800,000 peluang kerja diwujudkan tahun lalu
PADANG BESAR - Hampir 800,000 peluang pekerjaan diwujudkan di negara ini tahun lepas sekali gus membuktikan Malaysia berada pada kedudukan ekonomi yang kukuh.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, peluang pekerjaan yang banyak menyebabkan negara ini menghadapi masalah tidak cukup tenaga kerja terlatih untuk mengisi kekosongan di sektor tertentu.
"Kita sediakan peluang pekerjaan cukup banyak. Kini ladang tak cukup pekerja, kilang pun tak cukup. Anak- anak muda yang ada tak cukup untuk tampung keperluan sektor tertentu. Kita terpaksa bawa pekerja asing untuk penuhi keperluan dan tuntutan industri," katanya pada Jamuan Rakyat 1Malaysia di Dewan Seri Melati Beseri dekat sini semalam.
Pendaftaran BRIM 2.0 ditutup 15 Mac
PUTRAJAYA - Kerajaan memutuskan bahawa pendaftaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BRIM 2.0) ditutup pada 15 Mac 2013, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah semalam.
"Kami beri tempoh sebulan lagi supaya mereka yang belum memohon akan dapat membuat permohonan.
"Falsafah kerajaan dalam konteks BR1M ialah untuk memastikan semua rakyat yang layak, mendapat BR1M," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada forum ekonomi perbendaharaan di sini.
Ahmad Husni berkata kerajaan mendapati hampir semua pemohon yang layak telah menghantar permohonan mereka dan sehingga kini sebanyak 7.3 juta permohonan diterima.
Bagaimanapun, katanya, dalam proses menentukan kelayakan individu mendapat BR1M 2.0, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri mendapati terdapat pemohon yang memohon dua kali.
"Sekiranya mereka mohon dua kali satu permohonan akan ketepikan, hanya satu permohonan akan diproses," jelas beliau.
Jangan bersungut isu angpau RM150, kata DBKL
MP
Cheras Tan Kok Wai mempersoalkan jumlah sumbangan angpau Tahun Baru Cina
kepada penghuni pangsapuri kerajaan, yang berkurangan kepada RM150
tahun ini.Walhal, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebelum ini mengagihkan RM300 kepada setiap keluarga miskin berkenaan untuk sambutan perayaan masing-masing, katanya.
Tan dalam satu sidang media bersama 10 orang wakil keluarga tersebut berkata, DBKL sepatutnya menambah jumlah bantuan angpau 1Malaysia itu kepada RM500 dengan mengambil kira keadaan inflasi.
Padahal, DBKL dengan peruntukan sebanyak RM2.18bilion, sering berbelanja mewah seperti untuk unit penguatkuasan termasuk pasukan berkuda, katanya.
"Namun, ia tidak sanggup membelanjakan RM300 sebagai angpau atau secara keseluruhannya RM135,000 untuk 450 keluarga miskin," katanya.
an berkata beliau tidak berjaya mendapatkan penjelasan berhubung isu tersebut daripada pihak berkuasa berkaitan.
Sementara itu, timbalan ketua pengarah DBKL Mohd Amin Nordin Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa jumlah pemohon bantuan tersebut telahpun meningkat.
Maka, jumlah yang diagihkan itu juga perlu mengikut peruntukan ditetapkan, katanya.
Tambahnya, DBKL mula mengedarkan sumbangan sebanyak RM150 untuk sambutan Hari Raya dan Deepavali pada tahun lalu tetapi tidak menerima apa-apa sungutan.
Bantuan RM1,000: Menteri mahu 'bukti' dari veteran tentera
Menteri
Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata bantuan RM1,000 kepada
pesara tentera tanpa pencen mungkin akan dipertimbangkan untuk dibayar
secara tahunan sekiranya BN mendapat mandat sekali lagi dalam pilihan
raya umum akan datang.
Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.
"Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.
"Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.
"Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.
Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.
Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
7 Februari 2013
KUALA LUMPUR - Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno mencadangkan tempoh
menebus rebat telefon pintar sebanyak RM200 Pakej Komunikasi Belia
dilanjut sehingga hujung tahun ini.
Pengerusi biro Datuk Muhammad Khairun Aseh dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempoh lanjutan daripada sebulan ke tiga bulan yang diumum Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Shahril Tarmizi pada Rabu, tidak selari dengan pelaksanaan Belanjawan 2013.
"Kami ingin mencadangkan supaya 31 Disember 2013 dijadikan sebagai tarikh akhir untuk belia yang layak mendaftar dan menebusnya dengan membeli telefon bimbit pintar memandangkan peruntukan rebat adalah daripada kandungan Belanjawan 2013," katanya.
Beliau menyifatkan tempoh masa itu sebagai tidak mesra belia dan berkata nisbah pendaftaran rebat setakat ini juga menunjukkan trend kurang memberangsangkan di kalangan belia untuk mendaftar.
"Nisbah pendaftaran rebat yang berjaya membeli telefon pintar menggunakan rebat adalah lebih kurang 13 peratus.
"Hitungan ini berdasarkan statistik oleh SKMM iaitu 440,000 telah mendaftar, tetapi hanya 60,000 yang berjaya membeli telefon pintar setakat ini," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Khairun berharap SKMM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dapat meneliti semula kandungan Belanjawan 2013 dan aspirasi polisi mesra orang muda yang diperkenal Perdana Menteri agar pelaksanaannya tidak dibantut dengan karenah birokrasi keterlaluan.
