ANAK JATUH BALKONI
Beliau mengulas mengenai anaknya Muhamad Adam Zafuan, 6, yang maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh Apartmen Sutra Mas, Puchong Jaya, di sini, semalam.
Menurutnya, perasaan bimbang mengenai kemungkinan anak lelakinya itu terjatuh kerana gemar memanjat balkoni menjadi kenyataan apabila anaknya ditemui dalam keadaan berlumuran darah Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, Muhamad Adam, maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Serdang akibat parah di kepala dan badan.
Kejadian itu tidak disedari pengasuhnya yang berada dalam rumah dan sebaik dihubungi ibu mangsa yang menyuruh melihat Adam, pengasuh terbabit mendapati kanak-kanak itu sudah terjatuh dari balkoni.
Siti Nur Jannah berkata, anak tunggalnya itu seorang kanak-kanak hiperaktif dan suka bermain di balkoni di rumahnya di tingkat lima, apartmen sama, selain di pangsapuri ibunya di tingkat 15, Jalan Kuching.
“Sebelum kejadian, ibu saya menghantar Adam ke rumah pengasuhnya itu jam 9 pagi sebelum dikejutkan dengan kejadian berkenaan setengah jam kemudian.
“Ketika itu saya berada di tempat kerja apabila dihubungi rakan yang tinggal di kawasan sama dan memaklumkan Adam terjatuh dari balkoni sebelum menghubungi pengasuh supaya melihat Adam dan mengesahkan anak saya itu terjatuh,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Abd Razak Elias mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Kami sudah memanggil pengasuh untuk memberi keterangan,” katanya.
Tercampak dari jejambat
Mangsa, V Adrian Thrishen, 28, maut di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan apabila terjatuh pada ketinggian 21 meter dalam kemalangan membabitkan kereta yang dipandunya dengan sebuah lori membawa muatan biskut di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari di Kilometer 2.7 MRR2 itu, mangsa yang juga jurulatih kecergasan di sebuah gimnasium di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Melawati ke tempat kerja.
“Siasatan awal, mangsa tercampak keluar melalui cermin hadapan keretanya yang pecah sebelum terjatuh ke kawasan tempat letak kereta di lokasi kejadian. Polis belum mengambil keterangan pemandu lori terbabit kini dilaporkan kritikal,” katanya.
Seorang pekerja swasta yang ditemui di tempat kejadian dikenali sebagai Wong, 29, berkata, ketika kejadian itu, dia sedang menuju ke sebuah bank di persimpangan jalan berkenaan.
Katanya, dia terdengar bunyi objek terjatuh disusuli jeritan orang ramai mengerumuni lokasi kejadian.
‘Mengapa dia mati?’
Mayat kanak-kanak yang dibawa menggunakan van jenazah tiba di Melaka Memorial Park, Bukit Jelutong di sini, kira-kira jam 12.55 tengah hari dengan diiringi kedua-dua ibu bapanya, William Yau Kok Kang, 32, dan Goh Ying Ying, 28.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan kawasan itu apabila upacara sembahyang dan keagamaan dilakukan sebelum mendiang dimasukkan ke dalam tempat pembakaran, kira-kira jam 2 petang.
Bagaimanapun, sejurus ibu bapa mendiang yang enggan ditemu bual media beredar, suasana kembali pilu apabila nenek kanak-kanak itu tiba di kawasan berkenaan sambil meronta-ronta menangis dan meraung kesedihan.
Chee yang ditemani seorang anak lelakinya dikatakan turut merintih hiba apabila urusan pengebumian itu tidak dimaklumkan kepadanya dan tidak sempat melihat mendiang cucunya buat kali terakhir.
Wanita warga emas itu bagaimanapun ditenteramkan Mohd Ali.
Terdahulu, Mohd Ali ketika menemui Kok Kang dan Goh Ying Ying mengucapkan takziah selain meminta mereka sekeluarga bersabar atas apa yang berlaku.
“Bagi meringankan beban keluarga mendiang, kerajaan negeri turut menyalurkan sumbangan RM5,000 untuk tanggungan kos perbelanjaan upacara pengebumian,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut meminta semua pihak terutama parti pembangkang tidak mempolitikkan kejadian berkenaan kerana keluarga mendiang masih bersedih.
“Ia termasuk tindakan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) yang melemparkan tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) mengenai keselamatan kanak-kanak di negara ini sedangkan kejadian berlaku di Selangor iaitu di bawah negeri pembangkang.
