Bertongkat curi kereta
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
georgie@hmetro.com.my
RAMPAS...Abd Razak menunjukkan kereta yang dirampas daripada suspek.
Suspek dipercayai menggunakan kekurangan itu sebagai sebahagian daripada modus operandi iaitu bagi mengalihkan perhatian orang ramai manakala rakannya mencuri kenderaan di tempat awam.
Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama dua lagi rakannya yang digelar ‘Geng Waja’ ditumpaskan polis selepas ditahan dalam Ops Lejang pada jam 2 petang, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias, berkata ketika kejadian, polis ternampak sebuah Proton Waja dinaiki dua daripada suspek dalam keadaan mencurigakan di satu persimpangan sebelum mengekori kenderaan itu.
“Menyedari kereta mereka diekori, suspek memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan sebelum didatangi anggota polis berkenaan.
“Bagaimanapun, suspek enggan keluar walaupun diarahkan berbuat demikian, malah suspek cuba memecut kenderaan itu untuk melarikan diri.
“Akibat hilang kawalan, kenderaan suspek terbabas sebelum merempuh penghadang di bahu jalan dan polis menangkap kedua-dua suspek terbabit,” katanya.
Berdasarkan pemeriksaan, kenderaan digunakan suspek ialah kereta curi yang dilaporkan hilang di Kajang.
“Hasil soal siasat ke atas kedua-dua suspek terbabit, polis kemudian membuat intipan di sebuah kawasan perumahan suspek dan menahan seorang lagi rakan mereka berserta sebuah lagi kenderaan curi.
“Sebuah lagi kenderaan ditemui selepas suspek menunjukkan di mana kereta berkenaan disimpan,” katanya.
Menurutnya, seorang daripada suspek OKU dipercayai berperanan sebagai ‘mata-mata’ manakala dua lagi bertindak sebagai pencuri kereta dan pembekal dadah.
Berdasarkan saringan air kencing, semua suspek positif dadah jenis syabu dan direman sehingga Isnin depan.
‘Polis’ kebas RM263,000
Mangsa, Teoh, 27, berkata pada jam 1.30 tengah hari pada 22 November lalu, dia menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya Koperal Marul, anggota JSJK Bukit Aman dari nombor telefon 03-2266xxxx yang mendakwa pihaknya menemui maklumat dirinya terbabit jenayah penipuan Black Money. “Pada mulanya saya tidak mengendahkan panggilan itu sebelum menerima satu lagi panggilan daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri Aini daripada MOF yang turut memaklumkan perkara sama sehari kemudian,” katanya, semalam. Katanya, wanita terbabit menyatakan siasatan perlu dilakukan ke atas akaun bank mangsa dan meminta dia memindahkan wang RM263,000 ke dalam dua akaun berlainan untuk tujuan siasatan dan berjanji memulangkan wang berkenaan selepas siasatan selesai.
“Selepas memasukkan wang berkenaan kelmarin pada jam 12.30 tengah hari, saya menghubungi nombor telefon 03-2266xxxx itu semula untuk bercakap dengan Koperal Marul, tetapi seorang pegawai polis wanita memaklumkan tiada pegawai seperti itu di JSJK.
“Pegawai berkenaan meminta saya membuat laporan polis kerana sudah tertipu,” katanya.
Mangsa membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya sebelum kes berkenaan diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk siasatan lanjut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Dua kali suntik pelali tapi gagal perkosa
Difahamkan, mangsa berusia 25 tahun yang bertugas di sebuah stesen penyiaran di bandar raya ini bersendirian ke tempat kejadian, sebelum tangannya ditarik seorang lelaki dikenali sebaik memasuki pawagam mini itu, kira-kira jam 7.20 malam.
Menurut sumber, suspek menarik mangsa sebelum menyuntiknya dengan ubat pelali menyebabkan wanita berkenaan cuba melawan, namun tidak berdaya.
Katanya, melihat mangsa cuba melawan, suspek bertindak lebih agresif apabila menggunakan kakinya untuk ‘mengikat’ tangan wanita berkenaan sebelum menyuntik kali kedua.
