Lapan Ferrari, sebuah Lamborghini berlanggar
TOKYO - Lapan buah kereta sport Ferrari, sebuah Lamborghini dan dua buah kereta Mercedes berlanggar di sebuah lebuh raya di Shimonoseki, tenggara Jepun kelmarin.
Menurut agensi berita AP, polis menyatakan perlanggaran itu disebabkan salah seorang pemandu sebuah Ferrari itu cuba untuk mengubah laluan sebelum kereta tersebut merempuh penghadang jalan.
Kereta Ferrari itu kemudian berpusing di lebuh raya tersebut.
Beberapa buah kereta lain berlanggar kerana cuba mengelak Ferrari tersebut.
Tiada seorang yang cedera serius dalam nahas itu tetapi polis di wilayah Yamaguchi menyatakan 10 orang dirawat kerana mengalami luka.
Menurut polis, 14 buah kereta terlibat dalam nahas itu.
Agensi berita AFP melaporkan bahawa kos perlanggaran itu melibatkan 300 juta yen (RM12.07 juta).
Harga kereta baharu Ferrari ialah lebih 20 juta yen (RM804,794) manakala Lamborghini berharga sehingga 30 juta yen (RM1.20 juta). - Agensi
235,908 individu jadi bankrap
KOTA KINABALU - Setakat Oktober tahun ini, seramai 235,908 individu diisytiharkan bankrap di negara ini, kata Ketua Pengarah Insolvensi, Datuk Abdul Karim Abdul Jalil .
Beliau berkata, berdasarkan rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), punca utama yang melibatkan kebankrapan ialah pinjaman sewa beli iaitu 26 peratus, diikuti pinjaman peribadi (21 peratus), pinjaman perumahan (14 peratus) dan pinjaman lain termasuk pinjaman perniagaan dan penjamin korporat.
Beliau berkata, statistik tersebut meletakkan Malaysia antara negara yang mempunyai jumlah kebankrapan yang tinggi berbanding dengan negara lain iaitu puratanya 41 individu diisytiharkan bankrap setiap hari.
Peniaga heret PKNS ke mahkamah
|
SHAH ALAM - Persatuan Peniaga-Peniaga Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) memfailkan tuntutan injunksi (perintah sekatan) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi menghalang PKNS daripada menaikkan kadar sewa lot kedai di kompleks itu mulai Januari tahun depan.
Yang dipertua persatuan, Amran Yahya selaku plaintif memfailkan saman tersebut melalui firma guaman Tetuan Kamarudin & Partners dan menamakan PKNS sebagai defendan.
Turut hadir kira-kira 100 peniaga di kompleks tersebut.
Dalam tuntutan setebal enam muka surat itu, plaintif menyatakan pihak defendan tidak mengadakan apa-apa perbincangan dengan peniaga untuk menaikkan kadar sewa premis perniagaan di antara 70 hingga 100 peratus mulai 1 Januari 2012.
Ini bermakna terdapat sesetengah peniaga terpaksa membayar sewa kedai sebanyak RM12,000 sebulan mulai tahun depan berbanding RM6,000 sebulan sebelum ini.
Maut dihentak tukul besi
GEORGE TOWN – Pertelingkahan antara dua rakan serumah warga Myanmar sejak beberapa hari lalu sampai ke kemuncaknya apabila salah seorang mereka mati selepas kepala mangsa dihentak dengan tukul besi hingga mengakibatkan tengkorak kepalanya hampir pecah semalam.
Selain itu, kejadian pukul 11.30 pagi itu turut mengakibatkan telinga kanan Asyaraf Ali, 32, hampir putus selepas dikerjakan cukup-cukup oleh rakannya dikenali sebagai Basyar, 27. Dia telah melarikan diri selepas disyaki melakukan pembunuhan tersebut.
Kejadian di sebuah rumah kosong di Jalan Lengkok 2, Relau di sini itu disedari oleh sekumpulan rakan sekerja mangsa. Rumah itu terletak di kawasan kediaman yang dalam proses pembinaan.
Polis selamatkan empat amah
KUALA LUMPUR - Azab empat amah warga Filipina yang bukan sahaja didera malah tidak dibayar gaji oleh majikan masing-masing sejak setahun lalu berakhir apabila kesemuanya dapat diselamatkan selepas polis menyerbu empat buah rumah di Ipoh dan Teluk Intan, Perak kelmarin.Amah berusia di antara 35 dan 45 tahun itu diselamatkan pada pukul 10 pagi selepas sepasukan Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melakukan risikan selama seminggu selepas mendapat maklumat.
