Wednesday, June 20, 2012

KENAPA ARTIS2 NI BERANI LAWAN HUKUM ALLAH...SELAMBA AJE TAK PAKAI TUDUNG...BERGAUL BEBAS...TAK MALU DENGAN KANAK2 PUN PAKAI TUDUNG DAN TUTUP AURAT....UPAH DIDUNIA BERBALOI KE DENGAN NERAKA YANG DITERIMA....YE KALAU SEMPAT BERTAUBAT....KALAU TAK SEMPAT MACAM MANA...GAMBAR2 BERSEMPAH2 BUKA AURAT...MENYESATKAN REMAJA2 YANG MENGIKUT GAYA KITA...KITA TEMPAH2 DAPAT SAHAM DOSA....SANGGUPKAH DIBAKAR DALAM NERAKA KELAK...SUAMI PULA SANGGUP KE JADI SUAMI YANG DAYUS...FIKIR2KAN LA...BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT...

Suami Ana tak pernah halang

Oleh Ramlah Zainal
roses@hmetro.com.my
Diyana Mastura Jaafar
Diyana Mastura Jaafar
ADA segelintir pengarah di luar sana yang khabarnya masih takut-takut untuk menyunting pelakon wanita ini selepas dia mendirikan rumah tangga.
Itulah dilema dialami pelakon yang cukup dikenali menerusi aksi beraninya dalam filem Mantra, Ana Dahlia selepas bergelar isteri kepada anak tukang masak terkenal, Datuk Chef Wan iaitu Mohd Nadzri Redzuawan (Chef Riz), sejak tujuh bulan lalu.


 





Hakikatnya, cinta pemilik nama sebenar Diyana Mastura Jaafar, 29, ini tidak pernah luntur dalam bidang lakonan sampailah sekarang.

Malah, Ana juga masih menanti tawaran watak yang benar-benar mencabar kemampuannya sebagai pelakon baru sekali gus mengukuhkan lagi nama yang sedia ada.


Pelakon jelita yang juga bekas pramugari AirAsia ini sangat bertuah kerana suami cukup memahami dan memberi sokongan padu kepadanya untuk meneruskan karier dalam bidang seni tempatan.

“Suami tidak pernah menghalang saya berlakon asalkan saya tahu membahagikan masa antara karier dan rumah tangga serta menjaga batas-batas sebagai isteri. Saya juga dipesan agar menjaga nama baik keluarga kedua-dua belah pihak.

Maklumlah, suami sibuk menguruskan restoran miliknya dan hanya pulang ke rumah pada jam 11 malam.

“Kalau saya berlakon, selalunya waktu penggambaran akan berakhir waktu yang lebih kurang sama. Justeru, lebih baiklah saya berlakon dan melakukan perkara yang diminati untuk mengelakkan saya berasa bosan duduk di rumah tanpa berbuat apa-apa langsung.

“Apa yang penting, kami akan tetap dapat habiskan masa berkualiti bersama apabila kami bersama di rumah,” katanya.

Sebagai pendatang baru, Ana akui tidak kisah bawa watak pembantu dalam drama dan filem asalkan karakter itu meninggalkan kesan mendalam pada penonton.

Antaranya, dia melakonkan watak antagonis, Sufi dalam drama bersiri 13 episod, 3 Janji arahan Heykal Hanifah yang diterajui Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle, Shah Iskandar dan Hanez Suraya yang melabuhkan tirainya di TV3, baru-baru ini.

“Sufi, gadis yang lemah lembut dan nampak baik hingga Dalia (lakonan Liyana) sendiri tidak tahu dia sebenarnya jahat hingga ke penghujung episod cerita ini.
Namun watak antagonis ini belum betul-betul jahat untuk mencabar lakonan saya,” katanya.

Terbaru, Ana ditawarkan beraksi watak utama dalam drama 7 Ramadani arahan Shahrulezad Mohameddin sempena tayangan bulan puasa nanti di TV3 yang akan memulakan penggambarannya tidak lama lagi. Dia bakal bergandingan dengan pelakon baru Fir AF dan Elly Suriaty, selaku teraju utamanya.

“Sebenarnya, Abang Ezad mencari saya menerusi laman facebook dan dia terus tawarkan saya berlakon dalam drama terbaru arahannya itu selepas berjaya menghubungi saya.

“Memang saya sudah lama ingin bekerja dengan Abang Ezad kerana tidak dapat bekerjasama dengannya pada tahun lalu. Pada masa sama, selepas baca skrip cerita ini, saya terus tertarik untuk bawa watak Anang, gadis lemah lembut anak orang kaya. Watak yang ditawarkan juga ada kelainan dari yang pernah dilakonkan sebelum ini,” katanya.

Antara lakonannya sebelum ini ialah drama Bukan Untukmu yang disiarkan di TV9 dan Metro Skuad pula di TV2.

Ana ditemui di majlis meraikan pemenang bertuah, Nur Syazana Mat, 25, dan empat sahabatnya menikmati makan malam istimewa bersama barisan pelakon utama drama bersiri untuk Slot Lestary TV3, 3 Janji yang berlangsung di Luna Bar, Hotel Pacific Regency, Jalan P Ramlee, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kata Ana, selain suami, ayah mentuanya, Chef Wan juga adalah pengkritik tetap lakonannya ketika ini.

“Papa juga kerap menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bertanya khabar saya dan Riz. Saya sendiri turut meminta dia menonton lakonan saya di kaca TV dan selalunya komen yang diberikannya sangat membina untuk saya meningkatkan prestasi sedia ada.

“Pada peringkat awal, saya rasa takut dan segan dengan Papa tapi beliau sendiri selalu tunjukkan tiada jarak antara kami dan sangat mesra kerana dia menyayangi saya sama seperti anak-anak kandungnya yang lain.

“Apabila kami berjumpa, papa akan peluk saya dengan erat sama seperti dia melayan anak-anak sendiri. Malah, Papa juga sudi meraikan hari jadi saya pada 21 Jun, Riz (28 Jun) dan Serina (1 Jun) yang kebetulan jatuh pada bulan yang sama, baru-baru ini.

“Setiap kali ada masa lapang, kami akan berjumpa di rumah Papa sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan sedia ada,” katanya.

Barangkali ramai yang tahu, Ana juga cekap di dapur dan dialah yang memasak di rumah walaupun suaminya chef terkenal.

“Riz memang suka ‘air tangan’ saya di rumah. Menu wajib suami yang dia tak pernah jemu sejak kami berkahwin adalah Sup Tulang, Tom Yam Merah dan Kangkung Goreng Belacan. Selalunya saya tidak mahu orang ‘kacau’ kalau saya di dapur kerana saya memang jenis pantas kalau memasak.

“Sesekali Riz juga memasak makanan kegemaran saya iaitu Nasi Goreng Yeongchow yang cukup istimewa kerana ada daging salai di dalamnya. Selain itu, ialah sajian pencuci mulut ‘creme brulee’ yang nampak seperti puding karamel,” katanya.

