Thursday, January 31, 2013

TERIMA SAJA AKIBAT MENOLAK HUKUM ALLAH...INILAH AKIBAT JADI MAKHLUK YANG DEGIL...MARAH JIKA TAK IKUT DAN SOKONG PEMERINTAH...DIRI SENDIRI DEGIL PERINTAH ALLAH...SEKARANG SAPE YANG TAK SEDAR DIRI

‘Tolong jangan biadab’

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
Kuala Lumpur: “Saya dan ibu Shila masih hidup, masih bernyawa, sekurang-kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya.
“Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” kata Amir Amzah Salleh, 51 atau ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi, Shila Amzah, 23.
Jelas sekali itu kekecewaan diluahkan ND Lala membalas kenyataan yang pernah dilahirkan pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28, yang sebelum ini menyatakan tetap merisik Shila Mac ini biarpun dihalang bapa penyanyi terbabit.

ND Lala ketika dihubungi dari Shanghai, China, semalam, berkata, tindakan pelakon itu mengakui Shila bakal isterinya sangat memalukan kerana dia tidak pernah mengadakan perbincangan bersama keluarga Shaarnaz mengenai perkahwinan itu.
FotoND Lala

“Dia (Shaarnaz) mengakui Shila bakal isterinya dan tetap akan merisik, semua itu karut. Jangan keluar kenyataan yang boleh memalukan diri sendiri dan saya percaya keluarga Shaarnaz turut malu dengan tindakannya itu,” katanya.

pix_topright

Lemas balik mengaji

Oleh Muhamaad Razis Ismail
Bachok: Seorang wanita hanya mampu merintih hiba apabila mayat anaknya berusia lapan tahun ditemui dalam tali air di Kampung Mak Limpah di sini, 10 minit selepas dia dan suami tiba dari Pelabuhan Klang, Selangor, semalam.
Dalam kejadian jam 6.30 petang kelmarin, Mohd Alif Amirul Hafiz Zamara, 8, terjatuh ke dalam tali air berkenaan selepas tergelincir dari jambatan ketika pulang dari kelas mengaji bersama sepupunya, Nik Najwa Nik Azli, 11, dan Nik Azurayanti Nik Azli, 10.
Mayat murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Pak Badol itu ditemui kira-kira 500 meter dari tempat dia jatuh pada jam 3.45 pagi, selepas lebih sembilan jam usaha mencari dan menyelamat dilakukan anggota bomba dan polis dengan bantuan penduduk kampung.

Anak sulung daripada tiga beradik itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk pengesahan kematian sebelum dituntut ahli keluarganya untuk dikebumikan.
FotoBAPA saudara mendukung jenazah Mohd Alif keluar dari rumat mayat.

Ibunya, Sumaria Mohamad, 30, berkata, dia dan suami, Zamara Said, 37 serta dua lagi anaknya, Mohd Alif Danial, 6, dan Nor Alia Natasya, 4, tiba di tempat kejadian pada jam 3.35 pagi selepas menempuh perjalanan lebih sembilan jam dari Pelabuhan Klang.


Bayi bot laju

Oleh Alias Abd Rani
Kapit: Kecekapan dan pengalaman kakitangan Klinik Kesihatan Song menyelamatkan nyawa seorang wanita yang tiba-tiba mengadu sakit perut sebelum melahirkan anak dalam bot laju ketika dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Kapit (HK) di Sungai Rajang, di sini, semalam.
Liban anak Reban, 31, dari Rumah Panjang Sudin, Nanga Sipan, dekat sini, selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.10 kilogram yang juga anak ketiga dalam bot ekspres milik Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak ketika dalam perjalanan dari Klinik Kesihatan Song ke HK, pada jam 9.47 pagi.

Sumber berkata, sebelum itu, Liban diiringi dua jururawat klinik kesihatan berkenaan membuat pemeriksaan rutin kandungannya yang masuk minggu 35 di Hospital Kapit.
“Mengikut rekod kesihatan wanita berkenaan, dia dijangka bersalin pada 3 Mac depan dan ketika tiba di Klinik Kesihatan Song keadaannya dilaporkan stabil serta tidak menunjukkan tanda mahu bersalin.

“Namun, ketika dalam perjalanan, tiba-tiba wanita itu mengadu sakit perut dan dua jururawat ditugaskan mengiringinya terkejut apabila mendapati dia bersedia untuk melahirkan anak,” katanya.

