7 penari tiang menggelabah
Oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my
georgie@hmetro.com.my
MALU...wanita warga asing yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong, kelmarin.
Dalam serbuan itu, mereka terdiri daripada warga Vietnam dan Indonesia berusia 20 hingga 30-an antara 12 individu yang ditahan, selain seorang wanita dipercayai pelacur dan pasangannya yang dicekup dalam keadaan bogel. Jurucakap polis berkata, turut ditahan, seorang lelaki tempatan berusia 40-an yang dipercayai penjaga premis terbabit.
Menurutnya, selain menyediakan pertunjukan tarian tiang, premis itu menyediakan bilik khas bagi pelanggan yang inginkan perkhidmatan seks.
‘’Ini kali kedua premis itu diserbu tahun ini. Pengusaha premis masih degil menjalankan kegiatan haram ini,’’ katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan dibawa ke Balai Polis Kepong bagi proses dokumentasi dan kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1983.
‘Datuk tak sentuh saya lepas jumpa janda lama’
Wanita itu yang hanya mahu dikenali sebagai Datin Leeya, 30, berkata sehingga kini dia tidak tahu kenapa suaminya mengabaikan nafkah zahir dan batin sedangkan lelaki itu mencintainya di awal perkahwinan.
“Bergelar Datin di usia muda bukan sesuatu yang dibanggakan, malah mengundang kesengsaraan jiwa selepas suami langsung tidak menyentuh saya hampir dua tahun lalu selepas berbaik semula dengan bekas isteri,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Mengimbas apa yang berlaku, Leeya berkata, dia berkahwin dengan duda anak tiga berusia 50 tahun itu beberapa bulan selepas lelaki terbabit bercerai pada 2009.
“Sebelum ini kami berkawan dan saya menjadi tempat dia meluahkan masalah rumah tangga. Sebagai kawan, saya hanya memberi nasihat sehingga dia menceraikan isterinya.
“Dia mengajak saya berkahwin dan demi kebahagiaan rumah tangga saya berhenti kerja kerana tertarik dengan keperibadiannya yang baik serta bertanggungjawab,” katanya. Leeya berkata, di awal usia perkahwinan, Datuk itu mengambil berat mengenai dirinya sehinggakan diberi kemewahan termasuk kerap dibawa bercuti ke luar negara.
“Tetapi, selepas saya melahirkan anak pertama, dia mula semakin jarang pulang ke rumah atas alasan urusan kerja. Keadaan bertambah teruk ketika anak berusia tiga bulan apabila kami mula bertengkar, manakala pemberian wang saraan hidup saya semakin dikurangkan,” katanya.
Menurutnya, dia cuba menyiasat kenapa suaminya yang dulu penyayang berubah sekelip mata dan mendapati lelaki itu sudah berbaik semula dengan bekas isteri.
“Sekarang suami datang seminggu sekali itupun untuk bertemu anak. Apabila anak kami tidur, dia keluar rumah tanpa menyentuh atau melihat saya,” katanya.
Leeya berkata, dia tidak kisah suaminya berbaik semula dengan bekas isteri kerana mereka mempunyai anak, tetapi kenapa dirinya menjadi mangsa penganiayaan.
“Saya tidak merampas suami orang sebaliknya dia sudah bercerai sebelum kami berkahwin. Sekarang dia memfailkan cerai terhadap saya. Berat untuk saya menerima kenyataan ini sebab masih sayangkan perkahwinan kami,” katanya.
Mengulas perkara itu, Perunding Keluarga Islam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata sebagai penasihat keluarga, beliau kerap berdepan kes sedemikian dan Datin berkenaan mempunyai hak sebagai isteri dari segi syarak.
“Apabila rumah tangga itu tidak mencapai maksud dikehendaki syarak wajar perceraian dipertimbangkan, namun sewajarnya ia diselesaikan dengan cara baik supaya tidak ada pihak menjadi mangsa penganiayaan,” katanya.
