dapat menerima kenyataan suaminya terbabit dengan gejala dadah sebelum mengalami histeria sejurus suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Isteri suspek yang tidak percaya dengan apa yang berlaku kemudian ditenteramkan oleh orang ramai yang simpati dengan kejadian itu sebaik pasangan itu tiba di lapangan terbang negara berkenaan.
Sumber polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, suspek, Chong Eng, 38, ditahan pihak berkuasa bebas cukai di Lapangan Terbang Bandara Ngurah Rai, Bali, sebaik tiba dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang.

Menurutnya, suspek yang tiba di lapangan terbang terbabit kelmarin menimbulkan rasa curiga pihak berkuasa yang kemudian melakukan pemeriksaan rapi ke atasnya.

Difahamkan, pihak berkuasa mula curiga terhadap suspek selepas menemui objek aneh sewaktu suspek melalui mesin imbasan x-ray.

Pegawai kastam di lapangan terbang itu kemudian memeriksa rapi tubuh suspek sebelum menemui sebungkus plastik berisi serbuk putih di dalam saku seluarnya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati serbuk putih seberat 2.49 gram itu adalah dadah sintetik jenis ketamin yang popular di kalangan pengunjung disko.
Difahamkan, dadah berkenaan dianggar bernilai RM900 mengikut nilai pasaran negara berkenaan.

Siasatan lanjut mendapati dadah berkenaan yang diperoleh suspek dari Pulau Pinang sengaja diseludup ke pulau peranginan itu sebagai bekalan ketika berhibur dan berseronok.

Suspek memberitahu dia datang ke pulau berkenaan untuk berbulan madu dan melancong bersama isterinya selepas sekian lama merancang percutian berkenaan.

Difahamkan, suspek warga Malaysia itu akan didakwa di mahkamah dan bakal dihukum penjara tidak lebih 10 tahun jika sabit kesalahan.

Penangkapan itu adalah kes terbaru selepas seorang lelaki warga Malaysia ditahan di sebuah hotel terkemuka di Batam, Riau, 18 Mac lalu.

Dalam serbuan jam 2.30 petang (waktu tempatan), suspek ditahan di lobi hotel ketika dipercayai menunggu orang hubungannya di pulau peranginan berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut menemui 300 biji pil ecstasy bernilai RM10,000 disembunyikan dalam bagasi dibawanya.


Laung azan baru jumpa

Laporan dan foto MOHAMAD DANIAL MOHAMAD SAAD
am@hmetro.com.my

BUKIT MERTAJAM: “Selepas melaungkan azan berkali-kali, baru saya terdengar suara Hanif minta tolong,” kata seorang penduduk Kampung Cherok To’ Kun, di sini, yang terbabit dalam operasi mencari mangsa sesat dalam hutan Bukit Mertajam, kelmarin.
Shahruddin Che Amat, 38, berkata selepas mendengar suara mangsa, dia bersama beberapa penduduk terpaksa meredah dan menebas belukar sejauh 10 meter sebelum menemui Mohd Hanif Hashim, 23, dalam gaung.

Mohd Hanif ditemui jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan keletihan selepas sesat dalam hutan kira-kira tujuh jam.
Shahruddin berkata, sebaik mengenal pasti Mohd Hanif berada dalam gaung sedalam kira-kira enam meter itu, dia meminta dua remaja turun ke gaung untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami dapat mengenal pasti lokasinya selepas berhubung melalui telefon bimbit serta butiran kawasan yang diberitahunya.

“Dua remaja kampung ini terpaksa turun ke gaung untuk membantu dan menyelamatkannya,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa, Hashim Ibrahim, 53, berkata anaknya kerap mendaki bukit berkenaan tetapi kali ini anaknya menggunakan laluan baru.

Katanya, Mohd Hanif menghubunginya jam 6.45 petang memaklumkan sesat di hutan itu sebelum dia meminta bantuan pihak berkuasa dan penduduk.
“Mohd Hanif hubungi saya dan memberitahu dia terjatuh serta sesat dalam hutan itu dan bimbang kerana keadaan semakin gelap.