Katanya, dengan pengalaman dan kecekapan masing-masing, jururawat terbabit membantu wanita berkenaan melahirkan bayi perempuannya sebelum mereka dibawa ke hospi tal bersama seorang doktor yang sedia menunggu di jeti Kapit.
FotoKAKITANGAN HK mengusung Liban selepas melahirkan anak ketiganya, semalam.
“Setakat ini, dua beranak berkenaan dilaporkan dalam keadaan baik dan ditempatkan di wad bersalin untuk tempoh beberapa hari lagi sebagai langkah pemantauan lanjut,” katanya.


Wanita bersalin di penjara bebas awal

Shah Alam: Seorang wanita warga Tibet yang melahirkan bayi lelaki dalam penjara berjaya dalam permohonannya apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam meminda hukuman penjara 15 bulan kepada 10 bulan atas tuduhan memiliki pasport Malaysia palsu, Julai tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah meminda hukuman itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan Gangri Dolma, 28, supaya sabitan terhadapnya dikurangkan.

Abdul Alim berkata, selepas tamat tempoh penjara itu, Gangri perlu segera pulang ke negaranya.
Mahkamah Sesyen Sepang sebelum ini menjatuhkan hukuman penjara 15 bulan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan itu.

Gangri mengaku memiliki pasport Malaysia yang dipalsukan di pejabat Imigresen Bahagian Operasi balai Ketibaan Aras 3, MTB Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, jam 3.10 petang, 6 Julai 2012.

Ibu kepada seorang anak berusia tiga bulan itu bersalah mengikut Seksyen 12 (1) (a) Akta Passport yang memperuntukkan hukuman denda RM10,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.
FotoANGGOTA polis membawa keluar Gangri dari Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.


Penjual bayi dijel 14 tahun

Oleh Sarah Zulkifli
Shah Alam: Seorang nenek kepada 30 cucu yang berhadapan tiga pertuduhan menjual tiga bayi berusia lima bulan dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun dan didenda RM30,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap tertuduh, Lim Kian Wan, 60, selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen Kajang, dekat sini, melepas dan membebaskan Lim, 13 April tahun lalu.
Mahkamah turut memerintahkan tambahan penjara tiga tahun lagi jika Lim gagal membayar denda itu.

Abdul Alim dalam penghakimannya berkata, tindakan tertuduh memperdagangkan orang hanya untuk mendapat kemewahan hidup dan wang ringgit punca utama dia melakukan kesalahan itu.
FotoLIM dibawa keluar dari mahkamah.

“Kamu juga mempunyai jaringan sangat elok yang boleh menjadi penyebab melakukan jenayah dibenci ini,” katanya.

 pix_topright

Pangsapuri condong

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Ahmad Isyafiq Mad Desa
Shah Alam: Lebih 1,000 penghuni yang mendiami 240 unit pangsapuri di Seksyen 22, Batu 3, di sini, menyifatkan mereka ibarat menunggu ajal setiap hari berikutan keadaan struktur bangunan 15 tingkat itu mulai condong.
Sehingga kini, tiada siapa membantu penghuni Pangsapuri Indahria itu menyebabkan mereka pasrah dan hanya menanti kediaman menyembah bumi, sekali gus memungkinkan tragedi Highland Tower berulang.

Wakil penduduk, Salmah Harun, 35, berkata, mereka mula menduduki pangsapuri itu pada 2009 dan pada tahun sama, masalah mula timbul apabila berlaku retakan pada struktur tempat letak kereta.
“Pemaju ada membaikinya semula kerana ia masih di bawah selenggaraan mereka namun pada tahun lalu mendapan tanah mula berlaku apabila kaki lima beralun manakala cerucuk yang menyokong keseluruhan bangunan mula kelihatan.

“Mendapan menyebabkan sokongan terhadap cerucuk yang mengawal dan menyokong struktur bangunan itu semakin lemah dan akibatnya seluruh bangunan ini mulai condong,” katanya.

Dia yang tinggal di tingkat satu berkata, jika kilat, guruh atau kenderaan berat melalui jalan berhampiran, dia merasai gegaran dan ada kalanya seakan-akan berbuai. Pengerusi Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri berkenaan Ariffuniza Koraini berkata, pihaknya sudah menghantar memorandum kepada Pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, semalam.
Katanya, tindakan itu diambil kerana beberapa siri perbincangan sudah diadakan membabitkan kerajaan negeri, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), pemaju, Jabatan Pengairan Saliran (JPS) dan Institut Kerjaraya Malaysia (IKRAM) sejak April tahun lalu.

