Sunday, February 3, 2013

TU LAH RAKYAT DAPAT...ITU PUN SEBAB PEMBANGKANG KUAT...DUIT RAKYAT IAITU DUIT KITA...BAGAIMANA AHLI2 KOPERAT UNTUNG BERJUTA....TERHAPUS HUTANG2 PUN BERJUTA...KENAPA KITA TAK MAU BERFIKIR...IKUT SUAMI WAJIB...DENGAR JANGAN CAKAP SUAMI KECUALI PERKARA MAKSIAT...NI LEBIH UTAMA CAKAP ORANG LAIN

24 maut pos tentera Pakistan diserang

ASKAR-ASKAR Pakistan berkawal dekat pos tentera yang diserang di Sari Norang, dalam daerah Lakki Marwat, kira-kira 240 kilometer ke selatan bandar Peshawar semalam.


PESHAWAR - Beberapa pengebom berani mati menyerang sebuah pos kawalan tentera di barat daya Pakistan semalam menyebabkan 24 orang maut, kata beberapa pegawai dengan kumpulan Taliban mengaku melakukan serangan nekad itu.
"Seramai 13 anggota keselamatan dan 11 orang awam maut dalam serangan tersebut," kata seorang pegawai keselamatan.
Menurutnya, serangan berlaku sekitar 240 kilometer ke selatan bandar ini yang merupakan ibu negeri wilayah Khyber-Pakhtunkhwa.
Seorang lagi pegawai berkata, semua penduduk itu mati apabila seorang pengebom melarikan diri ke dalam sebuah rumah ketika askar-askar melancarkan serangan balas dari pos kawalan mereka.
"Dia memasuki sebuah rumah di kawasan penempatan jabatan pengairan dan meletupkan dirinya. Empat kanak-kanak, tiga wanita dan empat lelaki maut di rumah tersebut," kata pegawai kanan pemerintah, Nisar Ahmed.
Katanya, empat buah rumah rosak manakala lapan askar turut cedera dalam serangan itu.
Serangan berlaku di pos kawalan yang dikendalikan bersama oleh tentera Pakistan dan pasukan separa tentera di Sarai Norang, dalam daerah Lakki Marwat, berdekatan kawasan puak-puak yang dipenuhi militan Taliban dan kumpulan Al-Qaeda.
Seorang pegawai keselamatan lain di sini memberitahu, pasukan keselamatan telah membunuh 12 militan dalam serangan tersebut.
Kumpulan Taliban mengaku melancarkan serangan nekad itu tetapi menyatakan, mereka hanya menghantar empat pengebom berani mati.
"Serangan ini dilakukan bagi membalas dendam dua sahabat kami yang mati dalam serangan pesawat dron baru-baru ini," kata seorang jurucakap kumpulan Tehrik-e-Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan kepada agensi berita AFP melalui panggilan telefon. - AFP

Lebih 40 maut menjelang Tahun Baru Cina di China


GAMBAR yang disiarkan agensi berita Xinhua menunjukkan petugas-petugas penyelamat berada di lokasi sebahagian jejambat runtuh di Daerah Mianchi, dalam wilayah Henan di tengah China kelmarin.


BEIJING - Lebih 40 orang terbunuh di jalan-jalan raya dalam empat kemalangan dahsyat di China sejak kelmarin apabila ratusan juta penduduk pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Tahun Baru Cina pada 10 Februari ini.
Menurut pihak pentadbiran daerah Gulin, dalam wilayah Sichuan di barat daya China, seramai 11 orang maut apabila sebuah bas terbalik kelmarin.
Agensi berita Xinhua melaporkan semalam bahawa 13 orang terbunuh apabila sebuah bas yang sarat dengan penumpang terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter wilayah Guizhou yang berjiran dengan Sichuan.
Menurutnya, kemalangan maut di daerah Congjiang itu turut menyebabkan 21 orang cedera termasuk 11 parah.
Nahas itu berlaku semasa bas berkapasiti 19 tempat duduk itu membawa seramai 34 penumpang.
Satu lagi kemalangan maut berlaku malam kelmarin di wilayah Gansu apabila sebuah bas sewa khas terbabas di satu selekoh lalu terjunam ke dalam gaung sebelum terbakar.
Menurut Xinhua dan pentadbiran wilayah Henan, kemalangan ngeri itu meragut 14 nyawa dan mencederakan 32 yang lain.
Di wilayah Henan, tengah China pula sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh apabila sebuah trak membawa bunga api untuk sambutan Tahun Baru Cina meletup dengan menyebabkan jejambat di sebuah lebuh raya runtuh. - AP