“Saya amat berharap kejadian seumpama ini tidak berulang pada masa depan terutama membabitkan kanak-kanak,” katanya.
Pengsan dirempuh babi
Menurutnya, dalam kejadian jam 7.15 pagi, suaminya, Sulaiman Mamat, 50, dan Siti Nur Syafikah dalam perjalanan pulang selepas menghantar seorang lagi anak, Ahmad Mokhtar Sulaiman, 7, ke sekolah yang terletak satu kilometer dari rumah.
“Ketika dalam perjalanan pulang, suami yang menunggang motosikal Yamaha RXS tidak sempat mengelak babi yang tiba-tiba keluar dari hutan di tepi jalan lalu merempuh motosikal.
“Nasib baik selepas mereka tercampak, babi itu tidak menyerang, sebaliknya masuk kembali ke dalam hutan,” katanya yang menemani Siti Nur Syafikah di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam.
Rokiah berkata, penduduk yang lalu di kawasan itu membawa suami serta anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT). Suaminya yang luka di kening dan tapak tangan dirawat di HHT manakala Siti Nur Syafikah dirujuk ke HSNZ untuk menjalani pemeriksaan pakar kerana cedera di kepala dan patah bahu kanan.
Seekor lagi diburu
Reptilia yang digelar Bujang Selang oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng itu kini ditempatkan di Pusat Hidupan Liar Matang, semalam.
Buaya tembaga jantan yang berukuran hampir lima meter dengan berat 620 kilogram itu dipercayai berusia lebih 80 tahun itu memasuki perangkap khas kira-kira jam 2.30 petang kelmarin dan dibawa ke tebing sungai sebelum dibawa menaiki lori ke Pusat Hidupan Liar, kira-kira lapan kilometer dari kawasan berkenaan.
Katanya, mengikut laporan daripada penduduk berhampiran dan siasatan yang dijalankan, ada seekor lagi buaya yang sering muncul di permukaan sungai itu sekali gus menimbulkan kebimbangan orang ramai.
“Buaya yang dipercayai sering muncul di Sungai Teruntum itu mengalami sedikit kecederaan pada mulut ketika cuba melepaskan diri.
“Biarpun sebelum ini hanya ada satu aduan mengenai reptilia itu, kami tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengesan dan menangkapnya bagi mengelakkan ia terus mengganggu penduduk kampung,” katanya ketika ditemui, semalam.
Proses pemindahan Bujang Selang terpaksa menggunakan tenaga 10 lelaki dan mengambil masa hampir tiga jam kerana saiznya yang besar.
Semalam, Harian Metro melaporkan seekor buaya dianggarkan dengan berat kira-kira 600 kilogram selepas reptilia ganas itu membaham anjing pengawal rumah rehat Yang Dipertua Negeri di Telaga Air.
Buaya yang berjaya diperangkap itu adalah daripada spesies ‘crocodylus porosus’ atau buaya air masin yang terkenal sebagai paling ganas.
Seperti digilis lori
Nasib tidak baik menimpanya apabila pelvisnya patah selepas dirempuh bola salji gergasi yang menyebabkan dia tersepit pada tembok.
Nicole Wignall, 16, menghabiskan masa hampir empat jam bersama tujuh rakan lain untuk membuat bola salji selebar lebih satu meter dan tinggi lebih satu meter. Mereka kemudian menolaknya ke puncak sebuah bukit berhampiran kediaman mereka di Blackburn.
“Saya melihatnya, tetapi tidak dapat berbuat apa-apa. Saya tidak boleh bergerak. Saya menjerit lalu terperangkap antara bola salji itu dengan tembok. Rakan saya mengalihkan bola salji itu dan mengangkat saya masuk ke rumah. “Saya sangka saya akan mati atau lumpuh,” kata Nicole.
Pelvisnya patah di empat bahagian di depan dan retak di belakang. Dia dijangka terpaksa menggunakan kerusi roda selama lapan minggu sebelum boleh berjalan semula dengan menggunakan tongkat dan mengambil masa satu atau dua tahun sebelum boleh menari semula.
“Sungguh mengecewakan. Pelvis saya berkecai, patah di empat bahagian di depan dan retak di belakang. Doktor berkata, saya seolah-olah menunggang motosikal dan dirempuh oleh lori. Saya boleh lumpuh,” katanya.
