Monday, June 18, 2012

KEMALANGAN NI BOLEH DIHINDAR DENGAN DOA...DOA YANG MAKBUL SAJA BOLEH MENGUBAH TAKDIR...SELAIN PATUH UNDANG2...SABAR...TIDAK SOMBONG DAN BERLAGAK...SERTA TIDAK PANAS BARAN

Dipenjara akibat bakar muka isteri
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
Dipenjara akibat bakar muka isteri
Wan Mustafa menutup mukanya ketika dibawa keluar dari mahkamah semalam.
KOTA BHARU- Gara-gara membakar muka isterinya menggunakan wang RM1 seorang penganggur terpaksa meringkuk di dalam penjara selama setahun selepas mengaku bersalah semalam.

Majistret Muhamad Hafiz Mohd Noor menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mustafa Mamat, 40, kerana didapati bersalah mencederakan muka Rohana Abdullah, 40, sehingga melecur menggunakan wang RM1 yang dibakarnya.

Mengikut pertuduhan, Wan Mustafa dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Rohana menggunakan kerusi dan wang yang dibakar di rumahnya di Kampung Kedai Buloh, kira-kira jam 9.30 malam pada 2 Febuari lalu.

Berikutan itu, Wan Mustafa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.

Ketika prosiding berlangsung, Wan Mustafa merayu hukuman ke atasnya dikurangkan bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam meminta supaya hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran.

Sebelum ini akhbar  melaporkan seorang suami bukan sahaja tergamak memukul isterinya dengan kerusi bahkan mencucuh mata kiri wanita itu dengan api sehingga melecur.

Dalam kejadian itu, dilaporkan lelaki terbabit yang juga bekas banduan meminta wang daripada anak perempuannya berusia 19 tahun  untuk membeli dadah.

Dilaporkan selepas itu, suspek tersebut bertindak membakar wang kertas RM1 menggunakan  emetik api lalu mencucuh mata kiri isterinya.
'Saya masih trauma, belum bersedia maafkannya'
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
KOTA BHARU - Isteri kepada tertuduh, Mustafa Mamat, 40, yang dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana didapati bersalah mencederakan muka Rohana Abdullah, 40, masih belum bersedia untuk memaafkan perbuatan suaminya itu, Rohana ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kedai Buloh memberitahu, dia reda dengan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap suaminya itu supaya ia memberi pengajaran bermakna kepada tertuduh.

Bagaimanapun, dalam jangka masa terdekat ini hati Rohana masih belum terbuka untuk memaafkan suaminya dan kejadian tersebut amat menakutkannya.

“Walaupun parut di bahagian mata kiri saya hampir hilang tetapi perbuatannya masih lagi membayangi hidup saya dan anak-anak. Saya tidak tahu lah sama ada hati saya terbuka untuknya atau pun sebaliknya di kemudian hari,” katanya semalam.

Rohana berkata, semalam dia tidak hadir ketika hukuman dijatuhkan namun, anak keduanya, Wan Mazni Munirah, 21, bersama seorang lagi anak berada di mahkamah.

Rohana yang mempunyai enam anak hasil perkahwinan bersama Mustafa sejak 24 tahun lalu sedih apabila anak keduanya memberitahu, bapanya sangat-sangat menyesal serta mahu meminta maaf terhadap kekasaran dilakukan terhadapnya itu.

Selain itu, Rohana memberitahu suaminya turut berpesan supaya jangan menyembunyikan anak-anak dan dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu sekiranya selepas ini mereka masih bersama.

“Saya masih trauma dengan kejadian ini dan sekarang perkara paling penting adalah berusaha untuk menyara anak-anak termasuk seorang yang masih bersekolah dengan menjual di Wakaf Che Yeh.

“Saya berharap apabila dia berada di dalam penjara selama setahun ini boleh menyedarkannya. Sebelum ini dia pernah dipenjarakan 18 bulan di Kuantan tetapi perangainya masih belum berubah,” katanya.
Penggunaan istilah armalah, ganti istilah janda atau ibu tunggal
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
KUALA KRAI - Seorang pemimpin Pas, di sini, membidas tindakan sebuah negeri di utara tanah air yang mendakwa bakal menjadi negeri pertama menggunakan istilah armalah bagi menggantikan istilah janda atau ibu tunggal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Mengkebang, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, dakwaan itu tidak benar kerana istilah tersebut sudah digunakan sejak Pas memerintah Kelantan lebih 20 tahun lalu.

