Wednesday, February 13, 2013

TAK KAN TAK TAHU BUKA AURAT ITU BERDOSA....ITU PUN BANYAK PEMINAT...NAK DAPAT SAHAM PERCUMA KE...GULUNGAN AGAMA@MUFTI TAK MAU TEGUR KE

‘Ustaz naik hantu’

Oleh Nurul Fhatihah Mohd Zakinan
Klang: Seorang pelajar Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Tahfiz Al Habbah, Batu Caves, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai dibelasah seorang ustaz yang didakwa tiba-tiba ‘naik hantu’.
Dalam kejadian 28 Januari lalu, mangsa, Mohd Zakwan Azli Azmi, 14, mendakwa ditendang, ditumbuk dan dihentak menggunakan kepala lutut oleh ustaz terbabit hanya kerana dia mengadu kepada guru besar berkaitan rasa tidak puas bermain bola sepak bersama rakannya sejurus selesai solat Asar.
Akibat kejadian itu, Zakwan kini trauma akibat dipukul lebih 20 kali di punggung, perut dan dada selain masih teringatkan kata-kata guru agama berkenaan ketika membelasahnya.

“Ketika memukul saya, ustaz itu berkata ‘Aku dah lama tak belasah budak ni, kau jadi makanan aku kali ni...aku kalau nak belasah kena buka serban dan jubah dulu, baru setan boleh masuk’,” katanya.
Foto

Mangsa mendakwa bukan dia sahaja yang menjadi sasaran ustaz berkenaan, malah seorang rakan lain turut mengalami nasib sama.


Ibu Catriona Ross maut dalam kemalangan

Oleh Abie Abdullah dan Mohd Jamilul Anbia
“Saya reda dengan pemergian ibu saya kerana Allah lebih menyayanginya,” kata pelakon, Catriona Ross Bahrain, 32 yang mengesahkan kematian ibunya, Siti Zawiah Ab Rahman, 63 dalam kemalangan maut di Gerik, Perak, kira-kira jam 1 pagi tadi.
Menurut Catriona, dia dihubungi keluarga di Kota Bharu mengenai kemalangan itu kira-kira jam 5 pagi dan terus bergegas ke Hospital Gerik bersama suami dan ahli keluarga lain.

Ketika Harian Metro menghubunginya pagi tadi, suara pelakon itu kedengaran tenang dan dia sedang menunggu pihak hospital menguruskan jenazah ibunya sebelum dibawa pulang ke Kota Bharu untuk dikebumikan selepas Asar.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 55, Jalan Raya Timur Barat berdekatan Hentian Rawat dan Rehat Titiwangsa.

Mangsa bersama dua lagi Norimi Ghani, dan Sitah Abdullah, kedua-duanya 40, maut di tempat kejadian, manakala pemandu kenderaan yang berusia 40-an, cedera.

Kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki empat mangsa dikatakan cuba memotong kenderaan di hadapan sebelum dirempuh sebuah bas ekspres yang berada di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, kesemua mayat mangsa dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat manakala, pemandu kereta yang cedera dirawat di hospital sama.

3 lemas dalam jip

Oleh Shahrul Nizam Mohamad, Shalfarina Shahriman dan Tengku Nur Nadhirah Tengku Md Saabri
Maran : “Ayah dah nak pergi.” Itu bisikan terakhir Abd Zahran Asran, 28, kepada anak sulungnya sebelum keluar rumah untuk menyertai aktiviti lasak dalam kawasan hutan di Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, yang berkesudahan dia bersama dua rakan menemui ajal, malam kelmarin.
Abd Zahran bersama Hamzah Muhammad, 52, dan Roshaizad Abd Rashid, 29, terbunuh dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kenderaan pacuan empat roda mereka yang jatuh dalam sungai.
Kejadian berlaku jam 11.30 malam ketika Jip Cherokee yang dipandu Hamzah hilang kawalan ketika melalui jambatan kayu merentangi Sungai Tekal di Jalan Kampung Mat Daling, Ulu Tembeling.

Difahamkan jambatan kayu berkenaan setinggi 10 meter daripada permukaan sungai sedalam dua meter.
FotoANGGOTA penyelamat mengeluarkan mayat mangsa dari pacuan empat roda terbabit.

Jip dinaiki tiga sahabat karib itu terbalik dalam keadaan keempat-empat tayar ke atas.