“Suntikan itu menyebabkan mangsa menggigil dan separuh sedar, namun dia menguatkan tenaga untuk melawan suspek yang masih berusaha untuk merogolnya.
“Suspek turut didakwa cuba memeluknya, namun mangsa sekali lagi melawan. Pada masa sama, mangsa beberapa kali ditolak ke atas sofa, namun cubaan suspek melakukan perbuatan keji itu gagal,” katanya.
Suspek keluar dari bilik berkenaan sebelum menghantar mangsa ke pejabatnya.
Sumber berkata, susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Satok di sini, pada petang keesokan hari.
Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan pihaknya menerima laporan dan siasatan masih dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama kerana cubaan merogol dan suspek direman empat hari bermula semalam.
Bapa bayar RM60,000 bebas anak diculik
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sebaik masuk ke gimnasium itu, seorang daripada suspek meletakkan senjata tajam berkenaan di leher mangsa sebelum mengarahkannya mengekori mereka.
Kumpulan itu turut mengarahkan mangsa memandu kereta Toyota Vios miliknya yang diletakkan berhampiran gimnasium itu. Separuh perjalanan, suspek mengarahkan mangsa memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum menukar kenderaan lain dan dibawa ke sebuah kediaman.
Menurut sumber, sebaik masuk ke dalam kereta suspek, mata dan tangan remaja terbabit diikat.
“Mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahuinya sebelum dikurung. Selang 10 minit kemudian, ikatan di matanya dibuka sebelum mangsa diarahkan menghubungi bapanya yang juga seorang tauke kedai emas.
“Suspek mengarahkan mangsa menghubungi bapanya yang juga tauke kedai emas.
“Lelaki berkenaan meminta satu kilogram emas dianggarkan bernilai RM200,000 sebagai tukaran nyawa mangsa,” katanya.
Difahamkan, sebelum mematikan talian telefon, kumpulan terbabit mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya keluarganya membuat laporan polis.
Sumber berkata, sejam kemudian, kumpulan penculik itu sekali lagi menghubungi keluarga mangsa sebelum berlaku sekali lagi rundingan apabila bapa mangsa gagal menyediakan wang seperti yang diminta suspek.
“Selepas lebih tiga kali berunding dengan suspek, kumpulan penculik terbabit akur dengan permintaan bapa mangsa yang bersedia membayar RM60,000 sebelum menetapkan lokasi pertemuan di satu kawasan di Cheras kira-kira jam 7 malam hari sama,” katanya.
Sumber berkata, suspek kemudian menetapkan satu lokasi pertemuan dan pertukaran antara mangsa dan wang berkenaan di satu kawasan di Cheras kira-kira jam 7 petang hari sama.
Difahamkan, ketika sesi pertukaran itu, hanya bapa mangsa yang pergi bertemu dengan kumpulan terbabit dan membawa wang yang diminta mereka.
Katanya, selepas yakin keadaan selamat, kumpulan penculik itu mengambil wang tebusan berkenaan sebelum membebaskan mangsa.
Kumpulan terbabit melarikan diri selepas mengambil wang tebusan dan membebaskan mangsa sebelum membuat laporan di Balai Polis Pudu, di sini.
Biarpun dijadikan tebusan hampir 10 jam, kumpulan terbabit tidak mencederakan mangsa namun remaja berkenaan dilaporkan masih trauma dengan insiden yang dialaminya itu.
Difahamkan, sehingga kini kumpulan penculik itu masih bebas namun usaha memburu mereka sedang giat dijalankan biarpun berlaku kesulitan disebabkan mangsa gagal melihat wajah tiga suspek terbabit.
Kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.
Tak sedar ibu mati 3 hari
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam, mayat mangsa, Heng Song Moi, 59, yang juga penjual mi di Jalan Putra, di sini, ditemui anak lelakinya, Tan Ching Yun, 30- an, yang pulang ke rumah selepas bimbang kerana tidak menemui ibunya sejak beberapa hari lalu.