Tanpa menyebut nama negeri tersebut, Abdul Latiff menggambarkannya sebagai negeri yang pernah diperintah PR buat seketika sebelum dirampas Kerajaan Negeri sekarang.

“Mei lalu, ada negeri mengaku dengan mendakwa bakal jadi negeri pertama guna istilah armalah, sedangkan istilah ini sudah digunakan sejak 20 tahun lalu oleh Kerajaan Pas.

“Selain ikut istilah digunakan al-Quran dan hadis,  gelaran armalah juga lebih tepat bagi seorang wanita bercerai hidup atau mati, berbanding perkataan ibu tunggal yang diambil daripada istilah barat ‘single mother’,” katanya.

Mengulas bantuan untuk armalah dan juga anak yatim, Abdul Latiff berkata, bermula dengan RM20,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas diperkenalkan pada 2004, peruntukan bantuan untuk golongan itu beransur  meningkat sehingga RM80,000.

“Selain Skim Manfaat Armalah dan Skim Khairat Armalah, Kerajaan Negeri juga sediakan bantuan persekolahan untuk anak-anak mereka yang belajar di sekolah menengah dan universiti,” katanya.

Sementara itu, Abdul Latiff berkata,  agihan bantuan armalah dan anak yatim tahun ini terpaksa diawalkan, bagi mengelakkan pertembungan dengan program lain jika diadakan pada Ramadan seperti sebelum ini.

“Kita bimbang petugas dan kakitangan terlibat tidak sempat nak susun program, jika kita buat penyampaian bantuan ini pada Ramadan,” katanya.
Maki, belasah warga emas
RUBIAH OMAR
18 Jun 2012
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin
KUALA TERENGGANU - Seorang warga emas bukan sahaja dihamburkan kata-kata kesat, malah lebih melampau, hanya kerana kegagalannya mengawal kereta sehingga hampir terlanggar seorang pemuda, menyebabkan dia teruk dibelasah dalam satu kejadian di Kampung Raja Baram, Chendering, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa, 59, yang memandu kereta dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum hampir terlanggar suspek, 31, yang sedang menunggang basikal datang dari arah  bertentangan.

Menurut sumber, mangsa yang langsung tidak perasan kehadiran suspek kerana basikal yang ditungganginya tidak berlampu, nyaris terlanggar suspek yang menyebabkan dia terbabas ke bahu jalan.

“Disebabkan tidak berpuas hati apabila menyedari dia hampir dilanggar, suspek naik angin lalu terus membuka pintu kereta yang dipandu mangsa dan menghamburkan kata-kata kesat.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menumbuk dan menerajang badan mangsa sehingga menyebabkan bengkak di bahagian pipi kanan dan luka-luka di bahagian badan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, mangsa yang masih trauma dengan kejadian itu mengambil keputusan membuat laporan di Balai Polis Chendering, di sini, selepas kejadian.

Susulan itu, suspek telah ditahan di kediamannya di Kampung Ketapang, Chendering, kira-kira jam 1.30 pagi semalam dan menerima perintah tahanan reman selama empat hari untuk siasatan.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi Sinar Harian semalam mengesahkan menerima laporan kejadian.

“Kes kini disiasat di bawah Seksyen 325 Kanun  Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah,” katanya.
Pegawai Agama ditempatkan di Klinik Kesihatan seluruh Terengganu

18 Jun 2012
KUALA TERENGGANU - Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menempatkan pegawai agama di klinik kesihatan di seluruh negeri ini bagi memberi bimbingan dan khidmat nasihat daripada aspek keagamaan kepada ibu hamil dan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri Khazan Che Mat berkata, program dinamakan Booth Skuad Khidmat Nasihat Ibu Hamil dan Khidmat Nasihat Awam
itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

"Melalui program itu pegawai-pegawai agama ditempatkan di klinik-klinik kesihatan di seluruh negeri Terengganu bagi membimbing dan tunjuk ajar serta menanam kesedaran beragama di kalangan mereka.

