Sunday, July 24, 2011

JANGAN TAMBAH DOSA ATAU SURUH ORANG BUAT DOSA....ADAKAH NAS BERCAMPUR GAUL...SUARA PEREMPUAN YANG MENDAYU2 BOLE DIDENGAR LELAKI....LELAKI BUKAN MURAM BOLEH LIHAT BENTUK TUBUH WANITA...MALAH PAKAI PURDAH ITU WAJIB JIKA WANITA ITU TERLALU CANTIK....KHUATIR TIMBUL FITNAH....

Dibelasah samseng

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali
idayu@hmetro.com.my

AMPANG: Sepasang suami isteri cedera selepas dipukul seorang lelaki yang layak digelar ‘samseng jalanan’ hanya kerana kereta dinaiki mangsa hampir melanggar kereta lelaki itu di Taman Melawati, di sini kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu menyebabkan pasangan itu cedera di mata, muka, badan dan kaki selepas dipukul lelaki berusia 30-an terbabit.

Mangsa, Nasib Kaur, 25, berkata, ketika kejadian, dia dan suaminya Mubeen Akhtar, 31, dalam perjalanan ke pusat bandar sebelum bertembung dengan kereta dipandu lelaki berkenaan dan mereka hampir merempuh kereta itu.
“Sebagai tanda minta maaf, kami mengangkat tangan kepadanya, namun lelaki itu yang tidak berpuas hati dengan kejadian berkenaan menyembunyikan hon dan meminta kami berhenti.

“Sebaik berhenti, lelaki itu keluar dari kereta meluru ke arah suami saya dan dengan tiba-tiba terus menumbuk muka suami serta menampar muka saya yang cuba menenangkan keadaan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, selepas puas membelasah mereka hingga mendatangkan kecederaan di mata dan muka, lelaki itu kemudian masuk semula ke dalam keretanya untuk melarikan diri tetapi dihalang suaminya.

Nasib Kaur berkata, suaminya menghalang dengan cara berdiri di depan kereta lelaki itu menyebabkan lelaki berkenaan sengaja melanggar hingga menyebabkan suaminya terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki kiri.

“Terkejut dengan kejadian itu, saya bertindak menarik kolar baju lelaki berkenaan menyebabkan dia keluar dari kereta sebelum bertindak menumbuk muka suami saya sekali lagi.
“Dalam keadaan itu, saya berlari ke kereta dan menelefon polis untuk memaklumkan kejadian itu,” katanya yang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.

Katanya, anggota polis tiba beberapa minit kemudian dan meminta mereka ke Balai Polis Taman Melawati untuk diambil keterangan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan kes berkenaan sedang disiasat.


‘Tolong jangan kaitkan saya dengan Shahir lagi’

BUTTERWORTH: “Tolonglah jangan kaitkan dengan saya, dia mungkin ada hal peribadinya sendiri dan saya tidak tahu mengenainya,” jelas pelakon popular, Rozita Che Wan mengenai dakwaan penyanyi, Shahir yang menghilangkan diri.
Shahir Zawawi, juara Akademi Fantasia musim kelapan atau lebih dikenali sebagai Shahir AF kini dikatakan berada di kediaman keluarganya di Kampar, Perak, hingga menyebabkan syarikat pengurusannya gagal menghubunginya.

Selain dakwaan penyanyi berkenaan tidak sihat, ada juga yang mendakwa penyanyi yang popular dengan lagu ‘Kebahagiaan Dalam Perpisahan’ itu, bertindak demikian berikutan putus cinta dengan Rozita.
Shahir sebelum ini dikatakan ‘mesra’ dengan aktres berstatus ibu tunggal terbabit hingga tercetus kontroversi antara pasangan itu berikutan pengakuan aktres berkenaan dia sedang bercinta dengan penyanyi popular itu.

Rozita berkata, dia kini semakin rimas dengan isu mengenai hubungan cintanya itu.

Dia juga semakin jelak untuk membicarakan hubungannya dengan lelaki yang sering disalahertikan sesetengah pihak yang dakwanya sengaja cuba disensasikan.

Rozita yang kini bergelar usahawan berkata, dia kini sibuk dengan jadual seninya berharap agar pihak tertentu sengaja mengada-adakan cerita yang tidak betul antaranya dengan Shahir.

“Apa boleh saya katakan semua itu tidak betul. Jangan cuba buat spekulasi kerana apa diperkatakan itu tidak benar.
“Adakah orang yang buat dakwaan itu benar-benar lihat dan bertemu dengan Shahir sendiri hingga boleh timbul cerita seperti ini.

“Saya berasa tidak elok buat cerita tidak betul pasal orang lain tanpa dapat kita tentukan kesahihan ceritanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia hanya boleh katakan keadaan Shahir tidak seperti yang digambarkan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Ketika ditanya bila kali terakhir dia berhubung dengan penyanyi berkenaan, Rozita enggan mengulas lanjut mengenainya.


Sukar wuduk, solat dalam dunia hiburan

AMPANG: Biarpun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab, 32 , terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.
Malah, Waheeda terus komited dengan pendiriannya untuk tidak mahu kembali dengan alasan hukum menyanyi pada asalnya adalah harus tetapi ‘sebab-sebab tertentu’ menjadikan karier yang pernah diceburinya adalah haram.