Lori rempuh 12 motosikal

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
Kuala Lumpur: Lima penunggang motosikal yang berteduh daripada hujan di bawah jejantas Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) berhampiran Metropolitan, Kepong menghala Kuantan, di sini cedera selepas dirempuh sebuah lori sampah yang terbabas, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.50 petang itu, lori sampah berkenaan yang tiba-tiba hilang kawalan terus merempuh sebuah kereta Kia Sephia di hadapannya sebelum terbabas dan melanggar pula 12 motosikal yang berada di bawah jejantas berkenaan.
Pengarah Bomba Kuala Lumpur Khirudin Drahman berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Jinjang bersama tujuh anggota digegaskan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, kemalangan terbabit berpunca daripada sebuah lori sampah yang tiba-tiba hilang kawalan sebelum merempuh sebuah kereta Kia Sephia yang berada di hadapannya.
FotoKEADAAN motosikal yang dilanggar lori sampah.

“Malah, lori terbabit turut merempuh 12 motosikal yang diletakkan pemiliknya di lokasi kejadian kerana berteduh daripada hujan. Kemalangan itu menyebabkan lima penunggang terpelanting dan mengalami kecederaan.

Hati Tiz kembali berbunga

Oleh Elrafaei Sapi
Kuala Lumpur: Pelakon jelita, Tiz Zaqyah mengakui dirinya semakin bahagia apabila sudah bertemu pengganti yang kini menjadi kekasih barunya.
Menurutnya, jejaka yang bertaut di hati kini adalah rakan lama dikenali sejak zaman sekolah menengah. Namun, dia menyatakan lelaki itu bukanlah cinta monyet pada masa itu.
“Kami terjumpa semula selepas 11 tahun kenal. Hubungan kami menjadi rapat hanya beberapa bulan lalu dan buat masa ini kami masih mengenali satu sama lain lebih rapat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Tiz atau nama sebenar, Siti Zaqyah Abdul Razak, 24, pernah menjalinkan hubungan dengan pelakon Remy Ishak, menyatakan hubungan cinta barunya itu sudah diketahui dalam kalangan peminatnya.
FotoTiz Zaqyah

Katanya, dia tidak kisah soal jodoh sama ada artis atau orang biasa. Malah, tiada perancangan menamatkan zaman bujang tahun ini kerana faktor diri masih muda.

Beruk serang tuan

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
Kuala Lumpur: Seorang lelaki cedera selepas diserang beruk jantan peliharaannya dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Ayer Panas, Setapak, di sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa yang berusia 20-an cedera di tangan kanan akibat digigit haiwan itu yang mengamuk selepas melepaskan diri dari sangkar.

Mangsa memelihara haiwan itu sejak enam tahun lalu dan sepanjang tempoh itu, mamalia berkenaan tidak bertindak agresif.
Pegawai Operasi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dang Wangi Leftenan Muda Nurul Nadirah Samsul Liani berkata, binatang itu dipercayai memecahkan sangkar sebelum menyerang mangsa.

Katanya, mangsa bergelut dengan haiwan itu beberapa minit sebelum dibantu ahli keluarga menghubungi JPAM yang tiba untuk menangkap beruk berkenaan.

“Ketika tiba, kami mendapati beruk itu berada di dapur dengan kesan kecederaan di bahagian belakang dan bertindak agresif.
FotoKESAN darah di rumah mangsa.
“Kami mengambil masa dua jam untuk menangkapnya menggunakan perangkap haiwan,” katanya 10 anggota terbabit dalam operasi itu.

Beliau berkata, mangsa yang cedera dirawat unit perubatan JPAM sebelum dihantar ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, beruk itu diserahkan ke Balai Polis Setapak untuk tindakan lanjut.

Beranak tepi jalan

London: Seorang ibu hamil bukan saja melahirkan anak di tepi jalan di luar sebuah pusat beli-belah, tetapi keseluruhan aksinya itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Kim Leighton, 25, melahirkan anak perempuan, Leanne di laluan kaki lima berhampiran pusat beli-belah Eden di High Wycombe, Buckinghamshire jam 2 pagi baru-baru ini.
Kim dibantu ibunya, Sue, 54. Beberapa pengawal keselamatan dari pusat beli-belah terbabit bergegas ke tempat kejadian dengan selimut selepas mengesan detik cemas itu di CCTV pusat beli-belah itu.

Pasangan Sue, Paul dan anak lelaki Kim, Lewis yang berusia empat tahun turut berdiri di sampingnya untuk mengalu-alukan kehadiran bayi baru itu.
FotoKIM memberikan nama tengah Eden kepada Leanne sebagai penghargaan terhadap pusat beli-belah tempat dia dilahirkan.

Kim berkata, dia merancang untuk menunjukkan rakaman video itu kepada anak perempuannya kelak yang turut mempunyai nama tengah Eden sebagai penghargaan kepada tempat bayi itu dilahirkan.

Kim tinggal di pangsapuri berdekatan pusat beli-belah itu.