"Kita harap dengan adanya program ini ia akan memberi peluang kepada masyarakat khususnya ibu-ibu muda mendapat bimbingan terbaik sebagai persiapan menyambut cahaya mata," katanya ketika melancarkan program itu di sini hari ini.

Khazan berkata, buat permulaan program itu akan dilaksanakan di lapan pusat kesihatan daerah bermula 1 Julai ini, sebelum diperluaskan di semua 42 klinik kesihatan di negeri ini.

"Sekiranya mendapat sambutan baik di kalangan masyarakat, program itu akan diperluaskan di klinik-klinik desa pula," katanya. - Bernama
Anak tidak sangka bapa maut selepas hantar ibu ke stesen bas
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
Anak tidak sangka bapa maut selepas hantar ibu ke stesen bas
Anggota penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Paka sedang memeriksa keadaan tangki minyak lori yang terbalik itu untuk mengelakkan sebarang tragedi letupan di lokasi kemala
DUNGUN – Hiba dan terkejut, itulah perasaan Mohd Hafizan Mamat, 26, seorang kakitangan swasta sebaik melihat jasad bapanya, Mamat Taib, 57, yang ditutup surat khabar terbujur kaku di tepi jalan raya.

Mamat maut dalam kemalangan tragedi ngeri membabitkan sebuah kereta dan lori di sini, pagi semalam. Dalam kemalangan kira-kira jam 11.20 pagi itu, kereta dipandu mangsa dari arah Dungun menghala ke Paka dipercayai masuk  ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah lori sarat muatan bawang.

Akibat pertembungan itu, mangsa tersepit di tempat duduk pemandu setelah bahagian hadapan Proton Wira dipandunya remuk teruk, manakala lori yang dari arah Paka menghala ke Dungun itu terbalik. Mangsa yang parah pada  bahagian kepala selepas terbabit dalam nahas ngeri di Kilometer 95 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berdekatan Klinik Kesihatan Kampung Nyiur itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Bapa pulang selepas hantar ibu MENURUT Mohd Hafizan yang ditemui di tempat kejadian, sebelum kemalangan, bapanya yang juga peneroka Felda Kerteh Enam dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Ketengah Jaya selepas  menghantar ibunya, Khafiah Yusuf, 54, ke Stesen Bas Dungun. Mohd Hafizan berkata, arwah bapanya itu keluar rumah sejak jam 8.30 pagi lagi bagi memastikan ibunya tidak ketinggalan bas ekspres untuk ke Shah Alam, Selangor  kerana melawat kakak iparnya yang baru melahirkan anak kedua.

Katanya, sebelum bertolak pulang ke Ketengah Jaya, ketika dia berada di tempat kerja di Kerteh, dan arwah bapanya sempat menghubungi melalui telefon bimbit memaklumkan bahawa sudah menaiki bas untuk menuju ke Shah  Alam.


Beria-ia mahu ibu ke Shah Alam

“SEBELUM kejadian, dia begitu beria-ia mahu ibu ke Shah Alam untuk melihat anak saudara saya yang baru dilahirkan, “Tak sangka pula dalam perjalanan pulang dia terlibat dengan kemalangan yang mengorbankan nyawanya,”  katanya. Kata Mohd Hafizan, dia tidak menyangka bapanya yang difahamkan baru mendapat durian runtuh duit Felda sebanyak RM5,000 itu akan pergi begitu cepat berikutan tiada sebarang perubahan ditunjukkan mangsa.