Katanya, melalui perbincangan itu pelbagai persetujuan secara lisan sudah dibuat termasuk menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk namun tiada gerak kerja fizikal dilakukan.
Menurutnya, antara persetujuan yang dicapai ialah peruntukan kecemasan oleh pihak MBSA sebanyak RM250,000 bagi kerja baik pulih kecemasan pada sistem pembetungan pangsapuri itu yang terjejas akibat rekahan itu.

Mendapan teruk perlu lapor PBT

Shah Alam: Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul menasihatkan penduduk Pangsapuri Indahria, Seksyen 22, yang mendakwa rumah mereka mengalami mendapan tanah yang teruk melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Katanya, itu langkah pencegahan terbaik bagi mengatasi masalah itu untuk mengelak kemalangan jiwa.

Bagaimanapun, jika terdapat laporan mendapan tanah yang teruk dan ia termaktub di bawah bidang kuasa jabatan itu, pihaknya akan menjalankan tinjauan dan memberikan perkhidmatan sewajarnya.
“Prosedur awal yang perlu mereka ambil ialah memaklumkan mendapan tanah dan rekahan pada bangunan kepada PBT di kawasan pentadbiran masing-masing.

“Pihak bomba hanya bertindak sekiranya terdapat aduan mendapan tanah yang teruk dan kemalangan jiwa,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas mengenai punca masalah hakisan tanah, Mohd Sani berkata, ia bergantung kepada keadaan lokasi di kawasan berkenaan.
Katanya, antara punca hakisan tanah ialah daripada pengaliran air bawah tanah dan struktur tanah yang terhakis disebabkan pengaliran air sungai.


Ayah berhati setan

Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa.

Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

“Suspek tidak merogol mangsa, tapi sering menyuruh mangsa berbogel dan meraba kemaluan serta serta payu dara mangsa.

Wanita muda disiasat

Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque
Shah Alam: Seorang wanita yang didakwa penduduk kampung sudah lama tidak kelihatan di kawasan Kampung Tali Air 7, Sungai Leman, Sekinchan, di sini, ditahan polis kerana dipercayai ibu kepada seorang bayi lelaki yang ditemui di hadapan kedai kopi di kampung berkenaan.
Bagaimanapun, selepas pemeriksaan doktor ke atas wanita berusia 20 tahun itu mendapati dia tidak mempunyai apa-apa tanda seperti wanita yang baru bersalin.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Noor Mushar Mohammad berkata, wanita terbabit kini sudah dibebaskan, namun pihaknya sudah mengambil sampel darahnya untuk dipadankan darah bayi lelaki yang ditemui itu.
“Memang pemeriksaan doktor di Hospital Tanjung Karang mendapati wanita terbabit tidak mempunyai tanda baru bersalin, namun pengambilan sampel darah adalah sebahagian daripada prosedur siasatan untuk memastikan kesahihan laporan yang dikeluarkan doktor.

“Bagaimanapun, polis tetap serius menjalankan siasatan yang menyeluruh bagi mengenal pasti ibu kepada bayi malang itu agar tindakan mengikut lunas undang-undang dikenakan ke atas individu terbabit,” katanya, semalam.

Beliau berkata, bayi itu kini berada di Wad Kanak-Kanak Hospital Tanjung Karang untuk rawatan lanjut dan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas beberapa prosedur siasatan selesai.
Semalam Harian Metro melaporkan seorang pengusaha kedai kopi, Hairudin Hassan, 51, terkejut selepas menemui beg pakaian yang berisi bayi lelaki jam 7 pagi.

Beg itu diletakkan di atas lantai di ruang terbuka kedainya manakala bayi malang itu dibalut menggunakan kain batik. Noor Mushar berkata, polis percaya bayi berkenaan dilahirkan wanita warga tempatan berdasarkan ciri fizikal dan warna kulitnya.


Bebas atas jaminan RM300,000

Bukit Mertajam: Dua daripada empat wanita yang didakwa memperdagangkan bayi dan kanak-kanak di Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini, Jumaat lalu, dibebaskan selepas membayar jaminan RM50,000 dan RM300,000, semalam.
Lim Soo Chin, 52, dan DC Chin, 57, dibebaskan tengah hari semalam selepas ahli keluarga tampil membayar jaminan berkenaan.

