Friday, February 1, 2013

JANGAN PERASANLAH...AMPU DIRI SENDIRI...BUKAN ORANG KAITKAN TAQWA TAPI MAKSIAT...PATUT RASA MALU...AMBIKLAH HAK RAKYAT BUKAN ORANG TERTENTU KAUT UNTUNG DAN HIDUP MEWAH KERANA AIR KURNIAAN ALLAH SWT...LEPAS KOMA NOTA LAH...TAK KAN TAK MATI2

Kanak-kanak hilang selepas jaja kuih

Posted on the January 31st, 2013 under Tempatan by admin
Mazhanizam memegang gambar anak lelakinya Mohd Zafran Fakhrullah yang hilang sejak 5 Januari lalu.
KOTA BHARU –Seorang ibu terpaksa menanggung rindu dan tidak dapat tidur lena apabila anak lelakinya berusia 12 tahun hilang hampir sebulan lalu setelah tidak pulang ke rumah selepas keluar menjaja kuih.
Ibunya, Mazhamizan Mokhtar berkata anak keduanya, Mohd Zafran Fakhrullah Zulkarnaim tidak pulang ke rumah sejak 5 Januari lalu selepas menjalankan kegiatan rutinnya menjual kuih yang dibuatnya menggunakan basikal di sekitar Pengkalan Chepa.

Mazhanizam berkata, biasanya walaupun menjual kuih sehingga lewat malam dia akan pulang ke rumah terlebih dulu sebelum berjumpa dengan rakannya-rakannya mahupun bermalam di rumah kenalannya.
“Dia membantu saya menjaja kuih dengan basikal dan akan pulang seperti biasa jam 10 malam atau 11 malam, namun pada hari kejadian, sehingga jam 1 pagi, Zafran masih tidak pulang ke rumah.
“Saya bimbang dengan keselamatannya kerana sekarang ini macam-macam kejadian yang berlaku dan peristiwa yang dilaporkan oleh media menjadikan kami lebih takut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Mazhamizan memberitahu, dia menjadi bertambah bingung kerana anak kedua daripada empat beradik itu mengingati nombor telefonnya dan akan memaklumkan kepadanya jika pulang lewat mahupun sebaliknya.
Malah lebih menyedihkannya apabila anaknya itu tidak sempat menemui bapa kandungnya yang meninggal dunia selepas dua minggu dia menghilangkan diri.
“Saya usaha mencari di rumah rakan-rakan tetapi mereka memaklumkan tidak pernah berjumpa dengan Zafran. Jadi kami nekad meletakkan gambar Zafran di kedai-kedai kopi dan merata tempat. Sehingga hari ini tidak ada yang tampil berikan maklumat jadikan saya
semakin takut,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya dia ingatkan anaknya itu ada di rumah saudara-maranya namun selepas 10 hari gagal menemuinya dia membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.
“Saya hanya bermimpi yang anak saya kini dibawa jauh dari sini. Saya mahu melihat dia cemerlang dalam pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini,” katanya.
Murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Chempaka itu, mempunyai parut di sebelah kiri pipi, berkulit gelap dan mana-mana individu yang pernah melihatnya diharapkan boleh menghubungi ibunya di talian 0129559671 dan 0129556672 dengan segera.
Sinar

S’gor mahu ambil alih khidmat air dalam 14 hari

Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin

Kerajaan negeri Selangor akan mengambil alih perkhidmatan bekalan air daripada syarikat konsesi sekarang, dalam masa dua minggu, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Katanya, ia ekoran kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan pusat tiada halangan terhadap langkah tersebut.
“Kerajaan Selangor telah menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui untuk memaklumkan bahawa kita akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi dalam tempoh 14 hari,” kata menteri besar dalam dalam satu kenyataan hari ini.

“Dalam surat tersebut kita telah memaklumkan bahawa pengambilalihan perkhidmatan industri air akan diteruskan dalam tempoh 14 hari sekiranya pihak kementerian tidak memberi sebarang maklum balas,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, menteri besar berkata, pihaknya mendapat aduan rakyat bahawa SYABAS telah mengedarkan risalah yang mengkritik kerajaan Selangor dalam isu air.
“Hasil siasatan awal yang kita lakukan, didapati kenyataan SYABAS tersebut telah dikeluarkan oleh Pengarah Eksekutif Pembangunan Teknikal SYABAS, Ir V Subramaniam,” katanya.
Menurut Khalid lagi, risalah tersebut dikeluarkan tanpa mendapat persetujuan dan pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah SYABAS.
“Sehubungan itu, sebagai pemegang saham dalam SYABAS, kerajaan Selangor mendesak supaya diadakan siasatan dalaman terhadap Subramaniam kerana bertindak melebihi kuasa yang dibenarkan,” katanya.
Menteri besar berkata, kerajaan negeri juga telah dimaklumkan bahawa mutakhir ini berlaku kekerapan kejadian paip bocor yang memberi kesan terhadap pembekalan air kepada rakyat.
“Kerajaan Negeri Selangor akan memantau perkara ini dengan serius demi menjaga kepentingan rakyat dan memastikan lebih lima juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak terjejas dengan gangguan bekalan air akibat kegagalan SYABAS menyelenggara paip dengan baik dan berkala,” tambahnya.
Malaysiakini