Penagih dadah meningkat
“Jika tiada langkah diambil, menjelang 2015, 3.37 peratus jumlah populasi wilayah itu atau kira-kira 109,675 orang akan menjadi penagih dadah,” kata Ketua pejabat BNN Yogyakarta, Budi Harso kepada media, semalam. Budi berkata, kaji selidik BNN membabitkan individu berusia 10 hingga 59 tahun menunjukkan bilangan pengguna dadah di wilayah itu meningkat kepada 69,000 pada 2011 berbanding 68,000 pada 2008. Daripada jumlah itu, usahawan, kakitangan sektor swasta dan pelajar universiti didapati pengguna tetap. “Usahawan dan kakitangan sektor swasta mungkin meneruskan tabiat itu yang diamalkan sejak di kolej,” katanya. Dia menyalahkan fenomena perubahan gaya hidup di kalangan orang muda di wilayah itu yang menjadi tempat penduduk dari seluruh negara bercampur gaul.
Budi juga mengaitkan keadaan itu berlaku ekoran fakta bahawa Yogyakarta adalah destinasi pelancongan popular. Data daripada polis Yogyakarta menunjukkan bahawa bilangan pelajar universiti menggunakan dadah meningkat daripada 51 pada 2010 kepada 52 pada 2011 dan 58 pada 2012.
“Doktor patut melakukan pemeriksaan terperinci sebelum memberikan sedatif kepada pesakit mereka,” katanya.
Budi turut menyarankan menyekat rangkaian pengedaran dadah dan meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan negatif dadah akan membantu mengawal penggunaan dadah dalam masyarakat.
Goyang sambil makan
Tinjauan Harian Metro mendapati, kedai makan yang terletak jauh dari penempatan penduduk ini umpama kelab malam terbuka dan ‘padat’ dengan pengunjung pelbagai peringkat umur.
Hampir setiap malam puluhan kenderaan dipakir di tepi jalan berkenaan yang menjadi lokasi warga emas dan pertengahan umur, lelaki dan perempuan melepaskan geram dengan berkaraoke sambil menari.
Premis terbabit beroperasi seawal jam 5 petang sehingga jam 4 pagi, manakala waktu karaoke bermula jam 9 malam dan hanya bermodalkan RM5, pelanggan boleh menyanyi untuk tiga lagu atau satu lagu RM2.
Bagi mereka yang pertama kali datang pasti terkejut dengan suasana meriah ini dengan kebanyakan lagu dinyanyikan berirama dangdut selain irama 60-an dan moden.
Tinjauan mendapati, perlakuan pelanggan lelaki dan perempuan yang berkaraoke sambil menari di pentas terbuka agak kurang sopan di depan anak kecil selain klip video dipaparkan mengandungi aksi erotik penyanyi dangdut dari negara seberang.
Tanpa segan silu mereka bergelek walaupun kebanyakannya di usia senja dan lebih menjengkelkan ada pelanggan wanita yang bertudung turut menari.
Ketika ditanya, kumpulan wanita terbabit spontan menjawab mereka ibu tunggal dan tiada siapa melarang.
Didapati ramai antara mereka pelanggan tetap kerana mengenali antara satu lain, malah kehadiran wartawan buat pertama kalinya menjadi perhatian mereka.
Seorang pelanggan tetap yang mahu dikenali sebagai Nor, 50, berkata, paling kurang dalam seminggu dia berkunjung ke kedai makan itu sebanyak tiga kali.
Katanya, dia berkunjung ke situ untuk menghilangkan kebosanan selain bayaran untuk karaoke adalah murah.
“Di sini tiada bezanya dengan kelab dangdut dan saya seronok kerana ramai antara pelanggan di sini sudah menjadi kawan. “Di sini tiada jualan minuman keras, tetapi ada juga pelanggan yang minum minuman keras yang dibeli dari luar. “Pemilik premis sering mengingatkan pelanggan supaya tidak mengambil minuman keras atau dadah kerana bimbang diganggu pihak berkuasa,” katanya.
Menurutnya, jika mahu menyanyi, pelanggan perlu datang awal jam 8 atau 9 malam dan jika lewat, tempahan sudah penuh dan hanya berpeluang menari.
Dia yang juga ibu tunggal berkata, malam Jumaat paling ramai pelanggan datang ke situ untuk berhibur selain malam minggu.
Katanya, ada kala pelanggan terpaksa berdiri kerana tempat duduk sudah penuh dan ketika Ramadan, premis itu beroperasi dan karaoke diadakan seperti biasa selepas Tarawih. “Tempat ini pernah diserbu jabatan agama satu ketika dulu, tetapi tiada tindakan, mungkin pemiliknya mengikut prosedur. Cuma pelanggan ditegur supaya berpakaian sopan,” katanya.
Pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Port Dickson ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menegah dan mengambil tindakan kerana perniagaan berkenaan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, jurucakap Bahagian Pelesenan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) pula berkata, pihaknya hanya mengeluarkan lesen perniagaan bagi mana-mana pusat hiburan beroperasi sehingga jam 1 pagi dan jika pemiliknya ingkar lesen perniagaan akan ditarik balik.
“Dalam kes kedai makan terbabit, pemiliknya memohon lesen jualan makanan dan hiburan. Kami akan menjalankan siasatan berkaitan dan jika terbukti berlaku perlanggaran mengikut akta tindakan akan diambil terhadap pemilik premis berkenaan,” katanya.
Kerani nyaris ditipu ‘pegawai BNM’
Menurut sumber, mangsa berusia 46 tahun mendakwa menerima panggilan dari pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi memaklumkan dia mempunyai surat dari mahkamah yang tidak dituntut dan memintanya menunggu panggilan dari IPK Kuala Lumpur, 21 Januari lalu.
“Mangsa kemudian dihubungi seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Johnson Tan sebelum pegawai polis itu memberitahu mangsa tidak menghadirkan diri dalam satu kes mahkamah.
Katanya, tidak lama kemudian mangsa dihubungi seorang lelaki dari BNM yang memperkenalkan diri sebagai Encik Tan dan memberitahu akaun bank mangsa sudah disekat serta tidak boleh melakukan urusan keluar dan masuk duit.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit menawarkan bantuan bagi mengelak akaun atau wang mangsa daripada dibekukan atau dirampas dan memperdaya mangsa membuat pindahan wang dari akaun bank mangsa ke akaun bank yang dibekalkan sindiket.
“Lelaki terbabit meminta mangsa pergi ke bank berhampiran untuk melakukan pemindahan wang selain memberikan satu akaun atas nama seorang lelaki tidak dikenali,” katanya.
Namun, mangsa mengesyaki ia perbuatan sindiket penipuan dalam talian sebelum membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya.
Muka ditoreh pisau
Dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam itu, mangsa mendakwa ‘diserang’ tiga lelaki dan seorang wanita berusia 20-an ketika berhenti untuk mengisi minyak di tempat kejadian, jam 4 pagi.
Menurut sumber, mangsa yang bersendirian tiba-tiba dihampiri kumpulan terbabit sebelum dipukul menggunakan topi keledar.
Sumber berkata, seorang daripada lelaki terbabit kemudian mengeluarkan sebilah pisau sebelum menoreh muka mangsa.
“Mangsa dilaporkan menggelupur kesakitan sebelum dikejarkan ke hospital oleh orang awam,” katanya.
Selepas menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, mangsa dilaporkan menerima 125 jahitan di mukanya selain mengalami lebam dan bengkak pada seluruh badan.
Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.
‘Jangan babit saya’
O“Nasihat saya kepada mereka, jangan babitkan orang lain jika ada masalah hubungan cinta,” kata pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 26.
Beliau meluahkan kekecewaannya, apabila dituduh menjalinkan hubungan sulit bersama kekasih pemain bola sepak kelab S.C. Beira-Mar, Portugal, Nazmi Faiz Mansor, 19.
Kenyataan yang disiarkan jam 4.25 pagi itu bagaimanapun dipadam beberapa jam kemudian dan tidak dipastikan sama ada ia diceroboh atau ditulis Nazmi.
Dalam kenyataan itu Nazmi mendakwa Aidil memberikan RM1,000 kepada Tengku Fiella untuk membeli belah di Johor Bahru selain tinggal bersama selama seminggu di bandar raya berkenaan.
Adil bagaimanapun ketika dihubungi bagi mendapatkan sama ada dakwaan itu benar atau sebaliknya berkata, dia tidak mengenali kedua-dua pasangan atau menjalinkan hubungan sulit seperti mana didakwa.
“Tolonglah, isu saya bersama isteri (Rita Rudaini) pun belum selesai, tambah pula satu isu lain,” katanya.
Menurut Aidil, dia tidak pernah memberikan RM1,000 kepada Tengku Fiella dan tinggal bersama, tambahan pula tidak mengenali wanita itu.
“Saya ada terdengar tuduhan itu daripada rakan tadi (semalam) dan sudah memaklumkan kepada rakan Nazmi supaya dia menghubungi saya. Itu pun kalau benar dakwaan yang dinyatakan,” katanya.
Lebih menghairankan, kata Aidil, kenapa dia yang disabitkan dalam hubungan cinta kedua-dua pasangan itu dan menyifatkan jika benar tuduhan itu, ia menjejaskan kredibilitinya.
