Maut disengat tebuan
MARANG - Seorang lelaki sempat menunggang motosikal untuk mandi di rumah selepas disengat berpuluh ekor tebuan tanah yang 'mengamuk' apabila sarangnya diganggu sebelum mangsa menemui ajal empat jam kemudian dalam kejadian di Kampung Pecah Batu dekat sini kelmarin.
Ghani Mamat, 58, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Hutan Banau disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu pada pukul 5 petang akibat serangan jantung yang berpunca daripada bisa sengatan itu.
Majikan dilarang suruh amah buat kerja luar rumah
PUTRAJAYA – Berkuat kuasa 1 Disember ini, para majikan dilarang menyuruh pembantu rumah Indonesia mereka membuat kerja luar rumah seperti membantu majikan di kedai runcit atau pasar malam.
Majikan yang didapati membuat kesalahan itu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan sekiranya sabit kesalahan boleh didenda minimum RM500,000 atau penjara tiga hingga 20 tahun.
Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Semenanjung Malaysia, Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohamed berkata, perkara itu adalah antara perjanjian yang dicapai antara Malaysia dan Indonesia berhubung penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia pada 16 November lalu.
Curi kereta beli dadah
SERDANG – Siapa sangka seorang lelaki yang cacat kakinya tergamak menjadi mata-mata bagi satu sindiket mencuri kereta bergelar Geng Waja sebagai jalan mudah untuk mendapatkan wang bagi membeli dadah.
Bagaimanapun, kegiatan jahat suspek bersama dua lagi rakannya yang normal sejak beberapa tahun lalu berkubur apabila kesemuanya ditahan Isnin lalu. Polis turut merampas tiga buah kereta jenis Proton Waja yang dicuri di sekitar Lembah Klang.
Difahamkan, lelaki berstatus Orang Kelainan Upaya (OKU) itu ditugaskan untuk memantau keadaan sekeliling ketika dua rakannya menghampiri kereta yang menjadi sasaran.
Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abdul Razak Elias, lelaki OKU itu dan seorang rakannya yang menaiki sebuah kereta Waja cuba melarikan diri ketika diarahkan berhenti berhampiran Kolej Seri Kembangan di sini.
Bau busuk bongkar rahsia
ALOR SETAR - Seorang lelaki yang menyangka ibunya bermalam di rumah adik-beradik lain selepas tidak kelihatan sejak tiga hari lalu terkejut apabila menemui mayat peniaga mi tersebut terbaring dengan satu tikaman di leher kelmarin.
Kejadian pukul 11.41 malam di Taman Jaya, Jalan Langgar di sini itu terbongkar apabila Tan Ching Yun, 30-an, bertindak memecahkan pintu bilik ibunya, Heng Song Moi, 59, yang berkunci selepas terhidu bau busuk.
No comments:
Post a Comment