Sunday, February 3, 2013

BUANG DUIT SEJUTA HANYA NAK BERHIBUR...BAGAIMANA RAKYAT MASIH DAIF DAN MISKIN...AKAL KENA PAKAI....DAPAT SETENGAH BULAN GAJI TAPI ADA RAKAN YANG AMBIK RASUAH

Psy bakal beraksi dalam konsert BN di P. Pinang

Posted on the February 3rd, 2013 under Tempatan by admin


GEORGE TOWN – Penyanyi rap Korea Selatan yang popular dengan tarian kudanya, Psy (gambar) bakal membuat persembahan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang pada 11 Februari nanti.
Bintang berusia 35 tahun itu yang dikenali menerusi lagu Gangnam Style dijangka menghiburkan kira-kira 60,000 tetamu yang bakal menghadiri majlis itu nanti.
Kosmo! difahamkan, perbincangan sedang diadakan oleh sebuah syarikat pengurusan acara dengan pengurus bintang popular itu bagi mengesahkan kunjungan pertama Psy atau nama sebenarnya Park Jae Sang ke Malaysia.

Majlis sambutan rumah terbuka itu akan dianjurkan di Sekolah Tinggi Han Chiang dekat sini bermula pukul 10 pagi hingga 1 petang dan pihak pengurusan Psy bakal memutuskan waktu persembahan artis tersebut.
Turut menghiburkan pengunjung pada sambutan itu nanti ialah juara pertandingan Asian Wave di China, Shila Amzah.
Klip video Gangnam Style yang menjadi fenomena di seluruh dunia telah ditonton lebih 1.2 bilion kali sejak dimuat naik pada Julai tahun lalu di laman YouTube.
Kosmo

Nasir Sahlan shared Chandra Lawan Tetap Lawan's photo.
Photo

Rahsia duit dalam telekung berjumlah RM720k terbongkar

Posted on the February 2nd, 2013 under Tempatan by admin


AMIR SHARIFUD-DIN berjalan keluar dari Mahkamah Sesyen Ipoh semalam.
IPOH – Selepas setahun jenayah rasuahnya dibongkar, seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Negeri Perak yang menyembunyikan wang ‘kotor’ sebanyak RM720,000 di dalam lipatan telekung serta di beberapa tempat seperti di dapur dan ruang tamu rumah akhirnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Bagaimanapun, Amir Sharifud-din Aliman, 59, hanya didakwa atas 13 pertuduhan menerima rasuah daripada dua kontraktor balak berjumlah RM390,000 sejak tiga tahun lalu.
Difahamkan, tuduhan berhubung baki rasuah sebanyak RM330,000 akan didakwa selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai bukti yang mencukupi.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas dia mendakwa tidak ingat dan tidak memahami kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah dan Hakim Madihah Hairullah.
Pada prosiding pertama di hadapan Hakim Julie Lack, tertuduh didakwa menerima RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, Ismail Abd. Manas. Ismail mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi tertuduh.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan Kafe Bawang Merah, Jalan Suda Bahagia, Gerik dekat sini pada pukul 9 malam 3 Januari tahun lalu.
Bagi prosiding kedua di hadapan Hakim Madihah, Amir Sharifud-din didakwa atas 12 pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor balak, Tan Chee Hee berjumlah RM290,000 di dalam bilik pejabat pegawai hutan Daerah Hulu Perak, Gerik dekat sini antara pukul 8 pagi hingga 5 petang 9 April 2010 hingga 21 Oktober tahun lalu.
Setiap pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Untuk kedua-dua prosiding itu, tertuduh yang ditahan pada pukul 10 malam 4 Januari tahun lalu di rumahnya di kawasan Gerik bukan sahaja tidak membuat sebarang pengakuan malah dia kelihatan terpinga-pinga hingga memaksa jurubahasa membacakan pertuduhan tersebut berulang kali.
Dia kerap mengatakan ‘tidak ingat, tidak faham’ selain memberitahu mentalnya tidak stabil.
Peguam Saw Hoe Teck yang mewakili tertuduh memberitahu, anak guamnya mengalami kecelaruan afektif dwikutub yang menyebabkannya mengalami perubahan emosi berepisod iaitu daripada terlalu gembira kepada terlalu sedih dan hilang semangat.
“Surat daripada Hospital Fatimah di sini mengesahkan keadaan itu. Saya mohon agar anak guam saya dihantar ke Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan untuk pemerhatian mental selama sebulan mengikut Seksyen 342(5) Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.
Kedua-dua mahkamah kemudian menetapkan 1 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi membolehkan laporan mengenai mental tertuduh disediakan dan mengarahkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia serta-merta.
Sebelum prosiding, Amir Sharifud-din yang kini digantung kerja menjerit kepada wartawan supaya melaporkan kes itu dengan elok.
“Jika tidak, aku akan berdoa supaya kamu dilaknat Allah tujuh keturunan dan mendapat anak cacat,” katanya.
Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, A. Hafizh Abu Bakar dan M. Kathan.
Pada 6 Januari tahun lalu, Kosmo! melaporkan SPRM menahan tertuduh dan merampas wang yang diragui statusnya berjumlah RM720,000 di dalam lipatan kain telekung, di dapur dan ruang tamu rumahnya di Gerik.
Laporan itu menyebut, SPRM turut menemui beberapa akaun saham amanah yang dinamakan atas nama keluarganya bernilai hampir RM4 juta.
Kegiatan itu terbongkar selepas SPRM menyoal siasat rakan tertuduh dan seorang tauke balak di Hutan Kuar, Pengkalan Hulu.
Kosmo