Remaja 15 tahun rela ‘diratah’, bapa dakwa anaknya dirogol

Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin
Shaharon Anuar Abdul Latif
IPOH – Seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai merelakan tubuhnya diratah oleh sekumpulan enam lelaki di Taman Pancaran Siputih, Pusing dekat sini, antara kelmarin dan semalam.
Pelajar tingkatan empat sebuah sekolah menengah di Simpang Pulai di sini, mendakwa melakukan hubungan seks bergilir-gilir dengan enam lelaki antara jam 11 malam Isnin lalu sehingga 3.30 petang keesokkannya sebelum dihantar pulang ke rumahnya.
Malah, gadis terbabit turut mengakui dia melakukan hubungan seks secara rela dan tiada unsur paksaan daripada lelaki terbabit.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, pihaknya ada menerima laporan yang dibuat bapa mangsa di Balai Polis Pusing berhubung insiden tersebut.
Sinar

7 Tahun Koma Ariel Sharon Masih Disambung Mesin Pernafasan

Posted on the January 30th, 2013 under Agama,Luar Negara by admin
BAITULMAQDIS – Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar disahkan tidak mampu pulih semula.
Pun begitu, dia masih dilihat mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.
Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.
Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.
“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.
“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.
Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.
Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.
Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.
Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon.
Untuk rekod, pada tahun 1956, Ariel Sharon pernah bersumpah;
“Saya bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…”
Mynewshub

Bayi koma digoncang bapa berang

Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin

Kuala Lumpur: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan kini koma dan bertarung dengan maut, angkara bapanya yang dipercayai menggoncang anak kecil itu dengan kuat kerana berang selepas dia tidak berhenti menangis.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kepong, di sini dan kecederaan mangsa dikesan selepas dibawa bapanya ke Hospital Selayang (HS) pada jam 8.30 malam kelmarin.
Menurut sumber, ketika membawa mangsa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, suspek yang berusia 20-an cuba menyembunyikan kesalahannya dengan memberitahu anaknya itu mengalami kesukaran bernafas akibat diserang sawan.

“Doktor segera memberi bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk membuat imbasan X-ray.
“Hasil pemeriksaan, doktor mengesan wujud pendarahan di otak kiri serta kedua-dua mata mangsa dan kecederaan itu dipercayai disebabkan goncangan yang kuat,” katanya.
Menurutnya, mengesyaki ada unsur penderaan dan penganiayaan terhadap bayi terbabit, doktor yang melakukan pemeriksaan membuat laporan di Pondok Polis Hospital Selayang sebelum kes dirujuk ke Balai Polis Kepong, di sini, untuk siasatan lanjut.
Sumber itu berkata, ibu mangsa memberitahu polis dia tidak melihat bagaimana suaminya mendera bayi mereka, namun percaya kejadian itu berlaku ketika dia berada di dapur dan mangsa berada bersama ayahnya di ruang tamu rumah mereka.
“Berdasarkan laporan perubatan yang dikeluarkan doktor berkenaan, polis kini berusaha mengesan bapa bayi terbabit untuk siasatan lanjut,” katanya.
Harian Metro

Khazanah Zimbabwe hanya tinggal RM651

Posted on the January 31st, 2013 under Luar Negara by admin

HARARE – Sukar untuk dipercayai! Tetapi ini yang dialami oleh Zimbabwe, negara benua Afrika sekarang.
Akaun awam negara itu hanya tinggal AS$217 (RM651) selepas membayar gaji kakitangan kerajaan minggu lalu, demikian menurut Menteri Kewangan, Tendai Biti.
“Minggu lalu, apabila kami membayar kakitangan awam, hanya tinggal AS$217 di perbendaharaan,” kata Biti di sini semalam.
“Kewangan kerajaan lumpuh sekarang. Kami gagal mencapai sasaran kami,” kata beliau lagi.