“Baru beberapa jam saya bercakap dengannya menerusi telefon, kini dia sudah tiada,” katanya. Jalan sesak di kedua-dua arah SEMENTARA itu, akibat kemalangan terbabit, jalan raya di kedua-dua hala turut mengalami kesesakan teruk  sejauh lebih tiga kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ismail Abdullah berkata, beberapa anggota polis dibantu anggota Rela dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat berkaitan tragedi itu. “Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat. “Jenazahnya dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Ketengah Jaya, Dungun,” katanya.
Kemalangan: Maut dirempuh kereta
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
Kemalangan: Maut dirempuh kereta
Keadaan motosikal mangsa yang diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter selepas dirempuh
MARANG - Seorang lelaki maut apabila motosikal jenis Yamaha 135 LC ditungganginya dirempuh sebuah kereta di Kilometer 58.5 Jalan Kuala Terengganu ke Kuantan dekat Rantau Abang, di Kampung Rhu Kubur kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, mangsa, Mohd Aadlan Mohamad, 33, dari arah Dungun sedang dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Kampung Petaling, sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Marang Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu berkata, mangsa maut di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan dalaman  yang serius.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Persona dari arah Kuala Terengganu menghala ke Dungun, dikatakan memotong kenderaan lain sebelum merempuh motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan. “Mangsa yang menunggang seorang diri itu kemudiannya tercampak kirakira 20 meter ke tepi jalan sebelum motosikalnya diseret kereta terbabit kira-kira 50 meter dari tempat kejadian,” katanya semalam.

Mayat mangsa  dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala pemandu kereta yang berumur 25 tahun beralamat dari Dungun itu membuat laporan di Balai Polis Merchang,

Selepas kejadian. Ahmad Mazlan berkata, kes kemalangan itu masih dalam siasatan dan akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Dua rakan korban nahas
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
Dua rakan korban nahas
Polis sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian.
BENTONG – Seorang orang kurang upaya (OKU) dan rakannya maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 65.9 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Pemangku Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa dikenali sebagai Samsulkamal Wok Rosdi, 26, beralamat di Felda Bukit Tajau dan rakannya,

Mohd Aifil Maidin, 21, dari Felda Siantan Jengka 19. Menurutnya, ketika itu mangsa yang menaiki motosikal jenis Kawasaki dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

“Setibanya di lokasi kejadian, motosikal ditunggangi mereka terbabas ke kiri jalan, manakala kedua-dua mangsa tercampak ke kanan jalan iaitu laluan laju lebuh raya,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, mayat mangsa dipercayai diseret kenderaan lain sebelum ditemui bergelimpangan tidak jauh dari motosikal dinaiki mereka.  Menurutnya, kedua-duanya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian  sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan dituntut keluarga masing-masing.

“Kejadian disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Saksi kejadian atau sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis  aerah di talian 09-2231999 atau 09-2222222 untuk membantu siasatan,” katanya.
Lemas ketika mandi bersama rakan di pantai Teluk Cempedak
NIK AMIRULMU’MIN NIK MIN
18 Jun 2012
KUANTAN - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) kritikal dipercayai akibat tertelan air laut selepas lemas ketika mandimanda bersama rakan-rakan di Pantai Teluk Cempedak di sini, petang semalam.

Mangsa, Mohd Asyraf Salleh, 21, berjaya diselamatkan sepasukan anggota Penyelamat Pantai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)  Kuantan untuk menerima rawatan.

Seorang rakan mangsa, Amar Ahmad Hassan, 20, berkata, dia bersama mangsa dan enam lagi rakan mereka mandi di pantai tersebut, petang semalam. Menurutnya, namun tibatiba dia terdengar suara jeritan mangsa meminta tolong sebelum mendapati tangan rakannya itu terkapai-kapai dan hampir tenggelam.

“Saya berenang menghampirinya dan cuba membantu menolak mangsa ke batu dengan harapan dia dapat berpaut untuk mengelakkannya dihanyutkan ombak. “Saya yang berada dalam keadaan letih gagal membantu mangsa  sebelum tubuhnya hilang akibat ditolak ombak kuat dan hampir lemas dalam kejadian itu,” katanya.

Dalam kejadian tersebut, Amar turut mengalami kecederaan lutut dan ibu jari kaki kiri dipercayai akibat terkena batu ketika cuba menyelamatkan rakan setugas itu.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana mangsa dapat diselamatkan  sepasukan anggota Penyelamat Pantai JPAM yang tiba di tempat kejadian,” katanya selepas menerima rawatan awal.