Sharnaaz Tetap Nikah Shila Walaupun Dihalang Keluarga

Posted on the February 1st, 2013 under Artis by admin


PETALING JAYA: Aktor Sharnaaz Ahmad akan tetap berpegang pada pendiriannya untuk menjadikan Shila Amzah sebagai isteri walaupun berkemungkinan cinta mereka mendapat halangan keluarga.
Pemilik nama penuh Sharnaaz Basir Ahmad, 28, itu berkata, dia akan terus menunggu respons positif kedua ibu bapa Shila iaitu ND Lala dan Fauziah Sarman dengan penuh sabar dan hormat bagi melaksanakan niat suci itu.
“Saya masih berpegang teguh pada pendirian dan keputusan untuk melamar Shila walaupun tidak dinafikan ia seperti tidak mendapat restu orang tuanya,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Jumaat.

Konflik terbaharu dalam hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz untuk memperisterikan Shila ditolak bapa wanita itu, ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila ND Lala dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor itu.
Aktor filem Juvana itu berkata, dia tidak akan berganjak daripada hasrat itu sekalipun ditentang oleh semua pihak.
“Kalau semua orang tak suka (untuk berkahwin), saya tidak peduli sebab yang hendak kahwin adalah saya dan Shila, bukannya saya hendak kahwin dengan semua orang lain.
“Berat dan payah macam mana pun, saya tetap bersabar dan tunggu sehingga keadaan beransur baik, insya-Allah,” katanya.
Ditanya adakah dia mendapatkan pandangan orang tuanya berhubung konflik itu, Sharnaaz berkata, ibu bapanya turut berkecil hati dan kecewa dengan situasi tersebut kerana dia dan Shila sudah saling mengenali dan berkawan dengan serius.
“Kalau diikutkan orang tua saya memang sangat kecewa dengan sikap ibu bapa Shila tetapi kami tetap perlukan restu dan ‘lampu hijau’ mereka kerana ini membabitkan soal kahwin dan bukan perkara kecil.
“Shila ada berpesan sebelum dia terbang ke China agar saya tunggu sehingga dia pulang semula ke Malaysia untuk perkembangan lanjut,” katanya yang kini sibuk di lokasi filem Gila Baby arahan Kabir Bhatia.
mStar

Dera bayi hingga pecah usus

Posted on the February 1st, 2013 under Tempatan by admin


Gambar hiasan
KUANTAN – “Perbuatan ganas kamu terhadap bayi terbabit tidak dapat dimaafkan bukan hanya kepada mangsa dan keluarga tapi masyarakat secara keseluruhannya.
“Saya harap hukuman berat yang dijatuhkan hari ini menjadi satu pengajaran,” tegur Majistret Rini Triany Mohamad Ali terhadap seorang bekas pekerja pusat snuker, Khoirumminan Ranizal, 20 selepas lelaki itu mengaku bersalah dalam Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya di sini, 23 Julai tahun lalu.
Dalam keputusannya semalam, Rini Triany memerintahkan tertuduh yang berasal dari Kampung Tanjung Chempaka, Pekan dihukum penjara selama lima tahun bermula daripada tarikh dia ditangkap 24 Julai 2012.