Jumaat lalu, Soo Chin yang didakwa atas satu pertuduhan, manakala Chin berdepan enam pertuduhan, mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu.
pendakwaan ke atas mereka itu. Hakim Nabisha Ibrahim menetapkan masing-masing diikat jamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Kedua-dua wanita itu bersama dua lagi wanita Ooi Ah Imm, 47, dan Lim Choon Liang, 63, serta seorang lelaki, Bahtiar Abas, 51, didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dibacakan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Taiping, Pantai Remis, dan Ipoh, Perak; Juru dan Teluk Kumbar, Pulau Pinang; serta Lunas di Kedah antara 28 Dis 2009 hingga 16 Januari lalu.
Nabisha menetapkan 15 Februari depan untuk sebutan semula kes berkenaan

Ibu kendong anak kena ragut

Subang Jaya: Seorang wanita berusia 27 tahun bukan saja kerugian hampir RM8,000 sebaliknya dia dan anak perempuannya berusia empat tahun mengalami kecederaan selepas bergelut dengan peragut yang meragut beg tangannya dalam kejadian di hadapan sebuah tadika di USJ 1, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa dilaporkan sedang mengendong anak perempuannya sebelum seorang lelaki menaiki motosikal cuba meragut beg tangannya.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa sedang membuka pintu keretanya untuk memasukkan anak perempuannya itu ke dalam kenderaan.
“Tiba-tiba muncul seorang lelaki menunggang motosikal menghampiri mangsa sebelum cuba meragut beg tangannya. Tersentak dengan tindakan itu, mangsa cuba mempertahankan beg tangannya itu menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya.

“Disebabkan gagal cubaan pertamanya itu, lelaki terbabit kemudian mengeluarkan sebilah pisau dan melibas senjata berkenaan ke arah mangsa,” katanya.

Sumber berkata, tindakan itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di tangan kanan manakala anak perempuan yang sedang dikendong pula terjatuh.
“Sebaik berjaya merampas beg tangan mangsa, lelaki berkenaan terus memecut laju motosikalnya meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya memberitahu anak mangsa mengalami kecederaan di kepala akibat terjatuh.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis USJ 8 dan mendakwa kerugian hampir RM8,000 apabila wang tunai dan telefon bimbitnya dilarikan peragut terbabit.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang, Asisten Komisioner Yahaya Ramli ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

Suami isteri kena jel 5 tahun

Petaling Jaya: Padah mendera anak saudara perempuan berusia dua tahun sembilan bulan, Oktober tahun lalu, sepasang suami isteri dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan itu.
Majistret KB Elena Hong Tze Lan menjatuhkan hukuman itu terhadap pemandu lori, Mohd Nasir Abd Majid, 37, dan suri rumah, Zarinah Ab Hadhy, 31, berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 18 Disember tahun lalu.

Terdahulu, ibu mangsa yang dipanggil ke mahkamah untuk memberi keterangan impak tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan keadaan anaknya akibat perbuatan tertuduh.
Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu mahkamah, dia tidak menyangka kakak kandungnya tergamak melakukan penderaan ke atas anaknya yang ketika kejadian berada di dalam jagaan kedua-dua tertuduh berikutan dia bekerja sehingga lewat malam dan berjumpa anaknya seminggu sekali. “Ketika kejadian saya tak dapat berfikir, cuma saya marah dan geram sebab ketika itu saya hanya fikirkan nyawa anak. Anak saya dah tidak normal macam dulu. Luka di badannya amat teruk dan berada 21 hari di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dipindahkan ke wad pediatrik. “Akibat hentakan kuat di kepala, anak saya kini mengalami masalah penglihatan yang kabur dan dia berjalan agak senget,” katanya.

Katanya, dia membayar RM400 sebulan kepada kedua-dua tertuduh untuk menjaga dua anaknya termasuk mangsa serta tidak pernah mengabaikan makan dan minum anak-anaknya.

“Kenapa dia buat anak saya macam ni?,” katanya yang juga kapten di sebuah restoran. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai penjaga kanak-kanak itu didakwa melakukan penderaan fizikal ke atas mangsa menyebabkan kecederaan di Blok T-118 Apartment Harmoni No 55 Jalan PJU 10/4C, Damansara Damai, dekat sini pada 14 Oktober tahun lalu hingga 27 Oktober tahun lalu.
Bagi pertuduhan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh memandangkan mereka keluarga rapat dengan mangsa dan memperlakukan mangsa seolah-olah objek tidak bernyawa yang boleh dipukul sesuka hati.
Bagaimanapun, dalam rayuan meringankan hukuman, Mohd Nasir dan Zarinah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan mereka mempunyai tiga anak yang masih bersekolah yang kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat.


