Terlantar mata bernanah
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Elrafaei Sapi
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Penyanyi berusia 25 tahun itu menyatakan pertama kali dia terkena buatan orang dua minggu selepas program realiti TV itu berakhir menyebabkan berat badannya turun secara mendadak dan hilang selera makan.
Keadaan kesihatan dirinya bertambah teruk selepas mengalami muntah-muntah, termasuk muntah jarum berkarat hingga terlantar di atas katil selama dua bulan.
Enam bulan selepas itu, dia sekali lagi terkena santau yang turut mempunyai tanda perubahan diri seperti demam dan datang bulan berpanjangan.
“Pernah masa itu ketika saya memandu kereta, fikiran melayang dan hampir terbabit dengan kemalangan. Selepas berubat dengan pakar perubatan Islam, saya sihat semula.
Merintih hilang kaki
Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
TARIK...orang awam membantu menarik motosikal mangsa yang terhumban.
Difahamkan, dalam kejadian jam 7.30 malam itu, mangsa menunggang motosikal Honda EX5 menghala bandar hilang kawalan lalu bertembung Proton Persona.
Perlanggaran itu bukan saja menyebabkan mangsa yang berasal dari Karak, Pahang, putus kaki kanan, malah pahanya turut hancur selain patah kaki kiri.
Dia turut tercampak kira-kira 10 meter.
Anggota JPAM Alor Gajah, Mohd Jumat Rahim, 24, berkata, dia dan dua rakan setugas melalui jalan berkenaan ketika ke Hutan Perca.
Dadah dalam uncang teh
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
BUKTI...Abdul Rahim menunjukkan dadah dalam uncang teh yang dirampas.
BANYAK...polis memeriksa dadah jenis Eramin 5, ketamin dan ketulan ganja mampat yang diisi dalam dua beg pakaian besar.
Difahamkan, sindiket yang didalangi pasangan bapa dan anaknya yang berusia 16 tahun itu mengubah suai rumah kediaman itu kepada pusat hiburan tanpa lesen bagi menyediakan ruang hiburan eksklusif untuk pengunjung.
Bagaimanapun, suasana bising dan keadaan riuh pada sebelah malam di dua buah rumah berkenaan menyebabkan penduduk kawasan perumahan itu membuat aduan kepada polis sebelum pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menyerbu rumah berkenaan jam 1 pagi, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, rumah teres berkenaan dipercayai menjadi pusat hiburan tanpa lesen apabila beberapa buah bilik di rumah tiga tingkat itu diubah suai dengan sistem karaoke.
“Pusat hiburan haram ini dipercayai menggunakan konsep hiburan eksklusif dan rata-rata pengunjungnya terdiri daripada golongan kaya apabila kami menemui beberapa buah kenderaan mewah diletakkan di kawasan rumah berkenaan.
“Ketika serbuan, polis menahan lapan orang termasuk dua wanita berusia 16 hingga 56 tahun dipercayai khayal di bawah pengaruh dadah,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut menemui bungkusan plastik lutsinar dipercayai ganja, sebelum soal siasat terhadap pemilik rumah berusia 40-an membawa polis ke satu lagi kediamannya di kondominium berhampiran yang dihuni anaknya itu.
Abdul Rahim berkata, serbuan di kondominium itu membawa kepada penemuan dua kotak pil Eramin 5 dan wang tunai dipercayai hasil kegiatan pengedaran serta alat penimbang. “Suspek turut menunjukkan tempat dia menyimpan dadah dalam dua kereta mewah di tempat letak kenderaan kondominium itu. Pemeriksaan lanjut menemui pil Eramin 5 dan ketamin yang dibungkus dalam uncang teh. “Lebih 400 paket dadah campuran serbuk Eramin 5, ecstasy dan ketamin yang dipek dalam bentuk uncang teh dirampas dan alatan ‘mini bong’ untuk menyedut ectasy dalam bentuk serbuk turut ditemui di rumah itu,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan semua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula kelmarin.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan serbuan pasukan D7 IPD Gombak ke sebuah rumah mewah di Bukit Idaman selepas menerima aduan penduduk mengenai aktiviti disko haram membongkar kegiatan pengedaran dadah pemilik kediaman itu apabila menemui pelbagai jenis bahan terlarang berkenaan. Dalam serbuan berkenaan, pasukan itu melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai bunyi bising dan suasana riuh di rumah itu pada sebelah malam selain kerap dikunjungi orang ramai, baru-baru ini. Menurut sumber, rumah teres terbabit disyaki menjadi pusat hiburan tanpa lesen sebelum sepasukan D7 dari IPD Gombak melakukan intipan, namun tidak menduga pemeriksaan lanjut dalam rumah itu akan menemui pelbagai jenis dadah, termasuk pil khayal.
