Sunday, February 3, 2013

HANYA ALLAH SAJA MAMPU MENJAGA KITA...ALLAH LAH SEBAIK2 PENJAGA

‘Siapa kenal saya?’

“Siapa saya...siapa kenal saya?“ tanya wanita warga emas berusia 70-an secara tiba-tiba apabila dia dipercayai hilang ingatan selepas mendapatkan rawatan di Unit Pesakit Luar Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Ah Soi ditemui merayau di sekitar HSA dan gagal mengingati apa-apa berkaitan diri dan tempat tinggalnya.

Menceritakan kejadian, pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya Anthony Lee berkata, gelagat Ah Soi yang tidak tentu arah menyebabkan seorang individu prihatin cuba membantunya.
“Ketika ditanya, Ah Soi langsung tidak dapat mengingati maklumat berkaitan dirinya dan hanya minta dihantar ke taman perumahan di sekitar Johor Jaya.

“Namun selepas dihantar ke situ, Ah Soi langsung tidak mengingati rumahnya walaupun sudah dibawa mengelilingi kawasan berkenaan beberapa jam. Dia juga tidak mengingati ahli keluarganya,” katanya.

Menurutnya, bagi menjamin keselamatan Ah Soi, dia dihantar ke Balai Polis Taman Johor Jaya sementara warisnya dikesan.
“Kami dapati Ah Soi datang ke HSA bersendirian. Kami harap waris atau sesiapa yang mengenali wanita ini dapat membantu kami mengesan keluarganya,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Taman Johor Jaya ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
“Wanita itu dibawa ke sini pada jam 3 petang dan kami masih berusaha mengesan warisnya. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan wanita itu diminta menghubungi talian 07-3534827/4861,” katanya.


pix_topright


Oleh Asmah Rusman
Rawang: Akibat terperanjat melihat seekor katak dalam keretanya, seorang guru yang memandu panik menyebabkan kenderaannya hilang kawalan, lalu merempuh sebatang pokok menyebabkan dia maut, seorang anaknya parah manakala seorang lagi anaknya patah kaki.
Dalam kejadian jam 5.30 petang di Jalan Kota Puteri berhadapan kolam pancing Batu Arang, Jumaat lalu itu, guru berkenaan yang memandu Proton Exora dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas tamat sesi mengajar.
Mangsa, Moey Yin, 36, maut di tempat kejadian akibat parah di dada manakala dua anaknya termasuk seorang parah.

Anak perempuan mangsa, Lee Jet Yu, berusia sembilan tahun, belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh, manakala adik lelakinya, Lee Jet Yang, berusia lapan tahun, dilaporkan stabil, tetapi patah kaki kiri.
FotoKATAK yang ditemui dalam kereta mangsa.

Difahamkan, anak lelaki mangsa yang baru tersedar dari koma pagi semalam memaklumkan ibunya gagal mengawal kenderaan selepas terkejut melihat seekor katak berada dalam kereta.

Kulit menggelupas seperti serangga

London: Kanak-kanak kecil yang berani ini masih mampu tersenyum di depan kamera meskipun berdepan dengan masalah kesihatan yang teruk.
Kulit tubuh Maisy Keetch, tujuh, akan melecur walaupun dengan sentuhan paling lembut.

Maisy menghidap Epidermolysis Bullosa, yang bermakna lapisan teratas kulitnya tidak bercantum dengan betul.
Walaupun dengan dakapan daripada ibunya, Amy, akan menyebabkan kulit kanak-kanak itu merah menyala, kelihatan seperti melecur.

Kerana itu Maisy terpaksa berhati-hati ketika bermain dengan kanak-kanak lain dan jangka hayatnya hanya 30 tahun.

Kanak-kanak itu yang penyakitnya dikenali sebagai sindrom kupu-kupu kerana kulitnya begitu mudah menggelupas, sama seperti serangga itu. Ini menyebabkan lengannya sentiasa dibalut dan memerlukan rawatan perubatan sepanjang hayat.
Amy dari London Tenggara berkata: “Sebaik dia dilahirkan, saya tahu ada yang tidak kena. Dia meraung sekuat-kuat hati. Tangannya dilitupi tanda gelap dan lidahnya merah menyala. Mulanya saya terkedu. Akhirnya, saya menyedari, bayi saya memerlukan saya untuk menjadi kuat.” Amy belajar daripada jururawat cara-cara menjaga Maisy, termasuk membalutnya serta memberitahu anak sulungnya, Harry yang ketika itu berusia empat tahun supaya berlembut dengan adiknya.

