Sejarah Syiah
18 Jun 2012
Ia dikatakan pergerakan politik yang menyokong kepimpinan Khalifah Ali bin Abi Talib, iaitu sepupu Nabi Muhammad SAW dan kaum keluarga Ali.
Satu lagi versi asal usul Syiah yang diceritakan adalah ia merupakan ajaran agama dibawa oleh seorang pendita (Rabbi) Yahudi, Abdulah bin Saba’ pada zaman Khalifah Usman.
Abdulah bin Saba’ dikatakan memeluk Islam secara berpura-pura untuk memecahbelahkan umat Islam dari dalam. Sejarah menceritakan Abdulah bin Saba’ adalah orang pertama yang mengkafirkan Abu Bakar, Umar dan Usman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.
Syiah mempunyai beberapa aliran, tetapi aliran terbesar, dan didakwa mempunyai ramai golongan pelampau adalah aliran Imamiyyah. Golongan ini dikatakan terlalu memuja Imam Dua Belas sehingga mengangkat kedudukan mereka lebih tinggi daripada nabi.
Syiah
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan rencana ini tidak memetik sumber rujukan dan memerlukan pengesahan. Pembaca dinasihatkan membuat pertimbangan sendiri. Bantulah Wikipedia memperbaiki rencana ini dengan menambahkan sumber rujukan. Fakta yang tidak disahkan boleh dipertikai dan dipadam. |
Keberkecualian dari rencana ini telah dipertikaikan. Sila lihat perbincangan pada laman perbincangan. Sila jangan mengeluarkan pesanan ini sehingga pertikaian diselesaikan. |
Sebahagian daripada Syiah |
---|
Ahl al-Kisa |
Ahl al-Kisa Muhammad Ali · Fatimah Hasan · Hussein |
Empat Sahabat |
Salman Al-Farisi Miqdad Al-Aswad Abu Dzar al-Ghifari Ammar ibn Yasir |
Kepercayaan & Amalan |
Pewaris Muhammad Imamah Pagi Muharram Cahaya Aql · Ismah Tawassul · Pendeta Penghijaban |
Pandangan |
Al-Quran · Sahabat Muawiyah I Abu Bakar · Umar |
Sejarah |
Sejarah Syiah Ghadir Khumm Rumah Fatimah Fitnah Pertama · Fitnah Kedua Pertempuran Karbala |
Hari Suci |
Aidilfitri · Aidiladha Aidil Ghadir Ayhura · Arba'een Maulid · Al-Mubahila |
Cabang |
Dua Belas Imam Ismailiyah Zaidiyah |
Isi kandungan |
Aliran
Aliran Syiah Islam berpecah kepada cabang-cabang kecil. Tiga cabang yang utama pada masa kini mempunyai bilangan pengikut yang besar. Yang paling terkenal dan terbesar ialah golongan Syiah Imam Dua Belas atau Imamiyyah/Ja'fariyyah (اثنا عشرية iṯnāʿašariyya) yang merangkumi 90% penduduk di Iran dan sebahagian besar penduduk Iraq. Golongan Syiah yang kecil lain termasuklah al-Kaisaniyyah, al-Zaidiyah, Imamiyyah, al-Ghulat, Ismailiyah, dan Syiah Imam Bertujuh. Alawiyyah dan Duruzi juga menganggap diri mereka Syiah meskipun mereka tidak sentiasa diiktiraf oleh Syiah lain. Tarikat-tarikat Sufi beraliran Syiah termasuklah Tarikat Alevi, Bektashi Hamadani dan Fatimiyyah. Dua puluh peratus dari penduduk Turki mengikut Tarikat Alevi sementara Lubnan dan Syria pula mempunyai bilangan besar golongan Duruzi dan Alawi.Aliran Syiah mempercayai bahawa Nabi telah mewasiatkan Keturunannya menjadi pemimpin umat Islam dan hendaklah bersatu di bawah Imam.
Pergerakkan Hizbullah di Lubnan adalah dari golongan Syiah Imam Dua Belas.
Di Malaysia,mazhab ini tidak dibenarkan melakukan ritual harian mereka kerana didakwa mereka akan melakukan keganasan seperti di Iraq dan Afganistan serta Pakistan.Mereka telah melakukan beberapa dialog dengan pihak Ahlul Sunnah di seluruh dunia termasuk Malaysia namun tiada sebarang pindaan undang-undang yang dilakukan bagi menghalalkan pergerakkan atau penyebaran fahaman mereka
Mengikut pandangan Syiah
Pengertian Syiah mengikut pandangan syiah sendiri adalah seperti berikut:Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan ia memberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya (golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".
Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pasti Kami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhaka kepada Tuhan yang Maha Pemurah".
Ketiga dan keempat adalah Surah al-Qasas: 15, firman Tuhan yang bermaksud,"Dan Musa masuk ke kota (Memphis) ketika penduduknya sedang lengah, maka didapatinya dalam kota itu dua orang lelaki yang berkelahi; yang seorang dari golonganya (Syiatihi) (Bani Israil) dan seorang (lagi) dari musuhnya (Syiatihi) meminta pertolongan kepadanya untuk mengalahkan orang yang dari musuhnya".
Sementara itu, ada perkataan Syiah dalam Hadith Nabi S.A.W lebih dari tiga kali, antaranya disebut oleh Imam as-Suyuti dalam tafsirnya Durr al-Manthur, Beirut, Jilid 6, hal.379 - Surah al-Bayyinah, Nabi S.A.W bersabda:"Wahai Ali, engkau dan Syiah engkau (golongan engkau) di Hari Kiamat nanti keadaannya dalam redha dan diredhai", dan sabdanya lagi:"Ini (Ali) dan Syiahnya (golongannya) (bagi) mereka itulah yang mendapat kemenangan di Hari Kiamat nanti".
Dengan ini kita dapati bahawa perkataan Syiah itu telah disebutkan dalam al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W.
Yang dimaksudkan oleh oleh al-Quran dan hadith itu bukanlah kata khusus kepada puak Syiah ini, melainkan kata umum kepada pengikut kepada sesuatu golongan pengikut, yakni golongan Ibrahim a.s, golongan yang derhaka, golongan Musa a.s. Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda mafhumnya: golongan kamu Ali akan terbahagi tiga. orang yang terlampau memuja mu, orang yang terlampau membenci mu dan orang yang cinta kepadamu kerana Allah. Golongan pertama dan kadua itu masuk neraka. Golongan ketiga itu masuk syurga. Terbukti golongan pertama dan kedua itu puak Syaih dan Khawarij. Ijtihad kebanyakkan para ulama Sunni sebagai Syiah yang menyeleweng ialah golongan Syiah daripada Imamiyyah/Ja'fariyyah dan Zaidiyyah, yang diringkaskan sebagai Ghulat kerana mendewakan Ali. Imam al-Ghazali dalam bukunya Mustazhiri menentang keras Syiah kerana ia mengandungi pengajaran Batiniah. Imam Ja'far as-Sadiq AS, generasi kelima keturunan Ali bin Abi Talib dan Fatimah Zahrah r.a, pula menyatakan Syiah tidak boleh dikahwini dan diadakan sebarang urusan keagamaan kerana aqidah mereka bertentangan dengan al-Qur'an dan Hadith. Golongan Syiah Imamiyyah mengganggap Ja'far as-Sadiq AS sebagai imam keenam umat Islam. Walaupun beliau tidak mengakuinya dan tidak menerima baiah mereka itu.
Sila rujuk: Al Jam'iyah Al Khairiyah.
Aqidah
5 perkara menjadi Rukun Kepercayaan atau Usūl al-Dīn bagi golongan Mazhab Syiah:- Tauhid - Bahawa Allah s.w.t. itu Satu
- Adalah - Bahwaa Allah s.w.t. itu Adil
- Qiyamah - Bahawa Allah s.w.t. akan membangkitkan manusia untuk pengadilan di Hari Kiamat
- Nubuwwah - Bahawa Nabi dan Rasul yang ma'asum dilantik oleh Allah untuk mengajar dan membimbing manusia. Muhammad s.a.w. merupakan Nabi dan Rasul terakhir.
- Imamah - Bahawa Allah melantik orang-orang tertentu sebagai pemimpin umat manusia, yakni sebagai Imam. Umat manusia sentiasa ada seorang Imam dan hanya seorang Imam sahaja boleh wujud pada bila-bila masa. Sesetengah Rasul adalah Imam. Contohnya Nabi Ibrahim a.s. yang merupakan Nabi, Rasul dan Imam. Tidak semua imam adalah Nabi atau Rasul pula. Contohnya Imam Ali, yang bukannya seorang Rasul mahupun Nabi tetapi Imam.
Percanggahan dengan Sunni
Puak Sunni kumpulan orang Islam yang memang berpegang pada sunnah Rasul walaupun mazhab ini diasaskan secara lengkap setelah 200 tahun wafatnya Rasullah.kajian dan penyelidikan yang natural sedakan syeikh al-Azhar, Syaikh Mahmud Syaltut. Dia telah mengeluarkan fatwanya yang disiarkan pada tahun 1959M, di majalah Risalatu al-Islam yang diterbitkan oleh Darul al-Taqrib baina al-Madhahib al-Islamiyyah atau Lembaga Pendekatan antara Mazhab-mazhab dalam Islam, yang berpusat di Kaherah, Mesir, nombor 3 tahun 11 halaman 227 sebagai berikut:
- "Agama Islam tidak mewajibkan suatu mazhab tertentu atas siapapun di antara pengikutnya. Setiap muslim berhak sepenuhnya untuk mengikuti salah satu mazhab yang mana jua yang telah sampai kepadanya dengan cara yang benar dan menyakinkan. Dan hukum-hukum yang berlaku di dalamnya telah dicatat dengan teliti dan sempurna dalam kitab-kitab mazhab yang bersangkutan, yang memang dikhususkan untuknya. Begitu pula, setiap orang yang telah mengikuti salah satu di antara mazhab-mazhab itu, diperbolehkan pula untuk berpindah ke mazhab yang lain - yang manapun juga - dan dia tidak berdosa sedikitpun dalam perbuatannya itu....."
- Dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang kukuh dan terang seperti matahari di waktu siang tanpa dilindungi awan, telah menyakinkan bahawa mazhab Ahlu l-Bait AS adalah mazhab yang benar yang telah diambil oleh Syi'ah daripada para imam Ahlu l-Bait AS dan daripada datuk mereka Rasulullah S.A.W daripada Jibrail AS daripada Allah SWT. Mereka tidak akan menukarkannya dengan yang lain sehingga mereka berjumpa dengan Allah SWT.
- Wahyu telah diturunkan di rumah mereka dan Ahlul l-Bait (isi rumah) lebih mengetahui dengan apa yang ada dalam rumah daripada orang lain. Lantaran itu orang yang berfikiran waras tidak akan meninggalkan dalil-dalil dari Ahlu l-Bait AS dengan mengambil dalil-dalil dari orang-orang asing (di luar rumah).
- Banyak ayat-ayat al-Qur'an yang menolak dakwaan syiah ini akan menerangkannya kepada kalian nanti.
- Banyak hadith-hadith yang sahih daripada Nabi S.A.W yang menunjukkan kebenaran Ahlu l-Bait AS di dalam buku-buku Ahlus Sunnah dan Syi'ah. Sila lihat buku Syi'ah Wa Hujjahtu-hum al-Tasyayyu' (Syi'ah dan hujah mereka tentang Tasyayyu') dan juga buku al-Muruja'at (Dialog Sunnah - Syi'ah) khususnya dialog keempat. Ia akan memuaskan hati anda jika anda orang yang insaf. Jika tidak, keuzuran anda adalah disebabkan kejahilan anda sendiri.
Percanggahan Syiah daripada Sunni (Mengikut Pandangan Mazhab Sunni - Perkara di bawah adalah yang diamalkan oleh Mazhab Syiah)
Antara perbezaan yang boleh dilihat adalah seperti berikut:- Khalifah diwasiatkan secara nas
- Imam adalah maksum berdasarkan firman Allah
- Saidina Ali adalah Pemimpin umat Islam setelah wafat Rasulullah
- Mencela para sahabat nabi dan ummahatul mukminin
- Menghalalkan nikah Muta'h yang diharamkan
- Menolak beberapa Ijmak ulama yang tidak bertanggungjawab
- Menolak Qias
- Menerima hadith yang diriwayatkan sebahagian Ahli Sunnah Wal-Jamaah walaupun mengatakan para sahabat yang merawikan hadis itu kafir
- Mengharuskan Jamak sembahyang dalam semua keadaan
Isu-isu Sunni dan Syiah (Mengikut Pandangan Syiah):
- Khalifah/Imamah adalah berdasarkan nas al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- Menerima sahabat yang baik dan menolak perlakuan sahabat yang bertentangan dengan al-Quran dan hadith Nabi S.A.W.
- Sumber perundangan Islam adalah al-Quran, Hadith dan Aqal, qias ditolak sebagaimana hukum wanita yang berada dalam keadaan haidh diharamkan melakukan solat tetapi tidak qadha solatnya tidak boleh diqiaskan dalam hukum puasa dimana wajib qadha puasanya yang tertinggal ketika haidh. Dalam al-Quran Iblis laknatullah alaihi melakukan qias asal kejadian adam dari tanah manakala Iblis dari api (mengikut Iblis) sepatutnya dia lebih mulia dari Adam tetapi mengapa Allah SWT memerintahkan Iblis sujud kepada Adam. Dalam hal ini qias bukan kaedah yang benar dan tepat menentukan hukum.
- Nikah Mut'ah adalah halal mengikut nas al-Qur'an dan Hadith Nabi S.A.W dan diamalkan pada zaman Nabi S.A.W dan zaman khalifah Abu Bakar- sepertimana pengakuan sahabat Jabir bin Abdullah dalam riwayat Sohih Muslim, " Kami para sahabat di zaman Nabi SAW dan di zaman Abu Bakar melakukan muta ah dengan segenggam korma dan tepung sebagai maharnya, kemudian Umar mengharamkannya kerana kes Amr bin khuraits."
- Menerima hadith yang sesuai dengan Kitabullah dan menolak riwayat yang bertentangan dengan Kitabullah kerana tidak mungkin hadith Nabi S.A.W bertentangan dengan Kitabullah.
- Solat jamak harus dalam semua keadaan berdasarkan riwayat contohnya dalam Sahih Muslim daripada Ibn Abbas dalam bab solat jamak. Rasulullah S.A.W menjamak antara Zuhur dan Asr serta antara Maghrib dan Isya tanpa ada sebab, sama ada takut, uzur (sakit) atau berpergian (musafir).
Rujukan
Pautan luar
- (Bahasa Melayu) http://almawaddah.cjb.net
- (Bahasa Melayu)http://www.arridha.com/
- (Inggeris) http://al-islam.org
- (Inggeris) http://answering-ansar.org
- (Inggeris) http://al-islam.org
- (Bahasa Melayu) http://syiah.org
Sejarah Munculnya Syi’ah
a.Kapan Syi’ah Muncul?
Syi’ah sebagai pengikut Ali bin Abi Thalib a.s. (imam pertama kaum Syi’ah) sudah muncul sejak Rasulullah SAWW masih hidup. Hal ini dapat dibuktikan dengan realita-realita berikut ini:Pertama, ketika Rasulullah SAWW mendapat perintah dari Allah SWT untuk mengajak keluarga terdekatnya masuk Islam, ia berkata kepada mereka: “Barang siapa di antara kalian yang siap untuk mengikutiku, maka ia akan menjadi pengganti dan washiku setelah aku meninggal dunia”. Tidak ada seorang pun di antara mereka yang bersedia untuk mengikutinya kecuali Ali a.s. Sangat tidak masuk akal jika seorang pemimpin pergerakan --di hari pertama ia memulai langkah-langkahnya--memperkenalkan penggantinya setelah ia wafat kepada orang lain dan tidak memperkenalkanya kepada para pengikutnya yang setia. Atau ia mengangkat seseorang untuk menjadi penggantinya, akan tetapi, di sepanjang masa aktifnya pergerakan tersebut ia tidak memberikan tugas sedikit pun kepada penggantinya dan memperlakukannya sebagaimana orang biasa. Keberatan-keberatan di atas adalah bukti kuat bahwa Imam Ali a.s. setelah diperkenalkan sebagai pengganti dan washi Rasulullah SAWW di hari pertama dakwah, memiliki misi yang tidak berbeda dengan missi Rasulullah SAWW dan orang yang mengikutinya berarti ia juga mengikuti Rasulullah SAWW.
Kedua, berdasarkan riwayat-riwayat mutawatir yang dinukil oleh Ahlussunnah dan Syi’ah, Rasulullah SAWW pernah bersabda bahwa Imam Ali a.s. terjaga dari setiap dosa dan kesalahan, baik dalam ucapan maupun perilaku. Semua tindakan dan perilakunya sesuai dengan agama Islam dan ia adalah orang yang paling tahu tentang Islam.
Ketiga, Imam Ali a.s. adalah sosok figur yang telah berhasil menghidupkan Islam dengan pengorbanan-pengorbanan yang telah lakukannya. Seperti, ia pernah tidur di atas ranjang Rasulullah SAWW di malam peristiwa lailatul mabit ketika Rasulullah SAWW hendak berhijrah ke Madinah dan kepahlawannya di medan perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar. Seandainya pengorbanan-pengorbanan tersebut tidak pernah dilakukannya, niscaya Islam akan sirna di telan gelombang kebatilan.
Keempat, peristiwa Ghadir Khum adalah puncak keistimewaan yang dimiliki oleh Imam Ali a.s. Sebuah peristiwa --yang seandainya dapat direalisasikan sesuai dengan kehendak Rasulullah SAWW-- akan memberikan warna lain terhadap Islam. Semua keistimewaan dan keistimewaan-keistimewaan lain yang diakui oleh Ahlussunnah bahwa semua itu hanya dimiliki oleh Imam Ali a.s. secara otomatis akan menjadikan sebagian pengikut Rasulullah SAWW yang memang mencintai kesempurnaan dan hakikat, akan mencintai Imam Ali a.s. dan lebih dari itu, akan menjadi pengikutnya. Dan tidak menutup kemungkinan bagi sebagian pengikutnya yang memang memendam rasa dengki di hati kepada Imam Ali a.s., untuk membencinya meskipun mereka melihat ia telah berjasa dalam mengembangkan dan menjaga Islam dari kesirnaan.
b.Mengapa Minoritas Syi’ah berpisah dari mayoritas Ahlussunnah?
Dengan melihat keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh Imam Ali a.s., para pengikutnya meyakini bahwa ia adalah satu-satunya sahabat yang berhak untuk menggantikan kedudukan Rasulullah SAWW setelah ia wafat. Keyakinan ini menjadi semakin mantap setelah peristiwa “kertas dan pena” yang terjadi beberapa hari sebelum ia meninggal dunia. Akan tetapi, kenyataan bericara lain. Ketika Ahlul Bayt a.s. dan para pengikut setia mereka sedang sibuk mengurusi jenazah Rasulullah SAWW untuk dikebumikan, mayoritas sahabat yang didalangi oleh sekelompok sahabat yang memiliki kepentingan-kepentingan pribadi dengan Islam, berkumpul di sebuah balai pertemuan yang bernama Saqifah Bani Sa’idah guna menentukan khalifah pengganti Rasulullah SAWW. Dan dengan cara dan metode keji, para dalang “permainan” ini menentukan Abu Bakar sebagai khalifah pertama muslimin.Setelah para pengikut Imam Ali a.s. yang hanya segelintir selesai mengebumikan jenazah Rasulullah SAWW, mereka mendapat berita bahwa khalifah muslimin telah dipilih. Banyak pengikut Imam Ali a.s. seperti Abbas, Zubair, Salman, Abu Dzar, Ammar Yasir dan lain-lain yang protes atas pemilihan tersebut dan menganggapnya tidak absah. Yang mereka dengar hanyalah alasan yang biasa dilontarkan oleh orang ingin membela diri. Mereka hanya berkata: “Kemaslahatan muslimin menuntut demikian”.
Protes minoritas inilah yang menyebabkan mereka memisahkan diri dari mayoritas masyarakat yang mendominasi arena politik kala itu. Dengan demikian, terwujudlah dua golongan di dalam tubuh masyarakat muslim yang baru ditinggal oleh pemimpinnya. Akan tetapi, pihak mayoritas yang tidak ingin realita itu diketahui oleh para musuh luar Islam, mereka mengeksposkan sebuah berita kepada masyarakat bahwa pihak minoritas itu adalah penentang pemerintahan yang resmi. Akibatnya, mereka dianggap sebagai musuh Islam.