“Begitupun, saya bersyukur dia selamat ditemui dan hanya calar sedikit. Menurutnya, dia terjatuh dua kali ketika mencari jalan keluar sebelum kali terakhir jatuh ke dalam gaung,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 7 malam dengan bantuan 200 orang yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Selain penduduk, turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Pasukan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan sukarela.

Dalam operasi itu, polis menggunakan pelbagai cara termasuk menyalakan bunga api serta tembakan cahaya merah (SOS Fire).

Difahamkan, kejadian orang hilang di bukit berkenaan sering berlaku, terutama selepas lewat petang.


‘Dua dalam satu’

Oleh MARY VICTORIA DASS
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seramai 26 wanita warga Indonesia bukan saja memasuki negara secara haram atau melanggar syarat pas lawatan sosial, malah ada yang bekerja sebagai kedi di sebuah kelab golf terkemuka di Kulaijaya, di sini, berani menjual tubuh kepada pemain golf yang mendapatkan khidmat mereka.
Kesanggupan mereka menawarkan pakej ‘dua dalam satu’ itu dipercayai antara punca kelab berkenaan sering dikunjungi pemain golf yang mahu mendapatkan khidmat seks, tanpa perlu bimbang kerana perbuatan itu disyaki selamat.

Bagaimanapun, helah pendatang asing tanpa izin (Pati) itu terbongkar apabila Jabatan Imigresen menyerbu kelab golf berkenaan dan menahan kumpulan wanita warga Indonesia berusia antara 21 hingga 46 tahun.
Ketua Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Johor, Mohd Nakhafi Hasan berkata, 20 anggota penguat kuasa imigresen terbabit dalam Ops Kutip bermula jam 8 pagi semalam.

Menurutnya, operasi dilancar berdasarkan maklumat orang awam dan ketika serbuan, kumpulan Pati berkenaan dan segelintir wanita yang mempunyai pas lawatan sosial baru memulakan tugas harian sebagai kedi.

Katanya, mereka yang panik dengan kehadiran pihak berkuasa memberi pelbagai alasan bagi mengelak dicekup.

“Ada antara mereka mempunyai pas lawatan sosial mendakwa ditipu ejen pekerja asing bagi mendapatkan permit sementara bekerja di kelab golf itu.

“Mereka juga menyatakan hanya memperoleh gaji bersih RM100 selepas ejen berkenaan membuat potongan RM400 bagi urusan permit,” katanya.
Nakhafi berkata, siasatan lanjut mendapati kumpulan wanita berkenaan turut terbabit dalam kegiatan pelacuran pada waktu malam di luar kawasan resort, termasuk menjadi rebutan di kalangan pemain golf yang berkunjung ke situ.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial serta permit, di mana jika sabit kesalahan seseorang itu boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Selain itu, katanya, ada antara mereka disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 kerana tidak memiliki pas sah untuk tinggal di negara ini.

“Manakala pemilik premis akan disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen kerana menggaji dan melindungi warga asing bekerja tanpa permit,” katanya.


Intip Datuk berkhalwat

Oleh PETAH WAZZAN ISKANDAR
am@hmetro.com.my

GEORGETOWN: Hasil intipan beberapa jam, seorang pegawai kanan sebuah kementerian berpangkat Datuk ditangkap khalwat bersama pembantunya berusia 28 tahun di sebuah hotel di Batu Feringghi, di sini, awal pagi semalam.
Dalam serbuan jam 4 pagi, pegawai berusia 51 tahun itu ditahan bersama wanita berkenaan selepas dipercayai bersekedudukan di sebuah bilik hotel itu dalam keadaan mencurigakan.

Mereka ditahan dua anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) serta seorang anggota polis.
Pasangan terbabit dibawa secara berasingan ke Balai Polis Batu Feringghi, dengan pegawai berkenaan menggunakan laluan pantai di belakang hotel untuk mengelak diserbu pihak media yang menunggu hampir dua jam.

Pegawai berkenaan dilihat mengenakan kemeja T merah, manakala wanita terbabit memakai kemeja T putih dan kedua-duanya memakai jeans ketika dibawa ke Balai Polis Batu Feringghi yang terletak 300 meter dari hotel berkenaan.

