Anak senyap selama-lamanya
Kajang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera anggota keluarganya dalam kejadian di rumah mereka di Semenyih, di sini, semalam.
Difahamkan, anak sulong daripada tiga adik-beradik itu sering dirotan ibunya berusia 25 tahun kerana sikapnya yang hiperaktif dan enggan berhenti menangis.
Menurut sumber, suri rumah terbabit yang panik menghubungi suaminya yang juga anggota tentera sebelum lelaki terbabit yang berada di pejabatnya bergegas pulang ke rumah.
IBU mangsa keluar bersama pegawai polis dari bilik mayat Hospital Serdang.
“Selepas mendapati anaknya itu sudah meninggal dunia, lelaki terbabit melaporkan kejadian itu kepada polis,” katanya.
30 sen penyelamat
Nilai: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan dua beradik lelaki berusia empat dan lima tahun yang ditemui merayau tanpa penjagaan ibu bapa di Apartmen Cempaka Puri, Taman Desa Cempaka, di sini, semalam.
Sebelum diselamatkan kira-kira jam 1 tengah hari itu, kisah malang kanak-kanak terbabit serta sepasang kakak kembar mereka berusia 11 tahun dilaporkan kepada Harian Metro oleh jiran prihatin memaklumkan empat beradik itu selalu ditinggalkan ibu kandung yang dikatakan keluar bekerja.
Dalam kejadian terbaru, tiga daripada empat beradik itu berlapar selama tiga hari dan lebih sayu si kakak yang menemui wang syiling 30 sen dalam tabung ibunya terpaksa menghubungi seorang wanita yang biasanya membantu mereka.
IBU dua beradik berkenaan menunjukkan laluan keluar di celah jeriji dilalui anaknya.
Susulan itu, wartawan Harian Metro melanjutkan kes berkenaan kepada pengetahuan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan, Abdullah Hanapi sebelum dua pegawainya mengambil dua kanak-kanak lelaki dari empat beradik itu.
Ajal tiga beranak
Lahad Datu: Niat seorang isteri bersama anaknya berusia tiga tahun menemani suami yang bekerja di ladang bertukar tragedi apabila lori 10 tan sarat kelapa sawit dinaiki terbabas sebelum merempuh pokok dalam kejadian di Kilometer 24, Jalan Lahad Datu-Jeroco, dekat sini, kelmarin.
Akibat rempuhan itu, tiga sekeluarga itu mati serta merta di tempat kejadian akibat tersepit dan mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan.
Difahamkan, semua mangsa menetap di Ladang Sandau, di sini, dalam perjalanan menghantar kelapa sawit ke pusat timbangan berdekatan.
KENDERAAN dinaiki ketiga-tiga mangsa hancur selepas merempuh pokok sawit.
“Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh menuruni bukit, lori dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke cerun sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit,” katanya.
‘ND Lala sering elak bincang’
Kuala Lumpur: “Saya tidak terkilan dengan kenyataan itu kerana saya tahu itu hak dia sebagai bapa. Namun, dia perlu tahu yang saya tidak berniat buruk, cuma mahu menghalalkan hubungan dengan Shila,” kata pelakon, Shaarnaz Ahmad, 28.
Demikian penjelasan diberikan Shaarnaz sejurus ‘dibelasah teruk’ bapa Shila Amzah, 23, iaitu ND Lala, 51, yang menyifatkannya sebagai ‘biadab’ berikutan tidak menghormati keluarganya dengan mendakwa penyanyi itu ‘bakal isterinya’.
Selain itu, penyanyi lagu Diari YB itu turut menegaskan tindakan pelakon terbabit seperti memalukan dirinya dan keluarga sendiri.
Menurut Shaarnaz, sekiranya dia melakukan kesalahan terhadap ND Lala sekeluarga, dia memohon sejuta maaf selain mahu memperbetulkan konflik ini.
Lori gerak sendiri rempuh dua kedai
Dalam kejadian jam 11 pagi itu, kedua-dua kedai berkenaan rosak, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan.
Pemandu lori yang hanya dikenali sebagai Man, berusia50-an berkata, kenderaan berat berkenaan kerap dihantar untuk pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM).
“Saya menoleh dan mendapati lori merempuh dua kedai menyebabkan struktur premis berkenaan rosak,” katanya.
Sementara itu, pemilik kedai berkenaan Hong Choi Woon, 46, berkata, ketika kejadian, dia belum memulakan perniagaan.
“Saya dimaklumkan rakan berkaitan kejadian dan bergegas ke lokasi untuk melihat apa yang berlaku.
“Kerugian akibat kejadian membabitkan kerusi, peralatan elektrik serta barangan jualan. Bagaimanapun, apa yang menyedihkan, bangunan lama ini yang diwarisi keluarga rosak teruk,” katanya.
Lari sebelum kahwin
Kuala Lumpur: Gara-gara salah faham, sepasang kekasih orang kelainan upaya (OKU) yang bakal berkahwin bertindak lari dari rumah dipercayai bersama kekasihnya itu selepas membuat permohonan bantuan Baitulmal pada 10 Januari lalu.
Pasangan OKU Mohd Azwan Alimat, 19, menghidap masalah lembam dan teman wanitanya, Kasma Saari, 49, yang lembam dan kerdil dikatakan menghilangkan diri selepas membuat permohonan itu.
Ibu angkat Mohd Azwan, Russiah Bidin, 56, berkata, pada hari kejadian dia meminta anaknya menghantar kekasihnya pulang ke rumah di Sentul, namun gagal pulang selepas itu.