Bagaimanapun, wanita itu mengaku, setiap pagi dia bergelut apabila Maisy bangkit dari tidur dengan lecuran baru dan menjerit kesakitan. “Saya terpaksa memeluknya dengan begitu berhati-hati. Saya akan mandikannya dengan salap khas,” katanya kepada majalah love it! Amy juga menceritakan bagaimana kecederaan Maisy bertambah teruk apabila dia membesar.
“Mulanya dia cuba menggosok kulitnya yang melecur, tetapi ia menyebabkannya sakit. Merangkak juga membuatnya sakit. Saya terpaksa meletakkannya di dalam ‘walker’ yang dialas dengan kapas. “Satu hari ketika berjalan di luar dengan memimpin tangannya, dia jatuh. Saya menarik tangannya tetapi kulitnya mengelupas, tergantung seperti sarung tangan.” Bagaimanapun, Maisy yang sering menggunakan kerusi roda kerana kakinya terlalu sakit untuk berjalan, sudah tahu untuk menjaga keadaannya. Dia memberitahu kanak-kanak lain di tadika supaya mereka lebih berhati-hati apabila bermain dengannya.

Bisa muka dipatuk ular

Oleh Alias Abd Rani
Betong: Seorang lelaki warga emas terpaksa berjalan dalam kesakitan selama sejam untuk mendapatkan bantuan selepas mukanya dipatuk ular berbisa ketika mengutip buah di sebuah hutan berdekatan Kampung Penebak Tengah, di sini, kelmarin.
Selepas mengharungi detik memeritkan, mangsa berusia 78 tahun itu rebah dan terus tidak sedarkan diri sebaik tiba di rumah seorang saudaranya yang terletak berdekatan.
Menurut seorang ahli keluarga yang enggan dikenali, mangsa dikatakan berseorangan ketika masuk ke hutan berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari yang mengambil masa setengah jam dengan berjalan dari rumahnya.

“Dia sebenarnya sudah biasa dengan hutan di sini, bahkan sering masuk mencari buah dan tumbuhan untuk dimakan bersama keluarga atau dijual.
FotoMANGSA tiba di HUS sebelum dimasukkan ke ICU, kelmarin.

“Bagaimanapun, pada hari kejadian dia tidak menyedari terdapat seekor ular berbisa di atas dahan ketika melalui bawah sebatang pokok menyebabkan haiwan itu menyerang dan mematuknya di muka,” katanya.



Abon terbabas masuk longkang

Mersing: Pelawak dan pelakon terkenal, Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 53, sanggup meninggalkan kenderaannya yang terbabas di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau di sini dan menumpang kenderaan lain untuk ke Dataran Pulau, Mersing, semata-mata kerana enggan menghampakan peminatnya.
Dalam kejadian jam 7.20 pagi itu, Abon dikatakan dalam perjalanan ke Mersing menghadiri majlis My Beautiful Malaysia dari Gambang, Kuantan, Pahang, sebelum kereta BMW dipandunya terbabas.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melemahkan semangat pelawak terkenal itu, sebaliknya beliau menumpang orang ramai yang melalui jalan itu untuk meneruskan perjalanan.
Abon ketika ditemui berkata, dia enggan menghampakan ribuan peminat yang sedia menunggu di Dataran Pulau, Mersing menyebabkannya nekad meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

“Saya baru selesai menghadiri majlis makan malam di Gambang malam semalam (kelmarin) sebelum bertolak ke Mersing pagi tadi (semalam) bagi memenuhi undangan majlis ini.

“Ketika kejadian saya memandu pada kelajuan biasa kerana hujan baru berhenti dan jalan licin. Bagaimanapun, ketika membelok di satu selekoh kereta terbabas ke kanan menyebabkannya melanggar tebing tanah dan terperosok dalam longkang,” katanya.
FotoKERETA Abon terbabas ketika melalui jalan licin.