Sebelum itu tertuduh dalam rayuannya merayu agar hukuman dikurangkan memandangkan dia sudah insaf dan bersedia menerima hukuman atas kesalahan yang dilakukan.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari memohon satu hukuman yang berat terhadap tertuduh memandangkan perbuatan lelaki terhadap mangsa, Muhammad Adam Mikhail Abdullah yang baru berusia 10 bulan ketika kejadian amat ganas dan tidak berperikemanusiaan.
Menurutnya, akibat perbuatan tertuduh itu, mangsa yang kini masih koma dan bergantung kepada bantuan alat pernafasan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
“Berdasarkan laporan hasil pembedahan yang dijalankan, kecederaan bahagian usus bayi itu menyebabkan organ tersebut gagal berfungsi dan akan kekal sepanjang hayat,” katanya.
Farahah berkata, dalam kes itu, tertuduh mengenali mangsa dan ibunya namun tergamak melakukan perbuatan tersebut ke atas bayi yang diletakkan di bawah jagaannya.
Tertuduh yang dihadapkan ke mahkamah itu buat pertama kali pada 1 Ogos 2012 didakwa melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik sewa di Jalan Wong Ah Jang bagaimanapun dia mengaku tidak bersalah ketika itu.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Khoirumminan didakwa mencederakan mangsa yang ditinggalkan di bawah jagaannya ketika teman wanitanya keluar bekerja.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu antara jam 8 malam, 23 Julai 2012 hingga jam 3.30 petang hari berikutnya.
Kecederaan pada mangsa disedari ibunya berusia 22 tahun selepas mendapati anaknya itu menangis dan muntah–muntah.
Ibu mangsa kemudiannya membuat laporan polis kerana mengesyaki tertuduh mendera anaknya hingga terpaksa dirawat di Unit PICU Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).
Susulan laporan tersebut, tertuduh ditahan sehari selepas kejadian dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya sekali.
Sinar
Panggilan tidak berjawab
Mohd Ridzuan Abu Hassan
3 Februari 2013
Panggilan tidak berjawab
Keadaan di kawasan Rapingah di temui terbaring, turut kelihatan kain batik yang dipakai mangsa.
MARAN - Kerisauan seorang anak terhadap keselamatan ibunya yang tidak pulang sejak keluar rumah seawal jam 8.10 pagi akhirnya terungkai apabila wanita berusia 58 tahun itu ditemui mati di kebun getahnya dengan kesan luka di muka di Felda Bukit Tajau, di sini, semalam.

Anak bongsu daripada empat beradik, Nor Aisyah Hanafiah, 18, berkata, ibunya, Rapingah Hassim keluar rumah seorang diri ke kebun getah sejauh kira-kira empat kilometer dengan tujuan menunjukkan kawasan kebun kepada seorang lelaki warga Indonesia.

Menurutnya, kebun getah yang sudah dua tahun tidak diusahakan itu mahu dipajak kepada lelaki berkenaan untuk upah menoreh.

“Sebelum ibu keluar rumah, dia masuk ke bilik tidur saya dan mencium dahi saya serta memberitahu mahu ke kebun untuk berjumpa dengan lelaki tersebut yang juga kali pertama ditemui.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana ibu tidak menunjukkan sebarang perubahan.

“Ibu keluar dengan berkain batik dan berbaju kurung Kedah menaiki motosikal jenis Yamaha Lagenda secara sendirian,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Aisyah berkata, dia mulai rasa risau dan bimbang apabila ibunya tidak pulang ke rumah selepas jam 2 petang lalu menghubungi adik-beradik lain bagi memaklumkan perkara tersebut.

Menurutnya, sebelum mahu melaporkan kepada pihak polis, jiran dan beberapa penduduk kampung mengambil inisiatif mencari ibunya di kebun getah berkenaan.
“Saya cuba menghubungi telefon bimbit ibu tetapi panggilan tidak berjawab,” katanya.

Anak sulung mangsa, Nor Liana, 37, berkata, dia yang tinggal di Felda Jengka 3 bergegas ke rumah ibunya selepas dimaklumkan berita mengejutkan oleh adik bongsu itu kira-kira jam 3 petang hari kejadian.

