Tiada pinjaman bank tapi muflis
Oleh Ardyhansah Amat
ardyhansah@hmetro.com.my
ardyhansah@hmetro.com.my
TERANIAYA...Tunku Azwil (kiri) bersama Ahmad Zaki dan Zilah (kanan) ketika sidang media, semalam.
Ini berikutan kegagalan Zilah menjelaskan bayaran ansuran bulanan dan tunggakan kenderaan Kia Spectra 1.5 dan Proton Wira yang dibeli atas namanya berjumlah lebih RM100,000 walaupun dia tidak pernah membelinya.
“Saya tidak pernah membeli kereta itu dan mustahil mampu berbuat demikian kerana hidup susah selain gaji tidak mencukupi.
“Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai kereta berkenaan sehingga menerima surat daripada bank pada 2008 yang mahu mengisytiharkan muflis jika gagal melunaskan tunggakan kereta berkenaan,” katanya.
Perkara itu mengejutkan Zilah kerana dia tidak pernah melakukan urusan pembelian kereta dengan bank.
Difahamkan, pembelian kereta Kia Spectra itu dibuat pada 2003 dan pinjaman dilakukan menerusi cawangan bank berkenaan di Cheras. Ketika itu pula, Zilah berada di Kemaman, Terengganu dan bekerja sebagai penjaga parkir dengan gaji RM900 sebulan.
Selepas pemeriksaan, Zilah sekali lagi dikejutkan apabila dia diisytiharkan muflis terlebih dulu oleh sebuah lagi bank lain atas alasan sama iaitu gagal melunaskan ansuran bulanan sebuah lagi kereta Proton Wira yang turut didaftarkan atas namanya.
Menurutnya, kereta itu dibeli pada tahun sama dengan Kia Spectra itu dan pinjaman dibuat di Klang oleh individu lain yang menggunakan kad pengenalannya.
“Ia mengelirukan kerana saya hanya tahu mengenai pembelian kereta itu dan pengiktirafan muflis selepas membuat siasatan. Malah, saya juga tidak pernah dipanggil untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah bagi pengisytiharan muflis yang pertama itu,” katanya.
Zilah yang ditemui dalam sidang media anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, semalam, turut mempersoalkan tindakan bank yang meluluskan pinjaman tanpa membuat pemeriksaan teliti terhadap dokumen pembeli.
Ia dipersetujui Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak yang berpendapat perkara seperti kes Zilah tidak seharusnya berlaku apatah lagi ia membabitkan bank.
Sehubungan itu, PPIM membantu Zilah serta beberapa individu lain menerusi penyediaan khidmat peguam dan siasatan bagi membela orang ramai yang teraniaya.
“PPIM juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi melakukan siasatan ke atas bank bagi mengekang masalah penipuan seperti ini dari terus berlaku,” katanya.
‘Linda tidak kongkong saya’
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
mohdhelmi@hmetro.com.my
mohdhelmi@hmetro.com.my
BAHAGIA...Que Haidar bersama isteri, Linda Jasmine dan anak mereka, Muhamad Qalis.
Sehubungan itu, dia menolak dakwaan pihak tertentu yang menuduh isterinya, Linda Jasmine Hashim, 38, sebagai punca dia meninggalkan dunia lakonan yang selama ini menjadi sumber pendapatannya.
Terbaru apabila pelakon berkenaan tidak menghadiri prebiu tayangan filem, ‘Misteri Jalan Lama (MJL)’ di Cathay Cineplax e@Curve menyebabkan Que Haidar didakwa dikongkong isterinya yang dikatakan cemburu melampau selain diberikan banyak syarat termasuk tidak melakonkan adegan cinta bersama pelakon wanita lain.
“Saya sudah lali dengan isu ini, isteri tak pernah mengongkong, tapi apa yang berlaku keputusan sendiri. Sebelum berkahwin saya sudah berniat meninggalkan dunia lakonan kerana bagi saya keluarga lebih utama.
“Bukan niat saya tak hadir tayangan prebiu filem MJL, namun ketika itu terpaksa berulang-alik ke Johor melawat saudara yang sakit akibat kanser,” katanya.
