Thursday, April 21, 2011

ZINA DAN KESALAHAN LAIN YANG JELAS DALAM HUKUM ALLAH...HENDAKLAH DILAKSANAKAN...BUKAN DIDALIH2 LAGI....

Bukan dari senjata Tengku Fakhry

TUMPAT – Mahkamah Koroner semalam diberitahu peluru yang menyebabkan kematian pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad disahkan tidak sepadan dengan senjata api milik bekas Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra.
Pegawai penyiasat di Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Supritendan Kamarulnizam Alias berkata, oleh itu semua senjata api dan peluru milik anak raja itu dikembalikan selepas siasatan selesai.
“Peluru yang dianalisis Bahagian Balistik Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia, Cheras mengesahkan ia berlaras .32 manakala senjata api dan peluru yang diambil dari Istana Mahkota milik bekas Tengku Temenggong pada 5 Mei 2010 adalah tidak sepadan.


Tragedi main kejar-kejar di kolam


ANGGOTA bomba dan polis mengusung mayat Mohd. Zaidi (gambar kecil) yang mati lemas di kolam takungan di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru kelmarin.


JOHOR BAHRU – Kegembiraan tiga sahabat bermain kejar-kejar di dalam kolam takungan air di Kampung Bakar Batu di sini kelmarin berakhir dengan seorang daripada mereka mati lemas.
Mayat Mohd. Zaidi Sariffudin, 12, ditemui anggota unit selam skuba Balai Bomba dan Penyelamat Larkin di dasar kolam pada pukul 9.22 malam.
Cerita rakan mangsa, Mohd. Ihsan Zulkifli, 13, sebelum kejadian dia dan Mohd. Zaidi mengambil keputusan untuk mandi di kolam itu pada pukul 3 petang sebelum diikuti seorang lagi rakan mereka, Mohd. Khairil Asyraf Hasni, 11, yang tiba sejam kemudian.
Kedudukan rumah mangsa dengan kolam itu dalam jarak kira-kira 500 meter.


Angkara batu permata merah


MOHAMED menunjukkan batu permata yang diletakkan dalam gelas selepas dihadiahkan oleh seorang ahli Geng Pak Haji di Temerloh semalam.


TEMERLOH – Seorang peneroka mendakwa mengalami kerugian RM67,800 selepas meminjamkan wang kepada seorang anggota Geng Pak Haji yang kononnya ingin membeli sebutir batu permata di sini kelmarin.
Mangsa, Mohamed Awang Da, 78, dari Felda Jengka 18 di sini, berkata, dia pada mulanya ditegur seorang lelaki berdekatan bangunan Tabung Haji Temerloh di sini pada pukul 10.30 pagi.
Menurutnya, lelaki yang mendakwa berasal dari Melaka itu dipercayai berpura-pura bertanyakan seorang lelaki bernama Haji Husin yang didakwanya tinggal di Temerloh kerana mempunyai urusan perniagaan batu permata.


Dua sahabat terlepas tali gantung


ZAINUDIN (tiga dari kiri) disambut ahli keluarganya yang ceria selepas dia dibebaskan di luar Mahkamah Tinggi Kota Bharu semalam. Gambar kecil ialah Fakhrul Zaman.


KOTA BHARU – Keterangan berbeza yang diberikan oleh seorang saksi pendakwaan menyebabkan dua sahabat dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas tuduhan mengedar dadah, empat tahun lalu.
Hakim Azman Abdullah membuat keputusan membebaskan Fakhrul Zaman Ahmad, 32, dan Zainudin Mat Deris, 35, selepas mendapati wujud perbezaan keterangan pada laporan polis dan keterangan di dalam mahkamah yang dibuat oleh saksi yang juga seorang anggota polis.
Kedua-dua tertuduh dituduh secara bersama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 49.89 gram di sebuah stesen minyak di Pasir Mas dekat sini sekitar pukul 11.40 malam pada 4 September 2007.


Isteri mekanik dicekup bersama teman lelaki

SEBERANG PINTASAN - Seorang wanita yang mengaku berstatus janda anak satu terpaksa berdepan ujian berganda apabila dia yang sebenarnya masih isteri kepada seorang mekanik berusia 50-an dicekup pihak berkuasa selepas memadu asmara bersama teman lelaki di sebuah rumah, dekat sini, pagi kelmarin.

Wanita berusia 20 tahun yang mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama dengan seorang kaki pecah rumah itu, ditahan polis bersama seorang lelaki yang juga penagih dadah di rumahnya kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika ibunya yang bekerja sebagai tukang cuci itu tiada di rumah.

