Saturday, February 2, 2013

PELACUR MEMANG KERJAYA TERTUA...TU SEBAB DATANGNYA HUDUD YANG MAMPU MEMBENTERASNYA...ITU UNDANG2 ALLAH....TAPI MASIH DEGIL DAN DOLAK DALIK

pix_topright

BAYAR RM500 TEMPAH PENYAKIT

Menggunakan laman web berlatar belakang warna merah jambu, satu sindiket pelacuran secara online kini dikesan menawarkan wanita dari Russia dan negara bekas blok komunis Kesatuan Soviet untuk menarik lelaki hidung belang melanggan perkhidmatan seks.
Laman itu memaparkan model wanita berpakaian seksi dan tanpa berpakaian untuk ditempah.

Lebih menarik, laman iklan itu mendakwa wanita dipamerkan adalah model majalah pesawat komersial Russia yang boleh dilanggani untuk khidmat seks dengan bayaran RM500.
Laman itu turut menyiarkan nombor telefon bagi memudahkan pelanggan yang berminat menempah wanita terbabit di hotel.

Selain itu, iklan terbabit turut menawarkan khidmat pelacur dari China pada harga RM180.pix_topright

Bahana dituduh pondan

Seorang wanita warga asing nyaris putus telinga kiri akibat dilibas menggunakan botol kaca minuman keras dalam kejadian di sebuah pusat hiburan di pekan Donggongon, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Josephine Lama Larua Levatora, 42, berasal dari Papua New Guinea terpaksa menerima 30 jahitan di belakang telinga kiri hingga ke leher. Lebih malang, anak perempuan mangsa berusia 22 tahun yang cuba meleraikan pergaduhan turut menerima tiga jahitan di dagu selepas ditikam menggunakan benda tajam dipercayai serpihan botol kaca oleh suspek.

Menurut sumber, sebelum kejadian, mangsa bersama anaknya serta seorang rakan mengunjungi pusat hiburan berkenaan untuk minum sambil berkaraoke kira-kira jam 7.30 malam.
“Lebih kurang jam 11 malam, mangsa menuju ke kaunter untuk memesan air suam, namun seorang pelanggan tidak dikenali terus menegur dan mengatakan mangsa seorang pondan.

“Mangsa yang berang menegur tindakan suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut antara mereka,” katanya di sini, kelmarin.

Sumber itu berkata, anak mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan dan membawa ibunya ke meja mereka.
“Selepas itu, mangsa bersama anak serta rakannya menyambung semula aktiviti mereka, tetapi tidak lama kemudian suspek datang ke meja mangsa lalu terus memukul kepala wanita itu dengan botol kaca.pix_topright

Meraung kena minyak panas

“Shahlan menggelupur sambil meraung kesakitan akibat disiram minyak panas yang tertumpah dari kuali,” kata Norlihaida Abdullah, 29, ibu kepada Shahlan Hadif Sharul Hisham, 18 bulan, yang melecur teruk di tangan kiri dan muka terkena minyak panas di rumah ibu saudaranya di Kampung Kuala Ibai, di sini.
Norlihaida yang ditemui ketika menemani Shahlan mendapatkan rawatan di Wad Plastik dan Mata Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, semalam, berkata dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, dia bersama anak sulungnya itu singgah di rumah kakaknya selepas pulang menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital berkenaan.

“Shahlan bermain di ruang tamu manakala saya dan kakak ke dapur memasak.
“Ketika kami sibuk menyiapkan lauk, Shahlan tiba-tiba meluru masuk ke dapur dan mencapai kuali dipenuhi minyak di atas dapur.

“Tindakannya itu menyebabkan kuali dipenuhi minyak panas terjatuh ke atas tangannya dan terpercik ke muka.

“Saya terus mendukung Shahlan ke bilik air untuk dimandikan bagi menghilang kesan minyak panas yang tertumpah pada badannya,” katanya.
Norlihaida berkata, melihatkan keadaan Shahlan yang masih menangis kesakitan akibat melecur teruk di tangan kiri, dia membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Bukit Payung, Marang, untuk rawatan sebelum dirujuk ke HSNZ bagi pemeriksaan pakar kulit.