Tonik maut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Wan Asrudi Wan Hassan
Ipoh: Sindiket pengedar minuman perangsang seks haram dikesan cuba memperdaya orang ramai dengan menjual tonik yang didakwa dirumus daripada pati kurma.
Bagaimanapun, dakwaan itu tidak berasas apabila pemeriksaan oleh tiga makmal kimia mendapati tonik minuman berharga lebih RM100 itu mengandungi kimia beracun sildenafil nitrat dalam kuantiti tinggi.
Susulan penemuan menakutkan itu, Bahagian Penguat kuasa Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan serbuan besar-besaran di seluruh negara tepat jam 11 pagi semalam.

Timbalan Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Farmasi KKM Wan Hamid Wan Ibrahim berkata, minuman itu yang didakwa turut dihasilkan daripada ekstrak lebih 10 herba terbaik di dunia itu, sebaliknya mengandungi kimia berbahaya sildenafil yang dicampurkan sebagai ramuan khas.

Menurutnya, pengilang produk terbabit cuba menipu pengguna dengan mendakwa minuman tonik itu dihasilkan daripada ekstrak Tongkat Ali, ekstrak Ubi Jaga, ekstrak Ginseng, ekstrak Misai Ali dan pelbagai herba terkenal lain.


Pencuri tinggal bom tangan

Manjung: Seorang suri rumah bukan saja kerugian RM30,000 apabila rumahnya diceroboh tiga lelaki bersenjatakan pistol, malah terkejut apabila penjenayah itu mengambil gambar dia dan anak-anaknya serta meninggalkan peluru hidup, bom tangan dan bungkusan dadah di ruang tamu rumahnya dalam kejadian di Kampung Pantai, di sini, pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Suzy, 30-an, berkata, kejadian berlaku ketika dia tidur sebelum terdengar bunyi seakan letupan dari pintu belakang rumahnya.

Menurutnya, dia yang bangun untuk memeriksa terkejut apabila tiga lelaki bertopeng meluru masuk sebelum mengacukan pistol ke arah mukanya.
“Penjenayah memaksa saya duduk sebelum menggeledah bilik tidur. Mereka turut memaksa saya menyerahkan wang tunai dan barang kemas jika tidak mahu dibunuh.

“Saya dan tiga anak perempuan berusia tujuh hingga 13 tahun amat takut ketika itu tambahan pula suami yang menguruskan perniagaan air batu tiada di rumah,” katanya.

Dia mendakwa kumpulan penjenayah itu menggeledah rumahnya lebih 30 minit sebelum memaksanya membuka pintu hadapan rumah.
“Mereka bergegas melarikan diri bersama wang dan barang kemas milik saya yang dianggarkan RM30,000. Namun, sebelum meninggalkan rumah, kumpulan penjenayah itu sempat mengambil gambar kami sekeluarga.

“Tambah pelik apabila mereka turut meninggalkan 10 peluru hidup, bom tangan dan bungkusan dadah di dalam rumah tanpa sebab munasabah,” katanya.
Menurutnya, suspek turut mengugutnya supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

“Saya tidak pasti identiti sebenar penjenayah, namun ada kemungkinan rompakan ini didalangi sindiket ceti haram yang sebelum ini kerap mengganggu kami sekeluarga.

“Malah, beberapa along pernah mengugut suami saya beberapa kali selepas dia menghadapi masalah melunaskan hutang,” katanya yang sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Katanya, sebelum kejadian itu rumah bapanya yang terletak tidak jauh daripada kediamannya turut disimbah cat merah dan pejabat suaminya turut dipecah masuk awal pagi pada Jun tahun lalu.

Difahamkan, gelagat penjenayah turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di luar kediaman mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Jaafar Baba mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

‘Heroin kurma’ 80kg

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali dan Gaddafi Musli
Kuala Lumpur: Taktik licik satu sindiket dadah antarabangsa membungkus heroin seperti buah kurma sebelum dibawa masuk ke negara ini menggunakan label buah sama gagal selepas 11 warga asing ditahan dalam empat serbuan berasingan di sekitar Lembah Klang, Sabtu lalu.
Semua mereka iaitu lapan warga Nigeria dan tiga warga Mongolia berusia antara 21 hingga 38 tahun itu dipercayai membawa masuk dadah berkenaan untuk pasaran tempatan selain diseludup ke China dan Vietnam.
Anggota sindiket terbabit ditahan kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman di Jalan SS12, Jalan SS15, Subang Jaya; Damansara dan Puchong.

Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 80 kilogram (kg) dadah jenis heroin bernilai RM3.2 juta.

Pengarahnya, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, tujuh daripada suspek adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan selebihnya bekas pelajar IPT di negara ini.

Jaga hubungan baik suami isteri

Oleh Mohd Rizal Azman Rifin
Tiada sesiapa pun yang ingin melihat alam rumah tangga dibina menjadi ‘neraka dunia’. Malah, niat tulus setiap pasangan bermula detik diijabkabulkan adalah bagi membina kehidupan sejahtera dalam kerangka tanggungjawab bersama suami isteri dan anak dengan mencontohi sunah Nabi SAW.
Namun, sebaliknya mendukacitakan apabila rumah tangga dibina berkecai di tengah jalan. Dilihat kepada perangkaan pada 2011 saja, sebanyak 27,355 kes perceraian direkodkan di seluruh negara.

Kita hairan mengapa boleh berlaku kes sebanyak itu sedangkan pelbagai langkah sudah dan sedang dilaksanakan demi melahirkan kehidupan rumah tangga yang harmoni. Kursus, seminar, bengkel kemahiran keibubapaan dan entah apa lagi namanya sering digerakkan secara aktif, namun impaknya masih jauh daripada yang diharapkan.
Sekiranya kita teliti, banyak faktor sebenarnya yang mengakibatkan keruntuhan rumah tangga, antaranya sikap amarah tanpa kawalan dan panas baran suami terhadap isteri. Pantang ada sedikit kesilapan, isteri menjadi mangsa kemarahan suami. Isu remeh dipandang serius manakala yang kecil sengaja diperbesarkan.

Dalam mengatasi perasaan marah, Rasulullah SAW menasihatkan kita supaya berusaha merendam emosi itu bagi mengelakkan impak negatifnya menular kepada gejala yang lebih kronik. Sebenarnya, menahan marah juga adalah lambang kekuatan iman dan sesiapa yang gagal mengawalnya menunjukkan imannya rapuh.

Gelojak perasaan marah membuak-buak mampu ditangkis sekiranya jiwa kita disirami keutuhan dan wibawa iman yang padu terhadap Allah. Konflik dan bibit situasi kurang menyenangkan sepatutnya bukan saja dihidu, tetapi dirawat seawal mungkin bagi mengelakkan diri daripada terkena hasutan syaitan yang sentiasa merancang untuk memusnahkan kehidupan kita suami isteri.
Syaitan sentiasa bersedia menunggu tanpa putus asa untuk menjahanamkan kerukunan rumah tangga dengan cara halus. Oleh itu, kita juga jangan sesekali lekas berputus asa, sebaliknya tabah untuk mencari titik penyelesaian dan perdamaian apabila timbul konflik.

Usah sakiti isteri Bagi si suami, kebijaksanaan dalam mengemudi rumah tangga itu penting. Contohnya, dalam mengelolakan kaedah berkomunikasi bersama si isteri, perlulah dalam nada bicara yang lemah lembut, tidak mengguris dan menyakitkan hati, malah tidak sekali-kali merendahkan dan memperlekehkan isteri.
Kita sedia maklum bahasa pertuturan ada ketikanya menjadi punca salah faham. Lain ditutur, lain yang difahami. Jangan sampai tersalah cakap perkara berkaitan talak kerana parah akibatnya.

Dalam perkara ini, mari kita lihat pesanan Rasulullah SAW dalam sabdanya bermaksud: “Orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, dia wajar menyatakan perkara yang baik ataupun diam.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Seterusnya baginda SAW tinggalkan satu lagi pesanan mengenai penggunaan gaya komunikasi berhemah seperti tegasnya: “Allah tidak suka lelaki yang bersuara tinggi. Dia menyayangi lelaki yang bersuara lembut.” (Hadis riwayat al-Baihaqi) Dua pesanan baginda SAW itu seharusnya menjadi pedoman buat lelaki bergelar suami dalam menjaga hubungan dengan isteri dan ahli keluarga yang lain. Inilah bentuk komunikasi yang mampu menjernihkan situasi dan membangunkan rukun sejahtera yang menceriakan dalam sebuah rumah tangga. Tetapi mungkin juga ada si suami yang mengatakan bukan semua lelaki bersikap panas baran dan suka marah-marah! Malah, si isteri juga suka buat hal, gemar berleter tak tentu pasal. Balik sahaja dari tempat kerja, dah dengar suara leteran isteri, sedangkan penat bekerja belum hilang. Jika berdepan situasi ini, bagaimana kita mahu menanganinya? Menurut pakar psikologi, antara langkah perlu diambil ialah jangan membiarkan isteri memulakan bicara sekiranya mendapati beliau sedang naik angin. Ini kerana apabila suami yang memulakan bicara, tindakan itu insya-Allah akan mampu mengurangkan tekanan emosi isteri secara berkesan.

