Wednesday, June 20, 2012

DIDIK ANAK DENGAN AGAMA...KITA SENDIRI MENGAMALKANNYA...SURUH SOLAT SETELAH UMUR TUJUH TAHUN....DAN PUKUL IA KETIKA UMUR SEPULUH TAHUN...JIKA IA ENGGAN SOLAT...SELAIN MEMBERI KASIH SAYANG MENGIKUT ACUAN ISLAM....

Seksa wanita hamil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi
am@hmetro.com.my

LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
LAPOR...Yusdi dan Hanee menunjukkan laporan polis yang dibuat selepas kejadian.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.
Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.

Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan.

Bingung lepas bunuh saudara

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

USUNG...polis mengangkat mayat mangsa bunuh. Gambar kecil atas, Kim Lien dan bawah, Yoke Mun.
USUNG...polis mengangkat mayat mangsa bunuh. Gambar kecil atas, Kim Lien dan bawah, Yoke Mun.
SERDANG: Berang kerana diejek kurang siuman, seorang mekanik membelasah ibu dan bapa saudaranya menggunakan batang besi sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Baru, Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.
Lelaki berusia 46 tahun itu yang memang mengalami masalah mental, tinggal dengan kedua-dua mangsa sejak kecil bersama ibu bapanya, namun ketika kejadian, ibu bapanya tiada di rumah itu kerana keluar berniaga.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya, Lee Kim Lien, 59, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan anggota badan.

Sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara suspek dengan kedua-dua mangsa di ruang tamu rumah mereka, namun suspek dikatakan tiba-tiba naik angin dan terus memukul Yoke Mun dengan sebatang besi.

Isteri terus ditarik buaya

Oleh Adi Safarman
am@hmetro.com.my

USUNG...kakitangan Hospital Saratok membawa mayat Siah  (gambar kecil).
USUNG...kakitangan Hospital Saratok membawa mayat Siah (gambar kecil).
SARATOK: Kasih mendalam terhadap isteri menyebabkan seorang lelaki sanggup menggadai nyawa bergelut dengan buaya sepanjang enam meter selama hampir 10 minit bagi membebaskan isterinya yang dibaham reptilia itu di Sungai Anak, Roban di sini, petang kelmarin.
Namun, usaha dilakukan Embol anak Asum, 43, gagal apabila isterinya, Siah anak Munsong, 42, ditarik haiwan itu ke tengah sungai sebelum mayatnya ditemui tersangkut pada jaring, kira-kira jam 9.40 malam.
Sebelum kejadian, Siah bersama suaminya yang juga Tuai Rumah Panjang Sungai Anak itu mandi di sungai berkenaan sejurus selesai mencari rotan di hutan berdekatan, kira-kira jam 5.30 petang.

Embol berkata, sebelum kejadian, dia berada di tebing sungai dan melihat isterinya seolah-olah ditarik sesuatu sebelum menjerit meminta pertolongan.

Komando maut ketika latihan

CHUKAI: Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), meninggal dunia ketika mengikuti latihan di Pelantar Alfa Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari pesisir pantai Kemaman, Isnin lalu.
Mangsa, Leftenan Komander Samrus Che Dan, 37, dari unit Komando Paskal Unit Satu TLDM, yang berpangkalan di Lumut, Perak, dikatakan menjalani latihan menyelam di laut sebelum dia didapati keletihan sewaktu naik ke kapal selepas latihan dan pengsan tidak lama kemudian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam, berkata mangsa diterbangkan dari pelantar Alfa Tinggi ke Lapangan Terbang Kerteh, dekat sini, untuk mendapatkan rawatan kira-kira jam 1.30 tengah hari.
“Penerbangan dari pelantar berkenaan ke Lapangan Terbang Kerteh memakan masa selama satu jam dan sebaik tiba kira-kira jam 2.45 petang, mangsa disahkan sudah meninggal dunia dalam perjalanan.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat,” katanya.

Pas pelajar tapi layan pelanggan



SEREMBAN: Seramai 16 pelayan pelanggan (GRO) warga asing dari China dan Vietnam ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di bandar, kelmarin.
Dalam operasi jam 9.30 malam itu, anggota Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri imenahan semua wanita berusia antara 21 dan 37 tahun yang sibuk melayan pelanggan.

Difahamkan, wanita warga asing terbabit didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial dan pas pelajar untuk memasuki negara ini untuk bekerja sebagai GRO.
Sumber berkata, hasil siasatan, pusat karaoke berkenaan didapati sudah lama beroperasi dan mempunyai lesen pusat hiburan, namun turut bersekongkol dengan membenarkan pelanggan tetap membawa GRO untuk berhibur.

“Hasil risikan awal mendapati pelanggan pusat karaoke itu akan menghubungi GRO berkenaan untuk menemani mereka minum dan kemudian membayar sejumlah wang kepada wanita warga asing itu. “Bagaimanapun, ada segelintir wanita berkenaan didapati hanya datang ke pusat karaoke itu untuk minum dan jika ada permintaan daripada pelanggan, baru akan menemani mereka,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Menurutnya, GRO terbabit didapati menawarkan layanan istimewa antara 20 hingga 30 minit bergantung kepada jumlah bayaran dan sebaik selesai, akan pergi kepada pelanggan lain dengan menawarkan khidmat sama. “10 wanita asing itu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan bekerja secara haram di negara ini manakala selebihnya menyalahgunakan pas pelajar.

“Kes itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/1963,” katanya.

Katanya, seorang lelaki penjaga premis berusia 30-an turut ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam serbuan berasingan di tiga kafe siber di Taman Rasah Jaya dan Sikamat, pihaknya merampas 42 komputer dipercayai dijadikan mesin judi Internet.

Belasah guru

Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
am@hmetro.com.my

KUALA TERENGGANU: Seorang guru sebuah sekolah menengah di Chalok, Setiu, menerima lima jahitan di kepalanya apabila dibelasah seorang pelajar tingkatan lima yang berselisih faham dengannya, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, guru berusia dalam lingkungan 30-an itu dikatakan menegur pelajar berkenaan, menyebabkan remaja berkenaan berang dan bergegas pulang ke rumahnya sebelum mengambil sebatang cota.

Tidak lama kemudian, pelajar berusia 17 tahun terbabit kembali ke sekolah yang terletak kira-kira empat kilometer dari rumahnya bersama abangnya berusia 21 tahun dan seorang rakan abangnya berusia lingkungan 20-an.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Rohaizat Abd Ani, berkata pelajar itu kemudian terus memukul gurunya di bahagian kepala dengan cota berkenaan menyebabkan guru lelaki terbabit rebah dalam keadaan kepalanya berlumuran darah.

Beliau berkata, orang ramai termasuk pengawal keselamatan sekolah yang menyedari kejadian kemudian membantu meleraikan pergaduhan itu dan guru berkenaan dikejarkan ke Hospital Setiu.

“Akibat kecederaan itu, guru berkenaan menerima lima jahitan di kepala. Dia kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu pada petang kejadian.

“Susulan laporan itu, polis menahan pelajar bersama dua lelaki terbabit. Siasatan kita juga mendapati suspek bebas daripada pengaruh dadah atau rekod jenayah lampau,” katanya.

Rohaizat berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan ketiga-tiga suspek direman tiga hari bermula semalam.

Warga emas tak cadang ambil tindakan mahkamah



MELAKA: Duda warga emas yang membuat laporan polis selepas mendakwa kecewa dan berasa tertipu dengan permainan cinta seorang remaja perempuan tidak bercadang mengambil tindakan mahkamah menuntut semula wang dan barangan yang dibelikan untuk remaja berkenaan.
Mohd Adnan Hamid, 60, yang mengakui masih menaruh harapan hubungannya dengan remaja itu kembali bertaut berkata, dia berserah kepada Allah jika ada jodoh dan enggan memperbesarkan perkara itu.

Katanya, selepas berita mengenai dirinya disiarkan akhbar ini, dia tidak terfikir mengambil tindakan undang-undang biarpun gagal mendapat semula wang dan barangan berkenaan.
“Saya bukan zalim sangat untuk mengambil semula wang dan barangan diberikan kepada dia. Selepas berita disiarkan, ibunya menelefon saya pagi tadi untuk memulangkan semula barangan yang pernah saya belikan untuk anaknya tetapi saya tak mahu terima.

“Mungkin ketika membuat laporan polis, saya amat marah dan kecewa. Buat masa ini, biar masing-masing reda dulu, jika ada jodoh, mungkin kami akan berbincang semula,” katanya ketika dihubungi.

Akhbar ini, semalam melaporkan, selepas 29 tahun menduda, warga emas anak tiga terbuka hati untuk menikahi gadis berusia 16 tahun, malah sanggup menunggu remaja itu habis belajar untuk meminangnya.

Meraung sebut nama ayah, ibu

Oleh Arifin Salleh
am@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: “Pilu hati ini apabila hanya mampu melihat mangsa yang tersepit meraung meminta tolong sambil menyebut nama ibu bapanya sebelum tubuhnya terkulai layu,” kata Krishnan, 24, kelindan lori warga Nepal yang menyaksikan kematian rakan senegaranya dalam kemalangan di Hentian Rehat dan Rawat Simpang Ampat, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), dekat sini, awal pagi semalam.
Perjalanan dua sahabat untuk mengambil bekalan ayam di sebuah kilang berakhir tragedi apabila seorang daripada mereka terbunuh selepas lori ayam dinaiki merempuh sebuah treler di lorong kecemasan jam 5.15 pagi, menyebabkan Kishor, 33, maut akibat parah di kepala dan kaki.

Menurut Krishnan, mereka bersama pemandu berusia 30-an yang dalam perjalanan dari Serkam, Merlimau, singgah menonton perlawanan bola sepak Euro 2012 di Bemban, sebelum bergerak semula jam 3 pagi.
“Setiba di lokasi kejadian, lori kami hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh belakang treler. “Saya tidur di tempat duduk belakang, terdengar jeritan rakan meminta tolong serta memanggil nama ibu bapanya sebelum terdiam.

“Saya tergamam melihat Kishor tersepit dan tidak bergerak sebelum bomba tiba untuk mengeluarkannya,” katanya. Sementara itu, pemandu treler, Jumizan Tukimin, 34, berkata, dia dalam perjalanan dari Krubong ke Pelabuhan Klang, Selangor untuk menghantar kabel dan berhenti seketika untuk memeriksa tayar serta ikatan gulungan kabel.

“Ketika sedang memeriksa tayar, saya terdengar dentuman kuat sebelum treler bergerak dan merempuh belakang sebuah lagi treler lain di depan.

“Saya ke belakang dan terkejut mendapati sebuah lori dinaiki tiga lelaki terlekat pada belakang treler, “ katanya.

Menurutnya, dalam keadaan panik dia melihat seorang lelaki tersepit dan berada dalam keadaan tenat namun pemandu dan seorang kelindan lain berjaya keluar.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Bakar rumah kerana RM20

Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my

PETALING JAYA: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah mengamuk sambil mengacu pisau dan mengugut untuk membunuh keluarganya sebelum membakar rumah mereka di Desa Mentari, di sini, awal pagi kelmarin, selepas dikatakan berang apabila gagal memperoleh RM20 yang diminta daripada ibunya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan sedang ketagihan dan meminta wang daripada ibunya berusia 46 tahun untuk membeli bekalan dadah.

Namun, wanita berkenaan gagal berbuat demikian kerana tidak mempunyai wang yang diminta berikutan tidak bekerja. Menurut sumber, selepas permintaannya untuk mendapatkan wang itu tidak diendahkan menyebabkan lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan mengambil pisau di dapur sebelum mengugut untuk menikam ibu, bapa dan adik bongsunya.
“Lelaki berkenaan sudah beberapa kali mengamuk dalam rumah jika ibunya tidak memberi wang yang diminta menyebabkan wanita itu tidak lagi mahu melayan permintaan anaknya itu untuk mendapatkan wang. “Bagaimanapun, kali ini anaknya itu bertindak lebih berani dengan mengacu pisau dan bimbang dengan perlakuan ganas itu, ibunya segera keluar dari rumah bersama suami dan anak bongsu,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang berang dengan tindakan itu kemudian bertindak lebih ganas apabila membakar sebuah bilik tidur sebelum mengamuk di luar rumah.

“Jiran keluarga itu tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu mereka kerana lelaki berkenaan memegang pisau dan mengancam untuk mencederakan sesiapa saja yang cuba masuk campur.

“Amukan itu tidak bertahan lama apabila dia diberkas polis yang dihubungi penduduk yang khuatir situasi berkenaan akan menjadi lebih buruk,” katanya.

Katanya, ibunya kemudian membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya kerana tidak tahan dengan perangai anaknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, mengesahkan tangkapan dan memberitahu suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh dan Seksyen 435 kanun sama kerana khianat dengan api atau benda letupan dengan niat hendak menyebabkan kerosakan.

Mati penuh misteri

Oleh Omar Osman
am@hmetro.com.my

SIASAT ...anggota polis memeriksa mayat Varathi yang ditemui mati  atas motosikalnya. Gambar kecil, M Varathi.
SIASAT ...anggota polis memeriksa mayat Varathi yang ditemui mati atas motosikalnya. Gambar kecil, M Varathi.
SUNGAI PETANI: Punca kematian seorang pengusaha butik kecantikan menimbulkan misteri kerana mayatnya yang ditemui terbaring atas tempat duduk motosikal di dalam longkang, turut mempunyai kesan tikaman di leher, dada dan pinggang kiri.
Mayat M Varathi, 23, dari Taman Arked, di sini, ditemui kira-kira jam 7 pagi oleh pengguna jalan raya berhampiran Kompleks Mahkamah Sungai Petani di Jalan Amanjaya, dekat sini, yang pada mulanya menyangka mangsa mati akibat kemalangan motosikal.
Selain beberapa kesan tikaman, cincin, rantai leher serta telefon bimbit mangsa turut hilang kecuali seikat buah rambutan ditemui masih berada dalam raga motosikalnya.

Adik mangsa yang enggan dikenali berkata, biasanya kakaknya menutup butik miliknya di Taman Ria Jaya di sini, kira-kira jam 6 petang sebelum pergi belajar di sebuah butik kecantikan lain di Taman Sejati Indah dan pulang ke rumah pada jam 10.30 malam setiap hari.

Mati ditinggal ibu

Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui mati dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora milik ibunya selepas ditinggalkan dalam kenderaan itu selama lebih enam jam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari kelmarin dan kenderaan itu diletak berhampiran kantin di Sekolah Kebangsaan Bandar Uda 2, Tampoi, di sini.

Mangsa, Sharnaath Kumar disahkan mati di sebuah pusat perubatan swasta di bandar raya ini selepas dihantar untuk rawatan.

Difahamkan, mangsa dikatakan tidur dalam kenderaan itu sebelum ibunya, guru Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan masuk ke kawasan sekolah kira-kira jam 6.50 pagi untuk melakukan beberapa tugasan.


Ajar anak sembahyang

Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.

Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan”
Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil.
Saf kanak-kanak
Saf bagi kanak-kanak di dalam masjid ialah di belakang saf orang dewasa. Dalam hadith disebut,  “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).
Saf kanak-kanak adalah dibelakang kerana sembahyang mereka adalah sunat sahaja jika dibandingkan dengan sembahyang orang dewasa yang hukumnya fardhu.
Pengasingan ini bukanlah kerana mereka belum berkhatan dan ada kotoran ‘kulup’. Ada pendapat yang mengatakan kanak-kanak boleh sembahyang dalam satu saf bersama orang dewasa kerana orang dewasa juga mengandungi najis dalam badan mereka. Sebenarnya ia bukanlah najis selagi masih berada dalam badan dan belum keluar dari badan. Lagipun Rasulullah sendiri yang mengatur saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa.