Difahamkan, siasatan awal mendapati kesemua mereka bekerja dengan majikan masing-masing di antara tiga bulan hingga setahun lalu dengan bukan sahaja tidak dibayar gaji malah mereka terpaksa bekerja lebih masa dan tidak mengikut prosedur.
Jeritan sayu sebelum rentung
ALOR SETAR - Seorang peniaga menemui ajal dalam keadaan menyeksakan apabila dia terbakar hidup-hidup selepas kereta jenis Proton Wira yang dipandu merempuh sebatang pokok sebelum terbakar di Jalan Batas Paip menuju Kuala Kedah di sini kelmarin.
Kejadian pukul 9 malam itu mengakibatkan Peh Tiong Boon,30, rentung dari paras pinggang ke bawah.
Difahamkan, bapa kepada seorang anak itu sempat menjerit meminta tolong sebaik kemalangan tetapi orang ramai tidak dapat membantu kerana kedua belah kakinya tersepit dan api marak begitu cepat menyambar keretanya.
Lima rumah hangus dijilat api
KLANG - Lima buah rumah yang berstruktur batu dan kayu di Kampung Delek Kiri di sini hangus dijilat api dalam kebakaran petang semalam mengakibatkan kira-kira 15 orang penghuni rumah terbabit tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, api merebak dengan cepat dipercayai kerana kedudukan rumah yang begitu rapat selain faktor cuaca panas.
Seorang saksi, Jais Abdul Salam, 60, berkata, dia ternampak asap hitam keluar dari bahagian dapur sebuah rumah kosong sebelum api menjulang tinggi dan menyambar beberapa rumah berdekatan.
Pada masa sama, menurutnya, dia terdengar teriakan beberapa penghuni rumah yang menjerit rumah mereka sedang terbakar dan meminta pertolongan.
"Saya bersama beberapa penduduk terus membantu mengeluarkan mereka namun api yang merebak ke rumah-rumah terbabit tidak sempat dipadamkan kerana marak dengan cepat," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Hakisan Pantai Rhu makin parah
KUALA TERENGGANU – Hakisan di Pantai Rhu di Kampung Kubang Badak dan Tok Jembal dekat sini semakin menjadi-jadi apabila empat buah pondok rehat dan beberapa batang pokok tumbang akibat dipukul ombak sejak seminggu lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati, keadaan kawasan sepanjang kira-kira 100 meter yang menjadi lokasi tumpuan orang ramai semakin tidak selamat untuk dikunjungi ekoran kejadian tanah mendap di situ.
Seorang peniaga, Rubiah Soh, 42, memberitahu, hakisan terbaharu berlaku kira-kira seminggu lalu apabila kawasan tanah sepanjang kira-kira 20 meter mendap ke kawasan pantai.
“Sebuah kedai makan juga turut terjejas sebab sebahagian kedai itu sudah terhakis menyebabkan pemiliknya terpaksa tutup kedai,” katanya ketika ditemui dekat sini semalam.
Lima rumah hangus dijilat api
KLANG - Lima buah rumah yang berstruktur batu dan kayu di Kampung Delek Kiri di sini hangus dijilat api dalam kebakaran petang semalam mengakibatkan kira-kira 15 orang penghuni rumah terbabit tinggal sehelai sepinggang.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, api merebak dengan cepat dipercayai kerana kedudukan rumah yang begitu rapat selain faktor cuaca panas.
Seorang saksi, Jais Abdul Salam, 60, berkata, dia ternampak asap hitam keluar dari bahagian dapur sebuah rumah kosong sebelum api menjulang tinggi dan menyambar beberapa rumah berdekatan.
Pada masa sama, menurutnya, dia terdengar teriakan beberapa penghuni rumah yang menjerit rumah mereka sedang terbakar dan meminta pertolongan.
"Saya bersama beberapa penduduk terus membantu mengeluarkan mereka namun api yang merebak ke rumah-rumah terbabit tidak sempat dipadamkan kerana marak dengan cepat," katanya ketika ditemui di sini semalam.
No comments:
Post a Comment