Dia yang sudah beberapa bulan ditinggalkan suami berikutan tiada persefahaman, dikatakan mula menjadikan beberapa lelaki sebagai teman tidur untuk memuaskan nafsunya.

Wanita terbabit mengakui, akibat digantung tidak bertali perasaannya semakin tertekan.

Dia yang hanya tamat Tingkatan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balai Besar berkata, akibat tekanan emosi juga, dia menjadi mangsa sogokan dadah jenis pil kuda oleh beberapa teman lelakinya yang juga seorang kaki dadah.

Akhirnya, dia yang ditangkap dengan seorang lelaki berusia 35 berasal dari kampung Kubang Putat dipercayai selepas melakukan adegan seks di rumahnya itu disahkan positif methapethamine melalui ujian saringan air kencing.

Suspek yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah itu bersama pasangannya, selain disiasat mengikut Seksyen 15(1) dan 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 turut dihadapkan ke Mahkamah Syariah atas kesalahan khalwat mengikut Seksyen 31 (a) dan (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.


Jadi mangsa anak saudara

KUANTAN - Seorang wanita cedera di kepala akibat dipukul perompak yang cuba meragut rantai lehernya dalam satu kejadian samun di Kampung Seri Damai, Jaya Gading dekat sini, kelmarin.

Mangsa yang berusia 42 tahun itu hanya mengalami kecederaan ringan bagaimanapun barang kemas miliknya bernilai kira-kira RM1,000 lesap dilarikan penjenayah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superin-tendan Zulkifli Taha berkata, hasil laporan polis yang dibuat wanita itu, suspek berjaya dikesan dan ditangkap dalam tempoh kurang dua jam di sebuah rumah di Kubang Buaya di sini.

Menurutnya, lebih memeranjatkan apabila suspek yang diberkas itu sebenarnya anak saudara mangsa sendiri.

“Ekoran tertangkapnya penagih dadah berusia 28 tahun itu, polis berjaya menemui kembali barang kemas yang dilarikan serta sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa ketika kejadian,” katanya.

Zulkifli berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa baru tiba di rumah selepas selesai urusan di Bandar Kuantan.

“Suspek memasuki rumah lebih awal dan menunggu dengan sebatang kayu sebelum menyerang mangsa sebaik sahaja wanita itu memasuki rumahnya.

“Mangsa cuba mengelak bagaimanapun ka-yu yang dihayun suspek mengenai kepalanya hingga mengalami kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu kini ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.

Dalam kes berasingan, seorang penjenayah menjadikan sebuah kedai serbaneka di Kubang buaya di sini sebagai sasaran rompakan dipercayai selepas gagal menyamun sebuah kedai kain di Bandar Kuantan.

Zulkifli berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, suspek yang bersenjatakan pisau berpura-pura menyamar sebagai pelanggan kononnya ingin membeli kad prabayar telefon bimbit.

“ketika kejadian ada seorang pelanggan bersama pekerja wanita berada di dalam premis tersebut.

“Menyedari peluang terbuka luas, suspek bertindak mengacukan pisau ke arah pekerja kaunter sebelum merampas wang tunai kira-kira RM100 dalam mesin pembayaran,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk meneliti rakam CCTV di premis itu bagi mengesan identiti sebenar penjenayah terbabit,”katanya.


Pelajar ponteng menyorok di rumah teman lelaki

GEORGETOWN - Rahsia seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga ponteng sekolah sejak lapan hari lalu terbongkar apabila dia dikesan bersekedudukan bersama teman lelakinya. dan dipercayai beberapa kali melakukan hubungan seks.

Tembelang pelajar itu pecah apabila ibu bapanya menerima laporan daripada guru sekolahnya di Pulau Tikus, di sini pada 18 April lalu sebelum mereka melakukan soal siasat terhadap anak gadis mereka yang baru berusia 15 tahun.

Menurut sumber polis, selepas menerima maklumat daripada guru kelas, ibu bapa pelajar berkenaan terus menyoal tentang perbuatan anaknya itu.

“Selepas dimarahi dan disoal ibu bapa, akhirnya gadis itu mengakui bersembunyi di rumah kekasihnya di Jalan Haji Abbas setiap kali dia ponteng sekolah.

