Wanita hamil menggelupur ditembak
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini.
Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja.
Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian.
Harian Metro
Buaya sepanjang 10 kaki timbul di Sungai Muar
LEDANG – Sebuah pasar raya di Tanjung Agas, dekat sini, gempar apabila salah seorang pekerjanya melihat kemunculan seekor buaya yang timbul di permukaan Sungai Muar, berhampiran premis berkenaan, Isnin lalu.Mahu dikenali sebagai Hairi, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam, dia sedang membuat rondaan di sekitar pasar raya itu.
“Pada mulanya saya sangka batang kayu tetapi selepas diamati, barulah saya menyedari objek berkenaan adalah seekor buaya dewasa setelah lampu suluh mengenai matanya.
“Saya segera memanggil rakan yang kebetulan memegang kamera dan turut merakam kejadian ini. Reptilia ini agak besar dan panjangnya tidak kurang daripada 10 kaki, namun sejak kebelakangan ini ia kerap muncul pada waktu petang.
“Kehadiran buaya ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kaki pancing di pinggir sungai ini,” katanya.
Sinar
Bayi dilahirkan tanpa bola mata
Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada. Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan.
Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata.
Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun.
P/S – Kasihan kanak-kanak ini apabila dilahirkan ia langsung tidak dapat melihat keadaan sekeliling. Cahaya pun sudah mampu membuatkannya ia gembira. Admin agak tersentuh dengan kanak-kanak ini. Semoga suatu hari nanti ia akan dapat melihat dengan izin Allah SWT. Siapa tahu, tiada yang mustahil dalam dunia ini.
Sumber: Melayukini
Subhanallah! Puncak Gunung Yang Rata Menakjubkan
Ia dinamakan oleh orang asli kaum Pemon yang menemuinya. Gunung ini terletak di tanah tinggi Guiana, benua Amerika Selatan. Ia i terletak di sempadan antara tiga negara iaitu Venezuela, Brazil dan Guyana.
Di bawah ini adalah gambar puncak tertinggi Gunung Roraima, ianya dipanggil Maverick Rock terletak di dalam sempadan Vaneuzela dengan ketinggian 2810 meter dari paras laut. Jom lihat lagi gambar menakjubkan ini.
Sumber: Melayukini
Perompak Peluk Islam Atas Kebaikkan Hati Pekedai Yang Hendak Dirompak
Bermula sebagai satu rompakan, kemudian pekedai mengawal keadaan dengan senjata api miliknya.
Mendengar rintihan perompak, pekedai simpati dan memberikan wang serta roti kepadanya.
Ini membawa ke hati perompak itu terbuka untuk memeluk Islam.
Dari arah mana atau bagaimana datangnya hidayah itu memang sukar untuk diduga. Bermula sebagai rompakan, berakhir dengan berjabat tangan.
Mynewshub
Bunuh, makan daging 3 wanita untuk suci jiwa
BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan – pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. “Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. – AFP
3 wanita curi kereta dicekup
PUTRAJAYA: Sekumpulan tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai geng curi kenderaan yang bergiat aktif di beberapa kawasan sekitar pusat pentadbiran kerajaan di sini ditangkap dalam operasi berasingan selama tiga hari berakhir semalam.Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata semua suspek terbabit berusia 30-an ditangkap di tiga lokasi berbeza di Selangor.
Menurutnya, dua wanita terbabit ditangkap di kawasan Cheras manakala seorang lagi di Puchong, masing-masing pada tengah malam Rabu dan awal pagi Khamis lalu.
“Suspek lelaki ditangkap dalam satu lagi operasi di daerah lain iaitu di sebuah bengkel di Selangor pada awal pagi Jumaat. “Dalam tangkapan itu, kami merampas komponen kereta seperti papan pemuka, stereng dan Smart Tag serta buku cek.
“Kami juga merampas sebuah kereta Toyota yang dilaporkan hilang di daerah lain,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Abdul Razak berkata, beliau percaya dengan tertangkapnya suspek terbabit, pihaknya menyelesaikan beberapa kes kecurian kenderaan bukan saja di Putrajaya, malah di kawasan lain.
Namun, katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai suspek terbabit dan kemungkinan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan lain kerana dalang kumpulan itu belum ditahan.
“Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 379 (A) iaitu kecurian kenderaan. “Kami juga menyiasat melalui barang kes yang dijumpai seperti melalui Smart Tag yang digunakan,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kes kecurian kenderaan di Putrajaya bagi tiga bulan pertama tahun ini tidak menunjukkan peningkatan berbanding dalam tempoh sama tahun lalu.
“Bagi Januari hingga Mac lalu ada 15 kes. Tempoh sama tahun lalu pun sama jumlahnya, tiada peningkatan,” katanya.
Menurutnya, kecurian kenderaan kebanyakannya didapati berlaku di kawasan tempat letak kereta terbuka sama ada di kawasan perumahan dan pejabat kerajaan pada waktu siang. “Kebanyakan kenderaan dicuri adalah pacuan empat roda dan tiada kunci tambahan,” katanya.
