Dua tahun tidak boleh kena panas
MARANG – Mangsa simbahan asid, Mohd. Fazil Hanafi Idrus, 18, kini terpaksa menempuh hidup baharu yang jauh berbeza daripada orang lain apabila dia terpaksa mengelak sinaran cahaya matahari selama dua tahun jika mahu cepat pulih.Akibat kejadian pada 19 Februari lalu, Mohd. Fazil yang kini menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada Rabu ini mengalami luka dan parut di sebahagian besar muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kaki serta badan.
Mohd. Fazil berkata, doktor yang merawatnya menetapkan pantang larang itu memandangkan kulitnya yang telah rosak kini amat sensitif dan memerlukan penjagaan yang teliti.
“Saya tidak tahu bagaimana harus saya lalui tempoh dua tahun ini dan saya sangat berharap luka dan kesan parut ini dapat segera sembuh,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru Merchang dekat sini, semalam.
Dalam kejadian 19 Februari lalu, dia bersama rakannya yang juga nelayan, Shahurzaman Salim, 38, melecur disimbah cecair, dipercayai asid dalam satu insiden awal pagi di Kampung Padang Merchang.
Kejadian kira-kira 5.10 pagi itu berlaku ketika kedua-dua sahabat itu nyenyak tidur bersama empat lagi rakan mereka di sebuah rumah bujang selepas menonton perlawanan bola sepak di televisyen.
Akibat simbahan itu, Mohd. Fazil melecur di sebahagian besar tubuh manakala Shahurzaman cedera di muka serta mata.
Polis menahan tiga suspek untuk membantu siasatan iaitu dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun pada hari kejadian manakala suspek ketiga yang berusia 26 tahun ditangkap sehari kemudian.
Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek dibebaskan selepas tamat tempoh tahanan reman.
Selain terpaksa mengelak cahaya matahari, Mohd. Fazil juga mungkin perlu memakai sarung tangan tekanan dan mungkin juga topeng tekanan bagi memastikan kesan parutnya tidak timbul.
Mengenangkan penderitaan yang terpaksa dihadapi, mangsa mempunyai sebab untuk tidak memaafkan suspek kejadian itu.
“Saya tidak tahu apa motif orang itu tetapi saya tidak akan memaafkan dia atas apa yang dilakukan pada saya,” katanya lagi.
Jelasnya, akibat kejadian itu, dia terpaksa dirawat kira-kira tiga minggu di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan perlu mendapatkan rawatan secara berkala bagi memastikan kesan lukanya pulih.
Sementara itu, ibunya, Zaleha Ishak, 48, berkata, walaupun pihak hospital membenarkan anaknya itu pulang awal, dia masih perlu menjalani rawatan susulan dua kali seminggu.
Kosmo
Jampi untuk kelihatan cantik dan bentuk badan menawan
KOTA BHARU: Gabungan urutan ‘overhaul’, membuang syaitan di dalam badan, mandi bunga dan minum air penawar kini menjadi pilihan wanita yang mahukan payudara pejal, punggung montok, hidung mancung serta dagu runcing.Tidak menghairankan apabila seorang wanita di daerah ini menjadi buruan pramugari dan golongan wanita VIP yang ghairah untuk kelihatan cantik dan memiliki bentuk badan menawan menerusi khidmat buang syaitan dan urut ‘overhaul’.
“Setiap manusia ada syaitan di badannya dan kerana syaitan itulah pelbagai keburukan berlaku kepadanya, seperti kelihatan tidak cantik dan berdepan pelbagai masalah.
“Justeru, kaedah rawatan yang saya lakukan adalah membuang terlebih dulu syaitan di dalam badan dengan menghembuskan sebutan Allah SWT, doa dan bacaan tertentu kepada pelanggan.
Harian Metro
Bedah untuk kelihatan seperti Superman
MANILA – Seorang lelaki Filipina yang obses dengan watak Superman telah menjalani pembedahan dalam usahanya untuk mengubah dirinya menjadi adi wira itu.Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, telah beberapa kali melakukan pembedahan plastik dalam tempoh 16 tahun semata-mata ingin mendapatkan dagu dan hidung seperti Superman, lapor televisyen ABS-CBN.
Akuan Facebook miliknya memaparkan puluhan gambar dan kapsyen menerangkan mengapa dia melakukan pembedahan plastik untuk menjadi Man Of Steel atau Superman.
“Saya bercadang untuk kelihatan seperti Superman sejak kecil lagi. Saya mahu menjadinya dan kelihatan seperti Superman akan membuatkan saya gembira dan berpuas hati asalkan saya tidak mengganggu sesiapa,” katanya menerusi Facebook semalam. – AFP
Sarimah Ahmad Berjuang Untuk Hidup Kerana Kanser
Oleh KEMALIA OTHMANKUALA LUMPUR: Seniwati Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69 pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah sejak setahun lalu.
Menurut Sarimah, dia berjuang untuk hidup selepas diberitahu hanya mampu bertahan selama tiga bulan sahaja.