Bahaya main pistol RM6
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
Lebih membimbangkan apabila pistol permainan kanak-kanak itu boleh menembak biji peluru laju hingga mampu mendatangkan kecederaan.
Naib Presiden Persatuan Pengguna Perak (PCA), Paul Raj, berkata penjualan secara berleluasa pistol mainan itu adalah perkara serius yang perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.
Katanya, pistol mainan jenis ‘Air Soft Gun’ dan ‘Air Sport Gun’ dengan satu daripadanya bergred tinggi versi ‘Hop Up’ perlu dilarang penjualannya kerana berbahaya.
“Saya hairan bagaimana pistol mainan yang berbahaya ini boleh dijual secara berleluasa kerana kelajuan tembakan peluru getah dan ketepatannya boleh mendatangkan kecederaan serius.
“Peluru pistol tiruan ini amat laju dan boleh mencederakan manusia apatah lagi jika ditembak dari jarak dekat dan buktinya cermin boleh pecah jika terkena tembakannya.
“Risiko berlaku kecederaan lebih tinggi jika ia digunakan oleh kanak-kanak. Justeru, PCA mendesak tindakan segera diambil dan jangan bersikap tunggu berlaku kecederaan atau kematian akibat terkena tembakan pistol mainan ini baru mahu bertindak,” katanya, semalam.
Menurutnya, sebelum ini seorang remaja, Muhammad Asyraff Ilyas, 15, yang cedera di mata kiri selepas terkena peluru pistol mainan seumpama itu yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh adiknya di Kuantan, 23 November lalu.
Kejadian itu menyebabkan mangsa hampir buta mata kiri selain mengalami pendarahan dalaman mata sebelum dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.
Beliau berkata, terdapat pelbagai model senjata api tiruan ini yang dijual berleluasa sama ada di kedai runcit, stesen minyak dan pasar malam.
“Harganya yang terlalu murah sekitar RM6 hingga RM15 sepucuk boleh dianggap mampu dibeli oleh kanak-kanak yang terlalu naif terhadap bahaya menanti,” katanya. Beliau turut menyelar golongan peniaga yang sengaja menjual pistol mainan tiruan itu walaupun menyedari ia tidak sesuai dan mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.
“Ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Senjata Api 1960 di bawah beberapa peruntukan akta itu,” katanya.
‘Mujur dengar jeritan jiran’
Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my
mohamad@hmetro.com.my
Siti Manisah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu suaminya, Sobri Baharum, 43, tiada di rumah kerana menunaikan solat Jumaat di masjid berhampiran. Kejadian itu menyebabkan dua keluarga nelayan membabitkan 15 mangsa tinggal sehelai sepinggang apabila dan kebakaran dikatakan berpunca daripada sebuah rumah kosong akibat litar pintas.
Siti Manisah berkata, ketika kejadian itu, dia sedang melipat kain di dalam bilik, manakala tiga anak perempuannya berusia antara enam dan 10 tahun menonton televisyen di ruang tamu.
Menurutnya, jiran, Asmah Baharum, 42, memanggil namanya supaya menyelamatkan diri kerana dia orang pertama yang menghidu bau wayar hangit di salah sebuah rumah kosong yang terletak bersebelahan rumahnya.
“Tidak lama kemudian asap tebal serta percikan api mulai besar menyebabkan saya panik dan terus menjerit memanggil ketiga-tiga anak yang berada di ruang tamu supaya keluar menyelamatkan diri.
“Saya beranikan diri cuba memadam api walaupun berdepan bahaya. Saya ambil baldi di bilik air dan terus menyiram api yang sedang marak,” katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Dia berkata, dalam keadaan menggigil, dia terus berusaha untuk memadamkan api tetapi terpaksa menyelamatkan diri selepas melihat api marak dengan cepat ke rumahnya.
