Friday, February 1, 2013

TUTUP KEPALA BUKAN SEMASA IBADAH SAJA...FILEM NI SUSAH NAK ELAK BERCAMPUR GAUL...LEBIH2 MASA BUAT PENGAMBARAN...AKHIRAT JAWAB

Sharnaaz Tetap Nikah Shila Walaupun Dihalang Keluarga

Posted on the February 1st, 2013 under Artis by admin

PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang pada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.
Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.
“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.

Konflik terbaharu dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila ditolak bapa wanita itu, ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Juvana itu berkata, dia tidak akan berganjak daripada hasrat itu sekalipun ditentang oleh semua pihak.
“Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan semua orang lain.
“Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah,” katanya.
Ditanya adakah dia mendapatkan pandangan orang tuanya berhubung konflik itu, Sharnaaz berkata, ibu bapanya turut berkecil hati dan kecewa dengan situasi tersebut kerana dia dan Shila sudah saling mengenali dan berkawan dengan serius.
“Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan ‘lampu hijau’ mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil.
“Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut,” katanya yang kini sibuk di lokasi filem Gila Baby arahan Kabir Bhatia.
mStar

Dera bayi hingga pecah usus

Posted on the February 1st, 2013 under Tempatan by admin
Gambar hiasan
KUANTAN – “Perbuatan ganas kamu terhadap bayi terbabit tidak dapat dimaafkan bukan hanya kepada mangsa dan keluarga tapi masyarakat secara keseluruhannya.
“Saya harap hukuman berat yang dijatuhkan hari ini menjadi satu pengajaran,” tegur Majistret Rini Triany Mohamad Ali terhadap seorang bekas pekerja pusat snuker, Khoirumminan Ranizal, 20 selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya di sini, 23 Julai tahun lalu.
Dalam keputusannya semalam, Rini Triany memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kampung Tanjung Chempaka, Pekan dihukum penjara selama lima tahun bermula daripada tarikh dia ditangkap 24 Julai 2012.

Sebelum itu tertuduh dalam rayuannya merayu agar hukuman dikurangkan memandangkan dia sudah insaf dan bersedia menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari memohon satu hukuman yang berat terhadap tertuduh memandangkan perbuatan lelaki terhadap mangsa, Muhammad Adam Mikhail Abdullah yang baru berusia 10 bulan ketika kejadian amat ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, akibat perbuatan tertuduh itu, mangsa yang kini masih koma dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Berdasarkan laporan hasil pembedahan yang dijalankan, kecederaan bahagian usus bayi itu menyebabkan organ tersebut gagal berfungsi dan akan kekal sepanjang hayat,” katanya.
Farahah berkata, dalam kes itu, tertuduh mengenali mangsa dan ibunya namun tergamak melakukan perbuatan tersebut ke atas bayi yang diletakkan di bawah jagaannya.
Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali pada 1 Ogos 2012 didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik sewa di Jalan Wong Ah Jang bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah ketika itu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Khoirumminan didakwa mencederakan mangsa yang ditinggalkan di bawah jagaannya ketika teman wanitanya keluar bekerja.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8 malam, 23 Julai 2012 hingga jam 3.30 petang hari berikutnya.
Kecederaan pada mangsa disedari ibunya berusia 22 tahun selepas mendapati anaknya itu menangis dan muntah–muntah.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki tertuduh mendera anaknya hingga terpaksa dirawat di Unit PICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Susulan laporan tersebut, tertuduh ditahan sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar

Drama Sahara didakwa hina Islam

Posted on the February 1st, 2013 under Artis,Tempatan by admin
DRAMA terbitan sebuah saluran TV berbayar, Sahara dikritik penonton berikutan lakonan wanita berpurdah dalam drama tersebut yang didakwa menghina Islam.
Sehubungan itu, mereka menggesa agar pihak saluran TV terbabit menghentikan penerbitan drama itu.
Sebuah akaun fanpage Facebook yang berdaftar atas nama Hentikan Drama Sahara telah diwujudkan.