Iran bina jet pejuang futuristik


GAMBAR yang disiarkan di laman web Presiden Iran menunjukkan Presiden Mahmoud
Ahmadinejad (tengah) berbual dengan juruterbang pesawat buatan Iran, F-313 di Teheran semalam.


TEHERAN - Iran memperkenalkan jet pejuang buatan sendiri semalam dengan Presiden Mahmoud Ahmadinejad menyifatkannya 'antara pesawat tercanggih' di dunia.
Stesen televisyen Iran menyiarkan pesawat futuristik berwarna kelabu, Qaher (Penakluk) F-313 itu yang dipamerkan di sebuah hangar di sini.
Pendedahan tersebut dibuat ketika Iran menyambut ulang tahun ke-34 revolusi Islam pada 1979 yang menumbangkan kerajaan Shah Iran.
Media tempatan memetik Menteri Pertahanan Ahmad Vahidi sebagai berkata, jet itu sukar dikesan oleh radar dan boleh mendarat di landasan pendek serta memenuhi keperluan Tentera Udara Iran. - AFP

BR1M 2.0 mula diagih

NAJIB menyerahkan wang BR1M 2.0 kepada beberapa penerima di Ampang, Selangor semalam.


AMPANG - Dana Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang bakal dinikmati oleh tujuh juta isi rumah dan individu bujang mula diagihkan di seluruh negara semalam.
Majlis pelancaran bantuan yang melibatkan peruntukan berjumlah RM3 bilion itu dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini.
Menurut Najib, pemberian BR1M merupakan bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah juara dalam mentadbir negara dan mengurus ekonomi.
Katanya, pemberian BR1M yang memasuki pusingan kedua diteruskan selepas Lembaga Hasil Dalam Negeri merekodkan kutipan cukai yang tinggi mencecah RM125 bilion tahun lalu.

BANTUAN. Tiga penerima (dari kiri) Barudin Md. Saad, 67, Huan Seok Eng, 50, dan Lim Kim Huat, 72, menunjukkan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 yang diterima di Taman Derga Jaya, Alor Setar semalam.


"BR1M merupakan janji kerajaan BN kepada rakyat, ia boleh ditunaikan kerana pentadbiran dan pengurusan ekonomi negara dilakukan dengan baik," ujarnya pada majlis pelancaran bantuan itu di sini.
Menerusi pemberian BR1M tahun lalu, kerajaan menyalurkan bantuan RM500 kepada 4.2 juta isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah melibatkan peruntukan kira-kira RM2.2 bilion.

KONGSI KEGEMBIRAAN. Beberapa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 daripada pelbagai kaum teruja selepas menerima baucar wang RM500 di Butterworth semalam.


Pada pembentangan Bajet 2013 tahun lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pemberian BR1M 2.0 diperluaskan kepada orang bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan kurang RM2,000. Mereka layak menerima RM250.
Dalam pada itu, Najib berkata, pembangkang cuba menghasut rakyat supaya membenci kerajaan dengan mendakwa dana bagi pemberian BR1M 2.0 dikutip antaranya melalui pelaksanaan peraturan kamera lalu lintas Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

CERIA. Sebahagian daripada orang ramai menunjukkan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bernilai RM500 yang diagihkan di Jelebu semalam.