Suaminya, Sobri berkata, selepas selesai solat Jumaat, dia hairan apabila orang ramai menuju ke arah rumahnya dan tanpa berlengah, dia turut berlari tetapi hanya mampu melihat rumahnya musnah dijilat api.
“Semua dokumen penting dan pakaian sekolah anak terbakar. Kami tinggal sehelai sepinggang dan tidak tahu hendak menumpang di mana buat sementara waktu ini,” katanya.
Seorang lagi mangsa, Azhar Aziz, 44, berkata dia berada di dalam rumah dan terkejut apabila mendengar isterinya, Asmah menjerit supaya menyelamatkan diri kerana kebakaran.
“Syukur kerana enam anak kami yang berada di dalam rumah sempat menyelamatkan diri,” katanya.
Saman RM850
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my
maryvictoria@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga mendakwa teraniaya apabila dikenakan satu saman letak kereta berjumlah RM850 bagi kesalahan yang dilakukan di laluan di pusat bandar raya ini pada 16 Mei lalu.
Norzaman Ali Affandi, 56, berkata dia menyedari perkara itu apabila menerima notis pemberitahuan daripada syarikat pelaksana perkhidmatan e-Kerajaan MyEG pada awal September lalu sebelum merujuknya di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Menurut Norzaman, menerusi rekod yang diperoleh daripada pihak berkuasa, dia difahamkan saman itu dikenakan bagi kesalahan meletak kenderaan di Jalan Dhoby sedangkan gambar yang dirakam kereta peronda (MPV) menunjukkan ia di Jalan Pahang.
Katanya, mengikut rekod saman itu, kenderaan milik isteri yang digunakannya itu dikenakan tiga saman kerana diletakkan di tepi laluan terbabit.
“Ia membabitkan kesalahan tidak mengikut peraturan jalan raya, meletakkan kenderaan pada jarak kira-kira sembilan meter dari simpang dan menghalang lalu-lintas,” katanya.
Menurut Norzaman, hingga kini dia juga tidak menerima sebarang saman secara rasmi.
Katanya, tiga saman yang dikenakan itu pada asalnya berjumlah RM400 dan denda tambahan dikenakan berikutan kegagalan membayar saman dalam tempoh dua minggu hingga ia mencecah RM850.
Katanya, dia masih keliru kerana anggota polis yang mengeluarkan saman gagal meletakkan notis saman di depan kereta mahu pun memaklumkannya secara rasmi menerusi surat-menyurat.
“Saya akur dengan kesilapan itu namun berasakan denda sebanyak RM850 adalah terlalu tinggi bagi kesalahan letak kereta.
“Saya membuat rayuan kepada cawangan trafik tetapi tiada tindakan diambil hingga mengakibatkan saya tertekan.
“Saya berharap rayuan dikemukakan ini diambil perhatian oleh pihak atasan,” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, saman berkenaan dikeluarkan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya bertujuan untuk mendidik mereka.
SHAH ALAM: Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah, mengingatkan orang awam supaya mengelak daripada membuat cerita palsu mengenai kes penculikan kerana menyusahkan keluarga dan pihaknya.
Adnan berkata demikian ketika mengulas kononnya berlaku penculikan seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 19 tahun yang dilaporkan pada 14 November lalu berhampiran rumah mangsa di Ampang, sebaliknya remaja itu bersembunyi bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan sebarang insiden penculikan dan pihaknya percaya kejadian berkenaan dirancang mangsa dan seorang lelaki berumur 23 tahun.
“Dompet dan dokumen peribadi mangsa yang ditemui di tepi jalan dalam keadaan terkoyak adalah taktik mangsa sebagai bukti seolah-olah dia diculik.
“Mangsa dilaporkan pertama kali melarikan diri dari rumah dan polis percaya insiden ini berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.
Adnan berkata, polis juga masih menunggu laporan perubatan manakala suspek yang ditahan pada 6 Disember lalu tamat reman semalam dan mungkin akan dilanjutkan.