Kata Waheeda, kesukaran menjaga solat dan keadaan persekitaran dalam dunia hiburan yang ‘merimaskan’ memaksanya membuat keputusan meninggalkan kerjaya itu selama-lamanya.
Itu dinyatakan ketika Waheeda menjadi ahli panel satu program bual bicara berjudul Komplikasi Islam dan Iman Membawa Ketenangan anjuran pengurusan masjid al-Azim, Pandan Indah, di sini, Jumaat lalu disaksikan kira-kira 400 jemaah.

Difahamkan, program bual bicara terbabit adalah ceramah pertama berbentuk serius disampaikan bekas selebriti berkenaan mengikuti jejak suaminya, Akhil Hayy.

Dalam program itu, antara yang memberikan ceramah adalah pensyarah British Malaysia Institut (BMI) yang juga penceramah, Ustaz Farhan Sudduq dan bekas gitaris, Sham Kamikaze.

Menurut Waheeda, biarpun menerima saranan kembali ke dunia hiburan dengan kemunculan semulanya membawakan watak yang menyampaikan kesenian Islam namun dia bertekad tidak mahu kembali lagi ke dunia itu dengan memberikan alasannya.

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
“Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.

“Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.

“Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.

Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.

“Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,” katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

Waheeda ketika diajukan soalan mengenai kehidupannya, berkata dia kini menjadi suri rumah sepenuh masa selain turut menghasilkan lagu untuk suaminya.

“Sepanjang berada di rumah saya menghabiskan masa mengkaji al-Quran dan Bible dan membaca karya pendakwah, Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat,” katanya.

Tetap dikebumi ikut jantina asal



KUALA LUMPUR: Walaupun mendakwa sudah bertukar jantina dan melakukan pembedahan membuang alat kelamin, seseorang itu tetap dikebumikan mengikut jantina asal seperti dikurniakan Allah sejak azali apabila dia meninggal dunia, kelak.
Perunding motivasi yang juga penceramah bebas, Mohd Fauzi Mustaffa berkata, tidak timbul masalah mengebumikan golongan yang mengalami kecelaruan identiti itu kerana hukum jelas mengatakan mereka perlu disemadi mengikut jantina asal.

Cuma katanya, golongan berkenaan yang zahirnya sudah melakukan dosa besar (menukar jantina) perlu bertaubat nasuha iaitu bertaubat dengan sebenar-benarnya dan berjanji tidak kembali ke jalan sesat, sebaliknya patuh pada ajaran Allah Taala.
“Tidak perlu dia bimbang mengenai bagaimana nasibnya apabila dijemput ajal kelak, kerana walau apapun dilakukan dia tetap dikebumi mengikut jantina asalnya, kalau lelaki...prosedurnya lelaki juga tidak ada beza.

“Cuma apabila dia mengatakan sudah sedar, menyesal dengan perbuatan dilakukan perlu untuk dia bertaubat dengan sebenar-benarnya menyerah diri kepada Allah Taala dan semoga Allah menerima taubatnya.

“Dalam hadis sendiri menyebut, Allah Taala sangat suka kepada hambanya yang menyeleweng (daripada ajaran), tetapi kembali ke pangkal jalan, ibarat melebihi kegembiraan orang yang hilang barang dan jumpa kembali barangnya itu.

“Bermakna dia mencari Allah balik (apabila melakukan kesilapan), Allah akan menerima dia, jadi sekarang jangan fikir pasal mati, tetapi fikir mengenai bagaimana mahu berubah, menyucikan diri kepada ajaran Islam,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam, mengenai kisah Mohd Qairun Abidin (bukan nama sebenar), 47, yang nekad membuang alat kelaminnya di Thailand kira-kira 25 tahun lalu kerana cinta terhadap kekasih songsangnya, namun kecewa apabila cinta itu hanya menjanjikan kebahagiaan separuh jalan saja.
Dia dilaporkan kini mengalami kecelaruan jantina kerana tidak tahu apa akan berlaku kepadanya terutama bagaimana dia dikebumikan jika dijemput ajal.

Mohd Qairun atau mahu dikenali sebagai Baby @ Katie juga memberitahu suatu ketika dia menjadi kegilaan ramai lelaki dan mempunyai teman lelaki yang sanggup sehidup semati, namun bila sudah ‘berkedut’, semua janji tinggal janji dan sesalan pun tiada guna kerana dia tidak mempunyai tempat mengadu, melainkan kembali kepada rakan ‘sealam’.

UMAT ISLAM MENGIKUTI
LANGKAH-LANGKAH YAHUDI DAN NASRANI




H.R. MUSLIM



Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka".

Umat Islam yang mengikut jejak langkah apapun "cara hidup" orang-orang Yahudi dan Nasrani, hinggalah dalam urusan orang kecil dan perkara-perkara yang tidak munasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nasrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekalipun, orang Islam akan terus mengikut mereka.

Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah SAW ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mere hanya meniru "cara hidup" Yahudi dan Nasrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nasrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.

Ya Allah ! Selamatkan lah kami daripada mereka.


LIMA BELAS MAKSIAT YANG AKAN MENURUNKAN BALA


H.R. TERMIZI



Daripada Ali bin Abi Thalib ra ... Rasulullah SAW Bersabda: " Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.

2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.

3. Zakat dijadikan hutang.

4. Suami memperturutkan kehendak isteri.

5. Anak derhaka terhadap ibunya.

6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya

7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.

8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.

9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.

10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.

11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.

12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).

13. Para artis-artis disanjung-sanjung.

14. Muzik banyak dimainkan.

15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain".




Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah SAW ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

No comments:

Post a Comment