"Ini tuduhan palsu yang dibuat pembangkang. AES bukan cukai pada rakyat, ia hanya denda bagi mereka yang memandu laju, itu pun masih di peringkat kajian," katanya.
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop memberitahu, kira-kira 950,000 penerima di seluruh negara telah mendapat wang BR1M 2.0 semalam.
"Bantuan disampaikan secara berperingkat-peringkat, semua yang membuat permohonan akan diberi surat jawapan. Kita yakin pada hujung bulan ini semua agihan akan selesai," katanya ketika dihubungi semalam.

Tambang untuk tunaikan haji kekal RM9,980

KUANTAN - Tambang untuk menunaikan haji tahun ini kekal pada kadar RM9,980 seorang bagi jemaah yang mengerjakan ibadat itu buat kali pertama.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan dan Lembaga Tabung Haji (TH) bersetuju untuk mengekalkan kadar tambang sedia ada sebagai satu keistimewaan kepada jemaah, sekalipun kos seperti penginapan dan pengangkutan meningkat berbanding tahun lepas.
"Setiap tahun ada peningkatan kos menunaikan haji dalam bentuk tambang penerbangan, penginapan, makan dan sebagainya. Tahun lalu, kos seorang jemaah ialah RM15,150 dan tahun ini ia meningkat kepada RM15,555 seorang.
"Tetapi atas sifat kemurahan TH melalui kerajaan, kita memutuskan untuk mengekalkan tambang sebanyak RM9,980 bagi setiap jemaah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke-29 di sini semalam.
Dalam pada itu, beliau memberitahu, TH dijangka mengumumkan bonus dan dividen yang bakal diperoleh pendeposit haji pada Khamis ini.
"Pada masa ini terdapat dana berjumlah RM35 bilion di TH dan saya akan umumkan bonus dan dividen pendeposit Khamis depan," katanya.
- Bernama

Buaya baham pekerja ladang ditangkap


BEBERAPA anggota SFC dan JPAM menarik buaya seberat 500 kilogram yang ditangkap
di Sungai Teniku, Miri semalam.


MIRI - Seekor buaya seberat hampir 500 kilogram yang dipercayai membaham seorang pekerja ladang kelapa sawit dua minggu lalu berjaya ditangkap pihak Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Teniku di sini semalam.
Reptilia ganas itu ditangkap menggunakan umpan bangkai ayam dengan mata pancingnya diikat pada tong minyak dan dibiarkan di sungai tersebut sejak seminggu lalu.
Dalam kejadian pada pukul 8.30 pagi semalam, kelibat haiwan itu yang meronta-ronta cuba melepaskan diri selepas tersangkut pada mata pancing disedari beberapa pekerja ladang kelapa sawit.
Salah seorang pekerja ladang, Jefri Sarapam berkata, dia dan rakan-rakannya ternampak tong itu tenggelam timbul dan bergerak melawan arus.
"Tidak lama kemudian, air berkocak kuat dan seekor buaya timbul sambil meronta-ronta cuba melepaskan diri namun gagal kerana tong tersebut tersangkut pada belukar.
"Saya percaya buaya sepanjang kira-kira lima meter itulah yang menyerang rakan kami dua minggu lalu," katanya di sini semalam.
Tambahnya, saiz reptilia itu yang besar dan berat menyebabkan anggota SFC dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) terpaksa berhempas pulas dan mengambil masa hampir lima jam sebelum berjaya membawa haiwan berkenaan naik ke darat.
Pada 18 Januari lalu, seorang pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Ical, 23, maut dibaham buaya ketika turun ke sungai untuk memeriksa pukat.
Sementara itu, jurucakap SFC ketika dihubungi berkata, buaya berkenaan masih dalam jagaan pihaknya sementara menanti tindakan susulan.
Bagaimanapun, dia memberi jaminan haiwan tersebut tidak akan dibunuh.