Naik bot solat Jumaat
Oleh Mohd Nor Asri Yaacob
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
DEMI IBADAH...penduduk menggunakan sampan secara bergilir-gilir.
BERSEDIA...sampan yang mengangkut jemaah menunaikan solat Jumaat di Masjid Mukim Simpangan Hilir, semalam.
Tinjauan Harian Metro di kampung itu, semalam mendapati, penduduk terpaksa menaiki bot berenjin dan mendayung sampan secara bergilir-gilir dan terpaksa turun di pintu masjid selepas pekarangan masjid ditenggelami air sedalam kira-kira tiga meter.
Imam Masjid Mukim Simpangan Hilir, Ismail Awang Mat, 61, berkata, sudah menjadi tradisi penduduk kampung itu menggunakan bot dan sampan sebagai pengangkutan bagi menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah di masjid pada musim banjir.
Katanya, penduduk tetap menunaikan tanggungjawab masing-masing walaupun terpaksa bersusah payah ke masjid “Setiap tahun penduduk akan menghadapi banjir, malah menaiki bot atau sampan ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat atau solat berjemaah sudah menjadi tradisi sejak masjid ini di bina pada 1991.
Maut dipijak lembu
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
mdfuzi@hmetro.com.my
mdfuzi@hmetro.com.my
MALANG...polis membawa mayat Akosetiawan untuk dibedah siasat.
Kejadian berlaku jam 8 malam apabila mangsa, Akosetiawan Ibon, 27, seorang warga Indonesia menunggang motosikal bersendirian dari pekan Gedangsa ke rumahnya di Kampung Soeharto, dekat sini.
Rakan mangsa, Mohd Irwan Kamaruzaman, 22, berkata, dia hanya menyedari kejadian itu sebaik menerima panggilan daripada orang ramai sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Katanya, sebaik tiba di tempat kejadian, dia melihat rakannya sudah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan luka di muka yang turut diselaputi najis lembu.
“Kami baru bertemu dan minum lewat petang semalam (kelmarin) di restoran kolam pancing Gedangsa. Tidak sangka pula ajal menjemputnya dengan keadaan menyedihkan dan tragik,” katanya.
“Kita bernasib baik air tidak pernah melimpah ke dalam masjid dan penduduk masih dapat menunaikan solat Jumaat dan solat berjemaah seperti biasa,” katanya.
Penduduk, Mat Razi Mat Ail, 50, berkata, 10 bot berenjin termasuk beberapa sampan milik orang kampung dijadikan pengangkutan menghantar penduduk ke masjid kira-kira 800 meter dari jalan besar.
Katanya, penduduk menggunakan pengangkutan itu secara bergilir-gilir kerana sebuah bot atau sampan hanya mampu memuatkan antara lima hingga enam orang penduduk kampung.
Sementara itu, Pemangku Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Pengakalan Kubor, Ahmad Mazdan Jusoh, ketika dihubungi berkata, 10 penduduk membabitkan dua keluarga di kampung berkenaan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Kubor 2.
“Jumlah mangsa banjir di kampung itu dijangka bertambah berikutan paras air Sungai Golok semakin meningkat dan kita sudah bersedia melakukan kerja menyelamat,” katanya.
Kotai hangus
Oleh Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my
apendy@hmetro.com.my
MARAK...rumah kongsi yang terbakar di tapak projek pembangunan di Kampung Kerinchi, semalam.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pantai, Zakaria Syed Yusof, berkata bomba lambat menerima maklumat kebakaran itu dan setibanya di tempat kejadian hampir 70 peratus kawasan rumah kongsi berkenaan sudah terbakar.
Menurutnya, tidak kurang 25 rumah kongsi didirikan di kawasan itu namun tiada sebarang kecederaan ataupun kehilangan nyawa kerana kawasan itu dikosongkan ekoran kerja pembinaan selesai sebulan lalu.
“Kami menerima panggilan kecemasan jam 12.16 tengah hari dan tiba di lokasi kurang 10 minit kemudian. Ketika jentera pertama tiba, kebakaran merebak hampir di keseluruhan kawasan rumah kongsi berkenaan dan kami percaya kebakaran itu terjadi lebih awal sebelum dimaklumkan kepada bomba.