Sementara itu, jurucakap JPAM berkata, pihaknya berjaya menemui mangsa tidak  jauh dari tempat kejadian  sebelum dia dinaikkan ke darat. Menurutnya, keadaan mangsa dilaporkan kritikal ketika itu kerana dipercayai tertelan air laut dan dihantar ke HTAA untuk menerima rawatan.
Motosikal dinaiki mangsa rempuh kereta dari hadapan
NORIZZAH BAHARUDIN
18 Jun 2012
Motosikal dinaiki mangsa rempuh kereta dari hadapan
Ravindran yang cedera parah menerima rawatan kecemasan daripada anggota JPAM.
ALOR GAJAH - Mengerikan apabila seorang lelaki hanya mampu meraung melihat kaki kanannya putus digilis kereta dalam kemalangan di Jalan Lesung Batu - Machap Umboo, di sini, lewat petang kelmarin.

Dalam kejadian kirakira   7.30 petang itu, mangsa, P.Ravindran, 51, menunggang motosikal jenis Honda EX5 dari Machap Umboo menuju ke pekan Alor Gajah, di sini.

Bagaimanapun, motosikal ditungganginya dikatakan tidak dipasang lampu sebelum hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah kereta jenis Proton Persona.

Difahamkan, pasukan Jabatan  Pertahanan Awam (JPAM) yang kebetulan melalui kawasan berkenaan untuk satu kes kemalangan, bertindak menghulurkan bantuan kecemasan.

Seorang anggota JPAM, Mohd Jumat Rahim berkata, pertembungan kuat itu menyebabkan mangsa terjatuh atas jalan raya, manakala kaki kanannya yang digilis kereta tercampak kira-kira 10 meter dari badan mangsa. "Motosikal  angsa juga tercampak ke dalam semak sebelah kiri jalan.

"Bagaimanapun, orang awam yang berada di situ tidak berani untuk mendekati mangsa yang meraung kesakitan berikutan darah keluar dengan banyak," katanya.

Menurutnya, anggota paramedik Hospital Alor Gajah kemudian tiba beberapa minit sebelum itu untuk menghantar mangsa ke hospital. Sementara itu, pemandu Proton Persona berkenaan. Mohd Kadir Mohd Lazim, 52, berkata, ketika  kejadian, dia  bersama isterinya, Rohana AbdKarim, 50, dan seorang anak kurang upaya, Mohd Hafizi, 22, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Nyalas.

"Semasa melalui jalan itu, saya nampak kelibat sesuatu memasuki laluan  saya.

Saya sangka ada haiwan melintas, namun ia semakin dekat dan terus merempuh bahagian hadapan sebelah kanan kereta saya menyebabkan saya terpaksa menekan brek mengejut," katanya.

Menurutnya, dia terkejut apabila keluar  kereta dan mendapati seorang lelaki terbaring atas jalan dengan kaki putus. Akibat rempuhan itu, katanya, keretanya remuk dan tayar hadapan sebelah kirinya pecah, selain terdapat sisa daging kaki mangsa yang terlekat pada hadapan  eretanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian.
Maut diseret 100 meter
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
PORT DICKSON – Seorang lelaki maut selepas diseret sejauh hampir 100 meter dalam satu kejadian langgar lari awal pagi semalam. Kejadian berlaku sekitar jam 3 pagi di Kilometer 10.5 Lebuhraya Port Dickson-Seremban dan    mangsa, Subramaniam, 35, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di seluruh badannya.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang motosikal bersendirian sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju dari arah belakang sebelum diseret.

Pemandu kereta yang melanggar mangsa melarikan diri dan di lokasi  ejadian turut ditemui beberapa serpihan kereta terbabit. Polis akan menjalankan siasatan berkenaan kejadian tersebut.

Kejadian tersebut disedari rakannya yang menunggang sebuah motosikal lain dan membuat laporan polis.