Liyana berhijrah ke Sabah demi suami

DETIK mesra Liyana bersama Fathuddin selepas diijabkabulkan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas menangguhkan perkahwinan mereka pada 24 Januari lalu, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hatinya, Fathuddin Mazlan di Hotel Seri Pacific di sini semalam.
Dengan dua kali lafaz, Fathuddin yang juga seorang ahli perniagaan, sah menjadi suami kepada Liyana yang dikenalinya menerusi seorang rakan setahun lalu.
Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa Liyana, Datuk Jasmay Md. Shah dengan mas kahwin berupa seutas gelang emas bernilai RM5,500 serta hantaran berjumlah RM28,388.
Liyana, 25, dan Fathuddin, 29, yang ditemui sejurus majlis akad nikah itu meluahkan rasa syukur kerana harapan mereka untuk mendirikan rumah tangga tercapai.
"Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, kami akan berusaha menjaga keharmonian rumah tangga sekali gus menjadi seorang isteri yang baik," kata Liyana.
Liyana akan menetap di Kota Kinabalu mulai awal bulan depan bagi mengikut suaminya yang menguruskan perniagaan di bandar raya tersebut.
"Walaupun menetap di Sabah, saya tetap ke Kuala Lumpur jika ada hal yang perlu diuruskan," katanya.

Penerima PGB termuda di Malaysia meninggal dunia




KUCHING - Negara kehilangan seorang lagi perwira apabila penerima Pingat Gagah Berani (PGB) ketika berusia 23 tahun dari pasukan polis, Wilfred Gomez Malong (gambar) pada tahun 1974 meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam akibat kanser kolon.
Gomez, 63, yang bersara dengan pangkat Asisten Superintendan meninggal dunia pada pukul 7.05 pagi selepas dikesan menghidap penyakit tersebut pada awal bulan lalu sebelum dimasukkan ke HUS untuk mendapat rawatan.
Mayat mendiang akan di bawa ke rumah mendiang di Lot 1740, Kampung Entingan, Kota Samarahan dekat sini.
Pada tahun 1973, Gomez menjadi penerima PGB termuda negara kerana terlibat dalam beberapa operasi menyerang sebuah kem komunis di Kanowit dan beberapa operasi lain di Sarawak.

Minta DBKL campur tangan


POH PING (tiga dari kanan) bersama pembeli-pembeli rumah menunjukkan papan tanda pembinaan rumah Taman Fadason di Kepong semalam.


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta campur tangan dalam menyelesaikan masalah 33 pembeli rumah Fadason Villa, Kepong yang mendakwa ditipu pemaju.
Ketua Pusat Khidmat Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, projek rumah tiga tingkat yang bernilai antara RM1.2 juta hingga RM2 juta tersebut masih belum dibina walaupun wang deposit sudah dibayar sejak Mac tahun lalu.
"DBKL kena bertanggungjawab kerana projek tersebut merupakan usahasama mereka dengan pemaju. DBKL sebagai pemilik tanah sepatutnya ambil tahu masalah yang dihadapi oleh pembeli kerana kesemua mereka telah membayar wang deposit hampir RM4 juta.
"Namun begitu, pemaju telah membuat kutipan deposit tanpa menandatangani perjanjian jual beli dan kini pembeli tidak dapat menuntut wang mereka," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Salah seorang pembeli, Ng Teong Kah (gambar kecil), 35, berkata, dia ingin menuntut kembali wang deposit itu selepas pihak bank tidak meluluskan pinjamannya.
"Apabila saya mahu ambil semula deposit sebanyak RM148,000, pemaju tersebut meminta saya menulis surat pada bulan Julai tahun lalu untuk tujuan tersebut.
"Namun, sehingga hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran kerana pemaju memberi alasan tidak mempunyai wang," katanya.
Mengulas lanjut, Poh Ping memberitahu, pihaknya memberi tempoh selama dua miGAIMAnggu kepada DBKL menyelesaikan masalah itu atau mereka akan mengadakan demonstrasi aman.