Pelajar mengaku makan otak, hati rakan sebilik
WASHINGTON – Seorang pelajar sebuah kolej di Amerika Syarikat (AS) mengaku membunuh rakan sebiliknya, memotong badan dan memakan sebahagian otak serta semua hati mangsa, lapor media AS semalam.
Alexander Kinyua dari Baltimore, Maryland ditahan pada Selasa lalu selepas polis menggeledah rumahnya kerana abangnya menemui kepala dan tangan mangsa, lapor akhbar Baltimore Sun.
Kinyua, 21 yang merupakan pelajar Universiti State Morgan, mengaku bersalah membunuh dan mengerat anggota badan teman sebiliknya, Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie.
Kejadian tersebut menambah jumlah jenayah mengerikan yang berlaku di Amerika Utara pada minggu ini. – AFP
Wanita pertama lahir bayi tabung uji meninggal dunia
BRISTOL – Wanita pertama yang melahirkan bayi menerusi kaedah tabung uji (IVF), Lesley Brown meninggal dunia pada 6 Jun lalu.
Lesley berusia 64 tahun.
Dia mencipta sejarah pada 25 Julai 1978 apabila anak perempuannya, Louise lahir di Hospital Besar Oldham.
Lesley, dari Whitchurch, Bristol, mengambil bahagian dalam prosedur ujian IVF yang dikendalikan oleh Profesor Bob Edwards dan Dr Patrick Steptoe di Cambridge.
Dijual suami dengan harga RM130
KUALA LUMPUR – Seorang wanita kini terpaksa hidup dalam keadaan tertekan apabila dia dihujani berpuluh-puluh panggilan telefon daripada lelaki yang tidak dikenalinya setiap hari kerana menyangka dirinya menawarkan perkhidmatan seks sejak 18 Mei tahun lalu.Mangsa, yang hanya mahu dikenali sebagai Too, 42, mendakwa, panggilan yang diterimanya itu adalah berpunca daripada tindakan suaminya yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada kawan-kawannya dengan menyatakan dirinya menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM130.
“Saya ingatkan pemanggil tersebut tersalah nombor tetapi setelah beberapa kali menerima beberapa panggilan yang sama tujuannya, saya mula mengesyaki sesuatu.
Too yang hidup bersama tiga orang anaknya setelah ditinggalkan suami sejak tahun 2009 berkata, keadaan itu telah membuatkan dia hidup tertekan apabila ramai jiran turut bertanyakan mengenai perkara tersebut.
Kosmo
Pramugari Diserang Dan Dicabul, AirAsia Mahu Keselamatan Di Parkir LCCT Ditingkatkan
Insiden terbaru berlaku pada pukul 5.30 pagi, pada Khamis di mana seorang lelaki datang dan memeluk seorang pramugari yang baru masuk ke keretanya untuk pulang ke rumah, kata Pengarah Operasi Penerbangan AirAsia Berhad Kapten Datuk Fareh Ishraf Mazputra pada Jumaat.
Lelaki itu menolaknya masuk ke dalam kereta dan dia turut memasuki kereta tersebut. Dia melarikan diri selepas pramugari mula menjerit dan membunyikan hon. Dia kemudian membuat laporan polis, katanya.
Beliau berkata MAHB terpaksa mengambil tindakan segera bagi memastikan keselamatan dan kawalan kakitangan serta orang ramai di tempat letak kereta terbuka LCCT berikutan tiga kejadian pramugari diserang berlaku dalam tempoh tiga bulan yang lalu.
Beliau berkata AirAsia telah menggesa pihak-pihak berkaitan untuk meningkatkan keselamatan di kawasan itu tiga tahun yang lalu tetapi hanya sedikit yang dilakukan.
“Sekarang tiga pramugari udara kami telah diserang. Sesuatu perlu dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di sini.
mStar
Roller coaster RM5j tersadai dua tahun
MELAKA – Entah di mana silapnya, kemudahan roller coaster berhampiran Sungai Melaka di sini yang telah siap dibina kira-kira dua tahun lalu masih belum beroperasi.Ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan orang ramai sama ada pembinaan trek roller coaster sepanjang 335.5 meter berkenaan akan diteruskan atau terbengkalai begitu sahaja.
Difahamkan kemudahan tersebut dibina dengan kos kira-kira RM5 juta.
Kosmo
Kamera Leica dibeli pada harga RM8.6 juta
VIENNA: Sebuah kamera Leica model 1923 yang sukar didapati lagi ketika ini, dilelong pada harga 2.16 juta euro (RM8.57 juta) di Vienna, hujung minggu lalu.
Ini menjadikan ia kamera termahal pernah dijual.
Hanya beberapa kamera jenis itu masih tersimpan dalam keadaan baik.
Harga itu adalah tujuh kali lebih tinggi daripada harga pembukaannya iaitu 300,000 (RM1.2 juta).
Syarikat yang melelongnya juga tidak menamakan pemilik asalnya. – Reuters
No comments:
Post a Comment