Mayat kemudian  dihantar ke Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja’afar untuk tindakan selanjutnya.
Perigi simpan misteri
NORDIANA JOHARI
16 Jun 2012
Perigi simpan misteri
Rangka manusia yang dikeluarkan dari perigi lama, di sebuah tokong di Sempang Bekoh, semalam.
JASIN – Misteri kehilangan seorang lelaki lebih enam bulan lalu terjawab apabila rangkanya ditemui dalam sebuah perigi, di sini.
Mangsa, Gan Kong Hwa, 61, ditemui dalam perigi sedalam enam meter di Tokong Lan Nam Xuen, Kampung Pondok Batang kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Sebelum ini, mangsa yang bekerja sebagai penjaga tokong terbabit dilaporkan hilang sejak 23 Disember lalu.
Seorang saksi, Lee Tat Kong, 52, berkata, selepas puas mencari, dia bersama ahli keluarga mangsa membuat laporan polis pada 12 Januari lalu.
“Kita cari tapi tak jumpa, tetapi kelmarin (Rabu) dalam jam 3 petang, ada anjing menyalak di perigi yang tidak digunakan lagi.
“Saya pergi lihat dan terjumpa seluar, telefon dan kasut milik mangsa.
Pagi ini (semalam) saya buat laporan polis dan terkejut hanya rangka ditemui dalam perigi berkenaan ” katanya.
Menurutnya, mungkin mangsa tergelincir dan tidak ditemui berikutan perigi terbiar itu dipenuhi semak.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Shahidi Abdullah mengesahkan kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Unit Pasukan Penyelam Negeri, Arshad Mail berkata, seramai 20 anggota bomba dan penyelamat unit itu termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Jasin meng ambil masa kira-kira sejam untuk mengeluarkan rangka terbabit.
“Kita memulakan dengan mengepam air dan operasi mengeluarkan dilakukan pada jam 12.30 tengah hari.
“Kita menjumpai tengkorak kepala, paha, tulang kaki, selangka termasuk beberapa bahagian belakang badan,” katanya.
Dua kali rumah disambar petir
Wartawan Sinar Harian
17 Jun 2012
Dua kali rumah disambar petir
Hazlina memegang dekoder astro yang rosak dan sebahagian koponennya terpelanting
dalam kejadian petir kuat di kediamannya, semalam.
KUNDUR HULU – Seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berhadapan detik-detik mencemaskan apabila kediaman mereka di Jalan Empang Batu, di sini, di panah petir dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, semalam.

Ketika kejadian, mangsa, Nur Hazlina Hashim, 29, sedang menyapu rumah seperti biasa sambil menonton sepintas lalu siaran televisyen.

Manakala, anak buahnya, Nur Syameliana Darlisyah Mohd Sharizan, 7, berada di dalam bilik.

Menurut Hazlina, sebaik sahaja dia duduk di atas tikar di hadapan televisyen dan ingin mencapai telefon bimbit yang diletakkan di meja bersebelahan kabinet televisyen,
dia ternampak segumpal api di bahagian hadapan televisyen.

“Mula-mula saya ingat TV akan meletup serta mengenai saya, namun saya sempat berganjak ke belakang dan melihat dengan jelas api setelah mendengar bunyi dentuman petir yang sangat kuat sehingga menyebabkan bahagian depan dekoder Astro terpelanting di hadapan saya.

“Saya tergamam seketika dan anak buah saya bergegas keluar dari bilik serta memeluk saya dengan kuat sambil menangis kerana terkejut.

Mujurlah, bunyi hon kereta bapa saya yang kebetulan pulang dari kenduri menyedarkan saya dari kejadian mencemaskan ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, di sini, semalam.

Sementara itu, bapa mangsa, Hashim Hasan, 61, berkata, kejadian berkenaan merupakan kali kedua berlaku semenjak 22 tahun dia dan keluarga menetap di perkampungan berkenaan.

Menurutnya, pada kali pertama kejadian iaitu sekitar tahun 1998, hanya televisyen sahaja yang rosak susulan petir kuat.

Bagaimanapun, pada kejadian terbaru ini, dua dekoder astro rosak dan tiang rumahnya juga retak serta pecah dipanah petir yang mana kerugiannya dianggarkan mencecah RM1,000.