Ketika ibunya membantu dia menuruni tangga untuk ke hospital, Kim dapat merasakan bayinya seperti hendak keluar.

Kim berkata: “Ibu saya berkata ‘Tidak, belum lagi’ tetapi saya dapat merasakan dia ingin keluar, jadi saya tanggalkan seluar panjang saya di tepi jalan. Saya meneran dan bayi saya kemudian menggelongsor ke tangan ibu saya.

“Pengawal keselamatan berkenaan melihat apa yang berlaku di CCTV dan segera bergegas membawa selimut dan menenangkan saya hingga ambulans tiba,” katanya.

“Buat masa ini, tempat lahir Leanne dicatatkan sebagai ‘lain-lain’, jadi saya perlu menjelaskan dan menunjukkannya rakaman video itu. Sungguh hebat kerana aksi itu sangat jelas dalam video terbabit.

“Kawan dan ahli keluarga saya tidak percaya apabila saya beritahu mereka cerita itu,” katanya. - Daily Mail


Harap jodoh luar konti

Kuala Lumpur: “Apabila saya bertemu jodoh sesuai dengan Adibah Noor di radio, saya juga berharap untuk berjumpa jodoh di luar konti,” kata penyampai radio popular, Halim Othman.
Halim, 49, berkata, hubungannya dengan seorang wanita biasa yang sebelum ini heboh diperkatakan dan mahu bertunang pada Jun 2010 masih terjalin walaupun majlis dirancang itu tidak kesampaian.

Menurutnya, dia memang pernah merancang mahu menamatkan zaman bujang dengan wanita itu, tetapi akhirnya mengambil keputusan menangguh dulu untuk mengenali hati budi masing-masing lebih mendalam.
“Ketika itu situasi agak kelam-kabut apabila saya kembali semula bekerja sebagai penyampai radio. Namun, kami membuat keputusan mahu berkenalan semula atas permintaan masing-masing untuk lebih mengenali,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Penyampai radio Suria FM ini berkata, mengambil pengajaran daripada kejadian itu agar mengambil sikap berserah pada takdir jika ada jodoh mereka akan berkahwin dalam masa terdekat atau sebaliknya.

“Buat masa ini, kami selesa terus berkawan. Dia hanya orang biasa yang tidak selesa bercerita hal ini pada media tetapi dia boleh terima saya sebagai seorang selebriti,” katanya.
Halim berkata, segalanya mungkin jika dia menamatkan jodoh pada tahun ini sama ada dengan wanita yang sama atau orang lain. Dia percaya soal jodoh suatu yang sukar ditentukan manusia dan tetap berlaku jika ditakdirkan.

Halim yang berpengalaman selama dua dekad sebagai penyampai radio menyatakan dia berjanji akan mengadakan sidang media mengenai berita pertunangan atau perkahwinannya jika ia menjadi kenyataan.
Berita mengenai Halim mahu bertunang sekali lagi diperkatakan pada tahun lalu, tetapi ia tidak menjadi. Dia menyatakan tidak mahu ambil mudah mengenai soal pertunangan mahupun perkahwinan tanpa mengenali diri seseorang lebih dekat.

Britney cari jodoh di Internet

Los Angeles: Bintang pop Britney Spears mungkin tidak tahan bersendirian dalam tempoh yang lama.
Selepas hubungan cintanya dengan Jason Trawick berakhir, Britney dikhabarkan mencuba nasib dengan mencari jodoh di laman perjodohan di Internet.

“Britney dikatakan mencuba beberapa laman mencari jodoh baru-baru ini. Dia bertemu beberapa lelaki difikirkan sesuai dan hebat lalu mulai berkomunikasi, tetapi tidak mahu pergi lebih jauh setakat ini,” kata satu sumber sebagaimana dipetik daripada Showbizspy, semalam.
Sumber itu berkata, Britney sangat menggemari ‘permainan’ barunya itu. Bagaimanapun, teman penyanyi itu mendakwa dia tidak akan bertindak lebih jauh dengan menentukan tarikh bertemu individu yang dikenalinya di beberapa laman perjodohan terbabit.