Satu dekad lalu, negara itu berhadapan dengan kenaikan inflasi sehingga 231 juta peratus.
Biti berkata, pihaknya tiada pilihan kecuali meminta sumbangan tunai negara penderma.
“Kami akan mendapatkan sumbangan masyarakat antarabangsa,” kata beliau lagi.
Bajet kebangsaan kerajaan Zimbabwe mencecah paras AS$3.8 bilion manakala pertumbuhan ekonomi dijangka lima peratus.
Komen pembaca:
Kita perlu mengambil iktibar dari peristiwa yang melanda Zimbabwe ini. Sekiranya kerajaan berbelanja bermewah-mewahan dengan BRIM, pecuma ini percuma itu di masa kita menanggung hutang RM500 bilion tidak mustihal Malaysia akan mengalami nasib yang sama dengan Zimbabwe.
Kita akan menjadi popular jika kita menyenangkan rakyat tetapi ingat dalam masa yang sama akan ada bebanan yang harus kita tanggung. Bebanan ini mungkin tidak akan dirasa sekarang tetapi mungkin dalam masa 5 tahun akan datang apabila tiada lagi sumber yang ada untuk menjana pendapatan.
Semasa zaman Tun Mahathir hutang kita bertambah tetapi dalam masa yang sama asset kita bertambah. Pertambahan asset ini telah menjana lebih banyak pendapatan yang membolehkan kita mampu menampung pembayaran balik hutang dan menambah pendapatan benar.
Sekarang, hutang kita bertambah tetapi tiada pertambahan asset yang ketara selaras dengan pertambahan hutang yang mampu menjana lebih banyak pendapatan bagi membayar balik hutang dan menambah pendapatan benar. Benar kerajaan boleh mencetak wang bagi membayar perbelanjaan yang meningkat tetapi kesannya nilai matawang kita akan jatuh.
Kejatuhan ini jelas apabila kualiti wang siling yang baru adalah jauh lebih rendah dari wang siling sebelum. Perlu kita ingat bahawa wang siling tidak mempunyai no siri. Secara relatifnya kita mengganggap bahawa nilai buku adalah menyamai nilai sebenar.
Sekiranya ini berterusan kita akan dapati pendapatan kita akan meningkat tetapi pendapatan sebenar kita jatuh kerana harga barang juga akan meningkat. Sama ada kita sedar atau tidak kita sedang menuju kearah ini.
Zulkarnain Nordin

Fauzi Nawawi Rasa Bangga Dikaitkan Dengan Ramai Wanita

Posted on the January 31st, 2013 under Artis by admin
AMPANG: Sebagai seorang lelaki tulen, pelakon Fauzi Nawawi berkata adalah menjadi kebanggaannya apabila dia sering dikaitkan mempunyai hubungan ataupun skandal dengan ramai wanita.
Menurut Fauzi, hal itu membuktikan lelaki sepertinya yang sudah mencecah usia 40 tahun serta mempunyai enam orang anak masih lagi “laris” dan mendapat perhatian
“Ya… saya begitu berbangga apabila dikaitkan dengan ramai wanita walaupun saya sudah berkahwin dan mempunyai anak.

“Walaupun saya agak bosan dengan kontroversi itu, ia bermakna sebagai seorang lelaki, saya sebenarnya masih lagi laku,” katanya kepada mStar Online semasa ditemui pada pelancaran koleksi barang kemas Pandora keluaran Habib Jewels di Ampang Point di sini pada Rabu.
Sebelum ini, Fauzi sering dikaitkan dengan beberapa orang wanita termasuklah pelakon Ida Nerina serta Zarina An-Joulie dan pelbagai kontroversi lain yang dinafikannya.
Isu mengenai pergaduhan isterinya iaitu pelakon Lisdawati dengan Rita Rudaini tujuh tahun lalu juga dipercayai berpunca apabila Lisda dikatakan cemburu dengan hubungan baik Fauzi dan aktres itu.
Sementara itu ditanya benarkan Fauzi pernah mengurat Rita Rudaini seperti dakwaan tersebut sehingga membuatkan Rita enggan dia berada bersama di mana-mana set penggambaran drama, kata Fauzi, tuduhan itu tidak benar sama sekali.
“Saya tak pernah kacau, bercinta mahupun menjalinkan hubungan cinta tiga segi dengan Rita semasa dia belum kahwin dulu.
“Selepas insiden pergaduhan mereka (Rita dan Lisdawati), saya berkahwin dengan Lisda dan kami bahagia sehingga sekarang dan bagaimana pula dengan rumah tangga Rita?” soalnya.
mStar

No comments:

Post a Comment