05 Anak Soleh Peringkat 13 18 Tahun

BAB 5
ANAK SOLEH UMUR 13-18 TAHUN
KEBANYAKAN kanak-kanak atau lebih tepat lagi remaja, mereka sudah baligh di usia ini. Sesetengahnya baru memasuki alam itu. Di sini bermulalah alam baru bagi mereka. Fitrah anak-anak muda di usia ini, antaranya ialah lelaki sudah ada keinginan terhadap perempuan, begitu juga sebaliknya.
Fitrah ini jika tidak dikawal akan menyebabkan berlaku pergaulan bebas yang membawa kepada keruntuhan akhlak muda-mudi. Inilah yang berlaku hari ini hasil didikan secara tidak langsung oleh persekitaran mereka. Media massa misalnya; sama ada media elektronik atau media cetak; turut terlibat dalam mempengaruhi budaya bebas ini.

Bagi anak anak yang telah dididik secara serius dengan pendidikan Islam, yang mana mereka sudah ada sedikit rasa bertuhan dan rasa kehambaan serta tahu batas-batas syariat, inilah yang menjadi benteng dari segala pancaroba dunia moden hari ini. Rasa cinta dan takut kepada Tuhan sajalah yang mampu menghalang manusia dari melakukan kejahatan.
Namun kebanyakan remaja han ini masih perlukan
pengawasan ibu bapa. Kita tidak boleh merasa senang hati kerana merasakan mereka sudah besar dan tahu berfikir. lalu membiarkan kedewasaan mereka tanpa diikat. Kita hendaklah memberi perhatian kepada mereka antaranya:
1. Siapa kawan-kawannya?
Kadang-kadang pengaruh kawan-kawan di peringkat ini perlu diambil kira Pengalaman yang sudah-sudah menunjukkan walaupun masyarakat kampung yang terbiasa dengan didikan keagamaan namun apabila tiba di bandar atau kota, semuanya boleh berubah dengan sekelip mata. Kalau begitu, tugas ibu bapa dalam mendidik anak belum lagi selesai. Malah di waktu ini lebih mencabar lagi
2. Pengisian ilmu.
Perkara yang mesti dititikberatkan di peringkat ini
ialah:
ilmu tauhid, ilmu feqah dan ilmu tasawuf.
? membantu mereka dalam mujahadatunnafsi (melawan hawa nafsu)
? meningkatkan pengalaman mereka melalui latihan kemahiran.
? mematangkan fikiran mereka dengan mendedahkan kepada program luar.
Kesemua ini adalah ilmu yang mesti diberikan sama ada secara langsung atau tidak. Ilmu sebenarnya tidak semestinya disampaikan di tempat atau dimajlis-majlis rasmi saja, ia boleh disampaikan di mana-mana saja Bahagian pertama mungkin boleh diperolehi di sekolah, tapi bahagian lainnya tidak akan diperolehi di bilik darjah, bahkan alam sekitarlah sekolahnya secara tidak langsung. Mungkin teguran kawan boleh mendidiknya dan boleh jadi juga kesusahan kawan boleh mendidiknya. Lebih-lebih sikap dan akhlak ibu bapa sendiri memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi anak-anak.
Rasulullah SAW sendiri sentiasa mendidik para Sahabat tidak kira di mana sahaja sama ada di atas unta, di masjid, di pasar, di kedai-kedai, waktu rehat, ketika musafir, di majlis kenduri, di majlis kematian hatta di medan perang sekalipun, Rasulullah mendidik seseorang itu tanpa menangguh-nangguhkan masanya.
seseorang itu tanpa menangguh-nangguhkan masanya. Apabila dilihat saja seorang Sahabat melakukan kesalahan, terus dibetulkannya.
Misalnya, pernah berlaku pada suatu hari ketika Rasulullah membaca khutbah Jumaah, tiba-tiba masuk seorang Sahabat dan duduk tanpa bersembahyang sunat Tahiyatul Masjid, lantas baginda dalam khutbah itu terus meminta Sahabat tadi agar segera bangun untuk bersembahyang sunat. Rasulullah tidak menunggu habis sembahyang Jumaat untuk memberitahunya.
3. Mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka.
Ibu bapa dan pendidik hendaklah mengenal pasti watak dan tahap pemikiran mereka. Apakah mereka golongan cerdik pandai atau golongan yang ingin tahu atau golongan degil. Untuk berhadapan dengan anak remaja ini perlu kepada kaedah yang tidak sama di
antara satu sama lain.
a. Golongan cerdik pandai
Boleh jadi anak kita seorang yang bijak dan tinggi ilmunya. Untuk menghadapinya ibu bapa hendaklah
bijaksana juga. Apa yang ibu bapa sarankan kepadanya
hendaklah disertakan dengan dalil dan hujah yang tepat. Mereka mudah menerimanya jika hujan yang diberikan
itu dan munasabah.
b. Golongan yang ingin tahu
Boleh jadi juga kita mempunyai anak yang mudah mengikut tunjuk ajar atau telunjuk yang baik. Mereka ini mudah dihadapi, iaitu hanya dengan memberi ilmu dan nasihat yang baik serta contoh teladan yang baik dan mudah pula mereka mengikutnya.
C Golongan degil
Tidak kurang juga mereka yang mempunyai anak yang degil, yang tidak senang hati dengan sikap ibu bapanya. Untuk menghadapinya, ibu bapa hendaklah pandai membawa mereka berbincang secara empat mata. Minta dijelaskan perkara yang tidak disenanginya. Mereka memang suka berhujah dan berdebat. Di sinilah ibu bapa mesti pandai mematahkannya dengan baik.
Setelah jelas kebenarannya barulah mereka mahu menerimanya.
Ketiga-tiga golongan ini wujud di mana-mana sama ada di kalangan kanak-kanak, orang dewasa, muda-mudi mahupun orang tua. Oleh itu para pendidik mestilah mengenal pasti setiap golongan itu agar didikan yang disampaikan itu tepat pada sasarannya.
4. Tahu kaedah dan pendekatan pendidikan.
Di samping itu kaedah atau pendekatan pendidikan hendaklah selari dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Rasulullah. Ini kerana pendekatan yang dibawa oleh baginda sudah terbukti membawa kejayaan.
Pendidikan Rasulullah terbahagi Kepada dua peringkat:
Peringkat Makkah dan Peringkat Madinah.
Di peringkat Makkah, Rasulullah membangunkan insan. Manakala di peringkat Madinah, baginda memulakan pembangunan fizikal. Hasil dari proses didikan seperti ini, maka lahirlah masyarakat, negara dan dunia yang aman makmur serta mendapat keampunan Aliah.
Di sini disenaraikan kaedah pendidikan itu sebagai panduan para pendidik:
PEMBINAAN INSAN
Mendidik jiwa tauhid agar tumbuh rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang tinggi terhadap Allah SWT.
Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia. 'Kenal' Tuhan tidak sama dengan 'tahu' tentang Tuhan. Kalau sekadar tahu tentang adanya Tuhan, tahu bahawa Tuhan itu Maha Mendengar, Maha Melihat dan sebagainya, belum tentu seseorang itu takut dan cinta kepada Allah.
Seseorang yang benar-benar kenal Tuhannya dia pasti cinta dan takut kepada Tuhannya.
Inilah yang dilakukan oleh baginda di peringkat Makkah iaitu mengenalkan Tuhan kepada para Sahabat
selama 13 tahun sehingga mereka benar-benar cinta dan takut kepada Tuhan. Hati yang takut dan cinta kepada Tuhan sahaja yang mampu memikul syariat dan hukum-hakam dari Tuhan. Oleh sebab itulah setelah mereka benar-benar kenal Tuhan, barulah datang penntah syariat di penngkat Madinah yang mengambil masa 10 tahun sahaja. Ertinya mengenalkan Tuhan kepada manusia memakan masa yang lebih lama.
Oleh itu kita yang bercita-cita ingin menegakkan Islam dalam kehidupan diri, keluarga, masyarakat dan seterus negara dan alam sejagat ini, perlu berusaha mengenalkan Tuhan kepada anak-anak sejak kecil lagi.
Jadi anak-anak kita yang sudah meningkat remaja ini, tidak boleh kita paksa paksakan untuk melakukan syariat semata-mata. Apa yang lebih utama ialah menanamkan dalam hatinya rasa bertuhan dan rasa kehambaan seperti:
Merasa Maha Besarnya Allah, Maha Agungnya, Maha Berkuasa melakukan apa sahaja ke atas diri kita, Maha Pengasih dan Maha Penyayang, Maha Pemurah dan Maha Menghukum, Maha Adil dan lain-lain sifat Tuhan. Inilah yang dikatakan rasa bertuhan.
Manakala rasa kehambaan pula ialah merasa diri lemah, rasa diri tidak mampu, rasa tidak berkuasa apa-apa, rasa bodoh, rasa mengharap kepada Tuhan, rasa berdosa, rasa bersalah, rasa hina dina, rasa cemas dan bimbang dan lain-lain.
Antara usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai apa yang disebut di atas maka anak-anak
remaja ini hendaklah:
a. Dibawa berfikir tentang kekuasaan Allah.
b. Dibawa berfikir tentang kehebatan Allah.
c. Dibawa berfikir tentang kebaikan Allah.
d. Dibawa berfikir tentang rahmat AJIah serta nikmat-
Nya.
Banyak ayat Al Quran yang boleh membuka fikiran kita ke arah itu. Ayat-ayat itu yang kebanyakannya diturunkan di Makkah antaranya bertujuan:
1. Mendidik hati agar rasa rindu dengan Syurga Allah, rahmat-Nya, keampunan-Nya dan bantuan-Nya.
Misalnya:
a. Khabar gembira dari Allah tentang kebaikan
Syurga.
b. Khabar gembira dan Allah tentang rahmat Allah
yang tidak terhingga.
c. Khabar gembira dari Allah tentang sifat
keampunan Allah terhadap hamba-Nya yang bertaubat.
d. Khabar gembira dari Allah tentang jaminan-Nya
ingin membantu hamba-Nya yang bertaqwa. Bacakan selalu ayat-ayat Al Quran yang mengandungi khabar gembira di atas. Selain itu elok juga diceritakan sejarah orang-orang soieh
dan kejayaan mereka.
2. Mendidik hati manusia agar merasa gerun dengan Neraka dan azab Allah. Untuk mencapai ini, mereka hendaklah diingatkan selalu akan:
a. Buruknya isi Neraka
b. Dahsyatnya azab Neraka.
c. Ugutan Allah terhadap orang yang menentang kebenaran.
d. Kemurkaan Allah terhadap penderhaka hukum Allah.
3. Mendidik manusia agar melakukan amal soleh dan berakhlak mulia.
Ini boleh dilakukan dengan menceritakan kisah sejarah para nabi dan rasul serta orang soleh. Cerita-cerita itu boleh dijadikan panduan dalam beramal. Biasanya manusia akan berbuat sesuatu jika sudah ada contoh yang baik. Kalau begitu, didikan yang paling berkesan selepas menceritakan sejarah seperti itu ialah menunjukkan contoh teladan yang baik dari diri pendidik itu sendiri.
4. Mendidik manusia agar menghindari sifat-sifat jahat agar selamat dari api Neraka.
Untuk mendidik anak-anak ke arah ini, para pendidik bolehlah membaca sejarah orang yang menentang Islam dan Allah. Bagaimana mereka dihukum akibat menentang utusan Allah yang didatangkan kepada mereka, seperti kisah Firaun, Namrud, Qarun, Hamman. Jadi, pendidik adalah
digalakkan membaca sejarah itu dan
memperdengarkannya kepada anak didik mereka
MEMBANGUNKAN FIZIKAL
Setelah insan seorang Muslim itu terbina maka jiwa mereka mudah diperintah dan dilarang dengan sesuatu hukuman. Mereka mudah mematuhinya kerana jiwa mereka sudah bersedia memikul berbagai tanggungjawab.
Dengan kata-kata lain mudahlah mereka mengamalkan syariat dan hukum-hakam Tuhan sebagaimana yang dikehendaki oleh-Nya. Di sini jika mereka melakukan segala tugas yang dibebankan itu, mereka akan melakukannya dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Mereka tidak lalai dan sombong dengan kebolehan yang ada.
Dalam membina fizikal ini, mereka hendaklah dilatih dan didorong membuat sesuatu kerja mengikut bakat dan bidang masing-masing. Kerja yang dilakukan itu hendaklah pula diawasi agar tidak berlawanan dengan syariat Islam. Mereka boleh dilatih berniaga untuk melihat kejujuran dan amanah mereka, cara berurus niaga dengan betul dan cara melayan pelanggan. Mereka boleh dilatih mengajar, mengajar adik-adik dengan ilmu yang tepat. Mereka juga boleh dilatih menjadi jurubina, membuat rumah, juruelektrik dan lain-lain yang sesuai dengan umur mereka.
Aktiviti ini selain menjadikan fizikal mereka cergas dan aktif, boleh juga mendidik hati dan diri mereka untuk
mengamalkan ajaran Islam secara praktikal. Ini juga boleh memahamkan mereka bahawa ajaran Islam itu bukan sekadar menyuruh melakukan ibadah sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan zakat semata-mata malah segala aktiviti hidup juga boleh dijadikan ibadah.
Selain itu para remaja akan dapat menimba pengalaman di bidang yang menjadi minat dan bakat mereka. Ini amat berguna sekiranya di masa hadapan mereka ingin mendalami di bidang tersebut.
Para remaja ini adalah aset bangsa, agama dan negara. Oleh sebab itulah pendidikan sama ada di sudut insaniah mahupun lahiriah, amat penting untuk melengkapkan mereka sebagai pengganti perjuangan kita hari ini.
Kaedah yang dibentangkan di sini jika dapat diikuti dengan baik pastilah akan melahirkan generasi yang berilmu, beriman dan bertaqwa di samping berfikiran jauh, matang dan mantap. Ketika itu lahirlah masyarakat yang berakhlak mulia dan berbudi tinggi dalam sebuah negara yang aman makmur sebagaimana firman Allah:
"Negara yang baik (makmur) dan mendapat keampunan Tuhan." (Saba': 5)
Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