Meskipun adanya tekanan-tekanan dari kelompok mayoritas, kelompok minoritas ini masih tetap teguh memegang keyakinannya bahwa kepemimpinan adalah hak Imam Ali a.s. setelah Rasulullah SAWW meninggal dunia. Bukan hanya itu, dalam menghadapi segala problema kehidupan, mereka hanya merujuk kepada Imam Ali a.s. untuk memecahkannya, bukan kepada pemerintah. Meskipun demikian, berkenaan dengan problema-problema yang menyangkut kepentingan umum, mereka tetap bersedia untuk ikut andil memecahkannya. Banyak problema telah terjadi yang tidak dapat dipecahkan oleh para khalifah, dan Imam Ali a.s. tampil aktif dalam memecahkannya.
c. Penyelewengan pada Masa Tiga Khalifah
Pada masa kepemimpinan tiga khalifah pertama muslimin, banyak terjadi penyelewengan-penyelewengan dilakukan oleh mereka dalam menjalankan pemerintahan yang tidak sesuai dengan rel Islam dan sunnah Rasulullah SAWW. Diamnya pemerintah atas pembunuhan yang telah dilakukan oleh Khalid bin Walid terhadap Malik bin Nuwairah yang berlanjut dengan pemerkosaan terhadap istrinya, pembagian harta baitul mal yang tidak merata sehingga menimbulkan perbedaan strata masyarakat kaya dan miskin, penghapusan dua jenis mut’ah yang sebelumnya pernah berlaku pada masa Rasulullah SAWW, penghapusan khumus dari orang-orang yang berhak menerimanya, pelarangan penulisan hadis-hadis Rasulullah SAWW, pelarangan mengucapkan hayya ‘alaa khairil ‘amal dalam azan, pemberian harta dan dukungan istimewa kepada Mu’awiyah sehingga ia dapat berkuasa di Syam dengan leluasa, dan lain sebagainya, semua itu adalah bukti jelas penyelewengan dan kepincangan yang terjadi pada masa tiga khalifah pertama. Semua itu jelas terjadi sehingga orang yang berpikiran jernih dan tidak dipengaruhi oleh fanatisme mazhab akan dapat menerimanya dengan menelaah buku-buku sejarah yang otentik.Setelah Utsman bin Affan, Khalifat ketiga muslimin dibunuh oleh para “pemberontak” yang tidak rela dengan kinerjanya selama ia memegang tampuk khilafah, masyarakat dengan serta merta memilih Imam Ali a.s. secara aklamasi untuk memegang tampuk khilafah. Di antara Muhajirin yang pertama kali berbai’at dengannya adalah Thalhah dan Zubair. Hal ini terjadi pada tahun 5 H. Sangat disayangkan kekhilafahannya hanya berjalan sekitar 4 tahun 5 bulan, masa yang sangat sedikit untuk mengadakan sebuah perombakan dan reformasi mendasar.
Begitu ia menjadi khalifah, khotbah pertama yang dilontarkannya adalah sebagai berikut: “Ketahuilah bahwa segala kesulitan yang pernah kalian alami di masa-masa pertama Rasulullah SAWW diutus menjadi nabi, sekarang akan kembali menimpa kalian. Sekarang orang-orang yang memiliki keahlian dan selama ini disingkirkan harus memiliki kedudukan yang layak dan orang-orang yang tidak becus harus disingkirkan dari kedudukan yang telah diberikan kepada mereka dengan tidak benar”.
Ia mengadakan perombakan-perombakan secara besar-besaran, baik di bidang birokrasi maupun bidang pembagian harta baitul mal. Ia mengganti semua gubernur daerah yang telah ditunjuk oleh para khalifah sebelumnya dengan orang-orang yang layak untuk memegang tampuk tersebut dan membagikan harta baitul mal dengan sama rata di antara masyarakat. Hal ini menyebabkan sebagian sahabat sakit hati. Tentunya mereka yang merasa dirugikan oleh metode Imam Ali a.s. tersebut. Hal itu dapat kita pahami dalam peristiwa-peristiwa berdarah berikut:
Faktor utama perang Jamal adalah rasa sakit hati Thalhah dan Zubair karena hak mereka --sebagai sahabat senior-- dari harta baitul mal merasa dikurangi dan disamaratakan dengan masyarakat umum. Dengan alasan ingin menziarahi Ka’bah, mereka masuk ke kota Makkah dan menemui A’isyah yang memiliki hubungan tidak baik dengan Imam Ali a.s. demi mengajaknya memberontak atas pemerintahan yang sah. Slogan yang mereka gembar-gemborkan untuk menarik perhatian opini umum adalah membalas dendam atas kematian Utsman. Padahal, ketika Utsman dikepung oleh para “pemberontak” yang ingin membunuhnya, mereka ada di Madinah dan tidak sedikit pun usaha yang tampak dari mereka untuk membelanya. A’isyah sendiri adalah orang pertama dan paling bersemangat mensupport masyarakat untuk membunuhnya. Ketika ia mendengar Utsman telah terbunuh, ia mencelanya dan merasa bahagia karena itu.
Faktor utama perang Shiffin adalah rasa tamak Mu’awiyah atas khilafah, karena ia telah disingkirkan oleh Imam Ali a.s. dari kursi kegubernuran Syam. Perang ini berlangsung selama 1,5 tahun yang telah memakan banyak korban tidak bersalah. Slogan Mu’awiyah di perang adalah membalas dendam atas kematian Utsman juga. Padahal, selama Utsman dalam kepungan para “pemberontak”, ia meminta bantuan dari Mua’wiyah yang bercokol di Syam demi membasmi mereka. Dengan satu pleton pasukan lengkap, Mu’awiyah berangkat dari Syam ke arah Madinah. Akan tetapi, di tengah perjalanan mereka sengaja memperlambat jalannya pasukan sehingga Utsman terbunuh. Setelah mendengar Utsman terbunuh, mereka kembali ke Syam dan kemudian bergerak kembali menuju ke Madinah dengan slogan “membalas dendam atas kematian Utsman”. Akhirnya pecahlah Shiffin.
Anehnya, ketika Imam Ali a.s. syahid dan Mu’awiyah berhasil memegang tampuk khilafah, mengapa ia tidak mendengung-dengungkan kembali slogan “membalas dendam atas kematian Utsman”?
Setelah perang Shiffin berhasil dipadamkan, perang Nahrawan berkecamuk. Faktornya adalah ketidakpuasan sebagian sahabat yang disulut oleh Mu’awiyah atas pemerintahan Imam Ali a.s. dan atas hasil perdamaian yang dipaksakan oleh mereka sendiri terhadap Imam Ali a.s. yang menghasilkan pencabutannya dari kursi khilafah dan penetapan Mu’awiyah sebagai khalifah muslimin. Tapi akhirnya, Imam Ali a.s. juga berhasil memadamkan api perang tersebut.
Tidak lama berselang dari peristiwa Nahrawan, Imam Ali a.s. syahid dengan kepala yang mengucurkan darah akibat tebasan pedang Abdurrahman bin Muljam di mihrab masjid Kufah.
d. Keberhasilan-keberhasilan Pemerintahan Imam Ali a.s.
Meskipun Imam Ali a.s. tidak berhasil memapankan kembali situasi masyarakat Islam yang sudah bobrok itu secara sempurna, akan tetapi, dalam tiga segi ia dapat dikatakan berhasil:Pertama, dengan kehidupan sederhana yang dimilikinya, ia berhasil menunjukkan kepada masyarakat luas, khususnya para generasi baru, metode hidup Rasulullah SAWW yang sangat menarik dan pantas untuk diteladani. Hal ini berlainan sekali dengan kehidupan Mu’awiyah yang serba mewah. Ia a.s. tidak pernah mendahulukan kepentingan keluarganya atas kepentingan umum.
Kedua, dengan segala kesibukan dan problema sosial yang dihadapinya, ia masih sempat meninggalkan warisan segala jenis ilmu pengetahuan yang berguna bagi kehidupan masyarakat dan dapat dijadikan sebagai penunjuk jalan untuk mencapai tujuan hidup insani yang sebenarnya. Ia mewariskan sebelas ribu ungkapan-ungkapan pendek dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan rasional, sosial dan keagamaan. Ia adalah pencetus tata bahasa Arab dan orang pertama yang mengutarakan pembahasan-pembahasan filosofis yang belum pernah dikenal oleh para filosof kaliber kala itu. Dan ia juga orang pertama dalam Islam yang menggunakan argumentasi-argumentasi rasional dalam menetapkan sebuah pembahasan filosofis.
Ketiga, ia berhasil mendidik para pakar agama Islam yang dijadikan sumber rujukan dalam bidang ilmu ‘irfan oleh para ‘arif di masa sekarang, seperti Uwais Al-Qarani, Kumail bin Ziyad, Maitsam At-Tammar dan Rusyaid Al-Ĥajari.
e.Masa Sulit bagi Kaum Syi’ah
Setelah Imam Ali a.s. syahid di mihrab shalatnya, masyarakat waktu itu membai’at Imam Hasan a.s. untuk memegang tampuk khilafah. Setelah ia dibai’at, Mu’awiyah tidak tinggal diam. Ia malah mengirim pasukan yang berjumlah cukup besar ke Irak sebagai pusat pemerintahan Islam waktu itu untuk mengadakan peperangan dengan pemerintahan yang sah. Dengan segala tipu muslihat dan iming-iming harta yang melimpah, Mu’wiyah berhasil menipu para anggota pasukan Imam Hasan a.s. dan dengan teganya mereka meninggalkannya sendirian. Melihat kondisi yang tidak berpihak kepadanya dan dengan meneruskan perang Islam akan hancur, dengan terpaksa ia harus mengadakan perdamaian dengan Mu’awiyah. (Butir-butir perjanjian ini dapat dilihat di sejarah 14 ma’shum a.s.)Setelah Mu’awiyah berhasil merebut khilafah dari tangan Imam Hasan a.s. pada tahun 40 H., --sebagaimana layaknya para pemeran politik kotor-- ia langsung menginjak-injak surat perdamaian yang telah ditandatanganinya. Dalam sebuah kesempatan ia pernah berkata: “Aku tidak berperang dengan kalian karena aku ingin menegakkan shalat dan puasa. Sesungguhnya aku hanya ingin berkuasa atas kalian, dan aku sekarang telah sampai kepada tujuanku”.