Disambar cahaya putih

“Saya dan empat rakan terpelanting sebaik cahaya petir menyambar kami dalam sekelip mata,” kata pelajar, Haresh Sokalingam, 15, yang terselamat selepas terkena panahan petir di tepi padang sekolah, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.20 petang itu, semua mangsa yang juga pelajar tingkatan tiga dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward VII, di sini, cedera dipanah petir ketika berbual di lokasi kejadian.

Nahas itu menyebabkan Haresh dan rakannya, R Dhenesh Kumar, 17, yang cedera parah dikejarkan bagi mendapat rawatan kecemasan di Unit Rawatan Rapi Hospital Taiping, di sini.
Tiga lagi pelajar hanya cedera ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital berkenaan. Haresh yang ditemui wartawan di hospital semalam berkata, dia tidak menyangka mereka akan disambar petir berikutan cuaca ketika itu baik serta tidak menunjukkan tanda akan hujan.

Menurutnya, mereka yang sedang berbual tergamam apabila melihat cahaya kilat menyambar disusuli bunyi letupan kuat.

“Akibatnya kami tercampak lebih dua meter sebelum saya dan Dhenesh jatuh pengsan. Saya tidak sedar apa yang berlaku dan hanya tersedar selepas beberapa jam menerima rawatan di hospital. “Walaupun tidak melecur atau luka teruk, namun badan saya masih terasa kebas dan lemah,” katanya yang dibenarkan keluar dari hospital tengah hari semalam.
Sementara itu keadaan pelajar tingkatan lima, Dhenesh dilaporkan kritikal apabila doktor memaklumkan, peluang untuk pelajar itu diselamatkan adalah tipis.

Bapa mangsa, P Ravindran, 50, berkata, dia bimbang keadaan anaknya itu selepas doktor mengesahkan kecederaan dialami anaknya itu amat parah.

Mati jika makan buah lagi

Charlotte Jefferson diberi amaran oleh doktor, dia boleh mati jika makan buah lagi.
Ibu berusia 25 tahun itu menghidap alahan luar biasa yang menyebabkan dia mengalami kesan sampingan yang boleh membawa maut setiap kali makan buah.

Dia dimasukkan ke hospital sebelum pihak perubatan akhirnya mengenal pasti alahannya tahun lalu.
Pengalaman pertama Charlotte berlaku selepas dia makan buah lai yang menyebabkan badannya gatal dan dia batuk darah.

Dalam kejadian lain, dia mengalami pening dan meracau selepas makan tomato.

Charlotte berasal dari Hull kini berhati-hati memastikan tiada makanan yang dilarang dalam dietnya kerana bimbang jika dia makan apa juga buah, ia mungkin kali terakhir untuknya.
“Saya bimbang untuk makan lai atau rempah kerana ia akan menyebabkan saya mati,” katanya Selepas bertahun-tahun menderita tanpa mengetahui puncanya, doktor akhirnya memutuskan bahawa dia alah kepada salisilat yang terdapat dalam buah dan makanan lain.

Senarai makanan yang perlu dielak oleh wanita itu, termasuk kerang-kerangan, daging dalam tin, semua jenis buah kecuali pisang, brokoli, timun, inti pai, sayur berminyak, dadih, jem, air buah, air gas, sos, kebanyakan herba dan rempah, biskut, gula-gula dan kastard. Ini bermakna, kunjungan ke restoran menjadi satu mimpi ngeri bagi Charlotte yang sentiasa membawa sebuah Epifen yang diisikan dengan adrenalina sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya dia termakan makanan yang dilarang dan mengalami reaksi.
“Sekiranya saya ingin keluar bersama rakan, saya terpaksa telefon restoran itu terlebih dulu dan bertanya banyak soalan mengenai masakan mereka dan bagaimana ia dimasak. Banyak yang saya tak boleh makan. Selalunya, saya hanya makan semangkuk bubur kerana ia paling mudah untuk disediakan,” katanya.

No comments:

Post a Comment