30 tahun terkurung
Kura-kura bernama Manuela itu gagal dikesan pemiliknya pada 1982 walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya. Keluarga Almeida kemudian menganggap Manuela melarikan diri ketika pekerja pembinaan mengubah suai rumah mereka. Awal bulan ini, ketua keluarga Almeida, Leonel, meninggal dunia dan anak-anaknya bekerjasama membersihkan bilik di tingkat dua rumah mereka yang sarat berisi barangan elektrik rosak.
Selama ini, bilik berkenaan dibiarkan berkunci.
Anak lelaki Leonel Leandro berkata, dia terkejut apabila mendapati Manuela berada dalam sebuah kotak di bilik berkenaan, tetapi ia hanya disedari sejurus sebelum kotak berkenaan dibuang.
“Saya meletakkan kotak itu di kaki lima supaya pemungut sampah mengambilnya, tetapi ada seorang jiran bertanya, mengapa saya mahu membuang kura-kura?” katanya. Hairan dengan kata-kata jirannya, Leandro melihat kotak berkenaan sekali lagi dan terkejut melihat apa yang ada di situ.
Adik Leandro, Lenita, berkata kura-kura itu hadiah untuknya ketika dia masih kecil. Pada masa sama, Leonel tidak suka membuang barangan elektrik yang dirasakan boleh dibaiki. “Jika bapa terjumpa televisyen rosak dan dia berasa boleh diperbaiki, bapa akan menyimpannya di dalam bilik.
KELUARGA Almeida menunjukkan Manuela yang ditemui selamat selepas terperangkap dalam bilik rumah mereka selama 30 tahun.
Mengenai penemuan Manuela itu, Lenita berkata, mereka sekeluarga sangat gembira apabila bertemu semula dengan kura-kura berkenaan.
“Jika di hutan, ia boleh makan buah-buahan, daun, bangkai haiwan atau najis,” katanya.
Mengenai Manuela, Pires berkata, ia mungkin terselamat kerana makan anai-anai di lantai kayu rumah berkenaan. -Daily Mail
Gambar Diana dilelong RM54,800
Gambar itu memaparkan Diana sebelum berkahwin dengan Putera Charles dan bergelar Princess of Wales berehat di katil bersama rakannya dalam satu percutian bermain ski.
Selain Diana, seorang lelaki dan sebotol wiski turut kelihatan dalam gambar berkenaan. Gambar itu diperoleh sebuah akhbar Britain sejurus selepas Diana bertunang dengan Charles.
Firma lelongan RR Auction berkata, gambar itu dijual kepada seorang pelabur hartanah dari San Diego pada harga $18,306 (RM55,731) - AP
Pemilik senjata di India digesa bantu lindungi wanita
“Pemilik senjata berlesen sepatutnya menjalankan perkhidmatan sosial untuk menakutkan bakal pencabul. Mereka sepatutnya menggunakan senjata mereka untuk meronda kawasan sunyi seperti perhentian bas setiap malam. Dan apabila mereka melihat wanita diganggu, mereka perlu bertindak menghalang perbuatan itu,” kata Tejendra Khanna yang mengetuai Jabatan Polis di New Delhi.
Beliau dipetik oleh akhbar The Indian Express sebagai berkata, pemilik senjata itu boleh menghabiskan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari bersama-sama rakan mereka di tempat awam pada sebelah malam.
Cadangan itu bagaimanapun dikecam oleh pembangkang dari Parti Bharatiya Janata yang berkata, penduduk sepatutnya tidak dinasihatkan untuk bertindak sendiri dalam apa juga keadaan.
Penyelidik Senjata Ringan yang berpejabat di Geneva menganggarkan, 40 juta orang awam India memiliki senjata tetapi hanya 6.3 juta daripada mereka mempunyai lesen.
Polis berkata, kes rogol di New Delhi meningkat 23.4 peratus kepada 706 orang pada 2012 berbanding tahun sebelumnya. Ia menggambarkan jenayah terhadap wanita di bandar raya yang mempunyai 16 juta penduduk itu semakin berleluasa. Kejadian merogol dan membunuh pelajar berusia 23 tahun, bulan lalu mencetuskan tunjuk perasaan ganas dan desakan supaya hukuman berat dikenakan ke atas perogol. - AFP
12 jam tergantung cari kambing
Selayang: Seorang gembala kambing nyaris maut selepas tergelincir ketika mencari ternakannya di kawasan bukit berhampiran kuil Batu Caves, di sini, dan tergantung pada akar kayu lebih 12 jam pada waktu malam sebelum ditemui orang ramai, pagi semalam.
Lelaki berusia 40-an itu dikatakan mendaki bukit berkenaan lewat petang kelmarin untuk mencari kambingnya tetapi terjatuh dari tebing bukit setinggi 25 meter, namun bernasib baik apabila kaki kirinya tersangkut pada akar kayu sebelum ditemui jam 8 pagi semalam.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Selayang menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam dan menghantar pasukan bagi menjalankan operasi menyelamat.