“Teman Britney tidak menentang kegiatan barunya itu selagi ia tidak menjarakkan hubungan bintang pop itu dengan keluarganya dan membuatkan dia ingin bertemu dengan kenalannya di laman berkenaan,” kata sumber itu. - Agensi

Operasi kesan mayat juruteknik diteruskan

Shah Alam: Walaupun cebisan mayat seorang lelaki yang dibuang ke laut mungkin menjadi makanan hidupan air masin, polis terus menjalankan operasi mencari bagi mengesan mayat seorang juruteknik yang didakwa dibuang dari jambatan Pulau Indah sejak mangsa dilaporkan hilang 29 Januari lalu.
Ketika dibuang, mayat mangsa dipotong beberapa bahagian namun polis masih menyiasat dakwaan berkenaan dengan mencari sisa tulang mangsa yang dapat menjadikan dakwaan itu sebagai bukti sahih.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat memastikan sama ada mayat lelaki berusia 36 tahun itu dibuang di situ atau kawasan lain.
“Persoalan betul atau tidak, saya tidak dapat beri jawapan, namun berdasarkan siasatan awal, kami mendapat maklumat mayat dibuang di situ, jadi kami akan terus mencari hingga bahagian mayat terbabit ditemui,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, gerakan mencari dimulakan sejak 8 Februari lalu selepas polis memberkas lima lelaki yang dipercayai terbabit pembunuhan itu.

Sementara itu, Pegawai Pemerintah Polis Marin Pelabuhan Klang Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, 10 anggota termasuk empat dari unit skuba ditugaskan dalam operasi mencari sekitar perairan Pulau Indah.
Beliau berkata, pihaknya menggunakan sebuah bot marin dan sampan milik penduduk setempat bagi mengesan mayat mangsa.

Dalam kejadian 1 Februari lalu, polis menemui rangka tanpa tengkorak di tempat duduk hadapan kereta Proton Waja yang musnah terbakar di Alam Impian, Seksyen 35.
Siasatan polis mendapati pemandu kereta itu dibunuh dan mayatnya mungkin dipotong sebelum dibuang ke laut.

Kes berkenaan terbongkar selepas lima lelaki, berusia 18 hingga 35 tahun ditahan di Taman Sentosa dan Taman Sentosa Perdana, Klang.

Selain suspek, polis merampas beberapa dokumen, telefon bimbit dan pakaian mangsa. Polis turut menemui kesan darah di tapak pembinaan di Jalan Laksamana, Taman Sentosa yang dipercayai lokasi mangsa dibunuh.

Pecah pintu OKU berkhalwat

Melaka: Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) terpaksa menanti hampir 20 minit sebelum bertindak memecahkan bilik ‘dihuni’ pasangan orang kelainan upaya (OKU) bisu dan cacat pendengaran disyaki berkhalwat di sebuah hotel bajet di sekitar bandar raya ini, awal pagi semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi, pintu bilik itu terlebih dulu diketuk pihak berkuasa untuk menjalankan pemeriksaan namun masih tidak dibuka. Selepas 15 minit menunggu, anggota penguat kuasa dipercayai bertindak meminta kunci pendua daripada pemilik premis untuk memasuki bilik itu yang pintunya gagal dibuka sepenuhnya berikutan berkunci dari dalam. Berikutan masih tiada maklum balas selepas lima minit dipanggil, pintu itu dikatakan terpaksa dipecahkan dan menemui satu pasangan OKU berusia 22 tahun tidur di atas katil. Siasatan awal mendapati pasangan bisu dan cacat pendengaran yang menggunakan bahasa isyarat itu bukan mahram atau tiada ikatan sah lalu ditahan untuk tindakan lanjut. Perkara itu dibongkar JAIM yang menjalankan ‘Ops Cegah Jenayah Syariah’ bersempena Tahun Baru Cina bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim Rahimin Bani berkata, dalam operasi bersepadu itu, seramai 15 individu termasuk empat warga asing berusia 20 hingga 29 tahun ditahan kerana didapati melakukan kesalahan berkurung yang mendatangkan syak

‘Kantoi’ intai isteri jiran

Oleh Arifin Salleh
Alor Gajah: Seorang lelaki dipercayai menggunakan helah memasang perangkap ayam hutan di sekitar rumah jirannya bagi membolehkan dia mengendap isteri jirannya dalam kejadian di Durian Tunggal, di sini, pagi semalam.
Lelaki berusia 46 tahun itu dikatakan memasang perangkap ayam hutan kira-kira jam 1 pagi sebelum datang semula jam 7.30 pagi bagi mengambil perangkap berkenaan sambil menghendap isteri jirannya yang bersiap ke tempat kerja.

Perbuatan lelaki terbabit terbongkar selepas kegiatannya disedari suami wanita itu yang baru pulang dari kerja kira-kira jam 7.30 pagi menyebabkan berlaku pergaduhan.

Suami wanita berkenaan, Mazlan Abdul Rahim, 28, mendakwa dia yang baru pulang dari bekerja di sebuah kilang terserempak dengan lelaki itu berlegar di kawasan rumahnya.

Malah katanya, dia dihubungi isteri memberitahu terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan di tepi rumah beberapa jam sebelum itu.

No comments:

Post a Comment