Pemilik akaun tersebut membangkitkan soal kesucian Islam yang cuba ditonjolkan pengarah drama terbabit.
“Pengarah sepatutnya memikirkan bagaimana nak menonjolkan kesucian Islam bukan memperlekehkan pakaian sunah.
“Mungkin drama ini konsepnya dakwah komedi tetapi harus terang perkara-perkara yang merosakkan akidah,” tulisnya.
Isu ini juga mendapat perhatian Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.
Beliau memberi respons kepada laman fanpage itu dengan menulis, “drama ini patut dikritik dan dihentikan siarannya kerana merosakkan imej wanita berhijab.”
Zaharuddin juga menyentuh soal penghinaan Islam yang dilakukan oleh orang beragama Islam sendiri.
“Wanita berhijab tidaklah sedemikian murah untuk bertemu janji, berpegangan tangan dan berpelukan dengan lelaki bukan mahram.
“Kalau kita marah orang bukan Islam menghina dan memberi gambaran salah terhadap kalimah ALLAH dan Nabi serta ajaran Islam, kini ia dilakukan oleh manusia yang beragama Isalam sendiri,” tulisnya.
Drama 30 episod yang mengisahkan tentang seorang gadis liar yang terpaksa tinggal di sebuah sekolah pondok itu sudah mula disiarkan sejak awal bulan ini.
Sinar
Berikut ialah Komen Ustaz Zaharuddin Terhadap Drama Sahara Di Astro Prima :

P/S: Zed Zaidi xnak komen ker? Apa komen anda tentang drama nie?

Rosmah: Saya pun tak tahu bila p’raya

Posted on the February 1st, 2013 under Politik by admin
Datin Seri Rosmah Mansor semasa menunaikan haji tahun lepas.
Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang mereka kecapi kerana di negara tertentu, rakyatnya hanya mampu mengecapi keamanan dan kemakmuran dalam mimpi, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah.

“Saya dimaklumkan keadaan di sana, apabila anak hendak ke sekolah, ibu-ibu akan cium anak, memeluk anak dengan erat sehingga menangis, kenapa begitu? Kerana mereka tidak pasti anak mereka akan pulang ke pangkuan,” katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini.
Beliau berkata rakyat di negara ini seharusnya bersyukur dengan apa yang dikecapi dan melihat kesengsaraan rakyat Palestin sebagai tanggungjawab bersama membantu mereka.
“Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa.
“Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan,” katanya.
Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin.
“Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun,” katanya.
Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.
“Di sana (Palestin), hanya keamanan di fikiran mereka, di negara kita, janganlah hanya fitnah di fikiran kita,” katanya.
Mengenai pilihan raya umum, Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.
Secara berseloroh, Rosmah berkata: “Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga,” katanya.
-Bernama
P/S: Bila la PRU nie, nak plan cuti pun susah..agak2 korang bila yer?

Mengaku Imam Mahdi, lelaki Arab ini ditahan

Posted on the January 31st, 2013 under Luar Negara by admin
Warga tempatan di salah sebuah kota kecil Arab Saudi terbangun dari tidurnya di tengah malam kerana mendengar suara teriakan seorang lelaki dari speaker masjid.
Lelaki itu berteriak mendakwa dirinya sebagai Imam Mahdi Al Monthathar yang akan menyelamatkan bumi.
Setelah mendengar suara teriakan itu, orang di kawasan tersebut bangun dari tidur dan pergi menghampiri masjid tersebut dan menangkap lelaki misteri itu sebelum menghubungi polis.

Polis datang dan berkata lelaki misteri itu mengalami gangguan jiwa.
“Dia berteriak dengan menggunakan pembesar suara masjid, mengatakan bahawa dirinya ialah Imam Mahdi yang terpilih. Dia meminta seluruh warga tempatan untuk bertaubat,” kata pihak polis tersebut kepada Suratkabar Alsaudi yang dilaporkan okezone, Selasa (29/1/2013).
Warga tempatan berkata, “lelaki itu tinggal di bandar yang sama dengan mereka dan sering mahu menggantikan imam masjid yang sedang hadir untuk memimpin solat berjemaah,” tambahnya.
Pada akhir 2012, peristiwa yang sama telah berlaku di negeri pengeluar minyak itu. Seorang lelaki berusia 70 tahun mendakwa dirinya sebagai penyelamat bumi, selepas warga selesai beribadah solat Jumaat lelaki itu ditangkap polis.
Detik Islam