“Tuduhan itu boleh menjejaskan imej saya dan mengganggu periuk nasi. Tak perlu sabitkan saya dalam hal ini dan selesaikan hubungan cinta secara profesional,” katanya.
Ditanya sama ada mempunyai sebarang masalah dengan pemain muda kebangsaan itu, Aidil berkata, dia tidak pernah bercakap, bergandingan sebarang kejohanan atau bertemu Nazmi Faiz.
“Saya menganggap Nazmi sebagai seorang adik, tambahan pula dia adalah junior dalam pasukan kebangsaan. Bagaimanapun, saya tidak pernah mengenali Tengku Fiella,” katanya enggan memanjangkan perkara itu.
Sementara itu, dalam temubual bersama sebuah blog, Tengku Fiella menafikan hubungan bersama Aidil dan menyifatkan Nazmi seorang yang mudah cemburu.
Katanya, dia turut menafikan turut ke Johor atau mengenali pemain kebangsaan itu dengan lebih dekat.
Nazmi menerusi laman Twitter miliknya lewat petang semalam memohon maaf kepada Aidil.
“Saya minta maaf pasal perkara yang lepas, jangan salahkan Aidil Zafuan. Dia tiada kaitan apa-apa,” katanya.
Lelaki mati separuh bogel
Mangsa, P Mahendran, 21, ditemui dalam keadaan telentang dan tidak berbaju serta memakai seluar pendek berwarna coklat dipercayai mati akibat dipukul dengan objek tumpul.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superintendan Mazlan Othman berkata, polis bergegas ke lokasi kejadian pada jam 1.25 tengah hari selepas menerima maklumat orang awam.
“Berdasarkan kecederaan yang terdapat pada mangsa, kita tidak menolak kemungkinan mangsa terbabit dalam pergaduhan sebelum ditemui mati,” katanya.
Mazlan berkata, mangsa dipercayai mati dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui oleh orang awam.
Katanya, polis akan meneruskan siasatan susulan sejurus laporan diperoleh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk bedah siasat.
“Buat masa ini tiada sebarang tangkapan, tetapi kita sudah menjalankan soal siasat terhadap beberapa saksi dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Penganggur mewah bekal dadah
Dalam serbuan jam 6.30 petang, 23 Januari lalu oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang itu, suspek berusia 44 tahun bersendirian di rumahnya.
Ketua JSJN Pahang Superintendan Yap Toon Khuan berkata, lelaki itu dipercayai terbabit dalam sindiket pengedaran dadah di negeri ini sejak beberapa bulan lalu.
“Serbuan dilakukan selepas kami mendapat maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah daripada empat suspek yang ditahan dalam dua serbuan berasingan pada hari sama.
“Bekalan dadah itu dipercayai untuk kegunaan 20,000 penagih tempatan,” katanya.
Perlu bijak layari Internet elak tertipu
Menurutnya, kes penipuan Internet seperti terpedaya cinta palsu sehingga kerugian beribu ringgit sering berlaku akibat sikap individu yang tidak berhati-hati dan mudah percaya orang lain yang berniat menipu.
“Masyarakat harus bijak apabila melayari Internet seperti laman sosial. Jangan cepat terpengaruh kerana Internet umpama pisau yang boleh memotong dan membunuh,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, SKMM turut memainkan peranan meningkatkan kesedaran terhadap kes penipuan Internet melalui program Klik Dengan Bijak yang dijalankan sejak awal tahun lalu.
“SKMM berusaha memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kelebihan dan kekurangan Internet. Program ini mendapat sambutan yang baik dan ia diteruskan ke pelbagai lokasi mengikut negeri seluruh negara,” katanya.
Jailani berkata, kesedaran mengenai implikasi Internet sangat penting supaya mereka tidak menyalahkan orang lain apabila ditipu. Malah, peranan ibu bapa juga penting dalam memantau pergerakan anak-anak.
“Mengikut kes yang berlaku, wanita bujang sering ditipu kerana mungkin mereka mahu mencari cinta dan pasangan hidup. Kami mensasarkan golongan belia ke atas menyertai program ini dan menimba pengetahuan untuk diri sendiri,” katanya.
Presiden Lembaga Kaunselor Profesional Malaysia, Prof Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din pula berkata, perkembangan pantas teknologi maklumat memberi kesan pada kehidupan manusia sehingga bersikap lalai dan sukar menyesuaikan diri dengan persekitaran.
No comments:
Post a Comment