Dengan demikian, Mu’awiyah ingin menghidupkan kembali sistem kerajaan sebagai ganti dari sistem khilafah sebagai penerus kenabian. Hal ini diperkuat dengan diangkatnya Yazid, putranya sebagai putra mahkota dan penggantinya setelah ia mati.
Mua’wiyah tidak pernah memberikan kesempatan kepada para pengikut Syi’ah untuk bernafas dengan tenang. Setiap ada orang yang diketahui sebagai pengikut Syi’ah, ia akan langsung dibunuh di tempat. Bukan hanya itu, setiap orang yang melantunkan syair yang berisi pujian terhadap keluarga Ali a.s., ia akan dibunuh meskipun ia bukan pengikut Syi’ah. Tidak cukup sampai di sini saja, ia juga memerintahkan kepada para khotib shalat Jumat untuk melaknat dan mencerca Imam Ali a.s. Kebiasaan ini berlangsung hingga masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz pada tahun 99-101 H.
Masa pemerintahan Mu’awiyah (selama 20 tahun) adalah masa tersulit bagi kaum Syi’ah di mana mereka tidak pernah memiliki sedikit pun kesempatan untuk bernafas.
Mayoritas pengikut Ahlussunnah menakwilkan semua pembunuhan yang telah dilakukan oleh para sahabat, khususnya Mu’awiyah itu dengan berasumsi bahwa mereka adalah sahabat Nabi SAWW dan semua perilaku mereka adalah ijtihad yang dilandasi oleh hadis-hadis yang telah mereka terima darinya. Oleh karena itu, semua perilkau mereka adalah benar dan diridhai oleh Allah SWT. Seandainya pun mereka salah dalam menentukan sikap dan perilaku, mereka akan tetap mendapatkan pahala berdasarkan ijtihad tang telah mereka lakukan.
Akan tetapi, Syi’ah tidak menerima asumsi di atas dengan alasan sebagai berikut:
Pertama, tidak masuk akal jika seorang pemimpin yang ingin menegakkan kebenaran, keadilan dan kebebasan dan mengajak orang-orang yang ada si sekitarnya untuk merealisasikan hal itu, setelah tujuan yang diinginkannya itu terwujudkan, ia merusak sendiri cita-citanya dengan cara memberikan kebebasan mutlak kepada para pengikutnya, dan segala kesalahan, perampasan hak orang lain dengan segala cara, serta tindakaan-tindakan kriminal yang mereka lakukan dimaafkan.
Kedua, hadis-hadis yang “menyucikan” para sahabat dan membenarkan semua perilaku non-manusiwi mereka berasal dari para sahabat sendiri. Dan sejarah membuktikan bahwa mereka tidak pernah memperhatikan hadis-hadis di atas. Mereka saling menuduh, membunuh, mencela dan melaknat. Dengan bukti di atas, keabsahan hadis-hadis di atas perlu diragukan.
Mu’awiyah menemui ajalnya pada tahun 60 H. dan Yazid, putranya menduduki kedudukannya sebagai pemimpin umat Islam. Sejarah membuktikan bahwa Yazid adalah sosok manusia yang tidak memiliki kepribadian luhur sedikit pun. Kesenangannya adalah melampiaskan hawa nafsu dan segala keinginannya. Dengan latar belakangnya yang demikian “cemerlang”, tidak aneh jika di tahun pertama memerintah, ia tega membunuh Imam Husein a.s., para keluarga dan sahabatnya dengan dalih karena mereka enggan berbai’at dengannya. Setelah itu, ia menancapkan kepala para syahid tersebut di ujung tombak dan mengelilingkannya di kota-kota besar; Di tahun kedua memerintah, ia mengadakan pembunuhan besar-besaran di kota Madinah dan menghalalkan darah, harta dan harga diri penduduk Madinah selama tiga hari kepada para pasukannya; Di tahun ketiga memerintah, ia membakar Ka’bah, kiblat muslimin.
Setelah masa Yazid dengan segala kebrutalannya berlalu, Bani Marwan yang masih memiliki hubungan keluarga dengan Bani Umaiyah menggantikan kedudukannya. Mereka pun tidak kalah kejam dan keji dari Yazid. Mereka berhasil berkuasa selama 70 tahun dan jumlah khalifah dari dinasti mereka adalah sebelas orang. Salah seorang dari mereka pernah ingin membuat sebuah kamar di atas Ka’bah dengan tujuan untuk melampiaskan hawa nafsunya di dalamnya ketika musim haji tiba.
Dengan melihat kelaliman yang dilakukan oleh para khalifah waktu itu, para pengikut Syi’ah makin kokoh dalam memegang keyakinan mereka. Di akhir-akhir masa kekuasaan Bani Umaiyah, mereka dapat menunjukkan kepada masyarakat dunia bahwa mereka masih memilliki eksistensi dan mampu untuk melawan para penguasa lalim. Di masa keimamahan Imam Muhammad Baqir a.s. dan belum 40 tahun berlalu dari terbunuhnya Imam Husein a.s., para pengikut Syi’ah yang berdomisili di berbagai negara dengan memanfaatkan kelemahan pemerintahan Bani Umaiyah karena tekanan-tekanan dari para pemberontak yang tidak puas dengan perilaku mereka, datang ke Madinah untuk belajar dari Imam Baqir a.s. Sebelum abad ke-1 H. usai, beberapa pembesar kabilah di Iran membangun kota Qom dan meresmikannya sebagai kota pemeluk Syi’ah. Beberapa kali para keturunan Imam Ali a.s. karena tekanan yang dilakukan oleh Bani Umaiyah atas mereka, mengadakan pemberontakan-pemberontakan melawan penguasa dan perlawanan mereka --meskipun mengalami kekalahan-- sempat mengancam keamanan pemerintah. Realita ini menunjukkan bahwa eksistensi Syi’ah belum sirna.
Dikarenakan kelaliman dinasti Bani Umaiyah yang sudah melampui batas, opini umum sangat membenci dan murka terhadap mereka. Setelah dinasti mereka runtuh dan penguasa terkahir mereka (Marwan ke-2 yang juga dikenal dengan sebutan Al-Himar, berkuasa dari tahun 127-132 H.) dibunuh, dua orang putranya melarikan diri bersama keluarganya. Mereka meminta suaka politik kepada berbagai negara, dan mereka enggan memberikan suaka politik kepada para pembunuh keluarga Rasulullah SAWW tersebut. Setelah mereka terlontang-lantung di gurun pasir yang panas, mayoritas mereka binasa karena kehausan dan kelaparan. Sebagian yang masih hidup pergi ke Yaman, dan kemudian dengan berpakaian compang-camping ala pengangkat barang di pasar-pasar mereka berhasil memasuki kota Makkah. Di Makkah pun mereka tidak berani menampakkan batang hidung, mungkin karena malu atau karena sebab yang lain.
f. Syi’ah Pada Abad Ke-2 H.
Di akhir-akhir sepertiga pertama abad ke-2 H., karena kelaliman dinasti Bani Umaiyah, muncul sebuah pemberontakan dari arah Khurasan, Iran dengan mengatasnamakan Ahlu Bayt a.s. Pemberontakan ini dipelopori oleh seorang militer berkebangsaan Iran yang bernama Abu Muslim Al-Marwazi. Dengan syiar ingin membalas dendam atas darah Ahlu Bayt a.s., ia memulai perlawanannya terhadap dinasti Bani Umaiyah. Banyak masyarakat yang tergiur dengan syiar tersebut sehingga mereka mendukung pemberontakannya. Akan tetapi, pemberontakan ini tidak mendapat dukungan dari Imam Shadiq a.s. Ketika Abu Muslim menawarkan kepadanya untuk dibai’at sebagai pemimpin umat, ia menolak seraya berkata: “Engkau bukanlah orangku dan sekarang bukan masaku untuk memberontak”.Setelah mereka berhasil merebut kekuasaan dari tangan Bani Umaiyah, di hari-hari pertama berkuasa mereka memperlakukan para keturunan Imam Ali a.s. dengan baik, dan demi membalas dendam atas darah mereka yang telah dikucurkan, mereka membunuh semua keturunan Bani Umaiyah. Bahkan, mereka menggali kuburan-kuburan para penguasa Bani Umaiyah untuk dibakar jenazah mereka. Tidak lama berlalu, mereka mulai mengadakan penekanan-penekanan serius terhadap para keturunan Imam Ali a.s. dan para pengikut mereka serta orang-orang yang simpatik kepada mereka. Abu Hanifah pernah dipenjara dan disiksa oleh Manshur Dawaniqi dan Ahmad bin Hanbal juga pernah dicambuk olehnya. Imam Shadiq a.s. setelah disiksa dengan keji, dibunuh dengan racun dan para keturunan Imam Ali a.s. dibunuh atau dikubur hidup-hidup.
Kesimpulannya, kondisi para pengikut Syi’ah pada masa berkuasanya dinasti Bani Abasiah tidak jauh berbeda dengan kondisi mereka pada masa dinasti Bani Umaiyah.
g.Syi’ah Pada Abad Ke-3 H.
Dengan masuknya abad ke-3 H., para pengikut Syi’ah Imamiah mendapatkan kesempatan baru untuk mengembangkan missi mereka. Mereka dapat menikmati sedikit keleluasaan untuk mengembangkan dakwah di berbagai penjuru. Faktornya adalah dua hal berikut:Pertama, banyaknya buku-buku berbahasa Yunani dan Suryani dalam bidang filsafat dan ilmu pengetahuan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab, dan masyarakat bersemangat untuk memperlajari ilmu-ilmu rasional dengan antusias. Di samping itu, peran Ma`mun Al-Abasi (195-218 H.) juga tidak patut dilupakan. Ia menganut mazhab Mu’tazilah yang sangat mendorong para pengikutnya untuk mengembangkan dan mempelajari argumentasi-argumentasi rasional. Oleh karena itu, ia memberikan kebebasan penuh kepada para pemikir dan teolog setiap agama untuk menyebarkan teologi dan keyakinan mereka masing-masing. Para pengikut Syi’ah tidak menyia-siakan kesempatan ini. Mereka mengembangkan jangkauan mazhab Syi’ah ke berbagai penjuru kota dan mengadakan dialog dengan para pemimpin agama lain demi mengenalkan keyakinan mazhab Syi’ah kepada khalayak ramai.