04 Anak Soleh Peringkat 10 12 Tahun

BAB 4
DIDIKAN ANAK SOLEH 10-12 TAHUN
Kanak-kanak yang sudah berusia sepuluh tahun sudah masuk ke peringkat matang. Di usia ini, mereka sudah dapat menilai apa yang dilihat. Di usia ini juga mereka sudah boleh dipertanggungjawabkan dengan sesuatu tugas. Malah mereka sudah ada pengaruh dan boleh mempengaruhi orang lain.
Berdasarkan ini, maka munasabahlah Islam meminta ibu bapa dan pendidik memberi didikan serius kepada kanak-kanak di usia ini. Di sinilah didikan final sebelum memasuki alam baligh. Lihat sabda Rasulullah SAW
Suruhlah anak kamu bersembahyang diusutnya tujuh tahun, dan pukullah mereka di usia sepuluh tahun (Jika tidak mahu sembahyang).
Hadis ini menjelaskan bahawa pendidikan yang pernah dibuat dalam lingkungan umur 7 hingga 9 tahun itu mesti diteruskan lagi di peringkat ini. Bezanya, pendidikan di waktu itu hanya sekadar suruh dan bimbing agar mereka melakukan amalan baik itu tatapi di
peringkat ini mesti ditekankan sedikit. Mereka yang masih mahu berdalih untuk tidak mahu melakukan amalan baik itu boleh dihukum dengan hukuman yang setimpal. Rasulullah menganjurkan agar mereka dipukul (rotan) dengan tujuan mendidik.
Perkara yang mesti diberi perhatian serius di usia ini ialah:
1. Ibadah Sembahyang dan Puasa
Ibadah sembahyang dan puasa yang pernah diajar sebelum ini hendaklah dipertingkatkan kualitinya. Di peringkat ini anak-anak hendaklah disuruh
e Menghafal dan memahami erti bacaan dalam
sembahyang supaya mereka faham apa yang mereka ucapkan itu.
? Memastikan mereka boleh bersembahyang
dengan tertib. Setiap pergerakan dalam sembahyang mestilah tertib. Misalnya rukuknya, sujudnya, duduk antara dua sujud, duduk tahiyat dan lain-lain mestilah tertib.
? Memastikan mereka benar-benar tahu
membezakan mana yang rukun, mana yang wajib. Demikian juga mereka sepatutnya benar-benar kenal perkara-perkara sunat, sunat ab'ad dan lain-lain dalam sembahyang.
? Dalam sembahyang berjemaah pula, di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah mampu mengikut imam dengan betul. Mereka tahu bagaimana mengikut imam ketika masbuk, ketika imam terlupa bilangan rakaat misalnya dan lain-lain.
? Namun sekiranya anak kita belum lagi dapat menguasai sembahyang sepenuhnya maka kita wajib memberikan bimbingan dan galakan kepada mereka. Bagi anak-anak yang masih liat untuk bersembahyang, kita wajib melatih mereka sehingga mereka tidak lagi mudah meninggalkannya.
Demikianlah antara didikan yang perlu dilakukan untuk melatih anak-anak bersembahyang. Andainya kanak-kanak susah hendak menurut tunjuk ajar, mungkin sesekali melakukannya dan di lain masa mereka meninggalkannya, ibu bapa tidak boleh berdiam diri dengan membiarkan mereka tidak bersembahyang Di sinilah perlunya menggunakan kaedah pukul sebagaimana perintah Rasulullah di atas tadi.
Rasulullah menyebut "pukul" di sini sebagai jalan keluar ke arah penyelesaian terakhir. Ertinya perintah pukul itu bukanlah suatu yang mesti. Jika ada jalan lain
yang tentu lebih ringan tetapi berkesan, eloklah digunakan. Andainya semua usaha tidak juga berhasil maka bolehlah dipukul.
Bagaimanapun, pukulan yang dimaksudkan bukan bermakna mendera mereka. Ada syarat-syaratnya pula dalam memukul anak. Antaranya:
? Tidak boleh memukul dalam keadaan marah dan
hilang pertimbangan. Jika rasa marah, tangguhkan dulu hukuman. Rotanlah mereka sewaktu hati telah sejuk.
? Berniat merotan itu kerana Allah Taala di samping
berdoa semoga dengan hukuman itu anak-anak akan insaf dan tidak mengulangi lagi perbuatan meninggalkan sembahyang.
? Tidak boleh memukul atau merotan di bahagian
muka atau kepala atau bahagian-bahagian yang lembut sehingga boleh membahayakan mereka.
? Tidak boleh memukul sehingga mencederakan
anak.
e Elok pukul di bahagian tapak kaki.
2. Panduan Bersuci
Bersuci sudah pun diajar di sekolah, dalam hal ini mungkin sebahagian daripada murid-murid sudah mahir
Tapi guru atau ibu bapa tidak seharusnya merasa puas dengan kepandaian mereka, perhatikan terus terutama setelah mereka berumur sepuluh tahun. Ini penting kerana di umur itu mereka sudah hampir kepada balighnya yang mana waktu itu mereka akan dipertanggungjawabkan dengan segala hukum Islam. Kalau mereka tidak dibiasakan dengan perlaksanaan hukum secara betul sebelum baligh, tentu menjadi susah untuk mereka melakukannya di waktu baligh.
Antara perkara yang perlu ditekankan dalam soal bersuci ialah:
Mengajar mereka cara mengambil air sembahyang dengan betul dan sempurna.
Perhatikan cara mereka membasuh anggota wudhuk dengan sempurna. Selagi tidak sempurna, suruh mereka mengambil semula wudhuk.
Cara menyuci pakaian dan tempat juga mesti diajar secara serius. Sesekali hendaklah disuruh mereka membasuh benda yang terkena najis. Perhatikan:
a. Cara mereka membuang ain najis.
b. Cara mereka membasuh benda atau tempat yang terkena najis.
Ajarkan juga tentang jenis-jenis air dan lain ilmu fardu ain yang berkaitan dengan bersuci.
3. Panduan dalam Bergaul
Dalam soal bermasyarakat, ibu bapa mestilah mengawasi pergaulan anak-anak. Eloklah dilarang
mereka berkawan dengan kanak kanak nakal atau jahat.
Sebaliknya pupukkan rasa hormat cinta dan kasih
kepada orang orang soleh Kalau sedari kecil mereka
terdidik begitu, pastilah mereka akan berhati-hati dalam setiap tindakan sama ada percakapan atau perbuatan. Nanti bukan saja mereka menghormati orang tua dan orang soleh malah terhadap kawan sebayanya.
Untuk mencapai ke tahap itu, beberapa dalam pergaulan hendaklah diingatkan selalu kepada
anak-anak:
a. Jangan dibiasakan berludah atau membuang
hingus di dalam sesuatu majlis atau di hadapan kawan atau di tengah ramai Sebaik-baiknya cari tempat yang terlindung seperti tandas untuk
membuangnya.
b. Janganlah dibiasakan duduk dengan
menyilangkan kaki di atas kaki. Begitu juga dengan tangan, jangan dibiasakan menungkat dagu atau menyandarkan kepala ke atas lengan. Ini semua
mewarisi sifat pemalas
c. Kawal mereka agar jangan terlalu banyak bercakap kerana banyak cakap itu adalah sifat keji.
d. Didik mereka agar tidak menghina atau
memperkecilkan orang lain
e. Jangan membiarkan mereka menghormati
seseorang kerana kekayaannya f. Jangan membiarkan mereka bersifat sombong
dengan kebolehan diri. g Jika berlaku dalam sesuatu majlis persoalan
mengumpat atau memfitnah orang lain, eloklah ditinggalkan saja majlis itu. h. Elakkan dari menceritakan kebolehan atau kepandaian diri, sebaliknya ceritakan kebaikan orang lain.
t. Kurangkan bergurau senda kerana ia boleh membawa kepada keburukan.
Ibu bapa dan para pendidik di sekolah seharusnya memainkan peranan yang serius agar sepanjang pergaulan sama ada sesama mereka mahupun dengan orang dewasa membuahkan akhlak yang mulia.
Di peringkat latihan ini memang sering mereka tersalah tetapi kesalahan itu boleh dibetulkan dengan segera. Cuma perlu diingat, kaedah menegur mereka hendaklah berhikmah, misalnya:
? Mereka sudah ada sifat malu, oleh itu eloklah buat teguran secara umum di dalam kelas tanpa menyebut nama
? Tidak boleh menegur di khalayak ramai. Jika peri u menegur secara direct, tegurlah secara empat mata
4 Memupuk Minat Membaca
Kanak-kanak di usia ini sudah boleh membaca dengan baik. Kepandaian mereka membaca itu hendaklah digalakkan ke arah minat membaca antaranya dengan:
1. Menyediakan mini perpustakaan di rumah.
2. Pandu anak-anak jenis-jenis buku yang elok dibaca, misalnya:
? buku-buku sejarah perjuangan Rasulullah dan
para Sahabat. Anak-anak hendaklah dibimbing ke arah memahami:
a. Cara perjuangan Rasulullah dan para Sahabat.
b. Akhlak mulia mereka. a c Cara hidup mereka.
d. Cara mereka menyelesaikan persoalan masyarakat.
e. Cara mereka meningkatkan keimanan dan ketaqwaan.
f. Kehebatan kepimpinan mereka.
Kesan dari pembacaan itu diharapkan mereka mencintai orang-orang soieh dan seterusnya
mencontohnya.
Bacaan ringan yang bergambar (boleh menarik minat mereka untuk membacanya).Yang pentingnya
bacaan itu dapat difahami dan dapat diambil iktibar.
? Majalah kanak-kanak dan komik yang ada unsur-unsur didikan Islam.
3. Selalu bersama mereka sewaktu membaca.
4. Ambil berat soal pelajaran sekolahnya; lihat buku kerja sekolahnya dan uji ingatannya tentang pelajaran yang telah diajar. Peruntukkan waktu malam untuk itu supaya mereka merasa diberi perhatian, dan agar mereka tidak hanya leka menonton televisyen.
5. Selain dari itu, mereka hendaklah digalakkan membaca Al Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sehari. Ini jika mereka masih dalam penngkat belajar membacanya, tidak cukup hanya dengan membaca di tempat belajar saja. mereka mesti disuruh membacanya di rumah sekurang-kurangnya dua kali dalam sehari.
6. Oi kesempatan itu, ibu bapa hendaklah memahamkan kepada mereka maksud isi ayat yang dibaca itu.
A. KANAK-KANAK MENJELANG BALIGH
Kanak-kanak sebelum memasuki alam balighnya akan mengalami sesuatu kelainan dari biasa, sama ada bagi kanak-kanak lelaki mahupun perempuan. Di antara yang ketara ialah:

? Sudah ada perasaan malu.
? Fizikal juga sudah ada perubahan ke arah tubuh
orang dewasa.
? Perempuan lebih cepat baligh dari lelaki, sebab
itu kita dapat lihat kanak-kanak perempuan lebih dulu malu dari kanak-kanak lelaki yang sebayanya.
? Jangkaan usia paling awal kanak-kanak
perempuan baligh ialah 9 tahun, akan tetapi kebiasaannya pada usia 11-15 tahun. Manakala kanak-kanak lelaki pula baligh di usia 12-15 tahun.
B. PENDIDIKAN SECARA PRAKTIKAL
Pendidikan yang tepat adalah pendidikan yang dilaksanakan untuk mendidik hakikat diri manusia, Ia merupakan didikan yang dilaksanakan secara saksama dan bersepadu dalam membina akal, nafsu dan roh manusia. Pendidikan ini sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan pendidikan Barat yang hanya
menumpukan pembinaan akal, fizikal dan nafsu semata-mata Maka lahiriah manusia yang tidak seimbang antara pembangunan akal, roh dan nafsunya.
Pendidikan secara praktikal ini termasuklah:
1. Bina insan melalui sembahyang
? Rasulullah memerintahkan ibu bapa agar memulakan didikan dengan menyuruh anak-anak yang berumur tujuh tahun menunaikan sembahyang. Ertinya, didikan secara praktikal sudah bermula sejak usia tujuh tahun. Malah ibu bapa wajib memukul anak-anak jika mereka mencuaikan sembahyang apabila telah mencapai usia sepuluh tahun.
? Oleh kerana persoalan sembahyang ini amat penting, ia mesti dilaksanakan secara berjemaah bersama ahli keluarga tanpa mengecualikan anak kecil kerana ia sangat mendisiplinkan seluruh kehioupan berkeluarga.
? Sembahyang yang diatur dan diprogramkan secara berjemaah adalah satu cara terbaik untuk mendidik anak-anak kerana sembahyanglah yang dapat membina peribadi agung sebagaimana generasi salafussoleh zaman dahulu. Inilah kaedah yang paling tepat dalam memulakan didikan.
? Melalui sembahyang yang benar-benar dihayati, akan lahir pada diri seseorang itu rasa bertuhan dan rasa kehambaan yang mendalam. Rasa bertuhan itu misalnya rasa hebatnya Tuhan, rasa gagahnya Tuhan, merasa betapa hebatnya
kebesaran Tuhan, rasa Tuhan sentiasa melihat
mendengar dan mengetahui apa saja yang bedaku
pada dirinya Rasa kehambaan pula seperti rasa
malu, rasa lemah, rasa dm hina dina. rasa harap kepada Tuhan, rasa takut kepada Nya dan lain
lain.
? Alhasil, lahirlah seorang penbadi yang kuat jiwanya
serta berjiwa besar kerana sandarannya adalah kepada Tuhan yang Maha Gagah, lahirnya peribadi yang berani menegakkan kebenaran, rajin, sabar, berdisiplin dan lain-lain. Inilah peribadi-peribadi yang mampu membina kemajuan lahiriah
dan rohaniah serentak sebagaimana generasi
dahulu.
2. Melatih kemahiran hidup
Anak-anak perlu dikenal pasti minat dan bakat mereka Kemudian bakat dan minat itu hendaklah
dipupuk dan disuburkan.
Mari kita iihat bagaimana masyarakat Australia mengajar anak-anak mereka untuk hidup supaya menjadi bangsa yang maju dan mampu berdikari Pelajar-pelajar sekolah dasar dibekalkan cake cup untuk dijual ketika keluar dari rumah menuju ke sekolah
Manakala pelajar-pelajar sekolah menengah pula diajar
supaya berdikari dengan bekerja di pejabat-pejabat setelah tamat waktu pengajian. Malah disokong pula oleh
majikan-majikan premis di tempat mereka bertugas
secara part-time. Mereka telah memulakan proses pembinaan bangsa sejak kecil lagi. Berbeza dengan fenomena yang berlaku di Malaysia, siswazah-siwazah universiti yang mengambil bidang pertanian dan ekonomi masih belum tahu apa itu marketing. Sedangkan bangsa lain telah menguasai tampok ekonomi negara.
Sebenarnya, inilah yang perlu diterapkan pada para pelajar melalui kursus praktikal di dalam atau luar negera. Barulah mereka tahu bagaimana bangsa yang maju melatih anak bangsanya. Bermula dari situ, bukan saja pelajar dapat menguasai ilmu melalui praktikal malah pendidik dapat mencungkil sifat-sifat positif dan negatif yang tercetus ketika praktikal sedang dilaksanakan. Barulah pendidik boleh mengenal dan mendidik nafsu, akal dan roh mereka.
Sebab itu, kita dapat saksikan umat Islam yang mempunyai empat puluh buah negara pun tidak kuat ekonomi, ketenteraan dan politiknya Mengapa perkara sebesar (sistem pendidikan) ini tidak dikaji? Sepatutnya OIC bersidang untuk memikirkan dan menyelesaikan masalah ini. Bukan hanya sekadar memikirkan tentang minyak.
C. KONSEP DEWASA MENURUT ISLAM
Mukallaf adalah seorang muslim, berfikiran waras dan telah mencapai usia baligh. Baligh merupakan turning point bermulanya tanggungjawab ke atas individu
muslim tadi. Ia berlaku seawal-awalnya dari usia sembilan tahun dan selewat lewatnya lima belas tanun Jika kita kaji pandangan ulama sekarang mengenai hikmah baligh, mereka hanya mampu mengatakan bahawa ini adalah masa bermulanya kewajipan mendukung hukum Tuhan, dosa dan pahala. Tidak lebih dari itu.
Sebenarnya, di sebalik kejadian Tuhan ini ada hikmah yang besar dan tersirat yang mesti ditanami oleh para pendidik, ibu bapa dan pemimpin. Jadi, apakah isyarat Tuhan di sebalik perkara tersebut?
Baligh ertinya seorang manusia yang telah dewasa dari segi batiniahnya sehingga diwajibkan untuk menunaikan perintah Tuhan dan meninggalkan larangan-Nya. Seolah-olah Tuhan ingin memberitahu kita bahawa didikan yang tepat semenjak kecil mendorong akal, nafsu dan roh untuk ikut dewasa bersama fitrah dan fizikalnya. Iru bermakna, usia baligh merupakan titik tolak bermulanya title dewasa bagi setiap individu Islam mahupun bukan Islam.
Tetapi kesan daripada didikan yang tidak seimbang, realiti yang berlaku sekarang sangat berbeza dengan apa yang dibuktikan oleh sejarah. Sebagai contoh, Sayidina Usamah bin Zaid telah dilantik sebagai panglima perang ketika umurnya lapan belas tahun
Sekarang, usia panglima tentera tiada
yang kurang dari
empat pulun tahun. Hassan Al Basri, pada usia mudanya telah diktiraf oleh Sayidina Ali untuk mengajar ulama
dan sahabat dalam Tafsir, Feqah, Tasawuf dan lain-lain sedangkan beliau dari Tabiin. Imam As Syafie pula telah dilantik menjadi mufti di Baghdad ketika berusia lima belas tahun.
Demikianlah contoh sejarah yang membuktikan kepada kita betapa pendidikan yang dilagangkan oleh orang-orang yang dilantik Tuhan sangat adil dalam meletakkan manusia pada tempatnya kerana sistem ini datang dari Tuhan yang menjadikan manusia dan semestinya Dia adalah Yang Maha Pakar dalam menentukan pendidikan yang tepat untuk mereka. Itulah rahsia bagaimana Rasulullah SAW berjaya membina empayar dalam tempoh dua puluh tiga tahun sahaja.
Tuhan beri isyarat dengan istilah baligh sebagai satu border kepada berakhirnya zaman kanak-kanak dan bermulanya zaman dewasa. Para pendidik perlu tahu, bukan fisiologi sahaja yang dewasa tetapi roh dan akal juga perlu dewasa juga. Malang sekalilah kalau sudah berumur tiga puluh tahun tetapi akalnya masih di peringkat kanak-kanak belasan tahun. Contohnya, ramai siswazah universiti yang telah menamatkan pengajian mereka tetapi tidak pandai cari makan sendiri. Ada golongan yang sudah berumur pula sibuk dengan hobi yang tidak bermanfaat seperti memikat burung, melaga ayam dan sebagainya. Sebenarnya, mereka adalah mangsa korban pendidikan yang salah
Inilah sebabnya mengapa pada zaman duhulu, ramai yang berkahwin awal. Mereka benar-benar
menjadi orang dewasa apabila baligh dan boleh berkahwn Sedangkan, kahwin bukan suatu perkara yang mudah. Mudahkah menjaga dan menyara anak orang? Bagaimana perkara ini berlaku kalau tidak melalui sistem pendidikan yang mematangkan dan mendewasakan manusia semenjak balighnya.
Oleh itu, kita perlu merancang untuk membina persekitaran yang selesa serta mengenal pasti anak-anak kita dalam menjayakan proses pematangan manusia hingga lahirlah kanak-kanak berusia tiga belas tahun yang mampu mendidik masyarakat seperti Imam As Syafie. Membina persekitaran yang merangsang pembinaan roh dan akal sebagai wadah melahirkan orang yang dewasa roh dan mentalnya seperti orang dewasa sehingga boleh menjadi ulama dalam usia muda. Perlaksanaan sistem ini mesti dimulakan sekarang supaya menjadi role-model kerana setakat ini kita belum mempunyai contoh untuk diketengahkan. Inilah perancangan untuk membentuk anak soieh di era globalisasi ini.
Ini satu paradigma baru institusi pendidikan di peringkat rendah supaya roh, akal dan nafsunya dewasa di hari mereka baligh. Hati mereka yang suci menjadikan mereka lebih hebat dari orang dewasa kerana tidak sempat melalui zaman gelap dan kotor. Oleh itu, mulai dan sekarang pastikan anak-anak kita tidak dibazirkan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa menjadi anak anak soieh yang menjadi aset agama, bangsa dan negara yang sangat berkualiti di masa akan datang.
Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi


03 Anak Soleh Peringkat 7 9 Tahun

BAB 3
ANAK SOLEH PERINGKAT 7-9 TAHUN
DALAM usia ini, kanak-kanak telah pun mula menjejak kaki ke alam persekolahan secara rasmi. Di sekolah, mereka dididik secara langsung oleh guru-guru. Pengalaman semasa di taman didikan kanak-kanak dulu menjadikan alam persekolahan tidak asing lagi bagi mereka. Dan alam persekolahan ini tentu lebih menyeronokkan malah mencabar.
Guru adalah pendidik terpenting selepas ibu bapa.
maka guru hendaklah betul-betul mengambil alih tugas ibu bapa semasa di sekolah. Apa yang diajar oleh ibu bapa di rumah hendaklah bersambung di sekolah juga. Ertinya selain memberi ilmu mengikut sukatan mata pelajaran rasmi di sekolah, guru hendaklah mengasuh dan mendidik mereka agar menjadi anak soleh. Ertinya pendidikan rohani murid mesti berlaku di sekolah, tidak
cukup menyampaikan ilmu semata-mata. A. Membimbing akhlak mulia
Seorang pendidik yang memiliki akhlak mulia lebih mudah mendidik murid-muridnya agar berakhlak mulia. Dirinya akan menjadi contoh dan ikutan kepada anak muridnya.
1. Latihan Berakhlak Baik Terhadap Guru.
Pertama-tama yang perlu dilatih pada usia ini ialah adab belajar terutama semasa berhadapan dengan guru:
a. Mulakan beri salam kepada guru.
b. Kurangkan bercakap kecuali apabila diminta bercakap.
C. Berdiri menghormati guru apabila guru hendak keluar.
d. Jangan membanding-bandingkan pendapat guru dengan guru yang lain di hadapannya
e. Ketika guru sedang mengajar, jangan berbual dengan kawan-kawan.
f. Jangan menyanggah pendapat guru dengan sikap atau perbuatan.
g. Jangan bertanya kepada guru di saat dia tidak bersedia untuk menjawabnya. Ini boleh jadi ketika itu dia sedang menyampaikan ilmu, waktu dia letih atau waktu ada perkara lain yang sedang difikirkan.
h. Muliakan guru dengan mencium tangannya.

1. Tidak mengata ngata guru di belakangnya j. Menghormati keluarga guru.
k. Mendoakan guru.
Adab-adab ini hendaklah selaiu diingat-ingatkan supaya menjadi satu amalan biasa. Adab-adab ini jika dipatuhi akan menjadikan ilmu yang dipelajari itu berkat.
2. Latihan Menghadapi Makanan
Dalam soal makan, pendidik eloklah mencerca kanak-kanak yang kuat makan di hadapan kawannya Tujuannya supaya ia terasa malu dan segera membuat perubahan. Mereka di peringkat ini memang banyak sifat tercela dalam soal makan, di antaranya:
a. Suka makan.
b. Banyak makan.
c. Sentiasa hendak makan.
d. Terlalu memilih makanan
Sifat-sifat ini tidak boleh dibiarkan tumbuh membiak dalam jiwa mereka; ia mesti dikawal. Caranya ialah dengan mengenakan disiplin yang ketat. Di
antaranya:
a. Jangan membiasakan mereka makan makanan
yang mewah dan sedap.
b. Biasakan sikap mendahulukan orang lain sebelum
menyuap makanan.
c. Jangan membiasakan mereka memandang tepat
pada makanan.
d. Tanamkan perasaan berpuas hati dengan makanan yang dihidang.
Disiplin seperti ini akan menjadikan mereka tidak gelojoh atau rakus dengan makanan. Amalan ini bukan saja untuk zaman kanak-kanak malah patut dikekalkan sehingga dewasa kelak.
3. Latihan Menghormati Orang Tua
Dalam soal menghormati orang tua, anak-anak hendaklah dilatih supaya mematuhi beberapa adab. Adab ini hendaklah diingatkan selalu sama ada dengan contoh yang baik dari ibu bapa atau gurunya mahupun melalui teguran Bentuk latihan yang boleh dibuat ialah:
a. Latih anak-anak agar sentiasa bersikap malu dengan orang yang lebih tua darinya.
b. Latih anak-anak supaya berlemah-lembut ketika berbual dengan orang yang lebih tua.
C. Latih anak-anak supaya sentiasa mendengar tutur kata orang tua dengan penuh perhatian.
Latihan ini penting supaya mereka tidak melakukan perkara yang kurang sopan atau kurang manis di hadapan orang-orang tua.
4. Latihan Sembahyang
Sabda Rasulullah SAW:
"Suruhlah anak kamu yang berusia tujuh tahun melakukan sembahyang, dan pukullah mereka (jika
mereka enggan) apabila sudah berusia sepuluh tahun."
? Disiplinkan mereka bersembahyang tepat pada waktunya. Ini mungkin agak susah sebab itu latihan ini mesti dilakukan secara serius Jika mereka sudah terbiasa dengan sembahyang diawal waktu sejak kecil lagi maka apabila dewasa kelak pasti ia menjadi mudah dan mereka akan rasa bersalah kalau melewat lewatkan sembahyang
? Latih mereka dalam soal bersuci seperti:
i.Kebersihan diri daripada najis dan hadas.
ii. Kebersihan pakaian daripada najis.
iii. Kebersihan tempat daripada najis.
? Ajar dan tatih mereka berwudhuk.
? Di peringkat ini anak-anak sepatutnya sudah tahu menghafal semua bacaan dalam sembahyang, yakni telah menguasainya di peringkat tadika. Jika anak kita belum menghafalnya maka kita wajib mengajar mereka bacaan-bacaan sembahyang
? Galakkan anak-anak bersembahyang jemaah bersama-sama ibu bapa.
5. Latihan Berpuasa
Puasa pada bulan Ramadhan eloklah digalakkan kepada anak-anak. Amalan puasa ini kalau tidak dibiasakan dari kecil nescaya akan menjadi berat kepada mereka di waktu dewasa kelak.
Jika anak-anak kita merasa berat untuk berpuasa, kita boleh
? Menggalakkannya berpuasa setengah hari.
? Kemudian tingkatkan berpuasa penuh tapi berselang hari.
? Dalam pada itu, elakkan menyimpan makanan di siang hari supaya jangan terbit keinginan anak-anak untuk makan.
Masyarakat Melayu agak beruntung kerana puasa sudah menjadi amalan biasa, ia disambut dengan gembira oleh semua lapisan masyarakat, baik kanak-kanak lebih-lebih lagi orang dewasa. Sepanjang bulan Ramadhan kantin sekolah tidak dibuka. Mahu tidak mahu mereka terpaksa berpuasa. Ini merupakan latihan yang agak baik. Cuma kita bimbang masyarakat akan datang menyangka ianya sebagai adat semata-mata. Akibatnya mereka melakukan sambil lewa saja
Atas kebimbangan ini, banyak lagi bentuk latihan yang perlu dibuat. Ini bergantung kepada kemampuan
kanak-kanak tersebut. Di antara bentuk latihan ialah
Menceritakan tujuan berpuasa selain daripada menunaikan perintah Allah, ia adalah untuk
mendapat sifat-sifat taqwa seperti belas kasihan
kepada orang susah, tawaduk, amanah, rasa diri
sebagai hamba yang lemah, terasa syukur atas nikmat Tuhan selama ini dan lain-lain

Melatih anak-anak agar berpuasa lahir dan batin
Puasa lahir ertinya meninggalkan makan minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa serta menjaga diri agar tidak melakukan maksiat seperti mengumpat, mencuri, berbohong dan lain-lain. Puasa batin pula ialah menjaga hati daripada sifat-sifat mazmumah yang keji seperti sombong, bakhil, gila dunia, gila puji. tamak, hasad dengki dan lain-lain.
Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi


02 Anak Soleh Peringkat 2 6 Tahun

BAB 2 ANAK SOLEH PERINGKAT 2-6 TAHUN

2-6 tahun
RUMAHTANGGA dan sekolah adalah dua institusi yang berpengaruh daiam pembentukan anak-anak di peringkat ini. Mereka mendapat bimbingan terus daripada:
1. Ibu bapa
2. Guru-guru tadika
Peringkat ini dinamakan pendidikan pra-sekolah. Sebenarnya pendidikan di peringkat ini adalah lebih mencabar kerana kanak-kanak tersebut sudah mula boleh bercakap dan menilai. Mereka ibarat cawan kosong yang bersedia menerima apa saja yang dituangkan ke dalamnya atau umpama kain putih yang sedia untuk dicorakkan apa saja di atasnya. Kalau perkara itu baik maka baiklah yang diterimanya, begitu jugalah sebaliknya.
Oleh itu dalam mendidik mereka hendaklah diberi penekanan kepada tiga aspek iaitu:
  1. Mendidik roh atau hatinya
  2. Mendidik jasmani
  3. Mendidik akal

1. Mendidik Roh atau Hatinya

  • Di peringkat umur ini ibu bapa wajib menanamkan asas-asas keimanan seperti memperkenalkan mereka kepada Allah dan sifat-sifat-Nya. Kenalkan sifat pengasih, penyayang, pengampun dan lain-lain terlebih dahulu barulah kenalkan sifat Qahhar, Jabbar dan lain-lain.
  • Kenalkan juga nama-nama rasul dan sifat-sifatnya, akhlak dan peribadi baginda sehingga anak-anak cintakan Rasul serta suka mengamalkan Sunnah baginda
  • Kenalkan nama-nama malaikat dan tugas tugasnya. Pendek kata, segala yang terkandung dalam Rukun Iman yang enam sudah diketahui dan dihayati oleh mereka.
Untuk menyampaikan ilmu ini semua, bolehlah dilakukan dalam berbagai cara mengikut daya kreativiti pendidik. Sekurang-kurangnya terdapat tiga pendekatan yang berkesan:
i. Memberi maklumat dalam perbuatan biasa.
ii. Bercerita.
iii. Bernasyid. sama ada ibu bapa sendiri atau melalui
kaset-kaset nasyid dan vcd nasyid yang boleh mendidik jiwa dan mental anak-anak.
Selain dari itu, ibu bapa juga hendaklah menitikberatkan perkara-perkara berikut:
  • Bersembahyang jemaah di tempat yang boleh dilihat oleh anak-anaknya. Sebaik-baiknya ada bilik sembahyang di rumah.
  • Ibu bapa atau pendidik hendaklah menunjukkan sifat-sifat terpuji untuk diteladani oleh anak-anak. Kanak-kanak memang mudah mendapat ilmu melalui meniru perbuatan orang lain, maka segala perbuatan baik yang kita lakukan akan mudah diikutnya.
  • Para pendidik terutama ibu bapa dan guru-guru janganlah melakukan kejahatan atau memperlihatkan pekerti buruk terutama di hadapan anak-anak kerana mereka juga akan menirunya.
  • Kita tidak boleh nafikan bahawa sifat-sifat nafsu yang keji memang sukar untuk dibuang terus dari hati, tetapi demi untuk mencapai pendidikan yang baik, maka ibu bapa hendaklah melatih untuk mengekang nafsu tersebut dan melatih untuk mengikisnya.
  • Para ibu bapa yang bercita-cita menjadikan anaknya berakhlak mulia, pilihlah nurseh atau taman didikan kanak-kanak yang watak pendidiknya mempunyai ciri-ciri akhlak mulia dan boleh mendidik anak-anak kita. Moga-moga dengan gabungan pendidik tersebut dengan ibu bapa yang baik itu menjadikan anak itu anak yang soleh juga.

2. Aspek Jasmani

Aspek jasmani tidak kurang pentingnya kerana ada pepatah menyebut: Akal yang sihat dari badan yang sihat.
Demikian juga ada maksud Hadis yang menyebut
"Allah lebih menyukai orang mukmin yang kuat "

Anak-anak di peringkat ini memang sentiasa suka bermain tidak kira masa dan apa saja. Namun ibu bapa hendaklah mengawasi mereka agar mereka tidak membuat perkara-perkara yang membahayakan. Contoh aktiviti yang membahayakan:

a. Bermain dengan alat permainan yang tajam atau lain-lain yang membahayakan.
b. Bermain sehingga lupa hendak balik ke rumah, lupa makan, lupa mandi dan lain-lain
c. Masih bermain di waktu senja.
d. Bermain di waktu malam.
Beri pemakanan yang seimbang dan berkhasiat. Elakkan anak-anak daripada memakan makanan ringan yang tidak berkhasiat.
Disiplinkan masa tidur mereka. Elakkan anak-anak daripada tidur selepas Subuh dan selepas Asar Galakkan mereka tidur qailulah (20 -30 minit sebelum Zuhur).
Melatih mereka agar menjaga kebersihan diri seperti:
menyikat gigi
mandi
memotong kuku dan lain-lain

Melatih adab-adab, antaranya:
a. Adab dengan orang tua
Maksud orang tua di sini ialah ibu bapa, guru-guru, abang dan kakak dan orang-orang tua. Di antara adabnya ialah:
  1. Memberi salam ketika bertemu.
  2. Berjalan di belakang atau di sisi mereka. Tidak mendahului mereka.
  3. Bertanyakan khabar.
  4. Bercakap perkara yang baik-baik.
  5. Menjawab pertanyaan dengan sopan.
  6. Kurangkan bercakap daripada mereka.
  7. Tidak mengeluarkan perkataan yang kesat, menghina atau tidak menghormati mereka.
  8. Tidak meninggi suara di hadapan mereka.
  9. Berusaha menunaikan suruhan atau permintaan mereka.
  10. Sentiasa ingin menghiburkan mereka.
Adab-adab ini perlu dilatih dan diingat-ingatkan sejak kanak-kanak itu pandai bercakap. ia hendaklah sentiasa diawasi lebih-lebih lagi setelah umur anak-anak mengingkat ke empat tahun. Kanak-kanak di peringkat itu memang suka bertanya kerana ingin tahu.
b. Adab makan dan minum
Suruh mereka membasuh kedua-dua belah tangan sebelum makan walaupun tangan tidak kotor.
Membaca doa sebelum makan, sekurang-kurangnya bacalah:
Ertinya:
"Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Penyayang.
Sebaik-baiknya bacalah:
Ertinya:
"Ya Aliah, berkatilah rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami dan peliharalah kami dari azab Neraka."
Mengambil makanan yang terdekat terlebih dahulu (kali yang kedua baru boleh mengambil yang lain) dan ambillah dengan tangan kanan.
Kecilkan suapan.
Mengunyah makanan hingga hancur sebelum menelan. Mengikut Imam Ghazali, makanan perlu dikunyah sebanyak 40 kali.
Elakkan memandang kawan yang sedang makan bersama kerana ini boleh menyebabkan dia merasa tidak selesa.
Jangan makan secara bersandar.
Makan setelah merasa lapar. Elakkan makan ketika kasih kenyang.
Berhenti makan apabila terasa kenyang (lebih baik lagi kalau berhenti sebelum kenyang).
Pungut sisa makanan yang terjatuh di luar (disunatkan melapik kain saprah yang bersih supaya makanan yang jatuh boleh dipungut dan dimakan).
Menjilat jari setelah selesai makan.
Akhirnya baca doa puji-pujian kepada Allah yang telah memberi rezeki.