Seperti pasangan muda lain, Ana dan Riz nampaknya tidak terlepas apabila mula dilontarkan soalan mengenai cahaya mata.

“Maklumlah, anggota keluarga lain termasuk adik ipar saya, Serina sudah pun ada dua anak. Cuma saya dan Riz yang belum lagi ada rezeki. Kalau diikutkan kami berdua memang dah bersedia untuk menimang cahaya mata dan melengkapkan lagi rumah tangga kami.

“Kami sudah berjumpa doktor dan nampaknya kami suami isteri tiada masalah kesihatan untuk dapat anak sendiri. Cuma masanya belum lagi.

“Saya bersyukur kerana keluarga saya dan mentua tidak mendesak cukup memahami kerana mereka tahu saya akan ‘stress’ apabila orang kerap bertanya soal anak.
Bagi saya, soal anak bergantung pada rezeki dan ketentuan Tuhan,” katanya.

Apapun, akui Ana, rumah tangganya tetap bahagia.

“Saya berdoa semoga rumah tangga kami kekal hingga ke akhir hayat. Sebagai isteri, saya akui memang sukar untuk berjauhan dengan suami tapi nak buat macam mana kerana masing-masing ada tanggungjawab dan komitmen pada karier masing-masing,” katanya.

Bukit Gambang berpesta sakan

Oleh Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my
HANGAT, ceria dan meriah. Itulah tiga perkataan bagi menggambarkan suasana Taman Tema Bukit Gambang Resort City (BGRC), Kuantan, Pahang yang menjadi lokasi kedua penganjuran program Gempak Santai Harian Metro pada 16 & 17 Jun lalu.
Sejak awal pagi lagi, sudah ramai yang menunggu di pintu masuk untuk membuat penebusan tiket percuma yang dicetak sebanyak 50,000 keping dan sah digunakan bermula 16 Jun sehingga 31 Julai 2012. Bilangan pengunjung yang hadir untuk kedua-dua hari ini dianggarkan lebih 10,000 orang.

Sabtu yang menjadi hari pembuka acara cukup ditunggu kerana selain dapat mandi-manda, pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan artis iaitu Amir Sofazr, Lena AF, Melia Amelia, Keena Mentor, Haris Aliff (Idola Kecil 3) serta hos Am Ketampi & Chot Raja Lawak sebagai pengacara.

Sebelum itu pada sebelah paginya, pengunjung disajikan dengan pelbagai acara sampingan antaranya pertandingan mewarna, pertandingan mewarna batik, pertandingan kek cawan serta pertandingan karaoke santai. Turut disediakan gerai jualan cenderahati Gempak Santai yang menawarkan harga berpatutan.


Acara pelancaran Gempak Santai Harian Metro disempurnakan Timbalan Pengarang Kumpulan HM, Abdul Ghafar Ismail serta Pengurus Besar BGRC, Shepard Ku, jam 2 petang. Turut serta Pengurus Besar Pemasaran The New Straits Times Press (M) Bhd, Putri Shereen Syed Othman dan semua artis terbabit.

Selepas itu, mini konsert Gempak Santai pun bermula dengan Am & Chot mengambil tempat masing-masing sebagai pengacara. Mereka terlebih dulu berinteraksi dengan pengunjung supaya mendekati pentas yang disediakan.

Istimewanya pentas dibina bersebelahan dengan kolam mandi sekali gus memudahkan pengunjung bersantai sambil menikmati persembahan artis dari Kuala Lumpur.

Sesudah sesi ramah mesra dan kuiz bersama penonton, mereka menjemput Haris sebagai artis pembuka pentas. Remaja berusia 13 tahun ini pantas menghiburkan peminat dengan lagu berjudul Lelaki Seperti Aku yang dipopularkan Alif Satar dan lagunya sendiri, Kisah Terindah.

Seperti biasa, Haris turut mengambil kesempatan bermesra dengan peminatnya yang terdiri dari golongan kanak-kanak. Selepas itu, giliran Keena menghiburkan peminat dengan single pertamanya, Cinta Luluh, Waka Waka (Shakira) dan Someone Like You (Adele).

Dia turut mengajak peminat naik menari bersamanya di atas pentas dan mereka ‘sporting’ menyambut ajakannya. Keadaan menjadi bertambah gamat dengan bilangan pengunjung yang memenuhi ruangan depan pentas semakin ramai.

Kejutan turut berlaku selepas itu apabila Melia Amelia yang sebelum ini dikenali filem Karipap-Karipap Cinta, tampil diatas pentas dengan lagu tema filem Ombak Rindu. Bagi menambah kemeriahan, dia menjemput beberapa peminat lelaki berduet dengannya.

Selain menyanyi, Melia turut mengadakan sketsa dengan peminat dan mereka yang mengambil bahagian menerima hadiah yang disumbangkan oleh Harian Metro.

Melihatkan sambutan peminat semakin hebat, sekali lagi Haris ditampilkan dan dia memilih menyampaikan lagu Sedetik Lebih (Anuar Zain) dan Cinta Matiku (6ixth Sense). Jelas kelihatan penyanyi ini begitu berbakat dan mampu menyinar.

Bagi golongan peminat rock, kemunculan Amir yang baru terbabit dalam program Versus di TV9 bersama kumpulannya, Sofazr sememangnya ditunggu-tunggu. Dia menyampaikan barisan lagu popularnya iaitu Janji, Pecinta Terbaik serta Dan Bila Esok.

Berbekalkan pengalamannya, Amir tanpa segan turun ke bawah mendekati peminat.
Bahkan ada di antara mereka yang menghafal lagunya turut sama menyanyi.

Strategi meletakkan Lena sebagai artis terakhir memang menjadi apabila kemunculannya menggamatkan keadaan. Berbekalkan suara yang mantap, Lena memukau peminat dengan lagu Ku Menunggu (Rossa), Tiada Tangis Lagi (Ella), Lamunan Hati (Wann) dan Dag Dig Dug (Haiza).

Kejutan turut dilakukan apabila Lena menjemput Keena dan Melia berduet menyampaikan lagu Anak Kampung yang begitu popular sekarang. Bukan sekali, bahkan dua kali mereka menyanyikan lagu ini kerana diminta oleh peminat.

Meskipun hanya menampilkan tiga artis, mini konsert ini berjaya mencapai matlamatnya iaitu menghiburkan pengunjung yang hadir pada hari itu. Ramuan gabungan artis dan peminat menerusi nyanyian, permainan dan dibantu keletah Am & Chot sememangnya menghiburkan.

Amir yang ditemui meluahkan perasaan gembiranya dengan sambutan yang diberikan pengunjung. Mereka tetap memberikan sambutan biarpun persembahan diadakan di taman tema.

“Ini pengalaman pertama saya dan kalau diberi peluang selepas ini saya akan turut serta lagi. Ia adalah satu persembahan konsep baru dan saya seronok melihat pengunjung hadir bersama keluarga masing-masing untuk bersantai dan berhibur serentak,” katanya.