Kes disiasat mengikut Akta 363 Kanun Keseksaan dan polis masih mengumpul maklumat untuk dihantar kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, mengulas kejadian membabitkan sebuah kedai emas yang dirompak dengan menggerudi dinding di Jalan Pos Baru, Klang, Rabu lalu, Adnan berkata, ia masih dalam siasatan polis.
“Polis percaya perompak melakukannya secara berkumpulan yang bergerak secara profesional.
“Bahagian forensik sedang menjalankan siasatan,” katanya.
TERLOPONG seketika SS bila mendengar cerita mengenai seorang artis kacak berperangai tidak senonoh. Jika melihat pada susuk tubuh badan, mungkin ramai yang tidak menyangka artis ini mempunyai nafsu bertentangan dengan tuntutan agama.
Artis ini pernah bercinta dengan selebriti popular dan daripada pengalaman itu, peminat beranggapan dia seorang lelaki yang masih menagih cinta wanita.
Menurut rakan SS, cinta artis ini sebenarnya sudah beralih arah apabila meminati kaum sejenis. Sejauh mana kebenarannya, SS sendiri sukar pastikan kecuali jika artis ini berani tampil memberi kenyataan.
Apa yang menjadi bualan hangat rakan SS ketika ini apabila artis ini bergambar dengan pasangannya dalam keadaan seksi di dalam sebuah hotel. Rasanya, tidak perlu SS terangkan ‘posse’ seksi yang dilakukan, cukup sekadar peminat menggambarkan artis ini beraksi tanpa baju.
Rakan SS berkesempatan melihat beberapa keping gambar seksi artis ini yang menampakkan dia bersama pasangannya cukup mesra.
SS cuba berfikiran positif mungkin gambar sebegitu diambil sekadar suka-suka. Tetapi bila SS memikirkan cerita artis ini mempunyai teman lelaki, nampaknya gambar ini boleh mengundang kontroversi pada dirinya.
Sumber rakan SS itu turut menyatakan buat masa ini, gambar berkenaan belum lagi dikeluarkan blogger. SS pun bimbang andai gambar ini disebarkan.
Apa yang SS harapkan, artis kita pandai bawa diri bila membabitkan hal peribadi. Memang artis juga berhak mempunyai ‘privacy’ sendiri, tetapi jika terkantoi gambar tidak senonoh, kelak seluruh keluarga berasa malu. Pesan SS, berhati-hati ketika bersosial.
Norzaman Ali Affandi, 56, berkata dia menyedari perkara itu apabila menerima notis pemberitahuan daripada syarikat pelaksana perkhidmatan e-Kerajaan MyEG pada awal September lalu sebelum merujuknya di Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.
Menurut Norzaman, menerusi rekod yang diperoleh daripada pihak berkuasa, dia difahamkan saman itu dikenakan bagi kesalahan meletak kenderaan di Jalan Dhoby sedangkan gambar yang dirakam kereta peronda (MPV) menunjukkan ia di Jalan Pahang.
Katanya, mengikut rekod saman itu, kenderaan milik isteri yang digunakannya itu dikenakan tiga saman kerana diletakkan di tepi laluan terbabit.
“Ia membabitkan kesalahan tidak mengikut peraturan jalan raya, meletakkan kenderaan pada jarak kira-kira sembilan meter dari simpang dan menghalang lalu-lintas,” katanya.
Menurut Norzaman, hingga kini dia juga tidak menerima sebarang saman secara rasmi.
Katanya, tiga saman yang dikenakan itu pada asalnya berjumlah RM400 dan denda tambahan dikenakan berikutan kegagalan membayar saman dalam tempoh dua minggu hingga ia mencecah RM850.
Katanya, dia masih keliru kerana anggota polis yang mengeluarkan saman gagal meletakkan notis saman di depan kereta mahu pun memaklumkannya secara rasmi menerusi surat-menyurat.
“Saya akur dengan kesilapan itu namun berasakan denda sebanyak RM850 adalah terlalu tinggi bagi kesalahan letak kereta.