“Api dikawal daripada merebak ke kawasan berhampiran 15 minit selepas itu, bagaimanapun semua rumah kongsi itu musnah,” katanya yang ditemui di tempat kejadian.
Katanya, punca kejadian belum dikenal pasti dan pihaknya menjalankan siasatan bagi mengetahui bagaimana api tercetus di kawasan itu sedangkan ia sudah lama tidak didiami.
Doktor pelatih temui ajal dekat pokok
Dalam kejadian jam 6 pagi, mangsa, Dr Cheng Siew Kuan, 26, yang bertugas di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak, Likas, mati di tempat kejadian selepas parah di kepala.
Mangsa yang menetap di Taman Cendawan Batu, Jalan Penampang, dalam perjalanan menuju hospital berkenaan untuk bertugas.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, kereta Proton Wira dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dan merempuh pokok.
Pengguna jalan raya yang menyedari kemalangan itu menghubungi bomba sebelum mangsa dikeluarkan.
Mayat Cheng dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.
“Mangsa yang tiba dari bulatan Yayasan Sabah dipercayai hilang kawalan lalu merempuh pokok di pembahagi jalan.
Katanya, siasatan awal polis mendapati tiada kesan brek atau perlanggaran dengan kenderaan lain.
“Polis masih menyiasat sama ada kemalangan ini berpunca akibat kecuaian, mengantuk atau masalah teknikal lain.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, rakan setugas mangsa yang enggan dikenali berkata, mangsa berasal dari Selangor dan bertugas di Bahagian Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) hospital berkenaan sejak awal Januari lalu.
Hasil niaga RM118,000 Fauzi Nawawi lesap
Beliau berkata selepas geram dengan tindakan seorang pekerjanya warga Bangladesh berusia 20-an yang melarikan RM118,000 wang hasil perniagaan dan peruntukan perbelanjaan restoran berasaskan makanan Iran miliknya di Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng, di sini, yang diusahakan bersama seorang rakan berasal dari Iran.
Kehilangan wang dan suspek disedari kakitangan restoran berkenaan jam 5 pagi kelmarin sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini.
Menceritakan semula kejadian itu, Fauzi berkata, dia dan rakannya itu mengambil alih restoran berkenaan hampir dua bulan lalu daripada pemilik asal yang menghadapi masalah kewangan.
“Sebelum memulakan perniagaan, saya membayar tunggakan gaji tiga bulan kepada semua pekerja dan mengambil semula mereka bekerja dengan saya.
“Ini bertujuan melancarkan urusan perniagaan kerana semua pekerja sudah terlatih,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Menurutnya, suspek yang mencuri wang berkenaan ditugaskan menjadi juruwang dengan gaji RM2,000 sebulan dan disebabkan itu dia tahu tempat wang perniagaan disimpan.
“Pekerja lain menyedari kehilangan wang dalam peti simpanan itu jam 5 pagi selepas membuat kiraan sebelum menutup restoran. Manakala, suspek sudah menghilangkan diri sejak jam 3 pagi.
Fauzi berkata, beberapa pekerjanya bergegas ke kediaman suspek di Keramat, di sini sebelum hampa apabila dia sudah keluar dari rumah itu.
“Saya yakin wang yang dicurinya itu masih berada dalam simpanannya. Malah, perasaan saya kuat mengatakan dia masih berada di ibu kota,” katanya. Fauzi berkata, sesiapa yang mengenali lelaki terbabit atau terserempak dengannya boleh menghubungi balai polis terdekat atau pekerjanya, Ong Bak di talian 013-2244386.
Pintu rumah pun jadilah...
Oleh Junaidi Ladjana
djuns@hmetro.com.my
djuns@hmetro.com.my
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, semua suspek berusia 20, 26, dan 33 tahun dikatakan baru selesai memecah masuk sebuah rumah, tetapi difahamkan tiada barang berharga ditemui.