“Sepasukan tujuh pegawai dan anggota bomba tiba ke lokasi kejadian 13 minit selepas mendapat maklumat. Sebaik tiba, lelaki terbabit didapati tersangkut serta tergantung di akar pokok dengan kepalanya ke bawah.
“Bomba mengambil masa hampir sejam bagi menyelamat dan menurunkan mangsa sebelum ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Menurutnya, berdasarkan laporan awal, lelaki terbabit dipercayai tergelincir dari bukit berkenaan ketika mencari kambingnya, lewat petang kelmarin.
Gembala kambing yang tergantung pada akar kayu di tebing bukit.
Sanggup beri RM500 nak tahu kubur
Menceritakan pengalamannya, Azizi berkata, selama 13 tahun bekerja di tanah perkuburan itu, dia bertemu pelbagai jenis orang, terutama yang ingin melakukan perbuatan syirik iaitu ‘menurun’ nombor ekor di kubur Mona.
Begitupun, katanya, dia tidak pernah menunjukkan kubur wanita berkenaan jika tidak tahu dengan jelas latar belakang mereka atau bukan saudara Mona.
“Selalunya mereka datang jam 8 atau 9 pagi dan bertanya kubur Mona. Namun saya tak beritahu kedudukannya selagi mereka tidak berterus-terang mengenai tujuan atau siapa mereka.
“Apabila disoal sedemikian, mereka tergagap-gagap untuk menjawab. Lantas saya minta mereka pulang dan tidak memberitahu di mana kubur pasangan berkenaan, kecuali kepada waris mereka,” katanya.
Azizi berkata, kegiatan syirik itu bermula sejak tempoh 40 hari pengebumian Mona pada 2001 dan hingga ke hari ini masih ada yang datang bagi tujuan sama.
Katanya, baru-baru ini seseorang datang ke situ dan mengaku keluarga terdekat Mona serta mendakwa dirinya bomoh.
“Bila saya tanya mengenai Mona, dia seakan-akan cukup mengenali wanita berkenaan, dia juga kata dia bomoh dan ada hajat nak melawat kubur Mona.
Bagaimanapun, katanya, setiap bulan, kira-kira dua hingga tiga kali dia pasti didatangi individu tidak dikenali untuk bertanyakan kubur Mona, dan ada yang tanpa segan silu berterus-terang mahu menurun nombor ekor di situ.
“Terakhir pada bulan lalu, seorang lelaki mengaku dia adik angkat Mona dan ingin menziarahi kuburnya. Dia sanggup menemui saya setiap hari, belanja saya rokok dan minum.
“Kerana bosan melayan kerenah lelaki itu, saya tipu dia dan tunjukkan kubur lama. Keesokannya saya ternampak kesan tanah baru digali, lilin, juga kertas yang tertulis angka kosong hingga sembilan berdekatan kubur palsu itu,” katanya.
Menurut Azizi, bukan saja kubur Mona menjadi pilihan perbuatan berdosa, malah ada individu sanggup menggunakan tanah kubur orang lain untuk melakukan perbuatan syirik seperti menanam gambar perempuan bersama jarum di pusara berdekatan.
Dia kecewa ada individu tidak bertanggungjawab cuba melakukan perkara itu, lebih-lebih lagi di tanah perkuburan, dan yang pasti ia akan mendatangkan aib kepada keluarga si mati.
Menurut Azizi, ahli keluarga Mona menziarahi pusaranya sekurang-kurangnya dua kali setiap bulan.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad mendapati kubur berkenaan ditanda dengan objek tertentu, dipercayai dilakukan ahli keluarganya, bagi memudahkan mereka melawat.
Bagaimanapun, maklumat lanjut dan gambar jelas kubur itu tidak dapat disiarkan bagi menghalang perbuatan syirik di kalangan masyarakat.
Tapak rumah timbul misteri
Seorang wanita dikenali sebagai Ma berusia 50 tahun yang tinggal berhampiran tapak rumah itu mendakwa, selepas rumah diduduki Mona dirobohkan dan kenderaan berwarna hitam wanita itu dilupuskan penduduk kampung, pelbagai peristiwa aneh serta seram berlaku di sebatang pokok besar berhampiran rumah berkenaan.
“Beberapa penduduk yang sering melalui jalan itu mendakwa melihat kelibat seorang wanita melintas setiap kali hujan renyai, selain kerap diganggu sekumpulan kera berwajah pelik,” katanya ketika ditemui Metro Ahad.
Mengimbas kisah silam itu, Ma berkata, pada mulanya dia menyangka penduduk kampung hanya mahu bergurau dengan mereka cerita seram kerana ingin melihat sama ada mereka berani atau tidak melalui laluan tanah merah berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, semua peristiwa seram itu bukan rekaan apabila anak lelakinya berusia 18 tahun pernah diganggu sekumpulan kera yang tiba-tiba muncul ketika berjalan pulang ke rumah pada jam 12 tengah malam.