Difahamkan, Tan pada mulanya menyangka ibunya berada di rumah kakaknya selepas mereka tidak bertemu sejak tiga hari lalu, tetapi tergamam apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.
Sumber berkata, Tan kemudian menghubungi kakaknya untuk bertanyakan sama ada ibu mereka ada di rumah kakaknya atau sebaliknya.
“Anak mangsa terkejut selepas diberitahu bahawa ibu mereka tidak ke rumah kakaknya menyebabkan Tan cuba memeriksa sendiri mangsa di dalam bilik dan dalam masa sama dia turut terhidu bau busuk,” menurut sumber itu.
Bekal dadah untuk adik dalam lokap
Difahamkan peniaga wanita berusia 32 tahun itu memberi alasan mahu menyerahkan sepasang selipar, masing-masing sebiji tasbih dan kopiah kepada adiknya yang dibicarakan atas tuduhan mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 di kompleks berkenaan.
Menurut anggota polis terbabit, Koperal Ismail Ahmad, dia yang sedang bertugas bersama rakannya, Lans Koperal Nor Haizah Yacob didatangi suspek pada jam 9.15 pagi yang memohon kebenaran untuk berjumpa dengan adiknya.
Bagaimanapun, dia tidak membenarkan suspek bertemu dengan adiknya menyebabkan suspek merayu agar dibenarkan menyerahkan barang-barang yang dibawanya kepada adiknya yang berada di dalam lokap.
Curiga dengan gelagat wanita itu, Ismail membuat keputusan memeriksa barangan terbabit.
“Hasil pemeriksaan yang dijalankan terhadap barangan berkenaan, saya menemui satu lipatan kertas timah mengandungi satu peket plastik cerah berisi 10 biji pil berwarna merah dan satu tiub panjang berisi serbuk putih disyaki dadah di dalam salah satu selipar yang digunakan untuk kaki kiri.
“Sebaik menyedari perbuatannya terbongkar, wanita berkenaan cuba melarikan diri. Bagaimanapun, dia ditahan tidak lama selepas itu sebelum dibawa ke Bilik Polis Mahkamah di kompleks ini untuk tindakan lanjut,” katanya.
Susulan kejadian itu, satu laporan dibuat Ismail di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.
Kail mayat
Oleh Siti Fatimah Hassan dan Jauhariatul Akmal Johar
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Muhammad Raihan lemas kira-kira jam 6 petang kelmarin dan usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan anggota bomba terpaksa dihentikan kira-kira jam 7 malam kerana keadaan gelap.
Bagaimanapun, penduduk kampung meneruskan usaha mencari menggunakan mata kail dan menemui mayat remaja itu di dasar tali air berkenaan kira-kira jam 11 malam.
Ibu saudara Muhammad Raihan, Tengku Lela Marshita Tengku Ariff berkata, usaha mengesan anak saudaranya itu dilakukan penduduk kampung dengan kerjasama warga madrasah tempat Muhammad Raiham belajar selepas bomba menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada jam 7 malam.
“Penduduk kampung menggunakan mata kail yang dicampak ke dasar sungai sebelum ia tersangkut pada baju dipakai arwah. Alhamdulillah, jasad arwah akhirnya ditemui.
“Terima kasih kepada penduduk kampung dan warga madrasah yang membantu,” katanya.
Menurutnya, sebelum kejadian Muhammad Raihan mandi di tali air berkenaan bersama dua rakannya, Mohd Ali Zulkarnain Mohd Shafri, 14, dan Muhammad Rifqi Yusoff, 13.
Tengku Lela Marshita berkata, arwah dikatakan menyelamatkan Mohd Ali yang lemas sebelum dia pula tenggelam dihanyut arus.
Sementara itu, bapa mangsa, Mohamad Haslan Hassan, 41, berkata, anaknya itu teringin sangat mahu pulang ke rumah mereka di Banting, Selangor dan dia pulang selama tiga hari sempena Aidiladha lalu.
