Tuesday, January 29, 2013

JANGAN YANG AMBIK RASUAH TERLEPAS...JANGAN YANG BERSALAH TERLEPAS....AKHIRAT MEREKA MEMANG TAK LEPAS

‘Banglo itu memang milik saya’

Posted on the January 29th, 2013 under Tempatan by admin


Kediaman milik Fauzi di Seksyen 10, Shah Alam yang hangat diperkatakan di beberapa blog. Gambar kecil: Fauzi
IPOH – “Ya, memang itu banglo milik saya.” Itu reaksi jujur bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menjawab kontroversi siapa pemilik sebuah banglo mewah di Seksyen 10, Shah Alam yang dipaparkan di beberapa laman blog.
Katanya, beliau tidak sedikitpun terjejas dengan pendedahan tersebut yang mengaitkannya sebagai pemilik banglo tersebut selain menimbulkan pelbagai persoalan termasuk mempertikaikan kemampuannya memiliki kediaman besar dan mewah seperti itu.

Menurutnya, banglo tersebut dibina di atas tanah seluas 7,000 kaki persegi yang dibelinya pada 2004 berjumlah RM15 setiap kaki dengan harga istimewa sebagai kakitangan awam ketika itu.
Tambahnya, beliau mengalu-alukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan sekiranya ada pihak ragu-ragu terhadapnya.
“Ketika itu nilai tidak sampai RM1juta pun. Malah, pembinaan rumah itu dibuat secara berperingkat-peringkat dengan mengamalkan penjimatan ketika bekerja dalam kerajaan termasuk wang simpanan bersama isteri.
“Saya juga turut menjual dua buah rumah teres di kawasan Gombak dan Shah Alam untuk membina rumah dua tingkat setengah itu,” katanya.
Fauzi mengakui memang ada tunjuk perasaan yang membantah pembinaan banglo itu kerana ia berhampiran Masjid Negeri dan sebuah hotel terkemuka di kawasan berkenaan.
“Nilai hartanah kini yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai mempertikaikan kemampuan beliau memiliki rumah di kawasan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan gambar banglo mewah itu di shahalamrebels.blogspot.com.
Blog tersebut menimbulkan beberapa persoalan termasuk bertanyakan dari mana datangnya sumber kekayaan Fauzi hingga mampu membina banglo mewah tersebut.
Antara persoalan yang diketengahkan di blog tersebut adalah: “Mana datangnya duit untuk membina sebuah mahligai mewah yang dikatakan punya kemudahan lif ini?
“Adakah kekayaan ini dikumpul ketika berkhidmat di dalam kerajaan dahulu?” dan “Pembinaan banglo mewah ini pernah mendapat bantahan penduduk di situ kerana dibina di kawasan riadah.
“Ataupun benar dakwaan kononnya beliau menerima RM15,000 setiap kali berceramah?”
Mengulas lanjut, Fauzi menjelaskan, walaupun hampir 10 tahun berlalu, rumah itu pun masih belum siap sepenuhnya dan walaupun beliau bersama keluarga telah menduduki banglo terbabit setahun lalu.
“Harga dulu berbeza dengan sekarang dan logiklah jika orang ramai tertanya-tanya dengan satu-satunya harta saya itu. Empat anak lelaki saya turut membantu memberi dana,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pilihanraya Kawasan Larut berkata, tindakan beberapa pihak mendedahkan gambar rumahnya itu sedikit pun tidak menjejaskan gerak kerja beliau untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
“Saya langsung tidak berasa risau dengan pendedahan itu dan tidak menjejaskan gerak kerja saya untuk memenangi hati pengundi-pengundi di Parlimen Larut.
“Malah, tiada istilah takut dengan pengundi kerana saya telus terhadap perkara ini dan rakyat lebih memahami pemimpin mereka,” katanya.
Sinar

PM nafi dakwaan, kata Deepak tidak kredibel

Posted on the January 18th, 2013 under Politik by admin


Najib Tun Razak penuh bersemangat ketika menyampaikan ucapan perasmian Perhimpunan Agung Parti Progresif Penduduk, hari ini. – Foto Bernama
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyangkal dakwaan Deepak Jaikishan sambil menegaskan, beliau tidak ada sebarang kaitan dengan tindakan detektif bebas P. Balasubramaniam mengeluarkan akuan bersumpah kedua berhubung kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Justeru, tegas Najib, pengedar karpet itu bukan seorang yang ada kredibiliti.

“Tidak benar. (Deepak) bukan seorang yang ada kewibawaan… ini bukan satu isu,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam ini.
Akhir bulan lalu, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis segera menyiasat kenyataan lima individu yang terlibat dalam memalsukan perakuan bersumpah Balasubramanam.
Mereka ialah Deepak, Datuk Nazim Razak, peguam Cecil Abraham, peguam Arulampalam selain Balasubramaniam sendiri.
Berdasarkan pengakuan Balasubramaniam dan Deepak, campur tangan sehingga akaun bersumpah tersebut diubah bersalahan di bawah Akta Akuan Berkanun 1960.
Pendedahan dibuat secara terbuka oleh Deepak dan Balasubramaniam sebelum ini. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Hademan Abdul Jalail, beriya-iya menafikan penglibatan peguam senior, Cecil Abraham yang menghentikan siasatan terhadap Balasubramaniam.
“SPRM sangat bersungguh untuk nafi, tapi tak siasat. Balasubramaniam (sebelum ini) telah buat temujanji supaya dia disiasat, tapi tak terjadi,” katanya PKR.
Sinar

