Mualaf dianiaya suami
Gombak: Dia ikhlas memeluk Islam dan teruja untuk menjalani kehidupan sebagai Muslimah, namun segala impian berkecai apabila suami yang diharapkan menjadi pembimbing bukan saja gagal berbuat demikian, malah menyusahkan lagi hidupnya.
Berikutan itu, seorang saudara baru, Agnes Abdullah, 36, kini tenggelam punca selepas suami dikahwininya tujuh tahun lalu memerangkapnya dengan beban hutang RM2 juta menyebabkan dia berdepan kemungkinan diisytihar bankrap.
“Saya dipukul, malah digelar pelacur apabila bertanyakan mengenai status agama anak tunggal kami. Dia langsung tidak pedulikan kehidupan kami, malah (dia) berhasrat untuk kahwin lagi,” katanya.
AGNES menceritakan masalahnya kepada wartawan Harian Metro.
Menurutnya, sebagai saudara baru, dia amat memerlukan bimbingan daripada suaminya untuk mendalami dan menjadikan Islam sebagai landasan kehidupan, tetapi apa yang berlaku kini menyebabkan dia buntu.
Didakwa galakkan keganasan
KUALA LUMPUR: Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang atas dakwaan menggalakkan perlakuan keganasan dengan menyebarkan ideologi dengan niat untuk mengugut orang awam di Syria.
Yazid, 49, didakwa menggalakkan perlakuan, perbuatan keganasan dengan niat untuk memajukan sesuatu tujuan ideologi dan perbuatan itu boleh semunasabahnya dianggap sebagai diniatkan untuk mengugut orang awam di Syria.
Bagi perbuatan itu dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 130G(a) Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.
Pesawat langgar pokok
Melaka: “Dalam jarak kira-kira 50 meter, saya pelik melihat keadaan pesawat itu seperti terhuyung-hayang sebelum ia melanggar beberapa pokok dan terhempas.
“Sejurus kejadian, seorang lelaki dilihat keluar sendiri dari pesawat yang tidak terbakar itu lalu menuju ke atas tebing berdekatan kondominium berkenaan,” kata Koperal Zameri Nawi, 50, yang menyaksikan kejadian sebuah pesawat ringan jenis Piper 28 terhempas di tebing depan Kondominium Cheng Heights di sini, semalam.
Difahamkan, sebelum kejadian mangsa yang menjalani latihan sempat menghubungi pusat menara kawalan memaklumkan berlaku masalah ketika memandu pesawat berkenaan bersendirian.
PESAWAT Piper 28 yang gagal dikawal terhempas.
Pesawat dari arah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam itu kemudian dikatakan melanggar beberapa pokok lalu terhempas di tebing yang turut berada berdekatan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menghala ke bandar raya ini.
'Ahli sihir' mati dibakar
Wanita itu, Kepari Leniata, 20, dilapor diseksa dengan besi dan diikat sebelum di simbah dengan minyak dan dibakar di atas longgokan sampah dan tayar kereta.
Polis tidak dapat menghalang perbuatan berkenaan ketika kejadian kerana kekurangan anggota berbanding penduduk kampung yang ramai itu.
KAKI mangsa dapat dilihat di bawah tayar kereta ketika dia dibakar.
Kereta bomba yang datang selepas menerima panggilan mengenai kejadian yang berlaku di bandar Mount Hagen, juga diusir.
Menurut laporan akhbar berkenaan yang turut menyiarkan imej mayat wanita itu terbakar, dia mengaku membunuh kanak-kanak berkenaan yang mati selepas dimasukkan ke hospital kerana sakit perut dan dada, Selasa lalu.
Polis berkata, mereka menyifatkan kes itu sebagai pembunuhan dan sudah mengambil langkah untuk mendakwa mereka yang bertanggung-jawab.
Penduduk Papua New Guinea amat mempercayai sihir dan ramai tidak boleh menerima alasan semula jadi sebagai punca sakit, kemalangan atau kematian.
Polis berkata, puluhan penduduk ditahan tahun lalu berkait dengan kes pembunuhan seorang lelaki yang dituduh membunuh tujuh orang dan makan otak mereka sementara kemaluan mereka dijadikan sup.