Katanya, kali terakhir dia berbual dengan ibunya itu adalah pada Khamis lalu dan tiada sebarang percakapan luar dari kebiasaan diperkatakan mangsa.

“Ibu hanya berpesan agar saya sentiasa mengutamakan kesihatan berhubung penyakit kencing manis saya hidapi selain menjaga cucunya dengan baik.

“Kami sekeluarga terima takdir pemergian ibu namun sekiranya ibu menjadi mangsa jenayah, kami berharap agar individu yang melakukan perbuatan tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal,” katanya.

Seorang jiran mangsa, Baharudin Abas, 60, berkata, lebih 10 penduduk ke kebun getah tersebut di mana tempat mangsa dikatakan pergi sebaik keluar dari rumah.

Menurutnya, beberapa kali panggilan ke telefon bimbit mangsa dibuat dan dapat dihubungi namun tidak berjawab.

“Penduduk menemui Rapingah terbaring dalam kawasan paya dengan ditutupi rumput dan terdapat kesan darah bercampur air paya.

“Di kawasan paya itu juga terdapat kesan tapak kaki dipercayai milik Rapingah,” katanya.

Kata Baharuddin setakat ini mereka belum menemui motosikal yang dinaiki Rapingah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan.
Terbakar secara misteri
SITI NOOR SEPEE
3 Februari 2013
Terbakar secara misteri
Mohd Asrul menunjukkan kabin treler yang terbakar secara mengejut.
GELANG PATAH – Dua treler yang di parkir di Jalan Tiga, Taman Perumahan Rakyat, Lima Kedai, di sini, hangus terbakar dalam kejadian jam 4 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, api marak daripada dua treler terbabit turut menyambar dua kenderaan lain yang diletakkan berhampiran.

Pemandu treler, Mohd Asrul Sarip, 31, berkata, dia meletakkan treler yang sarat dengan muatan minyak masak itu bersebelahan sebuah bengkel sekitar jam 8.30 malam sebelum pulang ke rumahnya di Kampung Melayu lima kedai, di sini, terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Menurutnya, dia tidak berasa sesuatu mencurigakan sebelum pulang ke rumah malah adiknya Mohd Syazani, 25, yang turut meletakkan treler dipandunya di lokasi itu.

“Kira-kira jam 4 pagi, seorang rakan kami datang ke rumah memaklumkan treler yang kami letakkan di kawasan berkenaan terbakar. Saya dan adik amat terkejut mendengar berita berkenaan dan terus bergegas ke tempat kejadian.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, api telah berjaya dipadamkan. Bagaimanapun, akibat daripada kebakaran itu, sebuah lori dan bas kilang turut terbakar, namun saya bersyukur disebabkan tindakan pantas pihak bomba hanya bahagian kabin sahaja yang hangus,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Mohd Asrul berkaa, bahagian belakang treler yang berisi 18 ‘pallet’ minyak masak tidak terbakar, manakala kenderaan tanpa muatan yang dipandu Mohd Syazani pula hanya hangus pada bahagian ‘kepala’ lori.

“Sepatutnya saya akan memulakan perjalanan menghantar barangan ke Singapura kira-kira jam 6.30 pagi, namun akibat kejadian ini, saya perlu menunggu keputusan daripada pihak pengurusan sekiranya mereka menggantikan dengan treler yang lain atau saya direhatkan buat sementara waktu.

“Sepanjang empat tahun meletakkan kenderaan di kawasan ini, ia adalah kejadian pertama malah saya juga tidak menerima sebarang amaran daripada mana-mana individu. Kami tidak mahu mengesyaki sesiapa kerana tidak mempunyai musuh,” katanya.

Beliau berkata, beberapa dokumen termasuk pasport miliknya dan Mohd Syazani dan dokumen pengangkutan milik syarikat tempatnya bekerja hangus.

Dia bersama adiknya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian itu dan dua laporan polis dibuat secara berasingan di Balai Polis Mutiara Rini, di sini, pagi semalam.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba Taman Universiti memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai kejadian itu pada jam 4.18 pagi, manakala operasi memadam api berakhir kira-kira jam 5.10 pagi menggunakan sebuah jentera.

“Kebakaran ini masih dalam siasatan,” katanya.

No comments:

Post a Comment