Tiada pilihan, kumpulan lelaki berkenaan menanggalkan pintu rumah dimasuki mereka sebelum melarikannya.
Difahamkan, rumah dimasuki mereka milik penduduk setempat yang sedang dalam pembinaan, selain berada dalam keadaan separuh siap.
Selepas menanggalkan pintu terbabit, perbuatan mereka yang memikul barang berkenaan disedari penduduk lalu menghubungi polis.
Polis yang menerima maklumat bergegas ke tempat kejadian sebelum menjejaki semua suspek.
Bagaimanapun, suspek berusia 33 tahun dapat dicekup manakala dua lagi rakannya melarikan diri.
Lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
“Siasatan mendapati, ketiga-tiga suspek memasuki rumah separuh siap untuk mencuri, namun tiada barang berharga ditemui.
“Mereka kemudian mengumpil sebelum melarikan pintu rumah dimasuki yang dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya.
Katanya, siasatan juga mendapati ketiga-tiga suspek penduduk kampung sekitar kawasan berkenaan.
“Ujian air kencing juga mengesahkan ketiga-tiga suspek positif dadah jenis syabu.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya.
Waspada di luar rumah
Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pelaku seks ada kaitan dengan sakit mental atau ketagihan seks dan mereka cenderung melakukan gangguan seksual dan jenayah rogol di mana saja jika berpeluang.
Katanya, pelaku seks mungkin sudah memerhatikan pergerakan mangsa sebelum menyerang dan merogol atau menunggu sesiapa saja yang datang menghampirinya, serta mengambil peluang itu untuk merogol mangsa.
“Antara kaedah meningkatkan keselamatan dengan mempelajari kemahiran mempertahankan diri, membawa senjata seperti penyembur lada atau objek lain yang boleh melindungi.
“Biarpun kaedah itu tidak seratus peratus menghalang berlaku jenayah, tetapi dapat membantu ketika berada dalam bahaya. Wanita juga diingatkan tidak berseorangan terutama di kawasan berisiko berlaku jenayah,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Beliau mengulas kejadian cubaan rogol yang berlaku di sebuah pawagam mini di Kuching, Sarawak, kelmarin.
Dalam kejadian itu, seorang wanita nekad mempertahankan kesuciannya daripada diragut walaupun dalam keadaan separuh sedar selepas disuntik ubat pelali sebanyak dua kali oleh seorang lelaki yang cuba merogolnya.
Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun tetap menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha merogolnya. Sementara itu, Pegawai Kanan Program Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Lee Wei San, berkata isu keganasan terhadap wanita tidak pernah selesai, malah pada tahun lalu, 3,595 kes rogol, 3173 dera dan 2054 gangguan seksual dilaporkan.
“Ini mungkin disebabkan pengawasan undang-undang yang kurang di kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah. Kaedah baru dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat perlu diperkenalkan bagi memastikan keganasan terhadap wanita dapat dihapuskan,” katanya.
‘Datuk’ larikan enam telefon bimbit
Difahamkan, dalam kejadian jam 7 malam itu, mangsa menerima panggilan daripada seorang lelaki yang ingin memesan beberapa barangan dari kedainya di Seri Hartamas, di sini.
Sumber berkata, mangsa menerima pesanan berkenaan selepas yakin dengan lelaki terbabit yang mengenali dirinya sebelum menghantar barangan dipesan itu kepadanya.
“Mangsa yang tidak menaruh syak wasangka berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah di Bukit Kiara bagi menyerahkan barangan itu.
“Suspek bagaimanapun memberi alasan tidak mempunyai wang ketika itu dan mengarahkan mangsa ke pejabatnya di tingkat satu, bangunan sama bagi mendapatkan wang berkenaan,” katanya.
Mangsa menurut arahan dan pergi ke tingkat atas mencari pejabat suspek.
Namun, mangsa gagal mencari pejabat itu sebelum bergegas ke tingkat bawah untuk bertemu semula suspek.
