Anak berhutang, bapa diburu ah long
PORT DICKSON - Gara-gara anak perempuannya berhutang ah long, seorang lelaki warga emas terpaksa hidup dalam ketakutan dan tertekan selepas diganggu ceti haram tersebut sejak beberapa bulan lalu.
Mangsa, Chin Tam Yu, 75, mendakwa, hampir setiap hari dia dan ahli keluarganya berdepan dengan pelbagai ugutan bunuh daripada kumpulan ah long terlibat.
Dalam kejadian terbaharu, kumpulan ceti haram tersebut telah mengunci pintu pagar rumahnya di Taman Ria, Port Dickson di sini dengan rantai besi.
Korek pasir haram punca banjir kilat
|
KAJANG - Kegiatan sindiket mengorek pasir secara haram dan pembangunan tidak terancang dipercayai menjadi faktor penyumbang kepada banjir kilat luar biasa yang berlaku di bandar Kajang kelmarin.
Ketua Pusat Penyelidikan Alam Sekitar Universiti Teknologi Mara, Prof. Dr. Ku Halim Ku Hamid berkata, kedua-dua faktor itu mempercepatkan berlakunya banjir selain faktor hujan lebat.
"Pembangunan dan aktiviti manusia (korek pasir) boleh menjejaskan sistem pengaliran air dan bahan-bahan konkrit seperti jalan dan bangunan akan menyebabkan berlaku gangguan aliran sungai seterusnya mempercepatkan banjir," ujarnya ketika dihubungi semalam.
Terkejut lidah kuda hampir putus
KUALA LUMPUR - Seorang usahawan hiasan dalaman, Aslizan Zabidin, 38, mendakwa lidah seekor kuda miliknya hampir putus semasa diletakkan di sebuah pusat jagaan haiwan di sini baru-baru ini.
Menurutnya, kira-kira 75 peratus daripada lidah kuda berusia 18 tahun bernama Paloma itu terpotong menyebabkannya sering sakit.
Ujarnya, lidah kuda daripada baka Argentina itu kemudian didapati telah dijahit oleh kakitangan pusat tersebut.
"Melalui pemerhatian terhadap lidah kuda yang putus itu, seolah-olah ia seperti sengaja dipotong dan ada tujuan khianat.
"Kecuaian pihak pengurusan menjaga Paloma sangat dikesali kerana kuda yang sepatutnya dijaga oleh tenaga pekerja terlatih telah diuruskan oleh seorang sukarelawan sehingga menyebabkan kejadian itu berlaku," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Elak bangsa Melayu terbangsat
KUALA LUMPUR - Orang Melayu perlu memastikan negara ini tidak jatuh ke tangan parti-parti pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kerana jika ia berlaku maka bermulalah zaman keruntuhan Melayu dan lebih buruk lagi Islam akan dihina manakala Melayu menjadi bangsa bangsat yang merempat di tanah air sendiri.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, masa depan yang hitam dan menakutkan itu hanya akan dapat dielakkan jika ahli-ahli UMNO dan orang Melayu mendakap perjuangan parti itu serta menggempur habis-habisan pembangkang menjelang pilihan raya umum itu bagi memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Dalam ucapan penangguhan pada akhir Perhimpunan Agung UMNO 2011 selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini petang semalam, Najib yang juga Perdana Menteri meminta orang Melayu yang berhadapan dengan gelora politik yang mencemaskan sejak pilihan raya umum 2008 supaya segera insaf tentang nasib buruk yang bakal menimpa mereka.
"Kalau kita leka, kalau kita alpa, kalau kita lalai, kalau kita masih bersengketa, kehinaan akan tiba di muka pintu. Tunggulah kehancuran, akan terbangsatlah Melayu, merempat di tanah sendiri," katanya.
Aktres Pakistan nafi bogel untuk majalah
|
LONDON, Britain - Seorang aktres Pakistan terpaksa menafikan dia berbogel untuk majalah FHM edisi India yang turut melihatnya mempamer tatu dengan singkatan ISI pada lengannya, lapor akhbar MailOnline semalam.
Aktres berkenaan, Veena Malik yang beragama Islam tampil tanpa seurat benang untuk kulit majalah FHM isu Disember 2011.
Dianggap melanggar batas agama, tindakan Veena membangkitkan kemarahan dalam kalangan penduduk Pakistan. Mereka turut berang kerana dia menjadikan Agensi Perisikan Pakistan (ISI) sebagai bahan jenaka.
Namun, Veena, 33, menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia bergambar bogel untuk majalah lelaki itu.
Dia sebaliknya mendakwa gambar tersebut palsu dan dihasilkan melalui teknik pertindihan imej.
"Saya tidak pernah bergambar bogel. Saya tidak pernah melakukan perkara seperti itu. Pengurus saya dan pasukan peguam saya sedang meneliti isu ini. Kami akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka (FHM)," kata Veena dalam wawancara bersama agensi berita PTI.
Pengarang FHM India, Kabeer Sharma bagaimanapun menegaskan bahawa gambar itu adalah tulen. Dia turut mendakwa dapat membuktikan perkara tersebut.
"Kami memiliki klip video sesi fotografi Veena selain e-mel daripada aktres berkenaan menyatakan dia teruja untuk menjadi penghias muka depan FHM," kata Sharma dalam temu bual dengan media Britain.
Imej seksi Veena disiar di laman web FHM India, akaun Facebook dan Twitter majalah berkenaan secara serentak semalam.
Gambar telanjang itu menunjukkan Veena menggunakan tangan dan kaki untuk menutup payu dara dan kemaluannya. - Agensi
Mana Engku Emran?
|
MULANYA agak berat juga Diva nak tulis tentang pertanyaan ramai pihak berkaitan dengan bos Bernama TV ni. Tetapi memandangkan ramai yang bertanya status Engku Emran Engku Zainal Abdin di saluran berita itu, Diva pun tiba-tiba menjadi detektif kepoh.
Kalau bukan di Bernama, Diva yakin Emran ada profil kukuh dalam liga tersendiri.
Pengetahuan dan pengalaman dia di radio dan agensi berita selama ini membuktikan suami Erra Fazira itu mampu menyandang kerusi yang setaraf bahkan lebih baik daripada apa yang pernah dia duduki.
Bekas nakhoda saluran radio boleh tahan popular itu buat kejutan dua tahun lalu kerana tinggalkan zon selesa di Suria FM. Tapi tidak mustahil jika abang Emran kita ni akan menyertai kumpulan penyiaran baharu Asian Broadcasting Network.
Diva pun tiba-tiba gedik nak tahu perkembangan Emran apatah lagi tidak lama dahulu dia pernah didakwa menjalin hubungan terlarang dengan rakan sekerja.
Kalau nak tahu juga apa Emran sedang buat sekarang, apa kata yang sibuk bertanya itu, usulkan sendiri kepada pemain watak Mazni dalam Badai Semalam, ada berani?
No comments:
Post a Comment