Kedua, Ma`mun Al-Abasi mengangkat Imam Ridha a.s. sebagai putra mahkota. Dengan ini, para keturunan Imam Ali a.s. dan sahabat mereka terjaga dari jamahan tangan para penguasa, dan menemukan ruang gerak yang relatif bebas.
Akan tetapi, kondisi ini tidak berlangsung lama. Karena setelah semua itu berlalu, politik kotor dinasti Bani Abasiyah mulai merongrong para keturunan Imam Ali a.s. dan pengikut mereka kembali. Khususnya pada masa Mutawakil Al-Abasi (232-247 H.). Atas perintahnya, kuburan Imam Husein a.s. di Karbala` diratakan dengan tanah.
h.Syi’ah Pada Abad ke-4 H.
Pada abad ke-4 H., dengan melemahnya kekuatan dinasti Bani Abasiyah dan kuatnya pengaruh para raja dinasti Alu Buyeh yang menganut mazhab Syi’ah di Baghdad (pusat khilafah Bani Abasiyah kala itu), terwujudlah sebuah kesempatan emas bagi para penganut Syi’ah untuk mengembangkan mazhab mereka dengan leluasa. Dengan demikian, --menurut pendapat para sejarawan--mayoritas penduduk jazirah Arab, seperti Hajar, Oman, dan Sha’dah, kota Tharablus, Nablus, Thabariah, Halab dan Harat menganut mazhab Syi’ah kecuali mereka yang berdomisili di kota-kota besar. Antara kota Bashrah sebagai pusat mazhab Ahlussunnah dan kota Kufah sebagai pusat mazhab Syi’ah selalu terjadi gesekan-gesekan antar mazhab. Tidak sampai di situ, penduduk kota Ahvaz dan Teluk Persia di Iran juga memeluk mazhab Syi’ah.Di awal abad ini, seorang mubaligh yang bernama Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Hasan bin Ali bin Umar bin Ali bin Imam Husein a.s. yang dikenal dengan sebutan Nashir Uthrush (250-320 H.) melakukan aktifitas dakwahnya di Iran Utara dan berhasil menguasai Thabaristan. Lalu ia membentuk sebuah kerajaan di sana. Sebelumnya, Hasan bin Yazid Al-Alawi juga pernah berkuasa di daerah itu.
Pada abad ini juga tepatnya tahun 296-527 H., dinasti Fathimiyah yang menganut mazhab Syi’ah Isma’iliyah berhasil menguasai Mesir dan mendirikan kerajaan besar di sana.
Sangat sering terjadi gesekan-gesekan antar mazhab di kota-kota seperti Bahgdad, Bashrah dan Nisyabur antara mazhab Ahlusunnah dan Syi’ah, dan di mayoritas gesekan antar mazhab tersebut, Syi’ah berhasil menang dengan gemilang.
i. Syi’ah Pada Abad ke-5 hingga Abad ke-9 H.
Dari abad ke-5 hingga abad ke-9 H., sistematika perkembangan mazhab Syi’ah tidak jauh berbeda dengan sistematika perkembangannya pada abad ke-4. Perkembangannya selalu didukung oleh kekuatan pemerintah yang memang menganut mazhab Syi’ah. Di akhir abad ke-5 H., mazhab Syi’ah Isma’iliyah berkuasa di Iran selama kurang lebih satu setengah abad dan ia dapat menyebarkan ajaran-ajaran Syi’ah dengan leluasa. Dinasti Al-Mar’asyi bertahun-tahun berkuasa di Mazandaran, Iran. Setelah masa mereka berlalu, dinasti Syah Khudabandeh, silsilah kerajaan Mongol memeluk dan menyebarkan mazhab Syi’ah. Dan kemudian, raja-raja dari dinasti Aaq Quyunlu dan Qareh Quyunlu yang berkuasa di Tabriz dan kekuasaan mereka terbentang hingga ke daerah Kerman serta dinasti Fathimiyah di Mesir berhasil menyebarkan mazhab Syi’ah ke seluruh masyarakat ramai.Akan tetapi, hal itu tidak berlangsung lama. Setelah dinasti Fathimiyah mengalami kehancuran dan dinati Alu Ayyub berkuasa, para pengikut Syi’ah mulai terikat kembali dan mereka tidak bebas menyebarkan mazhab mereka. Banyak para tokoh Syi’ah yang dipenggal kepalanya pada masa itu. Seperti Syahid Awal dan seorang faqih kenamaan Syi’ah, Muhammad bin Muhammad Al-Makki dipenggal kepalanya pada tahun 786 H. di Damaskus karena tuduhan menganut mazhab Syi’ah, dan Syeikh Isyraq, Syihabuddin Sahruwardi dipenggal kepalanya di Halab karena tuduhan mengajarkan filsafat.
j. Syi’ah Pada Abad ke-10 hingga ke-11 H.
Pada tahun 906 H., Syah Isma’il Shafawi yang masih berusia 13 tahun, salah seorang keturunan Syeikh Shafi Al-Ardabili (seorang syeikh thariqah di mazhab Syi’ah dan meninggal pada tahun 153 H.), ingin mendirikan sebuah negara Syi’ah yang mandiri. Akhirnya, ia mengumpulkan para Darwisy pengikut kakeknya dan mengadakan pemberontakan dimulai dari daerah Ardabil dengan cara memberantas sistem kepemimpinan kabilah yang dominan kala itu dan membebaskan seluruh daerah Iran dari cengkraman dinasti Utsmaniyah dengan tujuan supaya Iran menjadi negara yang tunggal. Dan ia berhasil mewujudkan cita-citanya tersebut sehingga sebuah kerajaan Syi’ah Imamiah terbentuk dan berdaulat kala itu. Setelah ia meninggal dunia, kerajaannya diteruskan oleh putra-putranya. Mazhab Syi’ah kala itu memiliki legistimasi hukum yang sangat kuat sehingga semua organ pemerintah menganut mazhab Syi’ah. Pada masa kecemerlangan dinasti Shafawiyah di bawah pimpinan Syah Abbas yang Agung, kuantitas pengikut Syi’ah mencapai dua kali lipat penduduk Iran pada tahun 1384 H.k. Syiah Pada Abad ke-12 hingga ke-14 H.
Di tiga abad terakhir ini, mazhab Syi’ah berkembang dengan sangat pesat, khususnya setelah ia menjadi mazhab resmi Iran setelah kemenangan Revolusi Islam. Begitu juga di Yaman dan Irak, mayoritas penduduknya memeluk mazhab Syi’ah. Dapat dikatakan bahwa di setiap negara yang penduduknya muslim, akan ditemukan para pemeluk Syi’ah. Di masa sekarang, diperkirakan bahwa pengikut Syi’ah di seluruh dunia berjumlah 300.000 .000 lebih.Pendustaan Syiah di Dalam Sejarah Islam
Ulamak ilmu jarh wa ta’dil (penilaian keadilan perawi hadith) telah bersetuju secara keseluruhannya bahawa fenomena pembohongan di kalangan syiah adalah lebih menonjol dan ketara berbanding dengan kelompok-kelompok yang lain. Kitab-kitab ilmu jarh wa ta’dil yang masyhur seperti kitab-kitab Imam Bukhari, Ibnu ‘Adi, Ibnu Mu’ien, Ad-Daruquthni dan lain-lain penulisan mereka yang berikhtisaskan hal ehwal sanad periwayatan, secara nyata membuat kesimpulan bahawa, pembohongan oleh syiah adalah yang paling banyak di kalangan ahli qiblat. Bahkan muncul pepatah yang berbunyi ‘lebih pembohong dari rafidhi (syiah)’ sebagai mengisyaratkan kepada betapa seseorang itu sangat kuat berdusta.
Sebagai contoh, Abu Muawiyah Ad-Dharir Al-Kufi berkata, aku telah mendengar Al-A’masy menyebut, “…aku telah menemui orang ramai dan tidaklah mereka menamakan syiah itu melainkan sebagai para pendusta.” (lihat : Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Al-Khatib Al-Baghdadi juga pernah meriwayatkan dengan sanad kepada Ibnu Al-Mubarak, beliau berkata, “Abu ‘Ismah telah bertanya kepada Abu Hanifah : daripada siapakah kamu memerintahkan aku supaya mendengar (untuk mengambil dan meriwayatkan hadith)?” Abu Hanifah menjawab, “Daripada setiap mereka yang adil pada hawa nafsunya melainkan syiah, kerana sesungguhnya usul aqidah mereka adalah menghukum sesat para sahabat Muhammad SAW”. (lihat : Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 203).
Bahkan Hamad bin Salamah telah berkata, “telah berkata syeikh mereka (syiah) bahawa: Sesungguhnya jika kami berkumpul, kami akan memperelokkan satu-satu riwayat dan kemudian kami jadikan ia sebagai hadith!” (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16). Selain itu, Yunus bin Abdul A’la telah berkata, “Asyhab telah berkata: Imam Malik telah ditanya pendapatnya mengenai syiah rafidhah”. Imam Malik menjawab, “janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan meriwayatkan apa-apa dari mereka. Sesungguhnya mereka itu adalah pendusta.” (lihat: Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi, ms. 21). Harmalah juga pernah bekata, “aku mendengar Imam Asy-Syafie berkata: aku tidak pernah melihat seseorang membuat kesaksian palsu selain daripada syiah ar-rafidhah”. (lihat : Al-Kifayah fi ‘Ilmi Ar-Riwayah oleh Al-Khatib Al-Baghdadi ms. 202).
Lebih jauh daripada itu, syiah telah menjadikan pendustaan sebagai syiar mereka lalu diimejkan jenayah itu dengan imej keagamaan dengan menamakannya sebagai ‘Taqiyyah’. Misalnya mereka berkata, “Tiada iman bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah” Kalam ini mereka nisbahkan kepada Muhammad Al-Baqir sebagai pengkhianatan dan pencelaan ke atas Al-Baqir. (lihat: Al-Kafi fil Usul oleh Al-Kulaini, bab At-Taqiyyah juzuk 2 ms. 19).