BAGAIMANA MESEJ RASULLULLAH SAW YANG PATUT KITA IKUT

Kekalkan mesej filem P. Ramlee

SARIMAH


KUALA LUMPUR - Filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mempunyai mesej tersendiri untuk menjana pemikiran penonton dan elemen tersebut sepatutnya menjadi fokus utama Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee.
Rakan seperjuangan P. Ramlee, Datuk Sarimah Ahmad berkata, elemen-elemen itu penting kerana ia menjadi ramuan utama kenapa mesej filem P. Ramlee terus kekal dihayati walaupun selepas 39 tahun Allahyarham meninggal dunia.
"Penonton boleh mengambil iktibar dan pengajaran daripada setiap filem arahan P. Ramlee, misalnya dalam filem Anakku Sazali yang menceritakan kasih sayang seorang bapa yang terlalu memanjakan anaknya.
"P. Ramlee merupakan seorang yang mendahului zamannya. Jadi, pengarah filem muda sekarang perlu rajin buat kerja rumah, memerhatikan alam sekeliling dan mendalami hubungan sesama manusia bagi menghasilkan filem yang mengandungi mesej dan erti tersendiri," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mengulas mengenai elemen dan ciri yang perlu ada pada karya Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee yang dianjurkan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Sarimah berkata, semuanya terserah kepada kreativiti peserta.
"Saya akui arwah merupakan seorang yang genius dalam bidangnya dan tidak ramai manusia yang mempunyai bakat yang sama.
"Bagaimanapun, sekiranya arwah masih hidup sekarang, kita tidak mengetahui bagaimana corak pemikiran beliau, jadi terserah kepada kreativiti pengarah sekarang untuk menghasilkan sesuatu filem," katanya.
Sementara itu, anak P. Ramlee, Sazali menyokong penuh usaha untuk menghasilkan semula filem-filem P. Ramlee supaya ia terus kekal dalam ingatan peminat pada masa depan.
"Bagi saya, tidak mengapa sekiranya karya tersebut dilihat terkeluar sedikit daripada filem asal, biarlah ia dihasilkan dengan idea dan gaya tersendiri," katanya.
Pertandingan Filem Pendek Inspirasi P. Ramlee menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM70,000 iaitu RM20,000 kepada juara, RM15,000 untuk tempat kedua dan tempat ketiga RM10,000 selain lima hadiah penghargaan RM5,000 setiap satu.
Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di laman sesawang www.aswara.edu.my.

1 comment:

  1. Salam sejahtera!
    Nama saya Dewi Rumapea, saya berasal dari kota SEMARANG, Indonesia. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memaklumkan semua dalam kumpulan ini mencari pinjaman yang sangat berhati-hati kerana ada penipuan di mana-mana. Beberapa bulan yang lalu, saya secara kewangan turun dan saya memutuskan untuk mendapatkan pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh pemberi pinjaman palsu di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang kawan saya merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang dipanggil Puan Glory, seorang pemberi pinjaman swasta yang meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp500,000,000 tanpa tekanan, pada kadar faedah 2% yang merupakan kadar yang berpatutan untuk saya.

    Selepas memindahkan kredit saya ke akaun bank saya, saya sangat terkejut apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah saya memohon, telah dipindahkan terus ke akaun saya, oleh puan Glory, tanpa berlengah-lengah. Jadi saya berjanji kepada puan Glory bahawa saya akan berkongsi berita baik agar orang ramai mendapat pinjaman mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan sebarang pinjaman, sila hubungi Puan Glory melalui email: gloryloanfirm@gmail.com

    Saya menggunakan masa ini untuk memaklumkan kepada anda semua bahawa anda boleh menghubungi saya melalui e-mel saya: dewiputeri9@gmail.com atau anda boleh menghubungi Nur Izzatul Azira Ismail, dari Malaysia yang memperkenalkan saya dan memberitahu saya mengenai Puan Glory, Dia juga mendapat pinjaman dari Puan Glory, Anda juga boleh menghubunginya melalui e-mel: utariwirmayaty@gmail.com Kini, semua yang saya lakukan adalah cuba untuk memenuhi pembayaran pinjaman saya yang saya hantar terus ke akaun bulanan.

    Nota: Tiada yuran insurans, yuran pendaftaran atau yuran pemindahan.

    Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Allah SWT kerana menggunakan puan Glory untuk mengubah kisah kewangan saya dan kini saya seorang pemilik perniagaan saya yang bangga, semoga Allah terus memberkati Puan Glory dan terus menggunakannya untuk membantu kita semua dalam kesulitan kewangan

    ReplyDelete