Thursday, December 8, 2011

PATUT JUGA ARTIS DIBAWA KE MASJID ATAU MAJLIS2 FARDU AIN...TERANGKAN DOSA DAN PAHALA....HUKUM BERPAKAIAN...HUKUM PERGAULAN....HUKUM PEMEGANG-MEGANG YANG BUKAN MUHRAM DLL...JANGAN MEREKA SESAT DAN MENYESATKAN ORANG LAIN....USTAZ PUN TAK ADA NAS MASUK SYURGA BEGITU ARTIS JUGA PEMIMPIN2....KECUALI ALLAH SEBUT ORANG BERTAQWA....

Sarjan parah kena rempuh

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

PERIKSA...anggota polis dan JPJ memeriksa penunggang motosikal di Duke, kelmarin.
PERIKSA...anggota polis dan JPJ memeriksa penunggang motosikal di Duke, kelmarin.
RAMPAS...alatan menghisap dadah yang dirampas daripada lelaki terbabit.
RAMPAS...alatan menghisap dadah yang dirampas daripada lelaki terbabit.
KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat sarjan cedera ringan selepas dirempuh seorang lelaki warga Indonesia yang cuba lari daripada sekatan jalan raya kerana membawa peralatan menghisap syabu di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), berdekatan Plaza Tol Sentul Pasar, di sini, petang kelmarin.
Dalam kejadian jam 6 petang itu, anggota berkenaan dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K) bersama anggota lain serta pegawai dan anggota daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan tugas di sekatan jalan raya sempena Ops Pra Perayaan di lorong motosikal lebuh raya berkenaan.

Ketua Unit Kuatkuasa Khas Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, ketika pemeriksaan, sebuah motosikal yang ditunggang lelaki terbabit memasuki kawasan sekatan dan dia diberi arahan untuk memberhentikan motosikalnya di tepi.
“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak mengendahkan arahan sebaliknya memecut motosikalnya ke arah anggota berkenaan sebelum merempuhnya.

“Rempuhan itu menyebabkan anggota berkenaan jatuh dan cedera ringan manakala lelaki terbabit ditahan anggota lain selepas bergelut,” katanya, di sini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki berusia 32 tahun itu berasal dari Indonesia dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu.

Katanya, pemeriksaan lanjut di dalam beg sandang suspek menemui beberapa peralatan untuk menghisap dadah dipercayai miliknya.

Lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, dalam operasi bermula jam 3 hingga 6.30 petang, 29 motosikal disita atas kesalahan penunggang tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.

Selain itu, polis mengeluarkan 40 saman manakala JPJ mengeluarkan 105 saman dan notis arah periksa kenderaan.


Ahli perniagaan pancit tayar rugi RM100,000



SEREMBAN: Suasana di sebuah stesen minyak di S2 City Park, Seremban 2, di sini, gempar seketika apabila wang milik seorang ahli perniagaan bernilai RM100,000 lesap dilarikan penyamun bersenjata yang memecahkan cermin kereta ketika mangsa mengisi angin tayar kenderaannya, semalam.
Difahamkan, dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki berusia 30-an berkenaan baru mengeluarkan wang itu daripada sebuah bank di daerah ini untuk urusan perniagaan.

Mangsa yang memandu kereta BMW bersendirian berhenti minum di sebuah restoran sebelum pulang ke rumahnya di Seremban 2.
Sumber berkata, mangsa dimaklumkan orang awam yang melihat satu daripada tayar keretanya itu pancit.

“Berikutan itu, mangsa segera menuju sebuah stesen minyak berdekatan untuk mengisi angin tayarnya.

“Ketika mengisi angin dalam hujan renyai, mangsa terkejut apabila dihampiri sebuah kereta yang nyaris melanggarnya.

“Tidak lama kemudian, beberapa individu dipercayai bertopeng dan bersenjatakan parang keluar daripada kenderaan berkenaan seolah-olah mahu menuju ke arah mangsa,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan melarikan diri dan meninggalkan keretanya termasuk wang di dalam sebuah beg di tempat duduk penumpang. “Penjenayah terbabit memecahkan cermin di sebelah tempat penumpang itu dan mengambil beg berkenaan lalu melarikan diri,” katanya.
Kata sumber itu, mangsa tidak cedera dan membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian itu diminta menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban di talian 06-6014999 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.