Dua anak kena culik?

Oleh Norul Awatif Romli
Klang: Ketika keluarga lain sedang sibuk membuat persiapan menyambut Tahun Baru Cina minggu depan, lain pula ceritanya buat sepasang suami isteri yang diselubungi kesedihan mengenangkan dua anak gadisnya yang dikhuatiri diculik kerana tidak pulang ke rumah di Pandamaran Jaya sejak Rabu lalu.
Bapa remaja terbabit, Chen Fook Chai, 42, berkata, dua anaknya Chen Poh Choo, 15, dan Chen Poh Fong, 13, keluar dari rumah untuk ke sekolah berhampiran rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
Pada kebiasaannya, anaknya itu berjalan ke sekolah dan akan pulang sebelum jam 7 malam setiap hari.

Bagaimanapun pada hari kejadian, mereka tidak pulang sehingga lewat malam dan memaksa Fook dan isterinya Lee Lay Chin, 35, keluar mencari kedua-dua anak mereka kerana bimbang sesuatu buruk berlaku.
FotoPOH Choo (kiri) dan Poh Fong yang hilang sejak Rabu lalu.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbit mereka, namun gagal. Berikutan itu, saya dan isteri keluar mencari mereka di sekolah dan juga rumah rakan terdekat yang dikenali, tapi hampa kerana panggilan tidak dijawab, selain rakannya tidak mengetahui ke mana anak saya pergi selepas sekolah.


Pukul, tetak sampai mati

Oleh MOHAMAD HUSSIN
Alor Setar: “Saya terkejut mendapat berita anak saya mati kena tetak. Baru dua minggu lalu saya menghubunginya dan dia kelihatan seperti biasa dan ceria,” kata Wan Mahmud, 69, ibu kepada Mohammad Najib Bakar, 37, yang maut ditetak dalam pergaduhan berhampiran tanah perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 7.29 malam, mangsa dikatakan dipukul dan ditetak di belakang kepala, leher dan kedua-dua kakinya oleh sekumpulan lelaki di kawasan itu.

Difahamkan, mangsa meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, kerana cedera parah.
Wan berkata, dia terkejut apabila polis memaklumkan kejadian itu kerana anaknya tidak menunjukkan perubahan sikap, malah kelihatan seperti biasa dan sangat ceria.

“Arwah memang anak yang bertanggungjawab, bermurah hati serta selalu menghormati orang tua. Saya tak sangka arwah mempunyai musuh sehingga mereka sanggup memukul dia sehingga mati.

“Perbuatan itu sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan kerana sanggup memukul anak saya dengan teruk. Kalaulah dia ada buat salah, takkan sampai nak membunuh,” katanya yang ditemui di rumahnya di Flet Tongkang Yard, di sini, semalam.
FotoNAIB Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah, Datuk Abdul Muthalib Harun, (kiri) melawat ibu mangsa, Wan (kanan) atas kematian anaknya.
Menurutnya, dia tidak menemui arwah sejak sebulan lalu kerana pergi ke rumah anak perempuannya yang baru melahirkan cucunya di Kota Sarang Semut, di sini.

“Arwah anak keenam daripada tujuh beradik tinggal bersama saya di Tongkang Yard sejak beberapa tahun lalu. Arwah belum berkahwin dan hanya membuat kerja kampung jika ada yang meminta pertolongannya seperti menebang pokok dan membina rumah di kawasan ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian seorang lelaki dipukul dan ditetak berhampiran perkuburan Hindu di Lorong Sharif, Jalan Langgar, di sini.

“Berdasarkan maklumat itu, anggota polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa rebah dalam keadaan cedera parah.

“Kami menghubungi ambulans dan membawa mangsa ke HSB. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Mangsa cedera parah akibat tetakan di belakang kepala, leher serta kaki kiri dan kanan,” katanya.

Adzaman berkata, semakan rekod mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau dan terbabit dalam dua kes narkotik pada 2007 dan 2008.

“Polis masih menjalankan siasatan mengenai punca pergaduhan itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

No comments:

Post a Comment