“Selepas itu, saya meminta anak menghantar teman wanitanya pulang ke rumah yang juga terletak berhampiran kediaman kami,” katanya.
Katanya, dia mula berasa tidak sedap hati apabila anaknya gagal pulang rumah dua jam kemudian dan cuba menghubungi telefon bimbit pasangan itu, namun gagal.
RUSSIAH menunjukkan pasangan OKU yang lari dari rumah.
“Risau keselamatan anak, saya membuat laporan polis di Balai Polis
Sentul dan sehingga hari ini belum menerima sebarang khabar dari
mereka,” katanya.Menurutnya, dia percaya pasangan itu lari dari rumah selepas dia melarang Mohd Azwan berjumpa teman wanitanya sepanjang mengikuti kurus kahwin.
Russiah meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pasangan berkenaan untuk menghubunginya di talian 012-9203094 atau ke balai polis berhampiran.
Pemaju diarah baiki pangsapuri condong
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) petang kelmarin.
Beliau berkata, sekiranya pemaju enggan membaiki kerosakan struktur pangsapuri berkenaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengambil alih kerja pembaikan itu.
Anak lapor polis tak tahan ibu didera ayah
Remaja berkenaan membuat laporan selepas melihat ibunya seorang suri rumah yang berusia 40 tahun disimbah minyak panas oleh ayahnya, namun sempat mengelak dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Rinching, Semenyih.
Ketika kejadian kira-kira jam 9 malam itu, ibu remaja berkenaan sedang memasak sebelum ayahnya yang bekerja di syarikat swasta berusia 40-an dan baru pulang dari kerja tiba-tiba mengamuk dan memarahi ibunya sebelum menyimbah minyak panas ke arah wanita itu.
‘Lampin kokain’
Menaiki penerbangan JetBlue ke lapangan terbang John F Kennedy di New York dari Republik Dominican, Priscilla Pena dan Michelle Blassingale mengenakan lampin kokain untuk tampil biasa-biasa saja. Bagaimanapun, pegawai kastam curiga apabila dua wanita itu yang terbang dari Santo Domingo diekori anjing pengesan yang mula bertindak liar.
Pemeriksasan terhadap bagasi mereka tidak menemukan sebarang dadah. Kastam kemudian mula memeriksa tubuh dua wanita itu dan menemui lampin berisi kokain di bahagian kelengkang belakang mereka. Kedua-duanya kemudian ditahan.
Pada Oktober tahun lalu, penyeludup dadah Caribbean yang juga pekerja bagasi dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana menjadikan penerbangan American Airlines sebagai perkhidmatan ulang-alik membawa dadahnya.
Bekas pekerja bagasi American Airlines itu, Victor Bourne, 37, didapati bersalah tahun lalu kerana menggunakan akses di Lapangan Terbang JFK untuk menyeludup lebih 149 kilogram kokain sejak 2000 hingga 2009. Bourne mendakwa polis menggunakan ‘bukti palsu’ untuk menahannya.
LAMPIN berisi kokain yang dipakai dua wanita ditahan di Lapangan Terbang JFK di New York.
Sebagai ketua pekerja bagasi, Bourne memperoleh jutaan dolar hasil wang haram yang diraih melalui perniagaan antara Brooklyn dan Barbados itu, kata pihak berkuasa. - Daily Mail
Israel hanya membisu
Rejim Zionis enggan mengesah atau menafikan sebarang pembabitan dalam serangan itu.
Tentera Syria sebelum ini berkata, tentera Israel melancarkan serangan awal pagi semalam menyasarkan pusat penyelidikan sains dekat Damsyik.
Penduduk tempatan memberitahu media, kawasan yang menjadi sasaran adalah pusat penyelidikan senjata bukan konvensional.
Israel sebelum ini berulang kali memberi amaran, ia akan mengisytiharkan peperangan jika stok simpanan senjata kimia Syria jatuh ke tangan kumpulan Hizbullah.
Rejim Zionis itu juga menyuarakan kebimbangan mengenai kemungkinan peluru berpandu jarak jauh Scud atau senjata lain yang lebih canggih seperti sistem antipesawat dan peluru berpandu darat ke darat milik Syria jatuh ke tangan kumpulan Hizbullah.
Serangan semalam menjadi tajuk utama akhbar Israel dengan pihak berkuasa dan pengkritik segera menegaskan bahawa Israel tidak akan membenarkan pemindahan senjata canggih kepada Hizbullah, sekutu rapat Iran dan Syria.
“Perkara terbaik yang diharapkan Israel ialah Barat akan mengawal senjata berkenaan,” kata ahli Parlimen Parti Likud, Tzahi HaNegbi yang dikenali sebagai kenalan rapat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
“Tetapi dunia belum bersedia berbuat demikian. Kerana Israel saja boleh menyelesaikannya,” katanya. - AFP
Puteri Bahrain seksa tahanan
Kejadian beraku ketika negara itu berdepan dengan pergolakan politik, menurut seorang pegawai kanan pejabat pendakwa raya.
“Shaikha Noora dituduh menggunakan penyeksaan, paksaan dan ancaman terhadap mangsa Zahra Al Sammak dan Kholoud Al Durazi agar mereka mengaku melakukan jenayah,” kata Hamza merujuk kepada dua doktor terbabit.
Menurut peguam Zahra, penyeksaan itu dilakukan pada Mac dan April 2011, ketika negara itu menghadapi pergolakan ekoran tunjuk perasaan puak Syiah yang menuntut perubahan demokrasi.
Shaikha Noora enggan mengulas ketika ditanya pihak media mengenai tuduhan itu. -Reuters
No comments:
Post a Comment