Keena pula pernah terbabit dengan program lain anjuran Harian Metro dan ini adalah pengalaman pertamanya terbabit dalam Gempak Santai. Dia gembira dapat beramah mesra dengan peminat yang hadir.

“Gempak Santai membabitkan hubungan tiga pihak iaitu media, artis dan peminat. Ketiga-tiganya adalah penting dalam pembangunan dunia seni kita. Saya beruntung kerana dapat mendekati peminat secara dekat,” katanya.


Soseh Soseh: Sebenarnya itu anak siapa?

DALAM asyik melayari internet untuk mengikuti berita dunia yang terbaru dan sensasi, semalam, tiba-tiba SS ternampak beberapa keping gambar yang mengejutkan. Terus mata SS tertumpu di situ dan menelitinya dengan penuh berhati-hati kerana ia bukanlah sebarang gambar sebaliknya wajah seorang artis wanita bersama seorang bayi.
Bukan dalam keadaan ‘posing’ cantik tetapi dalam posisi seperti baru lepas bersalin. Dia berbaring dengan wajah yang polos tanpa mekap dengan seorang bayi di sebelahnya.

Memanglah kebelakangan ini ramai artis berkahwin, ada yang sedang hamil dan ada juga yang baru melahirkan anak seperti pelakon Dynas Mokhtar. Khabarnya Fasha Sandha pun dah mengandung dan Haiza pun selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, baru sekarang hamil enam bulan.

Bagaimanapun berkenaan gambar artis yang SS terpandang itu, ada sedikit kemusykilan kerana setahu SS dia mengakui hidup solo yakni tak bersuami.


Selepas SS membelek lagi gambar itu dengan rasa ingin tahu yang meluap-luap, SS terus hubungi rakan-rakan untuk mengetahui status artis itu dan mereka juga mengesah�kan yang dia pernah akui dia berkahwin.

Jadi, kalau dia tidak bersuami sekarang, jadi anak itu anak siapa? Siapa ayah misterinya kepada bayi itu? Dari pengamatan SS, bayi itu sangat comel dan memang ada iras-iras wajah artis itu.

Biasanya kalau seseorang artis berkahwin secara rahsia pun, apabila sudah mengandung, perkahwinan itu tak akan jadi rahsia lagi. Nak sorok macam mana kerana perut semakin besar, lainlah kalau artis itu sanggup berkurung dalam rumah sepanjang kehamilannya atau pun pergi jauh sedikit bercuti ke luar negara kerana tak mahu orang perasan bentuk badannya yang semakin berubah dari pinggang jerut, berubah macam guni beras.

Namun kisah artis wanita ini memang aneh sedikit. Apa yang lebih membuatkan SS berasa hairan, ada sekeping gambar itu dia mengenakan jubah hitam, bertudung dan berjilbab. Adakah dia dia ingin menyembunyikan identiti�nya daripada diketahui oleh orang ramai ketika berada di hospital?

Nak kata babak lakonan pun gambar itu semuanya tengok kamera. Macam ia diambil oleh mereka yang dekat dengan keluarga artis itu. Entah-entah dari kameranya sendiri.

SS tak berniat nak buat sebarang tuduhan melulu, manalah tahu mungkin benar dia berkahwin senyap-senyap dan kerana tak mahu masyarakat mengenalinya apabila masuk ke wad bersalin. Jadi kenalah dia mengenakan jilbab. Mungkin juga dia tak mahu privacy diri terganggu atau anak-anaknya terjejas atau terkenal sepertinya. Entahlah.

SS pernah dengar ramai juga artis Hollywood ingin melindu�ngi anak mereka daripada publisiti kerana mahu anak mereka menjalani kehidupan seperti anak orang lain. Agaknya artis ini juga mengambil langkah yang sama seperti kebanyakan artis Hollywood. Misalnya, ketika Michael Jackson masih hidup, dia menutup muka ketiga-tiga anaknya apabila mereka keluar berjalan-jalan supaya orang tak kenal mereka.

SS harap artis wanita itu satu hari akan beri penjelasan de�ngan sejujurnya mengenai status sebenar dirinya dan itu anak dia dengan siapa. Bukannya apa, kalau berdolak dalih dan menyembunyikan sesuatu, ia akan menimbulkan spekulasi di kalangan masyarakat. Tambah-tambah zaman internet. Mesti artis itu ada segala jawapan terhadap misteri yang menyelubungi hidupnya selama ini.


SS: Kelahiran seseorang anak itu seharusnya menjadi suatu yang perlu dibanggakan kerana bertambah lagi umat manusia di muka bumi ini.


Linda Onn Sangkal Letak Harga Tinggi Punca Hilang Segala Tawaran

Linda Onn rindu untuk kembali sebagai pengacara televisyen.
KUALA LUMPUR: penyampai radio Suria FM, Linda Onn menolak dakwaan mengenakan bayaran tinggi sehingga menyebabkan segala tawaran untuknya bergelar pengacara televisyen tidak diberikan.
Linda berkata, dia tidak pernah meletakkan harga melampaui batas kepada mana-mana pihak yang mahukan khidmatnya malah sentiasa terbuka untuk berunding jika melibatkan soal bayaran.
"Soal bayaran tidak pernah menjadi isu kepada saya kerana perkara itu boleh dibawa berbincang terlebih dahulu dan rasanya saya tidak pernah meletakkan caj yang melampau untuk mana-mana pihak mendapatkan khidmat saya.
"Siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka tahulah mengenai perkara ini," ujarnya kepada mStar Online ketika ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini pada Selasa.
Tambah Linda, sepanjang 15 tahun berada dalam industri hiburan tempatan, kadar bayaran dirinya tidak pernah berubah dan terkilan jika isu itu menjadi punca dia tidak lagi menjadi pilihan mana-mana pihak yang memerlukan khidmatnya.
Dalam pada itu, Linda turut menolak tanggapan kesibukan dirinya sebagai penyampai radio dan perniagaan melibatkan restoran yang dimilikinya menjadi penyumbang kepada situasi tersebut.
Menurut Linda, sebagai seorang yang telah lama berada di dalam industri hiburan, pengurusan masa tidak pernah menjadi masalah buatnya.
"Saya tidaklah sesibuk mana kerana kehidupan saya sekarang lebih kepada kerja di studio selain menguruskan perniagaan. Insya-Allah isu pengurusan masa ini tidak pernah menjadi masalah kepada saya," katanya.
Bagaimanapun Linda mengakui dia agak lama tidak muncul sebagai pengacara televisyen dan sudah tidak lagi menerima tawaran seperti mana sebelum ini.
Tidak menafikan agak rindu untuk kembali mengacarakan program televisyen namun menganggap rezeki masih belum berpihak kepadanya buat masa ini.
"Minat saya memang kepada penyampaian radio dan pengacaraan program televisyen dan apabila kurang mendapat tawaran sudah tentu saya berasa rindu. Apa nak buat... belum rezeki saya.
"Kalau ada tawaran saya teringin nak buat program berbentuk bual bicara seperti Ellen DeGeneres atau pun Oprah Winfrey Show," katanya.
Sementara itu, Linda memberitahu, lebihan masa pada yang ada pada dirinya ketika ini membolehkan dia memberi tumpuan kepada keluarga selain melakukan perkara yang diminatinya seperti menunggang motosikal berkuasa besar serta bersukan.
"Sekarang ini masa lapang saya banyak dihabiskan dengan bermain badminton dan menunggang motosikal selain dapat menumpukan perkara-perkara lain yang mungkin sebelum ini tidak pernah menjadi perhatian saya,” katanya.
Ramlah Ram Enggan Fikir Soal Kahwin Selepas Bercerai