Sebaik menyedari suspek tiada, mangsa cuba menghubungi telefon bimbit lelaki itu, tetapi gagal.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Polis serempak mayat dibakar
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 3.50 pagi, anggota polis berkenaan yang melakukan rondaan cegah jenayah melihat kepulan asap tebal di kawasan lapang berkenaan dan walaupun menyangka ia daripada pembakaran terbuka, dia tetap ke tempat kejadian untuk memeriksa.
Pemangku Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superitendan Razak Md Said berkata, anggota yang melakukan rondaan biasa di sekitar kawasan perumahan itu bagi mencegah jenayah, mendapati api berkenaan berpunca daripada longgokan kayu dan bahan pembinaan terbuang.
“Apabila meneliti objek yang terselindung di sebalik longgokan kayu itu, anggota polis berkenaan terkejut apabila menyedari terdapat mayat seorang lelaki dibakar.
“Melihat ada mayat, anggota berkenaan meminta bantuan seorang awam yang berada di kawasan berhampiran bagi membantunya memadam api berkenaan.
“Usaha mereka memadamkan api mengelak tubuh lelaki berkulit cerah itu terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi semalam.
Razak berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri milik mangsa dan motif kes berkenaan masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, bagi membantu siasatan awal pihaknya mengambil keterangan tujuh lelaki warga asing yang tinggal di sebuah rumah kongsi berhampiran lokasi.
Bagaimanapun, katanya, semua warga asing itu mendakwa tidak sedar kejadian itu berlaku disebabkan nyenyak tidur ketika kejadian.
“Semua warga asing berkenaan membabitkan tiga pekerja Indonesia, seorang warga Bangladesh, seorang Myanmar dan dua pekerja dari China.
“Kami tidak pasti sama ada mangsa dibunuh di tempat lain sebelum dibakar di situ dan masih menunggu laporan bedah siasat bagi memastikan punca kematian dan sama ada mangsa diserang secara fizikal sebelum dibakar,” katanya.
Berikutan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Selain itu, katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Hassan di talian 019-6000588.
Mayat lelaki tua hilang dalam longkang
Lebih memilukan apabila mayat Yahya Puteh, 62, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditemui masih dalam keadaan berpakaian seragam oleh penduduk kampung yang menemui sebuah motosikal terbalik di tepi jalan di situ.
Selepas ternampak motosikal, mereka kemudian menemui mayat mangsa dalam longkang dengan beberapa bahagian badannya sudah hampir reput kerana sudah tiga hari berada di situ tanpa disedari orang ramai.
Pengurus Major Security Services Sdn Bhd, Khairul Anwar Abdul Hamid, syarikat pengawal keselamatan tempat mangsa bekerja, berkata dia dimaklumkan ahli keluarga mangsa yang menghubunginya kerana hairan Yahya tidak pulang sejak beberapa hari lalu.
“Arwah didapati hilang sejak Selasa lalu selepas pulang dari tempat kerja di kawasan perumahan Sunway Mutiara, Batu Maung, kira-kira jam 7 pagi.
“Ahli keluarganya cuba mencari di kawasan sekitar tapi gagal ditemui sehinggalah kami diberitahu ada beberapa penduduk terjumpa mayatnya,” katanya yang ditemui di Hospital Balik Pulau di sini, semalam.
Menurutnya, Allahyarham yang lebih dikenali sebagai ‘Pak Ya’ oleh rakan adalah pekerja yang jujur dan sangat disenangi.
“Dia sudah bekerja dengan syarikat kami sejak dua tahun lalu, bukan saja dengan pekerja lain, malah penduduk di kawasan perumahan yang dijaganya turut menyenangi sikap arwah.
Menurutnya, selepas dimaklumkan mengenai penemuan mayat pengawal keselamatan itu, dia terus bergegas ke lokasi kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam.
Usaha Harian Metro untuk menemubual keluarga mangsa gagal kerana semua ahli keluarga masih bersedih dengan kematian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Mohd Hatta Mohd Zain ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan penemuan mayat terbabit.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa terbabit dalam kemalangan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Warga emas puja ‘Datuk’ tokong tinggal
Kedudukannya di puncak bukit 2.5 Kilometer dari jalan utama selain dikelilingi ladang kelapa sawit menjadikannya terlindung daripada pandangan umum. Penduduk, Darus Awaludin, 68, berkata, lokasi tokong lama yang terletak di atas bukit itu menjadikannya sebagai tempat terbaik bagi mereka yang taksub mendapatkan nombor ramalan.