Demikian juga, seandainya isteri bercakap dan meluahkan emosinya, cubalah bawa bertenang sambil menumpukan pada gaya bahasa badan yang kita simpati dengannya. Jangan dicelah-celah percakapan isteri, suami mengeruhkan lagi situasi dengan dakwaan menyakitkan hati.

Pada waktu sebegini suami perlu tunjukkan sikap wibawa dan ingat apa yang pernah dipesan Rasulullah SAW: “Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!” (Hadis riwayat Bukhari) Sematkan kalimah ini sekemas-kemasnya di dalam hati kita dan insya-Allah apabila bersemuka dengan situasi yang mengemosikan jiwa pasti kita mampu mengawal diri dan sentiasa kelihatan ‘cool’. Suami yang mampu mengawal tekanan emosi marah adalah seorang suami berjiwa murni dan berkredibiliti unggul. Kemudian, seorang suami juga tidak usah terburu-buru membela diri, sekiranya waktu dirasakan belum mengizinkan. Tunggu dan cari waktu sesuai untuk berbuat demikian. Ini kerana Nabi SAW pernah memberitahu kita dalam satu hadis bermaksud: “Saya menjamin ke syurga untuk orang yang meninggalkan perdebatan sekalipun dia benar.” (Hadis riwayat Muslim) Elakkan pergaduhan Bertelingkah dan berdebat sampai tegang urat leher sekalipun akan memberikan impak negatif terhadap kerukunan hubungan suami isteri. Sebab itu Rasulullah SAW menegah kita terus berdebat, meskipun percakapan kita itu untuk membela diri ataupun membetulkan keadaan. Tunggu dan cari waktu lebih tenang, pasti yang kusut dapat dijernihkan kembali. Jadi, dalam hubungan suami isteri pengawalan emosi amat mustahak dan jangan membiarkan diri hilang kawalan iman. Bertindaklah dalam kerangka yang berhemah dan bijaksana demi menjadikan hubungan sentiasa erat dan menceriakan. Insya-Allah anda sebagai suami mampu lakukan. Ingatlah! Rapuh iman, retak hubungan.

Penulis Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Muadzam Shah

 pix_topright

Koleksi kereta mini dilelong

Atlanta: Selepas bersusah-payah menghabiskan masa 15 tahun mengembara ke serata dunia, seorang pengumpul kereta mikro bakal melelong 200 kenderaan koleksinya pertengahan bulan depan.
Kebanyakan kereta Bruce Weiner itu dilengkap enjin 49 kuasa kuda yang mampu mencapai kelajuan kira-kira 65 kilometer sejam. Walaupun kereta mikro itu hanya sepanjang 1.5 meter, tetapi ia masih boleh digunakan seseorang dengan ketinggian 1.8 meter.

Walaupun kecil, kereta mikro berkenaan dikatakan masih mampu menyelesaikan beberapa masalah pengangkutan.
Menurut Weiner, selama 15 tahun dia merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk mendapatkan kereta mikro terbaik.

Katanya, kereta seumpama itu dibina selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ketika Amerika Syarikat (AS) dan Britain bergelut dengan masalah kekurangan makanan, bahan mentah, bekalan elektrik dan gas.

“Kereta mikro itu dibina sebagai cara membantu orang ramai dalam keadaan sulit selepas perang, tetapi ia hanya bertahan sedekad apabila muncul kereta mini,” katanya. Hasil lelongan semua 200 kereta mikro itu dijangka bakal mengumpul sehingga RM34 juta.
Antara koleksi Weiner ialah kereta ikon Peel P50 dan BMW yang diubah suai menjadi kereta lumba 730 kuasa kuda.

Menurut Weiner, lelongan itu diadakan di Muzium Kereta Mirko Bruce Weiner di Madison, Georgia. Kereta Peel P50 dikeluarkan pada 1964 adalah kereta paling kecil pernah dihasilkan di dunia dan dijangka dijual pada harga RM219,000.
Weiner juga akan menjual 11 kereta BMW Isetta, termasuk sebuah model unik, Whatta Drag, yang dilengkapi enjin Chevrolet V8.