“Selain itu, apa yang lebih memeranjatkan kedua ibu bapa remaja terbabit yang berasal dari Teluk Bahang, anak mereka juga mengakui telah melakukan hubungan seksual sebanyak lapan kali sejak dari awal perkenalan pada 11 April lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebaik mendengar pengakuan anak mereka, kedua ibu bapa pelajar itu membawanya ke Balai Polis Teluk Bahang untuk membuat laporan.

Katanya, sebaik menerima laporan, polis bertindak menahan teman lelakinya yang berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel di Batu Feringghi untuk membantu siasatan.

Suspek kini direman selama seminggu sehingga siasatan selesai manakala remaja terbabit menerima rawatan di HPP.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Hatta Md Zin mengesahkan tangkapan suspek dan memberitahu siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Madu syak anak didera

SUNGAI PETANI - Isteri kedua seorang peniaga membuat laporan polis selepas mendakwa anak lelakinya mati dipercayai didera oleh isteri pertama suaminya.

Wanita berumur 22 tahun itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di sini malam semalam dan mendakwa anaknya didera di rumah madunya itu di sini.

Menurut wanita itu, anaknya yang berumur 18 bulan itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta selepas dikatakan terjatuh dari katil dua tingkat pada 11 pagi semalam tetapi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan hanya limajam kemudian.

Beliau memberitahu pemberita di sini bahawa anaknya itu dibawa tinggal bersama keluarga suaminya kerana mereka tidak mempunyai anak lelaki.

“Saya terkejut apabila dihubungi keluarga suami memberitahu bahawa anak saya meninggal dunia kerana sesak nafas selepas terjatuh katil,” kata wanita itu.

Katanya, dia mengesyaki sesuatu apabila melihat keadaan mayat anaknya yang mempunyai kesan kecederaan.

“Ketika menguruskan mayat, saya dapati ada kesan kecederaan di badannya seperti kesan didera. Saya syak ada sesuatu tidak kena,” katanya.

Wanita itu berkata kali terakhir dia berjumpa dengan anaknya ialah enam bulan lepas dan mendapati kanak-kanak itu dalam keadaan sihat.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, berkata polis sedang menunggu laporan bedah siasat sebelum mengambil tindakan lanjut - Bernama


Bakar sampah, terbakar diri

KUALA KANGSAR – Niat seorang lelaki membakar sampah di kebun mengundang bencana apabila ditemui mati dalam keadaan terlentang dengan tubuh badannya terbakar di kebun getah miliknya di Kampung Ribu, di sini kelmarin.

Mangsa, Suhaimi Amri, berusia lingkungan 50-an yang ditemui mati dengan kesan terbakar hampir 90 peratus di badan dikatakan membersihkan kawasan kebunnya seorang diri.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan terjatuh dan pengsan ketika cuba memadam kebakaran berkenaan apabila dipercayai mula merebak ke kebun lain yang terletak berhampiran.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Superitendan Abdul Gaffar Mohamad berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian disebabkan kebakaran di bahagian badan mangsa.

Menurutnya, mangsa mungkin pengsan ketika di tempat kejadian.

“Kemungkinan besar, mangsa terjatuh ketika cuba memadam api daripada terus merebak ke kebun bersebelahan menyebabkan badannya turut terbakar.

“Berdasarkan laporan bedah siasatan, tiada kesan kecederaan lain dijumpai pada badan mangsa dan kita menolak wujudnya sebarang kelakuan jenayah dalam kes ini,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini semalam.

Sepupu mangsa, Ainon Pandak Ismail, 59, ketika ditemui Sinar Harian berkata, keadaan Suhaimi hanya disedari apabila isteri mangsa sendiri menemuinya dalam keadaan terlentang dengan kesan terbakar di bahagian badan..

Menurutnya, mangsa pergi ke kebun kira-kira jam 11 pagi untuk membersihkan kawasan itu.

“Selalunya kalau ke kebun dia jarang membakar sampah tetapi lain pula yang dilakukan kali ini.

“Arwah tinggal di Chemor, hanya apabila ada kelapangan barulah dia datang menjenguk kebunnya sekali-sekala, di sini,” katanya.

Ainon berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira jam 2 petang setelah isteri mangsa mencarinya di kebun berkenaan setelah tidak pulang hampir tiga jam.

“Ketika ditemui, dia sudah meninggal dunia dan kami terus menghubungi polis,” katanya.


Haruan makan anak

JOHOR BAHRU - Seorang peneroka Felda yang lumpuh separuh badan dijatuhkan hukuman 17 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana didapati bersalah merogol anak perempuannya yang berumur 15 tahun.