“Pada asalnya, bangsal yang menjadi tempat pemujaan itu adalah sebuah tokong lama yang ditinggalkan, namun kini ia dijadikan tempat melakukan aktiviti pemujaan bagi mereka yang kemaruk inginkan nombor ramalan.
“Saya sendiri pernah melihat sekumpulan lelaki warga emas Melayu, datang ke sini membawa kambing dalam sebuah pacuan empat roda dipercayai untuk aktiviti pemujaan itu selepas senja.
“Saya juga melihat mereka membawa kambing itu dan barangan lain, dipercayai perkakasan untuk upacara pemujaan ke dalam bangsal di atas bukit di tengah ladang sawit itu,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, kebiasaannya kaki ekor datang melakukan aktiviti haram mereka selepas senja sebelum menjelang malam pada setiap hari Khamis malam Jumaat kerana menganggap waktu itu paling sesuai dan kurang gangguan.
Katanya, mereka yang ingin memuja nombor membawa peralatan yang diminta pengamal nombor ramalan seperti tujuh kambing hitam, semangkuk darah ayam, telur ular tedung ,senjata lama atau barangan lama.
Menurutnya, kaki ekor juga membawa pengeras ke situ antaranya colok, pisang, tujuh batang rokok dan buah yang didakwa hidangan untuk penunggu di situ.
“Kaki nombor ekor turut bermalam di situ untuk menjalankan aktiviti bertapa memuja ‘Datuk’ selama beberapa hari kerana yakin takdir memihak kepada nasib mereka.
Difahamkan, kumpulan pemuja tegar turut mengadakan pesta memotong kambing setiap pertengahan tahun, malah ada yang memeluk dan mencium kambing itu sebagai satu upacara.
Seorang lagi penduduk, Hemizan Selamat, 42, berkata, golongan itu biasanya menggunakan jampi tertentu untuk menyeru penunggu dalam usaha memuja nombor diingini.
“Mereka taksub kepada benda keramat seperti keris, kubur, pokok besar dan batu sehingga ada antara golongan ini sanggup meredah jauh ke dalam ladang estet untuk tujuan berkenaan,” katanya.
Menurutnya, amalan kuno seperti puja kambing, darah ayam dan ancak untuk jamu jin diamalkan orang Melayu dulu-dulu sejak turun temurun.
Katanya, sehingga hari ini amalan itu dalam diam masih diamalkan segelintir masyarakat untuk mendapatkan sesuatu melalui cara mistik.
“Mamang menyedihkan apabila mereka tergamak mencampur-aduk ajaran Islam dengan fahaman karut,” katanya.
Korban lubang
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
zatuliffah@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Mohd Syamirul Aiman meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang dikorek penduduk kampung untuk mengambil pasir, terletak kira-kira 800 meter dari rumahnya di PPRT itu.
Menurut Che Kamariah, dia hanya menyedari kehilangan cucunya apabila dimaklumkan Mohd Syamirul terjatuh ke dalam lubang pasir itu oleh rakan arwah kira-kira jam 2 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
“Saya tidak sedar bila dia keluar bermain bersama rakan-rakannya di situ kerana sebelum itu saya dapati dia masih berada di rumah menonton televisyen jam 11 pagi.
“Memang terkejut apabila dimaklumkan dia terjatuh ke dalam lubang pasir berkenaan apatah lagi arwah tidak pernah pun bermain di situ sebelum ini dan saya berasa tidak sedap hati apabila melihat basikal dan seliparnya berada di tepi lubang itu sebelum meminta tolong penduduk kampung mencarinya.
“Bagaimanapun, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun terlebih dahulu memberanikan diri masuk ke dalam lubang itu dan menemui mayat Mohd Syamirul yang sudah tidak bernyawa dan kebiru-biruan kira-kira jam 2.30 petang,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam
No comments:
Post a Comment