Ertinya:
"Segala puji bagi Tuhan yang telah mengurnia-kan makanan dan minuman kepada kami dan menjadikan kami dari gotongan orang-orang Islam."
Adab minum:
  1. Membaca Bismillah dan doa seperti di atas.
  2. Tidak minum dalam keadaan berdiri.
  3. Memegang gelas atau bekas minuman dengan tangan kanan.
  4. Minumlah seteguk demi seteguk dan berhenti mengambil nafas.
  5. Tidak melepaskan nafas di dalam gelas.
  6. Ucapkan pujian kepada Allah setelah selesai minum.
Adab-adab ini hendaklah selalu diawasi oleh ibu bapa atau pendidiknya. Kanak-kanak memang mudah melupakan adab-adab makan dan minum. Mereka mudah sahaja untuk makan dan minum sambil berdiri bahkan sambil berjalan dan berlari. Oleh itu setiap kali mereka melakukan kesilapan, teruslah ditegur. Jika selalu diberi teguran, lama-kelamaan mereka akan terbiasa dengan adab tersebut.
Adab-adab ini penting demi menjaga kesihatan mereka supaya stabil atau seimbang. Sifat banyak makan, suka kemewahan dunia dan suka meminta minta adalah akhlak yang buruk. Dari itu kawal makan minumnya dan berikan makanan yang sederhana. Elakkanlah dan melayan segala permintaannya. Kanak-kanak jika sekali dilayan kehendaknya, akan dimintanya selalu.
Makanan yang taratur dan terancang akan melahirkan anak-anak yang cergas dan sihat
c. Adab masuk tandas
Kanak-kanak di peringkat ini memang belum pandai untuk menggunakan tandas dengan baik Ibu atau bapa memerlukan kesabaran dalam melatih mereka menggunakan tandas dengan betul dan beradab sesuai dengan kehendak Allah
dan Rasul.

Anak-anak yang tidak didisiplinkan sejak kecil dalan menggunakan tandas, ia akan terbawa-bawa hingga mereka dewasa kelak. Cuba kita lihat, tandas-tandas awam banyak yang kotor dan berbau busuk termasuklah tandas-tandas di masjid-masjid. Padahal kalau setiap orang ada rasa tanggungjawab tentu tidak terjadi sedemikian Oleh itu kitalah yang mesti mengajar anak-anak menggunakan tandas dengan betul.
Setiap umat Islam mestilah tahu bagaimana menjaga tandas agar sentiasa bersih. Islam adalah agama yang bersih dan cantik. Allah sendiri bersih dan cantik.
Rasulullah SAW ada bersabda:
"Kebersihan sebahagian dari iman."
Malanglah kalau umat Islam mengabaikan soal kebersihan ini. Di hari ini umat Islam sepatutnya merasa malu kepada orang yang bukan beragama Islam kerana mereka sungguh teliti tentang kebersihan. Di sesetengah negara bukan Islam, tandas mereka pun bersih, betapalah tempat tidur mereka. Oleh kerana itu, para ibu bapa serta pendidik diharapkan dapat mengambil perhatian serius dalam soal ini agar kanak-kanak Islam kini dilatih menjaga kebersihan.

Umat Islam tentu lebih baik dari orang bukan Islam, sebab itu soal masuk tandas pun diajar oleh Islam. Lihat, mana ada agama di dunia selain Islam yang mengajar adab masuk tandas. Ternyatalah Islam lebih serius. Di sini diturunkan beberapa adab masuk tandas supaya mudah para ibu atau pendidik melatih anak mereka.
Adab masuk dan keluar tandas
  1. Menutup kepala.
  2. Memakai alas kaki.
  3. Membaca doa masuk tandas. Ertinya:
    "Aku berlindung dengan Allah dari syaitan jantan dan syaitan betina." Jika terlupa membaca doa setelah masuk ke tandas, boleh membaca (di dalam hati) apabila teringat.
  4. Masuk dengan mendahulukan kaki kiri.
  5. Keluar dengan kaki kanan.
  6. Tidak membuang air sambil berdiri.
  7. Tidak bercakap ketika membuang air.
  8. Tidak membawa benda-benda mulia ke dalam tandas. Misalnya buku-buku atau kitab-kitab untuk dibaca di dalam tandas (sebagaimana dilakukan oleh sesetengah orang bukan Islam) termasuklah kertas, kain atau lain-lain yang bertulis ayat-ayat Al Quran.
  9. Tidak boleh membaca Al Quran atau menyebut nama Allah, para Sahabat atau nama-nama orang soleh di dalam tandas.
  10. Berdehem apabila membuang air kecil supaya kencing benar-benar tos.
  11. Membasuh kaki sebelum keluar.
  12. Membaca doa setelah keluar dari tandas.
Ertinya:
"Segala puji bagi Allah yang menghilangkan kekotoran padaku dan menyihatkan aku. "
Adab ini hendaklah dilatih selalu pada anak-anak terutamanya setelah mereka mencapai umur 4 tahun, la tentulah memakan masa yang agak lama untuk mereka menjadikannya amalan biasa. Para ibu atau pendidik tidak boleh jemu dalam melatih mereka, sebab kalau kita gagal mendidik dan melatih mereka bererti akan berlanjutanlah umat islam yang tidak dapat menilai pentingnya kebersihan sehingga hilanglah keindahan dan kecantikan Islam Itu.

2. MENDIDIK AKAL

Perkembangan akal kanak-kanak sebenarnya sudah mula aktif sejak dari dalam rahim lagi. Seteiah lahir ke dunia, mereka iebih terdedah kepada ilmu pengetahuan, maka akal mereka mula menyimpan maklumat. Maklumat ilmu yang pertama ialah huruf 'M', sebab itu kanak-kanak dari apa bangsa pun akan me nyebut. 'ma' atau 'mi' atau 'mak' gelaran untuk ibunya. Dari situlah berkembangnya akal mereka sehingga boleh menguasai bahasa ibundanya. Betapalah anak-anak di peringkat 2 hingga 6 tahun ini. Mereka mudah menangkap apa saja yang dilihat, didengar dan dirasa.
Sehubungan dengan ini, ibu bapa hendaklah:
  • Mengawasi anak agar tidak berkawan dengan kanak-kanak yang bersikap negatif. Ini untuk mengelak mereka daripada mendapat maklumat ilmu yang negatif seperti kata-kata carut-marut dan kata-kata kesat
  • Ibu bapa perlu menjaga percakapan mereka sendiri agar tidak terkeluar ucapan-ucapan yang tidak elok, apatah lagi kata-kata kesat ketika bertengkar dan seumpamanya. Setiap ucapan kita itu akan ditiru oleh anak-anak.
  • Kanak-kanak dalam usia 4-6 tahun tentu lebih serius diberi perhatian dalam pergaulan bahasa banyak diperolehi semasa usia ini hasil pergaulan dengan kawan-kawannya. Ibu bapa perlu memerhatikan bahasa percakapannya apakah lunak atau kesat. Jika ada yang kesat segeralah betulkan.
Perkembangan akal juga akan bertambah baik jika didedahkan kepada alam semula jadi. Mengurung mereka di dalam rumah semata-mata akan menyempitkan perkembangan akalnya.
Oleh itu sesekali eloklah keluar bersama anak anak melihat alam semesta ini, biar mereka melihat keajaiban ciptaan Allah.
Jika perkembangan akalnya cergas, pasti dia akan bertanya kepada ibu bapanya: Apa, mengapa, ke mana dan dan mana? Soalan itu hendaklah dilayan dengan baik dengan jawapan yang betul lagi memuaskannya.

Selain dari itu juga bolehlah diberikan beberapa buku terutama buku yang bergambar. Buku cerita bergambar amat berkesan kepada mereka walaupun mereka tidak mampu membacanya. Ibu atau bapa sebaiknya memandu mereka untuk memahami cerita itu. Latihan begini amat diperlukan menjelang mereka memasuki alam persekolahan secara langsung
Taman Didikan Kanak-kanak
Kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun telah pun masuk ke alam mumaiyiz. Mereka sudah boleh membezakan antara buruk dan baik, di antara suruhan dan tegahan dan sebagainya.

Didikan utama di peringkat ini ialah:
  1. Menanamkan dan menyuburkan sifat malu ke dalam din mereka.
  2. Melatih adab-adab seperti cara makan dengan betul, cara bergaul dengan kawan-kawan dan lain-lain.
  3. Membimbing akhlak mereka.
  4. Mengawasi tindakan mereka agar tidak melakukan perkara yang melanggar syariat.
  5. Membiasakan mereka dengan melakukan ibadah sembahyang.
Dalam usia ini juga mereka patut dimasukkan ke alam pra sekolah.
Mereka hendaklah dididik dan dilatih agar terbiasa dengan alam persekolahan, terbiasa dengan pergaulan dan terbiasa menggunakan peralatan persekolahan. Pendidik di taman-taman didikan ini adalah sebagai pengganti ibu bapa, maka peranan mereka tentulah sama seperti peranan ibu bapa juga
Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi


01-a Anak Soleh Peringkat 0 2 Tahun

Beri sepenuh kasih sayang kepadanya dan zahirkan kasih sayang itu dengan cara memeluk, mencium, membelai dan sebagainya. Jaga pendengarnya daripada muzik-muzik yang melalaikan atau lagu-lagu yang sia-sia, sebaliknya alunkan nasyid, tahlil, selawat dan zikir ketika mendodoinya

Mendidik di tahap-tahap ini tidak boleh dipandang remeh, malah menurut kata Imam Al Ghazali:
"Metod untuk melatih kanak-kanak adalah salah satu dari hal-hal yang amat penting . Dan anak merupakan amanat yang dipercayakan kepada ibu bapanya. Hatinya yang masih murni itu merupakan permata yang amat berharga, sederhana, dan bersih dari ukiran dan gambaran apa pun. Ia dapat menerima setiap ukiran yang digoreskan padanya, dia akan condong ke arah mana dia kita condongkan. "
Oleh sebab itu, apabila dia kita biasakan dan ajari dengan yang baik nescaya dia akan memperoleh kebahagian dunia dan Akhirat, manakala ibu bapanya, gurunya dan pendidiknya pun akan turut berbahagia pula bersamanya. Sebaliknya, apabila dia kita biasakan dengan sifat yang jelek dan dibiarkan begitu saja, maka dia akan celaka dan binasa. Dan semua tanggungjawab dalam hal itu terletak pada pundak pengasuhnya dan walinya.

Kata Imam Ghazali lagi:
"Walinya berkewajiban:
• menjaga anak tersebut dari segala dosa
• mendidik dan mengajarnya dengan budi pekerti yang luhur
• menjaganya agar tidak bergaul dengan teman yang nakal
janganlah sampai merosakkannya dengan kesenangan
janganlah mendorongnya untuk mencintai perhiasan yang serba indah dan barang mewah, ini akan menyebabkan dia setelah dewasa kelak akan menghabiskan usianya untuk mencari kesenangan dan kemewahan itu semata-mata
"


01 Sistem Pendidikan Anak Soleh

SABDA Rasulullah SAW:
Tuntutlah ilmu sejak dari dalam buaian sehingga ke liang lahad.
Ertinya, apabila lahir saja seorang bayi ke dunia, pendidikan untuknya telah pun bermula. Guru pertamanya sudah pasti ibu dan bapanya sendiri.
Justeru itu, seseorang yang hendak menjejakkan kaki ke alam rumahtangga mesti memperkemaskan diri dengan berbagai-bagai ilmu zahir dan batin. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu yang dapat mendidik diri agar menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa. Walaupun kita belum mencapai taraf taqwa, tapi sekurang-kurangnya sudah ada cita-cita untuk menjadi orang bertaqwa serta bercita-cita untuk melahirkan generasi yang soleh dan bertaqwa.
Gabungan antara lelaki dan perempuan yang beriman dan bertaqwa atau pasangan ada cita-cita Islam ini maka wujudlah sebuah rumahtangga Islam yang berasaskan iman dan taqwa Mereka tentu akan mencorak anak-anak mengikut kehendak Islam.
Di sini dapatlah kita faham bahawa didikan secara tidak langsung sudah bermula sejak dari pemilihan jodoh. Inilah tahap pendidikan yang pertama. Tahap-tahap pendidikan seterusnya adalah:
  1. Semasa ibu mengandung
  2. Selepas bayi dilahirkan
  3. Peringkat umur 0 hingga genap 2 tahun
  4. Peringkat umur selepas 2 hingga 6 tahun
  5. eringkat umur 7 hingga 9 tahun
  6. eringkat umur 10 hingga 12 tahun
  7. Peringkat umur 13 hingga 18 tahun
Mendidik anak pada tahap-tahap di atas tidak sama di antara satu sama lain. Mungkin ada orang merasa pendidikan peringkat pertama tidak penting lalu dibiarkan begitu juga. Mungkin juga ada orang menganggap mendidik di peringkat awal pertumbuhannya lebih mudah danpada yang lainnya lalu mereka menurut saja kehendak anak-anak mereka. Anggapan beginilah yang menyebabkan pendidikan anak-anak di peringkat seterusnya menjadi sulit sebab anak-anak telah dirosakkan pada tahap awal lagi. Sebenarnya Islam menganggap pendidikan di peringkat awal lebih susah berbanding dengan pendidikan di peringkat balighnya.
Perlunya kita mendidik anak-anak sehingga menjadi anak soleh kerana:
  1. Setiap ibu bapa dipertanggungjawabkan atas cara hidup anak-anak mereka di dunia dan akhirat.
    Firman Allah:
    "Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari azab api Neraka."
    Sabda Nabi SAW:
    "Setiap bayi dilahirkan di atas fitrah maka kedua ibu bapa merekalah yang menjadikan mereka Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
  2. Anak-anak soleh pembimbing rakan sebaya ke arah kebaikan.
    Sabda Nabi SAW:
    "Seseorang itu mengikut cara hidup kawannya." Sabda Nabi SAW lagi:
    "Seseorang itu akan bersama dengan sesiapa yang mereka cintai "
  3. Anak-anak soleh menjadi sebutan dan idola sesama mereka.
    Sabda Nabi SAW:
    "Siapa yang menyukai sesuatu maka dia akan banyak menyebutnya."
  4. Anak-anak soleh menenangkan hati ibu bapa dan masyarakat.
    Firman Allah:
    "Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami daripada isteri-isteri kami dan anak-anak kami
    permata hati kami dan jadikan kami pemimpin kepada orang yang bertaqwa.
    "
  5. Anak-anak soleh menjadi aset berharga ibu bapa mereka di akhirat.
    Sabda Nabi:
    "Apabila seseorang manusia meninggal dunia terputuslah seluruh amat ibadahnya kecuali tiga
    perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya,
    "

BAGAIMANA UNTUK LAHIRNYA ANAK SOLEH?