Sekeluarga gajah mati diracun

Posted on the January 30th, 2013 under Tempatan by admin


SEORANG kakitangan Jabatan Hidupan Liar Sabah berada di lokasi penemuan bangkai gajah pigmy yang dipercayai mati diracun di Hutan Simpan Gunung Rara, dekat Tawau, baru-baru ini.
TAWAU – Kawasan Hutan Simpan Gunung Rara yang terletak kira-kira 130 kilometer dari sini bukan lagi menjadi tempat perlindungan yang selamat bagi gajah pigmy atau Gajah Kerdil Borneo apabila 10 ekor haiwan spesies yang dilindungi itu ditemui mati dipercayai diracun dalam tempoh dua minggu lalu.
Kesemua gajah yang ditemui mati itu dipercayai daripada satu keluarga membabitkan tujuh betina dan tiga jantan berusia dari empat hingga 20 tahun.

Pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kesemua gajah tersebut menjadi mangsa kekejaman manusia termasuk siasatan terhadap penggunaan racun tikus.
Teori racun tikus itu timbul selepas kes tujuh ekor gajah pigmy ditemui mati akibat termakan bahan berbahaya itu di Rizah Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu kira-kira 10 tahun lalu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Datuk Dr. Laurentius Ambu ketika dihubungi semalam menceritakan, misteri kematian haiwan itu dilaporkan pada 23 Januari lalu selepas empat bangkai gajah ditemui di sepanjang jalan pembalakan Telupid di kawasan hutan simpan berkenaan.
Kawasan penemuan bangkai itu pula terletak kira-kira lima kilometer dari kem pembalakan Empayar Kejora Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat Yayasan Sabah.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Hidupan Liar telah menyiasat di lokasi tersebut sebelum menemui empat lagi bangkai gajah dua hari kemudian,” katanya.
Awal bulan ini, kakitangan jabatan itu menemui dua bangkai gajah di kawasan berkenaan dan menjadikan keseluruhan bangkai yang ditemui ialah 10 ekor.
Beliau juga mengesahkan siasatan awal mendapati kesemua gajah tersebut mati akibat termakan racun.
Kosmo

3,000 remaja lulus latihan ketenteraan Hamas

Posted on the January 29th, 2013 under Luar Negara by admin


Remaja menunjukkan aksi memegang senapang di Semenanjung Gaza.
GAZA – Lebih 3,000 remaja Palestin lulus dalam sesi pertama latihan ketenteraan anjuran pihak Hamas di Semenanjung Gaza.
Program bertujuan memupuk generasi pemimpin baru dalam perjuangan menentang Israel ini adalah pembelajaran elektif ditawarkan di setiap sekolah sejak September tahun lalu.

Jurulatih program, Abu Hozifa berkata, di samping penyediaan dari segi mental dan kecergasan fizikal,remaja ini juga diajar menghormati bendera dan lagu kebangsaan dan mengukuhkan persaudaraan.
“Sesi sejam setiap minggu menyaksikan pelajar diajar memanjat bangunan, melompat melalui halangan dan merangkak di bawah kawat berduri selain dilatih menggunakan senjata ringan,” katanya.
Menurutnya, latihan ini juga dapat melahirkan pakar perang yang berpengetahuan dan mampu bertempur dengan musuh Islam.
Perdana Menteri Hamas, Ismail Haniyeh berkata, beliau telah mengarahkan menteri pendidikan untuk menubuhkan sebuah kolej tentera sepenuh masa bagi melatih lebih ramai tentera muda Palestin. – AP

Usung haruan gergasi 200kg

Posted on the January 29th, 2013 under Tempatan by admin


Replika ikan haruan yang diangkat menggunakan jengkaut untuk diletakkan di Kampung Che Kundur, Batu Burok, Kuala Terengganu.
KUALA TERENGGANU – Kemunculan ikan haruan seberat 200 kilogram (kg) menggemparkan penduduk Kampung Che Kundur apabila ikan berkenaan terpaksa dibawa menggunakan alat mengangkut barang beroda tiga dan jengkaut.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Saad Mahmud berkata, ikan yang dibawa lebih kurang 150 meter dari rumahnya ke tali air berhampiran menyebabkan ramai penduduk keluar dari rumah masing-masing.

“Replika ikan haruan yang disiapkan dalam masa hampir dua minggu ini sebagai simbolik tali air Kampung Che Kundur yang terdapat banyak ikan, selain menjadi lokasi pertandingan memancing.
“Saya sengaja meletakkan replika ikan haruan sebagai mercu tanda kampung,” katanya setelah selesai meletakkan replika berkenaan di Kampung Che Kundur, di sini.
Saad berkata, replika itu sebahagian daripada persediaan Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kampung peringkat daerah dan Anugerah Desa Cemerlang.
“Kita juga dalam proses membina pintu gerbang dan menceriakan seluruh kampung dengan menanam pokok bunga dan memberi fokus kepada aspek kebersihan,” katanya.
Tambahnya lagi, menerusi pertandingan berkenaan, sudah dua kali kampungnya tersenarai tetapi hanya menang sagu hati.
“Kali ini kita mahukan yang terbaik untuk kampung ini,” katanya.
Sinar

No comments:

Post a Comment