“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan selama tiga bulan.
Katanya, dia juga merahsiakan perkara tersebut daripada pengetahuan ahli keluarga kecuali anak bongsunya, Yusarima Puteri.
“Bukan niat saya untuk merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa sedih dengan keadaan tersebut.
“Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.
“Ketika itu juga saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit dan tulang sahaja,” ujarnya.
Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih untuk mendekati Allah dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan amalan solat sunat digandakan.
“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.
“Saya memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar,” katanya.
Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.
“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di tahap empat. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan ini.
“Alhamdulillah ia bagaikan serasi dengan saya tapi berbalik kepada ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh jadi penawar,” katanya.
Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin pulih daripada penyakit tersebut.
“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.
“Tapi Alhamdulillah derita yang saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang,” katanya.
Source: mStar
Suara Alunan Al-Quran ‘Hilangkan’ Lagu Disko
Firman Allah yang bermaksud ;
“Dan sesungguhnya kami mempermudahkan al-Quran itu untuk diingati, maka adakah ada orang mahu mengambil pengajaran” Al-Qamar, ayat 17.
Setiap ayat yang terkandung dalam Al-Quran mengandungi seribu satu manfaat kepada manusia.
Di sebuah jalan di tengah kota Beirut, Lubnan, seorang lelaki tua yang hanya duduk di sisi jalan begitu asyik mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran walaupun keadaan di sekelilingnya bising dengan bunyi lagu-lagu dari pub dan disko di sepanjang jalan Hamra.
Lelaki tua itu langsung tidak menghiraukan orang ramai yang lalu lalalng di situ dan hanya tetap dengan mengaji sahaja.
Malah, perbuatannya itu menarik perhatian orang yang lalu lalang di sepanjang jalan Hamra.
Jalan Hamra adalah salah sebuah jalan utama di sekitar kota Beirut, Lubnan. Jalan Hamra menjadi tumpuan ramai rakyat Lubnan menyebabkan pelbagai kemudahan seperti cafe, teater, dan restoran-restoran mewah dibangunkan.
Namun begitu, jalan Hamra tidak seperti tempat-tempat yang lain di sekitar Lubnan.
Masjid mahupun surau sukar ditemui manakala pub, disko dan tempat mencacah tatu boleh ditemui di merata-rata tempat.
Tujuan Al-Quran diturunkan adalah untuk menyucikan jiwa manusia (tazkiyyah al-Nafs). Al-Quran sentiasa menyeru manusia supaya membersihkan jiwanya dengan melakukan kebaikan.
Beruntunglah orang yang dapat memimpin jiwanya ke arah keredhaan Allah S.W.T. Secara fitrahnya, jiwa boleh terjerumus ke lembah kehinaan apabila ia tidak dididik dan jiwa boleh mencapai tahap termulia apabila ia dibersihkan.
“Dan jiwa serta penyempurnaan ciptaanya, maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.” Al-Syams, ayat 7-10.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Penyakit misteri alat sulit menggeleber
PONTIAN – “Saya akan makan Panadol dan ubat batuk sekiranya sakit,” demikian luah lelaki di sini, yang menghidap penyakit misteri di bahagian alat sulitnya.
Lelaki berkenaan, Ali (bukan nama sebenar) berkata, penyakit misteri itu bermula ketika usianya 10 tahun dan sejak itu, bahagian itu semakin membesar dan menggeleber hingga hampir ke paras lutut.
Lebih malang lagi, dia yang dijaga abangnya tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan perubatan moden mahupun tradisional bagi mengubati penyakitnya itu.
Jelasnya, pendapatan yang diperoleh hasil bertukang dikongsi bersama keluarga abangnya yang juga kurang berkemampuan dan mempunyai seorang anak kategori orang kurang upaya (OKU).
Selain itu, perasaan malu untuk memberitahu keadaan penyakitnya itu kepada orang luar, turut menyebabkan dia tidak mahu mendapatkan rawatan.
Ali yang ditemui di rumah abangnya berkata, kesakitan yang dialami ketika penyakit misteri berkenaan menyerangnya semakin teruk sehingga menyebabkan seluruh badannya berpeluh.
“Jika sebelum ini sakitnya cuma bisa sahaja tetapi sejak sebulan yang lalu ia semakin teruk sehingga seluruh badan berpeluh–peluh.
“Selain itu, saya juga sudah semakin sukar bergerak dan mengalami masalah untuk duduk serta bangun,” katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu kakak iparnya berkata, Ali akan cuba sedaya upaya merahsiakan sakit yang dialami daripada mereka sekeluarga.
Namun, kakak iparnya tidak pernah berputus asa memujuk adik iparnya itu untuk mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakitnya.
“Keadaan penyakitnya semakin teruk sejak kebelakangan ini di mana jika sebelum ini sakit yang dialami hanya sekali sekala, namun kini hampir tiap malam dia akan mengadu sakit,” katanya.
Sehubungan dengan itu, Ali menyatakan kesediaannya untuk menerima sebarang rawatan yang dapat membantu menyelesaikan masalahnya itu.