Maya Karin terkejut baca laporan blog



KOTA BHARU: “Perkara ini tidak perlu diperbesarkan kerana saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu,” kata aktres, Maya Karin, mengulas laporan blog yang memetik kenyataannya ‘syukur alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar’ kononnya merujuk babak panas yang dilakonkannya dalam filem Ombak Rindu.
Menurut Maya, dia hanya meluahkan rasa gementar apabila perlu melakukan babak sedemikian.

“Saya tahu di mana tempat sesuai untuk berkata (syukur Alhamdulillah). Saya malas kalau orang lain nak kritik dan ia tidak perlu dibesarkan kerana sudah disalah tulis.
“Ada juga yang saya tidak sebut langsung dan terkejut apabila terbaca mengenai perkara ini,” katanya ketika menghadiri program Ramah Mesra bersama Yayasan Orang Kurang Upaya (Yokuk) di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.


Meninggal lepas balik Makkah



JOHOR BAHRU: “Sepanjang berada di Makkah, arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan, malah dia begitu sihat dan bersemangat.
“Namun, tidak disangka arwah pergi meninggalkan kami selama-lamannya sebaik kembali ke tanah air, Isnin lalu,” kata isteri kepada Pengarah Tabung Haji Sabah, Mohd Najib Ab Jabar, 51, yang meninggal dunia di kediaman keluarganya di Kempas Baru di sini, awal pagi semalam.

Rohana Abu Bakar, 46, berkata, pemergian arwah meninggalkan kesan mendalam kepada dirinya dan dua anak mereka, Daniel Iskandar, 6, dan Dhia Izzati, 16, yang masih terkejut dengan pemergian bapa mereka.
“Kami bersama-sama mengemas barang untuk dibawa pulang ke Sabah hingga jam 3.30 pagi semalam sebelum suami mengadu sakit dada dan sukar tidur.

“Risau memikirkan keadaannya, saya menghubungi ambulans dan sebaik ambulans tiba di rumah, arwah disahkan sudah meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, walaupun berat menerima ketentuan itu, mereka sekeluarga reda dengan pemergian arwah.

“Saya seperti tidak percaya yang suami sudah tiada kerana gelak ketawa dan gurauannya masih terngiang-ngiang di telinga, bagaimanapun saya menganggapnya sebagai ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, kembar Allahyarham Mohd Najib, Mohd Nassir berkata, adiknya itu tidak menunjukkan sebarang kelainan ketika mereka bertemu, Selasa lalu.
“Hubungan kami memang akrab, sejak kecil kami sentiasa berkongsi masalah, pendapat, idea mahupun barangan dan pemergiannya begitu meninggalkan kesan kepada saya.

“Sukar untuk saya terima ketentuan ini, namun reda dan mendoakan kesejahteraannya,” katanya.


Artis, wakil media masuk Felda Purun



BERA: Lebih 30 wakil media dan artis menyertai satu program khas di Felda Purun yang antara lain memberi peluang kepada peserta melihat sendiri dan merasai aktiviti seharian peneroka tanah rancangan.
Peserta dari Kuala Lumpur dan Pahang itu akan tinggal bersama-sama 15 keluarga angkat di Felda Purun sepanjang program yang dilangsungkan tiga hari dan diberi nama ‘Seranta Serancangan Bersama Media - Edisi Mendakap Keberkatan’ itu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan merasmikan program itu di padang awam Felda Purun, petang esok.
Penolong Pengarah Kanan (Komunikasi dan Maklumat), Seranta (Felda) Jabatan Perdana Menteri, Zamsari Jumani berkata, program itu dimulakan dengan majlis penyerahan peserta kepada keluarga angkat masing-masing diikuti dua sesi rakaman Forum Perdana yang dipengerusikan Professor Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Beliau berkata, peserta menyertai keluarga angkat masing-masing dalam pelbagai aktiviti termasuk kaedah kerja di ladang sawit, sukan serta program rekreasi.

Imam Muda Ahsraf akan turut menyertai rakaman program ‘Ta’lim’ di Felda berkenaan malam ini dan turut terbabit dalam program kebudayaan diatur penduduk.

Zamsari berkata, chef selebriti, Jaafar Onn turut menunjukkan demonstrasi memasak selain menghakimi pertandingan menghias sebelum merakamkan rancangan ‘Dapur Anggun’ yang menyaksikan Ismail Sabri selaku tetamu kehormat.

No comments:

Post a Comment