Skim telefon pintar itu dilancar pada 1 Januari lepas dan setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual menawarkan hampir 70 model telefon pintar yang boleh ditebus menggunakan pakej tersebut. - Bernama
7 Februari 2013
KOTA KINABALU - Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut
Sabah (Pekadin) menyifatkan pelancaran Skim Prihatin Pendidikan
1Malaysia (SPP1M) kena pada masanya dan mencerminkan semangat 1Malaysia.
Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata SPP1M menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dalam mentransformasikan pendidikan tinggi di negara ini dengan menjadikannya boleh akses kepada semua tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
"Saya percaya kebanyakan rakyat, terutama ibu bapa, gembira dengan pelaksanaan SPP1M ini sebagai tambahan kepada skim PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
"Perdana menteri kita memang mendengar keluhan dan kehendak ibu bapa serta pelajar. Pekadin berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan pendidikan ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau mengulas pelancaran SPP1M oleh perdana menteri semalam yang bertujuan membantu pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat pembiayaan tambahan.
Pada pelancaran itu, Najib berkata SPP1M diperkenal kerajaan sebagai pembiayaan tambahan, khusus untuk pelajar dalam bidang kritikal terpilih dengan pinjaman dihadkan kepada RM100,000 dan RM150,000 mengikut kursus.
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman PTPTN sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu. - Bernama
Dalam ucapannya ketika merasmikan satu portal kerjaya veteran tentera hari ini, naib presiden Umno itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin akan menimbang perkara itu.
"Bantuan one-off RM1,000 pula, (pesara tentera) minta untuk (dibayar secara) tahunan, saya fikir PM akan mempertimbangkan untuk melaksanakannya namun sekiranya kerajaan terus mendapat mandat," katanya.
Ditanya lanjut mengenai perkara itu dalam sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata perkara tersebut "perlu dibuktikan" terlebih dahulu kerana ia melibatkan kos besar.
"Dalam perkara ini saya fikir ianya bergantung kepada manifesto yang akan digarapkan oleh pengerusi BN pada pilihan raya umum akan datang.
"Tetapi jika ini permintaan daripada mereka, diharap ianya dibuktikan terlebih dahulu kerana agak sukar kerajaan nak biayai RM224 juta setahun kerana ini jumlah akan besar.
"Walau bagaimanapun kita berterima kasih sekiranya kerajaan memutuskan untuk mempertimbangkan pesara tentera tidak berpencen ini," katanya lagi.
Najib mengumumkan bantuan sebanyak RM1,000 itu dalam Belanjawan 2013 untuk menghargai jasa bekas tentera yang bersara awal kerana berkhidmat kurang 21 tahun.
Kos bantuan untuk 224,000 orang pesara tentera akan dtanggung bersama oleh kerajaan dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).
Pemuda Umno syor rebat telefon pintar dilanjut hujung tahun
7 Februari 2013
Pengerusi biro Datuk Muhammad Khairun Aseh dalam satu kenyataan hari ini berkata, tempoh lanjutan daripada sebulan ke tiga bulan yang diumum Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Shahril Tarmizi pada Rabu, tidak selari dengan pelaksanaan Belanjawan 2013.
"Kami ingin mencadangkan supaya 31 Disember 2013 dijadikan sebagai tarikh akhir untuk belia yang layak mendaftar dan menebusnya dengan membeli telefon bimbit pintar memandangkan peruntukan rebat adalah daripada kandungan Belanjawan 2013," katanya.
Beliau menyifatkan tempoh masa itu sebagai tidak mesra belia dan berkata nisbah pendaftaran rebat setakat ini juga menunjukkan trend kurang memberangsangkan di kalangan belia untuk mendaftar.
"Nisbah pendaftaran rebat yang berjaya membeli telefon pintar menggunakan rebat adalah lebih kurang 13 peratus.
"Hitungan ini berdasarkan statistik oleh SKMM iaitu 440,000 telah mendaftar, tetapi hanya 60,000 yang berjaya membeli telefon pintar setakat ini," katanya.
Sehubungan itu, Muhammad Khairun berharap SKMM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dapat meneliti semula kandungan Belanjawan 2013 dan aspirasi polisi mesra orang muda yang diperkenal Perdana Menteri agar pelaksanaannya tidak dibantut dengan karenah birokrasi keterlaluan.
Skim telefon pintar itu dilancar pada 1 Januari lepas dan setakat ini, terdapat lebih 4,500 wakil penjual menawarkan hampir 70 model telefon pintar yang boleh ditebus menggunakan pakej tersebut. - Bernama
Pekadin: SPP1M cerminkan semangat 1Malaysia
7 Februari 2013
Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata SPP1M menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ikhlas dalam mentransformasikan pendidikan tinggi di negara ini dengan menjadikannya boleh akses kepada semua tanpa mengira latar belakang, agama dan keturunan.
"Saya percaya kebanyakan rakyat, terutama ibu bapa, gembira dengan pelaksanaan SPP1M ini sebagai tambahan kepada skim PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
"Perdana menteri kita memang mendengar keluhan dan kehendak ibu bapa serta pelajar. Pekadin berterima kasih kepada kerajaan atas bantuan pendidikan ini," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.
Beliau mengulas pelancaran SPP1M oleh perdana menteri semalam yang bertujuan membantu pelajar peringkat pengajian tinggi mendapat pembiayaan tambahan.
Pada pelancaran itu, Najib berkata SPP1M diperkenal kerajaan sebagai pembiayaan tambahan, khusus untuk pelajar dalam bidang kritikal terpilih dengan pinjaman dihadkan kepada RM100,000 dan RM150,000 mengikut kursus.
SPP1M bertindak sebagai pinjaman tambahan kepada dana atau pinjaman PTPTN sedia ada untuk pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang tertentu. - Bernama
No comments:
Post a Comment