“Kereta itu diilhamkan daripada kereta mainan Hot Wheels dan dianggarkan bernilai £65,000 (RM316,000),” katanya. Tidak ketinggalan, sebuah kereta Bond Bug oren keluaran 1972 yang mempunyai tiga tayar dihasilkan syarikat Reliant.

Kerera itu, kata Weiner, dianggarkan bernilai £12,000 (RM58,400).

Menurut Weiner, mengumpul kereta mikro memang menyeronokkan tetapi lama-kelamaan, dia berdepan masalah tempat untuk menyimpannya.

“Sebagai menghargai kereta itu, saya perlu berkongsi dengan orang lain,” katanya. - Daily Mail

Pembantu rumah lelaki jadi pilihan

Singapura: Sebuah agensi pembantu rumah bercadang membawa sekumpulan 30 pekerja domestik lelaki yang dilatih dengan penjagaan dari Myanmar hujung bulan depan.
Homekeeper, satu daripada agensi terbesar di republik ini berkata, terdapat permintaan tinggi untuk pembantu lelaki bagi menjaga warga emas lelaki yang sukar diuruskan pembantu wanita. Agensi itu turut meningkatkan pengambilan kira-kira 60 pekerja domestik lelaki dari Myanmar pada Jun dan akan membawa lebih ramai jika permintaan menggalakkan. Ini kali pertama sebuah agensi membawa pekerja domestik lelaki warga asing secara tetap. Hanya segelintir agensi mengambil kaum lelaki atas dasar penyelesaian sementara ekoran permintaan pelanggan sejak dua tahun lalu.

Agensi menganggarkan terdapat kurang daripada 20 pekerja domestik warga asing di Singapura. Kebanyakan mereka adalah rakyat Filipina yang diupah untuk menjaga warga tua lelaki.
Ketika ini, terdapat 208,400 pembantu rumah warga asing.

Agensi berkata, Kementerian Tenaga Buruh membenarkan majikan membawa masuk pekerja domestik lelaki jika mereka mempunyai alasan kukuh untuk melakukan demikian. Majikan perlu menghantar surat kepada kementerian menjelaskan situasi mereka.

Pengarah Urusan Homekeeper, Carene Chin berkata, kebanyakan pelanggan menyatakan pembantu rumah mereka mengalami masalah untuk mengangkat bapa mereka yang berkerusi roda atau yang terbaring sakit di katil. Majikan juga mendapati bapa mereka berasa lebih selesa jika penjaga mereka adalah lelaki.
“Pelanggan merasakan bapa mereka akan lebih selesa mempunyai seseorang daripada jantina sama untuk membantu mereka mandi dan menukar pakaian,” katanya. Carene berkata, mengambil pekerja domestik warga asing yang mempunyai kemahiran penjagaan membolehkan lebih ramai majikan Singapura mengelak daripada menghantar ibu bapa mereka ke pusat jagaan orang tua yang semakin sesak. -AsiaOne

Lelaki paksa 350 wanita bogel di Internet bakal dijel 105 tahun

Los Angeles: Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 105 tahun jika didapati bersalah memeras ugut beratus-ratus wanita supaya mereka berbogel sambil menyaksikan aksi itu melalui Internet.
Karen ‘Gary’ Kazaryan, 27, didakwa memaksa lebih 350 wanita muda mempamerkan tubuh mereka selepas menggodam akaun Facebook dan e-mel mangsa.

Media semalam melaporkan, Kazaryan menyamar sebagai rakan wanita itu sebelum memujuk mereka supaya berbogel untuknya.
Aktiviti itu dapat dilakukan secara langsung melalui kemudahan Skype.

Lelaki dari Glendale itu didakwa menyelongkar akaun mangsa mencari sebarang gambar bogel atau separuh bogel.

Jika mangsa mengesan aktiviti Kazaryan, dia bukan saja tidak menghentikan perbuatan itu, malah mengugut mereka untuk berbogel lagi untuknya.
Penyiasat berkata, 3,000 gambar bogel atau separuh bogel ditemui dalam komputer Kazaryan setakat ini.

Katanya, Kazaryan menghubungi mangsanya dari semasa ke semasa supaya dapat mendesak mereka berbogel untuknya.
“Dalam sesetengah kes, Kazaryan meletakkan gambar bogel di akaun Facebook mangsa jika mereka enggan mengikut kemahuannya,” katanya. Kazaryan ditahan semalam dan menghadapi 15 tuduhan pencerobohan komputer serta 15 dakwaan mencuri identiti. - DM

No comments:

Post a Comment