“Pada masa kejadian, saya dan isteri dalam perjalanan pulang ke rumah dan kami ada terdengar satu bunyi petir kuat.

Namun, saya tidak menyangka rumah saya dipanah petir dan mujurlah tiada apa yang buruk berlaku.

“Jika diikutkan pada masa kejadian, hujan tidak terlalu lebat dan petir serta guruh juga tidak terlalu ketara. Kebiasaannya, semasa petir atau guruh kuat, kami sekeluarga akan menutup televisyen,” katanya.
Kereta ditarik kini milik orang
Wartawan Sinar Harian
18 Jun 2012
Kereta ditarik kini milik orang
Jamilah menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat berikutan kemungkinan ada unsur penipuan pihak bank.
AYER KEROH - Seorang wanita terkejut apabila mendapati kereta yang ditarik pihak bank sebelum ini, sudah bertukar tangan kepada pemilik lain, biarpun sudah melunaskan ansuran bulanan.

Jamilah @ Jamaliah Abu Amin, 46, dari Pantai Peringgit berkata, kira-kira lima tahun lalu, kereta jenis Kia Spectra miliknya dirampas dua lelaki selepas dikatakan gagal membayar ansuran bulanan.

Sedangkan, katanya, bayaran ansuran kereta yang sudah digunakan selama tiga tahun itu tidak pernah gagal dijelaskan. "Lelaki yang mengambil kereta saya langsung tidak memberi sebarang penjelasan sebaliknya dia suruh beruru- san dengan bank. Sedangkan setahu saya semua bayaran ansuran bulanan sudahpun dijelaskan," katanya.

Menurutnya, pada hari sama, dia merujuk kepada bank terbabit, namun pegawai di bank berkenaan seolah-olah enggan memberi kerjasama. Berikutan itu, Jamilah membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh. “Saya langsung tidak  diberi peluang untuk menebus balik kereta saya, bahkan selang dua minggu saya menerima surat dari mahkamah mengenai kes kereta saya," katanya.

Beliau berkata, lebih memeranjatkan, pada Disember 2010, dia merujuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan terkejut mendapati keretanya itu sudah pun menjadi milik orang lain.

Berikutan masalah yang sudah lama berlarutan serta atas nasihat beberapa pihak termasuk JPJ, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tribunal Tuntutan Pengguna dan polis, Jamilah sekali lagi membuat laporan polis,  Januari lalu.

“Saya berhasrat membawa kes ini ke tengah demi keadi- lan," katanya.
Polis serbu dua pusat urut
HAMIZAH BASIR
17 Jun 2012
Polis serbu dua pusat urut
Wanita warga asing yang ditahan di sebuah pusat refleksologi di Bandar Baru Nilai, kelmarin.
SEREMBAN – Biarpun beberapa operasi membabitkan penangkapan warga asing menyalah gunakan lawatan sosial di negeri ini giat dilakukan pihak berkuasa, namun kegiatan berkenaan masih belum nampak akan ada tanda penyelesaian.

Terbaru, seramai lapan tukang urut warga asing dicekup pihak berkuasa di dua buah pusat refleksologi di Bandar Baru Nilai, di sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira 9 malam itu dilakukan sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Kontinjen Polis negeri.

Ketua Jabatan Sisatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan pertama, pihaknya menahan lima wanita warga Thailand berusia dalam lingkungan 20 dan 45 tahun.

“Wanita terbabit didapati bekerja tanpa permit dan kita turut menahan seorang lelaki yang juga penjaga premis berkenaan yang berusia 55 tahun.

“Bagi serbuan kedua, seorang wanita warga Indonesia dan dua wanita warga Thailand berusia 20 hingga 30 tahun turut ditahan,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Hamdan berkata, kesemua wanita itu ditahan kerana menyalah gunakan pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut di pusat refleksologi berkenaan.

“Seorang wanita berusia 44 tahun yang juga pemilik premis berkenaan dan dipercayai menjaga wanita tersebut turut ditahan.

“Lima pelanggan lelaki juga turut ditahan, bagaimanapun mereka dibebaskan selepas keterangan diambil,” katanya.

Beliau berkata, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen.

No comments:

Post a Comment