Ramlah Ram tidak lagi berfikir soal kahwin namun tidak menolak jodoh jika ditentukan Allah. Foto AHMAD IZRAFFIQ ALIAS.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Ramlah Ram tidak mahu lagi memikirkan soal kahwin selepas kegagalan rumah tangga bersama Penerbit Rancangan Unit Sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kamal Roslim dua tahun lalu.
Ramlah, 47, berkata, pada ketika ini pemikirannya tidak lagi tertumpu kepada soal tersebut sebaliknya mahu memberi tumpuan yang lebih mengenai kerjaya dan masa depan.
"Saya tidak pernah terfikir pun pasal jodoh kerana saya terlalu sibuk dengan perkara lain apatah lagi ketika usia sudah mencecah 40-an, perkahwinan bulan lagi menjadi keutamaan saya," ujarnya kepada mStar Online semasa ditemui selepas rakaman program Fenomena Raya di Angkasapuri di sini.
Bagaimanapun kata Ramlah, jika ada jodoh daripada Allah suatu hari nanti, dia tidak akan menolaknya.
"Nak kata serik berkahwin tidak sama sekali, namun kalau sudah ditakdirkan saya bertemu jodoh saya terima sahaja," katanya.
Dalam pada itu, Ramlah berkata, walaupun bersendirian dia tidak pernah berasa sunyi kerana kehidupannya sering dikelilingi dengan anak saudara dan kaum keluarga.
Malah kata Ramlah, keluarganya juga tidak pernah membangkitkan soal perkahwinan dan menyerahkan sepenuhnya kepada dia.
"Anak-anak buah saya ramai untuk menceriakan saya dan membolehkan saya menumpang kasih sayang. Soal kahwin untuk kali kedua tidak pernah menjadi isu kepada saya malah keluarga juga sentiasa berada di belakang menyokong saya," katanya.
Sementara itu, Ramlah berkata, dia bakal muncul dengan single terbaru berjudul Seandainya hasil ciptaan ID Mifzal dan Zie Syafruddin yang pernah menghasilkan lagi Sesaat Kau Datang.
Ramlah berkata, dia sangat bersyukur apabila kelab peminatnya iaitu Ramlah Ram Group (RRG) yang telah bertungkus lumus bagi memastikan lagu terbarunya itu siap.
"RRG adalah tulang belakang saya yang banyak membantu menghasilkan lagu, promosi, publisiti dan sebagainya untuk saya. Mereka bukan sekadar peminat setia tetapi adalah sahabat baik saya.
"Jasa mereka tidak mampu saya balas sehingga akhir hayat," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, Ramlah memberitahu, RRG juga merancang untuk menghasilkan sebuah album mini yang akan dipasarkan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.
Ramlah menjelaskan, sebanyak lima lagu akan dimuatkan dalam album itu nanti seperti Cinta Gila, Benar Mencintai, Sesaat Kau Datang, Seandainya dan Sejadah Cinta.
Syarikat Kecantikan Beri RM5,000 Kepada Artis Veteran

Pengarah urusan Limpahan Setia Sdn Bhd, Siti Azawani Abu Bakar (kanan) menyampaikan replika cek bernilai RM5,000 kepada Datuk Yahya Sulong. Foto MUHAMMAD SYAMIL.
KUALA LUMPUR: Seramai empat orang artis veteran telah menerima sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM5,000 setiap seorang daripada syarikat Limpahan Setia Sdn Bhd bagi meringankan beban mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Pengarah urusannya, Siti Azawani Abu Bakar berkata, pihaknya terpanggil untuk memberikan sumbangan itu kepada pelakon Azean Irdawaty, Latifah Omar, Datuk Yahya Sulong dan Karim Latif selepas kejayaan syarikat itu mencatat penjualan menguntungkan menerusi penghasilan produk kecantikan wanita, Premier V3.
"Artis-artis ini adalah golongan yang banyak berjasa kepada masyarakat melalui medium hiburan seperti lakonan serta nyanyian dan kami memandang berat terhadap masalah yang menimpa mereka.
"Walaupun sumbangan itu tidak seberapa tetapi ia diharap dapat meringankan beban mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan," ujarnya ketika ditemui pada Majlis Amal Seni Premier V3 di sini pada Rabu.
Bagaimanapun, pada acara tersebut, Azean dan Latifah tidak dapat menghadirkan diri kerana mengalami masalah kesihatan dan mereka diwakili oleh ahli keluarga masing-masing.
Dalam pada itu, Yahya dan Karim ketika ditemui media melahirkan rasa syukur dan terharu dengan pemberian sumbangan itu dan ia akan digunakan sebaik-baiknya.
Pelakon yang pernah membintangi filem Anak Bapak, Karim Latif turut menerima sumbangan.
Yahya yang mengalami masalah pernafasan kronik memberitahu beliau akan menggunakan wang berkenaan bagi membiayai bil perubatannya di hospital.
"Syukur Alhamdulilah masih ada pihak yang prihatin terhadap insan seni seperti saya dan tiada ada apa yang boleh saya katakan selain terima kasih kepada pihak penganjur," ujarnya.
Manakala Karim yang pernah popular menerusi filem Ahmad Albab dan Anak Bapak menjelaskan, dia tidak menyangka masih ada pihak yang mengenali dirinya sekali gus memberikan bantuan bagi meringankan beban.
Sementara itu, artis veteran lain seperti Norlia Ghani, Sofia Ibrahim dan adiknya, Datuk Khadijah Ibrahim turut hadir bagi memeriahkan majlis.
Selain artis veteran, pelapis baru yang turut hadir antaranya Shila Amzah, Tomok, Sharifah Zarina, kumpulan One Nation Emcee, Aida Khalida dan Almy Nadia.


Aurat Wanita Muslimah Menurut Syarak


Selasa, 24 Mac 2009 14:34
Pembahasan tentang masalah aurat wanita Islam tidak pernah sunyi dari diperkatakan. Malangnya, apa yang mendukacitakan adalah sering kali penjelasan tentangnya tidak berlandaskan nas yang sahih sebaliknya hanyalah takwilan yang dilatari hawa nafsu serta kebencian kepada sumber yang qat’ie. Sebahagian kaum Muslimah yang telah dirasuk pemikiran kufur turut mempertikaikan kewajaran pemakaian tudung yang juga dipanggil ‘hijab’ dengan menganggap menutup kepala sebagai menutup akal. Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat.