Proses melahirkan anak soleh sebenarnya bermula daripada sebelum perkahwinan lagi Proses pendidikan mengikut tahap-tahap itu ialah:

A. Memilih Pasangan

Ciri-ciri pasangan pilihan:
1. Beragama
  • Lihat dan selidik pengamalan syariat ayahnya dan datuknya terutama sembahyang.
  • Perhatikan akhlaknya bersama kawan-kawan, orang-orang tua.
  • Kaji amanah dan ketaatannya.
2. Bukan saudara atau keluarga dekat
  • Tidak digalakkan (makruh) berkahwin dengan keluarga yang dekat (sepupu misalnya) kerana melemahkan IQ anak.
3. Utamakan yang subur
  • Rasul berbangga dengan ramainya umat.
    Lihat bilangan ahli keluarganya untuk mengetahui kesuburannya.
4. Utamakan gadis

B. Pertunangan

  • Singkatkan tempoh pertunangan.
  • Bersungguh-sungguh memelihara syariat dalam tempoh pertunangan.
  • Pastikan ada muhram dalam setiap pertemuan.
  • Tidak bergaul bebas atau melakukan maksiat
    semasa bertunang.


C. Perkahwinan

a. Niat berkahwin hendaklah dibetulkan agar sesuai dengan syariat.

Antara niat-niat yang betul:
  • Berkahwin kerana hendak menegakkan sunnah Rasululullah SAW.
  • Berkahwin kerana hendak menggembirakan baginda SAW.
  • Untuk mendapat zuriat yang banyak dan soleh. solehah.
  • Ingin mendidik anak yang ramai supaya menjadi pejuang Islam yang berjaya membina empayar.
b Akad nikah
  • Pastikan kesohehan wali (yang benar-benar layak).
  • Carilah saksi-saksi yang benar-benar adil.
  • Minta kebenaran persetujuan pengantin perempuan sebelum bernikah.
  • Mahar yang rendah dan tidak menyusahkan bakal suami.
c. Walimah/ Kenduri kahwin
Betulkan niat dan tujuan iaitu:
  • Semata-mata untuk menghebahkan perkahwinan agar diketahui umum.
  • Mendapat doa dari yang hadir.
  • Majlis perkahwinan hendaklah:
  • Tiada percampuran bebas lelaki dan wanita.
  • Tiada makanan yang diharamkan.
  • Tiada hiburan yang melalaikan. Gantikan dengan nasyid pembangun jiwa.
  • Tiada pendedahan aurat pengantin dan pelanggaran syariat.

D. Sewaktu hubungan suami isteri


Hendaklah menjaga adab-adabnya seperti:
  • Pasang niat untuk mendapat yang soleh/solehah.
  • Menggunakan selimut.
    Kedua-duanya hendaklah berdoa seperti berikut: Ertinya:Ya Allah, jauhkanlah kami dari gangguan syaitan, dan jauhkanlah syaitan daripada apa yang Engkau rezeki kan (anak) kepada kami. "

E. Pergaulan suami isteri

Pergaulan suami-istri juga hendaklah dijaga agar benar-benar dalam keadaan yang diredhai Allah antaranya:
a. Perbualan mereka adalah:
  • Mengenai Allah dan Rasul
  • Iman dan Islam
  • Pendidikan anak-anak
  • Perjuangan Islam dan lain-lain
b. Sikap dan perbuatan:
  • Berkasih sayang
  • Bertanggung jawab
  • Bertolak ansur
  • Bekerjasama
  • Hormat-menghormati
  • Meminta maaf ketika bersalah
  • Memaafkan ketika pasangannya bersalah
  • Menerima pasangan dengan seadanya
  • Redha-meredhai
  • Memberi hadiah jika mampu
  • Doa-mendoakan
  • Hibur-menghiburkan
Sebenarnya semasa janin membesar lebih-lebih selepas kandungan berusia enam bulan, ia adalah makhluk yang cergas dan mampu mengesan berbaga perkara, antaranya:
  1. Janin boleh melihat, mendengar dan belajar di dalam kandungan.
  2. Janin dapat maklumat secara terus dari ibunya perasaan gelisah, kebimbangan yang sukar diatasi sudah memberi kesan buruk kepada peribadi bayi sebelum lahir. Sebaliknya perasaan seperti riang gembira dan pengharapan memberi satu galakan dalam perkembangan emosi yang sehat bagi bayi itu.
  3. Perasaan bapa (suami) kepada ibu (isteri) dan anak yang dikandungnya juga adalah di antara faktor terpenting yang menjamin kejayaan dan kesempurnaan kandungan dalam rahim.
Berdasarkan sensitifnya perasaan janin itu, para ibu bapa perlulah:

  1. Mengambil berat soal-soal kebaikan dan dalam masa yang sama menjauhi keburukan.
  2. Yang paling utama, si ibu hendaklah selalu bersangka baik dengan Allah. Untuk itu berdoalah kepada Allah agar anak yang sedang dikandung itu menjadi anak soleh, berilmu, beramal dan bertaqwa
  3. Banyakkan membaca Al Quran dan menghayati isinya terutama Surah At Taubah, Surah Maryam, Surah Yusuf dan Surah Luqman
  4. Surah-surah itu sebaik-baiknya dibaca di waktu lepas sembahyang Subuh dan sebelum tidur
  5. Bacalah di samping mengharapkan anak yang dikandung itu selamat dan mudah dilahirkan.
  6. Membaca dan menghayati kisah-kisah orang soleh zaman dahulu.

Secara ringkas, seorang ibu yang sedang mengandung itu hendaklah menjaga:
  1. Penglihatan
  2. Pendengaran
  3. Percakapan
  4. Makan minum
  5. Sikap

F. Selepas Bayi Dilahirkan

Dalam menyambut kelahiran sebaik-baiknya hendaklah:
  1. Melahirkan bayi di klinik orang Islam yang mementingkan syariat.
  2. Disambut dengan azan dan iqamah.
  3. Diadakan aqiqah dan diberi nama yang baik (sunat dilakukan pada hari ketujuh)
1. Diazankan

Hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya bagi kanak-kanak lelaki. Bagi kanak-kanak perempuan hendaklah diiqamatkan di kedua-dua telinganya.

Ibnu Abbas r.a. ada menceritakan:
Bahawa Nabi SAW mengazan di telinga (kanan) Hasan pada hari dia dilahirkan dan iqamah di telinga kirinya.

2. Mendoakannya
Setelah diazankan, iringi dengan doa agar anak itu beroleh berkat. Sebaik-baik doa ialah doa yang pernah didoakan oleh Rasulullah:
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan dan gangguannya dan setiap penggoda yang jahat" (Riwayat al Bukhari)

3. Mentahnik

Untuk lebih berkat lagi hendaklah dipanggil seorang yang soleh lagi bertaqwa agar diusapkan jarinya di lelangit mulut bayi itu dengan benda manis. Aisyah r.a menceritakan:
"Bahawa Rasulullah SAW apabila dibawakan kepadanya bayi-bayi, maka didoakan keberkatan mereka dan diusap lelangit mulut mereka." (Riwayat Muslim)
Ini adalah didikan awai yang amat berkesan.Dalam menyambut kelahiran sebaik-baiknya hendaklah:
  1. Melahirkan bayi di klinik orang Islam yang mementingkan syariat.
  2. Disambut dengan azan dan iqamah.
  3. Diadakan aqiqah dan diberi nama yang baik (sunat dilakukan pada hari ketujuh)
1. Diazankan

Hendaklah diazankan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya bagi kanak-kanak lelaki. Bagi kanak-kanak perempuan hendaklah diiqamatkan di kedua-dua telinganya.

Ibnu Abbas r.a. ada menceritakan:
Bahawa Nabi SAW mengazan di telinga (kanan) Hasan pada hari dia dilahirkan dan iqamah di telinga kirinya.

2. Mendoakannya
Setelah diazankan, iringi dengan doa agar anak itu beroleh berkat. Sebaik-baik doa ialah doa yang pernah didoakan oleh Rasulullah:
"Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala syaitan dan gangguannya dan setiap penggoda yang jahat" (Riwayat al Bukhari)

3. Mentahnik

Untuk lebih berkat lagi hendaklah dipanggil seorang yang soleh lagi bertaqwa agar diusapkan jarinya di lelangit mulut bayi itu dengan benda manis. Aisyah r.a menceritakan:
"Bahawa Rasulullah SAW apabila dibawakan kepadanya bayi-bayi, maka didoakan keberkatan mereka dan diusap lelangit mulut mereka." (Riwayat Muslim)
Ini adalah didikan awai yang amat berkesan.
Mereka sejak dari kecil lagi telah diperkenalkan dengan Allah dan Rasul-Nya melalui azan dan iqamat
Doa yang dibacakan itu juga adalah sebagai pendidikan secara tidak langsung. Doa sebagai pengharapan ibu bapa kepada Tuhan agar Dia mendidik dan memelihara anaknya itu menjadi anak yang soleh.
Doa juga sebagai latihan awal ke arah menjadi hamba yang tawadhuk. Seorang hamba yang baik sentiasa merendah diri dan merasa hina di hadapan Allah. Mereka merasa lemah dan berdosa terhadap Allah, lalu dengan itu doa selalu dipanjatkan. Perasaan begini akan berkesan kepada jiwa anak itu, semoga mereka menjadi baik akhlaknya.
4. Kewajiban pada hari ketujuh

Apabila bayi itu memasuki umur tujuh hari maka disunatkan kepada ibu bapa supaya:
a. Mengaqiqahkan untuk anaknya.
Anak lelaki - dua ekor kambing atau 2/10 bahagian lembu.
Anak perempuan - seekor kambing atau 1/10 bahagian lembu.

b. Mencukur rambutnya.

Pada hari itu juga disunatkan mencukur rambut anak itu keseluruhannya, sama ada anak itu lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW:
"Setiap anak itu dilahirkan tergadai sehinggalah disembelih kan aqiqahnya pada hari yang ketujuh selepas kelahirannya, dicukur rambut dan diberikan nama yang baik untuknya." (Riwayat Abu Daud)

Rambut yang dicukur itu hendaklah ditimbang dan berat rambut itu dinilai dengan berat emas. Nilaian emas itu disedekahkan kepada golongan yang memerlukan.

c. Memberi nama kepada anak.

Menurut Hadis di atas, pada hari itu barulah diisytiharkan nama kepada anak itu. Nama yang dipilih hendaklah nama yang elok. ia bukan sekadar sedap disebut dan didengar tetapi juga mempunyai erti yang baik. Pilihan nama yang baik adalah merupakan satu pengharapan dan doa ibu bapa agar anaknya menjadi sebaik nama yang diberi itu.

Rasulullah ada memberi panduan

"Berikanlah nama anak kamu dengan nama nabi-nabi, sungguhpun begitu mama yang paling disukai Allah ialah nama Abdullah dan Abdur Rahman, manakala nama yang paling sesuai lagi elok ialah Haris dan Hammam." (Riwayat Abu Daud dan Masai)

Nama yang kita pilih itu hendaklah disertakan dengan niat agar anak kita itu menjadi seperti peribadi Sahabat atau salafussoleh yang memiliki nama tersebut Tradisi memilih nama yang berunsur Barat atau hasil gabungan nama ibu dan ayah sepatutnya tidak diulangi lagi. Umat Islam mempunyai nama yang tersendiri

Kewajipan memberi makanan yang bersih

Makanan yang dimakan akan mempengaruhi hati Makanan yang halal akan menjadikan seseorang itu baik. dan sebaliknya makanan yang haram akan menggelapkan hati dan membentuk seseorang menjadi jahat.
Oleh kerana itu pemakanan anak anak hendaklah diawasi sedari kecil lagi agar mereka tidak memakan makanan yang haram atau syubahat. Makanan haram yang dimaksudkan di sini meliputi segala makanan yang diharamkan oleh Allah atau makanan yang dibeli dengan uang yang haram.
Bagi ibu yang menyusukan anak hendaklah menjaga makanannya kerana terbentuknya susu itu berpunca daripada makanan yang ibu makan setiap hari.Seandainya susu ibu terbentuk dari bahan yang haram, ia akan memberi kesan kepada anak.
Tempoh masa untuk menyusukan bayi sehingga umurnya mencapai dua tahun. Ertinya, paling lama seorang anak itu menyusu ialah selama dua tahun Selepas dua tahun bolehlah ibu itu menghentikan susuan untuknya.
Ketika menyusu, anak paling hampir dengan ibunya; bayi itu dididik secara tidak langsung di 'sekolah ibu' dan sudah pasti banyak ilmu yang bayi itu perolehi seperti ilmu kasih sayang, latihan bercakap dan sebagainya.
Setiap bayi yang dilahirkan ibarat kain putih, suci bersih. Mereka belum lagi dicorakkan dengan apa-apa corak. Oleh itu ibu bapa perlu menyiapkan diri dan bersedia menjadi pendidik. Mereka mestilah memahami tahap-tahap perkembangan kanak-kanak. Tahap yang paling penting ialah di peringkat 0-2 tahun dan peringkat 3-6 tahun.
Artikel ini adalah bagian dari buku Panduan Anak Soleh yang berisi panduan-panduan untuk anak soleh dari Abuya Syeikh Ashaari bin Muhammad At Tamimi

KREDIT- BLOG KAWAN SEJATI 


PENDIDIKAN ANAK DENGAN SOLAT PDF Cetak E-mail



PENDIDIKAN ANAK DENGAN SOLAT
Oleh : Y.B S.S Dato’ Hj.Mohd Murtadza bin Hj. Ahmad
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus


MUQADDIMAH

Menurut Imam al-Ghazali[1] mendapatkan anak merupakan tujuan utama perkahwinan. Ianya untuk mengekalkan keturunan supaya dunia ini terus dihuni oleh manusia. Kemudian, beliau menyatakan empat faktor yang menjadi galakan kepada pasangan suami isteri supaya mempunyai ramai anak iaitu:
  1. Seiring dengan kasih Allah atas usaha mengekalkan manusia (sebagai khalifah) di muka bumi.
  2. Mengharapkan kesukaan Nabi saw kerana meramaikan umatnya.
  3. Mengharapkan keberkatan anak yang soleh dengan doanya.
  4. Mengharapkan syafa‘at sekiranya anak tersebut meninggal dalam usia muda.

Anak merupakan anugerah Allah dan tanggungjawab yang berat yang diamanahkan atas bahu ibu bapa. Pentarbiahan anak-anak dengan didikan yang baik wajib ditunaikan oleh ibu bapa atau sesiapa yang mengambil tugas mereka dan tanggungjawab ini tidak boleh dipandang sepi. Amanah yang wajib ini hendaklah dijaga dengan baik dan janganlah dikhianati. Pastinya tanggungjawab yang wajib dilaksanakan dengan sepenuhnya ini tidak sunyi daripada cabaran dan dugaan. Sehubungan dengan itu, hendaklah kita sentiasa prihatin untuk mengwujudkan keluarga bahagia.

            Disebabkan kebelakangan ini terdapat pelbagai bentuk serangan yang dilancarkan terhadap umat Islam terutama terhadap golongan remaja yang mudah terpengaruh maka Rasulullah saw telah berpesan supaya menjaga golongan remaja ini dengan sabdanya:

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أُوصِيكُمْ بِالشَّـبَابِ خَيْرًا، فَإِنَّهُمْ أَرَقُ أَفْئِدَةٍ، لَقَدْ بَعَثَنِيَ اللهُ بِالحَنِيفِيَّةِ السَّمْحَةِ، فَحَالَفَنِي الشَّـبَابُ وَخَالَفَنِي الشُّـيُوخُ.