“Itulah kali terakhir saya dapat bertemunya sebelum dia meninggal dunia akibat lemas,” katanya.
Menurutnya, anak sulung daripada lima beradik itu beria-ia mahu pulang ke Banting memandangkan sudah lama berada di Kelantan bagi menumpukan pengajian di Madrasah Tahfiz Al-Rahmaniah Attiniah, Lubuk Tapah, di sini.
Katanya, arwah sempat meluangkan masa bersama keluarga selama tiga hari sebelum dia pulang dengan menaiki bas ekspres.
“Dia minta sangat mahu pulang kerana sudah lama tidak balik. Sebelum kembali ke Kelantan, dia beritahu akan beri tumpuan penuh kepada pelajaran selepas ini.
“Dia anak yang baik dan tidak pernah menyusahkan keluarga. Dia juga pendiam tapi akrab dengan ahli keluarga,” katanya.
Mayat Muhammad Raihan dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chekok, Chetok di sini, jam 11 pagi semalam.
Korban keempat
Dalam kejadian kira-kira jam 6.50 petang itu, Shahrul Aiman menjadi mangsa keempat korban banjir di negeri ini. Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Rantau Panjang dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.30 malam.
Jenazah dibawa ke Hospital Pasir Mas untuk dibedah siasat dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang jam 12 tengah hari semalam.
Malang gadis berkemban
Lelaki warga Myanmar terbabit dipercayai menyelinap masuk ke bilik mangsa ketika gadis itu mandi.
Menurut sumber, dalam kejadian jam 10 malam itu, lelaki itu menyerang mangsa dari arah belakang.
“Mangsa yang juga pelayan restoran terkejut dengan tindakan lelaki terbabit, bagaimanapun tidak dapat melarikan diri apabila suspek menolak mangsa hingga dia terjatuh ke lantai.
“Suspek memaki-hamun mangsa supaya tidak melawan. Lelaki itu kemudian membuka tuala dipakai mangsa sebelum memperkosanya,” katanya.
Sumber berkata, selepas beberapa jam kemudian suspek keluar dari rumah berkenaan dan mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Menurutnya, remaja terbabit dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Bekas kekasih balas dendam
Lebih menyayat hati apabila kedua-dua tangan dan kaki remaja perempuan itu diikat serta mulutnya disumbat kain sebelum baju dan seluarnya dikerat.
Difahamkan, mangsa dikurung hampir 48 jam oleh bekas teman lelakinya yang bersenjatakan parang dalam sebuah bilik di rumah lelaki itu di Paya Jaras, di sini.
Malah, dalam tempoh itu, mangsa turut diugut untuk mengerat badan mangsa sebelum mayatnya disumbat ke dalam beg sampah dan dicampak.
Bagaimanapun, penderitaannya itu berakhir apabila mangsa berjaya meleraikan ikatan dan mengirimkan SMS kepada keluarga sebelum rumah terbabit diserbu polis.
Mangsa dihantar ke hospital dan dimasukkan ke wad sebelum dibenarkan pulang dan membuat laporan polis, petang kelmarin.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Mohd Adnan Abdullah mengesahkan menerima laporan itu dan memberitahu siasatan lanjut dijalankan.
Pecut kereta terjun sungai
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Dalam kejadian itu, Zulramond Roslan, 34, dikatakan memandu kereta Perodua Viva berwarna hitam selepas selesai minum bersama dua adiknya.
Menurut adiknya, Dino, 23, selesai minum, arwah dikatakan menelefon seseorang dalam kereta dinaiki namun tidak diketahui dengan siapa dia berbual.
“Lebih kurang jam 8 malam, dia meminta diri untuk pergi. Berapa minit kemudian, saya mendapat tahu, arwah memecut kereta ke sungai berkenaan.
“Saya tidak tahu punca sebenar kerana arwah pernah memberitahu dia merancang mendirikan rumah tangga bersama seorang wanita dari Samarahan bulan depan,” katanya di Wad Kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) semalam.
No comments:
Post a Comment