Ada juga yang beranggapan menutup aurat adalah penyebab kemunduran umat Islam. Ahmad Reda yang merupakan penyeru agar ditumbangkan sistem pemerintahan Islam di Turki menganggap bahawa selagi lelaki dan wanita Turki tidak bercampur bebas dan membuka hijabnya maka tiada kedaulatan undang-undang dan kebebasan di Turki [Rujuk al-Ittijah al-Wataniah fi al-Adab al-Mu’sir, Jil. 2, ms273). Manakala Taha Husin dari Mesir menyatakan dalam bukunya ‘Mustaqbal al-Thaqafah fi Misr’: “Kita mesti mengikut jejak langkah orang-orang Eropah dan cara mereka. Kita mesti menjadi sekutu mereka dan rakan kongsi dalam ketamadunan, sama ada yang baik atau yang buruk, sama ada yang manis atau yang pahit, sama ada yang disukai atau yang dicaci.” Baginya menutup aurat perlu ditentang kerana ianya berbeza dengan Barat. Dr. ‘Imad ‘Abd Hamid An-Najar dalam Jaridah al-Akhbar pula menyatakan: “Adapun mengenai hijab dan percampuran antara wanita dan lelaki dalam kehidupan harian, ini adalah perkara yang boleh ditentukan oleh sesebuah masyarakat berdasarkan keadaannya. Bagi setiap masyarakat ada pakaian dan cara-cara yang memudahkan individunya. Apa yang disebut di dalam al-Qur’an mengenai hijab adalah khusus untuk isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Hukum-hakam ini bukanlah semestinya berkaitan dengan seluruh wanita.”

Demikianlah di antara sebahagian penentangan-penentangan terhadap hukum Allah yang ditunjukkan oleh kumpulan atau individu yang sudah teracun oleh pemikiran kufur Barat. Di samping itu, masih terdapat ramai juga wanita Muslim yang masih tidak tahu, tidak faham atau salah faham dengan cara-cara menutup aurat secara syar’ie di dalam kehidupan mereka. Justeru, mereka terjatuh di dalam dosa dan keharaman. Justeru, hukum menutup aurat ke atas Muslimah ini mestilah diperhatikan betul-betul agar kita tidak terjerumus ke dalam kesesatan dan dosa.

Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah  kepada Asma’ binti Abu Bakar,

Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti. 

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah  riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.


ukum & Kewajipan Menutup Aurat Ke Atas Umat Islam


Betulkan yang biasa.. Biasakan yang betul..


Sebab Nuzul Ayat (^_^)

Ayat ini diturunkan bertepatan dengan kisah Asma' binti Abu Bakar sewaktu beliau menemui Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis..

Aishah r.a. meriwayatkan bahawa Asma' binti Abu Bakar telah datang menziarahi Rasulullah s.a.w dengan memakai pakaian yang nipis.. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda : "Wahai Asma'.. Sesungguhnya seseorang perempuan itu apabila sudah datang Haid tidak boleh dilihat melainkan ini sahaja (Baginda mengisyaratkan muka dan tangannya..)"

Intisari Ayat (^_^)

Allah s.w.t mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya menutup aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak baik.. Begitu juga perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasannya kepada lelaki ajnabi yang bukan mahramnya..

Tujuan kewajipan ini ialah untuk menjaga kehormatan dan memelihara maruah diri..


Menutup Aurat Dalam Islam (^_^)

Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..
Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam..

Batas-batas aurat :
Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..

Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..

Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam :
1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..

Antara kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat ialah :

KEBAIKAN MENUTUP AURAT KEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT
Kehormatan dan maruah diri terjaga Mencemarkan kehormatan dan maruah diri
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diingini Mendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik
Dapat menghindar daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baik Dibenci dan dicemuh oleh orang lain
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lain Tidak melambang keperibadian Muslim sejati
Melambangkan keperibadian Muslim sejati Terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral


Pakaian Menurut Islam (^_^)

Islam menyuruh umatnya berhias diri dengan memakai pakaian yang menutup aurat mengikut kemampuan masing-masing.. Islam tidak menetapkan sesuatu fesyen yang boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.. Semua fesyen boleh dipakai asalkan menutup aurat dan bukan daripada jenis kain yang diharamkan..

Antara ciri-ciri pakaian dan perhiasan yang diharuskan ialah :
1. Hendaklah menutup aurat
2. Tidak nipis
3. Hendaklah longgar, selesa, dan tidak ketat
4. Pakaian lelaki yang tidak menyerupai pakaian wanita, atau sebaliknya
5. Lelaki tidak dibenarkan memakai emas dan sutera, kerana ia khas untuk perempuan
6. Tidak menyerupai pakaian sesuatu kaum.. Contohnya : Yahudi




Ada beberapa jenis pakaian dan perhiasan yang diHARAMkan bagi lelaki dan wanita dalam Islam.. Jenis-jenis pakaian tersebut seperti berikut :

HARAM BAGI LELAKI HARAM BAGI WANITA
Semua jenis pakaian yang dibuat daripada sutra Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk
Semua barang perhiasan daripada emas Pakaian yang nipis yang menampakkan tubuh badan
Memakai pakaian yang menyerupai kaum wanita Pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain
Memakai pakaian bertujuan untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk Pakaian yang menyerupai pakaian lelaki
Semua pakaian yang menjadi lambang kepada agama lain Pakaian yang terlalu ketat dan mengghairahkan

Allah s.w.t memerintahkan golongan wanita supaya menyembunyikan perhiasan dirinya daripada dilihat oleh orang lain, kecuali kepada golongan yang tidak diharamkan..

Golongan yang tidak diharamkan melihat perhiasan wanita ialah :
1. Suami
2. Bapa. Termasuk datuk hingga ke atas
3. Bapa suami (mertua)
4. Anak lelaki dari saudara lelaki
5. Anak lelaki dari saudara perempuan
6. Anak-anak lelaki. termasuk cucu hingga ke bawah
7. Anak lelaki suami (anak tiri)
8. Adik-beradik lelaki
9. Sesama wanita
10. Hamba sahaya
11. Palayan lelaki yang tiada keinginan syahwat




Panduan Bergaul Antara Lelaki & Wanita (^_^)

Garis panduan dalam pergaulan antara lelaki dan wanita seperti berikut :
1. Lelaki dan wanita dibenarkan bergaul dalam perkara-perkara yang diharuskan oleh syarak
2. Tidak membenarkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa batas
3. Haram bagi lelaki melihat aurat wanita.. Begitu juga sebaliknya..

Islam tidak membenarkan lelaki dan wanita bertentangan mata antara satu sama lain, kecuali disebabkan sesuatu yang diharuskan.. Justeru itu, Islam mewajibkan lelaki dan wanita supaya merendahkan pandangan mereka, dan mengawal pandangan daripada perkara-perkara mungkar..