Lelaki berusia 56 dan berkerusi roda itu mengaku bersalah dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di kediamannya di Kulaijaya antara 14 Mac hingga 4 April tahun ini.

Mengikut keterangan saksi, mangsa dirogol beberapa kali di kediamannya sewaktu dia menjaga tertuduh dan dia didakwa di bawah Seksyen 376B Akta Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jasmee Hameeza Jaafar berkata, tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela.

Hakim, Nu’aman Mahmud Zuhudi kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara 17 tahun dan 10 sebatan atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam kehakimannya, Nu’amin menegaskan bahawa tertuduh sepatutnya melindungi anak perempuannya dan bukan mengambil kesempatan untuk memuaskan nafsunya memandang dia sakit dan perlu banyak berehat.

Sementara itu, dalam mahkamah berasingan, seorang pegawai statistik yang berusia 33 tahun dijatuhi hukuman 10 tahun penjara dan 13 rotan oleh Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin kerana memiliki dadah terlarang.

Yusman Joha didapati memiliki 430.50 gram ganja di tempat letak kereta di Jalan Harimau sekitar jam 12.20 pagi pada 28 Mac tahun lalu.

Terdahulu, tertuduh didakwa terlibat dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya.

Malah, Yusman turut didapati memiliki dadah jenis metaphetamin dan didakwa di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Timbalan Pendakwa raya, Juanita Mohd Said Tberkata, tertuduh tidak diwakili oleh peguam bela.

Hakim, Kamardin Hashim menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan 13 sebatan atas kesalahan yang dilakukan dan pertuduhan tambahan tiga tahun penjara dan tiga sebatan .




Makan permaisuri anai-anai

LEDANG - Seorang kakitangan awam, Abd Rahim Abu Bakar, 45, dari Kampung Parit Serom 1, boleh dianggap sebagai lelaki yang luar biasa apabila mempunyai kebolehan aneh, dengan memakan penghuni busut iaitu permaisuri anai-anai.

Amalan berkenaan dilakukan sejak tujuh tahun lalu setelah mengetahui rahsia serangga terbabit yang dipercayai mempunyai 99 penawar termasuk untuk kesihatan tenaga batin.

Pada masa ini, ramai yang tidak mempercayai khasiat serangga berkenaan. Namun, bagi Abd Rahim, dia sudah dapat menikmati kelebihan hasil daripada amalannya memakan permaisuri anai-anai.

Menurutnya, dia mula mencuba memakan serangga ini selepas diberitahu rakannya yang turut mengamalkannya berkaitan khasiat serangga berkenaan.

“Sehingga kini, saya telah makan sebanyak 40 permaisuri anai-anai dari busut yang ada di sekitar kampung ini.

“Permaisuri anai-anai ini sangat sukar dijumpai dan biasanya saya mencarinya dengan menggunakan cangkul,” katanya kepada Sinar Harian.

Abd Rahim berkata, tidak semua busut yang digalinya mengandungi permaisuri anai-anai.

“Serangga ini sangat baik dimakan terus selepas dijumpai daripada busut yang digali.

“Kepala permaisuri anai-anai ini perlu dibuang terlebih dahulu sebelum dimakannya secara menelan bersama-sama dengan air putih,” katanya.

Menurutnya, setelah tujuh tahun mengamalkannya, dia dapat merasakan perubahan terhadap kesihatannya yang dilihat lebih kuat, sihat dan bersemangat semasa bekerja.

“Makanan kesihatan ini sudah lama menjadi amalan masyarakat Cina di Singapura,” katanya.

Namun, bagi masyarakat Melayu amalan ini masih belum meluas dan tidak ramai yang sanggup makan serangga berkenaan.

Abd Rahim berkata, dia tidak pernah menetapkan syarat perlu makan serangga ini setiap hari kerana menyedari kesukaran untuk memperolehnya.

“Saya hanya akan makan permaisuri anai-anai ini apabila memperolehnya jika menggali mana-mana busut.

“Lazimnya, serangga ini berwarna kuning dan bertukar menjadi coklat apabila sudah tua,” katanya.

Kebanyakan permaisuri anai-anai berumur di antara dua hingga tiga tahun dan khasiatnya dikatakan lebih tinggi apabila lebih berusia.

:Ketika ditemui, Abd Rahim sanggup mencari permaisuri anai-anai dengan menggali sebanyak empat busut dan menunjukkan demonstrasi makan serangga berkenaan.

No comments:

Post a Comment