Dia turut merayu pihak yang sudi tampil membantu meringankan bebannya itu termasuklah perubatan secara tradisional dengan menghubungi 013-7815523.
Sinar
Pemuda gergasi ingin berteman
LAHORE: Seorang pemuda yang mengalami penyakit pelik apabila dia mempunyai kepala, kaki dan tangan gergasi terdesak untuk mencari penawar supaya dia boleh mendapat jodoh.Sain Mumtaz, 22, mengalami kecacatan teruk akibat sindrom Proteus menyebabkan beberapa bahagian tubuhnya terus membesar.
Dia sudah diterima oleh penduduk setempat di kawasan kejiranannya di pinggir bandar raya Lahore, di Pakistan tetapi penyakitnya menyebabkan dia perlu menerima rawatan secara berterusan dan menyukarkannya bergerak.
Sain sebelum ini percaya nasib malangnya itu adalah laknat Tuhan, menyebabkan dia kecewa dan murung.
Namun, teman dan keluarga memberinya semangat dan dia kini berazam untuk terus hidup dengan baik.
Penduduk setempat merujuk kepadanya sebagai “kawan gergasi” mereka dan berazam untuk mencari penawar buat Sain yang mengimpikan akan bertemu dengan wanita idamannya.
Sain berkata: “Saya kelihatan seperti ini sejak lahir. Wajah, lengan dan kaki saya semuanya berbeza saiz dan orang menyangka saya tidak seperti manusia biasa yang lain.
“Tetapi akal saya sihat dan memahami semuanya. Saya menjalani kehidupan seperti orang lain walaupun semua anggota keluarga saya termasuk ibu, bapa, abang dan kakak saya dilahirkan tidak dengan keadaan begini.
“Sebelum ini, orang melarikan diri daripada saya, tetapi kini mereka melayan saya secara normal dan duduk serta berbual dengan saya ketika saya berada di luar.
“Mereka memanggil saya kawan mereka. Satu hari kelak, saya harap dapat sembuh dan bertemu dengan wanita yang akan mencintai saya,” katanya.
Sain tidak pernah berjumpa doktor sejak dia kanak-kanak apabila diberitahu dia menghidap sindrom Proteus dan tiada apa dapat dilakukan untuk membantunya.
Sekiranya Proteus adalah diagnosis betul atas penyakit dialami mungkin tiada apa dapat dilakukan untuk mengurangkan berat kaki dan tangannya yang besar itu.
Namun, keluarganya masih berharap Sain menderita penyakit ketumbuhan lain dan jika ia benar mungkin ada rawatan yang dapat menyembuhkannya.
Bapanya, Wazir Ali berkata: “Kami mahu tahu apa yang tak kena dengannya dan sama ada terdapat sesuatu yang dapat dilakukan bagi memperbaiki kehidupan sehariannya.
“Dia menaruh harapan untuk masa depan, satu hari kelak dia akan menjalankan perniagaan beca dan mendapat isteri,” katanya. – DM
Cuba tanam anak hidup-hidup
NEW DELHI: Bapa seorang bayi perempuan berusia enam minggu, ditahan bersama bapa saudara bayi itu kerana dikatakan cuba menanamnya hidup-hidup.Mereka dikatakan percaya dengan berbuat demikian akan dapat melindungi anaknya yang lain daripada penyakit.
Dinesh Kumar, bapa Radhika dan adiknya mendakwa seorang guru agama mengarahkan mereka melakukan perbuatan itu sebagai usaha mengelak nasib malang keluarga itu selepas anak mereka meninggal dunia akibat sakit, tahun lalu.
Radhika, kini berusia dua bulan, dirawat di hospital kerana kekurangan air dan zat.
Dalam kes yang mungkin menjadi kes ketiga bulan lalu, seorang wartawan mengatakan ia berlaku kerana kemiskinan dan buta huruf, menjadikan orang ramai percaya kepada kepercayaan karut.
Ibu Radhika, Bharati Rani, menafikan terlibat dalam kejadian itu dan berkata: “Beritahu saya ibu mana yang sanggup membunuh anaknya sendiri?”
Penjaga kubur, Sriram Kore berkata: “Anda lihat sendiri bukti kubur digali.”
Katanya bapa dan bapa saudara Radhika menggali kubur itu dan membuat upacara keagamaan.
“Mereka membawa bungkusan kecil, bayi perempuan yang sudah mati dan mahu menanamnya. Tapi, saya dapat lihat dia masih hidup, jadi saya cepat-cepat menelefon polis,” katanya.
Setakat ini, polis masih belum menjejaki guru agama yang terlibat.
Di India, kanak-kanak perempuan masih dianggap sebagai beban kerana perkahwinan tradisi memerlukan hantaran yang besar dibayar kepada pihak lelaki apabila berkahwin.
Negara itu mempunyai kadar kematian kanak-kanak perempuan tertinggi di dunia. – BBC
No comments:
Post a Comment