Pandangan mata yang tidak terkawal antara lelaki dan wanita boleh menjadi permulaan kepada berlakunya Zina..


Pengajaran Ayat (^_^)

1. Setiap umat Islam samada lelaki, mahupun wanita.. WAJIB menutup aurat terhadap golongan yang bukan mahram
2. Orang Islam dilarang memakai pakaian dan barang-barang perhiasan secara berlebihan, kerana dikhuatiri wujud sifat yang tidak baik dalam diri..
3. Kaum wanita dilarang memperlihatkan perhiasan tubuh badan kepada bukan mahram kerana dibimbangi berlaku fitnah..


aurat

aurat

Hukum Menutup Aurat Bagi Wanita

Assalamualaikum wr.wb.
Saudara semua terutama bagi kaum wanita kali ini saya akan membahas tentang kewajiban menutup Aurat bagi Wanita, kita mulai saja.
Allah SWT berfirman :
( UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN JELAS KLIK PADA GAMBAR )

Ayat ini menegaskan empat hal :
a. Perintah untuk menahan pandangan dari yang diharamkan oleh Allah.
b. Perintah untuk menjaga kemaluan dari perbuatan yang haram.
c. Larangan untuk menampakkan perhiasan kecuali yang biasa tampak.
d. Perintah untuk menutupkan khumur ke dada. Khumur adalah bentuk jamak dari khimar yang berarti kain penutup kepala. Atau dalam bahasa kita disebut jilbab.
Allah SWT berfirman :

( UNTUK MELIHAT GAMBAR DENGAN JELAS KLIK PADA GAMBAR )
Jilbab dalam bahasa Arab berarti pakaian yang menutupi seluruh tubuh (pakaian kurung), bukan berarti jilbab dalam bahasa kita (lihat arti kata khimar di atas). Ayat ini menjelaskan pada kita bahwa menutup seluruh tubuh adalah kewajiban setiap mukminah dan merupakan tanda keimanan mereka.
Dalam riwayat Aisyah RA, bahwasanya Asma binti Abu Bakar masuk menjumpai Rasulullah dengan pakaian yang tipis, lantas Rasulullah berpaling darinya dan berkata : Hai Asma, sesungguhnya jika seorang wanita sudah mencapai usia haidh (akil baligh) maka tak ada yang layak terlihat kecuali ini, sambil beliau menunjuk wajah dan telapak tangan. (HR. Abu Daud dan Baihaqi).
Hadits ini menunjukkan dua hal:
  1. Kewajiban menutup seluruh tubuh wanita kecuali wajah dan telapak tangan.
  2. Pakaian yang tipis tidak memenuhi syarat untuk menutup aurat.
Dari kedua dalil di atas jelaslah batasan aurat bagi wanita, yaitu seluruh tubuh kecuali wajah dan dua telapak tangan. Dari dalil tersebut pula kita memahami bahwa menutup aurat adalah wajib. Berarti jika dilaksanakan akan menghasilkan pahala dan jika tidak dilakukan maka akan menuai dosa.
Kewajiban menutup aurat ini tidak hanya berlaku pada saat shalat saja namun juga pada semua tempat yang memungkinkan ada laki-laki lain bisa melihatnya.
Aurat wanita dengan wanita
Wanita bersama dengan kaum wanita, bagaikan laki-laki bersama dengan laki-laki, diperbolehkan melihat seluruh badannya kecuali antara lutut dan pusarnya, kecuali diindikasikan akan membawa fitnah, maka tidak boleh menampakkan bagian tubuh itu. Hanya saja kepada wanita yang tidak seagama, wanita muslimah tidak boleh menampakkan auratnya sebagaimana kepada sesama wanita muslimah. Karena wanita yang tidak seagama berstatus orang lain bagi wanita muslimah.
Aurat wanita di hadapan laki-laki
Keberadaan wanita di hadapan lawan jenisnya memiliki rincian hukum yang berbeda-beda, yaitu:
Di hadapan laki-laki lain, yang tidak ada hubungan mahram.
Maka seluruh badan wanita adalah aurat, kecuali wajah dan telapak tangan. Karena keduanya diperlukan dalam bermuamalah, memberi dan menerima.
Pandangan laki-laki kepada wajah dan telapak tangan wanita bisa diklasifikasikan dalam tiga kelompok, yaitu:
1. Tidak diperbolehkan dengan sengaja melihat wajah dan telapak tangan wanita lain tanpa tujuan syar’i. Dan jika tanpa sengaja melihatnya maka segera harus memalingkan pandangan seperti yang telah dijelaskan pada pandangan faj’ah (tanpa sengaja).
2. Melihat karena ada tujuan syar’i dan tidak ada fitnah, seperti melihat untuk melamar. Rasulullah menyuruh Mughirah bin Syu’bah untuk melihat wanita yang hendak dinikahinya:
Jika salah seorang di antaramu, meminang seorang wanita maka jika ia mampu melihat bagian yang mendorongnya untuk menikahinya maka lakukanlah. (H.R. Ahmad, dan Abu Daud)
Dan untuk semua tujuan itu, seseorang diperbolehkan melihat wajahnya, yang dengan melihat wajah itu sudah cukup untuk mengenalinya.
3. Memandang dengan syahwat, inilah pandangan terlarang, seperti yang disebutkan dalam hadits Nabi:
Nabi saw bersabda :
“Telah ditetapkan atas setiap anak Adam bagian dari zina, zina mata adalah pandangannya, zina mulut adalah ucapannya, zina telinga adalah mendengarkannya, zina tangan adalah memegangnya, zina kaki adalah melangkah menemuinya, nafsunya berharap dan berselera, kemaluannya membenarkan atau mendustakannya. (H.R. Ibnu Majah)
Asbabun nuzul ayat 30 ini sangat memperjelas kewajiban menjaga pandangan, yaitu kisah seorang laki-laki yang lewat di salah satu jalan di Madinah, ia memandangi seorang wanita. Dan wanita itupun membalas memandanginya. Setan ikut bermain menggoda keduanya, sehingga keduanya saling mengagumi. Sambil berjalan laki-laki itu terus memandangnya hingga ia menabrak tembok dan berdarah hidungnya. Ia berkata:
“Demi Allah! Saya tidak akan membasuh darah ini sebelum saya menemui Rasulullah SAW lalu saya ceritakan kejadian ini.”
Laki-laki itu segera menemui Nabi dan menceritakan kejadiannya. Nabi bersabda:
“Inilah hukuman dosamu”. Dan Allah menurunkan ayat 30 dan 31 ini.
Pengecualian dalam hukum ini adalah jika berada dalam keadaan terpaksa, seperti penglihatan dokter muslim yang terpercaya untuk pengobatan, khitan, atau penyelamatan dari bahaya kebakaran, tenggelam, dsb.
Di hadapan laki-laki yang memiliki hubungan mahram
Ada ulama yang mengatakan bahwa dalam kondisi itu wanita hanya boleh menampakkan bagian tubuh yang biasa terlihat sewaktu bekerja, yaitu: rambut, leher, lengan, dan betis.
Allah berfirman :
“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasan-nya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka” ( QS. An Nur/24:31)
Di hadapan suami
Seorang wanita di hadapan suaminya boleh menampakkan seluruh anggota badannya. Karena segala sesuatu yang boleh dinikmati, tentu boleh juga dilihat.
Allah berfirman :
kecuali kepada suami mereka, …,
Ada sebagian ulama yang mengatakan makruh melihat kemaluan. Karena Aisyah RA mengatakan tentang hubungannya dengan Nabi Muhammad SAW:
Artinya: “Saya tidak pernah melihat darinya dan ia tidak pernah melihat dariku. (H.R. At Tirmidzi)
Nah sekian mengenai kewajiban wanita untuk menutup auratnya.
SALAM MUSLIM!
Wassalamualaikum wr.wb.


وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١) Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. / (31)...AN NUR 31

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩)Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (59) AL AHZAB 59


Hukum Menutup Aurat

Alasan Perintah Menutup Aurat
Fitnah syahwat yang paling berat di alam ini adalah fitnah wanita, karena itu fitnah ini disebutkan pertama kali mengawali fitnah-fitnah syahwat lainnya sebagaimana firman Allah swt ;
زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاء وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأَنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللّهُ عِندَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Artinya : “Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, Yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).” (QS. Al imron : 14)
Untuk itu Allah swt memerintahkan para wanita menutupi seluruh tubuhnya yang merupakan perhiasannya kecuali yang biasa ditampakkan dengan mengenakan jilbab dan kerudung hingga ke dada, sebagaimana firman-Nya :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Artinya : “Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.’ (QS. An Nuur : 31)
Dengan ditutupinya seluruh perhiasan seorang wanita maka akan mempersempit ruang bagi lawan jenisnya untuk mengarahkan pandangannya kepada perhiasannya atau bahkan menikmatinya dengan pandangan yang tidak wajar dan pandangan seperti ini adalah jalan menuju perzinahan bahkan ia sendiri sudah disebut dengan zina mata, sebagaimana hadits dari Abu Hurairoh ra dari Nabi saw bersabda,”Telah dituliskan terhadap anak Adam bagiannya dari zina dan bukan mustahil ia akan tertimpa olehnya. Zina mata adalah pandangan, zina kedua telinga adalah mendengar, zina lisan adalah berbicara, zina tangan adalah memegang, zina kaki adalah melangkah dan hati memiliki kecenderungan serta harapan yang kemudian dituruti atau diingkari oleh kemaluan.” (HR. Muslim)
Hikmah lain dari perintah menutup aurat ini adalah sebagai ciri khas dan identitas seorang wanita muslimah dibandingkan dengan wanita-wanita non muslim, sebagaimana firman-Nya :
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا

Artinya : “Hai Nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka”. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al Ahzab : 59)
Batasa Aurat Wanita
Tentang batasan aurat bagi seorang wanita ini, Sayyid Sabiq mengatakan bahwa seluruh tubuh wanita adalah aurat yang wajib ditutup kecuali muka dan kedua telapak tangan, sebagaimana firman Allah swt :
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Artinya : “Janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (QS. An Nuur : 31) maksudnya janganlah mereka memperlihatkan tempat-tempat perhiasan, melainkan kedua telapak tangan, sebagaimana yang diterangkan dalam sebuah hadits dari ibnu Abbas, Ibnu umar dan Aisyah.
Dari Aisyah ra bahwasanya Nabi saw bersabda,”Allah tidak menerima sholat perempuan yang telah mencapai usia baligh, kecuali dengan memakai telekung.” (HR. Bukhori, Muslim, Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah kecuali Nasai. Sementara Ibnu Khuzaimah dan Hakim menyatakan sebagai hadits shahih, sedangkan Tirmidzi menyatakannya sebagai hadits hasan)
Dari Ummu Salamah bahwa dia pernah bertanya kepada Nabi saw,”Bolehkan wanita mengerjakan shalat dengan memakai baju kurung dan telekung, tanpa kain atau sarung? ‘ Beliau saw menjawab,’(Boleh), apabila baju kurungnya lebar dan panjang menutup kedua tumitnya.” (HR. Abu Daud dan para imam menshahihkannya sebagai hadits mauquf)
Dari Aisyah ra bahwa ia pernah ditanya,”Berapa macamkah pakaian yang harus dipakai wanita yang hendak shalat?’ jawabnya,’Tanyakanlah kepada Ali bin Abi Thalib, kemudian datanglah kepadaku dan beritahukan jawabannya kepadaku!’ Orang itu pun mendatangi Ali dan menanyakan hal itu kepadanya. Ali berkata,’Memakai telekung dan baju dalam,’ kemudian orang itu kembali menjumpai Aisyah dan menceritakan jawaban Ali kepadanya. Lantas Aisyah berkata,’Itulah jawaban yang benar.” (Fiqhus Sunnah edisi terjemah juz I hal 179 – 180)
Hukum Cadar (Niqab)
Al Qurthubi dalam menafsirkan ayat diatas mengatakan bahwa “yang biasa nampak dari padanya” adalah wajah dan kedua telapak tangan sebagaimana didalam kebiasaan maupun ibadah seperti shalat dan haji. Hadits yang diriwayatkan dari Aisyah bahwasanya Asma binti Abu bakar menemui Rasulullah saw dengan mengenakan pakaian yang tipis, kemudian Rasulullah saw berpaling darinya dan mengatakan kepadanya,”Wahai Asma sesungguhnya apabila seorang wanita telah mendapatkan haidh maka tidak sepantasnya ia memperlihatkannya kecuali ini.” beliau mengisyaratkan kepada wajah dan kedua telapak tangan. (al Jami’ Li Ahkamil Qur’an juz XII hal 519)
Adapun yang dimaksud dengan wajah adalah mulai dari ujung tumbuhnya rambut sampai kebagian bawah dari dagu dan selebar antara dua daun telinga dengan tidak menampakkan rambut, tenggorokan, telinga dan tidak juga leher.
Seorang wanita muslimah diharuskan menggunakan pakaian yang menutupi seluruh tubuhnya serta mengenakan kerudung yang menutupi kepala, leher dan dadanya kecuali wajah dan telapak tangannya. Yang dimaksud dengan wajah adalah mulai dari ujung tempat tumbuhnya rambut sampai ke bagian bawah dari dagu dan selebar antara dua daun telinga, sebagaimana dalil-dalil berikut :firman Allah swt :
يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ

Artinya : “Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka” (QS. Al Ahzab : 59)
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Artinya : “Dan janganlah mereka Menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya.” (QS. An Nuur : 31)
Jadi mengenakan cadar (niqab) bukanlah merupakan suatu kewajiban akan tetapi terhadap seorang wanita yang berwajah cantik dan dikhawatirkan dapat mengundang fitnah orang yang melihatnya maka hendaklah dia mengenakan cadar (niqab).
Menutup Aurat Pada Umat Terdahulu
Adapun apakah menutup aurat juga merupakan sesuatu yang diwajibkan Allah kepada orang-orang sebelum umat Muhammad saw, berikut hadits yang diriwayatkan dari Abu Hurairoh bahwasanya Rasulullah saw bersabda,”Dahulu orang-orang Bani israil mandi dengan menampakkan auratnya (telanjang) sehingga sebagian dari mereka melihat aurat sebagian yang lainnya. Sedangkan Musa as mandi dengan menyendiri.” (HR. Muslim)
Imam Nawawi mengatakan bahwa sabda Rasulullah,”Dahulu orang-orang Bani israil mandi dengan menampakkan auratnya (telanjang) sehingga sebagian dari mereka melihat aurat sebagian yang lainnya.” Hadits ini mengandung kemungkinan :
  1. Bahwa hal itu (menampakkan aurat kepada sesama, pen) dibolehkan didalam syariat mereka. Sementara Musa as tidak melakukan hal yang demikian demi menjaga kesucian, karena malu dan menjaga diri.
  2. Bahwa hal itu diharamkan didalam syariat mereka sebagaimana hal itu diharamkan didalam syariat kita akan tetapi mereka menggampang-gampangkan dalam urusan ini sebagaimana banyak dari umat kita pun menggampang-gampangkan dalam masalah ini. (Shahih Muslim bi Syarhin Nawawi juz IV hal 43)
Wallahu A’lam

Sumber: Eramuslim

 

 

Hukum Menutup Aurat Mudah Dipermainkan Di Dalam Sistem Sekular

Posted by thinker on 05/01/2011
Bekas model Playboy tidak lagi bertudung
JAKARTA – Pelakon filem dan model yang pernah tampil dalam majalah Playboy Jepun dan Singapura, Cynthiara Alona mengaku kembali tidak memakai tudung sejak kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelakon filem seram Indonesia, Paku Kuntilanak dan Susuk Pocong itu menjelaskan bahawa tindakannya itu tidak bererti dia akan kembali tampil lebih seksi seperti sebelum memakai tudung.
Dia hanya memakai tudung selama tujuh bulan.
“Saya ingin jadi diri sendiri dan berkarier. Jadi masih belum perlu pakai jilbab (tudung) dululah,” katanya.
Cynthiara, 25, menjelaskan bahawa dia akan berusaha untuk tidak terlibat dalam membintangi filem yang berunsurkan seks lagi.
“Aku akan cuba berhenti berlakon di dalam filem panas lagi,” katanya.
Dia sebelum ini menggegarkan Indonesia kerana beberapa gambar bogelnya tersebar di Internet. – Agensi
Daripada berita di atas, kita dapat mengambil iktibar bahawasanya syariat Islam akan menjadi bahan mainan oleh musuh-musuh islam mahu pun penganut agama Islam itu sendiri, jika sistem sekular yang diterapkan di tengah-tengah kehidupan mereka. Lihatlah bukti di atas, seorang muslimat dengan mudahnya melafazkan bahawa dia “belum perlu” untuk tidak memakai jilbab (baca: kerudung) kerana alasan kerjaya. Langsung tidak masuk akal! Adakah ianya merupakan jawapan yang bersesuaian dengan ajaran agama Islam, tatkala hukum untuk menutup aurat bagi mereka sudah terang lagi bersuluh termaktub di dalam Al-Quranul Karim? Allah SWT berfirman:
“Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka….” (TMQ An-Nur[24]: 31)
Allah SWT berfirman:
“Dan tidaklah harus bagi orang-orang Yang beriman, lelaki dan perempuan – apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara – (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. dan sesiapa Yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka Sesungguhnya ia telah sesat Dengan kesesatan Yang jelas nyata.”(TMQ Al-Ahzab[33]: 36) .
Sesungguhnya, jawapan yang paling tepat bagi orang-orang yang beriman, tatkala Tuhannya mewajibkan sesuatu adalah, “kami dengar dan kami patuh”. Ia sesuai dengan firman Allah SWT:
“Sesungguhnya perkataan Yang diucapkan oleh orang-orang Yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: “Kami dengar dan Kami taat”: dan mereka itulah orang-orang Yang beroleh kejayaan.”(TMQ An-Nur[24]: 51)
Di dalam Daulah Islam, bagi orang-orang yang melalaikan kewajipan menutup aurat, mereka akan dikenakan hukuman takzir, setelah mereka diminta untuk melaksanakannya gagal dan tidak mahu untuk bertaubat. Di sisi lain, wanita akan diberi peranan mereka seperti yang dituntut di dalam Islam sebagai “Ummun wa Robbatul Bait” (ibu dan pengurus rumah tangga), dan bukan seperti yang dituntut dan diperjuangkan oleh golongan femnisme. Walhasil, syariat Islam diterapkan secara utuh dan syiar Islam terjaga daripada sebarang penodaan. Oleh itu, sudah tiba masanya bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia sedar akan tanggungjawab mereka untuk menerapkan semula kehidupan Islam ini dengan dibai’ahnya seorang Khalifah bagi seluruh kaum Muslimin.
 
Hukum amalan seseorang yang tidak menutup aurat
« on: 09 June, 2010, 05:55:20 PM »

SOALAN: Assalamualaikum, saya mengerjakan semua kewajipan agama sembahyang lima waktu, puasa sunat di bulan yang di sunatkan tetapi tidak menutup aurat (tidak bertudung) tetapi tidak pernah mendedahkan bahagian badan yang lain. Adakah segala amalan saya di terima Allah S.W.T. ?

JAWAPAN:

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.

Allah Ta’ala hanya menerima amalan hamba-Nya yang benar-benar ikhlas terhadap-Nya. Amalan yang dilakukan itu pula sekiranya merupakan ibadat khusus seperti sembahyang, puasa dan sebagainya hendaklah menepati rukun dan syarat serta kaifiat yang telah ditetapkan oleh syariat berdasarkan ilmu yang benar dan bukan ikut-ikutan secara membuta-tuli. Ibadat yang dilakukan dengan penuh rasa kehambaan kepada Allah akan memberi kesan kepada jiwa pengamalnya sehingga melahirkan ketaatan dan akhlak yang baik seperti memelihara aurat, beradab sopan, menjauhi kemaksiatan dan sebagainya.

Rambut merupakan aurat yang WAJIB ditutup oleh wanita apabila berada di hadapan lelaki ajnabi. Oleh itu, mendedahkannya adalah berdosa dan merupakan suatu kemaksiatan yang akan dibalas dengan siksaan yang pedih di akhirat kelak sekiranya dia tidak sempat bertaubat. Dia akan tetap menanggung dosa itu selagi tidak bertaubat daripada perbuatan itu walaupun dia bersembahyang lima waktu dan melakukan ibadat yang lain.

Wallahu Tabaraka Wa Ta’ala a’lam.

No comments:

Post a Comment