Difahamkan, siasatan dibuat mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 dan sabit kesalahan, kedua-duanya boleh didenda tidak kurang RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Sazali Hussein ketika dihubungi mengesahkan penahanan seorang pegawai kanan sebuah kementerian berjawatan Timbalan Ketua Setiausaha kerana dipercayai berkhalwat.

Pegawai kanan terbabit pernah memegang jawatan tinggi dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selama lima tahun sebelum dinaikkan pangkat ke jawatannya kini sejak 21 Ogos tahun lalu.


Mula buru kera

Oleh MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
mriduwan@hmetro.com.my

JASIN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri mempergiatkan usaha mengesan seekor kera liar yang menggigit dan mencakar dua orang, termasuk bayi berumur 15 bulan, di Kampung Kilang Berapi, Merlimau, dekat sini, pagi Khamis lalu.
Tinjauan mendapati, selain meronda di kawasan kejadian, anggota Perhilitan memasang perangkap sangkar besi di bawah pokok di belakang rumah mangsa dengan meletakkan umpan pisang.

Pengarahnya, Abd Rahim Othman berkata, perangkap terbabit dipasang pagi kelmarin selepas pihaknya menerima laporan kejadian mengejutkan itu agak lewat.
“Kami hanya menerima berita mengenai serangan kera itu pada sebelah petang hari sama. Susulannya pihak kami menghantar pegawai membuat pemerhatian di tempat kejadian bagi mengesan kera terbabit.

“Susulan itu juga, kami memasang perangkap besi ini pada pagi semalam (kelmarin) memandangkan haiwan liar itu hanya aktif pada waktu siang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati perangkap dipasang anggota Perhilitan itu dimasuki seekor musang pandan yang kemudian diserahkan kepada Zoo Melaka.

Turut hadir meninjau kawasan kejadian adalah Penolong Pegawai Hidupan Liar Kanan, Wan Azali Wan Alwi dan Penolong Pegawai Hidupan Liar, Jonny Anak Ujeng.

Dalam pada itu, Abd Rahim menyifatkan kes berkenaan sebagai terpinggir dan pertama kali berlaku pada tahun ini.
“Kejadian kera menyerang dua mangsa boleh berlaku atas pelbagai faktor, termasuk habitatnya terhapus akibat pembangunan.

“Ini kerana kebanyakan kera terbabit kini menghuni belukar dan semak berhampiran perumahan penduduk dan berkeliaran mencari makanan di tempat pembuangan sampah.

“Biasanya kumpulan kera tertarik kepada bau makanan dan menyebabkan ia mencarinya. Dalam keadaan tertentu, kera berkenaan mungkin menganggap manusia sebagai ancaman lalu menyerangnya,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya tidak pernah menerima aduan daripada mangsa mengenai kemunculan kumpulan kera itu.

“Sebenarnya kami juga memasang perangkap sama di satu kawasan lain di kampung ini selepas menerima aduan penduduk.

“Namun, dalam kes ini kami tidak menerima aduan awal bagi membolehkan kita mengesan kera terbabit dan mengelak kejadian tidak diingini,” katanya.


Nenek parah kena rogol, dibakar kerana enggan layan kekasih


JAKARTA: Seorang nenek parah selepas dia dirogol dan dibelasah kekasihnya kerana enggan melayan kemahuan seksnya, awal pagi semalam.
Mangsa yang berusia 51 tahun turut mendakwa kemaluannya dibakar lelaki terbabit.

Kekasih nenek itu baru berusia 27 tahun.
Media melaporkan, lelaki terbabit pergi ke rumah mangsa di Jatinegara, Jakarta Timur, dalam keadaan mabuk dan minta kemahuan seksnya dilayan.

Kata mangsa, dia enggan melayan kekasihnya kerana ketika itu lelaki terbabit terlalu mabuk serta dalam keadaan marah.

“Dia kemudian menumbuk kepala sehingga saya terjatuh, sebelum ditendang berkali-kali.

“Dia memperkosa saya di ruang tamu sebelum mengambil mancis dan membakar alat sulit saya,” katanya. - Detik

No comments:

Post a Comment