Yang bermaksud, Rasulullah saw bersabda: Aku berpesan supaya kamu berbuat baik kepada orang muda. Sesungguhnya mereka dikurniakan Tuhan perasaan yang sangat sensitif. Ketika aku diutuskan membawa agama yang suci murni ini, kebanyakkan pemuda zamanku mendokongku dan kebanyakkan orang tua-tua menentangku.

Tujuan serangan perosak remaja pada zaman ini ialah untuk mengasingkan generasi Islam itu sendiri daripada syariat Islam yang mana telah memprogramkan untuk penganutnya satu manhaj yang mampu menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Lantaran menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk menyelamatkan ahli keluarganya daripada kehancuran. Allah swt berfirman,


Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnnya: manusia dan batu (berhala). [2]


DIDIKAN ANAK DENGAN IKATAN ROHANI KEPADA ALLAH[3]

Mendidik anak melalui pendekatan rohani adalah bertujuan membersihkan lagi roh atau jiwa anak-anak agar ia semakin suci dan bercahaya. Natijahnya,terpancarlah di hati mereka keimanan dan keikhlasan dalam beribadat. Terdapat beberapa manhaj yang dianjurkan oleh Islam berkaitan ikatan rohani untuk mengekal serta menjaga hati anak-anak supaya terus bersih, suci, bercahaya dan ikhlas. Antaranya:

Didikan Rohani Dengan Ibadah.

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.[4]

Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Dikiaskan juga solat dalam hadith ini ialah ibadah-ibadah lain seperti puasa, haji dan zakat bahkan hendaklah kita memberi kefahaman kepada anak-anak bahawa ibadat menurut Islam tidak terbatas kepada empat perkara ini sahaja tetapi merangkumi segala amal soleh seperti perkara halal haram sejak mereka kecil lagi sebagai didikan dan membentuk jiwa yang beragama yang dapat mengawal dirinya daripada kesesatan. Oleh itu, hendaklah kita sentiasa menunjuk ajar anak-anak kita perbezaan baik dan buruk, masalah halal dan haram, antara hak dan batil. Di samping itu, ibu bapa hendaklah menjadi tauladan seperti melakukan apa yang dihalalkan dan meninggalkan apa yang dilarang. Hal ini ditegas oleh Rasulullah dengan sabdanya,

اعْمَلُوا بِطَاعَةِ الله، وَاتَّقُوا مَعَاصِى الله، وَمُرُوا أَوْلاَدَكُم بِامتِـثَالِ الأَوَامِر، وَاجْـتِنَابِ النَوَاهِى، فَذلِكَ وِقَايَة لَهُمْ وَلَكُمْ مِنَ النَّارِ.[5]

Yang bermaksud, Kerjakanlah olehmu  amalan ketaatan kepada Allah,  takutlah kamu daripada melakukan maksiat, suruhlah anak-anak kamu melakukan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang. Sesungguhnya itu adalah pendinding bagi mereka (anak-anak kamu) dari dirimu daripada api neraka.

            Didikan Rohani Dengan al-Quran

Diriwayatkan oleh al-Tabrani, daripada Ali Karamallahu Wajhah, Nabi saw bersabda,

أَدِّبـُوا أَوْلاَدَكُمْ عَلَى ثَلاَث خِصَال: حُبُّ نَبِيَّـكُمْ، وَحُبُّ آل بَيْتِهِ، وَتِلاَوَةُ القُرْآن، فَإِنَّ حَمْلَةَ القُرْآن فِى ظِلِّ عَرْشِ الله يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ مَعَ أَنْبِيَائِهِ وَ أَصْفِيَائِهِ.

Yang bermaksud, Didiklah anak-anak kamu dengan tiga perkara ini: Cintakan Nabi kamu, kasihkan Ahli keluarganya, dan membaca al-Quran. Sesungguhnya penghafaz al-Quran bernaung di bawah ‘Arsy Allah pada hari tiada lagi naungan kecuali naungan Allah bersama para Anbia’ dan Asfia’Nya.
           
            Sabda Nabi saw,
قال رسول الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ القُلُوبَ تَصْدَأُ كَمَا يَصْدَأُ الحَدِيد. قِيْلَ : يَا رَسُولَ الله  وَمَا جَلاَءُهَا؟ فَقَالَ : تِلاَوَة القُرآن وَذِكْر المَوْت.
أخرجه البيهقى
           
Yang bermaksud, Sabda Rasulullah saw, sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.

Selain itu, kesan membaca al-Quran di rumah sebagaimana hadith Nabi saw,
البَيْتُ إِذَا قُرِئَ فِيْهِ القُرْآنُ حَضَرَتْهُ المَلاَئِكَةَ وَتَنَكَّبَتْ عَنْهُ الشَّيَاطِينُ (أَيْ تَبَاعَدَتْ عَنْهُ) وَاتَّسَعَ عَلَى أَهْلِهِ وَكَثُرَ خَيْرُهُ وَقَلَّ شَرُّهُ وَإِنَّ البَيْتَ إِذَا لَـمْ يُقْرَأْ فِيهِ القُرْآنُ حَضَرَتْهُ الشَّيَاطِينُ وَتَنَكَّبَتْ (أَيْ تَبَاعَدَتْ) عَنْهُ المَلاَئِكَةُ وَضَاقَ عَلَى أَهْلِهِ وَقَلَّ خَيْرُهُ وَكَثُرَ شَرُّهُ 
           
Yang bermaksud, Rumah yang dibaca di dalamnya al-Quran, akan dikunjungi para Malaikat dan dijauhi para syaitan dan selesa kehidupan ahli rumah tersebut dan banyak kebaikan dan kurang kejahatan dan adapun rumah yang tidak dibaca al-Quran di dalamnya dikunjungi para syaitan dan dijauhi para Malaikat, tidak selesa kehidupan ahli rumah tersebut, sedikit kebaikan dan banyak kejahatan.

            Mendekatkan Anak Dengan Masjid
           
Masjid dalam Islam memainkan peranan yang sangat penting untuk pembentukan diri seorang muslim dan juga membina masyarakat Islam. Bagi masyarakat Islam di bawah kepimpinan Rasulullah saw ketika di Madinah, masjid adalah tempat memupuk peribadi-peribadi muslim dan muslimat sehingga ia cukup kuat dan tahan untuk menjadi asas dan bahan dalam membina masyarakat Islam yang padu dan kuat. Dari aspek apa pun ditafsirkan, langkah dan tindakkan Rasulullah saw itu ternyata bahawa masjid merupakan kilang memproses, mendidik serta membentuk teras-teras dan asas-asas keperibadian muslim. Ini kerana daripada masjid inilah lahirnya graduan-graduan para sahabat yang memiliki keperibadian yang teguh dan utuh dengan ketaqwaan, keberanian, keilmuan dan amalan untuk menegakkan negara Islam selepas wafatnya Rasulullah saw.

Didikan Rohani Dengan Berzikir (mengingati) Allah.

Firman Allah swt,

Yang bermaksud, Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum-hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan: dan bersyukurlah kamu kepada Aku dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu). [6]

FirmanNya lagi,

Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman! (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan dan sebutan yang sebanyak-banyaknya. [7]

Zikir ialah menyebut dan mengingat Allah dalam semua keadaan sama ada melalui akal, hati, lisan dan perbuatan. Sesungguhnya kedamaian jiwa dan kesejahteraan hati serta kelapangan dada adalah merupakan sebesar-besar kebahagiaan di dunia ini. Meskipun terdapat pelbagai pendapat mengenai konsep kebahagian namun pada realitinya ia mendustai segala pengertian kebahagiaan yang diangan-angankan pada harta, pangkat dan kedudukan selagi ia tidak dibina atas ketaatan kepada Allah dan mengikut Rasulullah. Allah swt menerangkan bahawa kedamaian itu bergantung kepada mengingatiNya Yang Maha Agung. FirmanNya,

Yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia. [8]

Dengan mengingati Allah, diharap akan menjadikan iman kita bertambah serta meningkatkan ketaqwaan kita kepadaNya. FirmanNya,

Yang bermaksud, Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibaca kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jua berserah. [9]


PENDIDIKAN ANAK MELALUI SOLAT

Firman Allah,


Yang bermaksud, Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. [10]

Firman Allah mengenai nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya,


Yang bermaksud, “Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala’ bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [11]

عن عمرو بن شُعَيْبٍ عن أَبِيهِ عن جَدِّهِ قَالَ، قَالَ رسولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْع سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءَ عَشْرِ سِنِينَ، وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي المَضَاجِعِ.

Yang bermaksud, Daripada ‘Amru bin Syu‘aib, daripada bapanya, daripada datuknya berkata, sabda  Rasulullah saw: “Perintahlah anak-anakmu mendirikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun serta pisahkan tempat tidur mereka.

Di dalam hadith ini dinyatakan tiga perkara yang perlu  dilakukan sebagai didikan awal kepada anak-anak iaitu:

        i.      Perintah mendirikan solat ketika berumur tujuh tahun.

Menurut al-Syeikh ‘Izzuddin ‘Abdul Salam, lafaz perintah di sini ditujukan kepada ibu bapa. Mereka hendaklah menyuruh anak-anak mereka supaya mendirikan solat setelah mengajarnya dengan syarat dan rukun-rukun solat, sama ada ibu bapa itu sendiri mengajarnya atau dengan mengupah orang lain untuk mengajarnya. Secara asasnya, pembentukkan sahsiah anak-anak dipengaruhi pada dua keadaan:
Pertama: Pendidikan dalaman iaitu rumah ibu bapa itu sendiri sebagai sekolah dan medan tarbiyah.
Kedua: Pendidikan luaran seperti masjid, surau dan sekolah-sekolah yang disediakan oleh kerajaan.

Justeru, Islam mewajibkan ibu bapa supaya melakukan contoh yang terpuji, berbudi pekerti dan peribadi yang terpilih di hadapan anak-anak. Perkara ini amat penting bagi mereka kerana anak akan mengikut dan bertabiat sepertimana apa yang dia lihat, sama ada mengikutinya dengan sengaja atau tanpa disedari. Begitu jugalah hal keadaannya di sekolah iaitu guru-guru. Ini kerana mengikut pandangan murid-murid, peribadi guru merupakan peribadi sejati dan mereka juga banyak menghabiskan masa bersama guru.

Oleh itu, perlulah guru bersikap mulia terutama di hadapan murid-muridnya supaya tidak berlaku sepertimana pepatah melayu “Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari”.

               Selain itu, Islam menggalakan kita segera mendidik anak-anak di usia muda sebelum mereka disibukkan dengan pekerjaan. Sebagai contoh Imam al-Syafi‘i telah menghafaz al-Quran ketika berumur tujuh tahun, menghafal kitab al-Muatta’ ( الموطاء ) ketika berumur sebelas tahun dan mempu memberi fatwa apabila berumur lima belas tahun. Diceritakan Sufian bin ‘Uyainah apabila ditanya tentang fatwa atau tafsir maka beliau menghampiri Imam al-Syafi‘i lalu berkata: “Kamu tanyalah kepada budak ini”.

Di dalam hadith ini, dijelaskan agar kita menyuruh anak kita mendirikan solat. Melalui solat, kita diajar untuk menghargai nilai waktu dan masa. Kita akan menggunakannya dengan aktiviti yang berfaedah dan tidak mensia-siakannya. Allah berfirman mengenai waktu dan masa,
           
Yang bermaksud, Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. [12]

Justeru, Islam sangat mementingkan waktu kerana waktu menjadi hitungan bagi seluruh manusia. Setiap waktu yang berlalu dan pergi itu tidak akan kembali lagi. Harga satu waktu itu tidak boleh dicari ganti lagi. Ibadah-ibadah di dalam Islam juga adalah mengikut waktu yang tertentu berdasarkan kepada pusingan hari dan musim mengikut peredaran matahari dan bulan. Solat lima waktu sehari semalam adalah difardhukan mengikut waktu-waktunya yang tertentu. Firman Allah swt,

Yang bermaksud, Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. [13]

Ianya tidak boleh diubah sama sekali atau tukar ganti dengan waktu yang lain. Setiap waktu dan bahagiannya pula ada pelbagai kelebihan. Islam mengiktiraf keistimewaan solat di awal waktu. Di sisi Islam solat di awal waktu memang digalakkan kerana menunjukkan kesegeraan menunaikan tanggungjawab tanpa menglengah-lengahkan dan menangguh-menangguhnya.

      ii.      Pukul jika meninggalkan solat ketika berumur sepuluh  tahun.

Konsep balasan kepada kesalahan yang dilakukan oleh anak. Sehubungan dengan itu, kita harus mendenda anak sekiranya mereka cuai atau melakukan kesalahan. Berdasarkan ini, Islam mengharuskan kita memukul atau merotan anak sekiranya mereka meninggalkan solat ketika berumur sepuluh tahun. Pada usia ini ada antara anak kita yang telah mencapai umur baligh atau hampir baligh iaitu usia taklif. Akan tetapi apa yang diharuskan itu mestilah satu perkara yang munasabah.

Selain ibu bapa, para guru juga diharuskan mendenda atau merotan anak muridnya yang cuai atau melakukan kesalahan. Walau bagaimana pun janganlah terlalu mudah untuk mengenakan denda atau rotan tanpa cuba memperbaiki atau memperbetulkannya terlebih dahulu dengan pelbagai cara yang lain seperti nasihat. Perkara ini penting dilakukan bagi tujuan menanamkan perasaan pada anak bahawa denda atau rotan itu bertujuan untuk menghentikan mereka daripada melakukan kesalahan berulang-kali untuk kepentingan diri mereka sendiri. Lantaran, Islam lebih menggalakkan kita berlemah-lembut dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak agar matlamat mendidik anak-anak tersebut tercapai dan tidak menganggu perkembangan psikologi mereka. Contoh pendekatan Rasulullah saw dalam mendidik anak:

عَنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: مَرَبِّي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا مُضْطَجِعَةٌ مُتَصَبِّحَةٌ فَحَرَّكَنِي بِرِجْلِهِ ثُمَّ قَالَ: يَا بُنَيَّةَ قُومِي اشْهَدِي رِزْقَ رَبِّكِ، وَلاَ تَكُونِي مِنَ الغاَفِلِينَ، فَإِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَقْسِمُ أَرْزَقَ النَّاسِ مَا بَيْنَ طُلُوعِ الفَجْرِ إِلَى طُلُوعِ الشَّمْسِ.[14]
Yang bermaksud, Daripada Fatimah binti Muhammad saw r.a berkata: Rasulullah selalu datang menghampiriku pada waktu subuh sedang aku nyenyak tidur maka Baginda menggerakkan aku supaya bangun dengan lbu jari kakinya sambil Baginda bersabda: Wahai anakku Fatimah, hendaklah anakanda bangun segera lihat rezeki daripada Tuhan anakanda dan janganlah anakanda menjadi orang yang pemalas. Hendaklah anakanda mengetahui Tuhan telah menetap pemberian rezekiNya kepada seluruh umat manusia di antara terbit fajar sehingga terbit matahari.

Hadith yang lain,
 
وَقَدْ كَانَ النَّبِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَلِّمُ أَصْحَابَهُ أَنْ يُعَامِلُوا أَوْلاَدَهُمْ بِالرِّفْقِ وَاللَّيْنِ، وَيَضْرِبُ لَهُمُ المَثَلَ بِمَا يُمَارِسُهُ هُوَ بِنَفْسِهِ، فَقَدْ كَانَ يُصَلِّى يَوْمًا إِمَامًا، فَارْتَحَلَهُ الحَسَنُ ابْنُ بِنْتِهِ السَّـيِّدَةِ فَاطِمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، فَأَطَالَ السُّجُودَ، فَلَمَّا فَرَغَ قَالَتِ الصَّحَابَةُ، يَا رَسُولَ الله! أَطَلْتَ السُّجُودَ؟ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِنَّ ابْنِي ارْتَحَلَنِي فَكَرِهْتُ أَنْ أُعَجِّلَهُ.
Yang bermaksud, Baginda Rasulullah saw telah mengajar sahabat-sahabat Baginda bagaimana cara melayan anak-anak dan cucu-cucu mereka dengan lemah lembut dan Baginda sendiri telah menunjukkan sebaik-baik contoh sebagaimana yang diceritakan bahawa Baginda Rasulullah solat berjemaah di masjid dan Baginda sendiri menjadi Imam. Tiba-tiba cucunya yang bernama Hassan memaut leher Baginda ketika Baginda sedang sujud menunaikan solat. Rasulullah sebagaimana yang diriwayatkan memanjangkan sujudnya ketika itu. Setelah selesai solat, seorang sahabat bertanya: Engkau memanjangkan sujud?. Jawab Rasulullah saw: Cucuku sedang menunggangku maka aku tidak sampai hati tidak menyampaikan kehendaknya.