Katanya, terkejut dengan gangguan binatang yang dianggap misteri itu, anaknya berlari sekuat hati selepas kumpulan binatang liar berkenaan semakin agresif.
“Saya memang tak percaya dengan semua itu, tapi selepas anak menjadi mangsa, baru saya sedar ada sesuatu yang tidak kena pada pokok besar berkenaan, menyebabkan kami sekeluarga berwaspada ketika melalui laluan itu.
“Kini, semua kejadian pelik serta aneh berkurangan, namun pokok besar itu masih wujud di tepi jalan tetapi hanya tinggal ranting, manakala daunnya berubah menjadi kering,” katanya.
Seorang lagi penduduk dikenali sebagai Nor, 50, berkata, Mona sebenarnya hanya menumpang tinggal sementara di rumah berhampiran pokok besar itu selepas berpindah dari rumah sewa di belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Lumpur, selain berkawan rapat dengan anak lelaki tuan rumah dikenali sebagai Pak Awang Dodol.
“Selepas Pak Awang Dodol meninggal dunia, Mona meninggalkan rumah berkenaan, termasuk membiarkan kereta berwarna hitam miliknya di depan rumah itu.
“Memang benar pokok besar itu ada sedikit gangguan selepas pemergian Mona, tapi syukur Alhamdulillah gangguan itu tidak terjadi pada keluarga saya walaupun setiap hari melalui laluan berkenaan untuk ke jalan utama,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Metro Ahad ke lokasi rumah yang didakwa pernah disewa Mona di belakang SK Tanjung Lumpur mendapati ia dirobohkan penduduk kampung kerana menjadi sarang penagih dadah.
Yang anehnya, walaupun rumah itu dirobohkan, sebatang pokok tanpa daun dibiarkan begitu saja dan difahamkan, ia pernah dijadikan tangga untuk naik ke rumah Mona.
‘Menurun nombor ekor perbuatan syirik’
Penceramah bebas, Zawiyah Hassan berkata, perbuatan itu dikategorikan syirik besar dan ditekankan Allah dalam al-Quran bahawa dosa syirik dilakukan umat Islam tidak mendapat pengampunan daripada-Nya, sekali gus membuktikan besarnya kesalahan menduakan Allah.
“Seharusnya kaki nombor ekor insaf melakukan aktiviti menurun, sebaliknya menggunakan tulang empat kerat dianugerahkan Allah untuk mencari rezeki halal dan berkat bagi menampung kehidupan sendiri dan keluarga.
“Setiap titik peluh dikira sebagai pahala berbanding melakukan perkara syirik yang mendatangkan pulangan haram, sekali gus menjauhkan diri daripada Allah.
“Sememangnya sepanjang hayat Mona Fandey dikenali dengan perbuatannya, tetapi kita yang masih hidup tidak tahu hubungannya dengan Allah.
“Mungkin dia bertaubat sebelum menghembuskan nafas terakhir, jadi kita sebagai manusia tidak berhak menghukum orang lain,” katanya ketika dihubungi.
Zawiyah berkata demikian ketika mengulas tindakan individu kaki judi nombor ekor melakukan perbuatan syirik di kubur dan lokasi pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 1993.
Katanya, urusan arwah di dunia sudah berakhir, seharusnya kaki nombor ekor tidak melakukan perkara tidak elok di pusara Mona, sekali gus menghiris hati ahli keluarganya yang masih hidup.
Mudah dijangkiti Hepatitis B, HIV
Dekan Sekolah Perubatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr D Kamarudin D Mudin berkata, risiko jangkitan amat tinggi apabila peralatan membuat tatu mudah tercemar dengan virus atau bakteria.
“Ini kerana gunting, pisau cukur dan jarum yang tidak bersih meningkatkan risiko merebaknya penyakit itu.
“Malah, lebih buruk lagi, individu bertatu turut terdedah dengan bahaya jangkitan virus HIV jika orang sebelum mereka pembawa virus berkenaan dan menggunakan peralatan sama yang tidak bersih,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, membuang tatu pada tubuh bukan perkara mudah kerana ada yang sanggup ditekap seterika panas, menyimbah cuka getah dan membakar kepingan besi untuk membuang sendiri tatu.
“Jika tersalah langkah, ia lebih memudaratkan sehingga mampu menyebabkan maut. Oleh itu, individu yang mengenakan tatu perlu memikirkan semasak-masaknya padah berbuat itu,” katanya.
Beliau berkata, premis yang menjalankan perniagaan tatu perlu memastikan semua jarum dan peralatan yang digunakan sentiasa bersih bagi mengelak jangkitan.
“Pelukis tatu perlu tahu tahap kebersihan alat digunakan dan jangan hanya memikirkan keuntungan sehingga menyebabkan pemakai tatu dijangkiti penyakit.
No comments:
Post a Comment