Malang kedua tiada ampun
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my
kalidevi@hmetro.com.my
CEKUP...pasangan kekasih ditahan selepas didapati menggunakan motosikal curi.
Difahamkan, pasangan itu yang masing-masing berusia 20 tahun dan 17 tahun itu dalam perjalanan menempah baju raya di kawasan Puchong, bagaimanapun dalam perjalanan itu, mereka bertembung dengan sekumpulan lima lelaki yang bertindak menyamun barangan berharga milik mereka.
Sumber polis berkata, disebabkan kehabisan wang, pasangan itu pulang ke rumah mereka di Wangsa Maju untuk mengambil duit.
Ketika dalam perjalanan balik, mereka yang ternampak sekatan jalan raya yang dijalankan Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) di Jalan Raja Laut, cuba meloloskan diri dengan menunggang motosikal melawan arus.
Bagaimanapun, anggota U3K yang menyedari mereka cuba melarikan diri, mengekori mereka hingga ke Jalan Merpati dan menahan motosikal berkenaan.
Ketuanya, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, selepas melakukan pemeriksaan, mereka mendapati motosikal Yamaha 125Z yang dinaiki pasangan berkenaan dilaporkan dicuri pada hujung Mei lalu di kawasan Wangsa Maju.
“Selepas disoal siasat, suspek mengaku motosikal berkenaan bukan miliknya, namun berdalih dengan mengatakan motor itu dicuri rakannya dan dia hanya meminjam sejak beberapa bulan lalu.
“Motosikal yang dicuri itu disita sebelum pasangan itu dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar untuk diambil keterangan,” katanya, di sini, semalam.
Menurut Azmi, suspek lelaki itu turut berada di bawah pengaruh alkohol ketika ditahan serta tidak memiliki lesen memandu.
“Pasangan kekasihnya dihantar ke lokap Jinjang untuk tahanan sementara. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379a Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya.
‘Lubuk emas’ Kuala Lumpur
Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop
hafizee@hmetro.com.my
hafizee@hmetro.com.my
Barangan kemas yang dijual di kawasan ini menawarkan harga serta promosi menarik dan disebabkan itu ia menjadi tumpuan pasangan yang berhajat mendirikan rumah tangga.
Daripada kelengkapan pakaian sehingga aksesori diri yang disediakan di kawasan ini menjadikannya pilihan utama pengunjung mendapatkan barangan dikehendaki.
Pengunjung, Natasha Hashim, 28, berkata, dia datang bersama tunangnya untuk membeli barang kemas bagi persiapan perkahwinannya yang dijangka diadakan pada penghujung Disember ini.
Katanya, kedai emas di kawasan terbabit menawarkan harga berpatutan serta mempunyai pelbagai pilihan dan ia memudahkan pasangan pengantin mendapatkan barang kemas dihajati.
Menurutnya, sebelum ini dia membeli cincin pertunangannya di kawasan berkenaan dan yakin barang kemas yang dijual terutama emas adalah tulen.
“Sebelum ini, kakak saya membeli barangan kemasnya di sini dan harga yang ditawarkan agak berbaloi. Di sini amat senang kerana semua kelengkapan perkahwinan dijual menyebabkan kami tidak perlu pergi ke tempat lain.
“Datang sini saja sudah cukup, semua kelengkapan boleh dibeli dengan harga berpatutan,” katanya.
“Bila kita nak beli pun puas hati dan apabila kita nak jual balik pun berbaloi. Ini membuatkan saya sekeluarga menjadikan kawasan ini sebagai pilihan utama kami,” katanya.
Serangan gila talak
Oleh Alias Abd Rani
lias@hmetro.com.my
lias@hmetro.com.my
Mangsa dalam lingkungan 30-an berada di rumah sewanya sebelum bekas suami yang berang, muncul tiba-tiba bersama tujuh rakannya, kira-kira jam 11 malam.
Menurut sumber, mangsa mulanya cuba menghalang lelaki terbabit menceroboh masuk, namun dia bertindak ganas dengan memecah jeriji besi di depan rumah.
Lelaki terbabit yang dikatakan naik angin selepas menyedari bekas isteri sudah mempunyai teman baru, merosakkan beberapa peralatan dalam rumah selain memecahkan tingkap.
“Bukan itu saja, suspek dengan rakannya turut merosakkan kipas angin dan pintu bilik. Mangsa yang bimbang dengan keselamatan diri tidak mampu berbuat apa-apa, malah turut dipukul bekas suaminya sehingga luka di badan dan lengan,” katanya.
No comments:
Post a Comment