ALUL BAYT DAN PEMBOHONGAN SYIAH
Pembohongan syiah bukan sahaja mendapat komentar oleh para ulamak hadith dan lain-lainnya, bahkan turut diulas oleh Saidina Ali RA dan para Alul Bayt sendiri. Misalnya, Abu Amr Al-Kasyi menyebut di dalam kitab Ar-Rijal, “Abu Abdillah (iaitu Jaafar As-Sadiq) telah berkata: sesungguhnya kami Alul Bayt adalah orang-orang yang benar, tetapi kami tidak bebas dari terkena pendustaan ke atas kami. Lantas kebenaran kami telah gugur disebabkan oleh pendustaan mereka ke atas kami di kalangan manusia. Rasulullah SAW adalah sebenar-benar insan tetapi Musailamah telah mendustainya, Amirul Mu’minin Ali bin Abi Thalib adalah orang benar selepas Rasulullah SAW dengan kesaksian daripada Allah tetapi dia telah didustakan oleh Abdullah bin Saba’ -Laknatullah ‘Alaih-. Manakala Abu Abdillah Al-Husein bin Ali pula telah ditimpa bencana Al-Mukhtar (Ats-Tsaqafi). ..Manakala Ali bin Al-Husein pula telah didustakan oleh Abdullah bin Al-Harith Asy-Syami dan Bannan… begitu juga dengan Al-Mughirah bin Said serta As-Sirriey dan Abu Al-Khattab…” Lantas beliau menyambung, “… laknat Allah ke atas mereka semua, dan kami juga tidak terlepas dari didustakan oleh pendusta. Cukuplah Allah (sebagai pelindung kami) dari bencana sekalian pendusta, semoga Allah merasakan ke atas mereka kepanasan besi yang terbakar”. (lihat: Ar-Rijal oleh Al-Kasyi ms. 257).
Sesungguhnya golongan syiah telah mencipta banyak hadith dan riwayat palsu yang bertepatan dengan kehendak hawa nafsu mereka sebagaimana mereka mencipta hadith palsu di dalam bab kelebihan Ali dan Alul Bayt. Mereka juga mencipta banyak nas palsu untuk mencela pada sahabat RA khususnya Abu Bakar RA dan Umar Al-Khattab RA. (lihat contohnya di dalam Syarh Nahjil Balaghah oleh Ibnu Abi Al-Haddad, juzuk 2 ms.135). Syiah juga mencipta hadith palsu untuk menghina Muawiyah RA. Satu contoh mudah adalah hadith yang dinisbahkan kepada Rasulullah SAW kononnya Baginda berkata, “jika kamu melihat Muawiyah di atas mimbarku, maka bunuhlah dia” (lihat: Al-Alie’ Al-Masnu’ah fi Al-Ahadith Al-Maudhu’ah oleh As-Sayuti, juzuk 1 ms. 323) Bukan sahaja di dalam membahaskan tentang Ali RA dan Muawiyah RA, bahkan syiah juga mencipta banyak pembohongan terhadap para sahabat RA yang lain. Jika mereka berani untuk mendustakan Nabi SAW maka seudah tentulah pembohongan ke atas selain Baginda itu jauh lebih mudah bagi mereka.
IBNU TAIMIYAH DAN SYIAH
Penulisan Ibnu Taimiyah di dalam kitabnya Minhaj As-Sunnah adalah di antara penulisan yang paling baik di dalam proses mendedah dan menyingkap perancangan dan taktik syiah merosakkan kesucian Islam di dalam masalah aqidah, hadith, fiqh dan sejarah. Katanya, “… sesungguhnya ahli ilmu telah bersepakat dengan naqal,, riwayat dan isnad bahawa syiah itu adalah sedusta-dusta kaum, pembohongan di kalangan mereka telah begitu lama, dan sebab itulah para imam dan ulamak Islam mengenali mereka sebagai kelompok yang beridentitikan ‘kaki dusta’” (lihat: Minhaj As-Sunnah oleh Ibnu Taimiyah juzuk 1 ms. 16).
Jika dibuat penelitian terhadap riwayat-riwayat yang dipelopori oleh syiah, kita akan menemui kesimpulan bahawa golongan ini tidak pernah memperincikan hadith- hadith mereka kepada soal amanah, ‘adalah (keadilan perawi) dan penjagaan serta hafalan. Kitab-kitab muktabar mereka seperti Al-Kafi dan sebagainya, penuh dengan riwayat-riwayat yang disanadkan kepada sedusta-dusta perawi. Ini adalah kerana, pertimbangan kesahihan riwayat mereka hanyalah berpaksikan kepada sikap taasub, hawa nafsu dan kebencian mereka terhadap kepimpinan dan ulamak Islam. Jelas sekali mereka tidak menerima riwayat melainkan ia dibawa oleh perawi yang semazhab dengan mereka, iaitu cukup dengan kedudukan perawi itu seorang syi’e imami. Tidak menjadi soal sama ada perawi itu seorang yang teliti atau lalai, benar atau pembohong, mereka tidak menilai riwayat-riwayat dengan satu kaedah ilmiah sebagaimana yang kita lihat di kalangan ulamak Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kaedah ini adalah intisari terpeliharanya ajaran Islam bahkan dikagumi oleh pengkaji- pengkaji barat seperti Margolioth dan lain-lain. Seringkali apabila ditanya siapakah perawi hadith ini, syiah akan menjawab, ia diriwayatkan oleh Al-Husein, Al-Baqir atau Musa Al-Kadzim… maka muktamadlah ia. (lihat: Asy-Syiah fi ‘Aqa’idihim wa Ahkamihim oleh Amir Muhammad Al-Kadzimi Al-Qazwini ms. 6, dinaqalkan dari Wa Jaa’a Daurul Majus oleh Dr. Abdullah Al-Gharib ms. 121)
Ibnu Taimiyah ketika membantah dakwaan Ibnu al-Muthahhar Al-Hulliy Ar-Rafidhi yang mendakwa di dalam kitabnya Minhaj Al-Karamah bahawa perawi-perawi syiah adalah tsiqah, beliau berkata,
“.. Kami (ahli sunnah dan hadith) mengkritik perawi-perawi kami dari kalangan ahli sunnah tanpa membuat sebarang penambahan. Kami mempunyai tulisan yang banyak sekali untuk menilai sama ada mereka adil atau dhaif, benar atau lalai, dusta atau keliru. Kami tidak menyokong mereka secara batil sebagai usul walaupun dengan kesalehan dan keelokan ibadat mereka. Bahkan kami menggugurkan periwayatan mereka sebagai hujah sekiranya mereka banyak melakukan kesilapan di dalam meriwayatkan hadith dan lemah ingatan walaupun mereka itu terdiri daripada wali-wali Allah. Sedangkan kalian (syiah) menetapkan seorang perawi itu sebagai tsiqah (berkepercayaan) hanya kerana dia seorang syiah imami, tanpa mengira dia itu seorang yang pelupa atau kuat ingatan, berdusta atau bercakap benar. Dengan itu penuhlah di tangan kalian berita dan khabar lisan kalian yang berdusta atau tidak diketahui kesahihannya. Sama perihalnya dengan Ahli Kitab Yahudi dan Kristian dengan pendustaan syiah Ar-Rafidhah sebagai perbandingan…”
“… Kami mengetahui bahawa Khawarij itu lebih jahat daripada kalian, tetapi walaupun begitu kami tidak menuduh mereka sebagai pendusta. Ini adalah kerana kami telah pun menguji mereka dan jelasnya mereka itu bercakap benar. Maka bagi mereka itu apa yang benar dan ke atas merekalah kesalahan-kesalahan yang dilakukan.Sedangkan di sisi kalian, yang benar itu dianggap seperti titik hitam yang keji…! Sedangkan Ahli Sunnah dan Hadith tidak merestui pembohongan walaupun ia boleh memberikan keuntungan pada hawa nafsu. Lihat sahaja berapa banyak riwayat mengenai kelebihan Abu Bakar, Umar, Uthman bahkan Muawiyah serta yang lain-lainnya di dalam hadith-hadith yang sanadnya diriwayatkan oleh An-Naqqasy, Al-Qathi’ie, Ats-Tsa’labi, Al-Ahwazi, Abi Naiem, Al-Khatib, Ibnu Asakir dan lain-lainnya. Akan tetapi ulamak hadith tidak menerima sekiranya ada keterangan tentang berlakunya pendustaan di dalamnya bahkan jika pada isnad hadith itu ada sahaja seorang perawi majhul yang tidak diketahui perihalnya, maka hadith itu ditangguhkan penerimaannya. Sedangkan kalian (syiah) hanya mensyaratkan hadith di sisi kalian bahawa ia bertepatan dengan hawa nafsu biarpun ia umpama daging yang busuk mahupun lemak!” (lihat Al-Muntaqa oleh Adz-Dzahabi ms. 480)
IBNU QAYYIM AL-JAUZIYAH DAN SYIAH
Ketika mengulas tentang syiah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyah menyatakan, “Manakala Ali bin Abi Thalib, hukum hakam dan fatwanya begitu tersebar sekali. Akan tetapi, semoga Allah membinasakan syiah, mereka telah merosakkan banyak daripada ilmunya (Ali bin Abi Thalib) dengan melakukan pendustaan ke atas beliau. Oleh yang demikianlah, anda dapati kebanyakan ashabul hadith dan ahlus sahih tidak berpegang kepada hadith dan fatwa Ali bin Abi Thalib melainkan jika ia datang melalui periwayatan Ahli Baytnya dan pengikut Abdullah bin Mas’ud.” (lihat : ‘A’lam Al-Muwaqqi’ien oleh Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, juzuk 1 ms. 21)
Jelaslah kelihatan di dalam pengamatan kita, bahawa kebanyakan riwayat yang wujud mencela khilafah Amirul Mu’minin Uthman bin Affan RA. adalah daripada golongan syiah. Mereka tidak meriwayatkan berita-berita tentang peristiwa berkenaan daripada perawi yang menyaksikan kejadiannya, bahkan hanya mendengar daripada yang mendengar, berdusta dari yang berdusta. Dalam banyak keadaan juga, seorang perawi banyak meriwayatkan kejadian yang berlaku berpuluh tahun sebelum itu.