“Saya membuat rayuan kepada cawangan trafik tetapi tiada tindakan diambil hingga mengakibatkan saya tertekan.
“Saya berharap rayuan dikemukakan ini diambil perhatian oleh pihak atasan,” katanya, semalam.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, saman berkenaan dikeluarkan berdasarkan kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya bertujuan untuk mendidik mereka.
‘Mangsa’ menyusahkan
Oleh Ahmad Isyafiq Mad Desa
am@hmetro.com.my
am@hmetro.com.my
Adnan berkata demikian ketika mengulas kononnya berlaku penculikan seorang pelajar perempuan kolej swasta berusia 19 tahun yang dilaporkan pada 14 November lalu berhampiran rumah mangsa di Ampang, sebaliknya remaja itu bersembunyi bersama teman lelakinya di sebuah rumah di Danau Kota, Kuala Lumpur.
Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak menunjukkan sebarang insiden penculikan dan pihaknya percaya kejadian berkenaan dirancang mangsa dan seorang lelaki berumur 23 tahun.
“Dompet dan dokumen peribadi mangsa yang ditemui di tepi jalan dalam keadaan terkoyak adalah taktik mangsa sebagai bukti seolah-olah dia diculik.
“Mangsa dilaporkan pertama kali melarikan diri dari rumah dan polis percaya insiden ini berlaku kerana masalah dalaman keluarga,” katanya.
Adnan berkata, polis juga masih menunggu laporan perubatan manakala suspek yang ditahan pada 6 Disember lalu tamat reman semalam dan mungkin akan dilanjutkan.
Kes disiasat mengikut Akta 363 Kanun Keseksaan dan polis masih mengumpul maklumat untuk dihantar kepada pihak pendakwa raya. Sementara itu, mengulas kejadian membabitkan sebuah kedai emas yang dirompak dengan menggerudi dinding di Jalan Pos Baru, Klang, Rabu lalu, Adnan berkata, ia masih dalam siasatan polis.
“Polis percaya perompak melakukannya secara berkumpulan yang bergerak secara profesional.
“Bahagian forensik sedang menjalankan siasatan,” katanya.
SOSEH SOSEH: Artis kacak minat cinta sejenis
Artis ini pernah bercinta dengan selebriti popular dan daripada pengalaman itu, peminat beranggapan dia seorang lelaki yang masih menagih cinta wanita.
Menurut rakan SS, cinta artis ini sebenarnya sudah beralih arah apabila meminati kaum sejenis. Sejauh mana kebenarannya, SS sendiri sukar pastikan kecuali jika artis ini berani tampil memberi kenyataan.
Apa yang menjadi bualan hangat rakan SS ketika ini apabila artis ini bergambar dengan pasangannya dalam keadaan seksi di dalam sebuah hotel. Rasanya, tidak perlu SS terangkan ‘posse’ seksi yang dilakukan, cukup sekadar peminat menggambarkan artis ini beraksi tanpa baju.
Rakan SS berkesempatan melihat beberapa keping gambar seksi artis ini yang menampakkan dia bersama pasangannya cukup mesra.
SS cuba berfikiran positif mungkin gambar sebegitu diambil sekadar suka-suka. Tetapi bila SS memikirkan cerita artis ini mempunyai teman lelaki, nampaknya gambar ini boleh mengundang kontroversi pada dirinya.
Sumber rakan SS itu turut menyatakan buat masa ini, gambar berkenaan belum lagi dikeluarkan blogger. SS pun bimbang andai gambar ini disebarkan.
Apa yang SS harapkan, artis kita pandai bawa diri bila membabitkan hal peribadi. Memang artis juga berhak mempunyai ‘privacy’ sendiri, tetapi jika terkantoi gambar tidak senonoh, kelak seluruh keluarga berasa malu. Pesan SS, berhati-hati ketika bersosial.
No comments:
Post a Comment