Hadith lain pula,

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ، مَا رَأَيْتُ أَحَدًا أَشْـبَهَ سِمْتًا وَلاَ هَدْيًا بِرَسُولِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ فَاطِمَةَ بِنْتِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَضِيَ اللهُ عَنْهَا، كَانَتْ إِذَا دَخَلَتْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ إِلَيْهَا فَقَبـَّلَهَا وَأَجْلَسَهَا فِي مَجْلِسِهِ، وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهَا قَامَتْ مِنْ مَجْلِسِهَا فَقَـبَّلَتْهُ وَأَجْلَسَتْهُ فِي مَجْلِسِهَا.[15]  
Yang bermaksud, Daripada ‘Aishah telah berkata: Belum pernah aku melihat seorang pun menyamai Rasulullah saw di dalam ketenangan dan keraiannya yang mana Siti Fatimah binti Rasulullah saw ketika dia masuk berjumpa Nabi saw maka Rasulullah saw pun bangun dan memeluknya serta mempersilakan dia duduk di majlisnya. Begitu juga apabila Baginda masuk berjumpa Fatimah r.a, kemudian dia (Fatimah r.a) bangun dan memeluk Rasulullah saw serta mempersilakan duduk di majlisnya.

    iii.      Memisahkan tempat tidur mereka.

Anak-anak yang berumur sepuluh tahun wajib disediakan tempat tidur yang berasingan antara adik beradik lelaki dengan perempuan. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada mereka tentang adab-adab pergulan dan batasan aurat.

Selain anak-anak yang mencapai umur sepuluh tahun perlu dididik dengan adab-adab meminta izin memasuki bilik ibu bapa (  الإستئذان  )  sebagaimana firman Allah,


Yang bermaksud, Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepadakamu (sebelum masuk ketempat kamu) dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah sembahyang isya`; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatnya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dan apabila kanak-kanak dari kalangan kamu telah baligh, maka hendaklah mereka meminta izin sama seperti cara orang-orang  yang tersebut dahulu, meminta izin. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya(yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi MahaBijaksana. [16]

Berdasarkan ayat di atas tadi, anak-anak atau hamba hendaklah meminta izin terlebih dahulu daripada ibu bapa untuk memasuki bilik mereka pada tiga waktu ini:

1.                  Sebelum Solat Subuh.
2.                  Ketika kita menanggalkan pakaian akibat kepanasan tengah hari. Iaitu ketika kita hendak tidur pada waktu Zuhur atau waktu Qailulah.
3.                  Selepas waktu Isya’.
Ini bertujuan untuk menjaga aurat ibu bapa yang terbuka ketika mereka tidur agar tidak dilihat oleh anak-anak.


KELEBIHAN SOLAT[17].

Allah swt memberi kelebihan dan kemuliaan kepada Umat Muhammad yang menunaikan solat dan memeliharanya. Di sini disebutkan beberapa kelebihan-kelebihan tersebut:

Kelebihan Solat
1.      Solat dapat menghapuskan dosa.
Firman Allah swt,

Yang bermaksud, Dan dirikanlah solat pada dua bahagian siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang itu) menghapus perbuatan-perbuatan yang buruk (dosa). Perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat. [18]

Hal ini bertepatan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a katanya:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: أَرَأَيْتُمْ لَوْ أَنَّ نَهْرًا بِبَابِ أَحَدِكُمْ يَغْتَسِلُ مِنْهُ كُلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ، هَلْ يَـبْقَى مِنْ دَرَنِهِ شَيْءٌ؟ قَالُوا: لاَ يَـبْقَى دَرَنِهِ-أَيْ وَسَخِهِ- شَيْءٌ فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : فَكَذَلِكَ الصَّلَوَاتُ الخَمْسُ يَمْحُو اللهُ بِهِنَّ الخَطَايَا-الصَّغَائِرَ.

Yang bermaksud, Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: Sekiranya terdapat sebatang sungai di hadapan rumah salah seorang daripada kamu, lalu kamu mandi di sungai itu 5 kali setiap hari, adakah masih kekal kekotoran di badan kamu? Mereka (para sahabat) menjawab: Tidak ada kekotoran yang kekal. Sabda Rasulullah saw lagi: Begitulah juga solat lima waktu, Allah swt menghapuskan dengannya dosa-dosa iaitu dosa-dosa kecil.

2.      Sesungguhnya solat itu meningkatkan darjat/kedudukan.
Hadith riwayat Ibnu Majah dengan sanad yang sahih, daripada ‘Ubadah bin Somit r.a bahawa beliau mendengar Rasulullah saw bersabda,

مَا مِنْ عَبْد يَسْجُدُ لِلّهِ سَجْدَةً إِلاَّ كَتَبَ اللهُ بِهَا حَسَنَةً وَمَحَا عَنْهُ بِهَا سَيِّئَةً وَرَفَعَ لَهُ بِهَا دَرَجَةً فَاسْتَكْثِرُوا مِنَ السُّجُودِ.
           
Yang bermaksud, Setiap sujud seseorang hamba itu akan dikurniakan oleh Allah satu kebaikan dan dihapuskan satu kesalahan serta diangkat untuknya satu darjat. Oleh itu, perbanyakkanlah sujud.

3.      Solat itu adalah sebagai  penawar bagi diri dan roh.
Hadith riwayat Ahmad, daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda,
إِنَّ فِي الصَّلاَةِ شِفَاءً
Yang bermaksud, Sesungguhnya di dalam solat itu ubat (penyembuhan)

4.      Solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
Firman Allah swt,


Yang bermaksud, Bacalah serta ikutlah (Wahai Muhammad) akan apa yang telah diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. [19]

Allah swt telah memerintah supaya mendirikan solat dan juga telah menerangkan kesan solat kepada mereka yang mendirikannya. Solat itu mencegah perbuatan keji iaitu perbuatan yang haram dan kata-kata mungkar. Perbuatan yang keji dan perkataan yang mungkar, kedua-duanya menghasilkan dosa.

5.      Solat itu memelihara diri daripada sifat-sifat yang tercela.

                                                                 
 Yang bermaksud, Sesungguhnya manusia dijadikan bertabiat resah-gelisah (lagi bakhil kedekut). Apabila dia ditimpa kesusahan dia sangat resah-gelisah, dan apabila dia beroleh kesenangan ia sangat bakhil kedekut kecuali orang-orang yang mendirikan solat, iaitu mereka itu sentiasa mendirikan solat. [20]

Ini bermakna apabila manusia ditimpa kesusahan dia merasa sangat resah-gelisah dan bosan sedangkan apabila dia mendapat kebaikan daripada Allah swt dia menjadi bakhil dan kikir serta tidak melaksanakan hak Allah swt.

Seseorang itu tidak akan terlepas daripada sifat-sifat yang tercela itu melainkan mereka sentiasa mengerjakan solat pada waktunya kerana solat mampu mengubah tabiat buruk mereka kepada tabiat yang baik dan kepada keadaan yang lebih sempurna serta utama.

6.      Sesungguhnya solat itu mendekatkan diri kita dengan Allah.

Firman Allah swt,

Yang bermaksud, Sujudlah dan dampingilah dirimu kepada Allah (dengan taat dan beramal saleh) [21].

Hadith Nabi saw, yang diriwayatkan oleh Muslim, daripada Abu Hurairah,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ سَاجِدٌ، فَاكْثِرُوا الدُّعَاءَ.

Yang bermaksud, Rasulullah saw bersabda: Detik yang paling hampir seseorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika dia sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.

7.      Antara keistimewaan solat bagi mereka yang mendirikannya ialah solat sebagai satu persediaan yang kukuh untuk melihat Rabbil ‘Izzati ‘Azza wa Jalla.

Jarir r.a menceritakan bahawa kami pernah bersama Rasulullah saw pada suatu malam melihat bulan dan di dalam riwayat lain menyebut “bulan purnama”. Rasulullah saw bersabda,

إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ رَبَّكُمْ كَمَا تَرَوْنَ هَذَا القَمَرَ، لاَ تُضَامُونَ فِي رُؤْيَتِهِ. فَإِنِ اسْتَطَعْـتُمْ أَنْ لاَ تُغْلَبُوا عَلَى صَلاَةٍ قَبْلَ طُلُوعِ الشَّمْسِ وَقَبْلَ غُرُوبِهَا.

Yang bermaksud, Sesungguhnya kamu akan dapat melihat Rabbil ‘Izzati seperti mana kamu melihat bulan ini tanpa ada apa-apa halangan untuk melihatnya. Justeru berusahalah kamu supaya tidak terlalai solat sampai terbit matahari dan terbenamnya.

Al-Khattab menjelaskan bahawa hadith di atas menunjukkan orang yang menjaga dua solat iaitu solat ‘Asar dan solat Subuh akan beroleh ganjaran melihat wajah Allah ‘Azza wa Jalla.

Kelebihan Solat Berjemaah

Solat adalah asas akhlak yang baik. Manakala solat berjemaah pula merupakan satu cara dan disiplin yang efektif untuk ikatan kemasyarakatan, berkasih sayang sesama manusia dan bersatu tenaga untuk menyelesaikan pelbagai masalah.

Ganjaran besar yang dikurniakan oleh Allah terhadap pelaksanaan solat berjemaah adalah petanda yang nyata bahawa Umat Muhammad ialah umat yang istimewa. Di sini disebutkan antara kelebihan solat berjemaah:

1.      Mendapat 27 darjat.
Pahala solat berjemaah dinyatakan oleh hadith daripada Ibnu ‘Umar r.a,

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: صَلاَةُ الجَمَاعَةِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِينَ دَرْجَةً وَفِي رِوَايَةٍ بِخَمْسٍ وَعِشْرِينَ دَرْجَةً.

Yang bermaksud, Pahala solat berjemaah mengatasi solat bersendirian dengan 27 darjat-dalam riwayat yang lain disebut-dengan 25 darjat.

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa perbezaan pahala solat berjemaah yang dinyatakan oleh hadith tersebut adalah bergantung kepada orang yang melakukan solat serta sifat solat itu sendiri. Oleh kerana itulah dalam keadan tertentu ia dikurniakan pahala 27 darjat sedang dalam keadaan yang lain 25 darjat. Hal ini juga bergantung atas kesempurnaan solat itu, ketelitiannya, khusyuk, bilangan jemaahnya serta dimanakah tempatnya solat itu didirikan.

2.      Orang yang memelihara solat berjemaah akan mendapat dua ganjaran. Pertama: Bebas dan selamat daripada siksa api neraka. Kedua: Terhindar daripada sifat munafiq, ragu terhadap adab-adab Islam, hati yang keji dan tidak ikhlas terhadap Allah swt serta lemah pancaran cahaya iman daripada menerangi kehidupan. Oleh itu, akan lahirlah segala bentuk kekejian, menganggap ringan dosa besar apatah lagi dosa kecil. Daripada Anas r.a berkata,

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَلَّى لِلّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا فِي جَمَاعَةٍ، يُدْرِكُ التَّكْبِيرَةَ الأُوْلَى كَتَبَ لَهُ بَرَاءَتَانِ: بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ.
     
Yang bermaksud, Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang bersolat secara berjemaah serta sempat bersama imam pada takbir yang pertama selama 40 hari, maka Allah akan menetapkan untuknya dua keselamatan, pertama, selamat daripada api neraka, kedua, selamat daripada menjadi seorang munafiq.

3.      Menghilangkan was-was dan terpelihara daripada syaitan.
Solat berjemaah boleh menghilangkan was-was dan terpelihara daripada syaitan. Golongan yang tidak solat berjemaah akan dikalahkan oleh syaitan. Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, dan al-Nasa‘I, daripada Abu Darda’ r.a berkata,

سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَا مِنْ ثَلاَثَةٍ فِي قَرْيَةٍ وَلاَ بَدْوٍ لاَ تُقَامُ فِيهِمُ الصَّلاَةُ إِلاَّ وَقَدِ اسْتَحْوَذَ عَلَيْهِم الشَّيْطَانُ فَعَلَيْكُمْ بِالجَمَاعَةِ فَإِنَّمَا يَأْكُلُ الذِّئْبُ مِنَ الغَنَمِ القَاصِيَةَ.

Yang bermaksud,  Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: Jika ada tiga orang dalam satu Qariah atau satu kampung, tidak mendirikan solat berjemaah, mereka akan dikalahkan oleh syaitan. Oleh itu, kamu hendaklah kamu berjemaah. Sesungguhnya serigala hanya memakan kambing yang terpencil (bersendirian).


KESIMPULAN

Solat dalam Islam merupakan salah satu cara pendidikan akhlak atau peribadi serta membaiki cara hidup seseorang. Anak-anak hari ini adalah harapan bangsa akan datang. Mendidik anak-anak melakukan ibadah solat kemudian diikuti dengan ibadah-ibadah serta perkara-perkara kebaikan yang lain supaya dapat membentuk satu jiwa yang beragama untuk mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan maksiat. Ini bertepatan dengan firman Allah swt,

Yang bermaksud, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun). Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. [22]

Semoga pendedahan sebegini akan menyelamatkan kita daripada melahirkan generasi yang meninggalkan solat lantas menurut hawa nafsu serta melakukan kerosakan dan kejahatan sebagaimana firman Allah,

Yang bermaksud, Kemudian mereka diganti oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat), maka mereka akan menghadapi azab (dalam neraka). [23]




Ó Kertas ini dibentangkan di dalam Seminar Kebangsaan Menghayati  Ajaran Islam: Sembahyang Kewajipan Asasi, Tahun 1427H/2006 M, di Sutera Hall, Center Point Hotel, Bandar Seri Begawan, 22hb Ogos-23hb Ogos 2006, anjuran Jabatan Mufti Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, Negara Brunei Darussalam.
[1] Ihya’ Ulum al-Din, al-Imam Abi Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali, Darul ‘Ilmiyah, Kitab Adab al-Nikah, Jld. 2 hlmn 24.
[2] (At-Tahrim 006)
[3] Tarbiah al-Aulad fi al-Islam, Abdullah Nasih ‘Alwan, Darussalam, bab al-Ribat al-Ruhi, Jld. 2.
[4] ‘Aun al-Ma‘bud Syarh Sunan Abi Daud, Sidqi Muhammad Jamil al-‘Attar, Darul Fikr, Bab Mata Yukmaru al-Ghulam bi al-Salah, Jld. 2 hlmn 123.
[5] Riwayat Ibnu Jarir dan Ibnu Munzir
[6] (Al-Baqarah 152)
[7] (Al-Ahzab 041)
[8] (Ar-Ra'd 028)
[9] (Al-Anfal 002)
[10] (Ta-Ha 132)
[11] (Luqman 017)
[12] (Al-'Asr 001-003)
[13] (An-Nisaa 103)
[14] Riwayat  al-Baihaqi
[15] Diriwayatkan oleh Abu Daud, al-Nasi‘ie, al-Tirmizi.
[16] (An-Nur 058-059)
[17] Keistimewaan Umat Muhammad, Syed Muhammad bin Syed Alawi, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan darul Khusus.
[18] (Hud 114)
[19] (Al-'Ankabut 045)
[20] (Al-Ma'arij 019-023)
[21] (Al-'Alaq 019)
[22] (Al-'Ankabut 045)
[23] (Maryam 059)

No comments:

Post a Comment