Berikut adalah pendapat para ulamak jarh wa ta’dil berhubung dengan beberapa orang perawi syiah terkemuka. Mereka adalah di antara pemilik riwayat-riwayat yang terdapat di dalam kitab sejarah yang utama seperi kitab Tarikh Ar-Rusul wal Muluk oleh Imam At-Thabari. Merekalah juga tokoh ahli akhbar (akhbariyyin) yang paling banyak menyumbang riwayat berhubung dengan fitnah yang berlaku di zaman Saidina Uthman dan Ali RA. Riwayat-riwayat berkenaan memperlihatkan pengolahan kisah dengan gambaran khusus untuk mereka menyebarkan propaganda syiah di awal-awal terasasnya sejarah Islam, selepas mereka menipu ramai manusia atas nama agama dan kecintaan kepada Alul Bayt!
Kita kemukakan tiga contoh perawi syiah yang merupakan antara perawi yang wujud di dalam periwayatan Tarikh At-Thabari. Penjelasan ini bertujuan untuk memperlihatkan bagaimana mudarat yang telah syiah lakukan terhadap sejarah Islam. Mereka yang mahu melanjutkan pengetahun berhubung dengan perawi-perawi syiah, kitab-kitab ilmu jarh wa-ta’dil mempunyai banyak catatan berhubung dengan mereka. Bahkan terdapat juga buku yang mengumpulkan maklumat berhubung dengan perawi syiah secara khusus. Misalnya kitab Rijal Asy-Syiah fil Mizan oleh Abdul Rahman Abdullah Az-Zar’ie, cetakan Darul Arqam, Kuwait.
Abu Mikhnaf Lut bin Yahya
Abu Hatim berkata mengenainya : matruk (ditinggalkan -yakni tidak diambil periwayatannya). Ad-Darulquthni pula mengatakan bahawa beliau dhaif (lemah). Ibnu Mu’ien berkata: dia itu tidak dipercayai dan tidak mempunyai sebarang nilai.. Ibnu ‘Adie mengatakan bahawa beliau ini syiah pekat yang menjadi tuan punya kisah-kisah (akhbar) kaum itu. Adz-Dzahabi mengatakan bahawa beliau seorang ikhbari (ahli akhbar) yang cuai dengan periwayatannya serta tidak dipercayai.
Hisham bin Muhammad bin As-Saib Al-Kalbi
Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Sesungguhnya beliau adalah pemilik hikayat-hikayat malam (samar) dan perihal nasab. Padaku tidaklah ada seorang pun yang mengambil hadith daripadanya. Ad-Darulquthni pula memberi komentar bahawa Al-Kalbi ini matruk. Ibnu Asakir mengatakan bahawa beliau ini syiah rafidhie yang tidak boleh dipercayai. Al-’Uqaili mengatakan bahawa padanya ada kelemahan (dari segi jarh wa ta’dil). Ibnu Al-Jarud dan Ibnu As-Sakan menyenaraikan Al-Kalbi di dalam kitab Ad-Dhu’afa (perawi-perawi yang dhaif) mereka. Al-Kalbi juga dicela oleh Al-Asma’ani. Ibnu Hibban juga mengatakan bahawa beliau meriwayatkan daripada bapanya yang mana mereka berdua terkenal dengan kisah-kisah karut dan akhbar yang tidak diketahui asal-usulnya. Juga sangat melampau di dalam berpegang dengan mazhab syiahnya.. Ibnu Mu’ien berkata: beliau itu seorang yang tidak dipercayai, pendusta dan sering tercicir di dalam periwayatannya. Ibnu ‘Adie berkata: Hisham Al-Kalbi itu lebih terkenal dengan hikayat-hikayat malam (samar) dan setahu aku tidaklah ia mempunyai sebarang musnad bahkan bapanya juga adalah al-kazzab (sangat pendusta). Adz-Dzahabi pula memberi komen: Hisham itu tidak boleh dipercayai.
Jabir bin Yazid Al-Ju’fie
Ibnu Mu’ien berkata : Jabir itu seorang yang sangat pendusta, hadithnya tidak ditulis dan tiada kemuliaan baginya. Zaidah bin Qudamah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : sesungguhnya Al-Ju’fie itu demi Allah seorang seorang yang sangat pendusta dan beriman dengan akidah Ar-Raj’ah. Abu Hanifah pula menyebut : Di kalangan orang yang pernah aku temui, tiadalah yang lebih pendusta dari Jabir Al-Ju’fie. Tidaklah aku berikan dia satu-satu pendapatku melainkan ia akan mendatangiku dengan sesuatu yang telah ia lakukan kepada pendapatku. An-Nasa’ie berkata : matruk. Abu Daud pula berkata : Tiadalah sebarang kekuatan pada hadithnya (Al-Ju’fie) di sisiku. Asy-Syafie berkata :Â Aku mendengar Sufian bin Uyainah berkata: Aku mendengar kalam Jabir Al-Ju’fie lantas aku segera menyembunyikan diri kerana bimbang kami akan ditimpa oleh bumbung! Yahya bin Ya’la pula menyebut : Aku mendengar Zaidah Ats-Tsaqafi Al-Kufi berkata : Jabir A-Ju’fie itu seorang syiah Ar-Rafidhie yang mencaci sahabat-sahabat Nabi SAW. Ibnu Hibban pula memberikan komentarnya : Beliau (Al-Ju’fie) itu adalah saba’ie pengikut Abdullah bin Saba’. Beliau mempercayai bahawa Ali itu akan kembali ke dunia. Al-Jourjanie berkata : Beliau itu sangat pendusta.
Kesimpulan
Ketiga-tiga perawi tadi adalah pemegang kepada riwayat-riwayat utama berhubung dengan peristiwa fitnah di zaman Saidina Uthman RA yang terdapat di dalam kitab Tarikh Al-Umam War-Rusul oleh Imam At-Thabari. Merekalah yang bertanggungjawab terhadap riwayat-riwayat dusta yang memburuk-burukkan para sahabat Rasulullah SAW seperti Uthman bin Affan RA., Aishah RA. dan Muawiyah bin Abi Sufian RA. Kefahaman umat Islam terhadap beberapa peristiwa getir di zaman itu seperti Perang Jamal dan Siffin, Majlis Tahkim, pembunuhan Husein RA dan sebagainya, juga dicemari dengan riwayat-riwayat para pembohong seperti perawi yang telah kita sebutkan di atas.  Oleh yang demikian, amat penting bagi kita untuk membuat penilaian semula terhadap Sejarah Islam yang kita fahami selama ini. Mana-mana riwayat yang didapati bercanggah dengan kedudukan para Sahabat RA dan Baginda SAW sendiri, hendaklah dikaji semula dan dinilai berdasarkan kedudukan perawi yang meriwayatkannya.
Ini adalah anjuran Imam At-Thabari sendiri sebagaimana yang beliau nyatakan di dalam muqaddimah kitabnya Tarikh Al-Umam wal Muluk (Tarikh At-Thabari) yang masyhur itu; bahawa kesahihan riwayat-riwayat yang dikemukakannya hendaklah ditentukan dengan menilai sanad yang beliau sertakan pada hampir setiap riwayat. Janganlah nanti kerana menganggap kitab Tarikh At-Thabari itu muktabar, maka kita mengabaikan kaedah yang disyaratkan kepada mereka yang ingin mengambil manfaat daripada penulisannya itu. Sesungguhnya semua ini berhajatkan kepada disiplin ilmu yang tinggi, maka janganlah nanti ada pula yang mencabuli kebenaran yang menjadi hak Allah tanpa ilmu pengetahuan yang nyata. Allah SWT berfirman:
“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT, tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan.” (Al-Hajj 22 : 3)
FirmanNya lagi:
“Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah SWT dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan atau Kitab ALlah yang menerangi kebenaran. Ia membantah sambil memalingkan sebelah badannya dengan sombong angkuh sehingga menghalang dirinya dan orang lain dari jalan agama Allah; ia akan beroleh kehinaan di dunia dan Kami akan merasakannya azab membakar pada hari kiamat kelak” (Al-Hajj 22 : 8-9)
Artikel ini diterjemah dan disunting berdasarkan tesis PhD Dr. Muhammad Amahzun bertajuk “Tahqiq Mawaqif As-Sahabah fil Fitnah min Riwayat Al-Imam At-Thabari wal Muhaddithin” yang diterbitkan dalam bentuk buku oleh Dar At-Thayyibah lin Nasyr wat Tauzi’, Riyadh.
Sejarah Pertelingkahan Sunni – Syiah
Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/
Tarikh: Isnin, 26 Oktober 2009 @ 15:13:54
Topik: Umum
Topik: Umum
Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’.
Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
ERA ABDULLAH BIN sabar’
Abdullah bin sabar’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’ adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan ra. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman ra pada 18 Dzulhijjah 35H.
Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari ra juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian ra sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.
Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali ra sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin sabar’ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin sabar’
Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin sabar’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (dari. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).
Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin sabar’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin sabar’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.
Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali ra, anakandanya Husain ra dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan ra, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin sabar’.
ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH
Muawiyah bin Abi Sufyan ra telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali ra dan berundurnya Hasan ra dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn sabar’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.
Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.
Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.
Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan Kerajaan Abbasiyyah (132H).
ERA KERAJAAN ABBASIYYAH
Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.
ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH
Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).
ERA OTHMANIYYAH
Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.
Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.
Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908 ) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya...”
ERA PASCA OTHMANIYYAH
Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.
Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di’faraidh’kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.
Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.
Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971.
ERA REVOLUSI IRAN
Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah – Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.
Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.
PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN
Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.
Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.
Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.
Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.
Idea asal : Ustz. Hasrizal Abdul Jamil.
Syiah: Mazhab Atas Nostalgia Sejarah
SYIAH: MAZHAB ATAS NOSTALGIA SEJARAH
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau.
Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan
mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah
berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak
berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan
sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut,
tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi
tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’.
Emosi
Ertinya, krisis politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentimen tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistik. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga.
Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristocrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dapat segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah ruh syura dalam pemilihan kepimpinan.
Kekeliruan
Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta-fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desus-desas politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik.
Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi s.a.w khususnya Abu Bakar, ‘Umar, Uthman, Muawiyah, ‘Amr bin al-‘As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama dengan kebencian dan kemarahan ‘politik warisan’. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah berita ‘musuh politik’ mereka. Demikian itu seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.
Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan ‘Uthman bin ‘Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina ‘Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka.
Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba –suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni-. Dialah yang mencanangkan kempen menjatuhkan ‘Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya ‘Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi s.a.w dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu.
Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat:
“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi s.a.w tidak terpengaruh dengan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan ‘Uthman sendiri. Segala fitnah telah ‘Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah ‘Uthman.
Antaranya Uthman berkata:
“Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang ‘Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji… mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah..” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/348).Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerana, ini bukan apa yang mereka mahu.
Riwayat Sejarah
Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan ‘Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Berbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina ‘Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi. Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator).
Jika dia fanatik syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk ‘Uthman, Mu’awiyah dan lain-lain. Kitab al-Umam wa al-Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-Tabari (w. 310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya; tanpa mengambil kira samada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri. Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya:
“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8).Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahuan tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (maksudnya)
“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu“.(Surah al-Hujarat: 6).Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w. 728):
“Ahlus Sunnah wal Jama’ah wa al-Jama’ah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahl al-Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah daripada ceritanya yang asal“ (Ibn Taymiyyah, Al-’Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Saya pernah menulis sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah. Persoalan ini telah saya jelaskan dengan lebih terperinci.
Noor Azman Abdul Wahid · Kuli at Keje sendiri
Muawiyah r.a adalah sahabat nabi, dan telah dijamin syurga. Apa yang terjadi ada hikmahnya, sebagaimana nabi adam telah dikeluarkandari syurga. Semua yang berlaku adalah fitnah. Sebab itulah jgn sebarkan berita yang tidak diketahui betul atau salah. Jika benar, mungkin mendatangkan aib. Skrang zaman fitnah.
Safwan Heris · Subscribe
Yang lawaknya, dlm al-Tarikh. Syiah-Ahlus Sunnah bt rujukan. Tp masing2 ambk bkti sjrah yg brsesuaian dgn aliran masg2. Tak hairanlah kn, perawi yg diiktiraf disisi masg2 tak sama.
Takstuju pd 1/2 dakwaan yg kritik imam al-tabari dgn dakwaan beliau bkn ahli hadith, dan menafikan beliau.
bg sya, al-tabari, seorg ahli sejarah yg fhm metod penulisan sjarah.
Dia ctit apa yg diberikan padanya, tp pada awal penulisan kitab dia, dia warning awal2 bhwa apa yg ditulis, bkn dari dia. Kaji lah seniri, dia cuma tls pristwa sejarah yg d beri, dia tidak penah nyatakan dgn bgga bhwa penulisan sjrh dia adalah 'paling benar' aku kagum dgn al imam ni, al-fatehah utk syiekh ni.
Firdaus Hamid Mahmud · Kota Kinabalu
bagaimana dgn fatwa Al-Qardawi..bahawa kita dibenarkan beramal mengikut aliran Jafari? dan apa kesahihan tntg konspirasi Syiah-Amerika? kerana smua ini x nampk mcm lakonan pun..kita tau syiah mengamalkan taqiyah...tp xkan la 1 negara mengamalkan lakonan utk menghapuskan ahlussunah? dan cara hidup ulama Iran yg sederhana tu lakonan jugak ke? dan 1 lg..perang Hizbullah vs Israel 2006 tu hasil taqiyah jugak ka? Iran tidak sempurna...para ulama mazhab Imamiyah/Jafari jugak tidak sempurna...sptmana para imam mazhab ahlussunah yg lain..tp kt tetap memerlukan taklid dr glgn ulama spt ini.krana Nabi s.a.w tidak ada bsama kita skrg...seperti yg Dr.Maza ajarkan pd kita..kita harus adil dlm menilai..Wallahualam...
Farid Bahar
Kalau di ukur pada zaman sekarang, Sunni terlalu lemah dibandingkan dengan Syiah. Dari segi politiknya, Sunni memang senang diboneka dan diperkotak-katikkan oleh Amerika dan sekutunya. Realitinya, Amerika amat takut dengan Iran, yang mempunyai 95 % golongan bermazhab Syiah.
Danash Faizal · Sek men geting
semasa sy di negara lubnan sy lihat ada perbezaan sedikit tentang cara solat dgn azan.pertama solat, org syiah meletakan batu ditempat sujud dan azan pula hanya dilaungkan 3 kali saja iaitu subuh, zohor dan magrib..bila ditanya kata nya, zohor dan asar cukup sekali saja iaitu dilaungkan pada waktu zohor begitu juga magrib dan isyak hanya dilaungkan pada waktu magrib saja dan azan yg dilaungkan juga ada tambahan iaitu melaungkan saidina Ali selepas kalimah syahadah.satu lagi saya nak tanya ustaz, kenapa apabila kita solat dimasjid atau dirumah org syiah bila selesai solat dia akan bersihkan tempat yg kita bersolat td.walau apapun org2 syiah baik2 belaka sbb memuliakan tetamu..
Khir House · UiTM Puncak Alam
salam..utk pengetahuan saudara..ni dr apa yg sy dgr ustaz maulana asri (bkn drMAZA)..syiah menganggap sume umat slain dr syiah adalah najis..sbb tu mereka akn brsh kn tmpt yg kita solat..de yg ekstrem smpi tmpt kita pijak pon dibersih kan nye..n org syiah ni m'amal kn taqiyah..so dia org ni akn b'pura2 b'baik dgn kita..mereka gak xngaku m'hina para shbt di dpn ahli sunnah..wallahualam
Abu Bakar Saad
Syiah sgt pintar berbicara..jgn berdebat dgn mereka jika anda tidak berkemampuan mematah hujah mereka..
Ibnu Nordin · Subscribe · Hamba at Bumi Allah SWT
Penyanjungan Syiah kpd Saidina Ali k.w.j melampau2..Kita mesti sayang kepada Saidina Ali tetapi janganlah melampau2 spt Syiah..
Rizal Abdullah
saya cadangkan baca dulu kitab imam suyuti, imam nawawi, imam tarmizi dll....apa kata imam2 besar ini berkaitan isu pertelingkahan sahabat nabi saw.....kerana org alim yg pro muawiyah dah jelas salah tapi nak tegakkan lagi buat pe...dr asri bagus tapi bukan dalam hal ini....
Loopie San · Works at Roxar AS
Saudara-saudara seislam yg nampak mcm memegang fahaman Syiah atau sedang bertaqiah (berpura2), kita tak pernah hidup di zaman itu, tak pernah nampak apa yg sebenarnya berlaku, yg orang yg kita bincangkan adalah sahabat2 Nabi SAW. Ada antara mereka dalam hadith dijanjikan syurga, ahli Badr pula Allah SWT redha ke atas mereka. Adakah kita nak jadi Allah menentukan siapa kafir, siapa sesat?
Kita cuma BACA apa yg org lain tulis, itu pun tak tahu benar atau salah cerita itu. Perawi sejarah bukan mcm perawi HADITH. Kena ingat tu.
Terbaik adalah pegangan Ibn Taimiyyah. Kita bersederhana dan tidak memaki hamun, menyesatkan mana2 sahabat Nabi SAW.
Akhirat nanti taulah siapa yg benar atau salah. Yg pastinya Syiah yg menyesatkan Abu Bakar RA, Umar RA, silalah cari Quran lain sbb Quran sekrg ni disimpan oleh mereka seblm dibukukan di za...See More
Ahmad Zainuddin Mesuri · Selangor, Selangor, Malaysia
Sebenarnya di akhir zaman ini Umat Islam akan bersatu dan tiada lagi mazhab mazhab yang dicipta manusia. Para Imam tidak pernah mengajar kita utk bertengkar dan berdebat atas apa-apa sebab pun. Rasulullah sendiri tidak ada mencipta apa apa mazhab, mengaggotai apa-apa mazhab atau aliran. Apa yang dibawa adalah apa yang diperintahkan Allah semata-mata. Semoga kita bersatu dan melupakan benda yang lepas. Amin
Kamal Azmi · International Islamic University Malaysia
konkulsi akhir dari drmaza penuh hikmah. dalam masalah syiah perlu juga penilaian adil untuk dakwah taqrib dan bukan tafriq.
Danash Faizal · Sek men geting
sy ingin juga memiliki buku pertelingkahan para sahabat yg ustaz keluarkan..klu bolih beli cara pos..macam mana yer.
Ikram Mohd Noor · Subscribe · Top Commenter · Works at Seluruh Bumi ini
buku yang Dr MAZA tulis itu, masih ade lagikah di pasaran? cuba cari tpi tak jumpa..
Adam Shawal Al-Jami'i
saudara,buku2 hasil penulisan Dr Maza mmg susah nak carik kat pasaran,sbb jabtan2 yg berkaitan mngawal pmasaran buku2 drMaza,alasannya diorg takut org ramai keliru la....itu la...ini la....mcm2 alasan,saya pun pernah carik buku2 hasil tulisan Dr.Maza,majoriti di area Shah Alam mmg xde,mmg payah nak carik,
محمد ازرين · Uniten 2002-2004(kick off)
Kita tuduh syiah sesat, syiah tuduh kita sesat.. Smpai bila mau abis daa. Rosmah yg sunah tak mau pakai tudung jugak.. Yg bom altantuya org sunah jgk. Yg jd balaci amerika pon sunah jgk. Apa cerita.
Said Muda · Shah Alam, Malaysia
maaf dalam masalah syiah kalau tak tahu atau malas buat rujukan telus jangan campur kerana ini urusan syurga dan neraka. Semuga aallah memaafkan anda dan saya.
Dr.Maza bukan bidang dia untuk bicara nanti menyesal sebab pentunjuk diatas keikhlasan sejati. Itupun Hak allah salam Ahlul bait.
Said Muda · Shah Alam, Malaysia
Ingat Bulan ada 12 bulan, Gulungan Nabi Musa terbahagi 12 mata air, Para sahabat yang tetap tinggal bersama Nabi 12 orang kiteka Jumaat (ayat wajib Jmaat hadis Bukhari) Jaafari Mazahab 12 Imam (hadis Termizi Kata Nabi Lepas Aku akan ada 12 pemimpin)...salam AhlulBait.
No comments:
Post a Comment