Ibu tunggal 9 anak dicekup bogel

Posted on the January 31st, 2013 under Tempatan by admin
BESUT – Usaha seorang wanita berusia 54 tahun bersembunyi di bawah katil untuk mengelak diberkas pasukan pencegah maksiat di sebuah rumah dekat Kampung Anak Musang, Jabi di sini, gagal apabila ditangkap dalam keadaan berbogel.
Wanita berstatus ibu tunggal yang dikatakan sudah mempunyai sembilan anak itu hanya menutup badannya dengan kain selimut ketika bersembunyi.
Sepasukan pegawai dan anggota Penguat kuasa Syariah Pejabat Agama Daerah Besut membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di kampung itu jam 12.05 malam selepas mendapat maklumat orang ramai.
Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah berkata, ketika sampai di depan rumah, anggotanya mendapati pintu utama rumah tertutup rapat dan berkunci dari dalam.

Menurutnya, selepas dua minit diberi salam, seorang lelaki yang tidak berbaju dan berseluar hitam membuka pintu rumah.
“Dia memberitahu hanya seorang diri dalam rumah berkenaan tetapi pemeriksaan di dalam sebuah bilik, menemui wanita berkenaan sedang bersembunyi di bawah katil yang hanya menutup tubuhnya dengan kain selimut,” katanya.
Azmi berkata lagi, siasatan lanjut mendapati mereka bukan suami isteri atau muhrim.
Pasangan wanita itu seorang tukang rumah berusia 56 tahun seorang duda beralamat di Kampung Beting Lintang, manakala wanita berkenaan bekerja sebagai penoreh getah.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Besut dan kes disiasat di bawah Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzil) Terengganu 2001 kerana percubaan melakukan persetubuhan luar nikah.
Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara selama dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar

VIDEO: Tangisan Anak Gajah Melihat Ibunya Yang Mati Keracunan Di Sabah

Posted on the January 31st, 2013 under Tempatan by admin

KOTA KINABALU – Sesuatu yang menyayat hati bagi pakar veterinar, Dr Sen Nathan apabila melihat seekor anak gajah pigmi Borneo cuba menggerakkan ibunya yang sudah mati di Hutan Simpan Gunung Rara, Tawau di Sabah.
Pakar veterinar Jabatan Hidupan Liar Sabah itu menyaksikan sendiri detik berkenaan ketika melakukan siasatan berhubung misteri kematian sepuluh ekor gajah terdiri daripada tujuh gajah betina dan tiga gajah jantan di Unit Pengurusan Hutan (FMU) 23, kawasan konsesi Yayasan Sabah di hutan simpan berkenaan iaitu kira-kira 130 kilometer dari Tawau.
“Saya berasa sangat sedih, tiada perkataan untuk menggambarkan perasaan saya,” katanya, sambil menambah bahawa anak gajah jantan berusia tiga bulan bernama Kejora itu telah dihantar ke Zoo Hidupan Liar Lok Kawi untuk dijaga termasuk bagi memberi susu botol.

Sepuluh ekor gajah berumur antara empat hingga 20 tahun ditemui mati antara 29 Disember dan 24 Januari lalu di kawasan Lembah Danum dan Lembangan Maliau.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr Laurentius Ambu berkata keracunan mungkin punca utama kematian gajah berkenaan.
“Post mortem yang dilakukan mendapati tiada kesan kecederaan akibat tembakan sebaliknya bahagian organ dalaman gajah-gajah berkenaan rosak teruk. Selain bahagian usus, mulut dan anus mereka turut didapati berdarah.
“Kami mengesyaki terdapat unsur keracunan daripada bahan makanan yang mereka makan (toksin semulajadi atau racun perosak) tetapi kita masih menunggu laporan makmal analisis kimia,” kata Dr Ambu.

Menurut Ambu, laporan pertama diterima pada Selasa ketika pegawai Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) menjalankan kajian hidupan liar dimaklumkan oleh seorang pekerja mengenai kematian gajah kira-kira 5 kilometer dari pintu Syarikat Empayar Kejora Sdn Bhd iaitu sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
Katanya gajah berkenaan mungkin termakan racun di tempat lain dan berjalan beberapa kilometer sebelum rebah di kawasan berhampiran Empayar Kejora.
“Kami percaya bahawa kematian semua gajah ini ada kaitan antara satu sama lain,” katanya. – THE STAR

 

No comments:

Post a Comment