Kes sihir dan kanibal di negara itu agak meluas beberapa tahun kebelakangan, termasuk satu laporan pada 2011 mengenai seorang lelaki memakan bayinya yang baru lahir. - AFP
Pengutip hutang ditembak
Subang Jaya: Seorang pengutip hutang mati selepas ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki bermotosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Puchong Utama, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa, Lee Sam Ong, 41, yang duduk di bahagian penumpang depan kereta dipandu isterinya disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke pusat perubatan swasta berdekatan.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, selain mangsa dan isterinya, adik lelaki mangsa berusia 35 tahun turut berada dalam kereta berkenaan.
“Lelaki terbabit yang berada di sebelah mangsa melepaskan beberapa das tembakan yang menembusi dada, leher, lengan dan bahu kirinya,” katanya.
Menurut Yahaya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, pihaknya menemui dua kelongsong peluru Luger 9 milimeter (mm) dan semakan kamera litar tertutup (CCTV) masih dijalankan pihak forensik.
LOKASI kejadian mangsa ditembak.
Katanya, mangsa yang juga pengutip hutang untuk mana-mana syarikat
yang memerlukan khidmatnya mempunyai beberapa pekerja dan baru berpindah
di USJ 4, dekat sini, sejak setahun lalu.Menurutnya, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Heykal takut darah
Petaling Jaya: “Selepas bertarung selama 50 minit dalam bilik bersalin, akhirnya, Faezah selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan cukup sifatnya secara normal.
“Faezah dimasukkan ke bilik bersalin jam 11 pagi dan selamat melahirkan anak kami pada jam 7.02 minit malam (Rabu) kelmarin dengan berat 3.31 kilogram (kg) di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.
“Walaupun takut melihat darah, saya dan ibu mentua turut berada di sisinya menemani di bilik bersalin sepanjang proses kelahiran itu. Alhamdulillah, Faezah dan bayi kami berada dalam keadaan sihat semuanya,” kata suami Faezah Elai, Heykal Hanifah, 40.
“Faezah dijangka keluar dari hospital hari ini dan akan menjalani tempoh berpantang di rumah kami di sini. Bagaimanapun, saya dan Faezah masih berbincang nama sesuai untuk diberikan kepada anak kami.
“Mungkin kami akan gabungkan nama kami berdua untuk diberikan kepada bayi kami nanti,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran telefilem TV9 yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara, di sini, semalam.
BAYI perempuan dilahirkan Faezah, semalam.
Ditanya mengenai perasaan tiga anaknya yang lain, kata Heykal, dua
anaknya dengan bekas isteri, Luqman Hakim dan Sarah turut berada di
hospital berkenaan untuk menyambut kelahiran anggota baru dalam keluarga
mereka.“Hanya dua anak saya saja yang berada di hospital ketika itu. Mereka sangat gembira bila dapat adik baru. Manakala anak bongsu, Luq Adam berada bersama bekas isteri.
“Malah, wajah bayi kami ini ada iras wajah Luq Adam. Selain bibirnya yang merah seperti memakai gincu, kulitnya juga putih kemerahan. Faezah juga merancang untuk menyusukan bayi kami dengan susu badan sehinggalah dia kembali ke lokasi penggambaran nanti,” katanya.
Pasangan itu berkahwin tanggal 9 September 2011. Ia perkahwinan kedua Heykal dan yang pertama buat Faezah yang dikenali menerusi filem Cun.
Jiranku wira
Melaka: Seorang suri rumah diibaratkan sebagai wira apabila menyelamatkan dua beradik orang kelainan upaya (OKU) dan seorang wanita warga emas yang juga jirannya dalam kebakaran memusnahkan tiga rumah di Taman Melaka Baru di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian pada jam 2 petang itu, Yayah Kursiyah, 36, terpaksa mengheret V Parameswari, 23, yang tidak boleh berjalan dan mengarahkan V Saruvin, 8, keluar dari rumah mereka yang terbakar.
Tindakan pantasnya menjerit meminta bantuan turut menyelamatkan nyawa seorang lagi warga emas yang juga jirannya, Nyapon Osman, 64, bersama tiga cucu berusia enam hingga 12 tahun di rumah bersebelahan.
KEADAAN tiga deret rumah yang musnah dalam kebakaran di Taman Melaka Baru, Melaka.
Menurut Yayah, ketika kejadian dia memberi minuman kepada Chan yang terlantar sakit kerana kecederaan pinggang sebelum dikejutkan dengan jeritan Parameswari di rumah bersebelahan.
No comments:
Post a Comment